Saturday, September 30, 2006

Wake Me Up When September End

365 some days ago last week,I met a girl.A beautiful girl.She made me very sad outside but yet I feel very happy inside.At the very same Ramadhan last year,I still remember how we will go to pasar Ramadhan Putrajaya after office hour together.Or buka puasa at Alamanda.

But now,everything is history.Actually,It doesn't even reach the 6 months milestone.Aha!The calendar stuff is quite confusing right?Don't bother to ask me the detail.

But today,I'm normally happy outside(credit to mas cotek kot).Still sunny as always.Just a little bit lonely inside.

But all that really don't bother me most.Something else did.I really hate myself when I feel like this.Feel very insecure. Feel like a loser.Fell so empty.Feel bored with everything.Very low self-esteem.To make the matter worst,the disturbing symptom is start showing. I'm start losing weight and I really hate that because losing weight a.k.a losing my bontot which ultimately make me the most unhandsome boy category down under.Normally,I will go to have my retail theraphy when I feel like this.

The past weeks are great but a box of combo events may contribute to this unstable state of emotional health but I can't really pin point exactly which one bring the most damages.

Did that unexpected Google to that Fotopages make me crazy like this?
Hello...I should be happylah,say hello and shake hand.

Or did that word "abang" in that blog hit my head again?
Mmm...Yes and No.

Or did I just plain stressed out pressured by that ridiculous dateline?
I don't care.Please sent me the hard copied show cause letter.

Or did I get homesick?Sick of buka puasa alone.Bored of going to pasar ramadhan alone.
Yes.

Argg!Please wake me up when September is over.

I'm tired to feel like this.
I guess I need a friend.
Or balik kampung to calm myself.

Friday, September 29, 2006

Ubat Kuat::Part 2

Balik rumah,saya tak makan pun pil tersebut.Takut.Maklumlah,saya tak ada bini di rumah. Karang tak pasal-pasal masuk surat khabar pula saya jadi perogol bersiri.Tapi satu hari itu, rumah saya kehabisan makanan. Yang tinggal hanyalah kaya dan roti yang dah keras.Saya apa lagi, makanlah pil tersebut.Penuh harapan agar perut jadi kenyang.

Mmm...tak kenyang pun.Tapi sesuatu yang pelik telah berlaku ke atas diri saya.Saya rasa saya jadi kuat.Saya rasa lebih bersemangat.Saya lebih fokus.Saya tidak lalok lagi di dalam pejabat. Saya juga rasa asyik nak ketawa jer.Macam saya telah tertelan pil gembira.Petang itu,saya telah melakukan keajaiban.Biasanya saya berlari 3x pusingan sahaja. Itupun dah rasa nak pengsan. Tapi hari itu saya telah berlari sebanyak 5X pusingan.Kalau bukan sebab hari dah hampir Maghrib dan saya takut ditangkap dan dirogol oleh mat-mat Indon yang ramai berkeliaran, haruslah saya teruskan berlari lagi.Sungguh seronok sekali berlari.Tak rasa letih pun. Malah, makin lama kaki saya rasa makin kuat. Baguslah pil mas cotek ini.Macam ambil streroidlah pula rasanya.


Pokok mas cotek.Gambar ini diambil di Kedah.Tapi masa tu saya tak tahu itu pokok apa.

Masalah kegatalan badan saya juga semakin hilang.Ajaibnya,saya dapat rasakan yang kegatalan itu beransur-ansur kurang dari kepala ke kaki. Macam pelik pula.Sekarang baru saya percaya yang kaki kitalah tempat menyimpan banyak racun.

Walaupun masalah kegatalan satu badan saya telah hilang tapi saya rasa ada masalah lain pula yang datang.Saya ada err... masalah gatal kat satu tempat tu.Bahana makan pil mas cotek kot. Ahaks!Tapi... malulah nak beritahu kat mana.Biarlah rahsia dulu.Nanti saya buat sidang akhbar ya!

Kalau yang jambu dan cun tu,janganlah melintas di depan saya ketika hari senaman saya. Bahaya. Ini kerana saya memang ambil pil mas cotek di hari senaman saya.Untuk bagi power sikit dan tak mudah letih.

Hai!Nasib baiklah makcik-makcik(sini tak ada awek) kat office saya tak berupaya berkebaya lagi sebab diaorang dah tak ada pinggang.Kalau tidak, haruslah saya sengsara.Kebaya kalau kena gayanya memang berupaya menggelorakan jiwa saya.

Kawan saya kata,teh misai kucing pun boleh bagi effect yang sama tapi saya tak cuba lagi.Bagi saya, teh misai kucing itu hanya untuk orang yang ada masalah buah pinggang dan kencing tak lawas. Lagipun saya makan mas cotek bukan sebab nak power.Tak ada maknanya.Sebab saya memang dah power dan saya tak nak over power.Bahaya buat masa sekarang ini.Yang penting sebenarnya,ia boleh buat saya gembira.

Mas cotek.Inilah pil gembira saya.

Atau macam yang Mak Iti kata.Inilah bahagia yang ku cari.

Note:Mas cotek juga bagus untuk kaum hawa.

Thursday, September 28, 2006

Ubat Kuat::Part 1

Nama saya Aiman.Saya memang jenis yang kuat bershopping tapi saya jarang ada banyak masa lapang.Tak tahulah kenapa.Tapi hari itu walaupun saya sibuk tahap lupa minum saya tetap bertekad nak pergi bershopping. Saya perlu mencari sesuatu yang dapat membersihkan racun-racun dalam darah saya.Saya tak mahu gatal-gatal dan terkencit lagi.Cukuplah hanya sekali.

Oleh kerana saya malas dan keletihan hendak memandu jauh-jauh,saya ambil keputusan pergi bershopping di pasar malam Putrajaya sahaja. Ahaks!Padahal saya memang setiap Jumaat ke sana.

Masa saya sampai,hujan punyalah lebat.Tahap pakai payung pun basah lencun.Kesian tau adik saya.Kesejukan dia.Ini kerana seluar pendek yang saya pakai darjah kebasahannya sudah mencapai ke tahap seluar dalam.Kasut sukan saya pula dah berat penuh air.Rasa macam pakai terompah gergasi sahaja.Sungguhlah tidak selesa.Sejuk dan kecut segalanya.Kalau saya tahu hujan lebat sebegini,haruslah saya pendekkan waktu senaman saya.

Walaupun begitu,misi mencari tetap diteruskan.Sebelum itu,semasa di office,saya telah menyalahgunakan waktu pejabat untuk meng'google' tentang herba-herba yang boleh membersihkan darah.Saya terjumpa mas cotek.Macam bagus jer khasiatnya.Jadi,bila jumpa gerai mas cotek, saya pun terus beli.Ada pilihan uncang teh dan akar kayu.Aha!Sudah tentulah saya pilih versi uncang teh kerana saya memanglah pemalas untuk melibatkan diri dalam aktiviti rebus-merebus ini.

Ketika ralat mengira duit baki,saya nampak abang mas cotek itu memasukkan sesuatu dalam beg plastik saya.

"Apa ni bang?".Tanya saya ragu-ragu.Saya memang fobia tengok benda-benda yang sewaktu dengan antibiotik.

"Ambillah.Free".Jawabnya sambil tersenyum.

"Ubat apa ni bang?".Tanya saya lagi.Tak puas hati.

"Ala...Perempuan.Malam-malam".Jawabnya malu-malu.

"Perempuan?Malam-malam?".Saya blur sekalian alam.Apa kejadahnya itu.

Sedang CPU saya ligat mencari kaitan,abang itu kemudian memberi isyarat.Dia merapatkan kiri dan kanan jari telunjuknya.

"Bagi kuat!?".Katanya.

"Oh!Itu!Perempuan ya bang!".Balas saya sambil mengucapkan terima kasih.

Praap!Apa masalah kau Aiman?Kenapa kau begitu slow?Itu pun boleh blur.Mungkin disebabkan hujan kot.Sejuk dan kecut segalanya.Saya memang tak terfikir pun ke situ. Maklumlah,saya budak baru belajar. Masih innocent lagi.

Bila baca pamplet pasal mas cotek,barulah saya tidak innocent lagi.

Baguslah mas cotek ini tapi saya rasa segan pulak nak bunyikan kuat-kuat kata mas cotek. Macam lucah jer bunyinya kan.

MAS...eee tak nak sebutlah.

Wednesday, September 27, 2006

Terkencit

Nama saya Aiman.Saya memang jenis yang tak tahu malu.Tapi hari itu saya malu sangat. Saya terkencit di dalam seluar.Saya pakai seluar warna putih pulak tu.Sungguhlah saya terkantoi. Haruslah saya digelar mat kencit selepas ini.

Tapi saya tak perasan pun tau yang saya terkencit.Takkan takut sebab tak siap kerja sampai terkencit.Sungguhhlah amat mustahil itu akan terjadi.Bila tengok seluar saya kuning selepas ditegur teman-teman lelaki,saya ingat saya ada terduduk kat tempat kotor kat mana-manalah. Jadi saya pun solatlah macam biasa sebab bila saya check,tak ada tanda-tanda saya terkencit pun.

Bila sampai rumah selepas berpoya di Alamanda,saya pun buatlah pemeriksaan terperinci. Tadi kat office tak berapa rapi.Ya tuan-tuan dan puan-puan. Memang sah saya terkencit di dalam seluar. Saya pun paniklah!Ada kena mengena dengan penyakit gatal-gatal saya ke?Ah...sudah!Selepas qadak solat, saya pun pergilah ke klinik yang lain.Tak boleh pakai doktor semalam. Mungkin ubat dia yang buat saya terkencit.

Cis!Adakah patut doktor yang saya jumpa itu gelak tahap merah-merah muka bila dengar cerita saya terkencit.Tak lawak OK!Orang tengah sakit ni.Katanya dalam Bahasa Inggeris,"you really make my day".Aiyo!Buat besar kemaluan saya sahaja.Rasa nak lari jer.Nasib baiklah doktor ini sweet. Nak marah pun sayang.Kalau tidak,haruslah dia kena maki dengan saya.

Doktor tersebut tanya saya macam-macam.Tiba-tiba saya teringat sesuatu.

"Doktor,boleh tak kita berhenti makan antibiotik,lepas itu kita sambung makan balik?"

Muka doktor itu berubah serious.Aku pun takutlah juga.

"En.Aiman.Awak tak boleh buat macam itu.Itulah sebab awak kena gatal-gatal sebab kulit awak kering.Terkencit itu salah satu kesannya. Nasib baik itu sahaja.Silap-silap boleh mati tau".

Hah!Boleh mati sebab makan antibiotik yang dah expired?Saya tak kahwin lagilah doktor.Saya tak nak mati lagi.

Moral of story,janganlah makan antibiotik walaupun dibagi oleh doktor kalau setakat demam, batuk atau selsema yang tidak kronik.Doktor itu saja jer nak dapat duit lebih.Sebab itulah bagi kita ubat yang entah apa-apa.Kat US,ikut kata kawan aku yang doktor itu, memanglah tidak boleh beri antibiotik sebarangan.Tidak seperti di Malaysia.


Soalan quiz:Berapa banyakkah perkataan terkencit dalam karangan di atas?

Tuesday, September 26, 2006

Gatal-Gatal

Nama saya Aiman.Saya memang jenis yang tak kisah.Tapi satu hari itu saya kisah sangat.Saya jadi gatal.Maksud saya,bukan gatal nak berbini tapi argh...saya memang amat gatal.

Dari hujung rambut sampailah ke hujung jari.Asyik nak menggaru jer. Sampai merah-merah tubuh badan saya.Macam kulit mat salleh kena panas lepas sun-bathing. Maklumlah, bahagian badan saya yang tak kena matahari agak putih juga.

Saya tak tahu kenapa saya gatal.Adakah disebabkan jerebu masa itu?Err... tidak mungkin kerana jerebu tahun lepas saya tak gatal pun. Adakah disebabkan saya salah makan?Tak kot sebab semua benda saya boleh makan.Adakah saya terkena ulat bulu? Mustahil... sebab mana ada ulat bulu kat sini.Kalau ada pun,mesti yang berkaki dua dan reti berYahoo Messenger. Argh! Sungguhlah tidak selesa saya bekerja hari itu.Lepas itu mengantuk pula sebab malam sebelumnya saya tidak dapat tidur lena. Gatal-gatal punya pasal.

Saya belek-beleklah kulit saya yang gatal itu.Tak ada merah-merah,tak ada benjol-benjol,tak ada bintik-bintik.Tiada apa yang ganjil.Kulit saya masih cantik seperti dulu.Malah lebih cantik dari kebanyakan awek di sini.Tak payah pakai SKII pun.

Bila saya beritahu kat teman-teman lelaki saya,saya digelakkan mereka. Hampeh.Saya YMkan masalah saya kat kawan doktor saya di Pahang. Diagnosis dia kata ini bukan masalah kulit. Ahh...lega.Tapi masalah saya mungkin berpunca dari keracunan darah.Mesti saya ada makan/minum/ hidu/sentuh apa-apa yang tak betul.Ah...sudah!Apa yang telah saya buat?

Hari kedua,masih tidak elok lagi gatal-gatal saya.Saya pun pergilah klinik tapi klinik PMCare itu tidak mahu layan saya.Kerek sungguh. Terpaksalah saya pergi klinik lain(tapi kena bayarlah dulu).Doktor itu pun tak pasti apa punca gatal-gatal saya walaupun saya dipaksa buka baju dan diraba oleh dia. Sungguhlah geli bila tangannya yang berbulu panjang itu terkena kulit saya. Buat saya teringat pengalaman saya mandikan gorilla di Zoo Negara sahaja masa saya Form 3. Akak nurse itu pula sibuk jer curi-curi pandang badan saya yang sekeping ini.Takut saya dimolest oleh doktor itu kot.Hahaha!Doktor itu beritahu ada beribu kemungkinan sebab saya gatal. Mungkin untuk menyedapkan hati saya,dia bagi saya anti-histamin,ubat gatal dan satu botol ubat cecair.

Sebenarnya,tak berkesan pun ubat-ubat itu.Bagi saya false-hope(mentally) nak sembuh jer. Anti-histamin itu pula buat saya lalok sepanjang hari sahaja.Tapi yang peliknya,bila saya mandi ataupun sapu baby oil,gatal-gatal saya hilang.Mmm...mungkin betul juga kawan saya kata yang kulit saya kering. Tapi saya masih pelik kenapa tiba-tiba kulit saya kering dan jadi gatal.

Hai,sungguhlah tidak selesa kena gatal-gatal begini.Sama tak selesa dengan rasa gatal nak berbini.Cuma bezanya,satu saya boleh tidur dengan aman dan damai tapi yang satu lagi tidak.


Soalan quiz:Berapa banyakkah perkataan gatal dalam karangan di atas?

Monday, September 25, 2006

Hilang Selera Makan

Apalah dah jadi dengan aku ni?Over?Drama king?

Hari itu hari Jumaat.Di bulan yang baik dan hari yang baik.Nisfu Saaban. Tapi bila laptop aku ON,mood aku yang ceria jadi macam mood kena reject dengan awek.Argh...aku tak boleh masuk YM. Yahoo mail pun sama.Ah...sudah! Kena phishing ke aku ni?Tidak seperti handphone, aku memang tak backup langsung senarai teman lelaki dan teman perempuanku di YM.

Hari sebelumnya,si Labu versi virus ada hantar sesuatu.Aku pulak gatal tangan tengok Labu yang hantar,teruslah aku tekan.Aku amnesialah pulak aku masukkan password dan login atau tidak.

Arghh!Tension bangat gua.Bila cuba recover balik password,aku lupalah pulak tarikh lahir aku dan nama binatang(YM secret question).Itulah... tipu lagi identiti. Tapi...hello!Dah 1 dekad dah OK aku pakai account ni. Pra-MMU lagi.Manalah aku nak ingat apa nama binatang kesayangan aku masa tu.Dahlah banyak sangat binatang aku. Semuanya aku sayang. Animal lover gitu.

Lepas breakfast,senyuman mula terukir di wajahku.Yeah!Dah boleh online.Terus bersemangat bekerja(padahal dateline dah terlampau dekat dan banyak lagi benda tak buat. Hai,sabar jelah. Lain kali jangan haraplah aku nak percaya apa yang si Labu hantar.

Sebelum solat Jumaat,aku all out melantak nasi briani di Hasan Cafe, Kajang sampai kawan aku yang konon-kononnya on diet syorkan aku berlari petang nanti.Weh,mana aku tak all out.Pagi tadi kan hilang selera makan kononnya.

Poyo betullah mamat seorang ni.Tak dapat masuk YM pun boleh hilang selera makan.

Note:Kiranya aku bernasib baiklah sebab dapat semula identiti aku.Ada kawan aku tu, langsung tak dapat.Terpaksa create identiti versi 2.Kesian dia.Harap-harap dia dapat semula kawan dia. Klik here to prevent phising.

Sunday, September 24, 2006

Cahaya Cinta

Dia telah menentukannya
Kita bertemu dan cinta
Inilah oh takdirnya
Bukan kerana harta
Inilah citra cahaya cinta

Pintu hatiku telah kau buka
Tak mampu ku menafikannya
Kejujuran diberi kasih takkan berganti
Ini bahagia yang ku cari

Sayangi daku
Peluklah daku
Janji denganku
Semai cinta nan satu

Tuhan menguji
Takkan berhenti
Hanya ku pinta
Sama setia menjaga hingga ke alam syurga

Dia telah menentukannya
Kita bertemu dan bercinta
Inilah oh takdirnya
Bukan kerana harta
Inilah citra cahaya cinta
Ooh.....

Sayangi daku
Peluklah daku
Janji denganku
Semai cinta nan satu

::Siti Nurhaliza


Saturday, September 23, 2006

Hujung Minggu No.37

  • Sabtu
    Lepas basuh baju stok 5 hari,akhirnya aku tukar juga bateri kereta sebab dia dah mula tunjukkan simpton-simpton yang tak sihat.Cuba bateri yang maintenance free sebab aku dah jadi pemalas.RM180.Tak tahulah aku kena kapur atau tidak pasal aku dah malas nak R&D. Lepas lunch pergi IOI Mall sebab nak derma darah. Anjuran PPUM.Memula takut tak boleh sebab ingat tak cukup margin dengan derma darah yang lepas.Rupanya 3 bulan sahaja marginnya. Terus aku jadi gembira sebab tercapai gak KPI aku untuk derma darah 2X tahun ni. Ergh...tak ramai oranglah pulak macam derma darah yang lepas. Kali ini, lepas derma darah aku rasa macam biasa jer.Tak seperti dulu,yang rasa tak cukup darah. Siap boleh ukur panjang IOI Mall lagi lepas tu tapi aku boleh tak jumpa Fitness First.Terima kasih ye akak tukang cucuk yang buat tangan aku tak nampak mat pit.


    Lepas tu pergi Sains Selangor.Ada Carnival anjuran batch 85.Tak best sangat pun tapi jumpa kak Masita Explorace(second place winner last night).Siap bergambar sakan lagi. Artist jemputan kali ini ialah Nita MI. OKlah suara minah ni nyanyi live. Patutnya dia yang menang.Not Daniel tu.

    Oleh kerana macam nak hujan,lepas solat Asar kat surau sekolah,aku blah. Pergi rumah adik kat area-area situ juga.Tak menang tangan layan karenah anak buah.Mmm...bebudak kecik memang tak boleh duduk diam ke?Pening kepala otak aku tengok diaorang asyik bergerak jer. Masa Shin Chan keluar jer baru rasa macam dunia ni aman sikit.

  • Ahad

    10.30AM dah sampai IKEA.Sampai awal macam tukang buka IKEA pulak.Hajat di hati nak ambik 2007 catalog sebab tak sampai lagi kat area rumah aku.Pergi IKANO dulu dan entah macam mana aku terpergi tengok wayang kat Cathay Cineplex yang baru buka tu. Tengok Ghost Game.Cerita Thai yang selama ini aku ingat cerita omputih .Tengok cerita hantu dalam panggung yang hanya ada 3 orang. Aku dan sepasang couple Cina dibelakang.Memang faktor ketakutan bagi sesetengah orang. Cathay Cineplex ni aku nak declare sebagai panggung wayang yang paling best di KL sebab salah satunya ialah design hall dia very steep so that no matter how panjang gila badan mamat di depan,we don't have to terdongak-dongak.Yang belum datang ataupun tak pernah tengok wayang,datanglah ke Cathay Cineplex. Memang suatu pengalaman yang menyenangkan.

    Habis wayang baru pergi IKEA.Dammit you IKEA!Rak yang aku nak dah habis pulak. Terpaksa aku beli ironing board jer.Itulah... kadang-kadang aku rasa kecewa nak bershopping ni.Mesti nanti dah habis,last piece ataupun dah discontinue.

    Masa nak balik power window pulak meragam.Tak mahu naik.Dammit!Nak duit lagilah tu. Kereta ni macam tahu-tahu jer aku tengah duit banyak sekarang ni.Macam-macam pulak penyakit dia yang datang.


  • Err...hujung minggu ni nak ke KLCC pula.Ada HomeDec.Ahad baru nak insaf kot(padahal nak merayap pergi Times Warehouse sale.Beli buku).

    Selamat Berpuasa!

    Note:Macam shopping,awek pun macam itu juga.Yang mana aku suka jer mesti dah habis, last piece dataupun dah discontinue.

    Friday, September 22, 2006

    Little Black Book::Part 2

    Buku kecil itu besar sedikit dari buku 555.Berbalutkan leather warna hitam berkilat.Cantik.Ada kelas.Aku pun mulalah menelaah.Masya Allah!

    Aku:Betul ke semua yang ada dalam buku ni?

    Dia:Eh...kat mana pulak yang tak betul?

    Aku:Betul ke kau have seks dengan semua perempuan dalam ni?

    Dia:Hahaha!Tahu tak apa.

    Aku ingat benda-benda macam ni dalam movie jer ada.Ala,macam cerita omputih tu. Semua orang ada little black book.Tapi setakat omputih aku tak hairan sangatlah sebab diaorang memang dah lama rosak akhlak. Tapi ini orang Malaysia. Kawan aku pulak tu.

    Aku:Apa nak jadi dengan ko ni?

    Aku nak mula membebel panjang.

    Aku:Apa perasaan kau kalau orang lain buat macam ni kat adik perempuan kau?

    Dia:Man!Man!Kau memang hampeh.Aku rasa kau banyak tak tahu pasal aku.

    Aku:Kau ni...aku kan golongan elit.Kau golongan biasa.Jatuhlah kasta aku kalau layan korang.

    Terus aku kena debik kat bahu.Sakit siot!

    Dia:Banyaklah kau punya kasta.

    Dia pun ceritalah kisah hidup dia yang aku rasa taklah setragis kisah aku.Kot!Persamaan kami,kurang kasih sayang.Perbezaan kami,aku lebih respect perempuan dari dia dan aku ditakdirkan tak jadi rosak akhlak sangat.Sikit-sikit tu adalah.Hai,Dia kawan dengan sapa agaknya jadi rosak macam ni.

    Dia:Kau ni kalau ditakdirkan jadi buaya.Kau boleh buat apa saja tapi jangan sampai tahap 'main' dengan perempuan tau.Nanti kau jadi aku.Benda tu addictive.

    Aku:Hahaha!Baik cikgu!Saya tak akan buat seks bebas!

    Dammit!Aku kena debik lagi kat bahu.Dan aku debik Dia balik.

    Sebelum berpisah,Dia tanya aku.


    Dia:Man!Kau minat tak mak datin?Aku boleh kenalkan.

    Aku:Apa dia?Nantilah aku fikirkan.Dah nak puasa ni.Aku sibuk.Sekarang ni aku tengah sibuk dengan Ethernet Passive Optical Network.Lepas ni nak korek X-Blocker pulak.

    Dia:Kau ni sibuk jer manjang.Gaji tak banyak mana pun.Pangkat pun tak naik.

    Aku:Kutuk aku ye.Ko gaji pun lebih kurang aku jer.Err..nantilah aku contact kau.Kita buka puasa sama.Kau reti puasa tak?

    Aku dah angkat bahu.Sakit OK kena pukul.Dan kali ini tangan aku dah terangkat dulu untuk mendebik Dia sebelum dia mendebik aku.

    Note:Aku ada juga little black book.Cap Guess by Marciano lagi.Tapi little black book aku tak adalah nama perempuan(atau pun manusia) dan anekdot-anekdot kejinya. Yang ada hanyalah nama kedai atau designer, lukisan pattern baju,harga baju tersebut dan sedikit nota ringkas.Hai, nasib baiklah aku ni gila baju jer.Tak gila perempuan. But either or, both need money.

    Thursday, September 21, 2006

    Little Black Book::Part 1

    Satu petang yang indah.

    Dia:Ko dah kahwin ke belum?

    Aku:Belum.Masih poyo lagi macam dulu.Kau pulak?

    Dia:Belum juga.So kau in a relationshiplah sekarang?

    Aku:Dah tak ada dah.

    Dia:Aik?Takkan orang sehandsome ko tak ada awek?Bahaya ni.Ko OK ke?

    Aku:Hahaha!Bodoh!Yang kau sibuk tanya aku ni,kau macam mana pulak?

    Dia:La...ko memang lah Man.Ko dah tahu ke yang aku dah break dengan Cik X.

    Aku:Err..sorry.Manalah aku tahu skandal kau.Aku bukan geng sangat dengan kau pun.

    Dia:Hahaha!Ko memang.Ko nak tahu apa jadi kat aku lepas aku break tu?

    Aku:Hah?Ko jadi apa?Jadi tak jambu macam sekarang ni?

    Dia:Orang tengah serius ni kau memain pulak.

    Terus aku buat muka seriuslah konon-kononnya.

    Dia:Aku dah jadi budak jahat a.k.a playboy.

    Aku:Kau biar betul...

    Dia:Suka hati kaulah nak percaya atau tidak tapi aku memang frust gila lepas break-up tu.Aku jadi pendendam kat awek.

    Aku:Yo yo all lah ko ni.Yelah,yelah.Aku percaya

    Dia buka beg dia dan kemudian menghulurkan aku sebuah buku kecil.

    ...bersambung


    Note:Dialog di atas telah di edit dan diolah sebanyak 80% dari dialog asal kerana versi original sangatlah merapu panjang dan tak tentu arah. Maklumlah,dah lama juga aku tak jumpa si dia ni.

    Wednesday, September 20, 2006

    Kuala Lumpur dan Kuala Lipis

  • KLCC

    First I'm a bit confused why the bersanding at KLCC which is I assumed throw by the groom's side is being held first before Kuala Lipis.If I not mistaken,I think normally in Malay wedding it should be at the bride side first then only followed by the groom side.Ini dah terbalik kot dah ni.Dulu masa bercinta poyo jer kata biarlah rahsia.Nak ikut adatlah kononnya. Padahal nak cover line.Entah apa-apalah orang Melayu sekarang ni. Kalau Hang Tuah ada,dia mesti sedih.Melayu dah hilang di dunia.

    Dalam pada itu yang buat aku terkejut beruk bila tengok persembahan artis walaupun majlis bermula macam insaf gila dengan bacaan doa ialah kemunculan Nora.Dia dah 'cium mulut' balik ke dengan Mak Iti kita?Dulu pot pet mengata Mak Iti.Tapi ini semua menunjukkan yang Mak Iti kita baik hatinya.Tak simpan dendam.I wonderlah pulak kalau Noraniza Idris ada datang. Datuk S?Mmm...awal-awal lagi dah keluar front page yang dia kata dia tak kenal Siti Nurhaliza bila ditanya dia dapat kad jemputan atau tidak.

    Pasal pelamin,OKlah cantik.Maklumlah mahal.Boleh beli kancil tu.Cuma aku rasa kurang berkenan dengan bantal dia.Besar gila sampai aku rasa bantal tu banyak mencuri perhatian aku. Sepatutnya aku tengok pengantin tapi mata aku macam terlebih fokus tengok bantal pulak.Satu lagi, aku nak declare yang kerusi Cleopatra memang tak sesuai buat kerusi bersanding.Kalau buat kerusi membaca atau kerusi telefon sesuailah.Siapa yang nak berangan nak pakai kerusi macam tu,baiklah insaf cepat sebelum kena komen dengan aku.

    Pasal bunga pulak,aku sedikit musykil dengan konsep garden wedding Shah Rezza?Part mana yang tamannya?Tak tunjuk dalam TV ke?Norjuma wedding yang tak diwar-warkan as garden wedding pun lagi banyak bunga.Datuk juga wedding planner dia.Err..aku lupa nama dia.Tak tahulah di mana kurangnya bunga.Shah Reza punya taste terlalu masculine atau pun hall tu yang terlalu nampak keras sehingga sukar dibunga-bungakan.

    Cerita pasal bunga,aku teringat sesuatu.Tengah seronok tengok Siti menyanyi,aku dapat call.Ada orang tanya aku mana nak cari pasu bunga yang macam dalam wedding Siti tu?Nak tiru untuk majlis perkahwinan si dia.Oh,tidak!Sejak bila pula aku buka kedai wedding planner ni.Tapi laju jer aku jawab SSF ada kot.

  • Kuala Lipis

    Kalau kat KLCC,tetamu kena beratur panjang sebelum nak masuk makan.Kat Kuala Lipis atur caranya free flow sikit.Kalau kat KLCC, tetamu yang datang melaram entah apa-apa.Kat Lipis tetamu melaram juga tapi tak adalah over.Itulah sedikit sebanyak bezanya kalau pergi kenduri kahwin di bandar dan di kampung.

    Satu yang aku nak puji Rozi(fashion guru Mak Iti) ialah setiap baju pengantin Siti punya detailing yang sama di leher walaupun designer dia lain-lain.Baju Khoon Khoi tu jer tak sama tapi mungkin detailing tu ada kat tangan kot.Tak tengok betul-betul lagi.Mungkin bila dah didermakan kat Muzium Negara aku pergilah tengok.

    Note:Aku dulu masuk fan club Nora tapi lepas dia mengata Mak Iti terus aku bakar jambatan dengan dia.Sekarang dah mula nak bina semula jambatan sebab aku rasa suara dia memang best.Live dan CD.Tak macam Ziana Zain.Dalam radio jer sedap.

  • Tuesday, September 19, 2006

    Mari Berpantun



    Kalau biduk menyapa kiambang,
    Air laut berkocak jadinya,
    Lama bunga menanti kumbang,
    Bilakan datang menyeri madunya?

    Burung kenari suara semerdu,
    Selisih di awan si burung camar,
    Kalau jiwa dipasak rindu,
    Adat pinangan datang melamar.

    Tinggi terbang burung kenyalang,
    Tiba di dahan berlagu sepi,
    Jiwa kakanda bergolak kencang,
    Bagaimana kan tenang di depan tok kadi?

    Hujan berserak, gemawan menirus,
    Rintik hujan menimpa melati,
    Doa dikirim di angin berhembus,
    Gementar kanda berlalu pasti.

    Dari mana burung dewata,
    Dari mega randai ke bumi,
    Dari mana berkalung cinta,
    Dari mata turun ke hati.

    Selawat dan salam seulas doa,
    Rahmat melimpah segenap naluri,
    Hajat bersatu berjodoh jua,
    Sudah tertulis di lembar hari.

    Gemersik suara burung kenari,
    Pohonan rimbun tempat bersinggah,
    Kuala Lipis lahirnya puteri
    Masyhur namanya, menjulang megah.

    Merdu alunan siulan kedidi,
    Menyapa helang di dahan cendana,
    Lantas resah segala unggas,
    Siti Nurhaliza secantik budi,
    Santun menggoncang hati arjuna,
    Bak buluh perindu suara emas.

    Pelangi sejalur tampak merenda,
    Sapta warna di langit terang,
    Lama berkampung di pangku bonda,
    Kini jelita disunting orang.

    Tinggi terbang burung merpati,
    Raja serindit hinggap di batu,
    Baik budi baik pekerti,
    Jodoh bersemi disembah restu.

    Asyik rasa saya berdendang,
    Tuan memalu gendang bertingkah,
    Asyik rasa saya memandang,
    Mempelai sejoli berseri wajah.

    Bagai pinang di belah dua,
    Bagai cincin dengan permata,
    Bagai bintang disinar purnama,
    Bagai samudera dipancar suria.

    Serlah sulaman warna suasa,
    Susun seganding di atas hamparan,
    Datuk Khalid Jiwa korporat berjasa,
    Luhur budi tiada terlawan.

    Ogos dinanti melingkar sejarah,
    Dua jiwa berpadu kasih,
    Bagai dalam taman nan indah,
    Persis mahligai gemawan memutih.

    Senyum simpul dilarik-larik,
    Renung-renung dalam debaran,
    Jangan hai jangan diusik-usik,
    Darah manis gelora getaran.

    Pepohon berbayang angin,
    Dedaun tidak diserak rawan,
    Sedondon di atas pelamin,
    Redup mata memandang tuan.

    Balik mega bintang kayangan,
    Burung terbang diterpa semilir,
    Sejuta doa buat kalian,
    Disebut-sebut di manis bibir.

    Mengorak melati berbunga indah,
    Kuntum berserak kembang seribu,
    Sepatah janji tuan bermadah,
    Jadi istana di mercu kalbu.

    Rahsia srikandi terpendam lama,
    Bagai purnama dilindung awan,
    kini terungkap segala bicara,
    di sisi berdiri putera idaman.

    Agah-agah si burung hutan,
    Pinggiran jati terbang berteman,
    Indah-indah majlis sambutan,
    Syukur dihulur bersulam senyuman.

    Inderagiri di jagat raya,
    Renda kejora di langit membiru,
    Segenap halaman dipancar cahaya,
    Gemerlap asmara pengantin baru.

    Raja sehari serinya berkurun,
    Tidak luntur dipanah mentari,
    Begitu tuan hidup berukun,
    Selagi bernafas cinta kan terpatri.

    Kalau wujud silang sengketa,
    Cepat dilamar hati nan resah,
    Pada bonda minta petua,
    Makmur mahligai kasih melimpah.

    Kalau rajuk puteri nan manja,
    Kanda pantas memujuk rayu,
    Cubit-cubitan memang sengaja,
    Agar cinta tidak kan layu.

    Cincin di jari tanda ikatan,
    Jiwa sudah bercantum sumpah,
    Sehidup semati melayar impian,
    Dilanda bagai tidak tergoyah.

    Emas menghias wajah srikandi,
    Tidak setanding nilai asmara,
    Nafas hidup kerana budi,
    Bukan disilau ringgit berjuta.

    Jangan jangan menjerat dewata,
    Sayap pantas terbang berbalam,
    Jangan jangan diuji cinta,
    Dalamnya bagai jurang nan dalam.

    Kalau keris biar bersepuh,
    Ronakan emas secantik warna,
    Beranak bercucu jangan mengeluh,
    Kurnia Tuhan harta berharga.

    Berserak kenanga berserak,
    Petang redup lamar selasih,
    Semarak cahaya semarak,
    Suluh hidup menabur kasih.

    Kanda umpama redup pohonan,
    Puteri cinta tumpang berlindung,
    Jiwa raga jadi taruhan,
    Tidak seinci berganjak rencong.

    Pinang setampuk di dulang puri,
    Bawakan embun barang secangkir,
    Tuan budiman datang kemari,
    Hati damai setenang air.

    Dinding berikat, tiang pun berikat,
    Seri balas itulah gerangan,
    Sanding beradat, santap pun beradat,
    Tidak lekang di layar zaman.

    Yang elok biarlah dilarik,
    Yang buruk letak di tepi,
    Yang elok bawalah balik,
    Yang buruk tinggal di sini.

    Note:Pantun diatas adalah kombinasi pantun dari pengacara TV3 dan semasa uapacara pertunangan.Kot!

    Monday, September 18, 2006

    Richard Mille dan Roger Dubius

    Dear Mak Iti,

    Seronok tengok Mak Iti kahwin.Walaupun ramai mulut tak puas hati,tapi Mak Iti dah pun selamat dimerdekakan.Siap ada insiden bodoh-bodoh alang kantoi ada love bite gitu. Tapi I rasa ini memang propaganda Mak Iti yang sengaja kot nak tayang yang dia ada love bite.Tak senonoh OK.I bila ingat yang love bite tu datang dari seorang yang tua,terus mati imaginasi I untuk adegan seterusnya.Geli!


  • Nikah

  • Tak dapat tengok live sebab bekerja.Repeat pula I lupa.Sibuk membuat six-pack di gym. Menurut laporan kawan segossip, Mak Iti tak adalah segedik Norjuma masa tu. Macam manusia biasa jer.Cantik baju Radzuan Radziwill.Sama mahal dengan harga kereta I kot!Ada orang complaint kat I yang Nurul make-upkan Mak Iti simple sangat. Hello!Mak Iti I kan pergi masjid!Err..yang nama Nurul tu lelaki ke perempuan ye Mak Iti?


  • Hantaran














  • Dalam banyak-banyak bling-bling tu,I paling teruja tengok jam hantaran. Sampai buat tajuk gitu.Selain awek cun,lukisan,bangunan, musik dan pokok,I memang minat jam. Ahaks!Taste macam orang kaya padahal asyik "Mak!Abang-ada-masalah-negaralah". Ikut cerita kawan I, seorang anak Datuk yang tak berapa kaya tapi ayah dia kaya raya dan berbini satu,jam untuk Pak Besaq tu ada <30 buah sahaja dikeluarkan bagi setiap versi. Yang untuk Mak Besaq,sumber rujukan I tak pasti pula sebab dia jaga kawasan jam lelaki sahaja.Tapi yang pasti,jam Roger Dubius Mak Besaq tu jadi cover page majalah jam lepas tu. I lupa pula nama majalah tu.Tapi tak adalah cerita pasal Mak Besaq sebab itu majalah jam.

    Dalam seronok tengok hantaran,I rasa pakej hantaran tu tak menarik. Macam malas nak bagi second look.Tak padan dengan bling bling di dalamnya.Letih jer letak nama lagu Mak Iti bagai nak rak.I pernah tengok hantaran yang lebih cantik."Biar sederhana" juga konon-konon konsepnya.Tapi bling-bling dia taklah berjuta harganya macam Mak Iti punya.

    Yang paling tak cun,strawberi coklat tu.Apa kejadahnya penuh sebakul strawberri tu. Pastu rupa dia macam srawberri coklat yang kita buat sendiri kat rumah.Strawberri dia pulak beli macam tangkap muat jer.Orang biar sedikit tapi design kat coklat tu da bomb.Mmm... jangan makan coklat dan lompat tikam banyak sangat Mak Iti. Nanti gemuk.I baru jer jumpa you hari tu kat KLCC.Kurus...tapi bila tengok masa nikah, Mak Iti macam dah gemuklah pulak.Bahagia-bahagia juga.Jangan terkena sumpahan Datuk S sudah.You tu berpotensi nak besar.

    Oklah Mak Iti.I dah letih menaip.Err...sebelum tu lupa pula nak bagi idea.Lepas ni kalau Pak Besaq tu gatal nak berpoya-poya lagi,you pakai cincin nikah/tunang you yang besaq gedabak tu.Lepas tu you tunjalkan kat dahi dia.Insya-Allah.Berkat kebesaran cincin tu,insaflah dia lepas tu.Kalau ada penyamun datang merompak,you boleh tunjalkan juga kat mata si perompak tu.Harus buta perompak tu masa tu juga. Hahaha!

    Jangan marah ye!

    Yang masih anti Datuk K.

    Sunday, September 17, 2006

    Corat-Coret SMSS Reunion Batch 94

  • Lepas check-out,bebudak ni plan nak lunch sama-sama.Mana yang adalah lagi sebab ada yang dah balik.Huda jadi organizer sebab Port Dickson ni kawasan kongsi gelap dia(she is a teacher there).Pergh...punyalah jauh tempat nak makan sampai aku hampir nak sesat.Ingatkan best sangatlah.Kot-kot ada masakan Negeri Sembilan ke tapi yang ada hanyalah very typical Malay dish gitu.Oleh kerana sedikit lapar aku makan jelah. Err...senang sebenarnya jaga budak SBP macam aku ni. Makan tak memilih.Hahaha!Yelah tu.

  • Pergi reunion aku mengantuk,balik reunion bertambah lagi tahap kemengantukan aku. Sebelum pergi reunion aku ada stress test di Brickfield yang sememangnya hanya boleh dilakukan di waktu dinihari. Masa reunion pulak,tak cukup tidur sebab bersembang.

  • Masa dinner reunion,ada pemilihan AJK baru untuk group Sains Selangor batch 94. Tengah aku sibuk jadi tukang tangkap gambar tak rasmi tiba-tiba nama aku naik kali ini untuk jadi salah seorang AJK. Ahaks...berkaliber ke aku ni?Zaman gila kuasa aku is so over.Boleh ke aku jadi AJK ni yang berjasa?Aku rasakan,korang ni dah salah undi. Aku ni gaya jer lebih.Hai,ini mesti kes ada pengundi hantu ni.

  • Masa turun rumah api,aku ikut Amir dan Saqti ambil jalan lain yang konon-kononnya jalan shortcutlah.Tapi bila dah sampai kat bawah,kami diberitahu oleh pak cik polis yang terserempak dengan kami bahawa jalan shortcut tu tak boleh lalu.Air masih pasang.Polis itu dan gengnya kemudian tour-guidekan kami kawasan Tanjung Tuan. As expectedlah, adalah cerita ala-ala Misteri Nusantara.Aku layan jer cerita dia. Seronok juga walaupun aku praap sikit sebab kasut hijau aku kena lumpur.

  • Walaupun hanya 1/4 yang datang(ada yang dah bayar tapi tak datang)tapi dari segi contact memang memuaskan hati sebab hampir 95% batch 94 dapat dikesan dan 50% selalu berjumpa secara online. Thanks ye Dr.Yusri sebab rajin set-upkan web forum.Nazri(ye kot nama dia Nazri) yang left after form 3 pun ada datang walaupun sekejap.Kata dah kahwin tapi apsal bila aku jumpa dia,awek yang accompany dia mesti rupa lain-lain.Abaikan OK.Maklumlah,akukan rabun.

  • Tapi dalam ramai-ramai tu ada juga sebiji dua kelapa yang komeng. Ada sorang minah tu kekwat tak nak datang(dan tak nak peduli pasal Sains Selangor)sebab dia kata kitaorang tak kelas.Aiyo!Macamlah dia tu kelas sangat.Kacang lupakan kulit sungguh.Buat malu aku jer sebagai orang Melaka.Tapi aku rasa dia menjauhkan diri sebab dia dah tak cun kot.Dulu dia kira cunlah juga.Yang Syed Azmi pulak(rakan sebelah aku masa Form 5 yang tulisan dia hampir sama dengan aku) tak nak datang sebab dia kata dia dah jadi lain.Err...ko dah jadi lain macam mana tu Syed?

  • Last but not least,tahniah dan terima kasih kepada pihak penganjur(ada yang sambung jadi committe dan ada yang tergugur namanya)kerana memilih lokasi(Ilham Resort) yang sungguh cantik dan tidak berhantu.Kita jumpa 4 tahun lagi.Korang doalah yang masa itu aku tak datang seorang lagi.

  • Saturday, September 16, 2006

    Pictogram::SMSS Reunion Batch 94(Day 2) Part 2

    Berposing dengan Amir.Yo yo all jer aku.Baju pink,seluar biru,kasut hijau.Patutlah Huda gelak sakan bila nampak aku.Cis!






    You can do it Saqti!Malaysia boleh.









    Ini tapak kubur lama yang telah dirobohkan oleh MAIM sebab banyak aktiviti khurafat.







    Aku macam tak percaya jer yang dahulunya ada perkampungan kat sini. Pakcik yang escorted kami tu kata rumah kat sini dulunya cantik-cantik semua ala Negeri Sembilan/Melaka.




    Kalau kat atas,khurafat versi Melayu.Kat bahagian bawah untuk orang Cina pula.







    Perigi lama yang sungguh misteri sebab terletak tengah-tengah hutan.







    The resort.









    Balik jungle trekking mandi kolam. Best gila walaupun aku lupa bawa gorgle.







    Notice board.









    The view of the resort from the highest point in the resort.The resort have a tower on it's left wing.






    Get ready to go home.









    Halil si taukeh ayam baru sampai.









    Lunch with the boys.Hope to see you all next time.Ramadhan or Syawal?







    Note:Sains Selangor Batch 94 Reunion::12-13 August 2006,::Ilham Resort,Port Dickson.

    Friday, September 15, 2006

    Pictogram::SMSS Reunion Batch 94(Day 2) Part 1

    Leftover from last night hanging out.Pukul berapa entah diaorang tidur. I don't know.Aku by 4.00AM aku dah tidur.Tak larat.






    Bangun for Subuh.Bebudak lain terbongkang lagi.Err...aku tidur 2.5 jam jer ke tadi?







    Berjalan-jalan menikmati suasana pagi.Tengok matahari naik.








    Pergi trekking ke rumah api lepas breakfast.








    Jauhnya...









    Rombongan Cik Kiah ke rumah api.








    Rumah api.Actually kami dah masuk negeri Melaka sebab Tanjung Tuan(ala yang dalam pantun lama-lama tu) ni bersempadan dengan Negeri Sembilan.




    Dah sampai.Ala...tak berpeluh ketiak pun.








    Orang pakai kasut jala-jala pun boleh sampai.








    Ambil masa untuk berposing.









    Dan lagi.Macam kembar pulak aku tengok Hairudin dengan suami Arina.







    Close up rumah api.Kat sinilah salah satu tempat tengok anak bulan di Melaka.







    Balik aku join Amir dan Saqti ikut jalan lain.Konon-kononya adventurelah gitu.







    ...to be continued.

    Thursday, September 14, 2006

    Pictogram::SMSS Reunion Batch 94(Day 1)

    Faktor ketakutan.Ambil gambar sambil memandu.








    Bebudak lelaki yang sampai awal-Pojik,Khairudin, Yusri,Najib dan yang mungkin nampak bulu kaki sahaja...another Hairudin.






    The resort.









    The boys.Set the area for tele-match.








    Main belon beracun.Acara final.1 boy versus 2 girls.Group aku,yang final boy(nama dia Misai) kalah ikut kiraan masa.






    Matahari terbenam.Aku boleh jakun tengok air pasang.Laju gila air naik.Ini kali pertama aku saksikan air pasang secara live.






    Yang baju putih tu pilot TUDM. Lama gila aku tak jumpa ko Yon!Err...semua ahli mesyuarat tingkat ni sama kelas kan?






    Seronok main bola tampar tapi rasa macam tergeliat badan.Err... aku manjang jer servis power ya amat a.k.a tak masuklah tu.






    The backdrop.









    Anak siapalah ni?Cute gila.Rasa nak kidnap jer anak Mat ni.Tapi bila tengok dia lari, aku rasa kidnap bukanlah satu idea yang baik.





    Gambar ramai-ramai.









    Dr.Misai,si pemuzik jalanan.









    ...to be continued.

    Wednesday, September 13, 2006

    MMU 7th Convo

    Welcome to MMU 2006 Convo. Dammit!I have to park very very far away outside MMU and walked under the hot sun.I turned blacker on the spot.





    The entrance to the Convo expo.









    View from Multi Purpose Hall.The hall that I have my convo 7 years ago.The inaugural for MMU.







    Inside the MPH.Watching the convocation ceremony.Very nice indeed compared to mine.Now this is what I can say as convo.






    The new hall which the the 2006 Convo is being held.A simple but very nice architecture.







    The adjacent building in construction.Don't know what it's.








    The garden party.The same one that I received 7 years ago.The difference is that my convo party is served buffet style but this time all the food is already packed before hand.Dulu masa aku tak ramai, so bolehlah buat grand ala-ala Datuk K kahwin gitu.


    Mmm...Tahniah!









    Bye-bye.After done doing what I'm supposed to do,I'm off to Port Dickson.I'm not able to meet whoever person that I'm supposed to because dah lama sesangat menunggu.




    Note:MMU 7th Convo,12-13 August 2006.

    Tuesday, September 12, 2006

    Hujung Minggu No.36

  • Sabtu


    Kelam kabut bangun pagi sebab ada meeting dengan Alumni Sains Selangor.Pasal Carnival hujung minggu ini.Abang Faizal kata meeting mula pukul 9.30AM tapi bila aku sampai 1 jam kemudiannya,semua orang masih melepak kat luar.Tak ada kunci BiliK Gerakan rupanya. Akhirnya buat meeting kat Grand Stand jer.Nasib baik sekejap.Kalau tidak haruslah ada yang patah kaki berdiri.

    Habis meeting,pergi Mid Valley.Ingat nak lunch tapi ramai pulak orang dalam Pizza Hut. Meronda dulu.Termasuk dalam kedai kegemaran aku. Ahaks!Pekerja dia(macam level boss) sudah cam sama aku."Hari ini Mid valley ye",tegurnya.Mmm...tak ada benda yang menarik pun season kali ini.Baju yang aku nak ada di KLCC.Tak kuasa aku nak pergi sana. Based on her recommendation,then I settled for my trade mark V neck. White in colour and emblazoned with gold "Fuck You".In Italian and the word is reversed. Plus, I bought a multipurpose pant chain that can be turned into a brooch(still haven't figured it out how) or simply detach the hook to make it a pendant.Habis bershopping ingat nak tengok cerita jiwang Heart tapi sold out pulak. Jadi pergi Tower Record beli soundtrack dia jer.Memang delicious lagu-lagunya.My favourite piece is Pecinta wanita.

    Lepas solat Zuhur baru terfikir aku tak makan tengah hari lagi.Pergi Delifrance.Pun ramai orang. Pi baca majalah dulu dalam MPH.Keluar MPH baru aku dapat seat.Tengah seronok makan datang satu group Malaysian model.Terus aku order puding roti dengan harapan dapat melepak lama-lama menikmati pemandangan yang indah.Tak sia-sia aku makan lewat tadi. Lagipun nak balik hujan lebat gila kat luar. Memang konkrit sungguh alasannya.


    Keluar Mid Valley pergi Stadium Petaling Jaya pula.Tengok HSBC Rugby 10-s.Tapi aku balik awal sebab nak tengok Shin Chan. Malam ada Anugerah Era.Aku tak berapa tengok sangat pun sebab aku dah tahu siapa yang akan menang.Budak yang aku tak suka tu.Aku banyak flip channel tengok HBO-Monster In Law,cerita labah-labah di chanel 51, cerita rumah berhantu di channel 50 dan tengok Chelsea.Ahaks!Kesian Liverpool kalah. Err...berapa yek score Chelsea?Aku tengok tak habis dan tak follow-up. Teruja tengok cerita labah-labah punya pasal.

  • Ahad


    Pergi kenduri kawin Mon di Taman Kobena,Senawang.Err...macam jalan nak pergi rumah Yusran jer aku rasa.Aku pergi berkonvoi dengan Ajis dari Nilai sebab aku dah terlambat. Nasib baik aku ikut Ajis.Kalau ikut instruction Gee,haruslah sesat-barat. Dahlah tak ada map.Arahan bertulis pulak 2 line jer.Kat sana jumpa Robot,Arif dan jambu Mon, Rahimi. Masa nak balik baru nampak Mohen dan isterinya. Mmm...cantik gak wife Mohen. Bagai pinang di belah dua gitu.


    Balik,tidur sekejap dan pergi Stadium Petaling Jaya lagi.Tengok HSBC Rugby 10-s finale. HSBC 10-s ini memang bagus-bagus gamenya sebab banyak team oversea.Macam semalam, aku tengok tak habis sebab nak balik pergi pasar malam dan tengok 3R. Sebelum balik aku teruja nak beli jersey Cobra tapi paling kecik size L.Mmm...aku terus cancel sebab mesti aku nampak macam kelambu bergerak nanti.Nampak WRU 125th Anniversary jersey pula.Ada size S dan aku terus beli.Tapi yang jadi tak sedapnya bila aku google salah satu sponsor kat baju tu,ada kena mengena dengan beerlah pulak. Argh!Manalah aku tahu tadi Brain tu beer. Aku ingat Brain=otak.Ustaz,macam mana ni?Boleh tak I pakai baju tu?Ke I nak buat lap kaki jer tapi mahallah pulak I beli.

  • Monday, September 11, 2006

    Bila Masih Muda::Part 2

    Awek tersebut kemudiannya berlalu.

    "Suka kucing ye?"Ayat akhirnya.

    Aku tak sempat nak kata apa-apa dia dah blah.Aku pulak macam dah kena disumpah Sang Gelembai.Terkunci mulut.Dammit!Slow betul kepala otak aku.Patutnya aku tanyalah nama dia siapa ke,course apa ke, minta no telefon ke ataupun paling cikai minta email address.Tak nak buat awek buat teman tapi mesra pun OK juga kan.Mmm...kalau ikut standard aku,boleh tahan juga orangnya.Very typical MMU gitu. Argh!Bodohnya aku.Aku memang selalu begitu.Lembab.

    Tapi bukan itu sebenarnya bahagian yang menarik perhatian aku. Bahagian "tak ada kelas ke" itu yang penting.Ahaks!Dah 7 tahun berlalu meninggalkan zaman 'berkelas',tak sangka aku masih ada aura pelajar lagi.Kalau pakai selebet aku memang tak hairan juga aku selalu disalah-ertikan sebab selalu aku dapat komen macam itu.Tapi pakai hebat bergaya pun orang ingat aku student lagi?Aik?Awek ni rabun kot.Aku dah kerjalah.Bukan lagi pelajar.

    Hahaha.Ada orang kata,tua tak apa asalkan sentiasa berjiwa muda.

    Sunday, September 10, 2006

    Bila Masih Muda::Part 1

    Hari itu aku cuti tapi masih gatal datang Cyberjaya.Pergi MMU.Ada CSI::Let Keep It Secret,nak kena jumpa 'jambu',nak ambil 'barang' dari dia dan nak kena beli sesuatu.

    Siap tugasan,aku melepak kat HB3.Makan nasi lemak dengan Nescafe ais.Ada anak kucing warna kelabu temankan aku breakfast.Dia cuit tangan aku,aku cuti tangan dia balik. Aku bagi dia ikan bilis No 5 aku. Kedekut tahi hidung masin betul orang yang jual nasi lemak ni.Boleh kira OK ikan bilis dia.Sedang aku seronok bermain dengan anak kucing tersebut,melintas seorang awek.

    Awek tu duduk sekangkang kera dari aku.Hanya kami bertiga di situ(yang no3 tu bukan setan OK tapi si anak kucing tu).Aku pandang dia. Dia pun pandang aku balik.

    "Tak ada kelas ke?".Sambil tersenyum manis dia berkata.

    "Err...pukul 10 nanti".Dalam kekagetan aku menjawab 60 saat kemudian dengan ekspresi muka yang aku rasakan macam ada orang letak pisau kat kelangkang aku.Tergamam aku ditanya begitu. Hahaha!

    Sejak dingorat pondan tempoh hari semasa bertugas di Brickfield, aku jadi sedikit phobia dengan makhluk berpakaian perempuan.Tapi yang ini memang 100% original.Aku pasti.

    Saturday, September 09, 2006

    Gaya Tak Kahwin Lagi

    Masa tu aku kat bandar Merlimau.Aku baru keluar dari tandas awam.Mak aku dah hilang. Bosan tunggu aku memerut kot.Pergi ke pasar agaknya sebab tadi aku ada cakap aku mengidam nak makan asam pedas daging. Sedang aku berjalan menuju ke kereta,aku nampak seorang lelaki. Macam kenal kataku dalam hati tapi macam dah gemuk banyak.

    "Man!".Siap dengan bin lagi.Tegur dia dahulu.

    "Alamak!Aku lupalah nama ko bro".Mulalah aku mengarut semua nama/batch budak junior aku.
    .......

    "Dah kahwin? ".Tanya Ruzaihan.

    "Cuba ko teka? ".Tanya aku mengada-ngada.

    "Mmm...tengok gaya macam belum kahwin jer lagi ".Jawabnya sambil tersengeh-sengeh.

    Hahaha!Tidak seperti perempuan,susah sebenarnya nak cam lelaki itu sudah kahwin ke belum(...baru jumpa dah senyum). Lebih-lebih lagi lelaki yang gatal.Macam ini.Dan 3 hari lepas baru sahaja aku bergossip pasal ada orang tu mengaku bujang nak kahwin satu lagi.Nak kahwin lari kat Siam.Dengan awek spa.Ahaks!Tak tahan kena urutlah tu kot.

    Baguslah niat nak kahwin sebab tak nak buat maksiat tapi seperti kata ex-bakal bapa mertua, En.Tarudin;setiap yang baik itu ada buruknya. Maksud aku dalam kes-kes begini. Anak dah ramai pun berangan nak mengaku bujang. Apalah!Kuranglah peluang orang bujang nak kahwin kalau macam itu.

    Mmm...lupa pulak nak soal-siasat Ruzaihan apa yang dia maksudkan dengan "gaya" tu. Mungkin itu akan menjawab persoalan aku.Tapi kami sibuk OK update cerita yang dah berbelas tahun.

    Note:Ruzaihan ialah junior aku 3 tahun di SM Sains Selangor.Asal Muar tapi sekarang sudah berumah tangga di Melaka.

    Friday, September 08, 2006

    Spathoglottis







    Note:Spathoglottis diatas merupakan koleksi peribadi penulis yang dijaga di kampung penulis oleh ibunya.Kalau penulis yang jaga haruslah ada yang mati.Ada 17++ genus spathoglottis ni.Penulis baru ada 5.Aku suka spathoglottis sebab harganya tak semahal orkid koleksi ibu penulis.Tambahan pula spathoglottis merupakan species yang low maintainance kerana species ini mampu hidup berasaskan medium tanah.

    Thursday, September 07, 2006

    Gila Orkid



    Mak aku memang dah gila orkid.Satu hobi aku rasa agak mahal.Sampai ayah aku kata kalau tak ada duit nak beli lauk nanti kita makan bunga orkid ramai-ramai.Tapi aku boleh lihat dan dengar betapa terujanya mak aku dengan hobi barunya itu.Semuanya tentang orkid.Dari pagi sampailah ke malam.Sampai bila aku borak a.k.a. menggossip pasal kawan aku kat Muar terus dia pusing pasal kawan dia pulak kat Muar punya koleksi orkid naga.Mmm...baguslah tu.

    Kalau dulu,isu semuanya fokus pasal aku.Pasal aku yang tak kahwin-kahwin lagi.Cerita pasal Bush serang Iraq pun mak aku boleh lencongkan ke kisah aku dan jodoh aku yang entah kat mana sekarang ni.Apa sahajalah mak aku ni.Nampak macam tak relevankan tapi dia memang kreatif bab-bab melencongkan idea.Bakat semulajadi kot!Berpotensi besar kalau dibawa masuk ke group business development.

    Note:Selain orkid,topik kedua terhangat Balik Kampung::Ogos kali ini ialah pasal pertunangan adik aku.Mmm...aku layan jer. Janji bukan aku yang jadi topik terhangat. Aku dah bosan sebab asyik nama aku jer yang naik.Bagilah peluang orang lain famous jugakkan.Bak kata bijak pandai,hidup ini mesti dikongsi.Baru adil.

    Wednesday, September 06, 2006

    The Durian Tree Story



    Before I went for holiday,my mak called me.To update me with all the news at kampung.She always do that.Bi-weekly or when necessary.

    This time the story is about my father's durian orchard.My mak expressed her dissatisfaction over my father decision to 'pawn' all the durian trees including several of my brother and sisters' favourite.Not a single one left for us to savour. Well,I can correlate my mother frustration because my father 'pawned' the orchard for only RM 300.A very generous man indeed.RM 300 I think is not a sum comparable to the land productivity.That why my mother said that she even felt like to pay back whoever 'pawned' the land to claim back all the trees.One of my sister also share the same sentiment over this issue.Me?I couldn't agree more.

    But during my holiday break,I have a thought that maybe my father decision is right.Aha!As usual, I can flip my stand just like that.Well,one thing for sure I can agree with him in general that no one can actually manage the orchard(before and after durian season) on part-time basis. It's very time consuming especially if the orchard is scattered all over the kampung.My father just passed the retirement age but he is still working and normally coming home late.

    Me?For the case study(if any),I went to the orchard only once during my holiday.To get coconut because my mak told me so.Mmm...I guess with that I do not need further elaboration.

    I realized that I really have a split stand in this very specific issue.I have to pick my mak simply for the 'abang-ada-masalah-negaralah-mak' come and go dilemma.On the other hand, even though I'm always not on the same ship with my father,I think he maybe got it right this time. Looking from the other angle,this subject maybe answered why I'm nobody favourite unlike the others.I'm neutral and don't show which side I pick.

    Err...did I become more and more like my father as I grow older?

    Mmm...I don't think so.I only wish that I'm fairer like him so that this Hari Raya our family colour theme will match me.

    Note:The writer is very furious when he found out that his 3 years old pokok kundang manis is being accidentally cut by the man who 'pawned' the writer's father orchard.BODOH!Pokok dah tinggi macam tu pun tak kenal.To add salt to the injury,the said man only paid RM 10 as his compensation(which is used by the writer's mother to buy orchid). Eee..sabar jelah.

    Tuesday, September 05, 2006

    Special Entry::How I Spent My Merdeka(Part 2)

  • Sabtu


  • Bangun lambat gila sebab berjaga pagi tengok wayang dalam rumah. Ingat nak pergi berdating tapi lupa pulak yang aku dah tak ada geng. Jadi,bawa diri sendiri pergi Bukit Jalil.Ada Sure Heboh.Best juga sebab cuaca hari ini tak panas.Kurang sikit gelap aku.Disebabkan masalah teknikal(akan di tulis kemudian laporan Sure Heboh) aku terpaksa batalkan hajat nak sambung berpoya-poya kat tempat lain. Balik rumah sahaja.Bersiap sedia untuk menonton rancangan kegemaran ramai. Crayon Shin Chan.

  • Ahad
    Pepagi buta lagi dah merempit ke Shah Alam.Pergi pasar malam err... pasar Tani kot nama dia. Tak ada pulak kakak jual bantal kekabu tu.Dah kaya kot.Nampaknya balik Raya nanti terpaksalah aku pau bantal mak aku.Tak nak balik dengan tangan kosong,aku beli jersey bola Zidane untuk anak buah tersayang.Mesti Shahmi nampak handsome nanti.Tapi tak tahulah dia boleh pakai ke tidak.Aku pakai tibai jer saiznya.


    Lepas itu pergi Muzium Shah Alam.Tengok pameran Jin,Hantu dan Keranda.Ala...tak takut pun.Kecil sangat. Dahlah tiket masuk mahal nak mampus.RM 5.Letaklah hantu banyak-banyak sikit. Barulah thrill untuk aku yang tak penakut ini.Err...boleh percaya ke hantu-hantu kat dalam tu?Tapi ramai gak orang datang.

    Lepas itu pergi SACC pula.Waduh,dah cantik dan dah banyak kedai.Ada kedai lukisan yang nampak macam best tapi tutup pulak. Itulah macam kalau Melayu berniaga.Kena datang lain kali ni.Jumpa sarung bantal tekat ala Perak.Cantik tapi mahal nak mampus.RM1000++ satu. Apa kejadahnya pakai benang emas betul.Telan air liur jelah. Dah jadi Datuk A nanti baru aku beli.

    Dah puas mencuci mata,baru balik lunch kat kedai biasa.Gerai Rahmat. Bebudak rumah lama aku rasanya mesti terkejut beruk kalau aku katakan kat sini yang sejak pindah Puchong beberapa tahun yang lalu sampailah sekarang,aku memang lunch kat situ.Malah masa pindah kat Seri Kembangan pun aku sanggup pergi makan kat situ.Memanglah aku ni pelanggan yang setia.

  • Monday, September 04, 2006

    Special Entry::How I Spent My Merdeka(Part 1)

  • Khamis

    Boring betul perarakan Merdeka tahun ini.Gambar tak cantik.Terus aku tutup TV dan sambung tidur sampai pukul 10.00 AM.Bangun hanya bila perut lapar.Lepas itu pergi servis motor.Maklumlah dah nak bulan Ramadhan. Nanti dah nak banyak pakai motor. Lepas habis RM45,aku pergilah berpoya-poya kat Giant,Bandar Puteri Puchong. Gila ramai manusia beratur nak bayar.Aku yang dah ambil barang berbagai-bagai itu terus letak balik dan balik dengan tangan kosong.Hampeh.Tengok movie lagi bagus.


  • Jumaat
    Aku cuti.Begitu juga semua bebudak group aku.My boss sahaja yang komited gila tak cuti.Cuti diteruskan dengan aku yang terpaksa bangun awal sebab hendak ke kedai servis kereta.Betulkan remote kereta spare yang dah bengong. Satu projek yang dah 2 tahun aku tangguh.Terima kasih ye brother Trisilco sebab bagi FOC.Dia kata frequency setting spare remote tu ada lari sikit.Lepas itu pergi lagi Giant.Menebus kehampaan semalam.Entah apa yang aku kelam kabut agaknya,aku terbeli susu perisa strawberry. Sepatutnya aku beli susu segar. Maklumlah,aku kan anak lembu.Kenalah selalu ada cukup bekalan dalam peti ais.

    Ingat lepas itu nak solat Jumaat kat masjid terapung Puchong Perdana tapi termakan tengah hari lajulah pulak.Malas nak membuang masa maka aku balik rumah dulu.Sempat juga pergi beli gas memasak yang dah 2 tahun terbiar sepi tak berganti.Konon-kononnya nanti bulan Ramadhan nak memasaklah hajatnya. Amin.Mmm... boleh percaya ke aku nak memasak ni?Kalau mak aku tahu ni mesti dia dah terguling-guling gelak ketawa.

    Lepas solat Jumaat,tidur petang dulu sebelum pergi gym.Aduh,ramai sungguh pulak manusia hari ini.Tapi kena bersenam juga sebab dah nak puasa.Lepas Raya nanti ada majlis penting.Lepas itu pergi pasar malam. Beli makanan wajib, sup daging dan nasi. Pergh... sungguh menarik hari ini.Sampai lupa yang hari ini PM bentangkan Belanjawan 2007.Itulah siapa suruh bantai tidur.

  • Sunday, September 03, 2006

    Special Entry::What Merdeka Mean


    The real Cikgu Amran.Proton's Merdeka tv commercial model.

    What does Merdeka mean?For me Merdeka is about celebrating Malaysia-ness.Skip the patriotic stuff,it's also the time of the year we are feed with patriotically inspired tv-commercial.

    I like the beautifully crafted(until sometimes I have a thought that it's cinematophotographically fake)Petronas 120 seconds tv-commercial this year.As usual. But what really caught my heart comes from Proton.

    I remembered overhead someone talked about En.Raz acted in Proton commercial but I didn't give a damn care to see it because national TV is so not my cup of tea.Don't hate me for insensitively patriotic.Well,I only managed to see it first time as in Internet vesion while surfing Berita Harian webpage.

    Waduh,En.Raz a.k.a Cikgu Amran!Kamu sudah jadi model ya.

    "Dah tua baru nak laku"-quote En.Raz.

    Note:En.Raz is my ex-officemate.The picture above is taken while he came to my office to photostat something during his training break downstair at TM Net.He told me that if he is lucky,we can see him next in KFC or some other editorial stuff for Hari Raya season.

    Saturday, September 02, 2006

    Buy Orchid




    On my second vacation day,my mak asked me to escort her to go to Muar.To buy orchid. Sound very impromptu but actually my mak did actually planned all this the very moment I arrived. Well,that is so typically her.

    She must be so excited to go since every time she saw me,she must remind me.Aiyo!I thought this is supposed to be one of the mother and son hangouts but err...she invited her friend too. Emak Abang Amri specifically.Now what?Am I just another typical taxi driver?

    First stop,I chauffeured them to a nursery near sekolah Sains Muar.My mak bought a beg of hibiscus.A big flower variety, yellow in colour with dark red trimmed at the edge.Aha!That hibiscus is not for her but for one of her friend.Mmm...my mak is so kindlah.The only setback is that I'm the one who opened the wallet.No big deal.The happy-whatever face she gave me is priceless.She even promised me to have a branch of it to propagate for our collection.

    Only at the second stop did we arrived at the objective of the day.The orchid nursery that my mak want to go is not that impressive by my standard.Very commercial oriented and normal I can say.My mak bought herself one orchid naga(I forget the exact name).The taukeh told me that species will only start to bloom after 3 years. My god! Lama nak mampus OK.Of course if I want to see it bloom sooner I have to buy the more matured plant.No,thank youlah brother. Mind you...the price for matured plant can simply fetch a handsomely RM ratus.My mak's friend bought herself a more glamorous orchid named Kalsom for RM 35 after much bargaining. Mahal nak mampus OK but since now is a durian season I guess money is not a big question for these makciks.

    To add spice...or should I say drama to our purchases,my mak told me that Kalsom is actually specially ordered by one of her other friend. Aha!"Siapa cepat dia dapat" than the reply by the proud but inappropriate new owner.That remark really tickles me somehow.

    I guess all this women must be crazy.Crazy over orchid.And I think I know why.Err... did I told you that orchid is derived from the Greek word of 'penis'.Hahaha!

    Now,everytime I bump into an orchid,I must be 'tersipu-sipu malu + merah muka kononnya'.

    So,please don't name any daughter as Orkid.Like in Gubra.Tak sesuai OK.

    Note:The writer spent 2 hours at the nursery waiting for the makciks to make a selection and waiting for the taukeh to 'balik dari pergi ambil rumput untuk lembu'.The makciks being the very typically Malay did utilized all the available time to have a interview session(sampai tahu cucu-cicit OK) with the taukeh's mother.Boring betul.

    Friday, September 01, 2006

    Sudah Tidak Innocent Lagi

    Mak:Mak rasa Abang dah patut kahwin.

    Aku:[Aiyo!Dia dah mula dah.Buka topik bosan].Mmmm...

    Mak:Dulu masa kecik-kecik,kalau mak tengok muka Abang masa tidur, innocent jer. Sekarang ni,nampak macam tengah buat Mathematik jer. Abang ada masalah ke?

    Aku:[???].Ala,masalah kerja jer.

    Lepas perbualan ini,baru aku teringat.Bila masa mak tengok aku tidur?Aku tidur dalam bilik kan?Tak ada kes bergolekan di ruang tamu kan?Aiyo!Ini mesti mak masuk bilik aku masa aku pengsan habis.Qadak tidur. Maklumlah, bilik aku dah dijajah dia sebab lama sangat dibiarkan kosong.

    Err...masa Subuh pagi ke masa petang Asar mak tengok aku tidur?Ah,sudah!Kalau waktu pagi mesti aku dah terkantoi.Biasalah budak lelaki.Selalu dapat 'penyakit' morning erection.Oh!Janganlah waktu pagi!

    Mak!Lain kali kalau nak masuk bilik Abang boleh ketuk pintu dulu tak?

    Tapi kalau aku dah tidur mati macam mana ye?

    Aku masih tidak rela.