31 July

Hari ini 31/7 adalah hari terakhir bulan membaca kebangsaan yang diadakan setiap tahun bermula dari 1/7 lagi.So berapa banyak bahan yang sudah anda baca setakat ini?Well for me, sejak dua tiga menjak ini,aku nak baca paper pun tak sempat.Banyak sangat kerja. Maklumlah my group tengah dalam proses hardware/software migration. Banyaklah dirty works to be done.Tak sempat nak perfectkan previous teknologi, dah kena migrate ke teknologi yang lain. Start all over again from point zero.Memanglah tak berkembang.Apapun,itu cuma alasan yang aku diberi.Hakikatnya,banyak majalah/buku kat rumah aku tu still berbalut plastic lagi.Bila bab membeli teramatlah rajin. Tapi bila nak membaca tu asyik tak sempat jer.Maybe after habis AF3 ni aku start membaca baliklah.Konon-kononnyalah.

Selain itu 31/7 merupakan Hari Peringatan Hari Pahlawan(dahulunya Rayuan Hari Pahlawan).Kalau korang tak ingat apa itu Hari Pahlawan, sebenarnya Hari Pahlawan itu ialah hari mengenang jasa dan pengorbanan anggota keselamatan dalam menjaga keamanan serta kedaulatan negara daripada ancaman komunis. Aku ingat lagi masa kat sekolah rendah selalunya bila time-time macam ini, melayang-layanglah borang A4 kaler merah. Kena bagi derma paksa relalah tu.Macam manalah nak ikhlas masa tu sebab RM1(standard semua orang kena bagi) sebab masa tu RM1 tu besar gila maknanya. Duit sekolah seminggu tu.Kalau dah bagi derma,maknanya minum air sejuk jelah seminggu gamaknya. Tapi bila dah kaya ni pulak,tak de pulak borang kaler merah tu sampai. Apapun kalau nak derma,ambik jelah dari income tax yang aku paksa rela bayar tu.
"Rajin Membaca Pasti Berjaya"
Note:Happy Birthday to Ratu Rock,Ella yang ke 39 tahun yang juga jatuh pada 31 Julai.











