Monday, January 31, 2005

Terbangun lambat hari ini.Ingat nak EL ajalah.Nak betulkan kereta.So by 9.00 AM dah terpacak kat depan workshop tu.After discover which part yang leak(2 baris aluminium dah reput) and tanya harga,so I decide to continue jelah.RM 350,kalau tembaga,RM500, aluminium(1 side), RM550,aluminium (2 side).Original RM 670.All come without warranty except tembaga.Ada 6 month warrranty.Call Irwan to ask for his opinion.Lama gila dia buat.Pukul 1.30 PM baru siap.2 kali jugaklah apek nie nak hantar aku balik,tapi memikirkan malas nak menapak masa nak ambil kereta nanti,lepaklah kat workshop tu.Nasib baik ada bawak majalah.Tak terasa sangatlah masa berlalu.

Then,gi Puchong Perdana for Lunch.Solat and tido.By 4.00 PM start moving to pool.Nak berenang.Dah dekat setahun tak berenang.Penat jugaklah.Tengah-tengah syok berenang, hujan pulak.So baliklah dalam basah-basah tu.On the way back, singgah kat pasar malam beli char kuew teow.Oleh kerana mamat tu tak de duit kecil,terpaksalah aku beli makanan ringan lain.Baru jer balik berenang so that boleh kurus tapi dah beli all those crap food.Yang masuk sama banyak dengan yang keluar.Lambatlah aku kurus macam ni.

Sunday, January 30, 2005

Radiator oh radiator


Hari ni ada Event launching kat SMSS.Tengah bawak kereta tetiba rasa macam tak best.Sampai jer kat traffic light ke pintasan Sungei Besi-Puchong,kereta stop.Dah lah bateri handphone tinggal 1 bar.Gabra jugaklah.Call AAM.20 minit kemudian,sampailah mamat AAM tu.Dia tarik my MAU898 ke tepi jalan and check apa yang malfunction.Aku berdoa saja supaya bukan timing belt putus.Abang Din baru jer hilang beribu akibat timing belt Wira dia putus.Rupanya overheating.Aku pulak tak tengok temperature tadi sebab kalut.Mamat AAM(En.Zulkefli) tu kata radiator aku leak.Patutlah air cond aku sejuk-sejuk kuku sahaja.After dia letak air and diagnose for other possible malfunction,dia suggest aku ke workshop.So dia follow aku sampai ke Trisilco Puchong.Thank,En Zul.Hilang cerita meeting kat SMSS.

Sampai kat Trisilco dia declare tak boleh buat sebab kedai radiator tutup hari ni.Dia suruh datang esok.Oleh kerana dah lapar sangat,balik rumah dulu.Pastu gi lunch.Balik lunch pergi one radiator shop kat Putra Perdana.Yang ini pun suruh aku hantar kereta esok.So,balik rumah and tidur.Hujan pulak tu.Alhamdulillah,sejuk sikit suasana.

Petang decide nak pergi majlis korban Kak Ani and Abang Din @ Taman Universiti Bangi. Memandangkan apa yang terjadi pagi tadi tu, aku memang tak ada mood nak buat apa-apa pun.Tapi tak baik pulak sebab Kak Ani dengan aku nie ada bau-bau manggis.

Saturday, January 29, 2005

Stethoscopeku sayang


Breakfast ala kadar and then terus ambil LRT pergi Pertama Kompleks.Nak renew lesen memandu.Masa aku sampai computer buat hal pulak.Nak hilang boring,pergilah carik newspaper.Sampai ke MARA carik newspaper.Punyalah jauh.Padahal masa balik tu baru perasan kat bawah level JPJ tu ada newspaper shop.Oleh kerana aku malas nak ke JPJ selalu,renewlah 3 tahun sampai 2008.Setahun RM30.

Lepas tu pergi ke Kamal Bookstore @Jalan Pahang(depan HKL).Beli steteskop.3M Littman Classic II S.E.RM240.Colour yang dicari tak adalah pulak.Ada colour blue and grey.So after get confirmation,ambik jer yang biru tu.

Then pergi Bukit Bintang.Damn,ada kedai batik best kat dalam KL Plaza.Tak ingat pulak nama kedai dia tapi something with Kencanalah.Material ok,design pun ok.Tapi nie ala-ala Jawa punya batik.Aku jadi minat kat batek nie after nampak sorang mamat MMU tu pakai masa solat Jumaat.Yang Malaysian version design and material mesti tak best.Harga dia RM200++ tapi aku rasa berbaloilah.The only turn off ialah size dia besar gila.M pun macam raksasa and no S size. Orang boroi sesuailah,Aku yang badan cam model nie kalau pakai mesti jadi kebaya.

Then jalan-jalan.Adalah 2 benda yang scream "please,please buy me".Singgah kat Times Square.Sayang,bangunan cantik tapi shop dalam dia tak menarik langsung.Tak macam shopping kompleks yang lain. Banyak kedai 3rd class.Yang 1st class pun maybe kedai gunting rambut jer. Yang best maybe IMAX and Theme park and a few eateries.

After solat kat Times Square,ambik bus ke KLCC.Nak tengok "Nyonya kebaya:a living art" kat Petronas Art Gallery.Kagum gak lah aku tengok kebaya-kebaya tu.Mesti orang yang buat tu,spend a lot of time.Orang dulu-dulu mesti seksi ye sebab semua kebaya tu jarang gila.Nie nak menggalakkan perempuan pakai baju tapi sebenarnya tak pakai baju( sebab semua boleh nampak).Husband with Islamic Hadari tapi wife kebaya nyonya yang seksi. Apalah nak jadi ni. Jumpa Shaiful Nang the photographer and Hasrul. Ada je terjerit-jerit panggil aku dalam "nama manja" aku masa kat MMU.Kureng asam punya budak.Hehehe.Hasrul kata dia akan jadi DJ Red 100.4 FM.Biar benar mamat ni.Siap suruh aku beli The Star sebab katanya muka dia akan keluar.Seronok jugak jumpa member lama.

Then gi Lot10.Entah macam mana ternampak beruang.Beruang yang beli kat Mid Valley tu kecil sangat.Tak masuk dengan design aku.So memang kena carik beruang yang besar sedikit.Oleh kerana kena beli 6,tak boleh beli yang mahal sangat.Yang kat Lot 10 nie RM12.90 sahaja seekor. 2-3 kali aku pergi tapi tak tahu nak beli ke todak sebab aku dah over budget untuk bulan ni.Dah sampai kat tangga pergi Putra,then decide to patah balik and beli.Disebabkan itu,tak sempat nak pergi pasar malam kat Jalan TAR.Sampai rumah pulak lewat.Miss Shin Chan hari ni.

Friday, January 28, 2005

Azam 2005.Tengah jalan-jalan kat Mid Valley semalam baru terfikir apa major project nak buat tahun ni.Baru sekarang dapat list.

1.Get awek and kahwin
2.Finish interior 1 project(70% completed now)
3.Buy all the wish list items
4.Get the 'V' shape and washboard abs

Thursday, January 27, 2005

Begitulah cinta

Di mana,dimanakah cintaku cari,
Cinta tak mungkin aku beli,
Tak mungkin juga aku curi...

Uooh,uooh,dimana cinta yang selalu membuat hati,
Penasaran ingin memiliki,
Untuk mintaku tak berani...

Kata orang cinta itu,
Dari mata turun kehati,
Namun tak kutemukan juga cinta itu...

Lama-lama bisa gila,
Ku lelah dan putus asa,
Bantulahku cari dimanakah cintaaa...

Ternyata cinta ada didalam hati kita,
Tak perlu jauh mencarinya,
Cinta itu ada selamanya,
Di hati kita...

Dimana cinta.....
Dimana cinta.....

Sapa nak berkenalan e-mail la...
28/m/melaka here!!!!

Wednesday, January 26, 2005

A woman worries about the future until she gets a husband.
A man never worries about the future until he gets a wife.

Tuesday, January 25, 2005

Ayah pulak ajak gi bank.Dia kata dia tak reti nak tanya orang bank tu.Aku pun blur dengan masalah perbankan orang tua nie.Memula dia kata tak pergi so aku lepas breakfast, sambung tidur balik.Pastu jadik pulak pergi bank.

On the way back singgah beli pasu sebab pasu pokok tajam tajam tu dah pecah semalam. Kebetulan masa tu Mak Cik Radiah ada datang dan ada ambil biji benih pokok tu.Dulu mak aku kata masa dia datang,semua ikan betuk aku mati.Sekarang pasu pulak pecah.Ada hantu kot Mak Cik Radiah ni.Tapi ayah aku kata pasu tu pecah sebab pokok tu dah gemok. Ingat aku jer yang gemok,pokok dalam pasu pun boleh gemok.

Petang baru nak lalok,ada pak cik tu datang.Nak buat salasilah keluarga sebelah atuk aku katanya. Lawaknya bila dia suruh panggil dia abang(sebab dia nie umur baya parent aku kot).Pastu dia mention,aku dah sampai pangkat atuk dah.Lawaknya,kahwin pun tak lagi.Baru nak sambung lalok,dak Zul pulak sampai,hantar batu.Habis bunga pagar kena hempap batu.Disebabkan dah memang tak boleh tidur,so basuh and vacuum kereta. Hari ni last day cerita Cina yang jiwang tu.Lepas kemas barang,terus tidur sebab esok nak kena bangun awal gila.

Monday, January 24, 2005

Habis kaki tangan aku calar balar masuk hutan cari kayu.Tak berjaya pun project menongkat bunga kertas tu.Ditangguhkan sebab hari dah panas.Pastu mak ajak gi bank.Entah macam mana nampak kedai kaca,so tempah kaca kat brother tu.Lepas tu Singgah kat pasar shopping ikan.

Petang,ambik kaca tu dan tengok cerita budak gemok "Mi Gorda Bella" tu.Dah lama gila aku tak tengok.Pastu betullkan pokok bunga kertas tu.Tak sempat nak pergi pasar malam.Kirim mee goreng dengan apam balik kat dak Midah.

Saturday, January 22, 2005

Hantar dak Ida balik ke Melaka Sentral dengan mak.Midah and Selah pergi belajar motor.Tuk Limat yang ambil dioarang(naik Perdana tu).Pastu visit Nek.Jumpa dak Taufik,dah darjah 5 rupanya sepupu aku ni.Macam biasa dak Lina jadik body guard Nek dan macam biasa mak aku naik hot ngan budak kecik nie atas alasan kurang ajar.Ada ke cakap menengking-nengking.Kalau tak silap kena penampar sekali ngan mak aku(masa aku gi Mahkota Parade beli alat-alat kecantikan untuk Nek).Silap didikan kot budak ni.Mak cik cakap Nek aku yang manjakan sangat dak Lina tu.Pastu ada cerita sensasi pasal Naza tapi tak boleh tulis kat sini sebab aku tak confirm lagi story tu.Tapi kalau betullah,scarynya.

Friday, January 21, 2005

Selamat Hari Raya AidilAdha.Raya Haji nie kat kampung aku memang tak berapa best.Rasanya aku yang paling handsome kat masjid.Hahahahaha.Mak aku kata kalau Raya jatuh pada hari jumaat,tahun tu tak berapa bagus.Disebabkan kalut nak balik sampai tertinggal songkok(balik raya puasa pun tertinggal songkok gak sampai kena beli kat Jusco).Nasib baik adik ipar aku tak balik,so pau songkok dia.Semalam sakit hati betul drive.Tersangkut kat dalam highway.Perjalanan 2 jam jadik 3 jam.

Lepas solat Jumaat,tengok orang korban kat depan rumah.Cam jakun jugaklah sebab last sekali aku tengok lembu kena sembelih is masa aku darjah 4.Senang jer sembelih lembu tapi apa yang aku belajar ialah mesti ada pisau yang best.Kalau tak mesti lambat buat kerja.Tapi aku bukan menolong pun.Tolong tengok sahaja.

Tuesday, January 18, 2005

Relaku Pujuk

Ku dikejar bayang-bayang resah
Bila hatimu masih tak berubah
Enggan dipunya dan dipenjara
Belaian cintaku ini
Aku bukan lelaki yang tewas
Bisa mengambang walau ku ditolak
Biar diuji kanan dan kiri
Kau kan tetap ku miliki

(Korus)
Tiada lafaz yang lebih agung
Kalimah cintamu
Yang ku tunggu-tunggu
Biar jasadku yang menanggung
Permainan darimu
Relaku pujuk
Janganlah kau salahkan aku
Terus memburu menawan cintamu
Daku percaya sedikit masa
Kau kecundang akhirnya
Usahlah kau bersedih
Dihadapanmu aku hadir
Memadam resah dan curiga dari hatimu
Apakah kali ini
Bisa kau tolak dan berlari
Setelah aku menanamkan azimatku
(Ulang korus 2x)

Biar jasadku yang menanggung
Permainan darimu
Relaku pujuk

"the more you hope for something,
the less the possibility of you getting it"

The mission this weekend is to find this 3 things start:cermin bali,pink alamanda and heliconia. So start with the cermin bali sebab memang tak tahu kat mana nak beli.Mak aku nie sibuk pulak nak pakai cermin bali.Nasib baiklah dia bagi duit,kalau tidak sure aku kata tak de duit jer.The journey start kat Grand Teak,Tmn Maju Jaya.This shop collection looksvery cheap and macam tak menarik.So rush ke Teak Charm, PJ. Same just like the No 1 shop,yang tinggal yang batik version jer.Yang plain macam tak menarik jer.Pastu,untuk menyedapkan hati pergi ke Jati Mas kat Selayang.Punyalah jauh.Sampai kat sana tengok yang ada macam yang kat kedai kat Puchong Utama tu tapi harga dia RM250.Kat Puchong Utama tu discount 50% jadik RM275. Yang cheap version macam tak de.Pastu singgah kat area Tmn Melawati.Ingatkan ada jual cermin tapi tak de.So singgah kat kedai bunga kat Ukay.Banyak jugaklah pokok-pokok yang expensive.First time dapat pegang semua heliconia yang aku cari.Tapi akak tu kata,anak dia tak de Yang ada satu jenis jer.RM65.Nantilah bila rumah aku dah siap,aku datang semula. Sekarang nie tak tahu nak tanam kat mana.Pastu singgah kat Sri Petaling check pink alamanda tu.Macam biasa,tinggal satu. RM18. Rasanya macam tak de choicelah pulak.Mamat tu kata bulan 4/5 baru dia nak semai yang baru.Esoklah decide nak beli ke tidak.Balik rumah, tengok orang masak-masak and tengok Shin Chan.Malam ada bola Malaysia vs Myanmar.Tak tahu pulak berapa result dia sebab tak tengok sampai habis.

The next day,terus ke pasar tani Shah Alam.Tak de pulak barang yang di cari.Then ke Teak Charm Shah Alam.Belek punya belek,adalahcermin bali yang aku berkenan tapi hanging screw dia visible.Disebabkan no choice sebab tinggal 4 jer,macam terpaksalah beli.Suruh mamat tu touch up cantik-cantik.Lega rasanya dah jumpa.Balik singgah kat kedai bunga kat Projet tu.Still tak de pink alamanda sebab dia tak semai lagi. Lunch,sleep,basuh baju and terus ke Sri Petaling collect pink alamanda semalam tu.Aku dah malasnak cari.Dah penat.Pastu,pergi Bandar Tun Razak pulak collect Heliconia.Dari RM65->RM25->RM15.Sebab aku mintak murah ialah dia baru semai dan aku takut jer anak dia tu mati. Pastu,solat Asar katMasjid Saidina Othman.Pergi kat atas,pergi toilet dia,pergi kat main hall.Masjid nie nostalgia sikit sebab dulu masa sekolah kat sinilah kitaorang solat Jumaat,ambik air masa KL kemarau. Dah banyak jugak yang berubah.Dah ada sekolah agama sekarang. Pastu decide nak jogging kat Taman Tasik Permaisuri. Ramainya jugak orang.Kat sinilah setiap pagi hari Ahad aku kena paksa berlari before breakfast.Tengok wakaf yang aku study Fizik.Rasanya macam semalam jer aku baru keluar SMSS.Suasana masih macam dulu tapi taman nie dah macam tak terjaga.Pokok orkid yang kat 7 terrace pun dah tak ada.Tapi bab-bab hard landscape memang banyak improvement.

Malam nie ada Anugerah Juara Lagu.So after pergi pasar malam yang tak menarik tu terus mandi and dinner.Rasanya OKlah kot AJL keseluruhannya.Sukanya aku tengok Sarimah.Kalau tengok live mesti menyesal sebab mesti sound dia kat depan jer kuat.Suprise jugaklah masa Relaku Pujuk menang.Kena dengarlah lagu ni.Final Piala Tiger.Singapore(2) vs Indonesia(1).

Friday, January 14, 2005



Tips mengenai tayar dan suku sakatnya.

Cuba periksa tayar kereta kita, perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar terdapat satu penyambung. Sekiranya penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, maka mulalah mengumpul duit kerana tayar kita perlu di tukar dalam masa 3-4 bulan lagi. Apabila kita hendak membeli tayar terdapat beberapa perkara yang perlu kita ambil berat kerana ini melibatkan keselamatan.

*Tip Pertama
Mula-mula pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Kalau wira 1.3, dan kita hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci. kerana jika kita menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, kesemua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangkahayatnya dan yang paling penting, minyak akan lebih sedikit.

*Tip Kedua
Selepas mendapat saiz yang sesuai, cuba perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang seperti dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar di kilangkan (minggu dan tahun) dan batch pengeluaran di kilang. Jadi apabila tayar tidak memenuhi spesifikasi, maka senang bagi pihak pengeluar menarik balik tayar di pasaran. Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas di kilang (selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamt digunakan). Saya beri contoh rangkaian nombor yang ada 4001 bermaksud tayar tersebut di kilang pada munggu ke 40 tahun 2001 dan tarikh expired tayar tersebut sepatutnya minggu ke 40 tahun 2003. Jadi sekiranya kita dapat ada kedai yang menjual taayr degan harga yang luarbiasa murahnya, cuba periksa tarikh tayar tersebut di kilang, mungkin tayar tersebut adalah tayar yang telah tamat tempoh penggunaannya. Dari pengalaman yang pernah diceritakan kepada saya, tayar yang telah tamat tempoh ini akan lebih senang meletup semasa kelajuan tinggi.

*Tip Ketiga
Tentang saiz tayar, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Biasanya seperti contoh ini 205/50 VR 16 maksudnya, tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan tayar (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 % dari kelebaran 205 mm, dan untuk kegunaan rim bersaiz diameter 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar tersebut sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar. Sekiranya dipandu lebih dari kelajuan tersebut, sifat fizikal akan berubah dan besar kemungkinan tayar tidak lagi berfungsi dengan baik.

*Tip Keempat
Tentang jenis tayar pula, kebanyakkan kita lebih suka memilih tayar import terutama dari Japan. Harganya lebih mahal dan dikatakan lebih lembut. Memang benar, tayar seperti michelin, yokohama, falken etc. lebih lembut kerana, tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana yang kurang panas dan apabila digunakan di Malaysia yang sememangnya panas terik, tayar tersebut akan mempunyai jangkahayat yang pendek (cepat habis bunganya). Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah. Jadi kalau kita hendakkan tayar yang senyap, kita terpaksa lebih berhati-hati semasa hujan.

*Tip Kelima
Tayar sepatutnya di tukar kedudukannya setiap 3 bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (untuk 4 tayar sama saiz). Lebih baik sekiranya tayar simpanan/ganti juga di masukkan ke dalam rotation tukaran tayar. Caranya, masukan tayar ganti ke kanan belakang, belakang kanan ke depan kanan, depan kanan ke belakang kiri, depan kiri ke dalam boot ganti, belakang kiri ke depan kiri. Semua rotation ini bergantung kepad jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta.

*Tip Keenam
Jika kita perhatikan bunga tayar selepas beberapa lama. Bunga mula menghaus. Sekiranya kadar kehabisan bunga di bahagian tepi kiri kanan tayar lebih cepat berbanding di bahagian tengah, ini bermaksud selama tekanan tayar adalah kurang dari yang sepatutnya. Sekiranya bahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan terlalu tinggi. Sekiranya haus di bahgian luar sahaja, tayar kita terlalu mencapah ke dalam dan jika haus bahgian dalam sahaja, tayar kita terlalu mancapah ke luar (alligment tayar perlu dibetulkan). Sekiranya bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka absorber kita perlu diganti.

^Diplagiat dari discussion forum yang aku dah lupa kat mana.


Thursday, January 13, 2005

Heliconia


Aku sebenarnya memang baru lagi jatuh cinta kat heliconia ni.Mula-mula rasa kagum masa tengok dalam majalah.Bunga dia salah satu macam kat atas tapi tinggi dan daun dia macam daun pisang.Tapi nak nak tanam kat mana yek?Dah tak de spot yang sesuai.Aku minat gila yang bunga jenis terpacak.Yang jenis tergantung tu kurang sikitlah.Puas jugaklah aku cari kat nursery area sini tapi tak jumpa.Entah macam mana masa pergi tapak semaian Baharom kat Bandar Tun Razak jumpalah tapi tak de dalam plastic bag.Akak tu cakap dia memang tak begkan sebab pokok nie memang mahal.Kat Sg.Buluh dalam RM90-RM100(yg aku survey pun macam tu jugak) tapi dia bagi aku harga murah punya.Heliconia yang aku minat nie memang banyak baka dari foreign land.Tapi bila dah balik aku confuse pulak yang mana satu aku tempah sebab banyak sangat pulak variety dia.Tapi yang sure warna dia merah.Kalau salah,maaf ye kak tapi saya beli jugak sebab akak dah susah-susah begkan dia.

Eh,macam boleh dianalogikan pulak the love life aku dengan proses menempah heliconia ni except bab foreign land tu.Tu yang tak kahwin-kahwin lagi aku ni. Betul ke aku ni memilih?Tidak kot.Rasanya lebih accurate lagi kalau dianalogikan dengan proses aku membeli kereta.Mmm..proses beli rumah.Paling simple kalau dicomparekan aku beli heliconia.Now I believe I see the pattern.

Wednesday, January 12, 2005

Men wake up as good-looking as they went to bed.
Women somehow deteriorate during the night.

Monday, January 10, 2005

So today Is KL day.Go to the same routine actually.Pergi Sogo and then tengok lukisan kat Maju Junction.Taklah cantik sangat and semua lukisan on display tak nampak mengembirakan expect one.After that pergi Sg.Wang/Lot 10.Window shopping jer.Tak de yang menyelerakan at the moment.Pastu gi Ampang Park/Point.Tak de jugak buku cerita yang aku cari.Nampaknya kena beli yang MPH versionlah ni.

Balik singgah kat rumah dak Ina.Before that jumpa akak kat tapak semaian Baharom tu.Heliconia yang aku minat tu tak de pulak dalam plastic bag.So aku request dia begkan.Next week aku datang semula.Akak tu cakap kalau kat Sungai Buluh,harganya RM90 tapi untuk aku dia bagi RM25 jer.Ala banyak gila anak dia.Tapi aku tak sure sama ada yang ini ke yang aku nak sebab heliconia ni banyak gila variety.Dahlah hari tu tersalah beli.

Beri kat mak dak Ijat "Mata" tu.Lawak jugak tengok dia makan.2 kali sup tumpah.Balik rumah terus pengsan lepas tengok Smallville.Sedar-sedar dah tengah malam.

Saturday, January 08, 2005

Pagi ni kena decide nak pergi IKEA or pergi KL.Fikir punya fikir,last-last decide pergi IKEA-ada sale.Tak menarik pun sale dia but I ended buying side table and "MATA" training beaker yang sold out during my last visit to IKEA.Lawak jugaklah masa aku suruh dak Selah ambik measurement coffee table.Ada ke dia ukur console table.Patutlah aku tengok cam tinggi gila jer.Rasanya match kot diaorang berdua nie sebab kaler dah sama.Kena beli kaca jer.

Pastu pergi The Curve.Tak best pun.Singgah kat Tesco beli jeli for Ijat.Mak aku dah membebel sebab masa balik KL hari tu aku terlupa nak bawak jeli yang dia beli for Ijat.Jumpa senior SMSS aku.Rumah dia kat situ jer.

Then balik after spending around 5 hours kat situ.Patutlah rasa kaki nak patah jer.After tengok Shin Chan,mandi and lepak-lepak main game.Selepas bosan gila main game,call Mizan.Nasib baik mamat nie ada.Dah bertunang dah rupanya mamat ni.Pastu sibuk suruh aku bertunang jugak.Aku ingat mak,nenek,pak cik and sedara-mara aku jer yang bising pasal ni.Kawan baik aku pun sama.Malas nak layan.Tengah sembang,ada cerita hantu best plak kat Astro.Selamba jer aku cakap aku nak letak telefon.Kul 11.30PM(after cerita tu habis)aku call dia balik.Then terbukak pulak cerita Kungfu Hustle dalam laptop.Menarik jugak.Last-last pukul 3.00 AM baru tido.

Friday, January 07, 2005

Something wrong with me but I don't know what is that.So after Jumaat and after tengok-tengok system sekejap,terus pergi ke kedai Michelin @ Jalan Klang Lama yang Shamsur recommendkan tempoh hari for buat allignment and balancing.Hmmm..ada kedai Bosch kat row kedai tu but the impact drill yang aku macam berkenan tu tak ada pulak.Sold out.Lama jugak dia buat allignment and balancing.Aku asyik tengok jam jer.Bilalah diaorang nie nak habis.

By 4.30 PM baru habis.Kena RM 55 tapi rasanya kedai nie OK sikit kot sebab kereta rasa cam best tak macam kedai kat Puchong Utama tu.Hampeh buat allignment and balancing.Then rush ke Mid Valley,nak tengok wayang cerita Shutter.Masa beratur jumpa awek yang keluar dengan Rota tu.Say Hi kat dia and tanya sorang je ke.Mana Rota.Aku tak dengar sangat apa jawapan dia sebab amoi-amoi kat belakang aku bising sangat.Nasib baik masa aku duduk tak start lagi sebab dah memang masa kecederaan masa aku dapat tiket tu.Anyway,Shutter nie memang OKlah.Banyak kali jugaklah aku terkejut.Amoi kat sebelah aku nie ntah berapa kali menjerit.Aku lagi takut dengar dia menjerit dari takut tengok hantu dalam filem tu.

Pastu,solat Asar yang dah lambat gila and jalan-jalan nak tunggu maghrib.Kat Zara ada sale and ada kasut yang best on sale tapi tak surelah nak beli ke tidak.Rantai yang aku minat tu pun dah sold.After Maghrib,terus pergi Carrefour.Memula nak beli 100 Plus and susu jer but I end up buying macam-macam lagi.Balik rumah 30% jugaklah peti ais yang selama nie ada botol kosong.Aku sejukkan botol kot.

Thursday, January 06, 2005

True by Ryan Cabrera

I won't talk
I won't breathe
I won't move till you finally see that you belong with me

you might think I don't look
but deep inside in the corner of my mind
I'm attatched to you
mmmm

I'm weak
it's true
cause I'm afraid to know the answer
do you want me too?
cause my heart keeps falling faster

[chorus]
I've waited all my life to cross this line
to the only thing thats true
so I will not hide
i'ts time to try anything to be with you
all my life I've waited
this is true

you don't know
what you do
everytime you walk into the room
I'm afraid to move

I'm weak
it's true
I'm just scared to know the ending
do you see me too?
do you even know you meant me!

[Chorus]
I've waited all my life to cross this line
to the only thing thats true
so I will not hide
its time to try anything to be with you
all my life I've waited
this is true

I know when I go
I'll be on my way to you
the way that's true

[chorus]
I've waited all my life to cross this line
to the only thing thats true
so I will not hide
its time to try anything to be with you
all my life I've waited
this is true

Wednesday, January 05, 2005

Lepas Subuh,terus jer bertolak ke KL.Sampai-sampai jer terus check system.Maklumlah dah seminggu tak tengok-hidup ke,mati ke.Nasib baik semua OK,so breakfast dulu kat bawah.Then Miji suruh baca proposal FSMS UAE ni dulu before masuk meeting.38 juta beb value dia.Tapi taksurelah USD KE RM.Masa meeting banyak jugaklah issue tapi 60% dah ada kecualilah orang tua tu nak tukar ke TelcoBridges.Kalau tukar aku bagi 0%lah.

Habis opis,terus gi rumah dak Ina.Hantarkan kek,cili,walker and buai anak dia.Kalau dari jauh aku ni dah nampak macam bapak orang sebab bawa benda-benda macam tu.Ijat dah fit sikit tapi asyik nak berkepit jer ngan mak dia.Dulu masa kecik baik jer.Lepak jap tengok cerita Cina.After dinner dengan Nizam baru balik rumah.Sampai kat rumah, eh, pokok bunga aku mati.Moral of the story, lain kali kalau balik kampung make sure buat sistem pengairan dulu and make sure pokok tu get enough sunlight.Kalau cam tu,kena carik pokok lain le nampaknya ni.

Monday, January 03, 2005

Hari nie rasa macam masa berlalu lambat sangat.Maybe sebab mak ada kat rumah kot.Hahaha. Lepas habis berkebun,tengok cerita Korea tu.Then lunch and tidur.Orang kata gemuk kalau lepas makan tidur tapi rasanya aku tak kot.Cuti ni aku kurus 2 kg.Memula ingatkan mesin penimbang tu rosak.Tapi bila check kat tempat lain,memang confirm aku dah kurus 2 kg.Nak kata tak makan tak logik pulak.Kat rumahlah melantak gila-gila.

Lepas tengok Mi Gorda Bella,cepat-cepat basuh kereta sebab nak tengok cerita Cina pulak.Berkesanlah pakai Crytal Pro tu.Tak payah nak berus-berus lagi.Spray jer dan terus hilang semua kotoran degil.Pastu gi pasar malam.Ingat nak carik short tapi tak de pulak yang size aku.Yang size aku semua tak cantik.Cam seluar apek jer.

Malam ni tengok bola Malaysia vs Indonesia sambil mengemas barang.Barang dak Ijat yang banyak.Barang aku sikit jer.Singlet pulak 3 hilang.Siapa pulaklah yang mencopet singlet ku.Mak pulak sibuk nak tengok Misteri Nusantara.So terpaksalah switch between channel sekejap-sekejap.Aku bukan tengok sangat pun,sibuk carik singlet.Habis mengemas sedar-sedar Malaysia 1 Indonesia 3.Apalah Malaysia.Final result Malaysia 1 Indonesia 4.

Sunday, January 02, 2005

Terpaksa bangun awal.Kena hantar dak Ida ke Melaka Sentral.Dia nak balik Lumut.Nasib baik mak dah beli sarapan kat kedai mak cik Esah.Taklah kebuluran.Inilah first time aku ke Melaka Sentral.Cantik jugak.Ada garden yang ala-ala KLIA and I-Utama tu.Kiranya tak seganlah nak bawak kawan datang Melaka naik bus.Kalau bus station yang dulu,mesti aku kena kutuk gila-gila.

Then,pergi ke Bandar Hilir(skip nak tengok perabot jati depan Tesco sebab kedai tu tak bukak lagi).Hantarkan kotak cermin mata nek.Jumpa mak cik jer.Bosan,pergi Mahkota Parade.Tak best langsung.Balik baru jumpa pak cik.

Malam layan tengok Singapore vs Myanmar.Aku + dak Selah sokong Myanmar.Ayah and dak Midah sokong Singapore.Sadly Myanmar kalah.Tulah,main bola jangan main sambil marah-marah.Kan dah kalah.Singapore defeated Myanmar 4-2.

Saturday, January 01, 2005

Ayah tak pergi kerja hari ni.Tercuti katanya.Ingat nak pergi KL wedding rumah mak cik Midah Pak Andak kat Gombak tapi tak de geng pulak. Mak pun apa lagi.Siaplah ngan project-project dia.Nasib baik tak banyak.Kena belah pokok bunga daun kuning tu aje.

Asyik berkebun sampai tak sedar pak cik Awang sebelah rumah suruh datang kenduri rumah dia lunch ni.Kenduri aqiqah baby boy abang dak Mail.Kata start pukul 12.30 PM.Masa aku datang @12.25 PM orang dah siap baca doa.Patutlah ayah awal-awal lagi dah pergi.Duduk sedulang dengan pak Itam and 2 orang lagi yang aku tak kenal.Yang bestnya kalau kenduri macam ni duduk sedulang dengan orang tua-tua ialah kita boleh makan banyak.Heheheh.Kalau aku duduk sedulang dengan bebudak kecik,confirm tak boleh makan banyak.

Aktiviti berkebun dibatalkan petang ini kerana hujan.So bersantai dalam rumah dan tengok Crayon Shin Chan.