Wednesday, August 31, 2005

Ke mana anda pergi malam Merdeka ni?



Aku tak pergi ke mana-mana pun kecuali main buaian malam ini.Letih gila bekerja mensetupkan semula 2 system yang totally kaput akibat virus. Lagipun, aku memang tak minat sangat keluar malam-malam ni.Maklumlah, anak teruna sunti.Habis office shopping sket jer kat Mid Valley.Ingat nak beli baju but macam biasa size yang aku nak tak de pulak. Terpaksalah settle with other brand.Actually it's S1 in green and pink.

Suprisely,kat area rumah aku ada buat sambutan ambang merdeka.ku kata suprise sebab apa masa aku move in here ingatkan kawasan ni kawasan PAS. By the way,majlis tu adalah aktiviti for budak-budak kecil.So aku tak berapa berminatlah nak pergi until after midnight tiba-tiba aku rasa nak main buaian.

Actually aku dah lama dah skodeng buaian tu tapi tak de peluang nak pergi berbuai. Kalau petang, segan pulak nak berebut dengan kanak-kanak ribena yang maha ramai. Kalau berbuai pagi-pagi karang terkantoi pulak dengan orang yang kenal aku kat sini. So malam Merdeka ini aku dengan opportunis sekali pergilah main buaian ala-ala Bawang Merah tu tanpa ada prejudis.Rasa macam kanak-kanak semulalah.

Majlis diaorang siap ada firework ala-ala KLCC tu tapi tak banyaklah.Mana yek diaorang beli bunga api macam tu?Bukan salah ke?

Note:Letih mensetup sebab terlupa setting.So I was like macam orang buta meraba dalam gelap.Nak tanya orang,segan bak kata pepatah biar sesat jalan,asalkan malu bertanya.Nasib baiklah aku terror bab-bab meraba ni.

Tuesday, August 30, 2005

Kesan virus terhadap manusia:satu analisa perangai

Macam-macam perangai orang yang dapat aku perhatikan dalam menghadapi krisis virus yang sedang teruk menyerang sekarang.Ada yang cool(like me),ada yang panic,ada yang tension,ada yang gembira(sebab ada possibility buat duit claim),ada yang tak tahu nak buat apa, ada yang insaf,ada rela hati tolong-menolong,ada yang salahkan orang lain,ada yang menyesal(sebab dah terformat) dan tak kurang juga golongan majoriti yang buat poyo jer like nothing happen. Mentang-mentanglah PC/system dia tak kena attack.

Dalam banyak-banyak perangai tu,ada satu perangai yang aku tak berkenan sungguh. Sikap yang aku namakan "non user friendly" macam dia tu bagus sangat.Kitaorang tahu memang itu kerja dia tapi bila dalam krisis yang besar macam ini sepatutnya adalah semangat berpasukan sikit.Tak payah nak berlagak sangat.

Kalau aku lah kan,ada orang yang volunter nak tolong,kecil tapak tangan,Mid Valley aku tadahkan. Tak de maknanya kalau nak marah-marah,nak sindir-sindir orang yang offer pertolongan like we all ni have nothing better things to do.Macamlah kitaorang ni tak de dateline.Suka-suka jer nak tolong orang.Nasib baiklah bos yang mintak tolong sebab dah banyak sangat komputer kena attack dan customer dah mengamuk. Lagipun krisis ni pun ada kena-mengena dengan ketidakpekaan dia. Pelikkan sebab ada orang yang macam ni dalam company. Tak merintis kemungkinanlah jawabnya kalau ada orang macam ni.

Nak kata dia ni darah manis(like me)macam tak boleh sehsuai pulak sebab darah dia ni rasanya dah banyak kolestrol dan bukankah kita ni sepatutnya makin tua kita makin cool. Ini tidak,makin tua makin berangin.

Sesungguhnya,krisis virus ini memberi sedikit gambaran tentang personality kita, tentang how we react to the problem,tentang jahatnya virus yang mendelete 24 dan Alias aku.

Kalau nak dikutkanlah,masalah ni selagi kita hidup selagi itu ia tak akan habis.Buat semua, renunglah kata-kata Puteri Farah Binti Nordin;"hidup ini hanya sekali,sooooo kita enjoy"(diikuti dengan lagu Sha Na Na by Amy Mastura).

Note:Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri. Cehwah, macam tazkirahlah pulak.Padahal baru jer lepas geram laser orang kat atas tu.Aku dah tak terfollow berapa jumlah PC/Server yang kena attack sebab dah banyak sangat.

Monday, August 29, 2005

Badan yang cantik,hati yang baik



Something nice happen to me masa gunting rambut kat Sungei Wang.It makes me really "kembang" sampai lupa nak cakap terima kasih kat orang yang memuji. The barber out of the blue masa prepared me,tetiba kata " badan (or baju,aku tak berapa dengar) you cantiklah. +++".Tapi aku rasa dia sebut badan kot.

Aku hari tu pakai item S1 kaler off white yang somehow very terletak. Apa tidaknya, FYI 0.5 jam aku spent untuk pilih kaler dan size masa beli item S1 ni tau. Anyway, mungkin sebab lighting kot. Tu yang nampak cantik tu tapi sebelum tu patutlah aku macam perasan sendiri macam banyak mata memandang. Ingatkan ada comot kat baju or worst case scenario my zip seluar terbuka ke.

Aku bukan tak biasa dengan pujian ni tapi what make me thinking is dia sound very sincere. Lagipun payah nak jumpa orang yang direct puji you straight on the face kalau tak de anything to catch.Like wise,orang kalau nak buat small talk biasanya sound lain sedikit.

Another things that I like about dia ni,aku cakap sikit jer dia dah tahu apa yang aku nak.Kiranya value for moneylah.Payah nak jumpa barber yang bagus macam ni.Dahlah pandai ambil hati aku, gunting pun bagus. Cuma yang aku tak puas hari sangat ialah dia tak bersihkan rambut aku betul-betul.Dahlah pakai baju putih,so I'm like asyik kibas-kibaskan area bahu dan belakang untuk bersihkan sisa rambut yang jatuh.Tension punya pasal,aku basuh kepala dalam toilet at Convention Center.

Note:Kalau cantik aku cakap cantik,kalau buruk aku cakap buruk.Tapi kalau ketiak busuk tu aku ada masalah sikit nak bagi tau.Macam mana yek nak cakap?Anyway aku harap tak de sesiapa yang rasa nak termuntah, loya-loya ke after baca kisah masuk bakul angkat sendiri di atas sebab aku memang handsome in my very own way.

Sunday, August 28, 2005

Sudah jatuh ditimpa tangga:Shin Chan



Uwaa.Aku miss Shin Chan Sabtu lalu sebab balik lambat from outing ke KL.Padahal rasanya aku tak pergi kemana sangat pun.Tengok batik and lampu at Jalan TAR,tengok lukisan kat Star Hill Gallery,visit Craze,Hyper Studio and kedai kat bawah tu at KL Plaza,visit Parang Kenchana at BB Plaza, keluar duit,gunting rambut and windows shopping sket at Sungei Wang, beli CD pirates + CD kosong dan tengok laptop bag kat Imbi Plaza, visit Education UK kat Kuala Lumpur Convention Center and preview **** latest collection at KLCC and bayar hutang.

Maybe aku lambat sebab lama gila tunggu nak beli nasi kerabu kat pasar malam Jalan TAR kot. Dah dalam LRT baru aku dapat jawapan kenapa aku slow sangat hari ini. Kaki sakit rupanya sebab semalam aku telah belari 6 pusingan which is twice the normal accomplishment.Faktor geram dan terminum nescafe kot yang buat aku lari non stop ni.Taubat lain kali tak nak buat lagi.Masa 12 jam lepas lari tu rasa OK jer.Lepas tu baru rasa KO.

Note:
1.Confirm aku dah jatuh cinta pandang pertama dengan lukisan Soon Lai Wai.Dulu pernah tengok kat I-Utama tapi tak tahu nama pelukisnya. Sekarang baru tahu.
2.Aku terpaksa menyamar jadi student pergi Education UK sebab nak ambil dia punya paper beg letak harta karun yang aku beli kat Imbi Plaza.Tak vogue pulak pergi KLCC bawak plastic hitam macam beli sayur kat pasar malam tu.

Saturday, August 27, 2005

Sudah jatuh ditimpa tangga:Virus

Havoc office aku bila kena serangan virus.Serangan rasanya bermula di Faber.Pagi Khamis lepas bila aku check dengan Elly kenapa aku tak boleh access V*S server,she told me ada NTLDR missing walaupun dah beberapa kali restart PC.My reaction is to buat dek jer. Malas nak layan. Aku tak tahu pun tu precursor to virus sebab NTLDR missing tu quite common.Before lunch time, tahu-tahu tiga PC/Server at Faber dah kena serang.

After lunch aku tengok Hafez tengah sibuk do installing something kat PC dia.Aku pun menyeboklah tanya kenapa.Bila dia explain,terus aku rasa virus tu dah sampai Cyberjaya sebab symptom dia macam sama.Then aku sambung buat kerja like nothing happen. Tengah-tengah asyik buat kerja,sekali my MP3 asyik skip jer my Full House song dan PC aku macam slow. To my horror bila aku check my PC,my D drive is all gone.

Tragically,beberapa seconds sebelum tu aku baru jer update status YM aku to "Alhamdulillah. Server kena serang virus" dan jarak masa antara aku tanya Hafez dan masa PC aku kena attack tu adalah kurang dari 1 minit.Apa lagi, terus aku cabut network PC-PC yang dibawah jajahan aku dan terus berlari-lari inform semua orang supaya cabut network.Ada gak yang skeptical pulak tu. Faiza siap kata "orang jahat jer kot yang kena" bila aku jawab soalan dia yang so far aku dan Hafez jer yang kena. Mungkin pembalasan tuhan, a split second after that PC dia pulak kena. Sampai banyak program dan data yang hilang.My damage sikit jer.Windows program still intact cuma data jer yang hilang.Tulah tadi kata aku budak jahat lagi.Hahahaha.After that barulah semua orang macam percaya amaran aku tadi tu.

The next day(Jumaat),lagi banyak casualty bila orang yang tak de kat office semalam masuk office. Ada jiran pun jiran hampeh tak leh harap. Tak tolong pun cabutkan network kawan. Angka rasmi serangan virus (by 3.30 PM, Jumaat):Faber(2 manusia,1 server), Cyber(9 manusia, 2 server).

Note:Aku tak risau sangat pasal kerja yang hilang sebab memang ada backup tapi aku sedih sebab Alias dan 24 yang aku download berbulan-bulan hilang begitu sahaja.Kena download semulalah gamaknya ni.

Friday, August 26, 2005

Sudah jatuh ditimpa tangga:Hari Peladang

Memang dah tak de rezeki aku nak melawat Hari Peladang yang diadakan di Shah Alam.First atempt to go,walaupun beria balik awal, sekali jammed kat plaza tol sebab ada lori sampah langgar divider depan tol.Dah lah sampai rumah lambat.Then aku bertambah geram bila dapati motor pulak habis minyak. Tak pernah-pernah habis minyak. Musykil jugaklah.Kalau tahu tadi pergi jer dengan kereta.

Second attempt,before pergi office beli petrol.Terkejut jugak pam attendant tu bila aku kata nak beli minyak for RM4.Dua kali dia tanya aku.Aku sengeh jer.Balik office bila try isi minyak, aku makin pelik bila semua minyak keluar. Terpaksalah tolak motor ke kedai. Bertambah geram aku bila mamat yang asyik nyanyi lagu Felix tu bagitau yang cable minyak tu kena cabut.Maybe ada orang curi minyak motor aku. Ajaib sungguh.Ada gak orang nak ambil minyak yang tak seberapa tu. Aku pun tak tak pernah terfikir ada orang yang bleh buat macam tu. How an angel I'm to be. Nampak macam tak selamat jer kat mana-mana sekarang ni.

Oleh kerana dah sakit hati,pergi jugaklah Shah Alam lepas tu.Masa solat Mahgrib kat Shah Alam, ada pak cik tu tegur aku pakai cap masa solat. Aik? Tak boleh pakai cap(terbalik) masa solat ke.Aku pakai cap tu sebab nak prevent tangan main-main rambut yang konon-kononnya asyik jatuh tu ala-ala Anuar Zain.Anyway,bila sampai stadium Shah Alam banyak exhibitor dah balik or tengah berkemas.Buat penat jer datang tapi kalau tak datang tadi mesti rasa menyesal pulak. Kalau tahu tadi baik aku stay tengok cerita Korea lagi bagus.

Note:yang part Anuar Zain tu saja jer exaggerated.

Thursday, August 25, 2005

Balik Kampung,Ogos:part 2

DAY 3
Pagi
Sessi membaja pokok yang berbunga pulak.Semalam baja pokok yang berdaun jer.Lepas tu pergi temankan mak pergi pasar.Mak beli dodol untuk nek.Aku pulak beli selimut yang nampak macam best.Hari ini mak masak best.Sambal tumis ada belacan.

Petang
Aku decided nak hantar dak Selah ke Melaka Sentral sebab dia nak balik KL.Sian pulak tengok dia bawak banyak barang-barang.Lepas tu shopping kat Tesco.Ingat nak beli tissue rumah jer. Last-last macam-macam pulak yang mak dengan dak Midah ambil.Yang tak patutnya, pastu diaorang tinggalkan aku kat cashier sorang-sorang sebab diaorang dah lari pergi tengok kedai jual khat.Menyesal pulak tak ambil troli tadi. Rasa nak patah tangan bawak barang-barang tu semua.Masa nak balik, aku hampir terlibat dengan satu accident bila sorang mamat Cina tu jatuh motor akibat bergesel dengan kereta lain masa nak merempit dan dia dengan motor dia sliding masuk lane aku(right lane) from the middle lane.Nasib baik aku tak bawa laju lagi walaupun biasanya aku bawa laju sikit kalau drive at right lane sebab takut kena high beam dengan kereta kat belakang.Kalau tak,mesti aku dah jadi pembunuh. Break emergency gila-gilalah tadi sambil bunyikan hon.Aku pun tak tahu kenapa aku hon mamat tu. Hahahaha. Luckily,mamat and the motor tu tak cedera teruk dan my car tak kena hit from the back sebab brakes emergency tadi.Around 5.30 PM,Yusri the doctor and family datang rumah.Mak aku punyalah excited tunggu diaorang ni datang sampai skip tidur petang. Aku tak de effect pun.Tidur macam biasalah. Lagipun hari hujan.Memang sesuai untuk tidur.Thank youlah Yusri sebab sudi datang ke teratak buruk kami.Raya nanti kalau free,datanglah lagi.

DAY 4
Pagi
Lepas berkebun sikit,mak ajak petik rambutan,langsat,limau,pisang dan duku.Separuh masa kedua,Mok Long pulak datang ajak mak pergi Tangkak sebab nak beli kain for raya nanti.Kak Ani pulak nak beli langsir untuk rumah Abang Chemi.Diaorang ni datang tak bagitau pun.Tulah akibatnya kalau ajak tak ikhlas.Terpaksa berebut-rebutkan masa sampai makan pun tak sempat sebab depa pentingkan cerita Filipina dari makan. Dak Midah pulak ada kursus motivasi all day dan nek pulak dah ikut Pak Itam balik Shah Alam.Kesimpulannya,tinggallah aku keseorangan kat rumah dengan hamster dan Hero yang asyik tidur je.

Petang
After diaorang balik bershopping,baru aku balik KL.sempat gak singgah rumah dak Ina untuk bahagi-bahagikan harta karun ni sikit.Aku banyak-banyak pun bukan aku makan pun.

Wednesday, August 24, 2005

Balik Kampung,Ogos:part 1

DAY 1
Pagi
Lepas Subuh terus jer cuci baju dan pack barang.Ingat boleh bertolak awal ke Melaka tapi entah apa yang aku buat agaknya,pukul 9.00 AM baru masuk highway.First things yang aku buat bila sampai kampung ialah pruning pokok kat depan rumah tu.Dah nak jadi macam hutan. Habis tangan aku melecet.Bila mintak sarung tangan dengan mak,terus isu tangan aku melecet itu jadi topic "Wanita Hari Ini".Mak aku ni bukan boleh percaya. Entah-entah habis sekerat kampung dibrodcastkan cerita tangan aku melecet masa rewang kat rumah Pak Cik Buang.Suspens gak aku bila ada makcik-makcik yang senyum meleret kat aku.Lembut sangat kot tangan aku ni.Tulah akibatnya kalau asyik guna mouse dengan keyboard jer.Baru buat kerja mencabar sikit dah melecet.Macam manalah nak jadi peladang harapan negara ni.

Petang
Lawatan ke sawah yang dischedulekan petang ni dicancelkan sebab mak ajak kawan Indon dia ke kebun ayah untuk ambil rambutan sambil pick-up dak Selah kat pekan.Itulah mak aku. Pemurah orangnya walaupun sempat laser Indon tu,orang dia yang buat jerebu.Aku tak tolong sangat pun bab petik-memetik ni sebab tersalah dress.Ada ke pergi kebun dress macam nak pergi KLCC.MalamHari ini finale Full House tapi my sister awal-awal dah bagi warning yang aku akan menghadapi kemungkinan "war of the berebut TV" dengan mak/nek macam last week masa dak Ina balik kampung.Khabarnya dak Ina hari itu separuh tewas masa nak menengok Full House sebab mak/nek nak tengok berita. Tapi diaoarang tu tak tahu siapa dia Azman. Anyway perang tu tak jadi pun sebab satu bateri(mak) pergi menolong rumah orang kahwin. Just like remote TV,kalau bateri dia satu jer dia tak kuat.Kalau ada dua bateri tu barulah bahaya.Lagipun askar simpanan aku,Kak Ani datang rumah malam tu dengan Mok Long. Setakat nek tu,kitaorang tolak pakai jari telunjuk jer.Habis MI2 baru pergi tunjuk muka kat rumah Pak Cik Buang.Pengantin tengah nikah masa tu.

DAY 2
Pagi
Habiskan pruning dan kemas garden mana yang sempat.Lepas tu tengok majlis budak-budak bersunat.Siap ada bomba datang pancutkan air tu. Lepas tu baru pergi menolong mana yang patut kat rumah Pak Cik Buang.Family dia ni selalu datang kalau rumah aku or rumah nek buat kenduri.Lagipun,anak dia dak Mael tu my childhood friend.Tak patut pulak kalau aku tak tolong.Dah balik kampung,kenalah buat peel macam orang kampung.

Malam
Malam ada 2 jemputan kenduri pulak.So terpaksa "osom" dengan ayah. Damn!Aku kena pergi rumah yang jauh sikit.Dah lah pagi tu masa breakfast secara kebetulan,my mak bukak cerita hantu kat jalan-jalan shortcut yang aku kena ambil untuk ke rumah Pak Cik Beram ni.Oleh kerana dah terlambat sebab tengok Shin Chan tadi aku redah jelah jalan.Seram-sejuk jugaklah sebab tadi masa keluar rumah bulan mengambang penuh.Tapi bila lalu jer rasa gelap-gelita pulak.My mak ni memang tau.

Note:Kalau macam nilah gayanya,raya ni nampaknya aku kena bawak balik dua-dua TV aku untuk mengelakkan peperangan.

Tuesday, August 23, 2005

Training merempit

DAY 1
Due to administration glitch,half of the training participants tak tahu pun ada training.Aku dapat tahu bila dah sampai office.So decided nak pergi after lunch.First impression, content training tu macam tak related jer tapi cikgu yang mengajar iaiatu Cikgu Maniam agak OK.Habis kelas aku merempit balik.Banyak kali pulak tu kena hon.Relaxlah brother,gua baru jer nak berjinak-jinak dengan arena perempitan ni.Oleh kerana kelas habis awal,aku yang biasa balik lewat ni quite "tertekan" jugaklah tak tahu nak buat apa.Fikir punya fikir,last-last pergi nursery yang biasa aku gi tu.Nothing spectacular this time.Semua pokok biasa jer.Damn!petang tu masa tukar minyak hitam,ada masalah kebocoranlah pulak.Miskin RM18 hinggit hari ini betulkan motor.
#hari ini jumpa Hizamel kat surau.

DAY 2
Dah OK sikit merempit compare dengan semalam.Kelas tak menarik langsung hari ini sampai rasa macam nak tidur.Balik awal macam biasa.
#hari ini jumpa Sarawak yang dah bertukar montel

DAY 3
Jumpa Hani masa nak pergi surau hari ini.Makin cun pulak aku tengok junior aku ini.Walaupun lama jugak aku sembang kat kaki lima dengan dia tapi aku lupa pulak nak mintak nombor dia.Cis,rugi besar hari ini.Tulah lain kali jangan pergi surau dalam keaddan lalok.Habis kelas, singgah Faber sekejap.Kononnya nak baca email secara remote at Cyber.Sekali PC aku kena penyakit kuku dan mulut.So tak pasal-pasal aku kena pergi Cyber.Balik kena hujan. Malang betul hari ini.Dah lah nombor telephone Hani tak dapat,PC bengong,then masa balik kena hujan.What a day!

DAY 4
Last day training.On the way merempit aku terperangkap dalam hujan lebat gila.Nak patah balik dah half way dan jauh pulak kena pusing.Nak teruskan hujan lebat.So terpaksalah duduk bawah jambatan macam mat rempit yang lain.Dekat 3 jam jugaklah tunggu tapi hujan sekejap extra lebat,sekejap lebat.Oleh kerana hujan ni nampak macam luar biasa sikit (macam tak nak berhenti ) so aku decide to merempit jugaklah.Before that change to only singlet and seluar pendek(minus the underwear), pakai dibawah baju hujan yang tak macam baju hujan. Ingat nak berenang petang ni tu sebab yang ada bawak short tu. Sampai sikit lagi dah nak lunch break.Hari ini kelas ada related sikit dengan my skop of job.At the end of training,entah mengapa aku gatal mengoffer diri jumpa Head of the Department of School something something yang conduct training ni.Kalau Puan nilah jadi mak aku,mesti dah lama aku lari dari rumah.Aku tak leh nak mencelah langsung sebab Puan ni bercakap tanpa henti.Lampu merah,kuning,oren(ehem-ehem),pink(ehem-ehem) pun semua dia langgar.
#Hari ni jumpa Sahrul Bulu

Note:Kesimpulannya.Ntah apa-apa yang aku training,"Introduction to Mobile Telecommunication"(15/08/05-18/08/05,Kolej Multimedia TM)

Thursday, August 18, 2005

Mega Sale:cerita tentang fabrik



Makna Mega Sale bagi bujang terhangat dipasaran macam aku walaupun secara tanpa sedar tentulah tak lain tak bukan ialah tentang fabrik seperti linen, kapas, denim, sutera,lycra,kulit dan entah apa-apa lagi. Tapi tidaklah buta-buta tentang semua fabrik itu.Yang pasti, tentunyalah yang dah jadi kemeja,t-shirt, jacket, kasut, belt, seluar ataupun tie.

Bagi ayah orang pula,makna fabrik di Mega Sale amat berbeza sekali. Kalau orang bujang macam aku pergi beli fabrik untuk pakai sendiri,si ayah orang pulak pergi beli untuk orang lain pakai.Tambah memeranjatkan fabrik special yang mereka beli,di pakai buang pulak. Itulah dia fabrik special yang bukan jadi baju atau jacket tapi jadi pampers. Kawan aku,si ayah orang memberitahu Mega Sale inilah peluang dia membeli pampers secara besar-besaran utuk stok selama 6 bulan dan dia sudah lama tak de can nak bertukar ke fabrik yang lain. Kasihannya dia!

Mendengar keluh kisahnya semasa bersarapan tempoh hari ini,walaupun zuriat could be the best things happen tapi rasanya aku belum betul-betul bersedia lagi.Tambahan pulak aku masih belum jumpa lagi perempuan yang mampu menukar seluruh cara hidup dan pendirianku untuk bertukar dari fabrik seperti linen,kapas,denim,sutera,lycra dan kulit ke fabric special yang jadi pampers.

Note:Setiap bulan aku mesti membeli fabrik baru,Mega Sale or not.

Wednesday, August 17, 2005

Aktiviti Mega Sale 2005,Episode 2:Part 3



  • 14/8

  • Period 1{Sogo}:
    Lunch same time,same place,same sambal belacan like yesterday.Wow!Sogo today looks fresh and new.Dah lama aku tak ke Sogo ni.What interesting here is I found several shirts yang menarik.Tapi tak de sale.Kalau ada pun macam tak ikhlas jer.Next visit kot baru decide.Tu pun kalau ada budget.

    Period 2{Noor Arfa Batik}:
    Tak ada pulak baju batik yang tak de size yang aku tengok kat cawangannya di I-Utama. Ini yang leceh bila setiap satu design tu ada satu jer for each size.Exclusive sangatlah.Buatlah banyak-banyak sikit. So,no baju batik for me today.

    Period 3{Lot 10}:
    Tak ada apa yang menarik sangat pun.

    Period 4{Sungei Wang}:
    Sebenanya aku tak bercadang nak bershopping pun hari ini.Objectives keluar ialah saja window shopping for the next episode sebab masa yang dlu tu shopping dalam keadaan kelam kabut.So hari ini macam menikmati keindahan alam sikitlah.Banyak jugak stuff yang menarik dalam kedai-kedai kat sini.Memang heaven.In term of variety aku rasa Sungei Wang ni still maintain No 1 walaupun dia nampak buruk.Tapi this place sesuailah ntuk orang-orang macam aku.Kalau yang kaya-raya tu shoplah kat KLCC or Star Gallery yang sepatutnya aku pergi tapi lupa nak pergi.Satu lagi shop yang aku lupa nak pergi ialah Kartini atas alasan tak cukup masa.Tulah jalan relax sangat hari ini.

    Period 5{Berjaya Times Square} :
    Fuyyo!For the first time aku naik monoral(from Bukit Bintang-Imbi).Tu pun sebab hari hujan.Kalau tak sure aku tak membazirkan RM1.20 for a sekangkang kera ride.Tak de gi mana pun sebab dah letih.Cuma nak pergi The Borders jer.Lawa tempat dia dan kita boleh baca buku kat sini tanpa kena sound dengan staff kat sana macam kat kedai mamak jual majalah.Tapi aku tak sempat membacalah.Cuma browse through.Quite an impressive collection.satu yang aku suka pasal The Borders ni ialah lighting dia terang tak macam MPH or Kinokuniya yang pencahayaan dia ala-ala romantik gitu. Memang tak memberangsangkan mata untuk membaca.

    Tuesday, August 16, 2005

    Aktiviti Mega Sale 2005,Episode 2:Part 2



  • 13/8

  • Period 1{The Curve}:
    Awal gila lunch today.Pukul 10.30 AM sebab nak ke Ikano,The Curve and I-Utama.Hari ini pakai item W1 yang sexy tu.Budak Cina dah quite ramai yang kot yang pakai the look a like cut.Budak Melayu tak ramai lagi.Aku ni yang ke 10 kot.Kat The Curve tak de apa yang menarik sangat pun macam my last visit.I mean yang on salelah.The green shirt pun dah pupus.Preview the latest Sony AZ Series.Finally Sony keluar jugak something yang boleh integrate semua multimedia application.Mesti nanti susah nak buat pilihan nanti antara AZ Series dengan the existing Home Theater model.

    Period 2{IKEA}:
    Tak tahu nak beli apa untuk dapatkan rebate parking.Last-last capai satu kotak tu. Tapi tak cukup RM00.10.Puas round tapi tak de apa-apa yang best yang kurang dari RM1.Potato peeler adalah tapi aku nak buat apa yek nanati.So,on the way out, cancellah dulu beli sebab nak ke IKANO. Takkan nak mengheret kotak tu.Tak voguelah.

    Period 3{IKANO}:
    Kat situ belilah some T-shirts.Tu pun sebab dulu aku tengok ada banyak. Kali ini datang dah tak banyak.Sampai dah tak de size.Nasib baik "S" dia quite big.So kira OKlah tu.Yang kaler hijau tu terus habis, lenyap, gone. Pastu termenung tengok jam pompuan for my sister birthday present. Takut pulak nak beli sebab takut dia tak berkenan.Aku ni citarasa lelaki kuat sangat.Dahlah tak de awek nak tolong suggestkan apa yang best. So aku ambil keputusan,cuti sekolah ni suruh dia beli sendiri.Habis cerita. Lepas solat Zuhur baru patah balik ke IKEA untuk beli kotak tu. Hampeh.Lebih 10 minit pulak.So kena jugak RM0.50 for parking.

    Period 3{I-Utama}:
    I declared it to be the best moment of my Mega Sale this year.You know what,here I found item S1(kembar kepada si item W1)yang buat hidup aku sengsara dulu tu masa Mega Sale Episode 1.JJ I-Utama nie memang bukan sekali tapi dah berkali-kali mengubati kekecewaan aku.Bila something yang aku nak tu tak de size ke,habis ke,hilang tiba-tiba ke, selalu-selalulah aku akan check JJ I-Utama ni sebab all the stock will be transport here on the reason boleh jual,kata salesperson yang dipaksa jawab soalan aku.Aku pun hairan kenapa dulu dia sorokkan item S1 ni.Ingat dah dihantar ke Afrika.Tup tup menjelma kat JJ.Rasanya macam masa tu aku senyum sampai telinga. Punyalah lama aku nak buat pilihan. Soalan yang yang perlu dijawab hanya what colour and what size. Tapi I took almost 30 minutes to make decision.Last-last aku ambik jer kaler black and off white.Kaler "male pink" macam OK tapi tak leh nak decided.Maybe later.Yang tambah mengharukan ialah ada discount 50% pulak tu.Yang peliknya,ada new arrival tu kaler and design sebijik dengan item S1 cuma fabrik jer lain sikit.

    Another greatest finding here is a oriental furniture shop.Dulu aku ingat shop ni tak best sebab I dn't really like oriental concepts tapi bila ternampakkan elm wood coffee table(new arrival)aku terus explore kedai ni.Memang banyak pieces yang menarik but I really like its TV kabinet and bedside table.Aku ni bila nampak wood furniture especially yang kaler gelap, terus lemah segala sendi-sendi aku. Mmm...macam nampak awek in bikini kot.Memang aku gila bangat with whatever kayu. Nasib baiklah aku tak in the mood nak shop furniture.Mmmm...bulan 10 or after Raya ni kot baru mula nak carik mood.Tu pun kalau ada rezeki. Kalau tak,gigit jari jelah. Alamak,cerita pasal furniture baru aku teringat assignment carik ottoman beige colour with Queen Anne legs.

    Dan macam biasa kalau ke I-Utama ni kalau tak beli baja mesti tak sah.Al-maklumlah, aku nikan peladang harapan negara.Kat sini ada jual baja versi 3KG.Atas kesilapan technical,aku terbeli baja ni dulu.So korang bayangkanlah betapa labuhnya tangan aku bila terpaksa mengheret 6KG baja tu ke sana sini.Hari ini baru tahu ada baja untuk tumbuhan air.Thanks ye makcik stranger for the tips.Sebelum ni aku campak jer regular baja.Nasib baik tak mati aquatic plants aku.Actually ada yang mati tapi telah diganti secara senyap-senyap atau cari "kambing hitam"(biasanya yang senang kena tangkap ialah my ayah, hahahaha).Pengakuan berani mati ni tapi don't worry,my mak tak reti Internet-Internet ni.

    Monday, August 15, 2005

    Aktiviti Mega Sale 2005,Episode 2:Part 1



  • (7/8)Sun:Tesco,Puchong

  • Tak de apa sangat shoppingnya.Pergi beli barang-barang orang bujang jer before pergi wedding Helmizan.Punyalah beria buat shooping list.Siap double check lagi tu tadi before keluar rumah.Tapi bila petang tu balik rumah baru perasan lupa nak beli Sunquick.Damn!Short yang aku suka sangat tu dah tak de pulak.Hampehlah Tesco ni.

  • (8/8)Mon:Alamanda

  • Habis bersenam terus rush ke Alamanda dengan pakaian sukan. Lantaklah apa orang nak kata sebab aku tak sempat nak tukar baju. Sempat gak buat test bau before pergi tadi.Oleh kerana masih wangi,tu yang tak tukar baju tu.Kedai dituju,Al-Ikhsan specifically. Haiya, pouch kaler black yang aku nak tu maybe dah pupus kot.Kat Sunway pun habis. So terpaksalah berpuas hati dengan yang another one:kaler hitam but the latest design. Yang aku macam minat tu older sikit design dia. However,it turn out I realy like this pouch later.No regret at all.

  • (9/8)Tue:Mid Valley

  • Hari ini start jerebu teruk tapi ia tidak menghalang aku dari ke Mid Valley lepas habis office.Sepatutnya aku berjogging hari ini tapi dah jerebu terpaksalah aktiviti berlari tu diganti dengan aktiviti bershopping. Berlari jugak tu sebab korang mesti kagum tengok cara aku berjalan. Nak balik cepat tengok Full House punya pasal.I'm quite panic jugaklah sebab macam tak de apa yang onsale yang best.Yang tak sale macam banyak pulak yang best.Tadi confirmkan dengan kedai kasut tu kalau pakai J-Card dapat discount ke tak(priviledge shop).Punyalah gembira bila amoi tu kata ada discount. Magazines yang aku nak beli pun tak de kat MPH.Lembab benorlah depa ni update stock.Punyalah jauh datang. Last-last beli Sunquick dan some other craps(grocery) @ Carrefour jer.

  • (11/8)Tue:Mid Valley

  • Ke Mid Valley lagi.Kononnya nak menziarah Maybank Treat Fair tapi tak best pun. Instead aku beli a cowboy inspired shirt yang "Oh So 2003" yang made fampus by Tom Ford masa dia akhir-akhir kat Gucci tu.Masa tukan tetiba semua baju koboi tu jadi mahal.Aku nak beli pun tak sanggup. Lagipun aku bukannya koboi.That why 2 years later barulah beli(baru nak jadi nak koboi kot).Balik kelam kabut singgah Guardian Puchong Jaya sebab Guardian kat Mid Valley tadi macam hampeh. Watson pulak macam tak sale stuff yang aku nak beli.Bukannya beli apa sangat pun.Alat-alat kecantikan yang biasa-biasa jer.Beli some stuff for face and hair.FYI,aku taklah metrosexual sangat macam some people expected.Saja jer bagi gempak guna term "alat-alat kecantikan". Anyway, jerebu makin teruk hari ini sampai aku rasa macam sesak nafas tadi dalam opis.

    Sunday, August 14, 2005

    Destiny
    by Jim Brickman Featuring Jordan Hill & Billy Porter

    What if I never knew
    What if I never found you
    I'd never have this feeling in my heart
    How did this come to be
    I don't know how you found me

    But from the moment I saw you
    Deep inside my heart I knew

    Chorus:
    Baby you're my destiny
    You and I were meant to be
    With all my heart and soul
    I give my love to have and hold
    And as far as I can see
    You were always meant to be my destiny

    I wanted someone like you
    Someone that I could hold on to
    And give my love until the end of time
    But forever was just a word
    Something I'd only heard about

    But now you're always there for me
    When you say forever I believe

    (chorus)

    Maybe all we need is just a little faith
    'Cause baby I believe that love will find the way

    (instrumental bridge)

    Baby you're my destiny
    You and I were meant to be
    With all my heart and soul
    I give my love to have and hold
    And as I far as I can see
    From now until eternity
    You were always meant to be my destiny

    Note:Aku kalau nak tidur mesti kena dengar lagu ni dulu baru boleh lena. Maklumlah sekarang kan tengah musim mandi tak lena, makan tak basah dan tidor tak kenyang.

    Saturday, August 13, 2005

    Analogi J-E-R-E-B-U

    Apa yang nak aku perkatakan kat sini ialah tentang API sebab walaupun dah banyak kali keluar kat paper tapi ada orang tu tak baca.Yang hairannya, blog ni dia sanggup pulak baca hari-hari.

    API ialah satu kaedah bagi kita menentukan keadaan persekitaran udara sama ada bersih, sihat ataupun tercemar.Apa yang dimusykilkan ialah kebiasaannya ketika waktu jerebu berlaku, perkiraan API hanya disandarkan kepada kepekatan PM10 sahaja. Sebenarnya, PM10 kurang berbahaya kepada kesihatan.Tetapi keadaan akan menjadi bahaya bila terdapat pencemar gas beracun seperti NOx, SOx dan CO di ruang angkasa.

    Kalau dianalogikan,cuba kita lempar air,simen dan pasir satu persatu ke muka kita.Memang ada effect tapi tidaklah teruk.Tapi cuba kita campurkan air,simen dan pasir tu.Biarkan dia sebati dan lempar pada muka kita.Mahu muka yang handsome tu jadi toye(hodoh).Sama jugalah dengan asap jerebu tu.Bila dah bercampur dengan gas lain it will turn into a lethal killer.Sepatutnya,kerajaan keluarkanlah nilai parameter spesifik bagi sesuatu kawasan bermasalah macam kat negara-negara maju.

    Aku saja tekankan konsep analogi kat atas tu sebab semalam masa solat Jumaat my ex-lecturer,Nur Zakri salam dengan aku.Terharu jugaklah sebab dia masih cam "sebelah muka aku"(aku duduk kat saf depan sikit dari dia) walaupun dah hampir 8 tahun tak jumpa.Dia ni salah seorang lecturer(ajar aku OS1&2) yang best sebab suka gunakan analogi dalam kelas dia.So senang nak faham konsep-konsep yang susah tu.

    Note:Kalau korang perasan aku banyak guna word "terharu".Itu bukan apa tapi sebab teroverdose tengok drama Jepun/Korea yang sarikatanya banyak guna word tu.Hahahahaha.

    Friday, August 12, 2005


    *klik for a bigger view

    Note:A 180 degree view of jerebu from my office.Picture courtesy of our creative director,Hairol.

    Thursday, August 11, 2005

    AP dan AP dan AP-I
    AP rasanya ialah satu perkataan yang sudah di overuse sejak dua tiga menjak ni. Pertamanya kita disuapkan dengan cerita AP(Ayah Pin). Kemudiannya dengan cerita AP(Approved Permits) dan akhir sekali dengan AP-I(Air Pollution Index).

  • Ayah Pin


  • Pandai jugak orang tua ni main nyorok-nyorok ye.Sampai sekarang tak kena tangkap lagi.Pada pendapat akulah,Ayah Pin ni memang world in term of landscaping architecture.Kalau tidak masakan DBKL pun tiru buat teapot macam dia kat Arab Square tu.Patutnya,DBKL informlah Majlis Daerah Besut yang dia nak tiru.Boleh je ditransferkan teapot gergasi tu ke KL.Tak ler membazir duit rakyat.

  • Approved Permits

  • Semalam Datuk Seri Rafidah dah kena menjawab 3 soalan penting dibawah(dipetik dari The Star)di Kabinet meeting.Tapi still no answer yet.Wait and see jelah.Menarik jugak saga "Kerajaan Langit" MITI ini.
    1.First, she will have to convince the Cabinet that the policy on APs has not undermined the national car industry.This means she will have to explain why the APs issued for foreign vehicles in 2004 and 2005 amounted to 10% of the total vehicle output instead of 10% of the national car production.She has to tackle complaints that too many permits have been issued to allow in cheap foreign imports to compete unfairly with Proton cars.
    2.She is expected to explain the criteria for giving out the APs and the basis for having as many as six types of AP – open APs, franchise APs, tuner APs, student APs, diplomatic APs and “Member of Parliament APs”.
    3.She will have to account for how the AP scheme seems to be monopolised by a few bumiputra businessmen.She will have to address the perception that the policy has given rise to the so-called “AP kings”.

  • Air Pollution Index

  • AP ini special sikit sebab semua rakyat Malaysia berupaya memilikinya secara percuma tak macam AP di atas dan apa yang kita import ialah jerebu dari Indonesia!Tapikan memula Dato Seri Najib tak nak bagi AP-I ni tau.Dia nak bolot semuanya macam AP Kings yang lain kot.Tapi bila malam tadi tengok TV,keluar pulak berlambak-lambak AP-I.Hairan jugak aku.Kejap tak boleh,pastu boleh.

    Patutnyakan kita saman jer Indon ni.Tiap-tiap tahun dia sebabkan kita jerebu.Aku pun dah naik sesak nafas ni.What concern me more is how my pokok duku are doing in jerebu times.Maklumlah, I ni kan pekebun harapan negara.Janganlah jadi cam last year.Rugi jer sebab musim panas.Before ada orang komen,baik aku nyatakan kat sini jerebu datang pada masa musim panas sahaja.Kalau musim hujan atau musim salji, asap tak sempat jadi jerebu ye kawan-kawan.

    Note:Saja panjangkan jumlah patah perkataan.Boring tunggu orang demo kat PJ Hilton.

    Wednesday, August 10, 2005

    Harta Pusaka

    This is something that is 0.5 inch close to me.Aku sebenarnya tak tahu mana nak mula dan fokus dalam isu ini sebab ia besar sangat.

    Case No 1
    Background:Seorang ahli perniagaan,49 tahun telah menyaman ibu kandungnya,63 tahun bagi mendapatkan harta sepencarian ibu bapanya yang bernilai RM1.7 juta daripada ibunya.Si ibu terpaksa menjunjung al-Quran di Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan bagi bagi menafikan bahawa amanah arwah suaminya, adalah bukan harta sepencarian sebaliknya mengakui harta berkenaan adalah pemberian sukarela arwah suaminya kepada beliau.
    Comment:Ada masalah mental kot si anak ini.Sanggup fight dengan ibu sendiri sebab harta. Bukannya dia tak dapat.Dia pun dapat jugak.Yang dia tamakkan hak ibu dia tu apa pasal.Nanti kalau ada rezeki,bila mak dia mati dia dapatlah.

    Case No 2:
    Background:RM1,000 juta atau RM1 bilion.Itulah jumlah tuntutan harta pusaka satu keluarga yang dipohon difaraidkan dan diagih mengikut hukum syarak kepada empat isteri dan 20 orang anak si bapa.
    Telah berlaku perebutan harta antara keluarga apabila ada pihak yang cuba mengeksplotasi keadaan walaupun telah jelas adanya surat wasiat.
    Comment:Speechless sebab tengok banyak gila "0".


    Bila aku tanya my XXXX kenapa dia tak berebut harta macam adik-beradik dia.Dia kata biarlah diaorang berebut.Lagipun harta boleh dicari tapi ikatan kekeluargaan boleh ke dibeli macam beli Dynamo kat Jusco.

    Tapikan,aku rasa orang yang berebut ini fikir lain.Harta yang banyak jatuh berdebuk secara tiba-tiba bukan datang selalu.Lagipun air dicincang kan takkan putus.So baik berebut dulu.

    Apapun,tepuk dada tanya selera.Kesimpulannya,banyak duit pun susah,sikit duit pun susah.

    Note:This is another entry yang dah lama terjeruk dalam laptop.Jumpa masa tengah nak spring cleaning.Aku baru terwrite separuh.

    Tuesday, August 09, 2005

    Helmizan Wedding

    Hampeh betullah mamat ni.Paksa aku(Sunday) pergi weeding dia tapi tak hantar kad kat aku.Terpaksalah aku cancelkan lawatan sambil belajar ke KLCC dan meredah jalan ke Batu 8,Sijangkang,Banting berdasarkan mental map based on direction yang dia bagi. Tapi sebelum tu sempat gak aku singgah Tesco.Bukan nak beli hadiah tapi shopping barang-barang makanan orang bujang.

    Yang coolnya,inilah first time aku jumpa pengantin lelaki yang sentiasa boleh calling-calling.Al-maklumlah,aku ini mudah kena serang penyakit sesat.Pastu,siap tunggu aku sampai before berarak.Terharu sungguh aku.

    Historically,Helmizan Nir Rahman ni memang salah seorang best-friend buat benda-benda baik merangkap "ustaz" aku masa kat Sains Selangor dulu.Best friend buat benda-benda jahat pulak budak kelate. Hahahaha. Sekarang ini "ustaz" aku nama dia Azizan. Rasanya orang yang nama "Zan" ni memang baguslah.

    Yang best kat wedding dia ni ada live band.Macam pernah tengok tapi kat mana ye.Last-last bila MC announce something pasal "RTM" baru aku teringat yang group ni pernah buat show dengan Ning Baizura for some Hari Raya program kat TV3 last year. Dia nie walaupun latar belakang family quite religious tapi ada seorang abang dia jadi musician.Aku gelak gila dulu bila dia bagitau aku dia jadi penyanyi follow abang dia.Macam manalah my ustaz boleh jadi penyanyi ni.Tu yang aku tukar ustaz tu. Tapi suara dia memang sedap.Qarilah katakan.

    Mizan,kenapa adik ko panggil aku "adik"?Ingat dia tu tua sangat ke.Praaapp!

    Note:Besar sungguh Batu 8,Sijangjang ni ye.Sana kampung,sini kampung.

    Monday, August 08, 2005

    Sunday, August 07, 2005

    Stir-Fried Lotus Root With Salted Egg



    Ingredient
    300g lotus root, the local variety, sliced thinly
    2 Tbsps oil
    White part of three stalks of spring onions, cut finely
    1 1/2 Tbsp small silver ikan bilis
    2 Tbsps water
    2 tsps soya sauce
    1/2 tsp sugar
    Sprinkling of pepper
    2 salted eggs, steamed till cooked in their shells
    1 red chilli, cut finely
    2 tsps sesame oil

    Method
    1. Peel and dice steamed salted egg and put aside.
    2. Heat oil in wok, and add the scallions to fry till fragrant. Add silver ikan bilis and fry.
    3. Add water, then simmer for two minutes. Add soya sauce, sugar and pepper.
    4. Add in the slices of lotus root and fry till dry.
    5. Put in the diced salted egg and toss in the pan.
    6. Add chilli strips and sesame oil and mix well. Remove from heat and serve.

    Note:Dah lama mengidam akhirnya jumpa gak resipi ini kat dalam NST.Macam senang jer.

    Saturday, August 06, 2005

    Hatiku terbakar lagi,just like Cyberjaya

    Well,nothing bad happen since I received the bad news for second times(masa lunch before Jumaat) walaupun kali ini memang berita itu bukan rumours lagi.Macam real sebab yang tanya tu cam innocent jer. Tambahan pulak ada a few details yang aku miss dulu dah terjawab. Rasanya kali ini sistem immunisasi aku dah OK kot.Tapi orang dekat-dekat aku mesti perasan perubahan aku masa tu sebab aku from ketawa riang macam kanak-kanak Ribena terus membisu tanpa kata lepas mendengar sebuah pertanyaan itu.Itu pun kalau persanlah.Kalau tak persan lagi bagus.

    Dengar khabar seorang office mate aku terpaksa jumpa doktor psikiatri sebab depression. Or maybe he is not depressed kot.More toward stresslah I think.Stress dengan depressed ni is like kuda belang dengan zirafah.Walaupun berbelang dan berkaki empat,it's still totally a different animal.

    Tapi this guy memang kesian tau.Kerja dia taklah pressure sangat kot tapi dia asyik bernasib malang sebab dapat bos yang asyik bagi tekanan kat dia.Bos lama dia pun macam gitu jugak.It's so like keluar mulut harimau masuk mulut buaya.Dia ada report kat aku pasal status kesihatan dia.Maklumlah,aku kan busy body sikit.Sikit-sikit nak tahu. From A to Z pulak tu.Ingatkan macam biasa jer.Rupanya tu just the tip of iceberg.Kesian dia tau.Aku pulak rasa menyesal sebab tak dapat tolong dia.Ingatkan tak serious.

    Note:Harap-harap aku tak jadi macam dia.

    Friday, August 05, 2005

    Cyberjaya terbakar lagi



    Day 1:Aktiviti bersenam aku terpaksa digantikan dengan aktiviti tidur sebab tiba-tiba jerebu teruk sampai lampu jalan menyala walaupun baru jer pukul 4 lebih ketika itu.Aku pun tak sure kat mana part Cyberjaya yang terbakar ni.Katanya dekat MMU.
    Day 2:Cuaca macam baik sebab ada ribut pagi tadi tapi bila petang jerebu sikit.Oleh kerana kaki dah gatal nak bersenam,berlarilah sorang-sorang dalam jerebu.Adalah bau-bau asap sikit.Tapi makin petang, keadaan makin OK.Stamina merosot gila.Teruk jugak ye aku depressed last week.
    Day 3:Prestasi senaman slighly OK than yesterday.Maybe tak cukup tidur kot malam tadi.Aku kalau bab cari alsan memang power.
    Day 4:[Which is today].Memang wajib lari dan kalau boleh aku nak lari sejauh yang boleh sebab aku sedih sangat hari ini.Someone breaks the same news that make me depressed last week.But kali ini aku dah tak mampu nak pura-pura gembira macam last week.So rasa macam jatuh bangunan tu datang baliklah.Rasanya kena buat post mortem ni.Anyway hari ni still jerebu sikit.Tapi aku tak kira.Aku nak lari jugak.
    *edited on 8/8:rasanya prestasi kelarian melampau hari ini.Maybe overdose kas-kas tadi kot masa lunch.

    Thursday, August 04, 2005

    Jenayah sinki



    CYBERJAYA 3 Ogos - Seorang mangsa rasanya akan menjadi "bodoh" selama 40 hari apabila secara tiba-tiba terserempak dengan seorang lelaki yang dengan selambanya tanpa ada unsur-unsur segan dan silu sedang membasuh "his little bother" di dalam sinki.Ketika kejadian mangsa,28 tahun,seorang engineer di salah sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka negara sedang keluar dari toilet untuk mengambil wuduk. Mangsa yang amat terkejut dengan kejadian itu akhirnya mengambil keputusan untuk mengambil wuduk di dalam toilet sahaja.Mangsa dan kawan-kawan mangsa juga telah "membankan" sinki tersebut sehingga operasi pembersihan dibuat yang dijangka akan selesai dalam masa 7 hari lagi.Mangsa dilaporkan sedang bercuti sehari akibat trauma dari kejadian tersebut.Sehingga kini,suspek masih belum dikenal pasti dan dipercayai bukan pekerja di sini.

    -- BERNAMA

    Wednesday, August 03, 2005

    Mencari Cinta



    Sebenarnya sudah 3 minggu aku plan nak tulis pasal Mencari Cinta ni tapi asyik kena push forward jer sebab tetiba banyak entry menarik yang masuk queue.So skrip entry ini dah 3 kali rombaklah.

    Secara jujurnya,aku tak tengok sangat Mencari Cinta sebab contestant yang masuk tak jambu langsung. Kembang semacam jer dan nampak cam tua sangat.Letaklah mamat-mamat macam dalam Manhunt tu ker. Barulah ada selera sikit nak tengok.Awek yang dipilih pun so-so jer. Macam tak der personaliti sangat.Penyampaian pengacara pulak terover kasuallah pulak especially dalam pemilihan kata.Nampak macam tak cerdik jer.

    Cuma yang buat aku excited nak follow dan ambil tahu pasal Mencari Cinta ini ialah sebab kawan aku,Hasrul Andry jadi contestant.Ala,mamat yang first sekali kena reject tu.Yang kata dia dah kenal dan pernah keluar dengan awek tu sebelum ini.Hasrul nie sebenarnya jiran aku dulu masa kat Melaka.Tokeh VCD ni.Dia ni budak engineering,'6' years lebih tua dari aku tapi grad setahun lambat dari aku.Last-last month masa jumpa jumpa dia kat KLCC dia kata dia nak jadi DJ RED104.9.Alih-alih masuk TV pulak.

    Kalau tak silap aku dia nie photographer.Mmm..dari budak engine jadi "budak arts". Banyak sangat kena pengaruh 'rakan sebaya' kot dia ni.To Hasrul, janganlah bersedih sangat. Awek tu bukan cantik sangat pun.

    Note:Aku hairan pasal apa peserta diberi single bed kat hotel tu. Walaupun sebilik bagilah katil lain-lain.Kalau boleh queen size bed tu aku nak tidur sorang.Baru ada kelas.

    Tuesday, August 02, 2005

    Berita menyampah:Sweet victory for RMC


    RMC's Kuzairuddin Mohaamed (No.6) Is caught by a group of SM Sains Selangor players

    By Y. P. Sivam Photos by CHUA KOK HWA

    ROYAL MILITARY COLLEGE skipper Mohamed Farhan Fikris Rusli had special reasons to celebrate when his team defeated SM Sains Selangor 17-13 in the final to win the Kuala Lumpur Schools Sports Council (MSSKL) Under-18 rugby competition.

    Mohamed Farhan, who has been playing for RMC since he joined the school four years ago, said they had to wait six years to win the coveted trophy at the SMS Sains ground.

    ”RMC last won the title in 1999. The win was sweet as our victory ended SM Sains Selangor's four-year winning streak. For that, we have to thank our coaches (Saiful Rizal and Tan Tai Fatt).“In fact, the pep–talk given by the coaches during the break motivated us to fight back in the second half,'' said Mohamed Farhan.

    SM Sains Selangor led 8-0 in the first half. However, RMC’s Mohamed Farhan combined well with Mohamed Arizul Hazran to breach the SM Sains defence after the breather.

    RMC players giving coach Tan Tai Fatt a lift after they won the MSSKL Under- 18 rugby final. Mohamed Farhen said the RMC coaches told the players to take the offensive proved to be the turning point.

    “Rugby is a team sport. Everyone, from the forwards to the defenders, have to play as a unit. Our players came back strongly in the second half. It was just not SM Sains Selangor's day. They made mistakes and we capitalised on them,'' said Saiful Rizal.

    SM Sains Selangor coach Raja Idris Raja Ali admitted that RMC deserved to win. ”Our players played well in the first half but failed to sustain the tempo and maintain their composure. That allowed RMC to gain control of the match,'' said Raja Idris. RMC made it a double when their Under-15 team defeated SM Sains Selangor 17-13 in the other final.

    *dicopy paste from The Star Metro section 1/8.

    Note:I miss this year game because Basri,my informer has been transfered to Kuantan.

    Monday, August 01, 2005

    Michelia Champaka



    Note:My next project.