Thursday, August 31, 2006

Mencari Durian

Pakaian mencari durian.Kasut Brasic Brazil.Brand new Levis pant chain.Levis pair with a sexy V neck white shirt. Same oufit if I go to KLCC.





Jalan ke dusun.









Nampak kan buah durian bergantungan?








Seronok cari durian kalau terang-benderang macam ini.Rajin orang yang ayah aku upah tebaskan rumput.






Yeh!Jumpa sebiji.Yang ini baka dia isi rasa macam susu.








Hasil kutipan hari ini.Ini baru sepokok.Ada banyak lagi pokok nak pergi.Dah tak larat nak ambil gambar.Padan muka aku jadi umpan nyamuk.Itulah pembalasan pakai sexy masuk kebun.

Wednesday, August 30, 2006

Pagi Petang Siang Malam::Durian


Sarapan pagi.


Makan tengah hari.


Makan malam.

Tuesday, August 29, 2006

Balik Kampung::August

Cuti kali ini aku memang ambil langkah berani mati.Aku cuti juga walaupun masa itu tengah UAT.Fasa kedua yang kurang kritikal rasa aku.Tambahan pula aku dah batalkan cuti aku minggu lalu.Aku memang terpaksa balik kampung sebab ada hal penting.Ahaks! Bukan penting sangat pun.Musim durian jer kat Melaka.Lagipun aku dah tak larat nak bekerja lagi.Dah berhari-hari kerja pagi ke pagi.I need a break.I need my blue sky.



Sebelum balik kampung singgah dulu kat Konvo UPM.Oops!Ya ampun Kak Delinn.Gua tak sempat nak tengok you ambil skroll walhal dah dekat sesangat.Ingat nak datang shopping tumbuh-tumbuhan tapi tak ada pula pokok-pokok menarik pun kecuali pokok gajus. Aku tak beli pun sebab pokoknya akan besar nanti.Nyonya Rawang yang jual orkid kat Laman KL pun ada juga tapi koleksi orkid dia tak berapa best pun untuk dilaburkan duit.

Selepas itu singgah Hulu Langat pula.Pergi kenduri Ila(tahap cucu sedara aku.Huhuhu. Aku dah tua rupanya.Ramailah saudara-mara Melaka aku kena jumpa kat sini. Letih aku kena explaian kenapa aku datang sorang. Baguslah tu.Aku nak balik Melaka diaorang pula datang KL.

Dah singgah merata,dekat Asar baru sampai Melaka.

Mak kata Datuk/Datin baru jer balik.Thank God aku tak terserempak dengan mereka.Mak beritahu lagi,yang si Emry ada datang. Dammit.Tak sempat nak interview budak bertuah itu.

5 minit kat kampung terus aku rasa sunyi.Ada aku,mak dan ayah jer. Rasa macam anak tunggal pula.

Bosan.

Aku curi kunci motor ayah dan pergi ke sawah.Melayan perasaan.

Note:Balik Kampung August,310706-030806.

Monday, August 28, 2006

Brickfield::Tidak Buat Kerja(Part 2)

Mana si penuduh dapat idea kami tidak bekerja aku pun kurang pasti. Mungkin lakonan kami kurang menjadi hari itu.Apa taknya, dah hari-hari kerja pagi ke pagi,muka masing-masing pun dah macam zombie.

Lagipun pagi sebelumnya,kami ada buat sedikit penambahbaikan.Itu yang semua bebudak datang kerja pagi yang sama itu macam tak buat apa-apa kecuali kerja guna mata monitor pergerakan data masuk dan keluar.

Yang motif si penuduh datang ke Brickfield itu aku kurang pasti.Bukan ada kena mengena sangat dengan dia pun.Mungkin dia boring tak ada kerja sangat kot kat Cyberjaya.Tapi dia datang sini pun bukan buat apa sangat pun. Memeranjatkan aku dengan suara dia yang bak halilintar itu adalah.Lepas itu kacau orang dan ajak orang layan borak pasal penyakit dia.Sampai psycho tau sorang member aku.Kalau aku, aku akan buat poyo jer kalau dia cuba provocoke aku sebab aku dah maklum sangat dengan perangai dia. Kesian tau member aku ni.Terus hilang selera makan.Tapi best jugak.Akulah yang melantak portion dia.Itu yang buat aku gemuk banyak.

Yang paling aku meluat ialah bila si penuduh datang Brickfield ialah dia boleh duduk belakang aku membebel entah ke apa sambil merenung skrin monitor aku dari jarak lebih kurang 25cm lebih dari 5 minit.Eee... it's very rude OK to do like that.That invade personal privacy space. Terutama bukan ada sebab yang wajar.Sesaja jer.Tahulah dia bos. Konon nak check aku ni bekerja ke tidak. Hello!Yang sistem tengah berjalan itu bukan manifestasi aku bekerja ke.Dah aku plan kerja pagi itu kerja guna mata,so aku buatlah apa yang patut.

Mmm...apa kata kalau lepas ini kita ramai-ramai buat macam itu kat dia pula. Kita duduk belakang dia ramai-ramai.Tengok apa kerja dia.Aku pun nak tahu juga orang gaji 5 kali ganda dari aku macam dia itu buat apa.Takkan setakat duduk belakang orang, check budak itu bekerja ke tidak.

Susah juga ada orang macam ni.Bila aku cerita kat kawan-kawan aku, ramai yang menggeleng kepala dan tak kurang juga ramai yang ketawa.

Eh...kenapa korang gelakkan aku ye?Korang ingat ini cerita lawak ke?Ini cerita praaplah!

Eee...boleh sewel aku kalau macam ini selalu.

Sunday, August 27, 2006

Brickfield::Tidak Buat Kerja(Part 1)

Memang angin satu badan aku hari itu.Ada ke patut aku dan rakan-rakan dituduh tidak buat kerja.Sudahlah hari sebelum dan sebelumnya kami bekerja dari pagi ke pagi,datang kerja dapat ayat tak seronok.

Aku dapat tuduhan itu dari kawan baik si penuduh.Sebenarnya aku tak hairan sangat pun sebab si penuduh itu memang jenis yang suka mereka cerita penglipur lara.Terutama bila dia kegersangan idea dan aku tak terkejut beruk pun kalau CEO dicckan sekali.

Patutnya dia tanyalah apa lagi yang tak cukup ke,pukul berapa kami balik malam/pagi tadi ke atau pun buat ayat-ayat yang manis bergula tenangkan emosi kami yang sudah berhari-hari kerja pagi ke pagi.Paling tidak pun tanyalah pasal Brickfield ke. Maklumlah,Brickfield kan kawasan hitam(not in the sense Brickfield is Indian majority area).Lepas itu pula ada di antara kami yang pergi kerja merempit.Macam aku.

Agaknya nanti kalau ada pekerja kat sini yang mati kena kelar sebab nak kena ragut laptop baru dia nak insaflah kot.

Aku sedikit hairan jugalah kenapa terlalu banyak pandangan si penuduh terhadap dunia sekitar dia berbunyi negatif.Psycho ke apa mamat ni?Macam dia kecewa dengan dunia dia.Tapi yang selalu dikambing hitamkan, aku dan rakan-rakan.Dia macam biasa.Bagus sentiasa.

Apa pun,sedikit sebanyak tuduhan tidak berasas itu menjejaskankan motivasi bekerja aku untuk hari itu.

Mmm...sabar jelah kan kalau ada orang macam ini dalam organisasi.

Sorang papan tarik papan
Buah pulas dalam perahu
Suruh kami dis makan
Suruh VSS dia tak mahu.

Oops!Cerita pasal perahu tiba-tiba aku teringat ucapan CEO pasal cerita kapal dan penumpang-penumpangnya.

Saturday, August 26, 2006

Selepas Ini

Selepas ini
Kalau aku mahu bergossip pasal segalanya
Sudah tiada Zie nak layan aku

Selepas ini
Kalau aku nak minta resepi itu dan ini
Susah sikit Zie nak bagi aku

Selepas ini
Kalau aku nak tengok dagu Erra Fazira versi Cinta Kolestrol
Payah juga Zie nak modelkan untuk aku

Tapi tak apa
Selepas ini
Kalau aku berhajat itu dan ini
Mudah sahaja kutanya Zie
Diakan bakal jiran aku.

All the best to you,Zie!

::Putra LRT,KL Sentral-KLCC,26 July 06.

Note:Sajak di atas dikarang khas sempena pemergian Zie ke syarikat lain.

Friday, August 25, 2006

Sakit Jantung::Episod Jauh Perjalanan



Ada pekerja kat sini kena sakit jantung.Bila berita itu tiba di meja aku, reaksi pertama aku ialah aku gelak gila.Sampai aku kena tegur sebab gelak macam pontianak. Hahaha!Jahatkan aku?Ya ampun pak!Selamat Hari Jumaat.

Macam manalah aku tak gelak sinis.Hari sebelum bapak itu kena sakit jantung,dia agak terlebih teruja sikit.Aku pun sedikit pelik.Habis semua orang dikacaunya.Buang tebiat ke apa orang tua ni? Kemuncaknya petang itu,dia bersembang.Perg...bunyinya macam orang bergaduh.Dari lift dah boleh dengar.Topiknya kalau tak silap aku ialah mengenai pengisytiharan harta.Aku tak sempat nak pasang antenna betul-betul sebab tengah layan masalah negara Endian masa tu.

24 jam selepas bapak itu dimasukkan ke hospital,ada orang gelak lagi. Diaorang baru tahu. Maklumlah,sistem komunikasi kami ada bug.Itu yang buat delay 24 jam.

Selepas bapak itu keluar hospital sekali lagi aku dan rakan-rakan tak dapat menahan diri.Kami gelak besar.Ada berita yang mengatakan yang hari sebelum bapak itu jatuh sakit,dia sempat suruh seorang hamba Allah ini jangan kerja teruk-teruk sangat. Jaga kesihatan.Mmm...sahlah orang tua ni buang tabiat.That is so not him.Tup tup esoknya dia yang kena sakit jantung.Nasib baik jer tak meninggal terus macam Hani Mohsin. Bahaya tau sakit jantung ni.

Memanglah nampak macam biadap dan kurang ajar gelakkan orang sakit tapi orang yang dapat sakit itu apa kurangnya.Ada ke patut orang kalau dapat baby kita ucapkan tahniah tapi dia pulak bagi ucapan "jauh lagi perjalanan kamu". Whatever.Aku kalau dapat baby nanti harus aku tak beritahu dia.Buat bertambah pyscho jer.

Masa CEO naik angin sebab bil hospital kami melambung,yang sakit ini salahkan bebudak perempuan sebab asyik beranak jer. Hah!Sekarang bil hospital buat angio-whatever itu rasanya sama dengan kelahiran 20 orang baby.Ambik kau!Tapi aku harap dia tak pakai bil hospital syarikatlah.Karang CEO naik angin lagi.Bila CEO naik angin,aku pun naik angin jugaklah.

Err...aku minta maaf kalau ada yang terasa.Doktor aku kata,kalau tengah stress kita memang digalakkan bergelak-gembira.Bagi darah mengalir laju sikit ke jantung. Jadi, aku bantailah gelak bila ada peluang.

Note:Bil hospital itu melambung bukan sebab orang beranak tapi sebab ada minah tu betulkan hidung dia.Tak pasal-pasal aku yang biasanya setahun pakai bil hospital syarikat dalam puluhan ringgit sahaja kena tuduh pakai sampai ratusan ringgit. Eee...sabar jelah.

Thursday, August 24, 2006

No More Secret

To Datin Siti,

The equation of this year is 47-27=20.

What happen to you Siti?You like become another person.You now convinced me that love is so blind.Yes!Indeed.Stars are blind too.

It's so cliché.Commonlah!Everytime someone(including you)take someone else husband, she must say that it's ill- fated.Hello!Excuse me!That is not ill- fated OK.To me it's sound more like winning a lottery on purpose.You know it's wrong but you still go for it.Ill-fated will be if you end up with guy like me. Hahaha!Macam kecewa jer bunyinya.

And I'm not the only fan that feel that way.We are many.Put aside your double-faced fan.If not, you don't have to shutdown your official web's discussion forum.From marketing point of view,I can understand why you want to keep all this biarlah rahsia for a reason it might hurt your Transkripsi's sale.Your company eponymous effort. But I think all the euphoric tale about your biarlah rahsia's love script does not translate well into sale.Que será, será.I pity that album.

Not only that.Biarlah Rahsia dropped a few notches from numerous chart the week after.Not to mentioned the controversial exit of your protégé. That is strong signal that something is really going on because it never happen before. In your case.If you really open your eyeslah.But I guess you are more than ready.As a fan I don't want to see that.At least I want one more album + the traditional concert that being put in unknown status box.And be like what the MP Jasin suggested "...ala...close one eyelah!" on your Datuk K's case, nonchalantly I still and will support you because you are my only hope to beat Mawi. Oops!Don't hate me cause I'm beuatiful.

Put that aside,what worries me more is that you innocently set a so not good trend. The trend that it's OK to be number 2 and in the process kick the number 1.A disturbing trend that comes out with domino effect but very au-current this season. It's not new for me for you to have a fan. Even you fan is already a star. Not long after you,we have Maya Karin doing that number 2 thing.Then Amber Chia do it too.Not too suprise, both stars stand just like you.Denial elegantly ala biarlah rahsia.

What interesting for me in this denial and whatever biarlah rahsia crap,I couldn't help but wonder if all the sound very bad emails circulating the Internet about you and Datuk K might hold some truth.In addition,you purposely or not,shave one by one the thin line between the crap and the truth.Mmm...I wonder what if all the allegations of Datuk S are true too.

Well,in the risk of sounding too chaotic,I banned all your song to be played on my car for 2 weeks. On the 14th day,I accidently listened to Patah Hati(my all time favourite song) on I don't know which radio station it's.Damn you Siti!Whatever happen,nonchalantly I think I still like you.I mean your talent. You sound very good.

Oklah!Enough crap said.Got to go.I want to vote for you for Anugerah Era. Erk...did the online voting still open?

Note:The writer hate snatched-theft and think they should be sentenced heavily.The writer also hate anything that related to a snatch except the movie Snatch.Love that Brad Pitt six-pack(but later someone told me that his six-pack is surgeonly enhanced).

Wednesday, August 23, 2006

Ada Apa Dengan Siti Dan Datuknya


Sayu hati aku melihat gambar ini.

Apalah surat khabar Malaysia.Ingat ini Hollywod ke?Punyalah kecoh pasal Siti dan Datuknya sampai berita lain di anak angkatkan.Penting tapi kurang mendapat perhatian.Hahaha!Pandai jer aku salahkan suratkhabar pulak.

Contohnya masa pengumuman bertunang tu.Kesian orang yang kena gempa bumi tu kat Indonesia. Mula-mula aku dengar 50 orang sahaja yang terkorban. Tapi bila cerita seronok Siti dan Datuknya bertukar jadi memualkan, sedar-sedar dah 500 orang yang terkorban.

Nampaknya masyarakat Malaysia yang kaya-raya dan aman sentosa lebih teruja disajikan soal betapa mahalnya baju-baju pengantin Siti Nurhaliza dari cerita rakyat Palestin yang dikerjakan Israel.Atau yang lebih terkini,cerita rakyat Lubnan kena ganyang. Juga oleh Israel yang durjana.

Cerita pasal Siti Nurhaliza memang boleh jual dan menawan rasa. Memang itu pun motifnya. Kalau tidak,tak adalah orang tu bila nampak caption Siti jer terus terbeliak biji mata.Samalah seperti drama kat TV.Salah satu sebab kita suka tengok drama ialah ia boleh buat kita rasa bagus. Buat kita rasa seronok. Walaupun untuk seketika.Buat kita lupa masalah dunia sekitar kita. Modus operandinya ialah menawan minda separa sedar kita dengan mempamerkan kemewahan yang plastik atau kalau buat cerita sedih tu,macam tak logiklah pulak.Eh...betul ke teori aku ni?Ini hanya gambar-besar sahaja.Gambar-kecil?Err...aku dah letih menaip ni.

Note:Penulis tidak teruja sangat dengan cerita Siti dan Datuknya.Penulis lebih simpati dengan cerita Biarlah Rahsia Tengku Zawyah dan anak-anaknya pula. Bagaimanalah perasaan beliau agaknya melihat sana-sini orang bercerita pasal Siti dan suaminya. Itulah lelaki.Bila dah berjaya sikit,mulalah lupa diri dan asal-usul. Harap-harap bila aku jadi Datuk nanti,aku jadilah macam Datuk K.Amin.Tapi tanpa misai OK.Misai tanpa janggut is so not me.

Tuesday, August 22, 2006

Mari Berpantun Di Zon On The Park



I’d like to make my writing in Malay because I sound stupid when I write in English.

“Berapa jauh rumah puteri,
Berteman dan berkereta,
Berapa susah melepaskan Siti,
Macam-macam tohmahan dan sengketa.”

37 hari yang lalu ada pesta pantun dekat The Zon On The Park.Bagus jugalah ada benda-benda begini.Ada lagi jati diri Melayu. Cuma masalah aku ialah pantun yang dikarang sungguh tidak puitis.Ada masalah pemilihan kosa kata.Tak sesuai dengan majlis yang berlangsung.Tak masuk gaya.Macam lihat model yang berkasutkan Cole Haan,seluar Levis, berbajukan Calvin Klein tapi pakai jam Casio.Boleh tidak diambil kira tapi buat yang bermata jahat(macam aku) ia akan nampak sedikit cela.Namun begitu,aku masih boleh terima lagi sebab pantun yang dikarang masih lagi mematuhi patah baris mengarang pantun yang asli.Mmm..kesian En.Tarudin yang kena baca.Dah macam terpaksa dah bunyinya.

“Pahlawan Pahang berbadan sasa,
Tidak gentar walau sesiapa,
Datuk Mat Kilau akan namanya,
Baik pekerti sopan berbahasa,
Di pihak kami seisi keluarga,
Ditentukan jodoh syukur kepadanya.

“Kembang mawar di waktu pagi,
Tumbuh subur di laman mami,
Peranan media disanjung tinggi,
Tidak terbalas keluarga kami,”

Aiyo!Pantun pihak lawan memang menghampakan.Kesian dewan dihias cantik-cantik.Tangga siap ada belit-belit riben lagi.Untuk hari yang istimewa.Tapi bila tiba bab berpantun, sedikit lemah.Main-main ye.Tak cantik langsung.Malah membingungkan aku. Terutama baris kedua-di laman mami tu.Hahaha.Pakai bubuh jer ke atau ada udang disebalik batu?Pantun yang ini aku bagi C.Yang En.Tarudin punya aku bagi B+.

Sama cantik,sama padan.Bagai pinang dibelah dua.
Err...aku maksudkan pantun yang dipertandingkan.Bukan orang yang dipantunkan.

"Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa,"

Aku memang sensitif sikit bila bab-bab berpantun ni.

Selamat Pengantin Baru Siti dan Datuk K.

Note:Penulis suka melihat bahasa tubuh Siti dan Datok K.Nampak macam ada keserasian.

Monday, August 21, 2006

Brickfield::Pencuri Surat Khabar(Part 2)

Sekitar waktu minum petang,akhirnya sepandai-pandai tupai melompat, jatuh juga ke tanah. Aku sudah tahu siapa si pencuri The Edge aku.

Macam mana aku tahu?Dalam The Edge itu aku ada letakkan borang cuti aku.Jadi adalah pengintip aku beritahu aku yang tiba-tiba si M itu letak borang cuti aku yang ada dalam 10 helai kat meja aku.Aha!Kantoi.Si pengintip itu sebenarnya tak tahu pun apa yang dah berlaku pagi tadi sebab dia datang lambat.Jujur dan lurus sahaja jawapan mamat itu kena soal-siasat dengan aku.

Yang aku musykilkan ialah sikap si pencuri itu.Mungkin dia dah termalu sendiri kot dengan aku. Walaupun dah bertentang mata dengan aku tapi dia masih pura-pura buat macam tiada apa yang berlaku.Dengan kata lain,dia buat bodoh jer dengan aku.Geram betul.

Cakaplah "Tadi saya curi dengan sengaja The Edge awak".Tentulah kurang sakit hati aku.
Atau pun,"Saya bos.Suka hati sayalah nak buat apa".Oops...terbocor rahsialah pulak.

Hairan juga aku macam mana ada orang macam ini punya perangai dalam persekitaran aku yang orangnya semua very typical Malay. Mmm...dia ini ada masalah dalaman kot!Attitude problem.

Macam mana ye nak berinteraksi dengan manusia macam ini?Any idea?

Apa kata kita pulaukan dia.

Sunday, August 20, 2006

Brickfield::Pencuri Surat Khabar(Part 1)

Mana tidaknya aku tak naik angin tengah hari buta hari itu.Tak panas lagi bontot aku bekerja sudah ada orang buat hal dengan aku.The Edge aku kena curi.Sayu hati aku.Si pencuri tinggalkan muka depan sahaja. Kot ia pun nak curi,ambillah semua kan. Mmm...mungkin dia tak sempat kot.

The Edge itu sebenarnya bukan aku beli pun.Aku ambil dari tempat surat khabar lama di ibu pejabat.Sebelum maklumat dalam itu kena kitar semula, baiklah aku bacakan.Macam biasa,aku dah minta izin dari HR sebelumnya merembatnya.HR kata ambillah dengan syarat jangan ambil edisi yang terkini.

Puas aku cari keliling tempat aku kerja tapi tak jumpa.Tiba-tiba aku ternampak suratkhabar yang macam The Edge di kumpulan asing yang datang membuat latihan bersebelahan dengan meja kerja aku(kami dipisahkan oleh satu pembahagi dinding). Oh...itu mesti The Edge aku. The Edge ini senang dicam sebab kualiti kertas dia dan layout dia lain sikit dari suratkhabar biasa. Tapi aku tak berani nak pergi ambil sampaikan makcik-makcik sekumpulan dengan aku kata aku penakut. Ya!Aku memang penakut.Ada hantu galah kat situ.

Lepas makan tengah hari,aku beranikan diri pergi periksa.Oops!I did it again.Surat khabar yang aku nampak itu memang The Edge tapi bukan edisi yang aku bunya.Ya ampun dong!

Buat besar kemaluan sahajalah aku ni!

Saturday, August 19, 2006

Brickfield::Dapat Bonus

Kata orang,penantian itu suatu penyeksaan.Sebab itulah aku dengan pesimisnya berhenti berharap walaupun terdetik rasa cemburu bila adik-beradik syarikat aku sudah dapat dulu. Maklumlah,suasana sekarang sukar untuk merintis kemungkinan.Lagipun CEO awal-awal lagi dah bagi big picture.

Setelah diduga berbagai rintangan,buah(baca:bonus) yang dinanti-nantikan(baca:tak jangka) gugur(baca:dapat) juga akhirnya.Tak tahulah CEO aku jolok pakai magik apa.Walaupun dapat peratusannya tak banyak tapi OKlah juga dari tak dapatkan?Tak adalah macam orang tu.Siap boleh pergi German tengok World Cup lagi.

Kalau tahun lepas aku dapat tempat kedua,tahun ini tak tahulah aku dapat nombor berapa. Err... sebenarnya aku tahu kot aku dapat nombor berapa. Rasa nak menjerit bila aku periksa duit aku 72 jam selepas duit dimasukkan ke akaun.Aku lambat check sebab sibuk+banyak pengsan qadak tidur.Poyo pulak rasanya ayat rasa nak menjerit tu sebab tak adalah banyak sangat pun. Lebih sikit jer dari gaji bulan-bulan Little Napelon tu.Walaupun tak banyak tapi sekurang-kurangnya terbalas jugalah kegigihan aku membanting tulang tahun lepas.Tambah menarik, timing keluar bonus+increment macam berjanji-janji dengan Mega Sale. Eee... seronoknya. Bolehlah aku berretail theraphy dengan bergaya sekali tahun ini.

Terima kasih CEO.
Terima kasih TAB.

Kan best kalau gaji aku bulan-bulan macam ni?

Friday, August 18, 2006

Brickfield::Kena Tahan Polis

Aku tersenyum poyo.Apa kejadahnyalah aku dingorat pondan.Tiba-tiba, hilang senyuman dari muka aku.Ada road block pula kat jalan utama menuju taman perumahan aku.Encik Polis memberi isyarat dengan lampu suluh suruh aku berhenti.Ah,sudah!

"Lampu motor Encik tak menyala ni?"Tanya Abang Polis.
"Err...mungkin tadi baru rosak kot".Jawabku.

Aku tipu Abang Polis tu.Padahal aku memang dah lama tahu yang lampu motor aku memang dah kaput. Sengsara juga kalau terserempak bahagian yang gelap di Lebuhraya Perseketuan. Abang Polis ambil aku punya lesen dan roadtax.Kemudian suruh aku jumpa bos dia.

"Baru balik kerja ke?"Mungkin si bos ternampak passcard aku.
"Ya".Jawab aku.
"Esok masuk kerja pukul berapa?"Tanya si bos lagi.
"8.30".Jawabku jujur.
"OKlah.Encik boleh balik".Katanya lagi.

Lega gila.Walhal sebelum itu aku dah bersedia untuk diapa-apakan oleh Abang Polis itu. Nak suruh ketuk ketampi pun aku buat.Nak ambil gambar pakai camera digital pun boleh.Aku rela. Yang penting aku boleh sampai rumah cepat.Aku dah ngantuk gila.

Pasal lampu motor itu aku memang tak boleh nak buat apa-apa.Memang tak ada masa nak betulkan. Sedangkan nak shave pun tak sempat, inikan pula nak pergi kedai motor.Punyalah serabut misai janggut aku sampai kena tegur dengan seorang awek yang tanya aku ada masalah negara ke.Mmm...mungkin kot.Aku jiwa kacau sikit masa tu.

Note:Entry Brickfield::Kena Ngorat(Part 2) tidak dapat disiarkan kerana menghormati hari ini hari Jumaat dan digantikan dengan cerita poyo di atas.Harap maklum.

Thursday, August 17, 2006

Brickfield::Kena Ngorat(Part 1)

Lepas isi minyak,isi angin pula.Tiba-tiba datang sebiji Satria biru.Ada 3 orang awek di dalamnya.Berhenti nak isi minyak.Ketiga mereka keluar. Waduh!Seksi gila.Cunlah juga walaupun hatiku terdetik sesuatu.

Tanpa disangka salah seorang dari mereka berjalan kucing ke arahku. Ah,sudah!Gubra seketika panca inderaku.Aku memachokan diri.Dia nak tanya jalan kot!

Abang handsome!Kitaorang nak pergi minum.Nak join?

Arghh...aku rasa nak terpengsan.Bukan sebab kena panggil handsome tapi sebab dengar suara awek tu.Walaupun muka dan gaya seiras wanita sejati tapi lemak merdu suaranya memadamkan pandangan bernafsu aku. Oh,tidak!Yang aku sangka awek tu pondan rupanya. Aku tertipu. Nak buat macam manakan. Dia siap ada tetek lagi.Boleh tahan gak lazatnya. Tapi tak tahulah aku dia letak limau ke apa.Tapi kalau suara itu macam, haruslah masih ada batang lagi.

Kemudian,aku selelaki kedua Melayu terakhirnya,menolak sopan pelawaannya.Cakap aku baru balik kerja.Takut juga aku kalau dia tersingggung.Walaupun patah riuknya 18,tapi kudratnya masih lagi seorang lelaki.

Awww...tak rela you aku diapa-apakan.I masih teruna lagi you.Hahaha!

to be continued...

Wednesday, August 16, 2006

Brickfield::Habis Minyak

Masa nak mula merempit,aku perasan minyak motor aku sudah E tahap kronik.Jam sudah 1.30 pagi.Ah,sudah!Buka lagi ke kedai petrol?

Aku merempit perlahan-lahan.Lega!Kedai Esso/Mobil berdekatan masih buka lagi.Tapi tiada pekerjanya.Macam mana ni?Aku cuba pakai kad kredit.Ya ampun!Aku tak reti OK. Lepas tu ada pulak rasa syak wasangka takut kad kredit aku kena telan.Nak telefon kawan-kawan yang masih di office rasa malulah pulak.Mesti depa gelakkan aku.

Jadinya,malu bertanya sesat jalanlah jawabnya.Terus merempit ke Jalan Klang Lama dengan berdoa tak putus-putus.Nasib baik Shell di situ masih buka lagi dan ada pekerjanya.Alhamdulillah!

Pengajarannya.Aku memang kena belajar isi minyak pakai kad kredit. Malulah kena gelak dengan kawan-kawan.Harap gaya jer lebih. Tapi isi minyak,so tidak berkelas. Hahaha!

Tuesday, August 15, 2006

Brickfield::Pagi Ke Pagi

Serba-serbi tak kena hari itu.Menekan perasaan.Hari sebelumnya,aku dan kumpulan utama surat bersuara bekerja sampai jam 3 pagi hari berikutnya dari jam 12 tengah hari sebelumnya. Semuanya salah aku. Aku telah nyaris-nyaris menggagalkan segalanya. Gara-gara 1 baris ayat yang bengong.Damn!Bahagian yang bersalah bukan penting sangat pun tapi aku telah dikambing-hitamkan oleh pihak satu lagi yang memang tak bersedia lagi.

Ajaibnya,sebelum pukul 10.00 pagi aku dah terpacak di Brickfield.Dalam keadaan separa sedar. Aku tak pasti seluar yang aku pakai digosok ke tidak. Terdesak untuk datang awal sebab risaukan perubahan 1 baris ayat yang dibuat sebelum itu. Sepanjang hari itu aku bekerja keras. Lupa diri sekejap yang motivasi diri ini dah ke longkang.Buat itu dan ini sampailah pukul 1.00 pagi hari berikutnya.Aku dah letih gila.Bekerja tanpa henti dari pagi ke pagi.Tidur 5 jam sahaja sehari rasanya. Tengah kami berlawak jenaka menghilangkan ngantuk sesama kami,tiba-tiba ada orang tu cakap dengan nada yang buat aku rasa nak tumbuk muka orang yang bercakap itu. Tapi dia boslah pulak.

"Esok pagi(hari yang sama),datang pukul 8.30 pagi ye".

Praap!Terus aku keluar pergi basuh muka.Tumbuk dinding toilet.5 minit kemudian,baru masuk office. Pergi ke meja dan tutup laptop dan balik. Sebenarnya bebudak lain pun memang dalam diam nak balik tapi masing-masing macam nak jaga reputasi kononnya. Tak ada maknanya OK!

Tak lama lepas aku balik,selamba kodok juga seorang lagi mamat menyusul membuat tindakan yang sama. Aik!Tadi kemain lagi tak nak balik.Bila tengok aku balik sibuk pula dia nak balik juga. Err... adakah aku telah jadi ketua pemberontakan menentang kezaliman bekerja melebihi masa yang terlampau-lampau? Wait and see.

Apapun,kepada semua ahli kumpulan utama surat bersuara,aku minta maaf sekali lagi dengan tindakan aku balik secara mengejut.Lantaklah kalau ada yang rasa aku macam mementingkan diri sendiri.Tapi aku rasa korang memahami siapa yang boleh bekerja sebagai satu pasukan dan siapa yang tidak.Aku sebenarnya sakit hati sangat dengan ayat 8.30 pagi tu.Pandai ye dia buat aku makin menyampah kat dia.

Semua orang balik 1 jam selepas aku balik.Aiyo!Aku ingat korang nak lepak sampai pukul 8.30 pagi.

Note:Cerita ini berlaku dalam masa 72 jam berturutan pagi ke pagi.Aku pun dah sewel sikit masa draft entry ini.Aku baca semula pun aku boleh keliru sebab banyak sangat paginya.By the way,yang kata nak datang 8.30 pagi tu,datang lepas lunch.Hah!Tahu pun.Kitaorang yang dah 3 hari berturut-turut tidur 5 jam sehari pun boleh datang awal tau.

Monday, August 14, 2006

Akhirnya...

This thought came to me while I'm driving.Merempitly from Brickfield through the wee hours of the morning.The thought that make me realized that all this while I'm in denial.Yes!I'm in denial.Over my so called relationship with Oren.Frankly,I can say that the whole saga of Siti's biarlah rahsia did play a factor that triggered this thought.

The thought about one relationship that shouldn't start at the first place. The one relationship that stood as the epitome of test of my self-definition as a man. Well,I don't why I am so stubbornly denial over whatever happen. Maybe I honestly like her.Or maybe more that that is in the store.Never explore it for God sake.What ever it's,hanging by this foolish hope does not bring any good to anybody.To me or to Oren. Dammit!Why I'm so blind-sided to realize all this things earlier.

To Oren,if and only if you ever wondered my sudden change,this might be the answer that you are looking for.During the good old times,just looking at you will make my day.No matter how worst it can be. Now, whenever I see you,I feel like...mmm.Don't knowlah how to describe it. But,if I'm overly happy I will try my best to have a look at you.Just like the good old times. The only difference now is that,you wouldn't know that.All is done ala paparazzi right now. Hahaha!I don't have strong enough will power to look straight into your eyes.

With that,today,14 August,for the first(and maybe the last),I would like to wish.

Happy Birthday Oren!

So unrelevant.Merempit-wee hour-biarlah rahsia.Hahaha!All this was like I can equate it to like being hit by a car,got coma for a while and wake-up later.

I'm so wake-up now.No more denial.No more waiting.Life goes on.

Note:Aku menangis masa tulis draft ni.Masa tu tengah test kat Brickfield. Tak caya, tanyalah Ashraf.Tapi bila dia tanya aku kenapa,aku tipu dia. Aku cakap aku terteyeh sos tortilla kat biji mata aku.Ahaks!Asraf ni lurus bendul betullah.Rasa berdosa pula menipu dia.

Sunday, August 13, 2006

If I Let You Go

Day after day, time pass away
And I just can't get you off my mind
Nobody knows, I hide it inside
I keep on searching, but I can't find
The courage to show, to letting you know
I've never felt so much love before
And once again I'm thinking about
Taking the easy way out
But if I let you go I will never know
What my life woul be, holding you close to me
Will I ever see you smiling back at me?
(Oh yeah) How will I know if I let you go?
Night after night, I hear myself say
Why can't this feeling just fade away?
There's no one like you (no one like you)
You speak to me heart (to my heart)
It's such a shame we're worlds apart
I'm too shy to ask, I'm too proud to lose
But sooner or later I got to choose
And once again I'm thinking about
Taking the easy way out

Chorus
If I let you go
Ooh baby, ooh
And once again I'm thinking about
Taking the easy way out
But if I let you go, I will never know (oh)
What my life would be holding you close to me
(Close to me)
Will I ever see you smiling back to me?
(Oh yeah)
How will I know? (Oh)
If I let you go (If I let you go)
But if I let you go I will never know (oh)
What my life would be, holding you close to me
Will I ever see you smiling back at me?
(Oh yeah)
How will I know if I let you go?

::Westlife

Saturday, August 12, 2006

Jadi Imam::Part 2

Sampai Rebung kami minta izin dari tuan rumah untuk bersolat dulu. Sempat masbuq. Akhir pusingan pertama,3 orang termasuk aku meneruskan solat. Errgh...berderau darah aku bila bahuku ditepuk. Ah,sudah!Kataku dalam hati.Kenapa pula aku dipilih jadi imam. Aku bukan tak boleh jadi imam tapi ini Rebung OK.Aura dia lain macam sikit.Mesti yang hebat-hebat jadi makmum aku.

Damn!Tepat ramalanku.Memang berkaliber jemaah aku.Terus terdetik rasa keinsafan.Rasa kerdil sangat.Harus dibuat sesuatu dengan mutu solat aku.Harus ditambah baikkan.Jadi sesempurna yang boleh.

Allah berfirman, “Sesungguhnya solat dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji dan mungkar.” Surah Al-Ankabut,ayat 45.

Friday, August 11, 2006

Jadi Imam::Part 1

Hari itu sunguh kelam-kabut.Pagi aku ada UAT projek surat bersuara. Petang pulak bos ajak aku temankan dia pergi Rebung.Buat UAT 014. Pergh...2 UAT dalam sehari.Nak jadi Superman ke apa aku ni.

Aku macam malas nak pergi sebab banyak kerja.Tapi memikirkan yang aku boleh balik awal lepas tu,aku setuju sahajalah dengan arahan bos.

Tapi rasanya bos aku amat licik.Dia boleh baca fikiran aku agaknya.Dia pesan kat aku supaya jangan bawa laptop.Bawa IC,duit sikit dan handphone sahaja.Pergi ikut dia walaupun aku berkeras nak pergi sendiri.Yelah,tak dapat balik awal(sebab tak boleh bawa laptop)dapat pergi berpoya-poya di Mid Valley pun jadilah.

Mmm...kalau dah pergi dengan bos,harapan tinggal impian sahajalah.

Note:Glamer juga aku kat Rebung ni ye.Ada orang panggil nama aku lagi.Siap lengkap berbin.Yang tak sesuainya,mamat yang panggil aku tu tengah macam dalam meeting.Apa kejadahnya meeting boleh panggil orang yang lalu-lalang.Lawaklah dia ni.Nampak sangatkan teruja bila tengok aku kat office dia.

Thursday, August 10, 2006

Mencari 014::Part 2

Tapi seronok siot kerja aku ni.Aku dapat tugasan 014 ni dah lama jugak. Aku yang highlightkan isu 014 kat bos bila MCMC keluarkan memo.Tapi oleh kerana ada isu birokrasi dan ada priority lain yang lebih penting,aku pun dah macam terlupalah.Tup tup customer minta migrasi. Sakit jantung jugaklah aku sekejap sebab tak buat apa-apa lagi dan jadual waktu aku minggu itu sangatlah padat.Tapi tak apa.Aku poyo jer buat benda lain.Hai,mati-matilah aku ingat diaorang ini tak berminat nak migrasi.

Kurang 24 jam,balik office barulah aku terhegeh-hegeh nak buat.Itupun lepas habis berita tengah malam.Padan muka aku.Sampai 2 jam lagi nak Subuh aku masih lagi terhegeh-hegeh mengetuk laptop.Nak buat macam manakan.Kita perlu merintis kemungkinan.

Pergh!Itu pun nasib baik ada laptop.Kalau tak,harus ada orang yang pengsan tak dapat migrasi dan kena belasah dengan Datok apa ke entah nama dia.Hahaha!Bila difikirkan semula,memang sebijik macam zaman kat MMU dulu hidup aku.

Ahaks!Aku terpaksa bypass segala macam mak nenek CMMI untuk menjayakan 014 migrasi. Yin,janganlah nak ehem-ehem aku.Kita buat CMMI ala reverse engineering boleh tak?Hahaha!Kalau aku rajinlah.

Alhamdulillah.Proses migrasi berjalan lancar walaupun ada adegan lompat si katak lompat 2/3 kali.Nak buat macam manakan.Dah hasil kerja sikit lagi nak Subuh.Aku sakit hati dengan bos aku.Ada ke patut setiap 1 jam dari pukul 10.00AM dia telefon aku tanya dah siap ke belum. Aiyo!Very the concern OK.

Apapun,yang seronok sangat itu bukanlah pasal kerja aku.Seronok sebab buat kerja dalam tak berapa jam sahaja aku dah berjaya menyumbang RMXX K kepada syarikat.Ahaks!Kiranya tinggi juga ROI aku ye.Well,see the leglah!Sebab ni kot CEO tak kasi aku 'berhenti'.

Tapi bukankah seronok kalau duit itu aku yang dapat.Boleh gak beli laptop baru yang lagi power. Laptop aku sekarang ni DVD ROM dia rosak.Banyak sangat benda tak elok kot aku tengok.Ahaks!

Note:Bila aku buka laman web maybank2u.com,diaorang pun ada migrasi 014 jugaklah. Ahaks!I'm not alone.

Wednesday, August 09, 2006

Mencari 014::Part 1

Kedai No 1
Aku:Tauke!Ada 014 tak?Celcom punya?
XXX:Celcom tak ada 014.Digilah 014.
Kalau tak ada tu,tak payahlah macam marah-marah aku.

Kedai No 2
Aku:Ada jual Celcom 014 tak?
XXX:Tak adalah.Kenapa lu cari itu 014?Lu masuk itu Explorace ke?
Sampai hati lu apek.Gua pakai smart gila lu kata gua masuk Explorace.

Kedai No 3
XXX:Nak apa brother handsome?
Aku:Mmm...Amoi.Ada jual 014 tak?Celcom?
XXX:Celcom?014?Tak adalah.
Aiyo,ada-ada sahajalah amoi ni.Kata aku handsome ye.Tak kuasa you.

Kedai No 4
Aku:Bro!Ada jual Celcom 014?
XXX:Celcom 013 dan 019.Maxis 012 dan 017.Digi baru ada 014.
Hello!Macam tak puas hati dengan aku pulak mamat ni.Aku kan kerja dalam bidang telekomunikasi.Nak aku terangkan pekeliling MCMC pasal 014 ke?

Itulah antara dialog sengal antara aku dan pekedai semasa aku ditugaskan mencari sim card Celcom 014 oleh bos aku.Untuk aku uji semasa proses migrasi dan segala macam mak nenek proses lagi yang melibatkan 014.

Ya!Tuan-tuan dan puan-puan.Selain menyelesaikan masalah negara Endian dan masalah meletup sana-sini termasuk tugasan mencari cawan-cawan yang hilang apabila bos-bos bermesyuarat di Cyberjaya, mencari sim card juga salah satu hobi aku. Aiyo!Memang dari A-Z kerja-kerja projek aku.Semua jawatan aku dah jadi kecuali HR,Finance dan CEO.

Note:Celcom 014 is only available at TMPoint.Region only.Eeee... geramnya aku kat mu Miji. Dah lah aku demam tau masa cari 014 tu all the way from Brickfield sampailah ke Puchong.

Tuesday, August 08, 2006

Minta Berhenti::Part 2

Labu SMS aku.Katanya CEO dah tandatangan.Yahoo!Aku rasa gembira ya amat.As happy as a clam.Rasa teruja.Terus motiasi bekerja aku pulih ke paras normal.Aku buat kerja dengan penuh dedikasi.Mungkin inilah UAT/migrasi terakhir aku di sini.

Labu SMS aku lagi.2 jam kemudian.Katanya CEO memang sudah tandatangan. Tapi dekat bahagian TIDAK DISOKONG.Damn you Labu!Terus motivasi bekerja aku menjunam ke paras bahaya.

Walaupun aku rasa kecewa tapi semuanya seperti yang aku jangkakan. Malah ketika bertentang mata dengan CEO,hasratnya sudah jelas.Cuma aku yang masih tidak mahu mengerti.

Terima kasih En.CEO kerana memahami!

Moral of the story:Tolonglah jangan terpedaya dengan Labu.Walaupun dia dah tak jambu tapi dia masih suka mempermainkan perasaan orang. Ahaks!Jangan marah ye Labu.

Monday, August 07, 2006

Minta Berhenti::Part 1

Patut atau tidak patut?Di tengah huru-hara nak melancarkan projek surat bersuara versi kebangsaan,aku telah meluangkan 5 minit aku yang sungguh berharga untuk berjumpa CEO. Nak minta tandangan.Nak minta 'berhenti' kerja.Pindah ke syarikat yang bertaraf abang tiri kepada syarikat aku.

Hari itu hari terakhir menghantar borang pelepasan dari CEO.Resume telah ku emailkan pada lewat hari sebelumnya.Kalau ikutkan,memang dah luput tarikh tamat.Nasib baik dapat belas ikhsan kakak HR yang jelita itu.Itu pun nasib baik my partner in crime yang ringankan mulut bertanya.Nak harapkan aku,baca surat khabar pun aku tak sempat.Dah 3 minggu begini.

Kami dapat tahu pasal job opening ini lewat juga.Datok R lah yang lewat forwardkan email.Sila marah dia.Itu pun nasib baik 1/2 hari sebelum tarikh tamat aku pergi lunch dengan dia.Kalau tidak, jilat tapak tangan sahajalah.

Sehari suntuk jugaklah aku berfikir.Patut atau tidak tindakan aku ini. Dahlah bonus belum dapat lagi.Dulu pun macam ini juga. Masa aku kritikal sibuk, masa itulah keluar iklan.Tapi memikirkan yang gred aku statik tak bergerak-gerak sejak 6 tahun lalu, memikirkan kenapa aku masih lagi gembira di sini dan macam-macam lagi yang aku fikirkan,aku bulatkan hati membuat keputusan. Mungkin ini jalan yang terbaik. Walaupun aku mengisi borang dengan rasa berat hati sangat-sangat.Tapi nak buat macam manakan.

Kalau ikutkan,aku memang tak suka ambil risiko macam ini.Tapi apa boleh buat.Jadi lelaki harus berani.Untuk kebaikan karier aku juga.Yang masih jauh perjalanannya.

Sunday, August 06, 2006

Berkampung Di Brickfield


Waktu pagi ada matahari di Brickfield.

Lama tak nampak?Pergi mana?
Oh!Saya kat Brickfield.Ada kerja sikit(baca:banyak gila kerja)

Makan kat mana?
Saya ditaja.3X sehari.Tengoklah saya.Dah gemok banyakkan?

Pergi Mid Valley?
Mmm...dapatlah pergi 2X walaupun saya hari-hari plan nak balik awal nak pergi berpoya-poya di situ.Itupun tergesa-gesa nak kena balik rumah sebab nak tengok Han Duh-Mi.

Toilet ok?
Oklah juga.Walaupun tak secantik toilet di pejabat Cyberjaya tapi tidaklah sebusuk toilet pejabat saya satu lagi di Faber.Cuma jauhlah sikit dan tak banyak.Kalau penuh tu kenalah beratur.Secara statistik,kalau 10X saya pergi tu,9X saya tak dapat guna. Kenalah turun lif cari toilet kat level lain.

Pergi kerja naik kereta ke?
Tak adalah.Saya merempit.Cepat dan mudah.Cuma kadang-kadang tu rasa macam mudah jer mati kena langgar kereta.


Waktu pagi tiada matahari di Brickfield.

Note:Berkampung di Brickfield,17 July 2006-4 August 2006.

Saturday, August 05, 2006

Masalah Pencemaran Bau Badan::2006

Sebelum aku teruskan,aku ingat menekankan yang aku bukan racist. Apa yang telah terbau hanyalah satu kebetulan yang tidak elok untuk alam sekitar.Kalau ada yang terasa,aku mintak maaf(sebab Raya lama lagi).Lagipun nanti bulan puasa tak sesuai buat entry alam sekitar yang macam ini.Ahaks!

Selain orang India,orang Melayu di dalam pejabat aku pun ada masalah bau badan.Ada 3 orang.

Yang pertama,dah letih aku bagi hint yang dia berbau tapi dia buat dek jer.Nak tegur berdepan karang, dia ni pulak jenis yang tak makan saman. Sehinggalah seorang lagi kawan aku yang memang bermulut celupar ya amat membuat lawak straight to the point pasal dia.Lawak yang ada kena mengena dengan car perfume.Selepas lawak tu,sehingga kini dia dah berubah.Jadi wangi.Mungkin bini dia pun dah complaint kot.Psstt...dia ni takut bini(kot).Kalau bini dia cakap, mesti dia patuh. Cakap kawan-kawan dia, selalunya dibakul-sampahkan sahaja. Walaupun untuk kebaikan dia juga.

Yang seorang lagi ni,bau dia sebijik saling tak tumpah macam yang versi import tu.Cuma lagi kuat. Kalau yang import tu aku tahap pening-pening kepala kena balik awal,yang versi tempatan ni mmm...aku tahap nak termuntah serta-merta.Nasib baiklah mamat ni sekejap berbau sekejap tidak. Masa bau dia dapat dikesan,aku mati-matilah ingat kerja mamat import tu. Rupanya aku salah percaturan.Tempat duduk aku kan dekat dengan pantry. Jadi satu pagi tu, bila ambil air memang busuk gila kat situ.CSI punya CSI,sah bau itu milik mamat tempatan. CSI aku ini telah diauditkan oleh seorang lagi kawan aku.Yang mulut lagi laser dari aku tu.

Kes ketiga,bau badan dia pelik sikit.Macam bau benda lembab.Aku mula-mula ingat aku ni berhalusinasi bau benda pelik-pelik. Tapi bila ada seorang kakak tu mengadu masalah kepeningan dia kat aku dengan simpton-simptom yang hampir sama dengan aku,maka dengan rasminya sahlah aku tidak berhalusinasi.Seperti kes kedua,mamat ini pun sekejap berbau, sekejap tidak. Untuk mentidakkan aku balik awal,aku akan memastikan aku berada dalam jarak 10 meter dari dia.Lagipun,aku memang dari dulu lagi malas nak berdekatan dengan dia.Nak buat macam mana kan.Dengar suara pun aku rasa nak termuntah.

Yang aku jadi Melayu dilemma dalam cerita bau tak wangi ini ialah macam mana aku nak beritahu orang yang bertaraf bos kepada aku yang dia tu berbau tak elok.Karang tak pasal-pasal dari aku dapat cemerlang,gemilang,terbilang terus aku dapat ke longkang.Walaupun Aiman memang dah tahap tak kisah sekarang.

Tapi tak logiklah orang bertaraf bos berbau busuk.Macam mana dengan perasaan orang yang terpaksa duduk semeja dengan mereka. Kalau akulah jadi bos,haruslah hari-hari bau minyak wangi aku lain-lain.Dunhill ke,Hugo Boss ke,Versace ke,Davidoff ke,Calvin Klein ke,Donna Karan ke dan lain-lain lagi ke.

Tak ada maknanya duit banyak kalau badan bau busuk.Bukan menyangkul sawah padi pun. Duduk dalam air-cond pun boleh busuk. Pelik juga aku.

Moral of the story:Bau badan busuk aku boleh terima lagi tapi kalau hati busuk, selalu nak lepaskan tengkok sendiri dan asyik nampak yang negative sahaja memanglah aku tak boleh terima.

Friday, August 04, 2006

Masalah Negara Endian::Part 2

Tapi bukan itu sahaja masalah aku.Aku ada masalah lain.Masalah pencemaran bau badan yang sama kroniknya seperti masalah jerebu sekarang.Punca titik panasnya ialah mamat pekerja kontrak dari negara India yang sama-sama bermasalahkan masalah negara Endian dengan aku.

Adui.Pening tahap tak boleh berfikir kepala otak aku bila dia dekat-dekat dengan aku.Bila kami terpaksa berbincang bersama-sama.Banyak kali pulak tu.Hai,macam manalah wan Adnan dan Faris boleh sebilik dengan depa ini.Kalau akulah,harus dah lama gila aku melarikan diri.Dulu depa ada cakap dengan bos aku nak duduk sebilik(baca:kawasan lapang) dengan aku sebab mudah nak tanya itu ini.Terus aku bagi kata dua kat bos aku.Kalau dia nak projek ni lewat 12 bulan,letaklah mamat berbau tu sekawasan dengan aku.

Dah busuk satu hal.English dia pulak macam tak OK.Oleh kerana dia busuk, terpaksalah aku cakap tutup hidung.Bila bercakap,dah sengaulah pulak English aku.Ah,sudah!Lagilah mamat tu tak faham apa yang aku merepek. Kadang-kadang tu kena panggil kawan dia yang hebat sikit Englishnya.

Mmm...susah betullah bekerjasama dengan orang ada bau ni.Kerana dialah aku hari-hari kena balik awal sebab pening kepala.

Hahaha!Konkritkan alasan aku nak balik awal.

Note:Bau busuk tidak baik untuk sistem pembiakan kaum lelaki.Sperma-sperma mudah mati kot.Sebab itulah ada hadis Rasullulah(kalau tak silap akulah) yang mengharuskan kaum lelaki berwangi-wangian.

Thursday, August 03, 2006

Masalah Negara Endian::Part 1

Seminggu aku dihantui masalah pelik ini.Masalah apa yang aku hantar tak sama dengan apa yang sepatutnya aku hantar.Macam dia berubah bentuk dalam perjalanan. Contohnya,aku nak hantar lelaki handsome ke point X.Tapi bila mamat tu sampai kat X,dia bertukar jadi pondan azab gila.Mmm...nasib baik jadi pondan tau.Kalau jadi awek cun gila, lagilah pecah kepala aku nak CSIkan.

Aku tanya Little Napelon.Dia pun sependapat dengan aku.Aku tak puas hati walaupun masalah ini bukan masalah aku sangat pun.Tapi macam biasa,aku rasa aku yang salah kot. Aku rujuk masalah aku dengan Pendekar baju kotak.

2 jam kemudian,dia beritahu aku tiada siapa yang bersalah.Tapi aku memang dalam masalah. Masalah little Endian vs big Endian.

Note:Atas sebab-sebab kekurangan keupayaan teknikal dan hendak menjimatkan masa, terpaksalah dibuat penambahbaikan dalam data aku. Hai,sabar jelah.Aku jugak tu yang kena getah.

Wednesday, August 02, 2006

Lawatan Akademi Fantasia


Sedang bermain jigsaw puzzle.

Hari itu hari Sabtu petang.Aku tengah seronok dilamun mimpi indah. Tiba-tiba handphone aku berbunyi dan si pemanggil di hujung talian kata hendak datang ke rumah.Aduh!Potong stim betullah. Hendak sahaja aku katakan jangan datang tapi diaorang sudah dalam perjalan pula. Aku tenyeh-tenyeh biji mata.Aku lihat sekeliling.Aiyo!Rumah bersepah gila. Macam baru kena rompak.

Terus aku kelam-kabut mengangkat bontot mengemaskan rumah. Membersihkan bilik air. Memvacuum lantai(sebab tak jumpa penyapu). Dah siap mengemas,eh mana diaorang ni.Dah dekat 2 jam tak sampai-sampai.Aiyo!Sesat rupanya adik-adik aku tapi sedikit pun aku tak hairan. Si pemandu tu memang kaki sesat.Ahaks!Mari beramai-ramai kita gelakkan dia.

Bila diaorang sampai,tanpa naik rumah lagi terus aku bawa mereka makan malam di kedai kegemaranku.Mesti brother kedai tu hairan. Selalunya aku datang seorang tapi hari itu datang bawa ramai awek dan seorang budak kecil tak reti duduk diam.

Sudah habis makan,masa tengah iklan,berdesup aku balik rumah. Tengok AF4.30 minit lagi AF4 nak habis,si budak lelaki itu menangis nak balik.Bosan agaknya.Aku paniclah juga sebab rumah aku mana ada permainan.Apa keskan aku nak ada barang permainan.Nasib baik masa selongkar stor, terjumpalah jigsaw puzzle beli Sunquick.Kata siri "Time Of Our Lives",budak-budak memang suka jigsaw puzzle. Memang betullah.Senyap seketika.

Bila habis AF,mereka pun balik.Mmm...jangan datang lagi ye.Aku malas nak kemas rumah. Hahaha!

Tuesday, August 01, 2006

Minta Cuti

Aku memang bengong.Bengong sebengongnya.Ada ke patut aku boleh sesat nak pergi rumah bos aku yang terletak lebih kurang 50 kangkang kera dari rumah aku.

Alkisahnya,aku memang terdesak kena jumpa dia.Nak minta tandatangan. Nak cuti kononnya. Maklumlah,Melaka tengah musim durian sekarang.Yang jadi terdesak ialah sebab bos aku sudah lama tidak masuk pejabat.Dia kat site-office.

Punyalah bertekad nak cuti,siap berjanji nak datang rumah pukul sekian sekian.Sampai waktu, aku pun merempit ke rumahnya.Dekat 10 minit aku berpusing-pusing tapi tak jumpa juga rumahnya.Siap buat lakonan semula dari rumah Haizam(kawan aku) yang mana dulu aku pergi rumah bos aku masa Hari Raya datang dari rumah si Haizam ni.Tapi boleh tak jumpa jugak. Teruknya aku.

Malu bertanya sesat jalankan.Oleh itu,aku pun telefon bos dan minta nombor jalan. Dammit!Tengah bergayutan,bateri handphone aku pulak kaput.Ah,sudah!Terpaksalah aku mengagau-ngagau mencari rumah yang ada pokok jambu.10 minit kemudian barulah jumpa. Geramnya aku sistem pernomboran jalan dia.Suka hati jer.

Dah dapat tandatangan,sempat pula bos aku keluar soalan macam mana nak connect itu nak connect ini.Ah,sudah!Ada mini meeting pulak memalam buta yang fana ini.Aku cuak jer kalau bos aku ambil balik borang cuti tu dan mula melukis architecture.Aku dah tahap nak balik gila. Nak tengok cerita Korea.Sudahlah tadi buang masa sesat.

Kesudahannya,dah penat-penat diduga macam-macam untuk mendapat cuti, aku terpaksa batalkan cuti aku.Ini kerana minggu hari aku nak cuti,aku ada UAT.Dammit!

Hai,rasa nak nyanyi "pernahkah kau bermimpi seketika,berada di tempatku" jer.