Tuesday, February 28, 2006

Aku,Oren dan Traffic Light

*Satu petang di traffic light

Aku pandang Oren tapi dia buat poyo jer.Control ayu gitu tak pandang aku. Nyampah!

Oren pandang aku tapi aku pulak yang poyo asyik pandang kanan jer.[Aku rasalah dia pandang aku...ya ampun perasan tak ingat].

Aku pandang dia lagi.Dammit!Dah kali ketiga dah ni asyik yang sebelah lain jer yang jalan. Bila nak turn aku ni.Bengong ke apa traffic light ni.

Aku pandang dia lagi tapi dia still memoyokan diri.Hish...tak kuasa. Hahaha!

Aku tukar siaran radio ke CD.Tiba-tiba jer Oren langgar lampu isyarat yang tengah merah tu dan terus meninggalkan aku.Terlopong sebentar aku.What the ???

Tapi aku masih lagi setia menunggu traffic light yang bengong itu bertukar warna sambil menyumpah apa yang patut kat traffic light tu.

Sekarang aku dah tahu.Antara aku dan Oren,siapa yang paling sabar sebenarnya.

Note:Aku ingat aku dah OK tapi bila nampak Oren jer aku mesti berdebar-debar.Dub dab dub dab.Muahahah.

Monday, February 27, 2006

The Report::TM Family Day

0600
Dammit!Aku kesiangan rupanya. Letih tengok TM::Star malam sebelumnya. Nasib baiklah Yatie call.Kalau tak, sure aku terlajak. Punyalah kelam kabut bersiap sebab Shamsul kata kena ada kat sana by 0700. Dah lah aku tak tahu kat mana Bukit Ekspo tu.

0730
Sampai-sampai terus register. Jumpa Kak Wani (geng TM masa aku buat project FSMS kat Putrajaya). Dapat goodie bag-ada RM20 coupon,air mineral,baju oren dan tikar.What the heck dia bagi aku tikar ni?


0830
Majlis perasmian followed by senam robik.Aku pun join samalah bersenam tu. Hish...buat hitam kulit jer.Yang aku geram gila,aku tak dapat belon.




1030
First telematch yang aku main.Mini basketball.Aku shoot sekali jer dah masuk. Maklumlahkan,ex-basketballer.Tapi yang tak bestnya group aku hampes.Pak cik tu nak shoot pun terketar-ketar. Dapat 3rd place jer.


1100
To kill the the time,tengok orang memancing.Jumpa Tuan Hassan and Pn.Azlina(my ex-lecturers masa kat ITTM).Pn.Azlina ni bila jumpa aku mesti dia tanya bila aku nak kahwin?Aiyo...nasib baik aku ada hikmat mengalihkan jawapan.Sembang dengan Tuan Hassan pasal umpan.

1130
Here is my first full length picture of me in this blog.Terpaksa jugak upload sebab ramai sangat awek request nak tengok aku yang handsome ni.Which one is me?Aku bagi clue:aku pakai kasut Adidas. Kalau tak handsome tu, maaflah. Aku serabai gila kat sini. Dah nama pun Family Daykan.

1200
Aku register nak main kepit bola ni tapi masa aku datang kat gerai ni diaorang dah main.Tulah,lama sangat buat project dalam toilet.





1225
My lunch.Italian cappucino and nasi minyak Terengganu.







1300
On the way balik tu sempat gak aku singgah kat gerai UPM.Beli pokok Ketumbar Jawa, Pepina dan Serai Kayu. Aku memang pantang kalau jumpa pokok herba ni.Mesti nak beli punya.Maklumlah,I kan petani.


1305
Balik dengan rasa puas hati walaupun tak menang cabutan bertuah.1558 tu memang tak bertuah sebab from 1556 to 1559 semuanya dapat hadiah.Buat penat tunggu jer.Balik rumah tengok cerita Korea lagi bagus.


Note:Yatie,tahun depan kalau ada Family Day lagi dan aku masih kat sini,paksalah aku pergi yek.Tapi kalau aku dah tak de kat sini pun aku tetap akan datang."Kitakan Sekeluarga" walaupun aku mungkin akan berlainan tingkat.Uwaa!Rasa sad but truelah pulak.Poyo jer.

Sunday, February 26, 2006

Pictogram::TM Family Day

Place:Bukit Ekspo,UPM
Date:18 February 2006
Time:0800-1300





Note:Aku hairan kenapa aku tak terserempak pun dengan budak batch aku yang kononnya bersepah kat TM.Diaorang ni anti Family Day ke?

Saturday, February 25, 2006

The Report::TM Star

Oleh kerana malas nak drive ke Menara KL,maka dengan selamba kodoknya aku telah "meminjam" awek orang untuk di bawa menengok TM::Star.Aku malas nak pergi sebenarnya sebab nak tengok "Green Rose" tapi macam kesian pulak dekat Yatie dan Linda. Mula-mula tu aku agak risaulah jugak nak "pinjam" si Marina ni tapi dia kata balak dia open-minded.So aku rasa OKlah kalau macam tu.

Well,seronok jugak bersembang(dalam jammed) dengan Marina ni.Boleh tahan jugak mengarutnya.Aku cakap seronok sebab apa,borak dengan dia rasa macam biasa.Tak kekok-kekok. Well,biasanya kalau aku borak dengan awek, semuanya jenis yang control ayu gitu. Ala-ala perempuan Melayu terakhir(walhal tak terakhir sangat pun).Then,tak pasal-pasal aku pun jadi yang terakhir jugaklah.Hahaha.

Ada orang cakap,kalau awek tu macam malu-malu dengan kita,dia mesti ada apa-apa dengan kita.Huh!Seram pulak aku mendengarnya sebab dulu pun Cik Wok(refer last entry:budak yang suruh aku "merisik" mamat TM Net tu) macam malu-malu tikus dengan aku. Pirrah,baru sekarang nak tunjuk belang. Macamlah aku tak tahu yang ko wok Cik Wok oi.Aku purak-purak tak tahu jer.Err...jangan praap ye Cik Wok.Saja jer aku bagi ko femes dalam ini entry.Selamat hari Sabtu,maaf zahir batin.

Friday, February 24, 2006

Pictogram::TM Star

Pergi dengan Marina sebab aku malas nak drive.









Ini Irwan yang paksa aku ambil sebagai bukti dah sampai Menara KL.

















Opening acts by bebudak Yellow Pages. Dahsyat gila yang baju merah tu menari. Aku sampai tutup-tutup mata.






Rezuan,budak GITN-nyanyi lagu "Haruskah Diuji".Suara best tapi dia dapat top 5 jer.Mamat ni nampak macam familiar jer?Junior aku kot.





Peserta paling Maghrib.









The second only awek that participated.








Tajul budak Yellow Pages. Persembahan OK,dapat masuk Top 4. Penyokong dia ramai gila.







Mamat ni pun dapat masuk final. Nama aku tak ingat sebab dia tak handsome.







Ni pu tak handsome tapi aku ingat dia ni budak Payphones.Nyanyi lagu "Memori Cinta Luka"







Otai rock ni pun dapat masuk Top 4.Err...Yati,betulkan dia ni dapat masuk?







Note:TM Star ini diadakan di Menara KL,170205,2100-2330(macam biasa blog ni lewat seminggu). Judges Dato A.Rahman Hassan, Norman KRU, Kosmo Editor + sorang lagi muka macam familiar tapi aku tak tahu nama. Final TM Star akan diadakan di PWTC,sometimes in April.Kalau HR tak ajak aku, memanglah.

Thursday, February 23, 2006

D2



Akhirnya setelah hampir bertahun-tahun mengidam,dapat jugak aku pakai D2 ni.Mana tak bertahun-tahunnya, asyik kena push forward jer disebabkan opex overflow.

Kalau diikutkan,boleh jer aku beli yang cetak rompak sebab label besar D2 ni antara brand yang banyak dicetak rompak tapi err..takkan sama punya dari semua segi dengan yang original.Jauh panggang dari api. Sebatu jauhnya pun aku dah dapat bezakan. Almaklumlah bak kata pepatah, jauhari juga yang mengenal manikam.Lagipun,aku mana boleh pakai benda-benda yang tak original ni.Nanti kulit aku merah-merah. Ahaks!

Satu lagi option ialah beli yang second hand tapi err...apa kelas aku pakai yang second handkan.Never in my life! Biarpun harganya hanya RM1,yang penting frst hand.Tapi semua ini tertakluk kepada keadaanlah. However,these rules are applicable for most of the 95% cases.

Well,yang buat aku tergila-gilakan D2 ni sebab ianya nampak cun pada kawan aku Arman, tapi bila aku pakai mmmm...nampak tak berapa cunlah pulak. Sepatutnya lah kan, orang kalau dah handsome tu pakai apa pun nampak cunkan? Ni mesti ada something wrong ni. Tulah,moral of the story,yang nampak bagus pada orang lain tak semestinya akan nampak OK pada kita.Tapi still,aku akan beli all D2 available colour sebab feel pakai dia memang best gila. Err... bunyinya macam dah kena "Long Khong"kan dengan D2 ni.

For me,branded stuff means quality.Kita kerja penat-penat pastu takkan nak rewarded ourself dengan something yang low quality.In long term, the quantity will overrule the quality in monetary and satisfaction sense. So sama jer sebenarnya quality or quantity. Tepuk dada tanya seleralah.

Kita ada taste masing-masing and I respect everyone preferences. Tapi kalau ada yang terkena "no taste" atau "lemahnya taste" dari aku tu, kiranya hari tu hari malang sedunia orang tulah. Normally yang kena tu pasal foodlah.Pasal benda lain macam awek or baju err...not yet in my life.Maklumlah bila kena provoke aku ni laser jugak(kengkadang tu tak payah provoke pun aku dah laser). Tapi bak kata Simon Cowel pun "I'm just being honest with myelf".

Wednesday, February 22, 2006

Kena Insomnia



Yeah!Aku menghidapi insomnia.Rasa nak tidur tapi tak mahu tidur.Kalau tidur pun, macam tidur-tidur ayam jer.Berhari-hari jugaklah aku macam ni.Effectnya,bila aku pergi kerja,aku rasa teruk sekali.Rasa kepala berat dan mata macam nak tercabut. Nasib baiklah Mumbra tak buat hal masa tu.

Puas jugak aku berjogging sampai nak tergelincir tulang pinggang dengan harapan malam tu aku akan tidur lena tapi tak berkesan jugak. Berkarton-karton jugaklah susu coklat yang aku minum tapi tak jalan jugak.Memula aku ingat ini adalah side effect permasalahan antara aku dan Oren[Yeah!We are in trouble now and bak kata Erra "..hanya Tuhan yang dapat selamatkan kami"] tapi rupanya disebabkan benda lain.

It's caffein.Due to the stress,unconciously I became addicted to caffein because I found it helped me focus.On the other hand,that is the culprit that run havoc in my system. It's an open secret that I'm allergic to caffein.Even duduk kat Starbuck order non caffein beverages pun boleh buat aku bengong tapi normally aku berlagak herolah.

Now,aku dah insaf.Minum Milo ais and teh-o ais limau jer.Tak pelah aku tak focus masa kerja janji aku dapat 8 hours of beautiful sleep.Lagipun bila masa pulak yek aku focus masa kerja?Membohong jer.Asyik fikir nak memulau adalah.

Tuesday, February 21, 2006

Evolusi Music Berterusan:part 2



  • Diploma
    Rock moment!A lot of rock stuffs came here but the most poignant stuff is Bon Jovi. The most remembered one is "I'll Be There".Bila aku dengar lagu ni mesti ingat Kolej Negeri. Later at Taiping I'm exposed to the world of alternatives music which was the craze at that moment.I had a lot of beautiful songs at this period but what really stuck on my mind are Nirvana "A Man Who Sold The World" and Smashing Pumpkins "1979". At this stage I'm introduced to Mariah Carey by Mon(nama manja Azreen) and Ning Baizura by Ribulat(nama sebenar Rizal).Kalau dengar lagu "Forever" tu mestilah teringatkan bebudak F4-Yus,Muna,Bai,Farok& Anuar. Wira masa ni tak ada dalam ini gambar. Hahaha!

  • Degree
    It's Siti Nurhaliza times babe!The first Malay CD album that I bought-Cindai.During this stage,I falled in love with ethnic inspired music a lot.Even gamelan and dangdut are in my list.Hahaha!si Taik(memang nama sebenar) mesti suka gila ni bila aku confessed yang aku suka dangdut ni. Ironically,this is also the year that I'm introduced to black metal stuff by my housemate Lego.Ya ampun,sepatah haram pun aku tak faham apa yang depa tu nyanyi.Buat berdengung telinga jer. This is also the times that I'm introduced to the single(tak de kena mengena dengan orang lom kahwin ye adik-adik)concept besides the full CD album-by Wira I think. But it's short lived when MP3 came.Later Britney Spears,BSB,Nsync, Chritina Aguilera and the rest of the gang came dominated my world.Tapi,Siti Nurhaliza tetap di hati.I also have some musical moment with Bob Beruang(bukan nama sebenar) but cannot really recalled what it's.This was because, I did listened to what he listened.Kiranya sehati sejiwalah konon-kononnya.

  • Now
    Siti Nurhaliza still reign in my heart.Same with Ella and Mariah Carey eventhough they share a little less space.Beside them,I listened to a lot of other material regardless of the genre and language(please shout Korean).But please,no black metal. Anything catchy and radio friendly will go.To try this year is the country stuff.I falled in love with country music after watching Faith Hill and Keith Urban during the Grammy.

    Note:Sebenarnya tak terkira lagu yang aku dengar.Yang mentioned di atas part 1& part 2 cuma yang ada cerita di sebalik lagu.Ahaks!
  • Monday, February 20, 2006

    Evolusi Music Berterusan:part 1




  • Belum sekolah
    I don't really recall what my musical inspiration back then but I think the biggest influences come from my mother with her 60's and 70's stuffs like pop ye ye, A.Ramlie and the rest of the gangs,Uji Rashid&Hail Amir etc and not forgetten some tradisional songs.But what really clear to me is at this period(or maybe at the later stage),I like a lot this song sung by Sudirman that played at the end of a very sad Philipines soap-opera about a very poor family.If I not mistaken, it's "Terasing".

  • Sekolah Rendah
    This stage further blossom my interest in music when I were introduced to recorder(now I'm puzzle why it's called recorder) and learned about music. The first song that I de-composed were "Jong Jong Inai".I also did performed to showcase my musical talent for an instrumental duet during a speech day with an instrument errr... I don't knowlah what it was called but it was likes a piano but you have to blow it.Macam accordian kot.At this stage,I'm introduced to the like of Fracessca Peter, Zaiton Sameon, Fauziah Latiff and not forgetten the rock groups like Search, Lefthanded, Wings to name a few as well as the jiwang rock one like Mega,May, Medicine and etc. This is a year of my first introduction to English material(by my uncle).It's Kenny G.

  • Sekolah Menengah
    From a not so kampung boy(I were raised in KL) to a KL boy.A lot of thing happen here as this is the turning point in my life in so many-many things and musical inspiration is among one of them.Off course I joined the band. Here, added to the list of my musical genre is the classical music which introduced to me by Anuar Amir. Hahaha!Jangan marah, dulu dan sekarang aku baik dengan Anuar.I also further developed my interest in English material when I befriended Yakub(the granson of TYT Sarawak) since he had a lot of collection of English songs and plus point he also had a Hi-Fi(the warden buat-buat poyo about this).The first artist he introduced to me was Lea Salonga.Ring any bell anyone?Hahaha!This also a chapter when I falled in love with Ella,the USA (my dormmate Razaklah yang pasang Ella ni pagi petang siang malam sampai aku terpengaruh). In addition,beware this is creepy stuff. Hahaha!If you asked my former schoolmate what did I listen during my school time, they probably answer "Kini" sung by Feminin.This is because I copy-paste the "Kini" lyrics to all "autolab" that passed to me.Hahaha!No idea to writelah!

    ...to be continued with part:2

    Note:Matilah aku kena komen dengan si Taik sebab grammar banyak salah. Jangan dia call aku tengah-tengah malam suruh betulkan grammar udah ler.

  • Sunday, February 19, 2006

    Grammy 2006



    Walaupun macam-macam orang kutuk pasal Grammy tahun ni tapi aku rasa inilah Grammy yang second best pernah aku tengok since aku mengenal Grammy circa 1994.I'm so inspired dengan semangat kakak Mariah Carey itu macam yang Bono cakap tu.Tapi sayang dia dah gemuk sikit.Kalau tak for sure aku beli album dia.

    Satu kesan dari Grammy this year ialah tak pasal-pasal aku terminat lagu-lagu country. Ni Faith Hill("I'm The Lucky Ones") and Keith Urban("You'll Think Of Me") punya pasallah.Suprise gak aku tengok Faith Hill boleh main gitar.Satu lagi yang aku kagum this year ialah teknik perlampuan yang masa if I not mistaken John Legend main piano.

    Note:It has been 8 days since the Grammy tapi baru hari ni nak tulis. Biasalah blog ni. Dia lembab seminggu.

    Saturday, February 18, 2006

    From Putrajaya To Torino,From Titiwangsa To KLCC

    Laman Seni Putrajaya-the spin off of the famous Laman Seni KL which held at the National Art Gallery.Tak berapa banyak art stuff yang menarik tapi adalah satu tiga lukisan yang buat aku terkasima.Quite an enjoyable events.Kalau ada lagi bulan depan for sure aku akan datang.


    Place:Restoran Nelayan,Tiwangsa
    Event:SMSS Alumni Activities 2000 Kick-Off Dinner.
    Here,I meet En.Mutalib TM(CRM Group) yang kenal my former ex boss.Later I met abang Celcom(lupa nama) yang kenal my junior and senior.Aha!This is indeed a small small world after all.


    Tak berapa boleh nak relate pun acara yang dipertandingkan.Aku cuma interested nak tengok Opening/Closing,ice-skating and ice-hockey.









    Retail theraphy. Cuma this time aku tak ke mana-mana.Just shopping all the wish list apa-apa yang ada dalam KLCC. Reasonnya, aku dah mengantuk sangat. Aku tak berapa suka shop kat KLCC sebenarnya sebab kedainya kelas sangat tapi kenapa yek semua kedai yang aku masuk masa tu aku jumpa celebrity?


    Note:Tengok list of activity weekend kali ni pun aku rasa dah penat.Tu belum nak meng"activity"kan lagi.Aku kagum betullah tengok Delins(bukan nama sebenar) yang asyik menyongket ke sana-sini.Aku yang lelaki Melayu terakhir ni rasanya pun tak mampu nak contohi kerajinan dia.Ergh!

    Friday, February 17, 2006

    Angkara "S"


    *Mumbra ni sekadar gambar hiasan .

    Last Friday morning,my big boss mengamuk.*Tahap kemengamukkan ialah pada skala -1.Tanya sorang-sorang termasuklah aku yang memang blur sikit pagi-pagi buta. Siap keluar magic word "kurang ajar".Pelik jugak aku.Apahal mamat ni mengamuk pepagi buta lagi. Something wrong ke malam tadi(malam Khamis)?

    La,rupa-rupanya ada orang tambah "S" kat **reminder dia.So's' drama's' queenlah's'. Tu's' pun's' nak's' praap's'. Ingatkan's' ada's' gateway's' down's' kat's' mana's'-mana's' ke's'.Buat's' suspens's' aku's' jer's'.

    Aku dah tanya cikgu English dan dia kata ***grammatically correctlah kalau ada "S" tu. By the way, aku tahu siapa yang tambah "S" tu. Err...nak bagitau siapa dia ke?Bagi clue jelah. Clue dia ialah orang tu ada kena mengena jugak dengan huruf "S" jugaklah. Hahaha!

    Note:
    1.*Makin kecil tahap kemengamukkan,makin teruklah keadaannya.
    2.**Office hour start at 8.30AM everyday become Office hour starts at 8.30AM everyday.
    3.***Office hours start at 8.30AM everyday pun betul jugak.

    Thursday, February 16, 2006

    X-Pax



    Today(or is it yesterday) is the last activation day for X-pax::Program Keluarga TM. I did bought them too,terpaksa dan obviously tak ikhlas. Just to please the management and just to make Celcom proud so that they can claim they have 7 million customers.

    I bought two because I like the plural of xpaxs than the singular(hahaha, sebenarnya ada kena mengena dengan entry seterusnya). Itupun lepas Kak Ilah(org Finance) "letak pisau" kat leher aku.Well,I don't know what to do with them.Maybe after taking their picture,I will frame it.As a kenang-kenangan.

    Wednesday, February 15, 2006

    Mirror,Mirror On The Wall.Whose The 'V' Among Them All



    Ini merupakan sambungan dari kisah aku pergi gym.Kisah masuk bakul angkat sendiri. Maklumlah,kalau tak ada sambung-menyambung tu,rasa macam something wrong jer dengan diri aku.

    Well,masa aku tukar baju dalam bilik tukar baju,aku telah terkagum tertengok diri sendiri di depan cermin.Wow!I have a 'V' plus a little bits of abs.Walaupun my abs does not very well defined to the overeating at BOB but that is not badlah.Janji flat.But the 'V' that makes myself impressed most of the times.

    Rasa macam orang gila pulak sengeh-sengeh depan cermin.Bukannya aku tak pernah tengok aku yang 95% naked tapi biasanya tengok gitu-gitu jer.Tak de pun nak belek-belek,nak pose-pose poyo depan cermin. No time for that. Lagipun aku ni,contrary to the popular belief.I'm not a 'budak cermin'.That why aku pernah show up kat office with my goatee half shaven,half not.

    Satu lagi pasal cermin kat gym ni ialah aku nampak kurus compared dengan cermin kat rumah which makes me looks bloated.Cermin kat toilet office pun best gak sebab selain dari nampak kurus, aku nampak macam handsome sikit.Maybe sebab lighting dia kot yang match dengan skintone aku. Kesimpulannya cermin mana yang boleh dipercayai ni?

    Note:Based on my interior design experience,kalau kita nak beli cermin kaca,cari yang tebal. Lagi tebal cermin tu lagi bagus walaupun duitnya akan menjadi tebal jugaklah. Ini kerana ketebalan cermin berkadar langsung dengan ke"real"an imej yang dipantulkan.So tak delah case orang kurus nampak gemuk or orang gemuk nampak kurus.Eh silap, orang gemuk makin nampak gemuk.

    Tuesday, February 14, 2006

    Happy 30th Anniversary



    Dear mak and ayah,
    On this lovely and supposedly the most romantic day of the year,I would like to wish Happy 30th Anniversary to my mak and my ayah.Moga dimurahkan rezeki,dipanjangkan umur dan kesihatan yang baik.

    I know what is going on right now but whatever it's,do whatever best for everybody. Satu lagi,lepas ni kalau ada orang masuk "meminang" Man, mak dan ayah terima jelah.Man takkan akan ugut lari dari rumah lagi.

    Love,
    Your desperate,still single,young,not so rich and handsome son.


    Note:My parent get married on 14/02/19XX.By the way,the offer for "masuk meminang" is valid until midnight 15/06/06.

    Monday, February 13, 2006

    Belangkusawa:My Pak Ngah

    Sabtu lepas-lepas,Pok Su Jidin telefon dan cakap orang Melaka nak ke rumah Mak Ngah Zizah.My ayah pun akan ikut sekali.Purposenya ialah nak menziarah keadaan Mak Ngah yang baru balik menunaikan haji dan menengokkan keadaan family dia setelah ketiadaan Pak Ngah Mokhtar(abang my ayah) yang meninggal dunia di Mekah.Masa aku dapat tahu tu aku tengah bershopping kat KLCC iaitu seminggu lagi ke majlis perkahwinan dak Adah.

    Macam biasa,aku pun bagilah direction ke Ampang tu sambil dalama hati berdoa gila agar Pok Su tak ajak aku sekali sebab aku malas sekali nak pergi.Aku nak lepak jer kat rumah.Pok Su siap pesan suruh aku ambil mak.Tapi oops!baru aku teringat yang my mak pergi Kedah pulak dan tak tahu lagi bila nak balik.

    Ahad lepas-lepas,masa aku tengah lunch,Pok Su called dan laju jer dia cakap dia suruh aku tunggu kat Petronas, Sungei Besi.Dia suruh aku ikut gak sebab dia tak ingat jalan.Haiyo,tak sampai sebulan pergi dah lupa. Oleh kerana malas nak menolak, aku pun say YES walaupun dalam hati aku kata NO,NO,NO.Petang tu aku nak nengok Spring Day.

    Bila sampai ke Ampang dengarlah cerita Mak Ngah pasal hari-hari akhir Pak Ngah, tengok VCD masa dia nak berangkat dan yang suprisenya tak pasal-pasal aku lunch sekali lagi.Next,untuk melengkapkan lagi hari ini supaya aku tak dapat tengok Spring Day,pastu rombongan ni singgah pulak kat Pandan Indah kot untuk ke rumah Mak Wa.Mak cik nilah yang jadi tukang andam masa my parents kahwin dulu.Sedara jugak ni.

    Balik tu aku,aku bawak kereta laju gila sebab nak tengok Spring Day punya pasal. Tiba-tiba aku teringkatkan pasal unfinished business antara my ayah and Pak Ngah. Topic besarnya-pecah geran yang dicadangkan oleh Shah(my cousin).Aku kalau bab-bab macam ni aku kurang berminat sikit.Cadangan Shah tu memang logik sementara mereka masih ada tapi bila dah jadi macam ni aku tak tahu berapa rumitnya proses nak memecahkan geran tu akan jadi.Yang penting,jangan nama aku naik sudah.Aku dah cukup masalah kat sini.

    Al-Fatihah.

    Note:Rombongan dari Melaka itu disertai juga dengan si pengantin baru. Aku apa lagi, bila dah duduk dekat-dekat.Interview sakanlah.Rupa-rupanya si Ali ni kenal my best friend,Helmizan dan pernah bersama-sama seketika bersekolah menengah yang sama. Kalau macam tu si pengantin ni sebaya dengan aku rupanya.Tapi kenapa dia nampak muda sangat yek?Tak acilah macam ni sebab biasanya orang yang kata aku nampak muda. Hish... dah ada competitorlah nampaknya macam ni.

    Saturday, February 11, 2006



    Note:Walaupun gambar ni macam blur tapi aku still gak nak letak kat sini.Fanatik punya pasal.

    Friday, February 10, 2006

    Akhirnya,Aku Pergi Gym...



    Oleh kerana dah lama aku tak pergi gym,maka satu pagi yang best tu aku pun mengorak langkahlah ke sana dengan harapan part-part mana yang tak berketul tu akan berketul balik dan part-part yang tak berketul tu akan jadi berketul.Ini Mumbra punya pasalah ni yang asyik seksa aku sampai aku tak sempat nak bersenam.Tapi dammit!Pukul 10.30 AM baru bukak dan sekarang baru pukul 10.30AM.Oleh kerana mati akal tak tahu nak ke mana,so aku decided nak berenang jelah dulu.

    Tapi satu jer masalahnya kalau nak berenang.Oleh kerana memang berenang ni tak de dalam agenda hari ini,aku hanya bawa swimming trunk yang so damn sexy tu.Well,memang biasanya aku akan bawak menatang tu ke mana-mana kalau keluar rumah.Kiranya kalau orang keluar rumah tu biasanya bawak payung or wallet,aku biasanya bawak swimming trunk. Hahaha!Manalah tahu jumpa kolam kat mana-mana yek.Boleh gak berenang.Hahaha.So misteri kenapa beg aku besar dah terjawabkan?

    Satu jer habit aku iaitu aku tak akan pakai swimming trunk tu kalau ada girl.Rasa seganlah pulak sebab swimming trunk tu kalau tengok dengan penuh konsentrasi,boleh nampak bentuk. That why,kalau ada awek biasanya aku akan pakai tight jer. Tapi masa aku sneak preview pool, I'm so glad tak de awek.Just mamat pool guard and sorang lagi mamat. Fuhh...lega.Tak payah menyeksikan diri hari ini.

    Walaupun tak de google,tapi the swim is really good.Maklumlah,the last one aku pergi berenang ialah sehari before nak puasa last year.Tapi yang suspensenya,mamat tu asyik pandang aku jer dan asyik macam nak dekat-dekat dengan aku jer walhal kolam tu ada aku dan dia jer(sebab mamat pool guard tu dah naik).Cuak jugaklah aku sebab bukan boleh percaya sangat orang-orang macam tu.Entah-entah dia gay ke?Eeee... simpang malaikat 44.So not to offence him,bila dia senyum kat aku,aku senyumlah balik tapi cepat-cepat pastu aku cabut ke the other side.Bila dia datang ke arah aku,aku swim ke the other side.Dah 45 minit ke sana sini,aku pun naiklah for sun bathing pulak. Tu yang aku nampak gelap sikit ni tapi tak lamalah sebab gym dah bukak.

    Kat gym ni,macam tak best sebab equipment dia banyak yang machine-less.Machine-less means only one thing.You can easily get injured if you don't have a spotter.Tapi apa yang aku nak 50% tercapailah.Kira OKlah tu.Yang penting hilang rasa tension aku. Itulah objektif aku ke gym.Yang ketul-ketul tu side effect jer.

    Note:Aku maybe salah kot pasal mamat tu.Maybe dia nak belajar berenang dari aku kot sebab macam clumsy jer cara dia berenang. Maklumlah,I ni macam-macam style boleh buat. Terlentang boleh, meniarap pun boleh.Yang tak pass cuma gaya kupu-kupu jer. Bukan tak pass tapi boleh buat 3 kali jer.Gaya ni kena banyak tenaga dan amat memenatkan.

    Thursday, February 09, 2006

    Serangan Wayang



    Semuanya bermula pada malam itu.Malam yang membosankan. Serangan pertama ialah The Wig. Sepatutnya cerita ini menakutkanlah tapi tak de apa-apa sangat pun walaupun aku tengok tengah-tengah pagi buta.Adalah sekali jer kot aku tengok melalui celah-celah jari.

    Serangan seterusnya ialah pada hari esoknya.Lepas solat Jumaat,aku terus belesup ke MidValey untuk tengok Long Khong tapi sold-outlah pulak.Oleh kerana dah penat beratur, aku memutuskan untuk tengok gak apa-apa.Pilihannya Mean Creek or The Descent.Kalau tak sia-sia sahaja aku beratur.Bukan aku tak nak call GSC tapi aku tak tahu apa nombor nak dicall dan tak sure pukul berapa showtimesnya.Ini kes pakai belasah jer.Well,oleh kerana Mean Creek paling awal pun pukul 7.20PM, maka terpaksalah aku memilih The Descent.Not badlah.Subject camping or exploration ni memang always excited my brain.Tambah pulak,watak dia 6 orang awek yang pergi. Mesti ada part-part yang bestkan?Cerita ni penuh dengan darah.Yang takut darah tak payahlah berangan nak pergi tengok. Aku bagi 3 bintang. Adalah 4/5 kali aku tengok melalui celah-celah jari.Nasib baik Oren tak ada kat sebelah.Kalau tak mesti kantoi yang hero handsome ni boleh tahan penakut.

    Serangan ketiga ialah Long Khong.Seat baik punya(beli masa nak tengok The Descent, the day before). Obvious sangatkan aku nak tengok Long Khong sampai sanggup 2 hari berturut-turut membohjankan diri ke Mid Valley.ceritanya memang best bangat sampai rasanya aku dah tak terkira berapa kali aku tengok melalui celah-celah jari. Lantaklah apa awek sebelah aku tu nak kata aku penakut ke,apa ke sebab memang seram. Actually Long Khong ni is the second sequel of Art Of A Devil in which the first sequel will be aired on Astro Prima, February 24,9PM.

    Serangan keempat ialah King Kong.Tengok kat laptop jer.CD cetak rompaknya aku rompak dari my sis house.Letih gila aku menunggu King Kong nak keluar sampai sempat draft entry ni. Hai, bilalah King Kong ni nak keluar.Aku dah bosan ni.Betul ke CD ni cerita King Kong?Entah-entah CD King lain...Hahahaha.Tapi ada gambar King Kong kat luar dan ada Adrien Brody yang mukanya so Jewish tu.OKlah...aku dah dengar suara King Kong.Bye!

    Wednesday, February 08, 2006

    Pictoram:I Know What You Did Last Chinese New Year

    Apa ke bendanya yang macam taik lembu tu?Jawapannya ialah inai.This inai is the leftover from dak Adah's wedding.My sis insisted pakai inai sebab dia kelentong dia cuti sebab adik bertunang.Yang aku hairannya,orang bertunang pakai inai ke?Dahlah adik aku tu lelaki.

    Cuti kali ini banyak berlegar-legar tentang isu preparation majlis perkahwinan my brother.The discussion about the date,the stupid MAIM procedures,the number of guess and etc.Yang aku pelik,my mak even raise a possibility nak "extend" rumah tu. Aik?Nak sambut menantu pun sampai kena buat renovation ke. Aku memang tak setuju sebab design rumah tu akan jadi tak lawa kalau di"extend"kan. Pening kepala aku layan my mak ni. Ada jer idea menghabiskan duit.

    Aktiviti wajib masa cuti. Err... macam familiar jelah cerita kat TV tu?







    Yang ini aktiviti sampingan-bermain basikal dengan anak buah. 2X sehari, pagi dan petang. Ehh... macam makan ubat pulak. Aku bermain basikal dengan dia lepas dia mandi jer.Time lain,aku tak sudi. You knowlah how dirty budak kecik can be.


    My favourite activity.What else, gardeninglah.








    Konon-kononnya berbudi kepada tanahlah.Tengah semai benih kacang botor.







    Another favourite activity sebelah petang aku. Jalan-jalan tengok awek kampung.For the record, gunung kat belakang tu ialah Gunung Ledang. Cantik jugaklah kampung aku ni ek?Patutlah pernah masuk TV dulu.



    Lawatan sambil belajar 1 keluarga ke Zoo Melaka.Memang best gila.Lagi best dari Zoo Negara.







    A boring trip to Taman Buaya. Membazir duit jer sebab tak de apa sangat pun.Aku sampai tertidur atas tree house sambil tunggu orang lain tengok silap mata.Setakat nak tengok buaya,baik pergi zoo.Kalau nak tengok yang darat punya, mmm...aku boleh tunjukkan.

    Dak Adah's wedding.









    Main tukar-tukar lagu.









    Terjebak dalam dunia membaca novel cinta.Tapi moral of the story,semuanya sama.Hati perempuan ni macam kerak nasi.Tak de cerita yang view dia dari orang lelaki pulak ke? Bosan-bosan pun,tak pasal-pasal aku stayback sampai ke pagi baca non-stop.Pergh..dah terjebak sungguh ni.

    Tuesday, February 07, 2006

    Laporan Perkahwinan Dak Adah:Part 2(Sijangkang,Selangor:29/01)

  • Poyo betullah diaorang ni.Kata nak together-gether kat Mobil Batu 8. Pastu tingalkan aku.By the way,all the rombongan Cik Kiah dari Melaka tu naik bas.My only contact is my sis.Bila ditanya no plat bus,dia kata tak sure.Err..nak tanya my mak.No,thank you. Mmm...diaorang ni kalau kena culik,memang selamat.Yang my sis ni pun satu.Sia-sia jer aku hantar belajar jadi askar. Basic stuff macam tu pun tak ambil kira. So, based on my basic instinct aku follow jer laluan bas yang suddenly menjelma masa aku keluar dari beli newspaper(dah jadi laluan sebab bas tu dah hilang dari pandangan aku, tak terfollow).Nasib baik jalan tu lurus je dan aku meet semua orang kat masjid. Well,aku tak berapa nak hairan Sijangkang ni sebab area ni kiranya macam kawasan jajahan akulah. Well,my best friend Helmizan kan kampung dia kat situ.

  • Fakta nombor.Rombongan pihak lelaki ke Melaka hanya 5 biji kereta tapi dibalas pihak perempuan dengan 1 biji bas penuh tak ingat+5 biji kereta.Hah!Biar orang Selangor tahu betapa hebatnya orang Melaka. Sadly,wakil sebelah ibu pengantin hanyalah my family side(adalah 4 orang).Yang 95% lagi semuanya wakil dari sebelah bapa pengantin perempuan. Satu lagi yang baru aku perasan hari itu ialah betapa kecilnya family at both of my parent's side.Dua tiga puntung jer.Tak ramai adik-beradik. This stuff ada kena mengena dengan genetik ke? Kalau ye,suspenslah(aku tak R&D lagi bab ni). For the record, dak Adah ni pun sepupu terakhir aku dari dua orang sepupu perempuan aku at my father's side.Tapi sebelah bapa dia,sedara perempuan ramai tak ingat. Don't worry yek.Semuanya tak cun.Yang buat aku praap tu,my mak memandai jer nak gossipkan aku dengan Kak Andak yang memang tahap aku panggil dia kakak.Eeee..tak rela I you walaupun my mak kata kakak tu kaya.



  • Aku memang suka pergi wedding orang Jawa ni sebab lauk dia memang lain dari yang lain. Punyalah sedap sampai aku buat tak malu tambah 2X.Siap dapat kek pengantin lagi lepas tu. Lepas sessi bergambar tak ingat punya sampai memory camera aku full, tibalah masa untuk balik. Aik?..Mak cik-mak cik Kiah yang tadinya beria nak tumpang kereta aku balik Melaka tiba-tiba cancel. Mmmm...patutlah. Rupa-rupanya lepas ni diaorang nak singah Nilai 3.Biasalah perangai perempuan ni kalau bab-bab bershopping ni. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.Mmmm...balik sengsorang macam biasalah aku ke Melaka. Nasib baik jalan tak jam.

    Note:Rasanya aku boleh simpulkan wedding ni macam sirih pulang ke gaganglah.Jawa bertemu jawa semula.Masa kat Sijangkang ni,aku hairan betul sebab tetamu yang datang semuanya speaking Jawa tapi diaorang cakap perlahan-lahan.Macam best pulak aku dengar. Tapi rasanya bahasa ni pun diambang kepupusan sebab generasi pelapis dah ramai yang tak tahu cakap.Kalaulah parent aku Jawa,for sure aku speaking Jawa without shame.Any Jawa volunteer jadi my teacher? Taik(nama sebenar Mohen) aku reject awal-awal sebab dia busuk dan aku memang tak expect pun dia nak volunteer.

  • Monday, February 06, 2006

    Laporan Perkahwinan Dak Adah:Part 1(Sungai Rambai,Melaka:22/01)

  • Sungguh gilang-gemilang persiapan majlisnya.Maklumlah the one and only daughter of my Pok Su.Walaupun aku balik kampung awal,tapi hanya pada malam Sabtu tu aku pergi mencemar duli.Itupun sebab my mak dah pok pek pok pek.My ayah and my sis pergi naik motor and aku naik basikal.Reason aku naik basikal ialah aku tak sanggup bawak kereta masuk kampung tu.Jalan dia teruk sangat dan sempit.Kalau kereta berselisih, mesti salah satu rasa macam nak masuk parit.Ayah suluh aku dengan lampu motor walaupun aku ada bawak torch light sebab malam tu bulan tak ada.Satu hal lagi,jalan ni memang famous dengan fear factornya-ada unsur-unsur Misteri Nusantara kat situ. Memang serrram. Dahlah fear factor satu hal.Pastu berlobang-lobang pulak. Memang satu kombinasi yang tak sehsuia.Well,malam tu tak ada major activity pun for kaum lelaki that night.Kaum perempuan jer ada buat something. So aku decided nak balik awal tapi dammit. Torch light aku kena curi.Praap betullah.Oleh kerana dah fear factor nak lalu jalan shorcut tu maka terpaksalah aku ambil jalan shortcut yang jauh yang kurang sikit fear factornya. Nasib aku memang baik sebab masa lalu jalan tu,ada kereta lalu.So aku tak jumpalah apa-apa yang selalu lepak kat situ.


  • Hari majlisnya,belum sempat habis tarik nafas sebab baru sampai,aku dah disuruh angkat nasi.Rasa nak dislocate bahu aku sebab berat nak mampus. Nak mintak tolong segan sebab yang ada kat situ semuanya golongan senja dan maghrib.Golongan subuh yang rajin(sebenarnya nasib malang), hanyalah aku. Golongan tengah hari dan subuh yang lain menyorok kat depan. Geram betullah. Comot sikit baju lip lap lip lap aku angkat nasi punya hal. Macamlah aku orang kampung kat situ. Nasib baik masa kali kedua,ada abang tu tolong.Baru sejam berehat, sekali lagi aku terperangkap.Kena serve cendol pulak. Suami Dr.Nora yang tangkap aku.Aku memula tolong sebab kesian mamat tu complaint sakit pinggang.Last-last sampai ke petang,aku jadi shareholder taukeh "jual" cendol dengan dia. Speaking London siot mamat ni dengan aku. Mmmm...rasanya lepas ni aku dah boleh bukak bisnes cendol kot sebab laris gila cendol aku. Habis siot.Yang tak de kacang pun sold-out jugak.Punyalah aku concentrate "jual" cendol sampai tak sempat nak tengok awek-awek kampung.

  • Ramai jugak VIP yang datang-3 orang Dato'kot termasuklah Dato' Mufti Besar Melaka. Dalam ramai-ramai tu,yang istimewa ialah aku dapat jejak kasih semula dengan dua kawan sekolah rendah aku iaitu Razak dan Ibrahim. Punyalah lama aku tak jumpa diaorang.Rasanya last masa darjah 6,after habis UPSR.

    Note:Cool jugaklah kahwin tak de sanding nikan.Tapi kat Melaka ni susah sikit kalau tak sanding.Adat Temenggungnya masih kuat.
  •