Friday, September 30, 2005

This is it


This is me.Still worn out,depressed and tired.

Note:Aku dah kata dah.Retail theraphy doesn't work anymore for me. Instead it bring more damages. Yang peliknya sekarang aku minat gila kat benda kecik-kecik.The next day aku letak beruang kat my jacket. Ramai yang senyum,ramai yang buat muka pelik dan paling best xxxx kata that cute. Actually, amoi yang jaga booth tu pun kata idea aku tu cute (when I explained to her what I'm going to do and ask for her suggestion sebab tak tahu mana satu nak pilih )tapi kenapa yek she said that with a serious face.Nasib baik seksi. Kalau tak sure aku tak jadik beli.

Thursday, September 29, 2005

Tragedi September 23:The Aftermath

First of all aku nak maklumkan bahawa this blog entry punya susunan date dah tak berapa betul. Mabuk macam tuan punya blog jugak. So, korang pandai-pandailah guna imaginasi sendiri nak assume date dia ye.What I can assure you is the sequence of event jer.

3 sleepless night,2 retail theraphy and 1 broken heart.That is the summary of my not so great weekend after the first "emergency" date with xxxx.

With this 1 broken heart,I went to the hectic KL for he first part of retail theraphy + pergi bayar hutang .Kalau ikutkan hati aku malas nak keluar tapi since timing tak berapa bagus,terpaksalah pergi jugak walaupun mengantuk gila akibat tak boleh tidur malam tadi.ISETAN ada sale but just like other shop that I window shop I couldn't find anything really interesting except that P****** shop.I mean the new stufflah. Then objective hari ini ialah kononnya nak cari kasutlah. Since the first option item L1 is pupus in KL(refer to previous entry),I frantically search for the alternatives. Dammit.Yang item R1 nie pun tak de my size.

Agaknyalahkan,lelaki KL ni ramai yang sama taste as well as size dengan aku.Sama size tu yang agak menghairankan sikitlah. Taste tu subjective sikit.Tapi cuba korang yang yang tak de kerja suka baca blog ni relatekan dengan xxxx.Rasanya macam ada conspirasy theorylahkan. Sakit hati punya pasal,I bought something from the leftover of last Mega Sale wish list.Yang aku tak puas hati sikit pasal ISETAN ini ialah not everything ada at both KLCC/Bukit Bintang outlet.Si xi tu ada kat KLCC tapi tadi kat Bukit Bintang tak de pulak and vice versa.Tak de kejelah pulak aku nak berpusing-pusing antara dua outlet ISETAN ni.

Last night lagi terrible.Ingat dah penat berpoya-poya di KL aku boleh tidur nyenyak but actually I am not.Terpaksalah aku main thorus sampai rasa nak terkehel tangan.So effect dia, aku pun pergi Ikano/The Curve dengan mata lebam. Macam mana yek nak hilangkan lebam kat mata. Nak tanya adik aku malas.Well,kunjungan kali ini tahap wajib sebab nak ambil IKEA catalogue yang baru tu.Thanks Faris sebab bagitau sebab aku ingat hujung September catalogue tu keluar.Mangsa kali ini untuk dapat rebate RM1 tu ialah glass jar.Aku cadang nak simpan anak beruang aku yang bersepah tu dalam glass jar.Padan muka,aku suruh korang duduk setempat tak nak.Kan dah kena kurung dalam glass jar.By the way here I really admire the new LILJESTAD dark brown doors.Macam nilah baru nama IKEA.Kat The Curve tak de apa sangat pun.So pergi 1-Utama.Kat sini pun item R1 tu tak ada walaupun kat sinilah main boutique dia. Hampeh sunggulah.JJ pun ada sale tapi tak de benda nak beli.

Nampaknya this xxxx things really consume me in everything.Dari segi tidur,makan sampailah ke nafsu bershopping. Mandi jer yang basah so far still looks right sebab aku concern gila bila tiba bab-bab "kejelitaan hak milik setiap insan" ni.Aku kalau tak mandi tak boleh tidur. Inikah yang dikatakan jatuh cinta?Orang lain rasanya bila jatuh cinta gembira sampai ke langit 7,aku pulak rasanya macam jatuh dari langit ke 7.

Luckily,malam ni aku dapat tidur sikit walaupun kat masa-masa akhir tu terganggu dengan bunyi kucing mengawan.Diaorang ni agaknya tak boleh ehem-ehem dengan senyap-senyap sikit ker.Kalau ia pun nak berproject,tak payahlah nak buat bunyi-bunyi sampai habis satu taman tahu. Tak sopan sungguhlah. Kalau bunyi tu mengghairahkan tak apalah jugak.Ini tidak. Dahlah suara tu pecah bila tiba notes tinggi,pastu pitching pulak semua lari ke laut.Sepatutnya yang jadi ghairah tu bertukar jadi menyampah pulak aku dengar sampai tak boleh tidur.

Note:Rasanya aku hampir nak kantoi menangis masa dengar Daniel nyanyi lagu Heavens Knows. Aku bukan terharu sebab suara dia sedap tapi sebab lirik lagu tu macam ada sesuatu. Kalau tak pecah teruna kemenangisan aku.Nasib baiklah masa tu Naza calls to query something pasal Streamyx.Hangus jugaklah mamat ni kena goreng dengan aku. Kenapalah mamat ni bila ingat apa-apa yang related dengan TM dia mesti ingat aku. Macam ada word TM cop kat dahi aku. Dia ni ingat aku 103 TM ke.Sabar jelah.

Wednesday, September 28, 2005

Ada apa denganmu xxxx :part 2

Banyak gila informasi yang aku dapat dalam 30 minit perbualan dengan xxxx .Antara yang menarik, betul atau tidak dia cakaplah yang kawan dia sebenarnya macam minat kat aku.Aku pun tak berapa nak sahkan betul ke tidak apa yang aku dengar.Tapi aku rasa dia macam saja nak ambil hati aku yang dah berkecai-berai ni.Tulah letak expectation tinggi sangat. Lagi yang menarik dia ada bagitau some of her friends crush kat mamat-mamat kat area opis aku.Jauh tu 10KM in radius.Macam mana kengkawan dia tahu kat sini ramai mamat handsome ye? By the way aku ramai kawan yang handsome-handsome kat sini(not close but friendlah). [Err..ada 2 jer kot yang handsome. Yang lain tu banyaknya bapak orang. 2-2 tu kejap available sekejap tidak. Aku pun selalu musykil dengan diaorang ni] .

Paling menarik above that, xxxx tahu semua hidden details aku.Yang aku rasa aku tak tulis kat this blog or whereever else.Dammit.Errr..ke ada leakage kat mana-mana ni kot.Tapi dia tak nak bagitau aku mana dia dapat all the info walaupun penat aku push dia supaya bagitahu.Aku puzzle gila sampai ke hari ini.It's like being cursed.Aku admire orang, pastu ada orang admire pulak kat aku.Satu lagi,kisah aku dan xxxx ni kalau yang suka follow my blog, is extremely similar dengan my so called my shopping curse. Bila aku minat jer mesti ada halangan. Kenapalah aku selalu kena seksa macam ni.

Yang tak sedapnya,masa dia naik kereta aku,boifrens aku semua pulak balik.Nak buat macam mana.Dah kereta park dekat-dekat.Siap follow aku tu ke Street Mall.How I'm going to face the worldlah after this. Mengagumkan, less than 24 hour,orang kat Rebung pun tahu kisah aku keluar dengan xxxx tu(tapi the rest of the world tak tahulah apa yang berlaku until this blog is publish). Canggih sungguh dunia IT sekarang ni.Cepat sungguh maklumat berjalan. Hai, nak buat macam mana.Rasa famous macam Siti Nurhaliza pulak.

Tambah buat aku rasa jatuh bangunan,masa balik bila nak letak laptop dalam kereta, xxxx perfume sweet smell still linger inside my car.Tak boleh jadi ni(rasa baru jatuh bangunan tadi tu baru nak mula terasa kecederaannya). So I letak laptop,bukak tingkap dan pergi tawaf IDC(just like macam masa Tini kena rasuk). Nasib baiklah masa nak round ke 3 aku teringat yang aku baru download Lost Season 2 dan Dun nak DH dalam laptop aku.Bimbang pulak laptop kena kidnap sebab terbukak tingkap kereta tadi.

Note:Satu jer yang best hari ini,mak cik JFZ tu ingat aku student lagi.Kembang gila aku. Mmmm...penting tu sebab masa tu aku pakai baju Melayu.Kalau pakai T-shirt ke macam biasa aku tak berapa nak hairan sangat orang nak cakap aku ni student sebab dah biasa dapat komen macam tu. Terima kasihlah mak cik JFZ.Nanti saya datang lagi dengan xxxx minum petang yek.Itupun kalau ada rezeki saya dengan dia.

Tuesday, September 27, 2005

Ada apa denganmu xxxx :part 1

Dalam radius 10KM dari sini adalah seorang awek yang aku minat sangat yang here I nick namedkan dia xxxx. Dipendekkan cerita yang quite panjang, somehow after dia pressure aku banyak kali nak jumpa aku face to face, aku pun setujulah. Masa tu keadaan quite kelam-kabut sebab power trip kat Faber dan semua sistem down.Aku dibidan terjunkan untuk meng"up"kan semua yang down tadi. Haiyo, manalah aku tahu sistem sistem orang.Si Zanes pulak bercuti kat kampung wife dia yang tak de signal sampai terpaksa call kampung dia kat Batu Pahat untuk dapatkan nombor phone rumah mertua dia kat Bagan Datok.Dalam terkejar-kejar tu,antara sistem down dan si xxxx tu yang ada sampai 6.30PM jer kat sini,aku buat apa yang patut dulu dan then tanpa berfikir panjang suruh xxxx turun. xxxx lagi penting dari segala masalah di dunia ini yang yang biasanya bermula pukul 5.25 PM hari Jumaat.

Masa intro jer ayat dia macam suspense jer.Then finally dia confess in hint yang dia nie dah berboifren.Aku tak tanya sangat pun.Dia yang guide aku to that question.Aku masa dengar tu ,rasa macam jatuh dari tingkat 16 tapi maintain coollah macam biasa sambil nervously melantak kuih Kemboja(ala yang kaler hijau ada bijan tu).Tapi tahulah aku berjaya maintain cool or not sebab lepas tu on the way back, si xxxx calls mintak maaf sebab tak bagi tau status dia.Dia call sebab dia risau sebab dia rasa tak sedap hati.Orang bersalah memang macam tu.Dah tahu ada boifren tapi beria nak jumpa aku.Cakap tak boleh makanlah, stresslah, pergi kliniklah. Nasib baik aku tak mati accident tadi.Aku pulak yang risau pasal kesihatan dia sebab aku tak naklah ada orang pulak yang sakit disebabkan aku.

Then,dia ada cakap yang dia macam ada masalah dengan boifren dia tapi aku malas nak korek sangat sebab kan tadi baru jatuh bangunan. Entahkan betul entahkan tidak. Perempuan ni macam lelaki gak.Ada yang kaki gorengan.Tak boleh percaya sangat.Yang pentingnya, I guess aku tak berjaya kot maintain cool tadi.Dammit.What a jerk!

Note:Aku tulis blog ni atas notepad at my sister house(paksa aku pergi rumah dia untuk tengok Malaysian Idol macam rumah aku tak de TV),my stupid brother bukak pulak radio dan keluarlah lagu "Erti Pertemuan". Apa lagi.Aku yang dalam bilik ni,sampai pening kepala tahan rasa nak menangis. Aku tak boleh menangis sebab anak buah aku yang banyak soalan+banyak mulut+kaki report tu ada berkepit dengan aku yang konon-kononnya nak belajar menaiplah gitu. Lagipun real men don't cry.Not so WORLD OK.Aku maybe nampak jer OK minggu ni tapi kat dalam tu Tuhan saja yang tahu.Dammit.I really thought she is the one. Am I a fool?

*...bersambung

Monday, September 26, 2005

Salah ke aku ketawa:part 2

Closing:Aku still tak faham kenapa dia sound very the bengang.Adakah dia menopause ataupun sebab aku ketawa tadi ataupun etc.Pada aku tu bukan masalah negara pun.Dah 2x aku migrate without his intervention. Cuma kali ini terlewat sikit sebab buat project yang tak dapat tu.

Dah gagal tu satu cerita tapi tak de pun courtesy nak inform semua yang team member yang project tu tak dapat.Kitaorang terpaksa pakai channel office gossip tau to get the news.Tu pun ada team member yang lambat dapat berita sebab tak bukak channel. Dulu,sikit-sikit tanya aku. Dah siap ke?Banyak lagi ke?Susah sangat ke? Berapa progress? dan siap keluar "LESS TALK AND LAUGHT, MORE WORK TO DO" email bila aku macam terdelayed 2 hari dari schedule(bukan totally salah aku pun) the next day.I still blame myself sebab keluar email tu walaupun minggu tu aku memang tak bercakap ataupun ketawa sebab sibuk sangat. Blog pun tak sempat update.Dia tak tahu aku hari-hari tidur awal pagi sebab nak kejar dateline.Penat jer buat pastu buang dalam longkang.

Hai,nasib baiklah tahap kesabaran aku ni tahap dewa-dewa.To all, janganlah kita bekerja ni asyik nak nampak semua benda tu stressful. Ambillah masa untuk RELAX. RESPOND kepada persekitaran anda dan RESPECT rakan sepejabat anda.Kalau tak nak respect, bukak company sendiri, buat kerja sendiri dan marah kat diri sendiri. Susah jugakkan kalau ada orang macam ni dalam organization.

Note:I were given 3 week to finish this migration but I manage to do it in 3 days. Why?Because my boss tak tanya progress I pun by every minutes. He believe in me.

Sunday, September 25, 2005

Salah ke aku ketawa:part 1

Intro: Telephone atas meja aku berdering.Bila tengok clip dari Sarawak, aku pun pass kat Nyaceh. After a while, telephone berdering lagi.Dalam hati without tengok clip aku kata nie mesti orang Sarawak lagi ni.Aku pun jerit suruh Nyaceh angkat.Dammit!Nyaceh kata call tu untuk aku. Aku masa tu tengah gelak gila sebab ada orang buat lawak.Akukan macam kanak-kanak Ribena sikit.Happy jer memanjang.

En.A:Yang awak gelak ni kenapa.Saya ada buat lawak ke?
Aku :[terkasima,terdiam,terpaku,ter macam bengong sekejap]
Aku :[Dalam hati;apa ke hal mamat ni?Menopause ke?Tak "dapat" ke malam tadi?]
Aku :Err..err.Tak.Saya gelak pasal ada orang buat lawak tadi .[Dalam hati:BABI].
En.A:bla,bla,bla(macam bengang jer bunyinya)
.........
.........
Aku :[trying to end the call without sounding very rude].To make everything sound easy.Sebenarnya saya dah siap pun.Kitaorang dah ready pun dah nak migrate pagi esok.
En.A:bla,bla,bla(still macam bengang jer bunyinya dan still ulang soalan yang sama)
Aku :bla,bla,bla(ulang balik jawapan yang sama).Baiklah.Kita tengok macam mana.Suka hatilah En. nak buat apa pun.

Note:Walaupun aku geram tapi rasa hormat tu masih ada sebab dia tu orang tua.

*...bersambung

Saturday, September 24, 2005

Erti Pertemuan
By Ning Baizura

Ning:
Menerjah batas
Gelora pun berserpihan
Menghempaskan buih
Di lautan
Acapkali tumpas
Masih jua menyusuri
Arus pergolakan
Setianya
Begitulah adat mestinya hidup
Selagi jasad dan hayat berpaut
Rintangan harus bersahut

Jay Jay:
Benar kata
Jatuh bangun seorang lelaki
Bergantung siapa Wanita di sisi
Mujur tuah nasib
Diri kita ketemui
Jikalaulah tidak
Mungkin tak ku sedari

bridge:Jay Jay
Bukankah kita ini dicipta Tuhan
Sepasang tapi berlainan
Lemah sana, sini kekuatan

c/o
Masing-masing
Punyai bibit kelebihan
Supaya saling memerlukan
Bertemu demi menyulam
Cahaya nurani dan akal fikiran
Naluri serta perasaan
Menyingkap erti tangisan

bridge:Ning
Bukankah kita ini dicipta Tuhan
Sepasang tapi berlainan
Lemah sini, sana kekuatan

c/o

Dirimu, diriku
Bagaikan pelita
Yang memercikkan sinar
Menyuluhi malam

Note:Aku suka lagu ini sampai malam tadi repeat dengar sampai tertidur.

Friday, September 23, 2005

Tak solat

Bertempat di satu majlis tilawah Al-Quran for budak-budak sekolah tadika/rendah di kawasan Parlimen aku telah berlaku satu kisah yang mengaibkan.Pasal solat.Cerita ini diceritakan oleh siapa lagi kalau bukan my mak over the breakfast(the next day after cerita hantu tu)during my last holiday kat kampung.

Al-kisahnya semasa peyampaian hadiah,si MC tu secara sengaja ataupun tidak telah menginterview salah seorang pemenang tilawah tu iaiatu seorang budak tadika.

MC :Ayah sembahyang tak kat rumah?
Boy:Tak.Yang sembahyang hanya Nek,Kak Long dan Abang Ngah.

Yang horrornya,semua orang kenal siapa mak bapak budak tu.Mak dia ada pulak dalam majlis masa tu.

Kalau nak diikutkan penyakit tak bersolat ni ada di mana-mana.Bandar mahupun desa. No wonderlah dulu Dato Nik Aziz di Kelantan yang terkenal dengan gelaran Serambi Mekah tu telah melancarkan Kempen Bersolat.Itu baru di Kelantan yang mana setahu aku orang Kelantan ni memang alim sikit.Kalau kat tempat lain,wallahuaklamlah.

So kepada yang tak bersolat tu insaflah.Especially yang dah jadi ayah orang.Takkan anak solat tapi bapak tidak.

Note:Somehow,dalam movie what budak kecil said selalu distereotype untuk diperlekehkan by their parent/guardian like everything they say is nonsense.Kita kena consider tau yang diaorang ni innocent. Tapi kena tengok jugaklah character budak tu macam mana.Kalau macam hantu tu janganlah percaya.

Thursday, September 22, 2005

Budi bahasa budaya kita

Memang tak patut.Tak patut sungguh.Apa yang aku dapat bila cuba memberi respons yang sopan,berbudi bahasa dalam satu perbualan ialah satu gelakan.Hampeh punya kawan. Contohnya, katakanlah my boyfriend A tu telah bukak satu topic dan telah dengan tak jelasnya(sama ada dari segi audio ataupun maksud)bertanya sesuatu kepada aku.So my respons dengan nada yang sungguh bersopan-santun amalan kita ialah "SAYA..."?. Kalau tak percaya cuba test.Kalau terbuat depan my sister ni, mesti 2-3 hari dia gelakkan aku.

Kebiasaannya,word "SAYA" ni tak wujud pun daam kamus percakapan harian aku except in formal situation ke like speech, meeting.Maklumlah, dahlah born as a orang Melaka, budak asrama pulak tu.Aku sebenarnya dulu memang sopan tapi sejak bercampur dengan macam-macam orang ni,kesopananku macam terhakis.

Aku bukan sengaja pun nak jadi sopan-santun bak lelaki Melayu tak terakhir ni.That is so not me but aku rasa aku telah kena sumpahan. Asalnya aku cuba mengajuk cara percakapan seorang member aku yang sungguh sopan ni.Last-last memang betul melekat aku jadi sopan. Tapi on and offlah.It's take a lot of energy to be sopan ni dan somehow it's slow down my communication process. Tapi whatever people say,I'm going to be more sopan from now on.

Note:Selalu kena tegur sebab cara aku bercakap dengan perempuan sama macam cara aku bercakap dengan boyfriends.Ala,tu sebab perempuan tu aku anggap macam kawan jer.Kalau ada potential jadi awek,aku berusaha jadi sopanlah.

Wednesday, September 21, 2005



Title:The Complete Book of Mother&Baby Care
Author:Elizabeth Fenwick
ISBN Number:075130168X(Dorling Kindersley) or 9835012040(Penerbitan Pelangi).

Note:This is the book about baby that I talk in my entry "Musim Beranak" [6 September 2005].Also available in Bahasa kepada yang tak reti berbahasa English.

Tuesday, September 20, 2005

Hari ini dalam sejarah:tayar pancit


*bukan gambar kereta aku

Hilang teruna akhirnya my 898.Setelah 2 tahun aku menanti,hari demi hari,saat yang ku tunggu tiba jua akhirnya.Saat yang ditunggu itu ialah saat tayar kereta aku pancit. Untuk hari yang bertuah ini,tayar yang pancit ialah on the front left side of the driver.Patutlah pagi semalam masa pergi macam ada bunyi yang pelik jer tapi bila dicheck tayar nampak macam normal. Tak sangka sungguh bila nak balik petang tu,tayar bertuah tu pancitlah pulak.

Nasib baiklah ada Abang Faris yang hensem,sopan-santun, baik hati, rajin dan bijak tu tolong tukarkan tayar ke tayar spare yang kebetulan kereta dia berhampiran dengan kereta aku.Actually Faris yang hensem, sopan-santun, baik hati,rajin dan bijak tu yang perasan tayar aku pancit.Kalau tak sure mati akal aku dibuatnya sebab frankly speaking aku memang no idea how to change a punctured tyre.Without shame,I have to admit itulah antara kelemahan aku sebagai seorang lelaki.Aku dah nak call AAM tadi but Faris yang hensem, sopan-santun, baik hati, rajin dan bijak tu kata membazir masa jer call AAM dan suggest biar dia tolong aku sahaja.Kecil tapak tangan stadium Anfield aku tadahkan.

Sebenarnya sejak aku dapat kereta,aku dah nak belajar cara-cara tukar tayar tapi cikgu yang aku pilih iaitu Cikgu Mat Ghani asyik sibuk jer memanjang. Sudahnya dari zaman bujang sampailah zaman dia dah kahwin,dia tak ajar-ajar aku.Hampeh punya cikgu.

Note:Sekarang ni jawatan Ghani telah ditukarkan ke bahagian percintaan. My love life advisor actually.So far so goodlah.Mungkin dia tak sesuai jadi cikgu bahagian permotoran kot.To Abang Faris esok gua belanja lu lunch(semalam tu dia puasa ganti).

Monday, September 19, 2005

My weekend in 1404 Masihi

Perkara paling best bagi aku pada hari Sabtu ialah bangun lewat.A luxurious moment. Something that I rarely enjoy but this time after a heart wrenching and stressful days before I really need it.If not I will go crazy.

But it was short-lived.Datok Panglima Ish call and informed me that something is wrong at Putri Cempaka Jaya,satu jajahan takluk dekat-dekat sini.After explained to him what he should and shouldn't do,I silenced my handphone and goes to bersantap(sebab dah tak dapat beradu lagi).Damn,I forget to unvibrate my hand phone.After doing angkat and letak for several calls which is so not "merintis kemungkinan" from me,I off my handphone.Lantaklah apa nak jadi sebab aku dah fed-up.Lagipun tu bukan handphone British-India company pun.I'm not obliged to answer all the call.To Tun Wan,I'm so sorry kalau ko call aku tak angkat.Bukan setakat ko,call Tuan Puteri Lindungan Bulan pun aku tak angkat tau.

Later I found from Datok Panglima Ish what a commotion that I have caused.Dari yang sebesar-sebesar pangkat sampailah ke rakyat jelata telah berhimpun beramai-ramai di Putri Cempaka Jaya.Biasanya aku yang menatang semua problem aku,mereka dan keluarga mereka sampai jadi perfect hinggakan dewa-dewa kat kayangan tu tak perasan pun yang that stuff exist sebab everything is so damn perfect,so well taken cared.So this time aku saja nak test power.Biasanya dewa-dewa tu, kalau tasik tu riak-riak dia kecil jer mereka tak pandang pun.Nak macam taufan Katrina kot baru nak take noticed.

Yang aku bengkek sangat ialah bila sorang dewa tu asyik mengangkat this Laksamana Hang Tuah yang telah menderhaka dan assumed aku hanya take a free ride(ambil alih kerja Hang Tuah tapi tak dibagi title Laksamana).Hello,excuse me.Takkan,aku nak bagitau apa yang aku buat because that is so not me.

Contohnya macam migration baru-baru ini.Dah 2 kali aku(dan Datok Panglima Ish di rumah dia) bersengkang mata,buat kerja dalam ketakutan di pepagi hari,baru dewa-dewa tu tahu ada migration sebelum ini. Sebabnya aku tak mampu nak migrate early for the next phase sebab terikat dengan komitmen lain.Maklumlah,I kan tengah ngetop sekarang ni.Memang banyak offer mencurah masuk.Rasa macam world lah pulak.Berapa agaknya gaji yang Maestro bagi si Mawi world tu ye.Dah perah habis-habisan takkan bagi RM1500 jer.

Note:Berlatar belakang zaman Kesultanan Melayu Melaka tapi berpropkan zaman moden.Itulah gambaran kecelaruan fikiran aku sekarang.

Sunday, September 18, 2005

Siti,Siti,Siti,Siti,Siti Nurhaliza



Kau selalu di hati tapi tak ku dekati kerana dunia kita berbeza.

Saturday, September 17, 2005

Cool
by Gwen Stefani

It's hard to remember how it felt before
Now I found the love of my life...
Passes things get more comfortable
Everything is going right

And after all the obstacles
It's good to see you now with someone else
And it's such a miracle that you and me are still good friends
After all that we've been through
I know we're cool

We used to think it was impossible
Now you call me by my new last name
Memories seem like so long ago
Time always kills the pain

Remember Harbor Boulevard
The dreaming days where the mess was made
Look how all the kids have grown
We have changed but we're still the same
After all that we've been through
I know we're cool

And I'll be happy for you
If you can be happy for me
Circles and triangles,
and now we're hangin' out with your new girlfriend
So far from where we've been
I know we're cool

Note:Happy birthday Dr.S.

Friday, September 16, 2005

Kalau lebih dari satu

Senangnya dalam hati
Kalau beristeri dua
Terasa dunia ini
Ana yang punya

Kepada isteri tua
Ana sayang padanya
Kepada isteri muda
I say I love you

( korus )
Isteri tua merajuk
Balik kerumah isteri muda
Kalau dua-dua merajuk
Ana kahwin tiga

Mesti pandai pembohong
Mesti pandai temberang
Tetapi jangan sampai
Hai pecah tembelang


Well,that sound too good to be true in median.To share something,aku rasa aku dah diberi petunjuk yang aku memang tak boleh "ada" lebih dari satu.

Ceritanya baru-baru ini,mungkin that is my lucky day kot,dua orang awek yang aku selalu admire dari jauh telah berdiri betul-betul by my side sometimes over the lunch time(not at the same time).Satu masa ambil makanan,satu lagi masa bayar.Rasa bahagia sampai ke malam you all. Bukan senang dah dapat peluang ni sebab diaorang ni sekejap ada, sekejap tak de kat sini.Tu yang aku kata memang my lucky day of the year(after a series of unlucky ones).

Mungkin hebat sangat jantung aku bergoncang,the next day aku demam. Tu baru tahap admire dan kedua-duanya berada dalam satu masa dalam satu bilik.Ditakdirkan kalau dua-dua jadi isteri,berada dalam satu bilik pada satu masa yang sama macam tadi tu,tentu the next day aku akan koma.

In history,aku pun pernah encounter somethings similar to this before but it went kaput.Reason varies but maybe aku memang tak boleh fokus kalau lebih dari satu kot. Everything will start crumbling down when I'm forced to focus. Well it applies bukan setakat masalah awek je.Apa-apa saja pun boleh.

Note:Gatalnya aku.Satu pun belum dapat dah ada hajat nak pasang extras.Tapikan,entah-entah awek yang aku suka tu bini orang sebab aku ni ada disease minat bini orang. Kalau 10 tu yang aku minat,9 tu mesti bini orang.Rasanya aku patut consider alihkan my fokus kat orang yang minat akulah.Tapi ada ke?

Thursday, September 15, 2005

Jasmin






Wednesday, September 14, 2005

My obsession

I think I have this kind of obsession to collect things of the same stuff in different kind. Peningkan English aku.Dahlah same tapi different pulak.

What I mean is like this.For example item S1(remember the Mega Sale entry one). Oleh kerana aku dah obsess cutting dia,by unknown power aku telah beli semua available colour yang ada walaupun ada colour tu at first aku menyampah gila.Macam sekarang ni aku tengah obsess dengan skater pant dan kembar kepada seluar yang korang panggil "seluar budak sekolah" tu(in black).

Ke"obsess"an aku tidak hanya terbatas kat apparel.Kat pokok pun macam tu jugak.For example I have this obsession dengan all species of fern,orkid lemba,bunga canna,heliconia,bunga melor, bunga raya,segala jenis kunyit, oleander,bunga teropong just to name a few.I will try to kumpulkan all available colour or variety yang ada sampai tahap sanggup menebalkan muka pergi mintak kat rumah orang.Like now aku tengah obsess dengan bunga pukul sepuluh or nama lainnya japanese rose.Macam cantik pulak.

Note:Yang sebenarnya bukan aku yang pergi mintak tapi aku rasuah mak aku yang pergi mintakkan sebab daya tahan dia ni agak kental sikit.

Tuesday, September 13, 2005

Am I Metrosexual?


*bukan gambar hiasan

I were introduced to this word by coincidence actually.One day, sometimes last year kot, Labu(bukan nama sebenar) who came for a meeting at Cyberjaya asked me if I know what is metrosexual. Aku innocently jawablah tak tahu since aku tak baca weekend newspaper bila dia bagi hint yang jawapan tu ada dalam newspaper.Then dia kata kalau aku nak tahu,ciri-ciri lelaki metrosexual tu ada pada aku.

Aku pun suspens jugaklah apa ke bendanya menatang metrosexual ni. Ada kena mengena dengan homesexual ke, bisexual ke or semua-semua sexual tu ke. Ko jangan memandai buat cerita Labu.I'm "lurus" OK.

Bila aku mengoogle beberapa hari later(beberapa tahun selepas ditanya oleh Labu), lain pulak maknanya metrosexual ni.Tak de kena-mengena pun dengan seks ataupun bandar metropolitan pun . Tapi bila dilihat ciri-ciri yang disenaraikan adalah yang 60% tepat kot.

Note:I wish I'm so rich so that I can be so metrosexual.

Sunday, September 11, 2005

It's a disaster:the not so finale

Walaupun letih dan mengantuk,aku kuatkan semangat pergi ke KL mencari 3 items of my wish list tu.Masuk jer LRT terus ambil kesempatan tutup mata.Maybe this is my lucky day,items A & B found kat Sungei Wang and item C at KLCC.For item C,yang aku rasa tragic sikit tu,masa kat MV/I-Utama yang tinggal L size jer tapi itulah size yang aku ambil kat KLCC.Lupa pulak rules of thumbs kalau beli sport attire.Size do not matter.Yang penting selesa.Tapikan kat KLCC semua size of item C ni ada.Sebab section dia terplace kat belakang sekali.Kalau kat depan macam MV/I-Utama kat mesti dah kena sapu punya.

Aku pun hairanlah kenapa benda yang aku nak mesti habis.Macam ada satu sumpahan bila aku bershopping.Aku punya taste ni average sangat kot tapi kalau difikirkan jarang pulak aku jumpa orang yang sama taste macam aku.Jangan-jangan taste awek pun aku kena sumpahan macam sumpahan bershopping.Mesti awek yang aku suka,ramai lelaki lain yang suka.Tapi kalau difikirkan macam betullah.

Another highlight of the day is aku telah macam some sort of benganglah at one shops ni bila size(item not in my wish list)dia tak de.Aku suruh call branch dia tapi dia buat dek jer.Tak user-friendly langsung.Aku mintak no phone so that I could personally call the branch pun dia tak nak cooperate nak bagi.Nasiblah staff kat situ sexy.Kalau tak sure dah kena laser.



Dalam kesibukan mengejar masa sebab nak tengok rugby tu sempat jugak aku tengok pertandingan kucing di Berjaya Times Square.Geramnya tengok kucing-kucing yang cute tu.Yang peliknya kenapa semua (hampir 90%) kucing tu macam malas.Ada ke tidur tengah hari.Kucing pun tidur petang ke or diaorang memang macam tu?

Note:Aku letih sebab kena kerja hari Sabtu and then sampai ke malam kena repair notebook adik aku yang bengong.What a tiring weekend.

Saturday, September 10, 2005

It's a disaster:satu tragedi

Panic jugak aku bila one morning(aku lupa hari sebab hidup aku yang tengah tunggang terbalik sekarang nie) bila found out several of my plant almost died to to dehydration.Aku lupa nak bagi air ma.Mana taknya. Pergi office matahari belum keluar,balik office matahari dah masuk balik. Biasanya, kalau pagi-pagi tu sebelum pergi office aku mesti belek-belek my plants sambil berangan-angan.Nowadays,memang tak sempat langsung.Tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi pun tak berapa basah. Pokok bunga(orkid lemba) yang baru aku beli last week tu pun hampir mati sebab lupa nak repot.Nasib baik dia jenis yang tahan lasak.

Pastu,bila aku cuba guna retail theraphy untuk hilangkan stress,size pulak tak de for all the item in my wish list for this month.Kat Mid Valley tak de,kat 1-Utama pun tak de.Ingat boleh kurang stress tapi yang jadinya bertambahlah pulak.

In addition to that,this year also for the first time I miss the ACM Expo. Tak sempat ma nak pergi. Dahlah diaorang open masa office hour jer. Kalau pergi kang terkantoi pulak dengan CEO. Dahlah tak siap kerja.Berjalan-jalan pulak tu.

Note:Now all my plants are in the road to recovery.Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.Alhamdulillah.

Friday, September 09, 2005

It's a disaster:bab tak puas hati

Whew!I'm extremely busy than usual for the past days.Got a dateline to chase.Yang tak bestnya, dahlah pakai a new technology yang aku tak berapa familiar sangat,tak proven stabil lagi(so aku banyak buat R&D) dan macam-macam problem lagilah but the management still push to go for this one.Yang aku tak puas hati tu nak cepat kononnya make or break project tapi pakai technology yang tak proven selamat lagi. Take risk yang entah apa-apa just to save their "tengkok".Pastu setiap kali meeting,ada jer new features yang ditambah.

Sepatutnyalah kalau dah make or break project,fokuslah kat main features.Bagi jalan yang mana patut dulu.Then baru fikir how to handle all the fancy-fancy stuff.Ni tak de FOKUS.Pakai tangkap muat jer.Susah gak nak nampak big picture orang management ni.

Masa buat tender,berlagak pandai.Semua clause letak "and" dan semua benda boleh buat. Tak tanya pun pendapat orang lain boleh buat ke tidak. Maklumlah,nak selamatkan "tengkok" dia. Kalau dah best sangat tu buatlah kerja sorang-sorang.

Mamat sorang ni jer rasanya yang problem child kat sini.Orang lain OK jer.Aku appreciate gila bila ada marketing/management meeting yang tanya pendapat semua orang yang terlibat bila nak buat sesuatu tu. Barulah dapat input something tu feasible or not.Boleh achieve target ke tak within certain time frame.Harga yang di quote tu berbaloi ke tak. Barulah yang dikejar tu dapat, yang dikendong tu tak berciciran.

Note:Suka tengok cara Azhari(and maybe Suzi) bekerja sebab dia tak segan-segan nak tanya pendapat orang lain.Tak macam si setan gondol berlagak pandai tu.

Thursday, September 08, 2005

Mencari kerusi



Ingatkan dah habis dah kisah mencari furniture but rupa-rupanya tidak.I have to find a small one seater jati chair and a "Assalamualaikum" jawi khat(regarless of their craf making)for at least 2 feet long.

For the task No 1,after menggelidah hampir 10 buah kedai jati di sekitar PJ and Puchong,I finally settled with this one named Kartini Chair.Beli kat Puchong.Not to high,not to big and the colour is so damn nice.The sideback ialah that is the last piece in that melamin colour(they got 2 melamin finishing) and the kaki is not very stabil.Further inspection rupanya ada plastic kat bawah dia tu yang senget.Nasib baik.Ingat major tadi.Lepas repair barulah nampak OK.

Note:Walaupun bukan pakai duit aku on most assignment,rasa jealous pulak tengok orang berduit menghias rumah.Lepas ni nak beli cermin yang besar tu pulak for myself.Tapi nak letak kat budget bulan berapa yek?

Wednesday, September 07, 2005

The Making of a Modern Dad

By: Douglas Carlton Abrams
Summary: It takes a lot more than testosterone to make a father out of a man. Research shows that hormonal changes in both sexes help shape men into devoted dads. If testosterone is the defining hormone of masculinity, it's time to redefine manhood.

Klik <here> to read more.

Note:FYI,aku allergic kat baby.Kat mak baby aku OK.

Tuesday, September 06, 2005

Musim beranak



Rasanya baru jer seminggu musim "mengawan" berakhir,dah start plak musim orang beranak. Masa memang begitu cepat berlalu. Cerita pasal beranak ini membuatkan aku teringatkan satu peristiwa di mana aku telah melaser sorang mamat ni habis-habisan.

Apa tidaknya,tengah-tengah kita orang bersuka ria sekali dia bukak soalan pasal beranak-beranak nilah. FYI,dia ni bakal jadi ayahlah.Aku punyalah buat-buat terkejut sebab masa tu bini dia dah 7 bulan++ kot dan dia still ada banyak lagi soalan.Kalau yang canggih-canggih tu tak apalah. Ini yang aku rasa bagi aku basic stufflah.Nak tak nak,so that evening terpaksalah aku dengar cerita pasal beranak-beranak ni.What a boring day.Malang sungguh nasib aku.Nak lari tak boleh pulak sebab masa tu tengah monitor something at Putrajaya.

Yang buat aku terkilan dan melaser sangat ialah dia tak ikut nasihat aku. Masa dia bagitau aku yang dia bakal jadi ayah,aku punyalah beria bagi suggestion list of books yang dia patut baca. Tapi dia dengan bakhilnya menjawab dia akan surf Internet. Lst-last tak surf pun.BHampeh sungguh.Baca buku ni bukan apa. Saja bagi dia mental preparation as a suami,so that dia akan tahu apa yang nak diexpectkan bila sampai masanya nanti.Nampak sangat kejahilan dia based on soalan cepu mas yang ditanya kepada panel-panel bapa orang pada masa tu.

Luckily his wife is a someone yang boleh diharapkan.Kalau difikirkan, apalah sangat harga buku itu kalau dibandingkan dengan ilmu di dalamnya.Kalau nak surf Internet jangan harap. Asyik sesat jer. Google "baby" tapi alih-alih Baby Rina pulak yang keluar.Muahahaha.

Ada satu buku tu bagus gila bab-bab baby ni.Boleh jadi a good wedding present tapi bila aku carik kat MPH/Kinokuniya macam dah pupus pulak. So tak leh nak attachkan ISBN dia kat sini. Nanti aku tanya my doktor kalau dia tahu that book sebab buku tu memang glamer.

Dia selalu claim bangga sebab dah kahwin,dah ada baby(coming very very soon) kat aku sebab dia macam lebih berjayalah dari aku.Tapi kalau perangai macam tulah,tak de maknanya nak berlagak dengan aku.Aku tak ada sekelumit pun rasa respect tapi syok gak layan orang berlagak ni.

Note:Aku dapat sepupu baru,awek orangnya dan tahniah juga kepada Zanes+Atun yang dapat first hero.

Monday, September 05, 2005

Hey orang KL.Sure Heboh is here

Last Saturday after lunch aku terus bergegas ke Stadium Nasional,Bukit Jalil.Tak de apa yang menarik hati kat Karnival Sure Heboh ni tapi compare dengan last year,this time slightly better. Yang aku dapat ialah tengok a few TV3 personality and artiste dan tak dilupakan,a free treatment untuk menghitamkan kulit.Aku beria pergi ingat dapat jumpa Marion.Tapi masa aku sampai booth 8TV pun tak berapa nak siap lagi.

Then(after skip the visit to Sri Petaling nursery sebab panas),I went to Adidas Warehouse Sale at Pearl International Hotel.Ingatkan nak cari rain jacket jer but macam biasa bila sampai tempat-tempat macam ni,I ended up beli macam-macam stuff.Beratus jugaklah habis. Sampai ada satu item tu yang sepatutnya aku beli in the next budget dah terbeli awal. Nampaknya ada orang tu akan start program rancangan makan roti loh to imbangkan balik budget.Basically in term of design,all the stuff is quit a few year back but the good things about sport apparel is they look timeless.Size pun boleh pakai tibai jer(except shoes and socks).Tak payah membazirkan masa cari yang terletak.Yang penting berquality.

Note:Lawak jugak bila aku terserempak dengan personality/artist lelaki yang show up here siap bermakeup.Patutlah kat TV nampak kulit licin macam kulit tomato tapi bila tengok dekat-dekat, eewwww.Penuh dengan gunung berapi.My advice is,lelaki tak payahlah make up.Make up kerja orang perempuan.

Sunday, September 04, 2005

What Hari Kebangsaan means to ex-brassband:part 3

Normally,latihan untuk pancaragam sekolah yang terpilih akan bermula seawal minggu ke dua sebelum 31 Ogos.Semua pancaragam sekolah yang terlibat akan dikumpulkan di Kem Wardibbeun, Wangsa Maju ataupun PULAPOL,Jalan Semarak.

Aku memang menantikan waktu-waktu begini kerana dapat skip kelas tapi semuanya bergantung kepada keadaanlah.Kalau prestasi semua sekolah yang terlibat OK,dapatlah balik awal dan kenalah masuk kelas yang akhir.Tapi banyaknya KO.Normally percussion yang banyak ditegur.kalau balik awal pun,aku akan ambil kesempatan tidur kat dorm. Lagipun I kan prefect.

Biasanya kami akan bertolak around 6 AM to prevent traffic jam dan ada satu ketika tu kami terpaksa pakai baju band yang sarat-marat dengan tali dan entah apa-apa lagi tu solat Subuh berjemaah.Kalau tak karang kena bambu pulak dengan pak cik bas sebab lambat. Dahlah leceh nak pasang benda-benda alah tu.Selain itu kami bertolak awal untuk membiasakan diri dengan keadaan bila tiba hari sebenar.

Dah penat menghitamkan diri tu,dapatlah bayaran sikit.Bolehlah makan KFC 2/3 kali. Ada gak kawan aku yang ambil kesempatan masa tu carik awek.Tapi paling penting bagi aku ialah pengalaman tu.Memang menyeronokkan.


Note:Aku still ingat rasa bangga yang amat sangat bila nama sekolah di sebut bila lalu di depan pentas Di Raja dan orang semua tepuk tangan. Ada senior aku tu terlucut samping dia masa kat depan Yang Dipertuan Agong.Kembang sangat agaknya kot. Lain-lain symptom kembang termasuklah ada jugak yang masa tulah terlepas stick ataupun notes jatuh berterabur.

Saturday, September 03, 2005

What Hari Kebangsaan means to ex-brassband:part 2



Aku suka dengan pendekatan yang diambil oleh Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir sebagai chairmanship of the Merdeka Month Celebration National Committee(selama 6 tahun) yang telah memberi nafas baru kepada sambutan Hari Kebangsaan mejadikan ia something exciting and proud events to watch.Percayalah,kalau sambutan perarakan still sama macam masa aku bersekolah dulu, jangan haraplah aku nak bangun pagi just nak tengok orang marching pakai baju yang tacky.

Antaranya yang berkesan ialah penumpuan or ada fokus tema dalam perarakan.Barulah ramai orang boleh claim rasa bangga jadi rakyat Malaysia.Kalau tidak,setiap tahunlah balik-balik muka yang sama tu jer lah yang marching.Aku percaya dengan memberi peluang kepada ramai orang terlibat secara langsung,maka lebih ramailah rakyat Malaysia yang lebih patriotik.Contohnya macam aku(this 3 or 4 part of entry will show that).Siapa yang tak bangga berarak sempena hari kemerdekaan negara dia.Lebih-lebih bila lalu depan pentas di Raja.Rasa semangat tu berkobar-kobar. Tambahan pula kalau nasib baik,boleh masuk TV pulak tu.Glamer you.



Lain-lain pengubahsuaian termasuklah mempelbagai dan mengrandkan lagi pentas di depan pentas di Raja yang dulunya asyik ada pasukan koir maktab perguruan jer.Selain itu ada kereta berhias,deklamasi sajak pun dah ada music,ada persembahan kebudayaan ala-ala Citrawarna dan paling menarik bagi aku this year ialah tarian para-para by RAMD.It's very nice to see the other side of RAMD that is never shown to the public.

Note:Tak setuju dengan word Infotaiment.

Friday, September 02, 2005

What Hari Kebangsaan means to ex-brassband:part 1



Walau apa pun tema yang diberi Setiap tahun bila tiba pagi 31 Ogos,aku secara automatik mesti terkenangkan zaman-zaman menyambut Merdeka masa bersekolah dahulu. Sambutan Hari Kebangsaaan ke 48 kali ini telah mengambil sektor pendidikan sebagai fokus perarakan( Education: Foundation for Development of Human Capital) dan untuk tahun yang ke 5 berturut-turut masih lagi mengekalkan tema "Keranamu Malaysia".

Bila menonton TV dan melihat pelajar-pelajar yang terlibat dalam perarakan, aku berasa sungguh bangga kerana aku pun dulu pernah terlibat sama menjayakan sambutan Hari Kebangsaan sebanyak 2 kali. Pertama pada masa Form 1 dan kemudian pada masa Form 4.Saban tahun kalau perayaan Hari kebangsaan diadakan di KL,pancaragam sekolah aku mesti dijemput sebagai pancaragam iringan. Sebagai ahli pancaragam,masa Form 1 aku bermain trombone dan masa Form 4 aku bermain saxsafone.

Kenangan terpilih masa Form 1 itu memang satu sejarah manis dalam hidup aku.Tambahan pula antara budak batch aku,aku sorang jer yang terpilih dari ramai-ramai ahli pancaragam.Budak Form lain pun ada yang gigit jari jer bila tengok aku terpilih. Bukan ada scandal ataupun konspirasi pun sebab aku terpilih.Reasonnya ialah tak cukup orang nak main trombone.Kalau nak dikutkan aku pun belum terror main trombone lagi masa itu.Baru jer 8 bulan mengenal apa itu trombone.Tiup pun tak boleh kuat-kuat sangat sebab sumbang dan entah apa notes yang aku main.Apa pun kata orang,I still take that kredit sebagai satu milestone dalam hidup aku.

Sekarang ni,my school dah tak dijemput lagi kerana kelab pancaragam dah hampir pupus. Tingal trumpet dan percussion jer.Tu pun dah uzur sangat dah tu.

Note:In my family,2 orang adik aku(broher and sister) pun pernah terlibat dalam sambutan Hari Kebangsaan.My bro,dah berbulan Merdeka(sambutan masa aku Form 4) baru dia bagitau yang dia bawak bendera besar.Masa tu belum ada nama Jalur Gemilang lagi. Bila aku tanya kenapa tak bagitau aku(kot-kot after that bolehlah bergambar bersama), dia jawab,kenapa aku tak tanya dia.Hampeh sungguhlah mamat sorang ni.My sister pulak,masa raptai lagi kat training site dah inform sekerat kampung yang dia masuk berarak.Nasib baik dia keluar TV.

Thursday, September 01, 2005