Sunday, April 30, 2006

Watch Football



Funny.My friend told me that he want to start blogging.And his first entry will be all about me.Hahaha!I'm so flattered.Kembang sampai ke petang. It all started when I told him that I watched football.

Well,this is another near misconception that people have toward me. Mmm..it's not a big deal for me because sport is not really my cup of tea.But hey! I do watched football OK. If and only if,it's Saturday and all the Astro programs are not worth watchable.And if Chelsea,MU, Liverpool,Arsenal,Real or AC is playing.

Frankly,I watched and followed the game just for the sake of general knowledge.I just don't want to be left out in the middle of conversation.If that conversation turn to be about football.This is because some of my friends are kaki bola. Sampai Liga M yang tengok boleh mengantuk tu pun diaorang tengok.

For me,football games is very enjoyable to watch as a whole.Thrive on drama. Inside and outside the field.

Note:Whatever said and done,I just cannot digest the locally produced games. Dunno why.

Saturday, April 29, 2006

Joga Bonito



Yeah!Keghairahan Piala Dunia datang lagi.

Hajat di hati nak beli jersey Nike World Cup series.Negara pilihan ialah Belanda kerana ianya oren.Tapi bila aku pergi preview kat flagship store, yang ada hanyalah Brazil.Awek Nike tu kata kena tunggu sebulan lagi.Dah tak ada Belanda,maka aku beli gelang getah jer.At least I have something that related to the Nike World Cup series eventhough the price difference is 18X.

Ironicnya,aku beli Brazil kerana warna hijau kuning tu macam sesuai dengan kulit aku yang sawo-matang.Itupun masa nak beli,yang kat display dah habis.Terpaksa aku buka mulut tanya ada lagi ke tidak.Nasib baik ada.Kalau tak,meloponglah mulut aku.Lepas ni aku nak beli yang Belanda pulak.Oren putih.

Tapi aku sedikit kecewalah sebab tak ada warna pink.Maklumlah,I kan obsess gila dengan Pink tu.Tapi mana ada negara masuk World Cup pakai warna pink kan?So tidak sehsuai.Hahaha.

Note:Major World Cup campaign in town.Nike->Brazil,Isetan->Japan, Philosophy->Italy and not forgotten a bus stop depan KLCC->Portugal. Mmm...ada lagi tak yang tertinggal? Let me know.

Friday, April 28, 2006

Jatuh Jogging

Satu petang tu.Aku pergilah jogging macam biasa.Tengok syok-syok lari,tiba-tiba berdekatan satu selekoh F1 tu, aku terpaksa perlahan sikit.Ada halanganlah kat depan. 2 orang awek yang sedang jalan beriringan lenggang kangkong.Ah...sudah!Kataku dalam hati.Macam mana nak lalu ni. Dari jauh aku dah evaluate 2 orang awek tu.Tak cun pun.Bila dah dekat selekoh F1 tu,aku pun menundukkan pandangan. Malu-malu kononnya sambil membongkokkan badan sedikit sambil tangan kanan dihulurkan ke depan. Ala-ala opening tarian zapin gitu. Isyarat saya nak tumpang lalu.Hahaha!Lelaki Melayu terakhir memang macam tu.Pemalu dan sopan.

Tiba-tiba seorang awek tu jatuh.Bukan jatuh hati OK.Jatuh tergolek dog kat selekoh F1 tu. Depan aku.Tak de guruh,tak de hujan pun boleh jatuh berdebuk. Tengah berjalan pulak tu.Bukan berlari pun.Macam biasa,aku tak dapat menahan dirilah.Aku gelak dulu. Hilang sifat lelaki Melayu terakhir aku.Orang kalau bukan yang terakhir tu berlakon jadi terakhir, macam itulah jadinya.

Aku pun berfikir apa sebab awek tu jatuh.Adakah sebab dia terkejut tengok kekacakan aku?Atau adakah dia terperanjat tengok aku yang berbaju so see-through tu?Atau adakah sebab dia terpening sebab aku busuk sangat?Hello!Aku sebelum lari tu dah sembur 0.5 ml Black Polo tau.

Apapun jawapannya,aku rasa lawaklah kejadian tu.Rasa tak patut pulak aku gelakkan awek tu. Mentang-mentanglah dia tak cunkan.Err...tapi macam mana pulak yek kalau yang jatuh tu awek cun?

Mmm...yang pasti aku mesti tergelak dulu.Cun ataupun sebaliknya.Lepas tu baru aku fikir apa strategi seterusnya.

Thursday, April 27, 2006

Pergi Clubbing



Aku:Hei!You Ben kan?Istana?
Ben:Aimankan?
Aku:Baguslah ingatan ko.Ingat lagi nama aku.

Lepas ni aku hilang idea nak cakap apa.Tengok jer orang main futsal. Ben pun sama.60 saat kemudian,tiba-tiba...

Ben:Bro!You clubbing lagi tak?
Aku:[Buat muka tak percaya].Yup.I mean nope.
....

Pelik!Pelik!Memang tak percaya tapi aku selalu dapat soalan ice breaker yang pelik macam ni?Agaknya ada cop Zouk or Liquid or whatever kat dahi aku ni kot.Walhal aku mana pernah berkecimpung pun dalam dunia berclubbing ni. Walaupun pelik tapi aku rasa mmm...OK gak first impression orang tentang aku ni.Tak payah aku bersusah-susah berclubbing.Tak ada maknanya.

Note:Penulis tidak berclubbing kerana tiada orang sudi babysitkan dia. Lagipun penulis tidak reti menari.Yang dia tahu hanyalah tarian zapin sahaja.Itu pun,ada orang kata nampak macam Asimo menari jer.

Wednesday, April 26, 2006

Kena Pegang



Hairan sungguhlah.Minah ni selamba kodok jer pegang dan sentuh aku. Macam aku ni laki dia. Tahulah kita teman tapi mesra tapi tak payahlah nak PDA.Aku tak selesa.Aku tak suka. Sudahlah aku ni anak dara sunti.So bila kena pegang dengan perempuan yang seksi macam tu, naik tegak jugaklah mana-mana bulu roma yang patut.Macam kena elektrik statik. Tapi aku biarkan sahaja dia pegang aku bila aku tak dapat elak.Itu pun atas dasar lelaki gatal.Karang aku marah dia,aku pulak yang kena marah depan orang ramai.

Kat pejabat ni pun sama.Dululah.Ada satu mamat ni kalau bercakap dengan aku mesti nak pegang-pegang.Nak lebih mesra katanya.Apa keskan?Aku trauma orang pegang-pegang aku ni. Kalau aku dah kata jangan tu,aku maksudkan janganlah.Ke nak kena lebam biji mata tu baru nak faham.Just kidding!Nak pegang tu boleh tapi jangan pegang dan ramas-ramas OK.Itu pun aku bagi 5 saat jer.Lebih dari itu,siaplah dapat terajang dari aku.

Note:Insiden pegang-memegang ini berlaku ketika kejohanan futsal SMSS 2006 sedang berlangsung.Yang dipegang tu anak teruna sunti lagi.Yang memegang tu mak orang anak dah darjah satu.Hai,kenapalah aku selalu ter-ber-skandal dengan mak orang.Dah wajib kena mandi air tolak bala kot aku ni.

Tuesday, April 25, 2006

Pictogram::SMSS 2006 Futsal

Tempat:Rio De Futsal, Subang Jaya
Tarikh:25 Mac 2006

My friends.









Preliminary round.Menang.Score aku tak ingat.








Bebudak junior.Yang mana kenal aku tapi aku lupa nama korang tu, mintak maaf banyak-banyak yek. Orang famous memang begitu perangainya.





Contoh design t-shirt untuk reunion batch aku.








Akak bertopi tu peserta Explorace tahun ni.Watch out for her action. Her shoot will be on May.







Aksi final Junior.My team menang. 2-1.Tapi ada insiden gaduh. Dalam dan luar padang. Entah apa-apa mamat Maxis tu.Main futsal pun nak gaduh. Dah lah satu sekolah. Err...dia bengang kot kalah sebab last year team dia Champion.



Borak dengan jambu yang jumpa masa dinner kat Istana. Kawan dia budak IBM, Cyberjaya rupanya. Patutlah macam pernah nampak kat bus stand.





My team.Batch 90+94.Tu sebab nampak macam ada orang tua kat sini. Batch 90 ni memang close dengan batch aku.Batch ketua dorm.





Oops!Ya,ampun!Ingat nak ambil gambar bola tapi terambil gambar lain. This bootylicious is belong to Srikandi.Rasa cerahkan bijik mata. Gelap-gelap, hitam-hitam lepas tu pink.




Aksi Final Senior(Batch 86:: 69ners)and Junior(my teamlah. Kami kalah 3-1. Power siot orang tua-tua ni main.Very skillful. Stamina pun kencang.Main hari-hari agaknya pak cik-pak cik ni.




Note:Semua gambar dimamarazzikan oleh Zatul kecuali yang pink tu.Aku salah setkan IXUS aku.Sebab itulah semua gambar nampak macam tak cukup pencahayaan.Nak kena belajarlah cara-cara ambik gambar ni.

Monday, April 24, 2006

Joyeux Anniversaire,Pink!



Bonne Fete A Toi,
Bonne Fete A Toi,
Bonne Fete A PINK,
Bonne Fete A Toi.

On t'aime, beaucoup, beaucoup, beaucoup !

Sunday, April 23, 2006

Identity Theft,Again!::Part 3

Dammit.Tak pasal-pasal aku kena korbankan cuti aku.Ke JPJ untuk check status berapa banyak kenderaan telah didaftarkan atas nama aku.Ekoran kes identity theft.

"Panjang list awak",kata awek JPJ tu.Tapi nasib baik satu tu jer yang bukan aku punya. Then aku membebellah mintak pandangan dia macam mana nak solvekan masalah ni. Aku cakaplah masalah aku ni sama macam mamat Kedah yang tak pasal-pasal kena saman kat Johor tu. Walhal mamat tu belum sampai Johor pun.Awek tu tak confident. Maybe takut aku tulis kat suratkhabar.So kena panggil bos dia keluar.

Abang JPJ tu nasihatkan aku supaya telefon Padang Jawa ataupun JPJ terdekat di negeri no.pendaftaran itu dibuat.Perghh.Lega sekali.Nasib baik kena telefon jer. Buatnya disuruh aku pergi Padang Jawa tu,kan dah satu lagi kerja.Mesti confirm aku sesat punya.Nasib baik Padang Jawa.Kalau kena no.pendaftaran tu Kelantan ke dan kalau tak boleh telefon,kan tak pasal-pasal aku tersesat sampai ke negeri Cik Siti Wan Kembang.Confirmlah esoknya keluar karya carutan aku kat Utusan,The Star,Berita Harian,NST.

Aku telefon JPJ Padang Jawa.Punyalah susah nak dapat.Lepas satu-satu aku dipasskan. Hello, ingat aku bola ke?Last sekali aku jatuh kat tangan sorang mamat ni. Aduhai... punyalah romantik suara.Memang sah kena maki dengan aku sebab suara macam orang tak breakfast. Tapi buat penat jer marah.Dia kata dia tak dengar.Praap. Something wronglah dengan PABX JPJ ni.Terpaksa aku terjerit-jerit macam mat rempit bergaduh dengan bohsia.Lepas bagi semua maklumat yang dia nak,dia kata dia akan follow-upkan kes ni dengan aku.

Tapi,macam biasa.Orang kerajaan ni yo yo all je yang lebih.Sampai sekarang tak contact pun aku.Aku pun dah malas nak layan.

Note:Lepas habis urusan kat JPJ ni aku pun berpoya-poya kat KLCC/Bukit Bintang dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya.Seronok jugak ye berpoya-poya masa work day ni.Tak ramai orang.

Saturday, April 22, 2006

Jumpa Pawang Abu

Percaya atau tidak,perkara pertama aku buat semasa krisis "bontot merah" itu ialah mintak tolong dari dak Abu the pawang.

Dak Abu ni kroni aku gak.From my father side.Sama-sama main galah panjang,teng-teng,polis sentry dulu.Junior setahun jer. So bila aku dapat tahu yang dia ada magic pawang, aku rasa terkejut sangat.Aik?Muda sangat dah jadi pawang.Apa kes kan.Rasa macam aku ni berkawan dengan Harry Potter jer. Aku sebenarnya tak berapa nak percaya pawang-pawang ni tapi dia ni memang banyak solvekan kes-kes X-files.

Aku tak tahulah ilmu dia ni hitam ke,kelabu ke atau putih.Tapi yang pasti dia ni memang tak ambik duit,tak main air-air ni,tak ada menurun,tak ada pengeras dan tak ada all the crap yang biasa ada kat pawang yang macam biasa kita faham tu.Pawang versi alaf baru kot.

Walaupun dia ni pawang tapi pemikiran dia agak moden.Terkini dan sinis.Kalau dia bukak topik RM9, sure mampus aku ternganga-nganga buat-buat faham.Rasanya dia suka membaca kot. Atau mungkin disebabkan pengaruh persekitaran kareer dia. Yang pasti,aku memang suka berbual dengan dia sebab walaupun dia tu budak kampung tapi pandangan dia selalunya dapat memberi satu perspektif yang segar. Memang lain yek cara orang kampung dan cara orang bandar berfikir. Hahaha!Matilah aku kena carut lepas ni sebab claim jadi orang bandar.

By the way,dak Abu ada bagi tahu sesuatu kat aku masa dia menilik tu. Tak boleh nak tulis apa dia tapi motifnya dak Abu suruh aku berhati-hati.

Mmm...boleh percaya ke dak Abu ni?

Friday, April 21, 2006

Bontotku Merah::Part 2

Aku tak tahulah siapa yang sakit hati sangat dengan aku.Sampai hati dia. Kalau tak puas hati pun, face to facelah.Jangan nak tunjuk jantan kat kereta aku yang poyo itu. Setahu aku, aku mana ada buat hal. Lagipun aku kan kera sumbang. Mana ada masa nak berkomunikasi pun. Berkomunikasi pun dengan Ron&Don jer. Itu pun sebulan sekali. Nak ambil Astro Guide punya pasal.Terakhir aku bercakap ialah dengan mamat India cuci kereta.Tu pun aku cakap elok-elok. Sesopan yang mungkin yang aku tak perlukan perkhidmatan dia.Tak kan dia kot?

So aku masih lagi kebingungan.Sudahlah dalam banyak-banyak kereta tu, kereta aku jer yang jadi mangsa.Satu-satunya kat kawasan aku.Dah setahun aku parking kat situ.Tak ada masalah pun. Untuk meredakan suasana,aku minta tolong dak Abu tolong 'tengok'kan apa hajat orang tu. Takut jugaklah kalau ada orang dengki tak pasal-pasal dengan aku kan. Hish,susahlah jadi orang bujang tak berapa kaya,masih muda dan handsome ni.Nasib Dak Abu kata tak ada apa-apa. Hanya kerja budak-budak nakal jer.

Tapi aku masih lagi hairan.Masih tertanya-tanya.Adakah skandal aku dengan Oren telah menyebabkan "orang tu" praap.Tapi tak mungkin kot.Kata Oren. Tak de maknanya, katanya lagi.Tapi bagi aku,itu boleh jadi mungkin.Manalah tahu kan.Atau adakah ini semua adalah konspirasi kedai tu.Ini kerana semasa aku menghilangkan kesan merah tu, aku dapat tahu yang mamat cuci kereta tu sejiran dengan aku.Mesti dia selalu lalu-lalang kat tempat aku parking kan. Lagipun kedai dia terletak di tengah-tengah 2 tempat kejadian.Yang memang dekat sesangat. Mmm...memang sesuatukan?

Apa pun misteri ini masih lagi kekal misteri.Aku terimanya sebagai qadak&qadar aku.

Note:Dak Abu tu pawang aku.

Thursday, April 20, 2006

Bontotku Merah::Part 1

Malunya.Tak tahu mana nak sorok muka yang handsome ni.Satu petang tu aku dapati bontot aku merah.Berjalur panjang pulak tu.Ah...sudah!Macam mana ni.Aku dah ler lambat nak ke Dewan Perdana Felda. Kenduri Nita.Mood aku terus bertukar.Dari ceria terus menjadi gundah gulana. Aku tarik nafas dalam-dalam.Cuba menahan amarah.Sebelum pergi,aku jumpa Ron sekejap. Ambil Astro Guide.Selamba kodok jer aku tunjukkan bontotku yang merah itu.

Esoknya kat office,aku tunjukkan pada rakan-rakan bontotku yang merah tu. Selamba kodok lagi. Lelaki sama lelaki kan.Nak malu apa. Macam-macam teori CSI yang keluar dari rakan-rakanku.Aku tanya macam mana nak hilangkan kesan merah tu.Macam-macam jenis rawatan pulak yang keluar. Dari semurah RM100 hingga ke ribuan RM. Tapi aku dah sedikit nekad.Biar berapa banyak duit pun yang keluar, bontotku yang merah harus dipulihkan. Pergh...nampaknya ada orang tu akan start program makan rotilah gamaknya. Aku lepaskan geram di Putrajaya. Aduhai...ramai pulak mata yang memandang. Secara serong. Memang besar tahap kemaluanku. Tak tahu mana hendak aku sorokkan bontotku yang merah itu.Aku pun satu. Dah tahu bontot merah, yang aku pergi Putrajaya tu buat apa. Balik Putrajaya, terus aku buat report polis.

Esoknya lagi,lepas balik gym aku tawakkal.Cuba pergi kedai yang Don syorkan. Boleh bagi hilang bontot merah,kata Don.Apa kes???Aku boleh pergi salah kedai OK.Aiyo,kedai depan rumah pun boleh sesat.Memang teruklah ini mamat.2x pusing baru sampai. Sampai kat kedai tu, ada jugak geng yang kena penyakit merah-merah ni.India.Nampaknya penyakit ni tak mengira bangsa. Aku pun bertukar cerita.India tu kata ada 6 lagi mangsa yang kena merah-merah macam aku. Bahaya ni. Terus ku Disaster Alert Systemkan ke Naza dan Faris.

Alhamdulillah.Lepas 2 jam setengah dalam klinik,bontotku dah tak merah lagi.Baguslah doktor ni.

Err...terpanjanglah pulak entry ni.Seronok pulak rasanya cerita pasal bontot. Hahaha!Tak senonoh pulak rasanya.Kalau tak malu,sila klik sini(1,2,3,4) untuk melihat gambar-gambar bontotku yang merah itu.18SX OK.Jangan kata aku tak warning. Tapi aku 100% pasti yang korang akan klik sebab korang memang tak tahu malu. Eee...suka tengok bontot ye korang.

Selamat bergembira melihat bontotku!

Note:Balik kenduri tu,bertambah praap aku.Aku baru perasan yang wheel lock motor aku pulak hilang.Cis,memang hari malang sedunia!

Wednesday, April 19, 2006

Masalah Negara

Macam mana ni.Boring betullah.Motor masih lagi ICU.Sakit bocor-bocor. Lecehlah nak ke mana-mana.Terutama yang dekat-dekat. Macam pasar malam,kedai mamak ataupun kedai nasi bungkus tu.Takkan nak naik kereta.Lecehlah.

Duit bukan tak ada tapi lepas tolak itu dan ini,yang baki hanya cukup-cukup makan sahaja untuk berpoya-poya macam biasa di 1-Utama. THINK!THINK!THINK!And then... very typical Malay.

Aku dail 06-2xxxxxxx."Mak.Abang ada masalah negaralah".

Pergh.Lega.Selesai satu masalah.

Next masalah please!

Absorber.

Tuesday, April 18, 2006

Mak,Abang Dah Jadi Pembunuh!

Balik kerja.Hari dah senja.Macam biasa,aku memandu sesopan yang mungkin. Dalam 70-90 km/ph.Jalan ni memang tak boleh bawa laju-laju sebab banyak orang gila.Orang gila yang tiba-tiba masuk lane aku walaupun jalan tu ada 4 lane.

Sedang aku menyumbangkan lagu-lagu dari album Ella:The Journey tiba-tiba aku nampak ayam. Apa kes pulak ayam ni buat kat tengah-tengah lebuh raya.Aku pun perlahan sikit dengan harapan ayam tu nampak aku.Tapi tiba-tiba aku dengar bunyi pelik.

Bila tengok kat cermin sisi(tanpa berhenti),aku nampak ayam tu dah tergolek.Tak tahu hidup ataupun tidak.Ah...sudah! Mak,abang dah jadi pembunuh!Kan aku dah perlahan tadi.Yang dia langgar aku jugak apa kes.

Err...tiba-tiba aku teringat.Ayamkan rabun masa Maghrib.

So,agak-agaknya dalam kes ni siapa yang salah.Aku ke ayam?

Note:Ini ialah kejadian pertama aku jadi pembunuh jalan raya.

Monday, April 17, 2006

Tol



Tol!Tol ada di mana-mana.Ke Utara kena tol.Ke Selatan pun ada tol.Tapi bukan tol itu yang aku ertikan.Tol ini istimewa sikit.Lebih lain dari biasa. Hanya tumbuh macam cendawan di musim cuti sekolah.Terutamanya di negeri Melaka dan Johor.

Ya betul!Aku bagi 55 markah pada yang dah dapat teka.Tol yang aku ertikan ialah bayaran yang dikenakan kepada pengantin lelaki yang ingin duduk bersanding atas pelamin bersama pasangannya.Ah...sudah!Hari malang sedunia ke hari tu.Dahlah datang jauh-jauh lalu PLUS kena tol. Nak duduk bersanding pun kena tol lagi.Tak patut.Tak patut. Tak cukup lagi ke duit hantaran yang diberi?

Sebab itulah adat tol ini telah menimbulkan polemik nasional 4/5 musim mengawan yang lepas. Adat orang Temenggung ini bukannya apa.Saja jer nak memeriahkan suasana.Yang sampai jadi polemik ialah bila pihak perempuan tidak memaklumkan pihak lelaki.Dari niat sebenar nak memeriahkan majlis, jadi beban pulak kat pihak lelaki.

Kat sinilah peranan pengapit teruji.Bukan setakat tukang kipas jer.Kalau dia ada bawa duit dan sampul surat,OKlah.Selamat.Tak ada duit kecik, korbankan duit besar. Claimlah nanti kat pengantin.Tapi kalau datang dengan tangan kosong,macam mana?Mestilah tersipu-sipu malukan.

Yang jaga tol tu biasanya mak cik-mak cik.So banyaklah cengkadak dia.Tak macam tol biasa. Susah nak lepas.Paling kesian aku pernah tengok pengantin lelaki yang kena membeli pantun. Padan muka. Siapa suruh tak bawa walletkan. Tapi kalau aku yang jadi pengapit ataupun pengantin, itu semua tak jadi hal.Kacang jer.Maklumlah,aku kan pemantun terbaik 2X berturut-turut masa zaman jambu dulu-dulu.Err... tapi boleh ke pengantin yang berpantun. Hahaha!Malang sungguh nasib si pengapit tu.Gerenti lepas tu maki si pengantin lelaki.Geli hati pulak aku tengok dia terkial-kial nak membeli pantun. Asal boleh jer pantun dia.

Tapi polemik isu tol ini tak akan berlaku kepada aku.Sebabnya aku orang Melaka(term and condition apply).Janganlah makcik-makcik tu mengada-ngada nak buat tol dalam rumah aku. Bak kata Celcom pun, this is our territory. Apa kes kan?Karang tak pasal-pasal ada pulak yang lari balik sebab kena pantun dengan aku.Hahaha!

Note:My mak pernah kena dapat 5 sen duit tol.Sampul jer besar. Memang kelas pengantin lelaki ni. Orang nak kenakan dia,dia kenakan kita balik.Kejam betul.Rasa nak framekan duit tu jer.Tapi sebenarnya bukan soal duit yang dipandang tapi sopannya santun, tingginya budi yang diutamakan. Tapi duit kena ada kan?Yang tak de duit macam aku ni janganlah berangan nak lalu tol kononnya. Membahayakan kesihatan. Baik you all lalu tol pergi 1-Utama jer.

Sunday, April 16, 2006

Marn Najmi & Haznita


Pengantin lelaki ni sekali pandang dari bahagian sisi ada iras-iras Yusry KRU.

Aku sebenarnya hilang mood nak pergi wedding ni sebab something bad happen to my car(will be post later).Tapi dah janji dengan dengan kengkawan nak datang.Malah masa aku ke rumah jiran untuk mengambil Astro Guide dan ditunjukkan gambar awek yang nak berkawan dengan aku tu,aku antara tengok dengan tidak.Tak de mood langsung.Tak boleh nak fokus.Otak aku asyik nampak kecacatan kereta jer. Memang bad timing.Sampai bawak kereta laju nak mampus ke Semarak.

Tapi mood aku jadi OK bila tengok ramai kengkawan aku yang datang. Dapat jumpa Haris,Taiko and Murnida.Punyalah lama tak jumpa.Dekat 1 dekad. Yang lain tu aku tak tulis nama bukan bermakna korang tak significant tapi aku selalulah jumpa korang.Pstt...aku nak menggossip ni. Maklumlah, baru lepas jumpa geng.Bagi yang tak tahu,si Taik(memang nama sebenar) tu dah bertunang.Dengan orang Klang. Mmm...macam sirih pulang ke gagang jer aku rasa.So rumour tu memang betul.Tapi yang paling seronok ialah aku tak datang keseorangan.Ada orang nama Oren sudi offerkan diri nak temankan aku. "Eh!Yang awak cubit saya ni apasal.Tak sakit tau. Kalau nak cubit, cubitlah kuat-kuat sikit ".

Punyalah excited cerita pasal kengkawan sampai lupa pengantin.Aku related dengan yang perempuan jer.Kawan seiklan aku masa English course kat Kolej Negeri.Jangan jeles.Aku masa jambu dulu pernah buat iklan tau.Tapi iklan tak keluar kat TVlah.Hahaha!What a sweet memories.

To Haznita and Marn Najmi,selamat '14 hari' penganti baru.

“Dunia itu ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita(isteri) yang solehah” (hadith sahih, riwayat Muslim)-Quote by the bride's father.Berlari tau aku ke masjid cari kitab nak tahu siapa yang riwayatkan hadis tu .

Note:The wedding was held at Dewan Perdana Felda on 020406.The picture above is copied from other people collection.Kawan Najmi. Hahaha!

Saturday, April 15, 2006

Dirisik

Wok:Ko ada awek tak?
Aku:Takde.[Kalau ada pun mesti aku jawab tak ada kan.Hahaha!Saja test market].
Wok:Macam ni.Ada mak cik ni berkenan kat ko.Dia..
Aku:Hah?Mak cik?Auntie?[Apa kes???Ingat aku ni gigolo ke?].
Wok:Aku tak habis cakap ko dah potong.Macam ni.Dia gila berkenan kat ko untuk 2 orang anak sedara dia.
Aku:Mmm...cakaplah awal-awal tadi.Mak cik mana ni?
Wok:Adalah.Dekat-dekat rumah ko jugak.

Lepas habis sembang,aku rasakan masa macam terhenti.Oh,lihatlah dunia!I'm so famous.First I would like to say thank you...[insert the rest of Julia Robert most memorable Oscar speech].Tak sangka aku telah dimamarazzikan selama ni.Tapi kekembangan aku tak lama.Graviti bumi menarik aku ke alam nyata.Datang rasa takut.Aku rasa insaf.

Aku tak mahu lagi tak pakai baju basuh kereta.Aku tak mahu lagi pakai seluar pendek pergi bersiar-siar ke hulu hilir atau berebut main buaian dengan kanak-kanak.Apatah lagi pakai boxer(jenis tanpa menampakkan bentuk) pergi breakfast di kedai mamak depan rumah atau masa pergi beli surat khabar.Aku tak mahu lagi keluar rumah serabai tanpa menyikat rambut. Bila rambut aku panjang ala-ala teknik rebonding.

Yang aku mahu ialah aku nak bertukar jadi lelaki Melayu terakhir.Tapi bolehkah aku?Bersopannya santun, berbudinya bahasa dan tak pakai seluar pendek.Err..aku memang sukalah pakai seluar pendek walaupun kaki aku banyak bulu.Dilemma sungguh ni.

Sekarang baru aku tahu susahnya jadi celebrity ni.

Note:Adalah 2/3 kali aku kena "risik" tapi aku buat poyo jer.Setuju pun tidak. Tak setuju pun ya.Aku taklah macam sorang tu.Dah lah family arrangement, lepas tu dia masih boleh berlagak dapat bini dengan aku. Apa kes?Tak thrilllah jadi lelaki macam tu. Tak ada kejadian mengorat. Ingat aku sakit hatilah kononnya tu.Oh,please.Tak de maknanya berlagak dengan aku. Kena gelak dengan aku ada lah.Padan muka. Siapa suruh berlagakkan.Aku tak de klue kenapa dia nak berlagak dengan aku.Kalau aku jadi dialah,mesti aku buat-buat insaf.

Friday, April 14, 2006

Panduan Membeli Rumah::Part 2

STAGE 3
1.The most nauseating stage because it involved human.In the form of a lawyer. Recap, stage 1&2 revolve around the process.You will have 2 separate lawyer.One at the developer side and the other for the bank.

2.Normally or suspiciously,the developer before hand has a self-appointed lawyer.If you feel uncomfortable,you may ask whether you can select a lawyer.Do this before you pay the deposit because during that time you will be treated like a king. They will do anything for your deposit. Once you pay the deposit,you are kind of a dirt to the developer if you start barking around. Ask also how much you have to forked out for that services.Normally it's fixed.The developer lawyer is the one who prepare the S&P.A very sought-after document that legally bind you and the developer.Later,it also maybe required by the EPF as the supporting document for your withdrawal. Bank also may keep one of them.By the way S&P is the legal document that specify every details of the property.

3.For the bank,it's not that complicated but it's still the same old story. Conspiracy still exist. Between the bank staff and the lawyer.Nak cepat kaya,so makan atas angin.Just like my case.By right, normally bank has a list of panel lawyer. Do open your golden mouth to ask for help or you will end up to burn extra hole in your wallet for no apparent reason. Kakak receptionist yang cute tu pun boleh bagi list ni.FOC.Tak payah jumpa pegawai dia yang kuat makan atas angin tu. Do shop around for the reasonable quatation.Normally it does not differ very much but at least you know this is between you and the lawyer. No third party in the picture. Yang penting puas hati tak mengkayakan orang lain sesenang hati dia.

4.Do chase the lawyer especially at the developer side because S&P has a time frame issue. Sometimes they just lazying around not to finish it.Ada jer alasan dia.Saja suka kena maki kot. Macam kes kawan aku. Bukan susah pun buat S&P ni. Copy,paste,tukar nama jer.Siapa kata jadi lawyer ni susah?When finished,don't forget to instruct the lawyer to explain the S&P to you.Ask all the silly question until he fed-up with you. Until he feel that the money we pay him is not worthy. In the sense,not much.Biar dia tahu betapa susahnya cari duit ni.

5.From my experience,the bank's side lawyer is the hardworking and efficient one.The document is straight forward compared to the S&P. However,do open your golden mouth and ask them what are the things you are paying for.Does it include 'pecah geran'? Ouch!This is actually the extended version of your bank loan process.It may be done here or later during the handover of the house.

6.The ideal case to save your wallet health is to have the same lawyer for both your developer and bank loan.But very rare to find one that can satisfied all your need. Just like to find your true soul mate.Ku berserah. Tapi jangan fikir sangat nak cari yang ideal. Yang asal boleh pun dah OK sebenarnya.Asalkan tak kena penalti.I mean, kena interest OK.Bukan penalti bola. Tahulah nak Piala Dunia sesangat ni.

Thursday, April 13, 2006

Panduan Membeli Rumah::Part 1

STAGE 1
1.First and foremost,find the house.As is in finding your true love,do not stick to the first one you saw on advertisement.Love at the first sight maybe is not what you really want.Unleash the 'crocodile' inside of you. Do playboying around.Of course, minus the guilt here since no girl are harmed in the process. In my case,I skip all this 'crocodile' crap and proceed to the next process. I don't knowlah how to playboy around. By the way,love at the first sight is the one that really hard to forget.[Aiyo, teruklah ini mamat punya angau.Topic nak beli rumah pun boleh melalut jiwang. Hai!Warna apalah yang buat ini mamat angau bangau].

2.After finding your ultimate dream girl.Oops,desired house.[Ya,ampun. Gua tersasul]. Do pay some spot check to the developer previous project. Check out the workmanship. Do not know what to look for? For a small fee like iced lemon tea and roti tisu at Hassan Cafe or a lunch trip to the bus stand,I can accompany you.Term and condition apply. For the record, I have a track record in house construction. Sikit-sikit. Based on the outcome of the visit,then you can decide to go or no go with the purchase. Some points to consider before making the final decision is the track record of the developer and soil type. Kalau tanah lombong tu, fear factorlah sikit. Once more is the type of the project. Leasehold or freehold. Kalau leasehold tu murah sikitlah. Perg...sebenarnya banyak lagi faktor nak kena consider. Ini yang tip of the iceberglah. You may have to do some R&D on all of these stuffs.Bukan apa. Nanti jangan dah terhantuk baru nak terngadah. Tak ada maknanya.

3.Everything OK?Pay the deposit to the developer.Normally RM 1000.This deposit can be rebate later for TNB and water installation.At this point, you confirm your house exact location. To face sunset or sunrise. To follow feng-shui or cut that crap out. It's up to you. Sadly,you cannot choose who your neighbour is.In my case,one of the factor that make me to purchase the property is my idol will be my neighbour.Hehehe. This is nothing new.I think Menara Rebung is already 'senget sebelah' some time ago with my unsaid confession.Damn,my friend!I think they can read my mind. Aku tak tahu pun my idol ni beli kat situ.Aku dah bayar deposit baru pecah lobang. Lepas tu aku pulak kena tuduh follow dia.Praap.

STAGE 2
1.Now be serious.It's all about money.The 10% down payment and the rest of the loan.

2.The likely source of the 10% down payment may come from the parent(cis,ada gak orang macam ni),the EPF(Account 2) or your own hard earned saving(setahun tak ke 1-Utama you). Or you can include it in your bank loan.I'm not sure about this but I think bank boleh!If you are lucky enough,you can use the company loan.I'm not sure about this also.My company don't have one.Ask your beloved HR.Normally you are given certain time frame(usually 1 month) to settle the down payment before you are slapped with the late interest. Please ask the developer about this before pay the deposit. Kalau boleh,rakamkan suara sales assistant tu sebagai bukti. Oops!Terover dramalah pulak.Bukan apa. Langkah berjaga-jaga.

In the case of EPF,you may require to formally request from the developer for a an extension of time to settle the down payment since the withdrawal need quite some time. Aku confirm you all tak boleh nak kejar due date tu.Make sure your S&P be ready too because EPF may required it at the last minute.Their step to prevent the misuse of the money.Mintak keluar duit beli rumah tapi rupanya pergi berpoya-poya kat KLCC.Hampeh.Ini contohlah ye.Bukan kisah benar.KLCC is so not my port anymore.

3.Simultaneously,you can start hunting for the house loan from the bank.There are a lot of option in the market but beware.Don't fall into the trap of the bank sugar-coated word. Whatever the loan length of time,the interest,the flexibility of the monthly payment and all the other crap throw to you;as a rule of thumb,make sure the amount of the loan is not exceed double your house price.In the issue of Islamic and conventional,I would like you to 'tepuk dada,tanya selera'.Having said that, make sure you can afford to go to 1-Utama as usual with that additional financial baggages. Tak ada maknanya beli rumah tapi merana tak boleh berpoya-poya.It's like 'muka jer handsome tapi asyik dikecewakan'.Mmm...relevant jugak stament ni. Mesti ada yang tak tidur malam nak merelevantkan statement ni kan?Hahaha!

Note:Buying a house is a headache.It requires a mega decision making process. House is probably one of the biggest decision that a man has to make in his life after to bersunat or not, the education&lifelong career, the car and the option between a throphy wife or a missus.Just kidding!Mmm..aku rasa macam ada benda yang tertingal jelah.

Wednesday, April 12, 2006

The Making Of Gorm

Langkah pertama.Cari spanar-size 10.











Kena halau dari dapur ke ruang tamu.








50% siap.Lepas ni take a break. Lunch-solat Jumaat-ambil buffet case kat rumah Mak Cik Mariam.







Pasang observator supaya stabil sikit.








Ini part accesory dia.









Pakaikan "kasut" supaya tak basah kena air.








Dah siap.Dalam 1 minit jer terus sarat-marat dengan muatan.











Note:GORM ni dipasang sehari sebelum majlis perkahwinan adik aku.Hadiah untuk my mak birthday. Beria dulu ingat nak bagi mak Tiffany&Co. Tapi,kita hanya mampu merancang. Tuhan jugak menentukan.Opex aku burst lagi buat kali pertama tahun ni.Kalau tak dapat Tiffany&Co,kedai Emas Yong Cha kat Merlimau tu boleh tak?

Tuesday, April 11, 2006

From Melbourne To PWTC



2005 is th election year.2006 is the sport year.Melbourne Commonwealth Games is the second must-see sport event of the year.As usual,I don't really have the priviledges to see all the sport participated.Being selective, I only watched the sport with the most skin baring.Gymnasytic and swimming definitely.With the exception,lawn bowl.

What on earth suddenly I'm interested in that so reputated boring sport?Nah,it was quite fun actualy. The truth is at the moment I'm in the process of reading a Malay lovey-dovey novel called "Kau Kekasihku". In the book,the heroin used to play lawn bowl. Hahaha!That answered my sudden interest in lawn bowl.

You are allowed to make fun of me.Laugh at me.Tease me. Shocking isn't? What on earth suddenly I'm interested in a lovey-dovey book?Malay pulak tu. Ahaks! That is so not me. I think some thing wrong with my hormones lately.I suspected it must be had some thing to do with Oren and Pink.Or Siti Nurhaliza or Keira Knightly or Song Hye-kyo.



Like Hari Raya,this is the must-celebrate event of the year.The celebration of love to book.The venue is bigger this year at the newly built Tun Abdul Razak hall.I'm poorer by RM200 there. Bought nothing except backdated edition of interior design based magazines.I'm desperately need to be inspired.My house is coming-soon to be ready.Another major headache.

Note:Date->Melbourne(150306-260306).KLIB(240306-020406).

Monday, April 10, 2006

Bawa Perempuan Masuk Rumah

Aku difitnah.Mana pernah aku bawa perempuan masuk rumah.Gila apa.Marah ustaz aku nanti.

Itulah jawapan aku bila ditanya oleh jiran YM aku yang bertanya bagi pihak ketiga. Jiran aku juga.

Bukan aku tak pernah bawa perempuan masuk rumah.Ahaks!Selalu. Perkara biasa.Tapi seingat aku,perempuan yang dibawa masuk paling hampir dengan jangkamasa ditanya ialah mak aku. Takkan mak aku nampak muda kot.Lama sebelum itu,2 orang adik aku datang tumpang tidur masa on the way ke UPSI. Perempuan yang bukan muhrim pun pernah datang ialah isteri Naza. Don't ever think... whatever!Dia datang dengan Naza dan pak cik dia. Nak sangat tengok betapa bersepahnya rumah si bujang senang.Hahaha!Itulah saja species XX yang pernah masuk rumah aku.

Aku tak marah langsung dapat soalan pelik macam ni.Soalan yang berunsurkan 'jaga tepi kain orang'.Tak sangka ada lagi unsur macam ini di tengah kemodenanan kota. Ingatkan dah pupus. Ingatkan semua orang mempraktikkan konsep'jaga tepi kain sendiri' sahaja. Masih ada lagi semangat kejiranan rupanya.Walaupun tak semeriah di kampung. Aku bersyukur sangat ditanya. Tanda masih ada orang yang prihatin. Tapi tak tahulah kalau prihatin tu sebab ada udang disebalik mee.

Note:Entry ni macam insaf sikit sebab esok cuti Maulidur Rasul dan hari ni Monday blues.

Sunday, April 09, 2006

Biarlah Rahsia

Lagu:Melly Goeslaw Lirik:Siti Nurhaliza

Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempat ku
Membayangkan pahit manis berlaku
Tak siapa yang tahu
Mungkin nanti kau jua merasakan
Berdepan dengan kata menyesatkan
Tak kan ku melupakan
Tiada pertimbangan

Keheningan malam membalutkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiadaku menjauhi

Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantasku pendam ku putuskan
Biarlah rahsia
Semakin aku hitung dalam cinta
Tiada kuasa mampu menghalangnya
Hentikan kata-kata bertulangkan dusta

Keheningan malam membalutkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiada ku menjauhi

Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantas ku pendam ku putuskan
Biarlah rahsia
Oh...Oh...

Dan kisah ku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantas ku pendam ku putuskan
Biarlah rahsia
Pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempatku...

Saturday, April 08, 2006

APM 2006



Dear Siti,

Amboi!Amboi!Amboi!Dari "yang tersayang" sudah tukar ke "semua yang disayangi".Pandai you cover.Atau you takut disensasikan lagi.Tapi macam inilah baru Siti yang sebenar. Barulah I terasa dan terperasan yang diri I ni masih lagi disayangi.Ahaks!

Siti!I nak bagitau satu rahsia ni.Sejak awak muncul kat APM tempoh hari,I tak lalu makan tau. Tak lena tidur.Mandi jer basah.Hihihi!Wajib basah.Kang tak boleh solat pulaklahkan. Semuanya gara-gara lagu "Biarlah Rahsia" you tulah. Hebat penangan lagu tu.Rasa macam cerita I lah pulak. For the first time in your career,inilah satu-satunya lagu yang I dengar sekali jer terus I jatuh cinta.Cindai pun 2X dengar baru I suka tau.

Err...cop,cop,cop!Ada satu lagi.Awak ingat tak lagu "Tari Tualang Tiga" yang awak nyanyi masa Anugerah Screen lalu.Ala yang awak pakai baju songket biru corak bunga tabur tu.Biru ke hijau ek?I rabun warna sikit. Gara-gara lagu tu I nyaris gila tau. Terus lari ke Tower Record cari lagu tu.3 Tower Record I redah tau.1-Utama,Mid Valley,KLCC.Nasib baik jumpa. Versi Sanisah Huri.

Cepatlah Siti keluar album ke sebelas ni.14/15 April 2006 di Kuantan seem like foreverlah.Last but not least,I think you dah gemuklah Siti. Jaga badan tu. Nanti jadi macam Sharifah Aini.Oops! Ya ampun!Ter... sengaja.Lagi satu,do something with your hairdo.Macam ada yang tak kena jer.

Yang menderita menunggu,
Anti Datok K dan anti bukan Datok huruf akhir namanya L.

Friday, April 07, 2006

Kedah vs Melaka

Kedah:Dah habis mengaji?
Melaka:Dah khatam dah.
[Kedah buat muka blur.Melaka pun blur jugak]
Aku:Hahaha!

Mengaji bagi orang Kedah maknanya sama dengan belajar.Bagi orang Melaka mengaji tu mengaji Al-Quran.Apa kes pulak kan belajar.Khatam tu sama kot maknanya.Sebab itulah orang Kedah tu blur.

Bagi aku,aku faham apa yang orang Kedah tu maksudkan.Maklumlah I kan budak SBP.Macam-macam bahasa dah jumpa.Tapi bagi orang yang non-SBP kejutan budaya sikitlah.

Note:Masa pergi Terengganu beberapa tahun lalu,aku tak faham sepatah haram pun apa ayah kawan aku@tuan rumah tu cakap.Faham sikit jer sebenarnya tapi kronik sampai kena ada penterjemah. Cantik tau penterjemah tu.Tu yang kami mengada-ngada asyik buat-buat tak faham jer.Cari alasan konkrit nak tengok penterjemah tu?Hihihi!

Thursday, April 06, 2006

Beauty And The Beast



Professor of love said.Relationship between:

a) Ugly man and beautiful woman

Will last long and probably will lead to marriage. Why? Coz the ugly guy will treasure the beautiful woman he has. I mean, how can that woman fall for him at the first place.But yeah, ada jugakla lelaki tak hensem tapi dapat awek cun tak reti appreciate. I let you guys do the swearing.
b) Good looking man and ugly woman
Aku series respect lelaki camni. And to melah, when a guy truly love someone especially when the other person is not attractive, ahah, the guy is very sincere enough. Like, he loves her for who she is and what she has inside. I memang sukelah orang macam gini.A keeper.
c) Ugly man and ugly woman
Aku rasa takde orang rasa interested nak tau.Next.
d) Good looking man and beautiful woman
People will said, they look so perfect together. Truly meant for each other.Bla..bla..Kata-kata hikmat dari mereka, lupakan. Two words for this type of couple. Kehancuran, disaster.


Nice theory.Tapi bagi aku,aku memang selesa bersama awek yang boleh buat aku rasa hodoh. Bila rasa hodoh baru aku rasa selamat.Rasa tenang dan menyakinkan.Walaupun aku ni nampak so metrosexual tapi itu semuanya superficial.Dalamannya aku macam lelaki lain jugak.Nak kena ada rasa hodoh tu.

Logiklahkan.Habis tu takkan lelaki nak jadi si Beauty pulak.Oh,please!Tak sehsuai OK. So aku tak kira.Aku nak jugak watak Beast yang very the macho tu.Kalau tak,aku tak nak berlakon. Kalau paksa jugak aku jadi Beauty tu, naikkan gaji aku.Lagipun ada ke awek yang nak balak dia lebih "cantik" dari dia.Err.. sebenarnya ada.Kawan aku.Cik Wok yang minat mamat tingkat 2/3 tu.

Well,oleh kerana aku ni ada rupa,ada gaya(tapi tak de duit) maka aku memerlukan awek yang ada x-faktor untuk buat aku rasa hodoh. Hahaha!Nak buat macam mana kan.Dah semulajadi handsome.Tapi kalau ikut theori di atas,aku kene terima kenyataan, yang semua relationship aku akan berakhir dengan disaster. Mmm... macam betullah pulak.Habis tu?Takkan aku kena jadi Beauty pulak?I tak rela you. Disaster pun disasterlah.

Obviously,those postulates came out from denial sources.Theori di atas diplagiat dari blog kawan Atoi yang juga merupakan kawan kepada kawan-kawan aku yang mana linknya diforwardkan kepada aku oleh kawan aku di Rebung. Pergh... complicatednya. Rasanya, kalau ikut blog minah ni aku pernah berada satu bangunan main futsal(I mean tengok futsal) dengan dia ni.Budak Srikandi.

By the way, kalau keluar dengan boys,I akan bermatian-matian merelakan diri jadi Beauty. Aiks! Mana satu ni?Sekejap nak jadi Beast. Sekejap nak jadi Beauty.Lawaknya.

Note:Tak de maknanya dah tua-tua ni baru nak identity crisis.

Wednesday, April 05, 2006

Bujang Terhangat Di Pasaran

Mak:Abang nak tahu tak?
Aku:[Buat moka toya.Pura-pura tak berminat kononnya.Padahal,sistem gossip dah automatic turn on].
Mak:Ramai tau orang tanya yang mana satu anak mak yang nak kahwin.
Aku:Mmm...[Tak menariknya topik.I hate topik kahwin-kahwin ni.Nak kenakan akulah ni].
Mak:Semuanya ingat abang yang kahwin.Siap ada yang marah sebab mak tak jemput dia.
Aku:[Apa kes???].Habis tu mak tak explain ke?
Mak:Dah.Ramai tau yang menarik nafas lega bila tahu bukan abang yang kahwin.
Aku:[Rasa macam terima Oscar...Oh,lihatlah dunia!Rasa femes ya amat].Mak cik mana pulak ni mak?
Mak:Abaikan.
Aku:[Eee...tadi macam beria nak mengossip,pastu suruh abaikan pulak].

Anti klimakkan.Masa kecoh family aku nak buat kenduri kahwin,dari YB,ketua kampung, tok imam,cikgu sekolah,pak cik jual roti canai,kerani pos,pak guard, mamat kelate buat highway, Cina Kembar tu,mak cik pasar malam, tukang jahit dan tidak ketinggalan makcik wok hujung kampung sampailah kepada kawan Indon ayah aku,orang Bangla dan orang Vietnam, semuanya ingat aku yang nak kahwin.Aduhai.Tak pasal-pasal si adik pulak yang kahwin. Tapi I still maintain femes.Well,relaxlah you all.Bujang terhangat di pasaran(kawasan Melaka/Johor dan Cyberjaya/Putrajaya) belum nak kahwin lagi.2010 boleh?

Tuesday, April 04, 2006

Perang Dunia Pertama(Dengan Pengantin)::Part 2

Akibat dari perang saudara tersebut,aku rasa tertekan.Salah satunya ialah bertambah tekanan aku dalam proses mencari bakal isteri.Aku tak tahu apa yang bakal menanti dan aku dah tak tahu apa yang patut aku percaya.In woman.Macam orang kata,buku memang sah dah tak boleh diadili dengan kulitnya.Orang senang jer ringan mulut 9678606867565 kali tanya aku bila nak kahwin tapi diaorang tak faham kenapa aku masih belum.

Banyak perkara yang berlaku dan ada perkara telah menambahkan trauma yang telah sedia ada.Tambahan pula,aku tak ada role model yang boleh aku contohi.For me,the only think that good about marriage is sex.But beyond that,macam banyak masam dari manisnya.Salah korang jugak.Asyik cerita pasal pampers,susu dan baby depan aku. Tertrauma jugak aku sikit bila fikir berkahwin dan tak boleh "pergi macam biasa" kat 1-Utama.Hahaha!Aku pernah kena lecture panjang pasal ni tapi entahlah.Itu semua rezeki masing-masing.Lagipun mana ada trend orang kahwin awal sekarang ni.

Yang penting sekarang ni aku nak bergembira.Nampak yang indah-indah jer.Dah tak mahu menangis lagi.Bila aku jumpa perempuan yang boleh yakinkan aku yang kahwin itu bagus untuk segalanya,aku kahwinlah.Bab aku nak yakinkan orang tu susah sikitlah. Tapi,I still believe that my soul mate is out there some where.Mungkin kat UIA,mungkin kat Kuala Lipis(hi Siti!, mungkin kat Korea(apa kes??),atau mungkin kat UKM(hi UKM... ehem,ehem), atau mungkin kat Cyberjaya/Putrajaya ni.Atau si dia memang dah ada di depan mata tapi cuma aku belum diyakinkan lagi.Wish me luck to keep in believing!

Buat sementara waktu ni aku tengah sibuk cari idea macam mana nak menyelesaikan segala kekusutan yang datang tanpa dijemput.Nak bagi mana-mana yang dysfunctional tu kembali normal.Nampak macam senang bagi yang tak faham tapi bagi yang faham,berat mata memandang,berat lagi bahu aku yan memikul.Ibarat menarik rambut dalam tepung. Rambut jangan putus.Tepung jangan berselerak.Perang tetap perang tapi air dicincang takkan putus.Yang bukan air,putuslah.Bak kata Englishman pun,blood is thicker than water. Err...macam clash pulak dua peribahasa ni walaupun maknanya lebih kurang.What ever!

Note:Like I said before,aku rasa something wronglah with my eyes.Aku asyik terminat bini or tunang orang jer.Ala-ala percintaan Hang Tuah pulak aku ni. Sesiapa yang ada bench markkan aku sebagai tanda aras nak berkahwin tu insaflah.Tak de maknanya anda bench markkan aku.

Monday, April 03, 2006

Perang Dunia Pertama(Dengan Pengantin)::Part 1

Bila dapat adik ipar,sepatutnya aku rasa gembira.Tapi bukan itu yang aku rasa.Yang tak patutnya,aku rasa macam nak karate orang jer.

Kali pertama.Tak pelahkan.Pengantin baru.
Kali kedua.Eee...yo yo all jelah pengantin baru ni.
Kali ketiga.Eh,biar betul diaorang ni!
Kali keempat.Sabar.Sabar.Sabar itu separuh dari iman.
Kali kelima.Boleh blah.Tiada maaf dari mereka dan keluarga mereka.

Kesalahan mereka memang besar.Isu yang serupa(sejarah berulang kembali) pernah dan masih dibincangkan secara terbuka.Takkan adik aku tak tahu do and don't dalam rumah tu. Kesabaran siapa lagi yang dia nak cabar?Apa yang dia nak buktikan?Takkan dia tak ingat kes aku hempas dulang depan Datok(bukan Datok K) dan Datin yang sampai masuk muka 18 berita Hairan edisi selatan beberapa tahun lepas.Yang perempuan ni pun satu. Harapkan pagar, pagar makan padi. Come onlah!Benda ni common sense jer.Aku tak expect pun semua ni berlaku. Lebih-lebih lagi dengan background dia.Mereka ni tak sedar diuntung. Tak appreciate pun kasih sayang kita.

This is just the tip of the iceberg.Tak boleh lebih-lebih washing dirty linen in the public.Ini pun sikit lagi cross the line.Or is it I dah terover drama king macam biasa?Tapi memang praap aku dah sampai tahap dewa-dewa.I really want to think that I just got "wakenebeb" and hope everything will be happily ever after later.But,that does not happen.It's a kisah benar.

The real telenovela from A to M,hanya 2 orang yang terdekat dengan aku jer yang tahu.Hahaha!Siapalah yang malang itu jadi mangsa keadaan? Shhh!Biar pecah di perut jangan pecah di mulut. Tapi that's what friends are for kan?Kena tadahkan telinga dengar rungutan kawan-kawan terhadap dunia.Well,at least bila kita luahkan perasaan tu rasa nyaman sikitlah. Anyway, semuanya ini menambahbaikkan pemahaman aku tentang peranan seorang abang, anak,lelaki, suami,menantu,ayah dan manusia.Hidup ini memang banyak dramanya.C'est la vie!

Note:Rasa tersiksakan bila tak boleh dan tak tahu macam mana nak cakap yang kita sukakan dia.

Sunday, April 02, 2006

Corat-Coret Dak Idi Kahwin::Sungai Rambai(180306)

1.My mak pesan balik awal tapi cerita Korea punya pasal dan aku ada CSI::MMU maka aku balik 12 jam lambat.Tapi tak ada aktiviti sangat pun.Semuanya in control.Cuma yang aku Praap No 4 ialah kejap-kejap aku kena pergi kedai.Ada jer benda yang tak cukup.Masa inilah aku terfikir kalau aku ada sorang lagi adik lelaki kan bagus.Boleh aku buli dia.

2.Praap No 5.Dekat 9678606867565 kali aku kena menjawab soalan favourite "bila aku nak kahwin". Letih gila Read Only Memory aku outputkan kuasa dua jawapan kepada soalan cepu emas tersebut.Nasib baik memory aku cap MMU.Very the creative ones.

3.Majlis ini dibuat di kampung my mak.So aku macam tak berapa nak kenal orang kampung sebab banyak masa aku dihabiskan di kampung my ayah.Tapi bab pakat,pakai pakat orang kampung ayah akulah.Tabik pengakap aku kat diaorang ni sebab masak best. Thank you daun keladi Busu Dollah.Abang punya turn belum lagi.2010.

4.Dah habis majlis baru aku dapat report yang tapai tak menjadi.Aku memang satu hari tak de selera nak makan apa-apa sebab lupa diri ke hulu hilir.Dah banyak kali tempah tapai dengan mak cik tapai ni.Cuma kali ini baru fail.Buat tapai ini banyak pantang larangnya.Having said that about tapai,baru aku tahu yang my late nenek(my ayah side) is so famous for her tapai.Kalau biasanya kita makan tapai,kita akan rasa panas.Tapi tapai yang dia buat,bila kita makan kita rasa sejuk. Malangnya, tak ada satu pun warisnya yang menurun ilmu membuat tapai ni.Ilmu suka makan tapai adalah.

5.Masa aku pergi ambil tray buffet,sempat pulak aku ternampakkan heliconia Kak Nora.Ada hati nak ambil tapi musim panaslah pulak. Heliconia jenis ni kalau beli kat Sungai Buluh mahu cecah ratusan ringgit harganya.Bila aku jumpa Kak Nora, dia kata dia ambil heliconia tu dari Batu Pahat.Err...lupa pulak aku nak minta izin ambil sikit rizom dia buat benih.Nampaknya terpaksalah my mak yang jadi utusan "meminangkan" heliconia ni untuk aku.Moral of the story ialah sila sembunyikan anak dara masing-masing kalau aku datang rumah.Heliconia tu yang dalam semak rimba pun aku boleh nampak tau.Tapi biasanya aku mesti nampak yang jenis mahal jer.Yang biasa-biasa ni aku buat-buat tak nampak.

6.Masa breakfast kat pasar sebab nak ambik kepala parut,for the first time aku rasa aku berkomunikasi dengan my ayah.Bukannya aku ni not in the speaking termlah with my ayah tapi biasanya kami cakap yang penting-penting jer.Our relation strictly more like CEO and the ordinary, plain worker.Macam ada barrier gitu.Mmm...rasa terharulah pulak. Lagipun aku memang ada problem nak cakap dengan orang yang lebih tua dari aku.Si Emry tu bagus.Dia boleh cakap dengan orang tua. Especially my nenek. Something yang aku rasa aku kena tarbiahkan si Emry ni supaya masuk balik camp aku.

7.Aku paling terperanjat bila dapat tahu dari my spy yang dak Idi tak banyak contribute economicaly for this majlis.Terus jer counter Praap menaik ke No 6.Mana aci dia kahwin free kan? Aku rasa nak mencarut jer.My mak senyum-senyum ayu bila aku cakap yang aku nak the same budget bila aku kahwin nanti.Term and condition apply.Err...manalah tahu inflasilah pulak masa tahun 2010 tu kan.

8.Satu lagi yang mengharukan aku ialah kesudian Mak Long Rahimah lepak lama-lama kat rumah aku.Bukan aku saja yang hairan malah sanak saudara yang very the laser jugak hairan. Masa dak Adah kahwin,duduk tak berapa minit dah request nak balik. Sebenarnya, panjang ceritanya. Tapi aku malas nak tulis sebab ceritanya panjang.

Saturday, April 01, 2006

Pictogram::Perkahwinan Dak Idi,Part 2(Sungai Rambai,Melaka)

Rupa bentuk keretaku balik kampung.Ada pokok-pokok tu. Depan, belakang dan bonet.







Accident!Kereta lawan keretapi. Matilah aku kena gantikan keretapi anak buah aku. Letih siot nak terangkan konsep yang keretapi boleh "mati" kat dia. Nasib baik dia tak faham.




Sanak-saudara,jiran sekampung yang datang menolong rewang. Thank you ye Auntie.Nanti Abang kahwin datang lagi yek.






Apa kes???Tengah huru-hara boleh ada construction pulak kat belakang. Aku ingatkan my mak buat toilet tapi rupanya buat setor. Yang aku musykil sikit ialah kenapa dak Tan(the contractor) pakai batu mahal.



Tugas aku.AJK masak air 3 periuk.









Khemah.









Bunga telur.Ada 7 pahar 7 kaler semuanya.








Jemputan.









Rombongan dari Kedah sampai.









Pengantin lelaki cuba membuka hadiah.