Friday, June 30, 2006

Kek&Tanggungjawab


Nama jer mak cik wok tapi potong kek pun fail.

Gara-gara sebiji kek bernama Chocolate Indulgence,aku telah dituduh kurang bertanggungjawab. Hadiah percuma dari mak cik wok. Waduh, kecoh gila perempuan ni.Itu baru proses nak beli kek.Dah rasa macam bergegar wing sebelah kiri ini.Kalau kena beli server agaknya, tak tahulah apa yang akan jadi.Roboh kot office ni.

Pandangan serong golongan mak cik wok tentang orang macam aku 'young-rich-single-handsome' memang senada dengan pandangan mereka dan keluarga mereka.Aku pun dah lali. Tapi walaupun aku hanya ada aku,mmm...banyaklah tanggungjawab aku.

Tanggungjawab kepada agama,bangsa dan negara.
Tanggungjawab kepada ibu bapa dan keluarga.
Tanggungjawab berpoya-poya bila ada masa.
Tanggungjawab kepada kerjaya.
Tanggungjawab kepada mmm...biarlah rahsia.

Thursday, June 29, 2006

Dan Din Dun::Part 2

  • Dun

    Dun wuz here.

    Yang ini special sikit.Dari awal lagi memang macam tak berkemungkinan dapat berprojek dengan dia ni sebab tak sama team.Aku team baik.Dia team sebaliknya. Lagipun dia macam alim sikit.Alim-alim kucing gitu.Tak berapa molek diajak berprojek.

    Tapi itulah.Bak kata pepatah.Ikan di laut,asam di darat.Dalam kuali bertemu juga. Mungkin itu qadak dan qadar aku.Ketika Dun mencari pasangan untuk berprojek dengan dia,aku telah secara tak sengaja telah mengangkat tangan. Merelakan diri gitu.Walhal ketika itu,motivasi aku berada di tahap terendah dalam 6 tahun ini.What he heck kan?For the sake of fun.Dapat gak berprojek dengan Dun.

    Aku perasan satu benda yang ketara pada Dun masa berprojek bersama-sama.I think he is obsessive-compulsive. Sangat berhati-hati. Berkali-kali dia check hasil kerja aku.Tak ada maknanya OK.Dah nama pun projek mencari 'titik buta'.Ada nasib mengenalah. Kalau ikut methodology team aku, benda-benda macam tu kami buat cincai jer. Taip->rasa macam logik->terus jalan.Tak sempat pun nak rasa tak yakin.Kat aku pulak tu.Praap.Hidup kena optimistiklah dude!

    Mungkin kerana optimistik,Dun ditinggalkan aku.2 minggu yang lalu.Aku sedih.Tapi mungkin itulah yang terbaik buat dia.Tapi yang buat aku sedikit pessimistik baru-baru ini ialah ada mulut gatal berura-ura nak naikkan nama aku.Take over that projek 'titik buta'.Tak tahu ke motivasi aku kat paras berapa.Nasib baiklah CEO kata-"jangan usik aiman tu". Lega sikit aku mendengarnya.

    Note:Dun bukan setakat berpindah tempat kerja malah dia ni yang merangkap jiran aku juga telah berpindah rumah. By the way tadi masa aku pergi lunch,Dun ada datang office.Ambik harta benda.
  • Wednesday, June 28, 2006

    Dan Din Dun::Part 1

  • Dan

    Rasa sayu jer hati bila tengok selipar pink ni.Tuan dia dah tak ada.

    Dulukala,aku pernah berprojek dengan dia ni.Tapi tak ada sentuh menyentuh pun.Ala-ala dekat tapi jauh gitu.

    Di saat-sat akhir,aku dapat berprojek dengan dia lagi.Memang kena rapat.Dah lebih dari tahap gesel-gesel bahu.Dah QA 2X.Semua macam OK jer.Tapi jodoh kami tak panjang.Dia menceraikan aku,mereka dan kelurga mereka tak lama kemudian.Talak tiga.Aku pasrah.Tak terkejut pun. Semuanya seperti yang ku jangka.

    Hari terakhir bersama dia,aku dipanggil.Pak 'Hakim' mengeluarkan arahan. Soal harta sepencarian kami.Aku blur.Aku mana ada buat tuntutan pun. Keputusannya.Oh!My!God!Aku kaya. Aku mewarisi harta sepencarian kami.Aku praap.Praap tahap dewa dewi.



  • Din
    Secara jujurnya aku tak berapa teman tapi mesra pun dengan dia ni.Aku tak tahu pun dia suka dan benci apa.Dia macam ada ilmu ghaib.Sekejap ada,sekejap hilang.Dulu,mamat yang duduk kat position ni pun macam tu jugak. Berhantu kot position ni.

    Tapi aku memang hebat.Sempat juga berprojek dengan dia walaupun di saat-saat akhir.Tapi dalam keadaan yang tertekanlah.Macam dalam pressure cooker.Sampai aku ada tertinggi suara. Dia pulak masa tu baru dapat baby. Maaf ya Din!Lain kali aku tak buat lagi. Oops!Mana ada lain kali da.

    Lepas tu aku ditinggalkan.Dapatlah aku title single parent.Output of our one night stand.Aku memang praap.Terpaksa membesarkan 'zuriat' itu sendirian. Mmm...kena cari papa baru ni. Err...macam tak sesuai pulak kata 'papa' tu. Sounded very the gay.Habis tu nak buat macam mana. Dah semua geng aku budak lelaki.

    Note:Nama sebenar Dan tu ialah Zan.Tapi nak bagi tajuk aku ala-ala berirama,aku telah suka-suka hati aku tukar nama itu mamat.Harap maklum.
  • Tuesday, June 27, 2006

    I Know What You Did Last Birthday::Part 2



    Buat kesekian kalinya,di hari keputeraanku,aku masih lagi bangun tidur seorang diri. Tanpa wanita di kiri aku.Hidup rasa macam kosong.I don't to die alone.Oo la la...apa hal pulak semacam jer ni.Ada salah makan ke semalam?Tapi biasalah.Normallah tu.Budak lelaki baru cukup umur,pagi-pagi memang lain macam sikit.Morning sickness.OK.Full stop.

    Hari ini...maksud aku,hari lahir aku(sebab entry ni lagged)kena istimewa sikit.Tapi aku mengantuk gila.Tengok bola pagi tadi. Ingat nak keluar meraikan.Tapi AF4 pukul 12.30 PM lah pulak.

    Pukul 3.00 PM baru terhegeh-hegeh ke Mid Valley.Dekat dan boleh naik motor.Aku mengantuk. Jadi malas nak memandu ke 1-Utama atau KL. Perancangan hari ini nak tengok wayang. Da Vinci Code.Memang hari ini hari bertuah aku.Tak sia-sia beratur. Dapat seat No 12.Paling belakang. Itulah senangnya kalau tengok wayang sorang-sorang. Macam psycho jer.

    Sementara tunggu 5.30PM,cari makan dulu.Ingat nak makan pasta kat Dome yang dirindui sangat tapi ternampak 'saingan' aku pulak kat situ. Dah terkantoi,just say hello dan cabut lari. Settled only for Kenny Roger's Lamb Roast which recommended by Delinn and Noral. Makan sorang-sorang sambil tengok orang. Memang OK sedapnya sampai lupa tak solat Asar lagi.

    Habis wayang,solat Maghrib dan pergi Carrefour beli barang-barang dapur.Nothing fancy. Just all the single man's food.Jumpa Yasmin Hani. Versi Nyaceh.Tengah pusing-pusing baru teringat yang team Oren lawan malam tu.Bergegas balik.Sampai rumah dah separuh masa pertama. Letihnya...

    Inilah kisah hari istimewa aku.Macam menyedihkan pulak moodnya.Tak happening langsung.

    Rasanya aku kena cari awek kot?

    Lecehnya...tapi kalau ada yang berani,sila ke tingkat 2.Wing sebelah kiri.Borang permohonan ada di situ.Jumpa Mrs.Faizah.

    Alas,word of caution.Beware.I'm a heartbreaker.

    Note:Happy birthday too to June birthday boy-Wira and Pit Din.

    Monday, June 26, 2006

    I Know What You Did Last Birthday::Part 1



    Pra-sambutan hari keputeraanku,aku ke KL.Ke Sungei Wang.Hadiahkan diri sendiri seluar hitam. Yang aku dah ada versi khaki.Aku memang pembeli yang setia.Cuak jugak sebab saiz tak ada kat display area. Ramai sangat ke lelaki KL yang saiz 30 ni?Aku dah bertanduk fikir suruh bogelkan sahaja patung lelaki itu sebab saiz dia sama dengan aku.Boss dia datang.Bila nampak kekecohan itu dan suruh staff dia cari dalam kotak. Nasib baik ada.Lega.Senyuman mula berbunga-bunga. Sebabnya, aku memang susah nak cari seluar on the rack.Aku ada masalah bontot.

    Ronda-ronda lagi.Tak ada hasil sangat kecuali aku jumpa dua kedai jual t-shirt yang cool gila dan murah pulak tu.Lepas tu pergi Berjaya Times Square.Dah macam bestlah pulak sekarang. Banyak kedai menarik.Tapi paling best kat Adidas flagship store.Aku jumpa sneaker World Cup edition. Tapi tak sure nak beli ke tidak.Jadi pergi KLCC sahaja.Pergi kedai Adidas jugak. Memang aku pembeli yang setia.Dapat info yang hijau kuning dah sold-out.Mmm...tak boleh jadi ni. Patah balik ke Berjaya Times Square lepas ke Ampang Point. Dalam hujan lebat.Beli 462775 Brasic Str tanpa fikir panjang lagi walaupun aku sebenarnya mula jatuh hati dengan yang warna lain. Ya ampun ya Nike. Aku telah menduakan mu.Apa pun,aku gembira gila.Senyuman mula berbunga-bunga. Tapi ada sedikit kegusaran di hati.Sebabnya,macam dah overflow pulak budget bulan ni. Kena service keretalah punya pasal.

    Tapi tak apa.FAMA bank kan ada.

    Matilah kena pelangkong dengan my mak sebab dah selalu macam ni.

    Note:Finally,I found a tailor at Berjaya Times Square which willing to sew my self-designed shirt. Ambik ko!Selain design pelan rumah(tak pasti dah tulis atau tidak), aku jadi tukang design baju pulak dah sekarang ni. Mmm...tak boleh jadi ni.Bukan aku patut fokus buat bom ke?Nak bom aquarium tu. Err...kenapa tiba-tiba aku rasa macam aku dah salah belajar selama ni.

    Sunday, June 25, 2006

    Bisakah



    Daku terasa ingin membawa
    Cinta yang terlara ke titik mula
    Kembali mencuba untuk kali kedua
    Menggilapkan gerhana jiwa

    Pernah ku terasa ingin merayu
    Pada kasih dulu pulang padaku
    Lupakan dosaku putihkan kelabu
    Tenangkan amarahmu
    Namun?

    Bisakah yang terpadam dinyala
    Bisakah yang terhina dicinta
    Walau ku himpunkan sesalku
    Bisakah terbuka kalbu

    Naluri meminta kuungkapkan kata
    Seindah bahasa janjikan setia
    Akan bersemilah cinta dihatinya
    Percaya ku semula
    Namun?

    Bisakah yang benci disayangi
    Bisakah yang dusta dimaafi
    Walauku himpunkan sesalku
    Bisakah terbuka kalbu

    Bila senduku berlinang sayu
    Dalam rinduku ku tertanya

    Bisakah yang benci disayangi
    Bisakah hatiku difahami
    Walauku himpunkan sesalku
    Bisakah terbuka kalbu

    ::Siti Nurhaliza

    Note:Yang dodoikan aku sebelum tidur dah jumpa tapi yang kena main-mainkan rambut aku sebelum tidur belum jumpa.

    Saturday, June 24, 2006

    Berjumpa Peminatku::Report



    Ada orang tu kata.Aku ni poyo jer peminat Siti Nurhaliza tapi tak ada bukti pun.Praap. Aku selalulah jumpa dia.Macam kat Tower Record ni. Tapi kadang-kadang tu tak disengajakan.Itu yang susah nak keluarkan bukti tu.

    cerita pasal bukti,gambar yang aku ambil membuktikan yang Siti Nurhaliza dah kurus.Lebih kurus dari album pertama dia.Err... sebenarnya, orang SRC yang ambilkan gambar tu.Tak sempat nak senyum pun.Tengah terkial-kial menghulurkan Transkripsi untuk ditandatangani sambil menghulur kamera sambil menjawab soalan sambil mengimbangi hasil rampasan KLCC sambil menyambut salaman Siti Nurhaliza,abang tu dah kira 1,2,3 dan voila.Nasib baik mulut aku tak sengit.Nasib baik aku fotogenik.

    Err...mak aku cakap jangan salam dengan awek yang bukan muhrim tapi aku dah tersalamlah. Dengan Siti Nurhaliza.Lupa...gila bayang sekejap.Terkasima jumpa dia.Seronok.

    Tapi balik rumah aku praap.Kan aku dah kata jangan tandatangan kat depan tadi.

    Aiyo.Nasib baiklah yang tandatangan tu Siti Nurhaliza.

    Note:Satu hari tu,GM aku sibuk jer menayang yang dia dapat Transkripsi dari peguam dia. Aiyo.Tengah-tengah semua orang sibuk gila ni pun ada komersial break macam tu. Lawaknya. Lepas tu,ada sorang manager pulak eksyen kat aku.Dia kata dia 3 kaki jer dari Siti Nurhaliza.3 kaki? Hello!Tak heran pun.

    Friday, June 23, 2006

    Berjumpa Peminatku::Pictogram

    2.30 PM:Berfikir nak beratur ke tidak.Nak dapat sign ke tidak. Panjang gila barisan walhal majlis bermula pukul 3.30 PM( janji Melayu punya masa).





    3.25 PM:Lepas 1 jam berfikir,ambil Transkripsi, bayar dan beratur. Malu gak nak beratur pada mulanya.Tapi buat poyo jer bila tengok yang beratur tu ada macam-macam jenis.Tua dan muda. Lelaki dan wanita.Local dan international.


    3.34 PM:Masih lagi beratur sambil pasang telinga dengar perbualan Pak Arab dengan seorang amoi. Topik dia ialah semuanya pasal Siti Nurhaliza. Obsess gila Pak Arab ni.Lebih obsess dari aku rupanya.



    3.38 PM:Tengok tu peminat Siti. Menonggeng-nonggeng. Aku mulanya tak tahu apa yang kelakar sangat. Rupanya orang gelakkan underwear buruk dia tu. Aku yang CK underwear pun tak rela nak menonggeng tau.No pun intended.


    4.45 PM:Dah masuk dalam Tower Record.








    4.15 PM:Dah makin dekat. Berdebar-debar ni.Tapi tak nampak Siti lagi.







    4.16 PM:Dah nampak Siti tapi nampak badan jer. Muka tak nampak lagi. Punyalah laju jantung aku berdegup sampai boleh dengar.Poyo jer.





    4.17 PM:Akhirnya.







    Note:Transkripsi-meet the fan session.Tower Record,KLCC.28 May 2005.

    Thursday, June 22, 2006

    Baju Baby



    Tak sayang mulutlah mulutlah dia ni.Suka hati jer cakap aku ni suka pakai baju size baby.Ketat dan ikut bentuk badan.Habis tu.Given that I have the body cum the cutting.Aku pakai jer lah. Takkan aku nak pakai baju ala-ala kelambu kot.Oh,Please!Aku bukan mat hip-hop.

    Cuba yang cakap tu pakai macam aku.Haruslah tetas benang baju itu. Dia tu cemburu kat aku sebenarnya. Aku mana ada banyak lemak macam dia.Maklumlah,aku orang miskin.Tak cukup makanan. Kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.

    Lagipun,inilah trend terkini sejak 2/3 menjak ini.Kalau perempuan dia punya trend menuju ke yang nampak berisi tapi untuk lelaki dia punya trend menuju sebaliknya.

    Well,men are from Mars.Women are from Venus.

    Note:Aku tengah risau sebab berat aku ada sikit turun.Banyak masalah kot.Yang masalah besar itu ialah bila aku kurus,bontot aku yang entahkan ada entahkan tidak itu pun ikut kurus sekali. Sungguhlah berkadar langsung.Sebaliknya,bila aku gemuk si bontot itu pun ikut gemuk sekali. Mmm...sungguhlah segan nak 95% berbogel di kolam renang. Macam mana yek nak dapatkan bontot yang menawan hati tapi maintain kurus.Oops!Kena berhentilah.Aku kalau dah terbuka cerita pasal bontot ni,silap-silap haribulan karang ada part 2 pulak.

    Wednesday, June 21, 2006

    Sedang Ingin Bercinta


    Jangan tiru aksi ikan ini di KLCC.Boleh masuk penjara.

    Setiap ada kamu...
    Mengapa jantungku
    Berdetak lebih kencang...
    Seperti genderang mau perang
    Setiap ada kamu...
    Mengapa darahku mengalir lebih cepat
    Dari ujung kaki ke ujung kepala
    Setiap ada kamu...
    Otak ku berpikir
    Bagaimana caranya untuk berdua bersama kamu

    c/o
    Aku sedang ingin bercinta karena
    Mungkin ada kamu disini..
    Aku ingin...
    Aku sedang ingin bercinta karena
    Mungkin ada kamu disini...
    Aku ingin...

    Setiap ada kamu...
    Mengapa jantung ini
    Berdetak lebih kencang...
    Seperti genderang mau perang
    Setiap ada kamu...
    Mengapa darah ini mengalir lebih kencang
    Dari ujung kaki ke ujung kepala

    Disetiap ada kamu...
    Mengapa jantungku berdetak
    Berdetak lebih kencang...
    Seperti genderang mau perang
    Disetiap ada kamu...
    Mengapa darahku mengalir
    Mengalir lebih cepat
    Dari ujung kaki ke ujung kepala

    c/o

    Disetiap ada kamu...
    Mengapa jantungku berdetak
    Berdetak lebih kencang..
    Seperti genderang mau perang
    Disetiap ada kamu...
    Mengapa darahku mengalir
    Mengalir lebih cepat
    Dari ujung kaki ke ujung kepala

    c/0 X2

    ::Dewa

    Note:Lagu ini ditujukan buat 'Mungkir Bahagia' dengan ucapan dah 49 hari awak tak bercakap dengan saya.Buat 'Because You Loved Me' pulak,tak sesuai OK lagu tu.Buat aku start jadi kuning.Tiru ye?I enter-framekan nama Ayu my friend,you pun enter-framekan nama Ayu. Very klisekan nama Ayu ni?

    Tuesday, June 20, 2006

    Cinta Pandang Pertama

    Kali pertama aku melihat dia,jantungku secara automatik berdegup kencang. Lebih kencang dari biasa.Terasa masa seperti terhenti seketika.Aku tak dapat menahan diriku. Walaupun ketika itu dia bersama jejaka lain.Aku gementar. Lututku terasa lemah. Terasa darahku mengalir deras.Kalau ikut kata-kata Shin-Chan,hidungku terasa seperti hendak berdarah. Aduh...cantiknya dia.Inikah namanya cinta pandang pertama?Kalau betul,adakah aku telah jatuh cinta?

    Aku beranikan diri.Minta alamat dan no telefon dia.Persetankan jejaka yang bersama dia tadi.Jadi lelaki mesti berani.

    2 minggu kemudian,aku pergi berjumpa dia.Terus aku tak dapat menahan nafsuku.Deriaku semua dah terangsang.Ku terus pegang dia. Ku sentuh lehernya.Depan dan belakang. Aduh... wanginya dia.Ku usap-usap tangannya.Kiri dan kanan.Pergh...lembutnya kulit dia. Dia tidak bertindak balas.Aku semakin ghairah.Nafasku semakin kencang.Ku raba-raba setiap pelusuk inci tubuhnya.

    Tengah asyik meraba,tiba-tiba aku tersentuh sesuatu.Lembut dan putih warnanya.

    Oh,tidak!Tidak!Tidak! Aku tak percaya apa yang aku jumpa.

    Tertulis disitu.Dia 100% sutera.Italian silk.

    Terus nafsuku terbantut.Mmm...patutlah mahal gila.

    Click here to see si 'dia'.It's part of Ciao!Italia collection.

    Note:Short,white and print are the settings for 2006(man only).

    Monday, June 19, 2006

    Cuba Teka Siapa Saya



    Dia:Cuba awak teka?Awak kenal dia.Dia budak opis saya.
    Ayu:Baber?
    Aku:[Apa kejadahnya.Mamat ni dah lama resignlah].
    Dia:Hahaha!Awak biar betul.Salah tu.
    Ayu:Miji?
    Dia:Hahaha!Bukan...tapi dia memang budak team saya.
    Ayu:Shin-Chan?
    Dia:Bukan.Dia budak batch kita.
    Ayu:Mmm....entahlah.Tak tahu.
    Dia:OK.Last clue.Dia tu metrosexual sikit.
    Ayu:Aiman?
    Dia:Ya!Betul.
    Aku:[Hahaha!Sejak bila pulaklah aku ditag sebagai mat metrosexual ni?]

    Aku tak tahulah nak ambil komen itu sebagai apa.Penghargaan atau sebaliknya. Tapi kalau Ayu yang cakap macam itu,aku pasrah sahajalah.Aku berserah. Aku terima dengan senyuman selama seminggu. Hahaha!Bertambah vainlah mat metrosexual ni.Entry ini diakhiri dengan serangkap pantun.

    Apa salahku dimarah bini,
    Pergilah Spain menjual gula,
    Apa dayaku dah memang begini,
    Sudahlah vain metrosexual pula.


    Note:Ayu,kirim salam kat Nurul Syuhada Nona tu yek.By the way,you are not the first one labelled me with that metrosexual tag.Mmm...I wonder which part of me that is so obviously metrosexual.

    Sunday, June 18, 2006

    Kena Pakai Tie



    Sekarang ini,setiap Isnin budak lelaki disunatkan pakai tie biru 'susah-nak- matching-dengan-baju' warnanya.Budak perempuan pula kena pakai tudung biru.

    Bila dapat tie tu,keadaannya agak besar sikit.Whatever the current trend, aku memang freak out dengan tie besar.2006 memanglah trend tie besar tapi tidaklah sebesar itu. Lagipun tie besar tu sesuai untuk orang yang boroi sahaja.Untuk orang yang ada six-pack macam aku ni, sesuai yang kecil sedikit.

    Jadi,aku pun carilah tukang jahit bagi kecik sikit.From 2006 look to 2003/2002 look. Sampai ke 1-Utama,Bukit Bintang aku cari tukang jahit. Semua tak mampu buat. Akhirnya,jumpa satu tukang jahit dekat dengan rumah aku.Murah jer.RM 8.Tapi yang lecehnya, dekat 3 minggu baru dapat.

    Tapi sekarang ini,aku rasa malas gila nak pakai tie.Terutama kalau hari Isnin itu aku banyak kerja yang perlukan aku melakukan banyak aksi lompatan.Maklumlah.Aku kan bekerja sebagai ahli akrobatik.Makcik-makcik sepejabat pun dah lama tak nampak diaorang pakai tudung biru itu lagi.Mungkin diaorang terasa kot.Sebab dulu aku pernah cakap yang diaorang nampak macam ahli pengakap wanita kalau pakai tudung tu. Hahaha!

    Note:Aku rasa tekanan darah aku dah tinggi.Banyak sangat membaca kot.Kena masuk hospital ni.

    Saturday, June 17, 2006

    Praap Tahap Dewa Di Hari Sabtu

    Geram.Menyampah.Bengang.Praap.Tak suka.Sakit tangan ni sebab baru tumbuk dinding tadi. Ya!Entry ini terkini.Bukan versi sejenak yang lalu. Ini semua gara-gara aku terpaksa datang pejabat hari ini.Hari Sabtu. Kena betulkan masalah negara di Putrajaya.

    Yang buat aku marah sangat itu ialah aku terpaksa batalkan aktiviti istimewa aku hari ini.Kalau bukan Kimi(geng seprojek) yang minta tolong,jangan haraplah aku nak pergi. Kalau dulu(zaman Ishraf),aku memang tak berkira sangat dalam kes macam ini. Tapi sekarang ini a big no-no kalau kena datang masa hari cuti.Dah tak ada maknanya. Sejak moral bekerja aku jatuh ke paras terendah dalam masa 6 tahun. Lebih-lebih lagi kalau masalah negara itu sipi-sipi di bawah jagaan aku.

    Lagipun,kes-kes macam ini melibatkan kumpulan lain.Diaorang bukan dapat elaun on-call kan?Takkan lah semua benda aku nak buat dari A-Z. Pernah aku suarakan ketidakpuasan hati aku pasal isu ini tapi oleh kerana ia tidak melibatkan tengkok si dia yang- sekarang-ni-asyik-tersenyum-poyo-kat-aku itu, maka saranan aku itu macam mencurah ke daun keladilah.Kalau dah tahu macam ini,baik tak payah pecahkan kumpulan.

    Aku memang dari awal lagi tak menyokong pembentukan group X sebab dari apa yang aku nampak memang bila apa-apa hal pun,group aku jugak yang kena berpencak silat.Group X tu macam bayang-bayang. Ambil berkat jer.Nak buat macam mana. Bos dia pun datang office baca novel cinta jer. Ada masalah, forward je email atau kalau rajin sikit, telepon group aku suruh buat. Kalau masa pejabat aku tak kisah sangatlah. Tapi bila masa-masa macam ini memanglah aku marah. Aku pun nak baca novel jugak.Nak buat telenovela jugak.Ada sekali itu,aku tak siap lagi, dia dah update help sistem kata dah siap.Nampak sangatlah senang bekerja.Membazir jer dapat gaji 3x lipat ganda dari gaji aku.Tak sepadan dengan kerja.Bagi aku sikit boleh?

    Aku dah letih jadi budak baik selama ni.Aku dah putus asa.Hendak merintis kemungkinan jadi budak jahat pula.Nak buat bom.

    Tapi.Kalaulah aku ada kuasa sakti,aku akan ubah keadaan ini dari berterusan.Terajang yang mana hendak menumpang percuma dalam ini kapal.Sebab,aku sayangkan company ni(...dan biarlah rahsia).Itu sebablah aku tak berambus-rambus lagi walaupun taraf cikgu sekolah menengah lebih elok dari aku.

    Oklah.Nak cari plaster ni.Berdarah pulak tangan ni sebab tumbuk dinding tadi.Rasa bodohlah pulak terover drama.Sebab,bila aku godek-godek masalah negara Putrajaya itu, semuanya dalam keadaan yang sihat walafiat(walaupun ada masalah negara lain yang datang).False alarm rupanya.Rasa nak tendang pintu pulak ni.

    Hai...sabar jelah.

    "Pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempatku".

    Note:Pelik jugak bila segerombolan pak guard yang tengah rancak bersembang tersenyap seketika bila aku masuk untuk isi log keluar masuk.Mesti diaorang pelik tengok dressing aku. Sebab tak sama kot dengan apa yang diaorang biasa nampak masa aku di hari bekerja. Lantak koranglah. Aku tadi kan tengah on the way to somewhere.Tak sempat tukar baju ke yang lebih sopan santun. Sempat tukar seluar kepada yang kurang menampakkan jumlah bilangan bulu kaki jer.

    Friday, June 16, 2006

    Baik Punya Bodek

    Cerita ini dah lama jugak.Dah draft tapi lupa nak publish.Jalan cerita mungkin disengajakan berubah sedikit.Harap maklum.

    Atas dasar pecah dan perintah,kawan-kawan sekerjaku dipecahkan kepada 2 menara. Teknikal di Barad-dûr.Pengurusan dan Pemasaran di Orthanc. Pada satu hari,kedua-dua menara telah bergegar. Bukan sebab gempa bumi. Bukan sebab kena bom. Tapi bergegar disebabkan kekantoian oleh 2 orang manusia.Yang mungkin tak ada kerja.Yang mungkin dah habis novel cinta untuk dibaca.Atau tiada email untuk diforwardkan.Oleh kerana dah boring, jadi mereka bertukar kerjaya menjadi penyibuk.

    Kronologi gegaran bermula bila si No.1 beritahu si No.2 yang penghuni kedua-dua menara praap dengan seorang bos tu.Yang kitaorang dah siap beri nama glamour.Watak kartun.Lepas itu pulak, si No.2 ni pergi beritahu CEO. Maklumlah kan.Kaki kipas. Harap-harap nanti naiklah gaji. Dia terpaksa kot buat macam itu sebab kalau nak mengalahkan kitaorang yang rata-rata berproduktiviti tinggi ni,wajiblah tak merasa. Tapi...kan gaji mereka tu banyak. 3X gaji aku OK. Apa kejadahnya terpaksa.Atau sememangnya mereka dibayar untuk membodek kot. Bukan tak boleh membodek tapi kok ia pun nak bodek, wasatiahlah sikit.Aku memang hairan.Ada lagi species macam ini di abad ke 21. Ingatkan dah pupus.Tapi kawan aku kata,very typical Malay yang older version memang macam tu.

    Yang buat kelakar,si No.1 dan si No.2 salah tembak siapa yang dimaksudkan. Lawak OK.Tak pasal-pasal si bos yang tak bersalah itu kena panggil menghadap CEO yang macam prihatin itu. Err...prihatin atau ada udang di sebalik batu?Kebetulan,bos yang tak bersalah itu memang ada rekod krisis dengan penghuni kedua-dua menara sebelum ini.Si No.1 dan si No2 pun mungkin kena panggil sekali kot.Aku tak pasti.

    Aduhai...inilah yang dikatakan.Walau sudah terang lagi bersuluh pun,lain yang ditembak lain pula yang mengena.Aku terpanggil untuk rasa bertanggungjawab atas kekantoian ini sebab aku rasa aku kot yang mulakan semua ni.Tak sengaja OK.Tak berniat pun. Tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati pun.Patutlah rasa tak bersalah.Aku cuma pasang perangkap untuk mengesan yang mana satu geng baik,yang mana satu geng jahat dalam ramai-ramai penghuni kedua-dua menara itu.Ini kerana beberapa hari sebelum itu,aku telah hampir kena pelangkong sebab hampir membocorkan rahsia yang biarlah rahsia.Hello!Aku manalah tahu dia tu geng jahat.Aku kan jenis yang berbaik sangka dengan semua orang.Jenis yang innocent gila. Maklumlah kan.Lelaki Melayu terakhir.

    Hai,diaorang ni tak tahu ke aku ni budak SBP?
    Setakat trick bodoh-bodoh macam ni,dah klise sangatlah.

    Note:Cerita pasal menara,kadang-kadang tu Menara Rebung,Menara Celcom dan Menara Cygal pun join menyibuk sekali.MMU pun kata nak join tapi diaorang tak ada menara.Tangki air boleh?

    Thursday, June 15, 2006

    Sakit Mental



    Serious lawak.Aku tak dapat menahan diri dari tergelak bila nampak surat ni kat letter tray. Surat yang dialamatkan ke bos besar.Apa kejadahnya kan?Ada ke orang sakit mental kat sini?Setahu aku tak ada yang serious.Sakit gila lain adalah.

    Gila kuasa.
    Gila bershopping.
    Gila busy.
    Gila mengampu.
    Gila jauh perjalanan.
    Gila nak berbini dua.
    Gila mencari kerja lain.
    Gila forwardkan email kat bos jer kerja dia.
    Gila-gila remaja.
    Gila pink.
    Gemok gila.
    Gila perasan handsome(padahal aku lagi handsome).

    Err...ada lagi yang tertinggal tak?

    Note:Aku tak berapa pastilah tapi dulu aku pernah dengar ada seorang staff kat sini kena masuk hospital sebab stress bekerja.

    Wednesday, June 14, 2006

    Mencarut

    Mencarut also is not my forte.I feel very uneasy with people full with celaka,bangsat, sial,babi-just to name a few.Especially when it used inappropriately.Ironically,I'm coming from Melaka. The land notoriously known for that absurd words.

    I'm suppose not to roll my eyes in such encounter.But that happen once upon a day when one of the people here start p*ki-ing other.What the...? Everyone is stressed out lately but not to the extend of p*ki-ing other.No matter how lemau he is.With the extra paid RM, as a people I think it's very nice if he can control his mouth.

    I'm not at any side.I hate a slow as a snail team member(term&condition apply).I even disrespect a foul-mouthed people with the extra paid RM. But what matter most now is to put aside the differences.Mend the fences. We are under crisis right now.We must work as a team.

    Having said about team,let me paint a picture about that mentioned foul-mouthed people.He is reputated as a not really a good team player.This is so obvious during his first speech when he got promoted.Ada ke patut dia kata group aku yang poyo dan happening gila ni tak berkomunikasi. Dia ni dari planet mana selama ni?Siapa yang tak berkomunikasi dengan siapa ni? Praap sungguh sebab tak pasal-pasal aku pulak yang kena terangkan kat dia mata pelajaran berkomunikasi.

    Hello Dato' Adnan Mansor!May I borrow your words.

    Go to hell!!!

    Note:Aku tak suka mencarut tapi suka mengisi masa lapang dengan melaser. Sebut pasal laser ni, aku dah lama ada kemusykilan ni. Sebelum orang tu naik pangkat,ada ke project dia yang berjaya bawak masuk jutaan duit sebanyak group aku?Bukan semua project dia gagal ke?Yang 44E610(encoded) tu pun,orang yang takeover project tu yang settlekan kan?

    Tuesday, June 13, 2006

    Micro-Processor



    Microprocessor.This is so not my forte.But one day,when asked by the other team member if I'm interested to join them,I simply raised my hand.Until today,considered that my morale to work is kinda low lately,I still don't know what kind of ghost which possessed me to make me say YES that day. Ironically,that is the day that I submitted my PD form.

    However,along the way we managed to solve a few thing.By we I mean Dun,Rizal and me myself.It feels so damn good when we broke the code because debugging this chip is like asking a blind man to search one black dot in a colourful room.So no idea at all. So R&D.Main tembak membabi buta jer.Credit to D3BCDB5D6FA3(encoded)Sdn.Bhd which laughing all their way to the bank and generously still manage to left us with some leftover. Leftover in the name of bug. Damn you+you know who you are+the kroni!

    During the debugging process,I always have this wicked feeling.I realized that I always can manipulated this chip to make a bomb. Remember Dr.Azhari?Not that boroi Labu but the Bali bomber.I came from the same Parliment as his.

    Mmm...I really feel like bombing(sic) someone for a long time.

    Someone in an aquarium.

    NOte:I'm really stupid in assembly languange cum micro-p.Bagi tiru pun aku gagal. Pity Mr.David Asirvatham,my lecturer to have me as his student. Sampai botak-botak kepala OK.Err...have you tried Yun Nam Sir?

    Monday, June 12, 2006

    Pictogram::Pekerja Cemerlang Negara Terbilang

    Bas pertama dah jalan.Van makanan pun dah jalan.Gara-gara tunggu Yatie yang hilang entah ke mana lepas bagi baju kat aku. Cis!Ada ke patut dia iron baju dia jer.





    Berlenggang kangkong beramai-ramai ke Stadium Putra.Say hello to En.Mazlan Payphones,Shah Alam which happen to be on the same bus with me.





    Senaman pagi.Khusus untuk melenguhkan tangan sambil diiringi live muzik.Choreographed by a wisel man.






    My left view.









    Close-up view of the shirt.









    My right view.









    Persembahan kelab budaya DBKL and Petronas yang entah apa-apa motifnya. Laman nak mampus. Dekat 10 minit.Mengantuk aku tengok.





    Baca ikrar oleh Samsung.









    Ucapan oleh Dato'Seri Dr.Fong Chan Onn.








    Dato Seri Najib Tun Razak pulak berucap.








    Hightlight of the event.Prize giving ceremony. Damn!TM satu pun tak menang.TNB menang 2. Tak merintis kemungkinan sungguh.






    Nyanyian koir oleh awek-awek dan balak-balak Kementerian Sumber Manusia.







    Tak ada kena-mengena dengan Hari Pekerja tapi aku jumpa kereta ni masa on the way back to parking lot. Cool huh!






    Bye-bye Stadium Putra.See you next year.








    Note:Sambutan Hari Pekerja peringkat kebangsaan telah diadakan di Bukit Jalil pada 13/05/06.

    Sunday, June 11, 2006

    Happy Birthday To Me


    11 June 2006, Leipzig, Germany.
    Van Nistelrooij Ruud (NED), Krstajic Mladen (SCG).

    Happy birthday to you,
    Happy birthday to you,
    Happy birthday to me,
    Happy birthday to you.

    Note:Laporan penuh dijangka akan dimuat-naikkan 2 minggu lagi.Saya sungguh sibuk minggu ini dengan aktiviti membeli-belah,AF4,World Cup dan orang kahwin.Tak sempat nak draf.Sekali lagi terima kasih daun keladi kepada yang bersusah-payah mengucapkan selamat hari lahir kepada saya.Ingat jugak ye korang kat aku.Muah!Err...tak pe kan tak senaraikan nama korang.Saya sungguh malaslah nak menaip sekarang.

    Saturday, June 10, 2006

    Ciao!Italia


    Aku nak tangkap gambar macam ni.


    Atau pun macam ni.So damm delicious.No pun intended.


    Tapi yang dapat aku tangkap ialah yang macam ini.Hampeh.Buat perabis beras jer.


    Aku memang gagallah bab-bab menangkap gambar ni. Sampaikan kawan aku kata. Harap kamera jer mahal tapi gambar yang aku ambil tak melambangkan pun harga kamera itu. Hahaha! Aku terima kata-kata si pengkritik itu dengan hati yang terbuka.Memang 100% betul. Banyak yang aku tak belajar lagi.Apa taknya.Tengah terhegeh-hegeh belajar pasal makro, cikgu aku resigned.Bukan pasal aku bebal OK tapi pasal dia dapat offer lagi menarik kat tempat lain.

    Lepas tu,tup tup masa berpoya-poya di Mid Valley jumpa pulak si Amber Chia ni tengah berjalan kucing.Apa lagi.Point&Shootlah sesuka hati.Tapi hasilnya taklah buat aku suka hati pun. Teruk gila.Aku bagi diri aku F --. Beria setting lighting tapi hasilnya macam filem Gubra atau filem Yusof Haslam jer.Itulah.Kutuk lagi lighting filem orang.Dah terkena batang hidung sendiri baru faham susah senangnya. Yang Amber Chia ini pun satu.Aku kan reti ambil gambar yang pegun jer. Yang ko jalan laju-laju tu buat apa.

    Moral of the story:
    1.I really desperately need a new fotography teacher.Boleh request tak?Kalau boleh I nak cikgu baru I ni handsome sikitlah. Cikgu lama I tak handsomelah. Itu yang belajar makro jer dengan dia.Kalau handsome, confirmlah I dah pandai ambil gambar orang bergerak sebab I akan paksa dia jalan kucing untuk I.Err...cikgu perempuan tak digalakkan memohon ye.I takut nanti I pandai subjek lain pulak.Yes pun intended.

    2.On the third day of Spring Out Of Box fashion show then only I discovered that I have to use Kid&Pet setting to capture moving object image. Model=Kid&Pet??? Hahaha! What an aptly coincidence. Very very the unequivocal.

    3.Gila.Aku pergi Mid Valley 3 kali seminggu masa Spring Out Of Box tu semata-mata nak belajar ambil gambar.Konon-kononnya.Err...having saying that,in the risk of sounding too gloomy Gus,I have a thought. Nowadays, I think I'm branching out my focus to so many things and I'm afraid at the end of day I will become a not really good at anything person. Mmm... what's that saying. Oh yes, "jack of all trader, master of none". Whatever.Hahaha!Ya ampun peminat Bahasa Melayu. Aku tak boleh berfikir apa dia peribahasa Melayu yang setarafnya masa aku draft ni.Banyak sangat makan cheese, lamb roast and Pizza Hut pasta kot sekarang ni.Tanyakan Karam Singh Walia boleh?

    4.Barang yang mahal kalau jatuh ke tangan orang yang kurang ilmu akan jadi macam kera mendapat bunga.Err...did that implied that means I'm a kera. Sungguhlah tak sehsuai OK.See,I told you already.My Bahasa Melayu idiom is so weak. Sebaliknya, barang yang murah kalau jatuh ke tangan orang yang berilmu akan jadi macam...kalau pandai menggulai,badar pun menjadi tenggiri.

    5.Adakah aku kena tukar camera.Dari Ixus ke Sony T-30 yang ada feature anti-shake tu.Yang amat sesuai untuk budak-budak "buah pisang dibawa belayar" macam aku ni.Tapi adakah aku menggeletar sebab nampak Amber Chia tu sebab biasanya aku OK jer.Tapi takkan sebab seorang amoi aku nak kena tukar kamera yek.Tak logik betullah.Lagipun aku sayang sangat itu IXUS.

    Note:Photo taken during Ciao Italia,Mid Valley 03/05/06.Credit to "kristinlam" sebab I dah curi gambar-gambar you.Jangan marah ye, nanti kena jual.By the way Ciao Italia also available in male version.

    Friday, June 09, 2006

    Derma Darah



    Tempat:IO1 Mall
    Tarikh:21/05/06
    Masa:90 minit

    Best gila.Tercapai jugak KPI tahunan aku-derma darah.Punyalah teruja sampaikan 2/3 minggu lagi nak menderma dah diclearkan 2 hari dalam jadual waktu kesosialan agar tidak ada aktiviti yang besar macam bershopping. Takut penat kononnya.

    Malangnya,3 hari lagi ke hari menderma aku kena selsema sikit.Tapi nasib baik aku OK masa hari menderma.OK secara semulajadi. Aku memang tak ambil Panadol pun sebab takut kantoi tak boleh menderma. Ubat batuk pun satu lagi.Memang a big no-no.

    Kisah aku terjebak dalam sindiket pendermaan darah ni bermula hasil pemerhatian aku yang orang Melayu tak ramai jadi penderma.Ini kes nak naikkan statistiklah.Orang India pun tak ramai. Macam orang Cina lain.Ramai.Sebab diaorang percaya kalau kita menderma darah kita boleh mengurangkan kandungan kolestrol dalam darah.Kawan aku pulak percaya kalau kita derma darah kita akan jadi gemuk.

    Hah?Where the hell this crap coming from.Aku rasa nak lepuk jer mamat ni.Bro,can I say something?All that is just another excuse.Very klise Malay excuse.Ko tu tak pernah menderma darah pun tapi lepas kahwin dah jadi gemok gila nampaknya.Apa yang ko derma sampai jadi memang gila gemoknya. Kasut pun dah macam terompah gergasi jer aku tengok.Aku dah banyak kali lah menderma tapi tak gemuk pun. Makin kurus adalah. Sampai ada orang yang jeles tu kata aku ada masalah kecacingan.

    Err...yo yo all jer aku ni claim kurus.

    Note:Make sure you eat before donate your blood,have enough sleep and have a sufficient Vitamin C in your blood.

    Thursday, June 08, 2006

    Dapat Al-Quran

    Macam biasa.Satu hari tu.Aku membeli-belah di KLCC.Separuh masa pertama,aku terperasan yang aku belum solat Zuhur lagi. Berlari ke surau.Jauh pulak surau KLCC ni. Dulu kat tingkat teratas.Sekarang dah pindah ke tingkat bawah.

    Dah selesai solat,touch-up apa yang patut dan keluar.Tiba-tiba kat pintu surau,ada Pak Arab tahan aku.Terkejut siot.Ah,sudah! Apa kes pulak ni.Aku memang tak layan orang yang aku tak kenal cuba bercakap dengan aku kalau ke KL.Pak Arab tu hulur salam kat aku.Oleh kerana aku masih dalam surau dan dia beri salam,aku pun waalaikumsalamlah balik.Baik kot Pak Arab ni sebab takkan orang jahat beri salam walaupun sebenarnya boleh jer orang jahat beri salam dan bersolat.

    Pak Arab tu hulur senaskah Al-Quran kat aku dan dia kata dia mahu aku mengambilnya. In English.Aku OK jer ambil sambil tangan menyeluk poket mencari duit.Melihat keadaan aku yang bersusah payah tu,belum sempat apa-apa lagi Pak Arab tu kata dia bagi percuma.Seikhlas hati. Aku ringan mulutlah tanya dia Al-Quran tu mashaf apa dan dicetak di mana sambil belek-belek Al-Quran tu mencari jawapannya sebab Pak Arab tu tak berapa faham soalan aku.Akhirnya aku dapat jawapannya. Mashaf Osmani dan dicetak di Makkah.

    Lepas ucap terima kasih aku terfikir sesuatu.Kenapa ye tiba-tiba aku yang dipilih dapat Al-Quran.Insaf siot.Sudahlah aku pakai seluar pendek(tak berapa patut nak bawa solat) dan my trademark extra deep V-neck masa tu.Mungkin Pak Arab tu fikir apa kejadahnya mamat ni pakai tak senonoh.Atau mungkin semua ini adalah satu peringatan dari yang Maha Mengetahui.

    Err...aku dah lamalah tak baca Al-Quran.Balik-balik sempat baca Yassin jer sekarang ni.

    Jom.Kita beramai-ramai baca Al-Quran.

    Note:Bila bukak TV petang tu selepas balik bershopping,lagilah aku bertambah insaf. Semua TV keluar orang baca Al-Quran.Pukul 8.00PM baru aku tahu yang Tun Ghaffar Baba meninggal.Al-fatihah to him.Don't ehem-ehem me OK sebab punyalah lama entry ni bertapa. Tak ada maknanya.Macamlah tak biasa.

    Wednesday, June 07, 2006

    I Hate Mid Valley



    Awal tahun ini atas sebab yang agak rumit,aku telah berpatah arang berkerat rotan dengan Mid Valley selama beberapa bulan. Tapi perceraian kami tidak lama.Ala-ala Norman Hakim gitu. Setelah aku waras dan sebelum aku gila talak,aku cepat-cepat rujuk.Maklumlah, kedai kegemaran aku tu salah satunya di KL ni ada di Mid Valley.SebijiK lagi ada di KLCC.

    Sayangnya dia buat aku bengang lagi satu hari tu.Bengang tahap dewa. Apa taknya.Sudahlah nak cari parking 45 minit baru dapat. Itu pun yang haram.Nak keluar pulak dekat 1 jam 35 minit aku tersangkut. Bodoh gila.Tambah sakit hati,awal pagi esok itu aku ada migration di Putrajaya. Hilang kisahnya nak balik awal tidur.

    Punyalah banyak exit Mid Valley tu tapi exit yang paling akhir ke Lebuhraya Perseketuan/ Bangsar (dekat bawah Jusco) itulah yang menjadi pujaan ramai.Aku pulak terperangkap. Mangsa keadaan.Nak ke kiri tak boleh.Nak ke kanan lagilah mustahil.Yang bangang-bangang tu pulak, dah tahu jammed tak bergerak yang diaorang masuk jugak tu buat apa.Macamlah itu sahaja exit di Mid Valley.Bodoh macam lembulah.

    Setelah habis lagu aku dengar sambil sempat mendraf 3 entry blog,aku dapat belok kiri.Voila!Tak sampai 2 minit aku dah sampai Lebuhraya Perseketuan.Nasib baiklah jalan tak jammed. Kalau tak,letihlah aku menyumpah berbakul-bakul apa yang patut.

    Pengajaran moral ialah,kalau anda seorang sahaja yang bijak macam Yoda tapi dikelilingi oleh segerombolan yang bangang macam lembu, maka anda akan jadi Yoda yang bangang macam lembu. Err...macam serampang 2 mata pulak pelajaran moral hari ni ye adik-adik.Nasiblah kalau ada yang terasa.Satu lagi,kalau nak pergi Mid Valley tu,aku nasihatkan naik motor ataupun komuter jer.Tak ada maknanya bawak kereta.

    Note:Mid Valley ada Homedec+Spring Out Of The Box masa aku melawat tu.Dah tahu akan ada ramai orang datang tu,kerahlah pak guard kawal traffic.Halau si bangang-bangang tu ikut jalan lain. Buang masa dan tenaga aku jer.Robert Tan,do something about it.

    Tuesday, June 06, 2006

    To Buy List

    1.Sejadah
    2.Kain baju melayu
    3.Songkok
    4.sampin
    5.Buah-buahan
    6.Towel
    7.Coklat
    8.Potpouri
    9.Kemeja dan slack dan tie
    10.Kek sarawak
    11.Maybe parfume set
    12.Lilin yang wangi tu kot
    13.Kek biasa

    Suspenskan tengok senarai di atas.Keluar pulak di tengah-tengah musim cuti sekolah.Memang mendebarkan.Ya!Betul.Beri 50 markah kalau anda teka itu adalah senarai hantaran.Untuk pihak lelaki.

    Dah terlanjur keluar senarai itu,maka dengan bangganya aku ingin mengisytiharkan bahawa senarai itu memang untuk aku.Don't ehem, ehem me OK.Patutlahkan sejak dua menjak ni status YM aku macam sesuatu je kan.Hahaha!Biarlah rahsia kononnya.Tapi buat awek-awek yang meminati diri ini dalam diam jangan panik lagi.Ada satu lagi pengumuman.Senarai itu memanglah untuk aku tapi barang-barang dia bukan untuk aku.Pergh...mesti ramai peminat aku yang dah menarik nafas lega ni.Cewah,perasan tak ingat ada orang minat.Hahaha!Poyo sungguh.

    Al-kisahnya,sebulan yang lalu aku telah dilantik oleh adik aku sebagai pengarah kreatif merangkap pembantu membeli-belah untuk majlis pertunangan dia.Aku yang memang suka buat kerja-kerja amal macam ini bersetujulah selepas dirasuah sepotong kek Secret Recipe.Tapi malangnya bila tiba waktu bershopping,jadual aku bercanggah dengan dia.Maklumlah dia Menteri Pertahanan. Aku pulak Menteri Kerja Raya, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia,Menteri Belia dan Sukan dan tidak lupa merangkap jugak Menteri Penerangan.

    Dah masing-masing sibuk,akhirnya dia beli sendiri jer.Yang sedih sikit, kek Sarawak yang aku tempah tak dapat disiapkan. Err...Leha,aku bagi ko 3 tahun untuk berlatih lagi.Bila aku bertunang nanti,aku tak kira apa pun terjadi.Aku nak kek hati pari favourite aku tu jugak.

    Monday, June 05, 2006

    My First Runaway Attempt

    Nampak macam OK.Auto setting. Aku suka gila kasut mamat tu. Very the au-currant.







    Change setting ke indoor.Buruk gila lighting.








    Revert back to the old setting. Cepat gilalah model ni berjalan sampai gegar sikit gambar aku.







    Dah tak gegar kot.









    Cuba ambil gambal bila model tu berjalan.Masih gagal sebab macam tak cantik.







    Cuba lagi.









    Masih gagal.Hampehlah.Kena tanya sifu ni.








    Note:Picture taken on 23/04/06 during Sungei Wang Spring/Summer fashion show.

    Sunday, June 04, 2006

    Season Finale:Part 1

    I predicted that Terry will go to final 2 but when Danielle won the last immunity challenge everything went kaput.She also didn't win the 1 million.Aras did.Err... sorry ye kalau dah terbagitau awal siapa menang sebab finale Survivor: Exile Island for Malaysian viewer is next Friday.


    For this season of Amazing Race 9, I placed my bet that Eric& Jeremy will win but once again I'm wrong. The hippies of BJ&Tyler got the 1 million.






    The only reason I watched American Idol is I want to hear Chris but sadly he didn't manage to go to Final 2.McPhee is OK but her taste of music is blant.Hicks constantly sound great but I'm really turn off with his choices of clothes and his grey coloured hair.





    Note:Alias finally bid it series finale in its fifth season.Goodbye Sydney Bristow.

    Saturday, June 03, 2006

    Tom vs Tom




    Tom Cruise atau Tom Hank.
    MI:3 atau Da Vinci Code.
    Tom Cruise atau Tom Hank.
    MI:3 atau Da Vinci Code.
    Tom Cruise atau Tom Hank.
    MI:3 atau Da Vinci Code.

    Ah!Susahnya membuat pilihan walaupun sebenarnya aku memang berat sebelah ke Tom Hank. Aku memang minat bangat sama ini mamat walaupun dia tak sehandsome Brad Pitt. Aku mengaguminya sejak mengenalinya dalam Forrest Gump lagi.The first ever my movie experience.

    Dah pilih cerita,kena pilih masa dan tempat yang bersesuaian pulak. Maklumlah aku ni bukan ada banyak sangat masa lapang.Penuh dengan aktiviti kesosialan,kesenian, kesukanan dan keshoppingan.Oleh itu, dengan susah payah,aku mendaftarkan diri ke TGV dan GSC.

    Dammit.Penuh OK!Hish...malasnya nak beratur.Lepas tu entah dapat ataupun tidak.Kalau dapat pun mesti seat tak menarik.Buat patah tengkok jer.

    Mmm...lain kali jelah aku pi tengok.

    Biasanya proses yang sama akan berulang untuk semua filem yang aku nak tengok sampailah akhirnya aku tengok yang versi download ataupun versi vcd/dvd jer.Hampeh.

    Note:Antara Tom Cruise dengan Brad Pitt,siapa lagi handsome pada tahun 2000 sebab sekarang Brad Pitt dah gemok dan tak handsome.

    Friday, June 02, 2006

    Transkripsi



    Kehadapan Siti Nurhaliza,

    Kenapa diracun pohon meranti
    Pohon asalnya dari Russia
    Dua tahun kanda menanti
    Dinda akhirnya membuka rahsia.


    Cewah.Berpantun pulak pepagi buta ni.Bukan ada apa-apa tapi sebab rasa macam gembira jer. Apa taknya.Akhirnya,keluar jugak album baru you.Yang ke 11 dalam 11 tahun karier you kan?

    Album ni memang hebat.Tak sia-sia I menanti.I rasa inilah album Siti yang paling sedap serba-serbinya dan untuk kali pertama I suka lebih dari 2 lagu dalam album you.Tak rugi RM29.90 tu.

    Dalam sedap-sedap tu,ada 2 lagulah yang kurang mesra telinga pada I. Eksperimental yek? Tahulah kaya.Pakai duit sendiri RM100 ribu ++ buat album ni. Tapi...isk,berani mati betullah you. Lain kali jangan buat tau. Ambil lagu yang mesra radio jer.Bukan suara you tak sedap tapi lagu tu yang tak sedap langsung.Hukum anti Dato K mengatakan sedap+tak sedap=tak berapa sedap.

    Satu lagi.You tak takut ke AIM tahun depan?Sheila Majid dah keluar album. Tapi tak surelah pulak boleh masuk AIM ataub pun tidak sebab album ni pernah keluar suatu masa dulu. 1990. Masa I masih lagi jambu. Yang keluar sekarang ni cuma dimake-upkan sahaja dan diubahkan nama tajuk. Lepas tu, Camelia yang pernah kalahkan you pun dah keluar album tau. Ziana Zain dan Misha akan menyusul kemudian.Paling menarik,akak Nora yang entah apa pasal hasad dengki terlampau kat you pun katanya akan keluar album baru tahun ni.

    Hisk...tak sabar pulak rasanya nak tunggu AIM 14.Mesti ada adegan cakar-mencakar.Tak pun adegan tarik-tarik rambut macam kat Mid Valley tempoh hari.Hahaha.I memang suka tengok perempuan bergaduh.My favourite.

    p/s:Jangan tanya pasal pokok meranti kat Russia tu.Aku tak tahu.

    Yang masih maintain anti Datok K.

    Thursday, June 01, 2006

    Gubra




    A lot has been said and done about this film.Well,what do you expect?It's a Yasmin Ahmad's film. The queen of controversial. Even by looking at the face,you might ponder his/her true sex.Controversial isn't?

    Watching the movie itself is a new experience for me.What amazed me is the crowd that came to see it. Something that I couldn't think that Yusof Haslam or Latiff Mohideen can do. Err... actually I'm not so surelah because Gubra itself is the 3rd Malay film that watched at the cinema.

    Overall,I think the RM11 ticket is very well spent.Better than Sepet. Superficialy entertaining eventhough noticeably the lack of dialogue.But what make it so nice is that every dialogue is impeccably scripted.Unlike Yusof Haslam.His film dialogue is very phony.So unreal.

    However,if not because of the very typical Malay film lighting problem and if it does not offended me with the very much unnecessary 'excessive touchy scene' involving Malay girl plus some other things,I would give Gubra an A instead of E. Why?Major score is I don't agree at all with the way how Yasmin potrayed Islam in Gubra.So not 'amar makruf nahi mungkar'. So merepek. Just like how crap it is the Hari-Hari Terakhir Seorang Komunis.

    I think Yasmin should focus in what she does best.

    The interpretation of love.

    Not the interpretation of Islam.

    Note:Islam in Gubra can be said is like Islam for the notoriously crap Sisters In Islam.Having said that about SII,I wonder how amazingly Hadhari it can get the support from the three daughters from our previous and current Prime Minister.Minus Tunku Abdul Rahman. Very-very the sesuatu kan.