Cuti Maulidur Rasul•Day 1 210405
Aktiviti hari ini dimulakan dengan memangkas pokok kat depan rumah. Masa balik kenduri dulu dah potong sikit so this time just touch up jer yang mana-mana part yang macam tak elok.Sambil tu sembang-sembang pasal pokok dengan mak.Tetiba adik aku menjerit "korang berdua tu lepas ni pergi makan ye pokok-pokok tu.kitaorang dah nak breakfast ni".Aik,dah pukul 10.30 pagi.Tak sedar pun.Aku pulak biol ingat hari ni hari Sabtu(biasanya,on Saturday memang aku akan beli paper).Balik rumah baru perasan yang hari ni hari Khamis.Lepas lunch sambil landing dalam bilik,baca Mastika. Macam best jerlah cerita pasal Tasik Chempaka kat Bandar Baru Bangi ni. After tengok Mi Gorda Bella, sambung balik aktiviti kat garden.Baru teringat mak suruh aku tanam serai kat belakang rumah.Sebenarnya dah ada 2 rumpun dah tapi saja suruh aku tanam.Bila awal-awal tahun ni macam biasa sibuklah tanam serai.Kononnya bila raya nanti tak payah beli serai.Pastu bila raya,beli gak serai sebab mak aku kata sayang nak ambil serai yang aku tanam. Tiap-tiap tahun ceritanya macam ni.Ikut cerita, serai tu mak ambil dari rumah Nek Cik.Nek Cik pulak ambil dari rumah Pak Itam Mat(sebelah rumah).Entah apa-apalah diaorang ni.Around 6.00 PM,pergi jenguk rumah lama sekejap untuk bagi Labi makan.Sempat jugak aku dan Selah kopek kelapa sambil mak bersembang dengan Mak Ngah.Aku tak tahu macam mana nak berhentikan diaorang bersembang sebab Selah dah nak balik sangat(nak tengok cerita Cina).Tiba-tiba Labi balik. Apalagi terus jelah panggil mak suruh bagi Labi makan.
•Day 2 220405
Hari ni hari Jumaat.Pergi solat Jumaat dengan ayah.Selamba jer pergi dengan tangan ada kaler-kaler biru/hijau sebab pagi tadi buat aktiviti membaja kat garden.Masa petang,mula-mula nak main badminton dengan budak 2 orang tu.Tapi oleh kerana cuaca petang agak berangin so aku decided to cycle to tengok sawah sambil cuci mata tengok anak dara kampung.Cantik jugak kampung aku ni.Ada sawah padi,ada sungai(tapi tak leh mandilah sebab macam ada buaya),ada kebun getah,kebun kelapa sait,ada pantai. Patutlah pernah jadi lokasi Cerekarama 2/3 tahun lepas.Lokasi drama VCD banyak kali jugaklah.Nak dibuat cerita,tengah lalu kat satu jalan yang rosak,aku terserempak dengan Pak Itam Mat.After tegur dia aku pun teruslah jalan.Tak sampai 1 minit kemudian,sedar-sedar aku dah terbaring atas jalan.Bukan kena langgar tapi jatuh sendiri.Then,aku cepat-cepat bangun dan kayuh basikal semula.Dalam hati nak tergelak pun ada,malu pun ada.Mintak-mintaklah Pak Itam Mat tak cerita kat mak aku.Kalau tak mesti sampai ke tua kena kutuk dengan adik-adik aku sebab tak pandai bawak basikal. Nasib baik muka yang handsome nie tak bercalar.Melecet sikit jer kat tapak tangan. Bila adik aku tanya kenapa raga basikal dia kemek.Aku cakap basikal dia jatuh sendiri tadi. Hahahahahah.
•Day 3 230405
Hari ni mak tak de kat rumah sangat.Pergi menolong kenduri rumah Pak Itam Mat( kat sebelah rumah).Sempat jugak tinggal pesan supaya aku kutip kuini dan lap kipas.Tak banyak sangat aktiviti kat garden hari ni except cabut rumput + baja pokok yang aku rasa ayah aku miss letak baja.Rasa macam nak tukar jer 2 pokok kat tepi rumah tapi tak de pasu pulak.Next timelah bila balik lagi(tapi dah bagitau kat ayah dengan harapan dia akan pindahkan).Bila dah panas sikit,baru masuk rumah menerusakan aktiviti mengelap kipas.Macam nak tergeliat tengkok aku mengelap kipas.Kalau satu tak pe jugak.Ini 12 biji kipas kena lap.Lepas tu cepat-cepat mandi ingat nak ke kenduri rumah sebelah.Cis,mak aku salah bagi info.Kenduri tu lepas Maghrib.Bila aku tanya, dia kata sengaja bagi salah info supaya aku mandi cepat.Lepas lunch,pengsan sampai pukul 5.00 PM.Maybe penat sangat lap kipas tadi.Tapi yang jadi mandur 2 orang tadi tu pun tidur jugak.Bila mak balik,Selah and Midah kena balik rumah lama bagi Labi makan.Aku tak de mood nak berkebun pepetang ni sebab nak tengok Agrotek+cerita Jepun + Shin Chan.Dak Selah bawak balik new baby(anak dak Labi kot sebab muka dia serupa).Kaler all black.Ada ke diaorang kata anak kucing tu sebijik cam muka aku masa kecik-kecik.Aku putih apa masa kecil dulu.Dah tua ni baru hitam sebab banyak sun bathing.Habis Shin Chan barulah semua orang berebut=rebut nak mandi sebab nak pergi kenduri.Habis kenduri cepat-cepat balik tengok Audition.Masa tengok tv tu, hamster Selah hilang.Adoi hilang konsentrasi aku nak tengok tv.Asyik hilang jerlah hamster ni.Balik kenduri,Mak bising sebab Fifi,arnab dia hilang.Apsallah hari ramai sangat orang hilang haiwan.
•Day 4 240405
Terlambat bangun.Maklumlah hari Ahad.Mula-mula basuh kereta,basuh alas kaki dan diakhiri dengan vacuum kereta.Tengah terhegeh-hegeh pegang vacuum tu,mak apa lagi. Soundlah aku vacuum bilik tengah dan bilik solat.Pantang tengok aku rehat sikit. Lepas ni,pergi rumah Mak Cik Yam,ambil tapai pulut.Sempat jugak visit kandang rusa Abg.Zul.Cam orang jakun pulak aku dan adik aku tengok rusa.Ada 8 ekor.Lepas tu pergi rumah lama,kononnnya nak cari tupperware untuk diisi tapai.Tapi yang ada kecil sangat dan macam membazir space jer kalau masuk peti ais.Tapai pulut tu dah dah memang boleh makan.So untuk memperlahankan usia tapai(so that boleh makan untuk potluck VSS esok), kenalah simpan dalam peti ais.Oleh kerana tak de tupperware,so aku decide nak pergi kedai plastic kat Merlimau.On the way there,mak decided to give some tapai to Nek Cik sebab masa last buat kenduri dia tak de.Suddenly Nek Cik kata dia pun nak ikut pergi Merlimau.Habis shopping, hantar Nek Cik dan berkemas-kemas untuk balik KL.Best gila highway hari ni sebab tak banyak kereta.Singgah Taman Midah sekejap to bagi kuini+tapai to Ina.After main-main dengan Izzat sambil tengok Azumi cerita Jepun tu.Last-last dah nak dekat Isyak baru sampai rumah.Letih gila. Disebabkan nak tengok Lost,The Oc,Rameses and Apprentice Finale terpaksa gak menyengkang mata.Boleh ke bangun pagi esok ni?