Tuesday, October 31, 2006

Tragedi Oktober::Bahagian 1



"Tak mahu ku ingat lagi,apa yang telah terjadi,Tragedi Oktober"
-Awie


Setiap kali musim perayaan terutama Hari Raya saya mesti dapat SMS dari orang itu.Tahun ini SMSnya sampai pada hari tengok anak bulan. SMSnya bukanlah pasal bagi ucapan selamat hari raya seperti rakan-rakan saya yang lain tapi SMS diforward yang mengatakan Putrajaya down.

Saya agak malas nak layan kerana sepatutnya Putrajaya bukanlah di bawah jagaan saya lagi mengikut struktur organisasi yang terkini.Apa gunanya laptop-laptop staff kumpulan dia yang lebih canggih dari laptop saya kalau Putrajaya down pun nak suruh saya buat.Laptop saya alahai....nak taip huruf 'l' pun tak boleh.Amat daif laptop saya kalau dibandingkan dengan laptop-laptop mereka.Bagai melukut di tepi gantang.

Kalau macam itu,saya sedikit hairan apa bagusnya ada kumpulan yang sepatutnya layan hal-hal down macam Putrajaya tapi di hujung jalan cerita,saya juga yang kena buat.Dan kes saya bukanlah kes terpencil. Ramai lagi budak-budak kumpulan saya yang menjadi mangsa buli.Saya memang dari dulu tidak puas hati dengan isu pemisahan kumpulan ini.Mungkin saya pesimis tapi lihatlah apa yang berlaku.Malah saya selaku wakil pihak pemberontakan pernah menyuarakan kebimbangan saya di hadapan CEO. Err...bebudak lain penakut nak bersuara sebab takut kena blacklisted.Tak ada maknanya OK nak takut.

Hahaha!Padan muka saya.Sebab itulah tak naik-naik pangkat sampai sekarang. Tapi,ala... macamlah kalau tak cakap pangkat akan naik.Tak ada maknanya.Mmm...tiba-tiba saya rasa saya ada teorilah pasal semua ini. Bukan pasal saya tapi pasal orang itu.

Mungkinkah ada pihak yang hendakkan orang itu give up dan resign dengan menurunkan pangkat dia dan berikan kerja yang mengarut kepadanya.Sebab,dah bagi VSS pun dia tak mahu pergi. Saya kasihan dengan orang itu dilayan sedemikian rupa(nasib baik gaji dia tak turun sama) tapi yang paling menghantui saya ialah kenapa orang itu yang satu lagi dinaikkan pangkat.Bukan bagus sangat pun dia.Suka main politik.Bos saya lagi hebat dan saya rasa dia yang selayaknya duduk di akuarium tanpa cahaya itu.Cuma masalah bos saya ialah dia ini tak banyak cakap.

Mmm...kalau dihalusi teori diatas dengan lebih mendalam,saya baru perasan sesuatu. Ada persamaan jalan ceritalah dengan penstrukturan semula kali ke_(err..sila isi tempat kosong angka 1 hingga 10) syarikat yang tengah "krisis 100 hari".Sama OK taktiknya.Like father like son. Err...teori saya yang selanjutnya saya malas hendak taip.Banyak sangat huruf 'l'nya.

Itulah.Kadang-kadang saya rasa yang saya terima sahaja apa yang tersurat berlaku seadanya tanpa psycho berdarah hidung seperti kali ini memikirkan apa sebenarnya 'Big Picture' yang tersirat hendak di sampaikan.

Mmm...macam mana nak nampak.Saya asyik nampak Pink dan Oren sahaja.

Itu lagi bagus.Terhibur juga rasa hati dari jadi psycho layan masalah politik organisasi yang entah apa-apa.

Note:Teori-teori juga tapi sempat juga saya upkan Putrajaya secara acara mulut berirama pot-pet pot-pet tak puas hati sebab kena kerja masa cuti.Tapi rasa bangga tak sedar dirilah pula bila bos beritahu yang kerja masa cuti saya itu bernilai RM12000.OK apa untuk hasil kerja 1 jam. Kalau jual diri,sejam pun saya tak boleh dapat duit banyak macam itu tau.Err...on paper bos cakap saya buat kerja 12 jam untuk upkan Putrajaya tapi off paper sebenarnya 1 jam sahaja.Adalah ceritanya.

Monday, October 30, 2006

Tragedi Huruf L



Arghh!Aku rasa nak mencllllllllarut.Rasa geram,sakit hati,benci,meluat, menyallllllllmpah dan pasrah.Malas nak layan.

Laptop aku yang banyak berjalllllllllllsa buat hal lagi.Suka-suka hati mak dia tanpa ditekan,keyboard 'l' keluar selllllllcara automatik banyak-bllllllllanyak secara berterusan. Macam yang sedalllllllng berlaku ini.Boleh jiwa kacau kalau bertelllllllrusan begini.Nak hantar repair,projek yang datang mlllllllllllllacam air terjun lajunya.Semua nak cepat.Lecehlah pula nak bekerja nanti.

Arghh...memang aku rasa nak mencarut.

Apa kalllllllta aku cuba menyumpah.

Bulllllllllllshit.

Arghhh!!!

Nak menyumpah pun tak boleh.Damm!

Note:My partner in crime punya laptop pun kena sindrom bengong macam aku juga tapi masalah dia lagilah lawak.Lain yang ditekan huruf lain yang keluar.Compaq ni memang hampeh. Mmm...tapi kenapa laptop bebudak EPON sahaja yang kena attack?Very-very the sesuatu kan. Kami stresskan sangat keyboard tu kot.

Sunday, October 29, 2006

Hamper Raya



Aku selamat sampai kampung(balik Raya) dari KL walaupun tadi nyaris-nyaris dilanggar Mercedes bodoh di Bukit Puchong.Macam biasa,bila sampai rumah mesti masuk dapur cari emak. Mak aku tak jumpa tapi sebaliknya aku jumpa hamper.

Aku soal-siasatlah siapa yang bagi sebab tak pernah-pernah dapat hamper masa Raya. Ingatkan ayah atau adik-adik ada menang peraduan ke apa.Rupanya Tan,kontrator yang dulunya buat rumah aku yang bagi hamper tersebut.

Ergh...aku tambah pelik.Apa ke hal mamat ni bagi hamper.Biasanya dia datang Raya sahaja. La... rupanya itu hadiah untuk emak sebab emak berjaya pujuk satu klien untuk buat rumah pakai kontrator dak Tan.Klien ini dulunya cancel tak nak ambil Tan sebab quatotion Tan mahal sangat. Apapun,aku kagum gila dengan skill mengayat emak. Mmm...tapi kenapa kuahnya tak tumpah ke nasi?Aku ni kalau nak cakap dengan awek cun, mesti terketar-ketar punya walhal aku dulu selalu berucap depan orang ramai di sekolah. Lepas itu,kalau dah buka mulut entah apa-apa pula yang aku merapukan. Hahaha.Itulah sebab sampai sekarang tak ada awek lagi.

Di samping hamper emak juga dapat RM500.Ala...RM500 je ke Tan?Aku tak puas hati sebab dulu Pak Cik Seman dapat RM3000 recommendkan orang pakai kontrator dak Tan.Mak kata dia tak kisah.Biasalah,makcik-makcik kampung memang selalu dipandang sebelah mata, katanya lagi.

Tapi bila difikir semula,aku rasa OK jugalah RM500 itu sebab dak Tan sudah cat semula interior rumah aku.Ribuan juga kosnya itu.

Terima kasih Tan.Balik London nanti datanglah Raya kat rumah.

Err...Tan.Kenapa kau cat warna dapur 10% lebih kuning dari warna kuning yang sebelumnya?

Note:Tan ini ialah surname dia.Aku tak tahu sebenarnya nama si "Tan" ni.Jadi ayah,pakcik, abang dan adik dia semuanya aku panggil Tan.Yang peliknya,semuanya pula menyahut bila aku panggil.Hai,macam manalah aku tak confuse.

Saturday, October 28, 2006

Kathy



Ini bukan kucing aku.Bukan juga kucing mak aku.Atau kucing adik aku. Tapi kucing ini selalu datang melepak kat rumah aku.Dah jadi macam ahli keluarga pula.Mak aku siap bagi makan. Kadang-kadang adik aku siap mandikan dia.

Lupa nak beritahu.Nama dia Kathy.Itu nama glamour.Mak aku kata dia ni asal Kelantan, berketurunan Siam.Mmm...tak nampak siam pun.Ekor jer macam ekor tupai.Tuan dia pula orang Indonesia+Malaysia.Waduh ko Kathy!Masyarakat majmuk sungguh.

Kathy ini amat manja.Kalau kita datang dekat,dia mesti rebahkan badan dia.Menyerah diri untuk dibelai.Aku rasa terharu.I feel déjà vu.Tingkah laku Kathy sebiji saling tak tumpah macam kucing aku kat rumah lama. Nama dia Labu.Labu amat playboy. Sebab itu dia tak mahu ikut kami pindah ke rumah baru.Walaupun Labu amat kampung tapi dialah kucing terhandsome pernah aku jumpa.Muka dia memang lain dari kucing-kucing kampung yang lain.

Hai!macam manalah agaknya Labu sekarang?Hidup lagikah dia?Masih suka berpoya-poya lagikah dengan janda berbulu tompok-tompok tak cantik dan berekor kontot itu.Mmm... biasalah, orang handsome couplenya mesti burukkan!

Terima kasih Kathy.Engkaulah Labu aku sekarang walaupun perangai kau ada macam diva sikit.Itu tak boleh makan,ini tak boleh makan. Betullah kata orang. Yang patah memang akan tumbuh kembali tapi yang tumbuh itu tidak akan sama seperti yang dah patah.

Note:Kathy ini sebenarnya kucing jantan.Aku musykil juga kenapa nama dia Kathy.Dunia dah nak kiamat kot!

Friday, October 27, 2006

Rin::Part 1

Rin nak datang rumah aku kat sini.Dia baru lepas gaduh dengan awek dia.Aku tak kasi dia datang sebab pertama,aku tak mandi lagi.Kedua, aku nak tengok cerita Korea dan nak sambung tengok CSI(sahlah tak syok tengok TV sambil berborak) dan ketiganya,sebab paling penting ialah rumah aku berselerak gila tahap rumah pelacuran.

Tapi dia berkeras nak datang juga.Lagipun masa itu dia memang berada seVLR dengan aku. Last-last aku bagi dia datang juga.Itulah.Susahkan kalau jadi magnet tempat orang mencurahkan masalah ni?Nak tengok cerita Korea pun tak senang.

Masuk sahaja rumah aku,seperti dijangka Rin mula membebel pasal keselerakan rumah aku. Hello...tadi awak yang beria nak datangkan?Lepas itu sessi mencurah perasaan selama 5 minit. Cis...tak adalah besar mana sangatpun masalahnya.Tapi mamat ni dulu selamba putus tunang atas masalah yang simple juga walaupun aku memang setuju gila dia putuskan tunang sebab awek tu hampeh.

Itu ini 4 jam juga aku sembang a.k.a interview dengan dia.2 jam kat rumah,2 jam lagi kat kedai. 90% cerita pasal awek,10% pasal seks. Biasalah budak lelaki.Mesti ada tersasul kat bab-bab macam itu. Pergh...boleh tahan juga poyo mamat ni.Siap pernah dating dengan anak Tan Sri yang kalau aku sebut namanya mesti satu Malaysia tahu.Tapi Rin cold feet bila rahsia itu terbongkar.Entah apa-apalah mamat ni.Penakut rupanya.

Aku sedikit kagum dengan profile awek-awek dia.Aku juga amat cemburu kehandalannya memburu awek.Nak kata dia handsome tak juga.Nak kata jambu mmm...adalah sikit-sikit. Mungkin style dia kot walaupun aku rasa aku 2 tahun terkini dari dia.Tapi aku rasa dan dipersetujui oleh dia yang nature career dia yang banyak jumpa orang adalah rahsia kejayaan dia dapat awek yang best-best.Orang macam aku ini telan air liur jelah.Hari-hari jumpa server. Ada yang lebih tinggi dari aku,ada yang pendek,ada yang memanjang bunyi bising,ada yang bunyi macam orang dalam ICU dan macam-macam lagilah sifatnya. Macam satu sumpahan, jantina yang banyak berkerumun disekitar server ialah kaum-kaum yang tak cun(kalau ada yang jambu itu kira nasib baiklah,boleh juga buat hilang mengantuk).Kalau jumpa awek yang cun, bak kata Jerri pun sah-sah 98% sudah ada tuan. Hai...nak buat macam mana kan.Dah nasib badan.

Tapi OK juga jumpa server.Tak kena goda.Tak macam Rin.Siap kena perangkap 'rasuah seks' sebab nakkan projek(read:he is a decision maker man).Mamat mangkok hayun ini pun satu. Innocent nak mampus. Dah amoi itu bogel depan dia baru nak lari.Hahaha... kenapalah kau lari Rin?Anti-climax betullah cerita kau.Baru jer aku nak stim. Tapi,err... jangan kutuk kawan aku. Dia memang masih teruna lagi.Dia memang budak yang baik.Tak macam mamat little blackbook. Walaupun dia ini memang agak romeo tapi seperkenalan aku dengan dia jumlah solatnya agak OKlah.Tak banyak rongak sangat.

Mmm...kalau aku jadi Rin,apa agaknya tindakan aku?Aku tak pernah digoda lagi ni.

Err...ada ke orang nak goda aku?

Dah lah tak handsome.Tak jambu pula tu.Tak berpangkat besar.

Hahaha!

Server-server semua apa lagi!Sila buka casing masing-masing.

Aku nak tengok aku tergoda ke tidak.

Thursday, October 26, 2006

Aku Versus Epol Dan Awek Cun

Tercerita pasal adik bongsu aku,aku teringat sesuatu.Dia ada kawan baik.Boleh tahan cun.Putih melepak dan tinggi lampai orangnya. Memang cantik. Memang kalau diletakkan disebelah aku,akan jadi macam Beauty and The Beast.

Aku ingat aku sorang jer yang skodeng minah tu.Rupanya sepupu aku Epol pun turut pandang-pandang jeling-jeling awek tu. Hahaha!Epol terkantoi sebab dia tiba-tiba buang tabiat datang rumah aku(masa for one family occasion) pakai kemeja smart gila siap tucked-in sampai mak dia pun hairan. That is so not him.Kitaorang apa lagi...mengorek rahsialah.

Aku rasa tercabar sikit masa dapat tahu rahsia si Epol tu.Mana aci kan. Aku yang dulu nampak awek cun tu.Masa kitaorang ramai-ramai usik Epol,aku pun mengumumkan niat jahat aku.

"Ala Epol,Abang kalau nak awek kau tu,malam ini Abang pergi cucuk duit,esok pagi dah boleh pergi masuk meminang tau".

Epol pasrah jer kot dengar ayat kekwat aku sebab dia budak baru belajar.Tapi aku memang tengah kaya raya masa tu.Lawak gila bila dia kata nak simpan RM 1 sehari untuk pergi meminang minah tu.Kesian pulak aku tengok Epol kena gelak ramai-ramai. Tapi oleh sebab aku dah jadi lelaki Melayu kedua terakhir,aku pun bantailah gelak bersama-sama geng-geng jahat.Nak buat macam mana kan. Mak dia pun gelak juga.

Lepas itu,aku bisiklah kat adik aku.

"Mid!kawan kau tu pandai tak?".Tanya aku.

"Tak.Bodoh".Selamba adik aku jawab.

Masa Epol berjabat salam dengan aku sebab dia nak balik,sempat lagi aku mengusik dia.

"Err...Epol.Ko ambillah awek tu.Abang tak nak.Abang gurau jer tadi."

Hahaha!Itulah aku sebenarnya.Mengutamakan kebahagian orang lain dari kebahagian diri sendiri.

Ahaks!Yelah tu.

Wednesday, October 25, 2006

Best Student

Yeah!Seorang lagi budak dalam keluarga aku jadi best-student.Macam tak percaya jer bila mak beritahu yang adik bongsu aku dapat takhta best-student kat sekolah dia.Aku macam...what???Perempuan poyo itu dapat best-student.Hahaha!

Tapi dia tak tahu lagi yang dia best-student sampailah aku SMS dia kemudiannya.Dia ada perang dingin dengan mak.Biasalah bebudak dalam rumah Lot 3210.Perang-menyerang,bom-mengebom,serang hendap,jerangkap samar itu semua perkara biasa.Dan macam biasa, akulah yang jadi pasukan pengamannya.Itu pun kalau bukan aku yang dalam itu perang atau terlibat dalam mana-mana peperangan.

Mmm...lawaklah diaorang ini.Entah apa-apa.Tak ada kerja kot.

Tahniah Mid!Belajar rajin-rajin.

Tuesday, October 24, 2006

Balik Raya

Aku tak pasti lagi nak balik bila.Jiwa tengah kacau.Mungkin esok. Mungkin Ahad. Mungkin Isnin.Tapi yang pasti seperti tahun-tahun lepas, aku akan beraya dalam standby mode.Kena dekat dengan laptop dan talian telefon.Beberapa hari yang lepas, aku sungguh gembira bila nama aku tak ada dalam list VPN tapi tup,tup semalam nama aku naik.Arahan bos besar.Eee...tak sukanya.Baru sahaja aku pasang angan-angan nak beraya dengan aman.

Tahun lepas masalah SMSC kaput sebab ramai sangat orang hantar SMS dan tak pasal-pasal aku terheret sama dalam masalah yang sah-sah bukan 'cup and tea' aku.Tahun sebelumnya, application crash.Tahun ini tak tahulah bencana apa yang bakal menimpa. Rasanya database kot sebab ada gampang mana entah suka-suka hati dia telah tukar setting network gateway.Aku dah report suruh orang betulkan.Siap bagi clue lagi apa masalah dia sebab si penyiasat itu amat clueless.Aku malas nak betulkan macam dulu-dulu sebab itu bukan kerja aku lagi.Lagipun dah ada team yang memang kerjanya handle benda-benda macam itu.Tapi bila si penyiasat itu kata dia tengok OK jer,aku pun kata OK jugalah sebab aku malas nak layan.

Raya nanti kalau problem,silalah ke Putrajaya ye tuan dan puan sebab benda alah itu tidak boleh dibuat secara remote.Aku dah malas nak merintis kemungkinan.Tak ada maknanya.

Selamat Hari Raya,Maaf Zahir dan Batin.

Monday, October 23, 2006

Damm Damm Doom Lagi

  • Kad Raya

  • Aiyo!Setem sudah aku beli seawal minggu pertama puasa lagi.Kad raya TM pun dah dapat. Tapi semuanya masih terlamak kat seat belakang kereta. Sesungguhnya memanglah aku tiada masa untuk memproses kad-kad raya tersebut.Lagipun aku tak tahu nak hantar kat siapa kad raya banyak-banyak itu.Awek dah tak ada.Karang hantar,gaduh pulak dengan laki diaorang.Tambah sedih,satu pun kad raya aku tak dapat tahun ni. Oops... baru dapat satu semalam.Dari Oren(see footnote).I terharu you.Rasanya orang dah tak trend lagi hantar kad raya kot. OKlah,kalau itu macam maka saya akan SMS jer lah sahabat-sahabat saya di malam raya nanti.Biar jam SMSC Celcom.

  • Angpau Raya

  • Ya ampun adik-adik.Tahun ini tidak ada duit raya.Pak cik dah spent banyak kat kereta dan pak cik ada mega personal project pula bulan depan pada 7/11.Habis itu apa aku nak letak dalam sampul angpau yang banyak aku dapat?Letak ketupat boleh?

  • Cat

  • Pertengahan tahun lalu aku dah terlepas cakap kat mak yang aku nak sponsor cat stor. Ala...stor yang dibuat masa tengah sibuk sibuk adik lelaki aku nak kahwin. Sekarang ayah/mak cat warna putih tapi aku rasa nampak janggallah pulak sebab tak sama dengan warna dinding rumah. Jadi aku nak cat warna pink bagi sama.Masalahnya sekarang aku tidak ada masa untuk mencari kedai dan membeli cat(Nippon Paint). Paling besar masalahnya ialah aku lupa kod warna pink tersebut walhal akulah yang pilih warna pink itu. Kena selak satu-satu diary yang lepas-lepaslah gamaknya.Mungkin dah balik Melaka kot baru aku pergi beli.Doakan aku berjaya mengecat.

  • Zakat

  • Sudahkah anda membayar zakat fitrah?Saya sudah.RM4.70 sahaja. Macam biasa aku bayar untuk seorang.Tersipu-sipu malu aku bila diusik oleh pak amil yang kata dia hendak aku bayar untuk dua orang tahun hadapan.Aiyo!Pak Imam pun sudah pandai 'menembak' aku sekarang. Ini tak boleh jadi!Mana acikan.Tekanan sungguh.

  • Kuih Raya

  • Rasanya semua kuih yang aku hendak sudah ada kecuali tart yang akan sampai hari ini. Biasanya memang kami adik-beradik akan beli seorang sikit kuih raya sebab kami anti dengan kuih-kuih lama mak.Kalau tak cukup rasanya aku kan paksa mak ikut aku pergi jualan borong tengah malam kuih raya di Muar.Itupun kalau aku tak jadi ular sawa selepas berbuka di kampung.Cerita pasal kuih raya baru aku teringat yang tahun ini tidak ada kek hati pari.Kek Sarawak kegemaran aku.Sejak Leh resign susah gila aku hendak mendapatkan stok.Dulu order untuk pertunangan adik aku pun tak dapat.Tapi tak apa. Aku akan wajibkan diri ini pergi beraya di rumah nanti untuk mendapatkan stok. Err...sebenarnya,masih ada sikit lagi saki baki kek hati pari tahun lepas dalam peti ais aku.Sabar jelah.Kes lupa nak makanlah tu.Seperkara lagi harapnya tak adalah projek mengacau dodol tahun ini kerana sebagai satu-satunya hero yang ada sudah pastilah aku akan rasa nak pengsan mengacau nanti. Terutama bila dodol itu dah likat. Kalau Nek kata dia nak makan,aku akan berdesup pergi beli kat Merlimau.Sedap juga rasanya. Sediakan duit sahaja.Susah jugakan kalau keluarga tak ramai hero ni?

    Note:Walaupun aku dan Oren telah berpisah tapi rasanya kami masih berkawan baik.Ala-ala Erra-Yusri gitu.Bukan ala-ala Datok Effendi Norwawi-Datin Faridah.Cuma Erra ada belikan Yusri baju raya,aku dapat kad raya sahaja.Hahaha.OKlah tu kan.To Oren,pasal insiden Pasar Ramadhan Putrajaya tempoh hari,I sebenarnya tak nampak apa yang berlaku. Don't worry.Buat macam normal jer.

    Sunday, October 22, 2006

    Si Bangang Di Depan

    "Saya sungguh risau.Setiap kali musim perayaan banyak kemalangan jiwa berlaku.Jadi saya ambil keputusan untuk turunkan had laju jalan Negeri dan jalan Perseketuan"-Pak Lah.

    Saya pun risau juga.Maknanya makin lambatlah saya sampai rumah.Ini kerana jalan Muar-Melaka yang saya lalui akan penuh sesak dengan orang-orang yang bangang.Kalau had laju 90km/ph dipandu 30km/ph. Maka logiknya 80km/ph akan dibawa pada 20km/ph.Apa kejadahnya kan? Sungguhlah membosankan memandu kereta 1.6cc dengan kelajuan tersebut. Motorsikal pun lagi laju. Jauh jalan yang tidak seberapa kilometer panjangnya itu akan terasa lama seperti memandu di KL-Seremban. Kadang-kadang,sampai 2km panjangnya jammed dan yang anehnya di depan si bangang terkehadapan sekali itu bukan ada apa-apa.Hanya ada jalan yang lurus dipagari dengan kehijauan pokok-pokok buah-buahan dan pokok-pokok kelapa.

    Hendak memotong tersangatlah menakutkan kerana jalan dua lorong itu sentiasa sibuk.Saya sungguh tidak faham dengan mentaliti si bangang di depan itu.Tak ada cermin pandang belakang atau pun tak tahu pandang cermin sisi.Ataupun si bangang terkehadapan tergolong dalam umat pemandu 70% yang rabun di jalan raya.Ikut suka hati dia sahaja memandu macam siput babi lambatnya. Tahulah bayar cukai jalan tapi orang lain pun bayar cukai jalan juga.Si bangang di depan ini suka sangat kot duduk lama-lama dalam kereta.Macam tak ada kerja lain.

    Sikap si bangang di depan macam inilah yang menyebabkan ramai orang yang hilang sabar dan yang menariknya bukan si bangang di depan yang merana badan.Mereka buat bodoh sahaja bila berlaku kemalangan.Jika saya bernasib baik dapat memotong si bangang di depan,saya akan memandu sesiput babi perlahannya di depan si bangang yang tadinya di depan.Ada yang faham tapi ada juga si bangang yang tidak faham.Tambah memalukan ada juga golongan berzakar dalam kategori si bangang di depan.Mungkin mereka mengalami masalah defisit testesteron kot.Atau pun mereka ini sebenarnya telah dikasi. Atau pun ada cik mek molek disebelah.

    Janganlah kita jadi seperti si bangang di depan.Patuhilah had laju yang ditetapkan dan bertimbang-rasalah dengan pemandu-pemandu F1 seperti saya.Mungkin hari ini timbang-rasa itu tidak diperlukan tapi siapa tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari.Ketika itu pasti si bangang di depan menyesali akan kebangangannya yang lalu.Itulah kalau dia bangang seadanya.

    Biar lambat,asal selamat.Tapi kalau dah lambat macam siput babi,baik duduk dalam surau. Jangan menyibuk di jalan raya.

    Saturday, October 21, 2006

    Priceless

    Battery RM 180.00
    AAM renewal RM 60.00
    Front Absorber x2 RM 420.00
    Rear Absorber x2 RM 320.00
    Viper Blade x2 RM 60.00
    Absorber Mounting x2 RM 360.00
    Disc Brake Pad 1 set RM 180.00
    Balancing&Alignment I RM 45.00
    Motorcycle insurance RM 149.22
    Motorcycle road tax renewal RM 4.00
    Tyre x4 RM 740.00
    Balancing&Alignment II RM 15.00
    Tyre Camber x2 RM 70.00
    Service-Adjust Camber x2 RM 30.00
    Rear Door Handle x1 RM 60.00
    The expression on my face RM Priceless

    Note:All transaction is done in 30 days.

    Friday, October 20, 2006

    Q&A::Ramadhan

    1. How old are you when you started to fast?
    I think it's 6.

    2. Have you ever forgotten that you're fasting, and what have you done?
    No.

    3. What you do like about Ramadhan?
    The quietness of it.It's hard to explain but what can I think it is maybe has something to do with the syaitan being chained.

    4. What would you do if you really cannot stand fasting?
    Take bath and sleeping.

    5. Any challenging activity during fasting, and how do you deal with it?
    Mmm...does went shopping all around KL center in 8 hours can be considered challenging?I 'deal' with it because shopping makes me happy.

    6. Any bad experience during Ramadhan?
    I called my first crush,long distance,on and off stuff,secretly-admired-but-I-never-tell-her-I-like-her things,7 years school-hood to wish her Selamat Hari Raya.Her mother answered and told me that she got married last month(read:it's not 2006 but a year after my MMU things). For the record she is not the same school with me.I met her during one of my state level quiz competition and the best thing is that I met her again at MMU,Melaka during one of her university trip.Selamat hari Raya Zaleha Abdullah, Gombak.Hahaha!Kan dah bocor rahsia.

    7. Have you ever face any kind of unforgettable moment with firecrackers/ fireworks?
    I'm a skima boy.I play firecrackers/firework in a skima way.No hanky-panky.

    8. Have you ever did something that may void your fasting but you just ignored it?
    Yes.I just don't know it until I got akil baligh.Hahaha!What I did is biarlah rahsia.Nothing bertanduk OK.

    9. Have you ever been caught for not fasting?
    No.

    10. How does Ramadhan effect your body weight?
    Ramadhan always affect me.This year,for the first time I got my six-pack back.Right now I really love-hate the new skinny 5kg me.

    11. Do you like getting duit raya? What was the most amount you've ever got?
    I forever like free money.The most amount mmm...it's not much but RM300 kot?

    12. Which Eid was the worst for you?
    The one which my parents nearly....

    13. Have u ever got diarrhea during eid?
    No.But yes if I take an expired antibiotic.Just like last time.Err..I mean last month.


    Note:The above question is tagged to me by my ex-MMU housemate, Bai.To Miss Key, don't get mad at me.I already drafted whatever you tagged(nice tag) me long long time ago but it got lost somehow before it got publish.I try my best to do it again. Seronok pula tagged-mentagged ni.Macam dapat mengeratkan silaturrahim jer.

    Thursday, October 19, 2006

    Damm Damm Doom

    Sekejap benarnya rasanya berpuasa.Sedar-sedar dah sampai minggu Lailatul Qadar.Nasib baik aku pergi dengar ceramah hari itu.Kalau tidak, haruslah kantoi tak tahu.Puasa kali ini aku lain macam sikit sibuknya. Sibuk dengan masalah peribadi dan yang paling penting,sibuk dengan IPTV yang nak roll-out awal November nanti.Tekanan sungguh bila Jeff Ooi sudah pun iklankan IPTV ini dalam blog dia.Hahaha!Yo yo all jer claim sibuk.Padahal,hari-hari ada masa mengarut dalam blog.

  • Terawih

  • Sebab IPTV,rongak-rongak jugalah terawih aku tahun ini.Apa taknya, lepas berbuka mesti wajib buka laptop sambung buat kerja apa yang patut.Ronggak maksudnya di sini bukanlah aku tak buat solat sunat terawih.Aku buat dan tak pernah mengelat tapi 70% bukanlah berjemaah di masjid.Nampak gayanya,tak sempat jugalah aku hendak pergi berterawih di Masjid Putrajaya seperti tahun-tahun yang lalu.

  • Membeli-Belah

  • Tak beli apa pun.Yelah tu!Beli sepasang baju Melayu,samping,butang dan oops... 2 helai V neck.Tak tahulah apa kena mengena V neck dengan hari raya tapi bila sampai KLCC tempoh hari,terus aku sambar 2 helai V neck dari 2 cap yang berlainan. Hampir-hampir jadi 3 V neck kat satu kedai.Tapi disebabkan dada aku agak bidang dan pinggang aku agak ramping,maka terjadi melampau pula seksinya bila V neck itu sudah sampai ke pangkal set kekotak pertama perut aku.Tunggu gemuk sikit kot baru boleh beli. Selain itu adalah beli kuih sikit dari pengedar yang biasa sebab kalau nak diharapkan kuih-muih mak aku,mmm... semuanya old fashion.Aha!Tahun ini ada pengedar kuih yang baru iaitu Oren.Aku saja jer beli kuih dari dia sebab nak tengok dia. Hahaha! Tak ada maknanya kan?

  • Buka Puasa

  • Memang happening sebab ada pasar Ramadhan.Orang bujang macam aku memanglah jakun bila tengok makanan banyak-banyak.Bagi orang yang dah kahwin atau yang duduk dengan keluarga,mereka tak seteruja aku sebab bila mereka request nak makan apa-apa mesti dapat punya. Makanan standard aku ialah bubur lambuk dan daging masak kicap. Kuih-muih pula rotate antara lepat pisang,lopis,kek gula hangus, karipap dan kuih tak tahu nama tapi merah warnanya berbiji-biji macam telur katak.Pasar Ramadhan kegemaran sudah tentulah Putrajaya sebab dekat dengan office.Sayang,abang handsome yang jual nasi sup tu tak berniaga pulak.Dia berniaga di Jalan TAR.Aku memang suka sup walaupun mak aku kata itu makanan orang malas.Seperkara lagi,tahun ini belum ada lagi kes aku berbuka jam 8.30 malam sebab tertidur.But let's wait and see because we have a few more days left.Tapi tahun ini 30% aku tak punctual berbuka.Asyik lewat sampai rumah sahaja.Teruja di pasar Ramadhan.

  • Sahur

  • Macam biasa,bangun jam 5.00 AM.Tak pernah miss lagi.Kalau mood aku baik,buka lampu dan makan apa-apa yang ada dalam peti ais atau leftover berbuka tadi sambil tengok MTV atau Channel V.Kalau mood tak baik,sahur berlampukan lampu peti ais sahaja. Kadang-kadang mata pun tak buka.Buka mulut jer.

    Note:Kejap lagi aku ada sessi hidup atau mati IPTV.Paniklah juga sebab ada lagi benda tak siap.Itulah sebabnya aku salurkan kekalutan ini dengan mengupdate.Amacam?Konkritkan alasan untuk mengupdate. Doakan aku berjaya!Nanti korang semua dapat bonus tahun depan. Kalau tak berjaya,show cause letter lah jawabnya.

    Wednesday, October 18, 2006

    Musim Buah Duku Di Bulan Ramadhan


  • Lokasi No 1

  • Kebun 2 minit dengan kelajuan 40km/ph dari rumah.Mak kata banyak yang dah luruh.Ayah kata kalau aku balik minggu sebelumnya buah tengah cantik.





    Teknik terkini mengambil duku. Orang biasanya panjat tapi sebab pokoknya tinggi maka terpaksalah improvise pakai teknik mengait.Fly sheet dibentang bagi menjimatkan masa mencari dan meningkatkan produktiviti.Bulan puasa OK.



    Ayah kata kalau tebas sekarang nanti musim buah tahun depan tak payah tebas lagi.Yelah tu.Pergi kebun bila ada musim buah jer. Haruslah lepas ni jadi hutan belukar semula.Mak macam biasa pot pet pot pet.Tak letih agaknya bercakap.




  • Lokasi No 2

  • Tengok dari jauh macam tak ada buah tapi bila dah dekat baru nampak banyak.







    Macam biasa.Baru insaf nak menebas bila pokok ada buah.Aku macam biasa jadi pengarah yang bercekak pinggang.I tak boleh menebas.Nanti tangan I melecet.





    Kalau tadi teknik mengait, sekarang teknik memanjat pula digunakan. Fly sheet masih digunakan sebab aku dan mak malas nak kutip.Kitaorang sibuk pergi rumah sebelah. Tengok bunga sambil aku sibuk skodeng. Manalah tahu tuan rumah ada anak dara cun ke.Hahaha!

    Aksi ayah tengah memanjat sambil anaknya yang pemalas mengambil gambar.Aku hairan juga kenapa aku jer yang kena gigit semut.Mak kata dia tak kena. Yang gigit aku tu mesti semut betina.Tapi tak tahulah cun ke tidak.


    Makro.Konon-kononnyalah.









    Sekarang aku pulak yang memanjat. Yang kata aku tak reti memanjat tu banyak-banyaklah bawa bertaubat. I reti OK.Pokok kelapa jer I tak reti. My brother terror panjat pokok kelapa. I memang kagum dengan dia.





  • Lokasi No 3

  • Tak boleh pakai teknik memanjat sebab banyak kerengga.








    Kebun ni cantik sikit.Tak semak.









    Inilah rupanya kereta teman kalau ke kebun.Dah tak serupa kereta orang KL.







    Note:Hasil lebihan duku itu aku bagi Nek dan pak cik sikit di Melaka. Lepas itu bagi Mak Ngah Zizah sekeluarga di Ampang.Lebihan lagi aku sedekah kat Mat Gunx,Rizal,Yin, Miza dan Faiza.Sorry Ah Yin!Tak dapat bagi kau.Siapa suruh ko balik punctual tahap agung. Korang doakanlah tahun depan duku aku berbuah lagi.

    Tuesday, October 17, 2006

    Balik Kampung::September

    7.30 AM
    Balik kampung terpaksa sebab mak suruh balik.Musim duku katanya. Pemanduan tidak berjalan lancar sebab absorber depan sebelah kiri macam bengong.Hai...aku baru sahaja ganti yang belakang, yang depan buat hal pula.Bengang betul.Lepas itu hujan lebat gila dari Bangi lagi. Penangan tempias ribut Xangsane.Terpaksalah bawa kereta tahap cipan berhati-hari.

    11.00 AM
    Sampai kampung,rasa teruja sikit sebab adik-adik perempuan aku ada balik. Aha!Datuk dan Datin pun ada balik juga dengan Nek.Tapi oleh kerana hujan lebat,maka aku dengan senang hatinya membatalkan upacara beramah mesra. Pergh!Ada kereta baru tu.Lupa pulak aku nak tengok cap apa.Mak kata itu kereta Datin.Banyak ye duit perempuan tu.

    11.30 AM
    Sebab tak tahu nak buat apa,aktiviti seterusnya ialah tidur.Mak sibuk kat belakang. Datuk request masak lemak pucuk ubi katanya.Bebudak lain aku tak pasti buat apa kecuali si Shahmi yang sekejap-sekejap masuk bilik aku tengok aku buat apa.

    3.30 PM
    Dah boring tidur,bangun for Zuhur.Hujan dah kurang sikit kuatnya.Tak khusyuk betul aku solat.Mak buat bising.La...pasal Datuk kena balik KL segera.Ada hal penting.Aku tak nampak muka dia pun.Dengar suara jer berbual dengan mak.Kacau betullah diaorang ni. Nak solat pun tak tenang.Apa kesudahannya masak lemak pucuk ubi tadi itu,aku pun tak tahu.Semua orang kelam kabut.

    4.00 PM
    Oleh kerana bunyi bising tadi,semua orang macam terbangun. Perempuan-perempuan kaki berjalan itu ajak aku ke Muar.Nak beli charger dan melawat Avon.Ada seorang hamba Allah itu tertinggal charger dia kat KL.Hello...tak boleh ke tak ada handphone?Tak boleh tunggu esok ke?Terukkan kalau orang tengah bercinta ni.

    4.20 PM
    Mmm...inilah kali ke 3 kot aku sampai ke Wetex,Muar.Pasar raya paling gah dekat sini. Sebagai orang yang biasanya shopping di KLCC,1-Utama, Mid Valley dan Bukit Bintang,Wetex ini aku rasakan cukup sederhana. OKlah kedai-kedai dia.Tapi dah nama kaki shopping,terlama juga I di situ.Hahaha.Sampai kena marah dengan driver. Shh... sebenarnya,I sesat you.Tak jumpa pintu ke basement. Maklumlah shopping complex cikai. Err...jangan bagitau my sisters ye.Kalau tidak,matilah I jadi bahan lawak bodoh raya nanti.

    5.30 PM
    Singgah pasar Ramadhan depan Sains Muar.Happening juga.Aku beli makanan nama botok-botok. RM 4 satu.Aku tak pernah makan tapi pernah dengar namanya sahaja.Nak makan murtabak tapi sayangnya kedai Murtabak Singapore kegemaran ramai itu macam dah tutup. Baru jer plan nak singgah.

    7.00 PM
    Punyalah banyak makanan.Apa tidaknya.Masing-masing tadi dah order kat mak nak makan macam-macam.Lepas itu pergi pasar Ramadhan masing-masing jinjit bawa balik 2 beg plastik setiap seorang.Jiran kiri-kanan pula bila tengok kami balik, bertukar-tukar juadah berbuka. Memang meriah.Memang menggemukkan berpuasa di kampung.Memang susah nak dapat suasana bertukar-tukar juadah macam ini di KL.Macam biasa,aku dah Shahmi akan berbuka depan TV.Tengok Shin Chan. Err... yang nama Shahmi itu puasa ke?Bukan pukul 4.00 tadi aku tengok dia makan KFC ke?Siap minum susu 2 botol lagi.

    Malam PM
    Skip terawih kat masjid.Perut I boroi gila dan rasa tak best.Itulah,makan banyak sangat.Maklah salah. Siapa suruh dia masak sedap-sedap.

    Note:Memang best berbuka puasa beramai-ramai bila hari-hari psycho berbuka seorang diri. Hai,bilalah nak berbuka puasa berdua-duan ni? Tak sabar dah ni.

    Monday, October 16, 2006

    Warna Cokelat,Jalur Melintang::Part 2

    Habis cerita baju Melayu,saya cari sampin yang sama cantik sama padan dengan si baju raya pula.Barulah boleh berdiri sama segak, duduk sama bergaya nanti.Memang menjadi kenormalan saya memasangkan baju raya dengan sampin yang secocok warnanya walaupun saya tahu yang emak saya mesti membebel punya melihat saya yang asyik berganti sampin.

    Saya ingin menyusahkan kakak-kakak di kedai lain pula melihat sampin tapi kakak boss itu telah menggoda saya supaya membeli sahaja di kedainya.Dia boleh bagi diskaun katanya.Dia juga telah bergossip dengan saya pasal Den Wahab.Tapi bagus juga ideanya itu lalu saya terus sambung menyusahkan hidup kakak Indon yang ditugaskan melayan karenah saya.Saya memang suka dilayan begitu kerana memanglah saya tidak tahu hendak pilih sampin yang mana satu sebab banyak sungguh pilihannya.Yang saya pilih memanjang sahaja ribuan dan puluhan ribu sahaja harganya.Nampak sangatlah tinggi melangit citarasa saya.Tak berkadar langsung dengan angka kosong dalam slip gaji saya.

    Tiba-tiba saya terpandangkan satu sampin songket biasa.Berjalur melintang corak dwi-warnanya.Yahoo!Saya rasa seperti mahu melompat gembira dan memeluk kakak Indon itu. Oops...tak boleh.Saya sedang berpuasa dan saya masih teruna lagi.Saya memang sudah bertahun-tahun mencari sampin jalur melintang sebegini.Siap pesan mencari dekat emak dan adik saya yang berpoya-poya di Terengganu tapi mereka tak jumpa.Saya mula jatuh cinta dengan sampin jalur melintang ini setelah melihatnya dipakai oleh hero-hero cerita Melayu zaman dulu-dulu di kaca TV.Nordin Ahmad kalau tak silap saya dalam cerita Hang Tuah versi warna-warni. Paling akhir keluar TV ialah pada masa majlis persandingan Siti Nurhaliza di KLCC.Dipakai oleh hero TV3,Datuk Farid Ridzuan. Tapi itu yang versi puluhan ribu.Saya punya cikai.RM 150++ sahaja.Tapi kakak Indon itu kata,orang macam saya ini punya aura yang buat benda murah nampak mahal. Hahaha!Yelah tu mengayat saya.

    Tapi benda yang paling mahal saya dapat hari itu ialah tutorial untuk mengenal pasti kualiti songket.Macam songket yang saya beli itu,gaya pembuatannya (dan jenis bunganya)setaraf dengan yang ribuan ringgit.Cuma yang mungkin berbeza ialah jumlah warna,jenis benang emas dan jenis benang.Tapi kalau yang mahal itu memanglah berat memakainya.Saya ada satu tapi memanglah tidak sesuai dipakai di hari raya.Oleh lelaki yang bergerak 3km/ph di pagi raya seperti saya. Keberatan benang emasnya membuatkannya asyik nak terlondeh sahaja.Ianya hanya sesuai untuk pengantin.Itupun kalau pengantin itu bergerak 0.1km/ph.

    Itu ini,tambah 45 minit jugalah saya lagi di kedai itu.Saya sedar saya belum beli butang baju lagi tetapi oleh kerana saya tidak mahu berbuka di dalam kereta dengan mengorek hidung,maka saya batalkan sessi membeli dan cepat-cepat belah dari situ.

    Hai,sungguhlah mudah hilang pertimbangan diri kalau membeli-belah dengan perut yang kosong.Hahaha!Alasan tak konkrit.

    Sunday, October 15, 2006

    Warna Cokelat,Jalur Melintang::Part 1

    Yeah!Saya sudah beli baju raya.Warna cokelat.Err...bukan cokelat cokelat tapi cokelat keemasan sebenarnya.Sungguhlah seronok bershopping raya di Jalan Masjid India di hari bukan hujung minggu. Di layan bak putera raja.3 orang melayan karenah saya; the boss,the leader and the kakak Indon.Saya siap boleh buka laptop nak tunjuk warna yang sama macam mmm...adalah orang tu. Biarlah rahsia tapi tak ada maknanya.

    Habis separuh kedai kena geledah nak cari warna yang sama. Maklumlah, stock banyak yang baru sampai.Geledah punya geledah, nasib baik ada size.Siap dalam kotak lagi. Macam boleh buat hantaran sahaja.Dah terlanjur menggeledah,saya jadi rambang mata dan gatal badan pula nak mencuba semua variasi tona warna cokelat. Bukan warna cokelat sahaja yang saya cuba, warna biru pun turut menjadi mangsa.Sungguhlah terlampau handsome saya dalam warna biru fabrik itu.Kalau saya jadi pengantin nanti, haruslah warna biru jadi warna tema sebab mestilah saya yang diberi kuasa untuk memilih dalam mesyuarat warna tahunan kelak nantikan.

    Itu ini,dekat 45 minit jugalah saya habiskan mencuba walhal saya sebenarnya memang akan pilih warna yang mula-mula itu.Adakah saya seorang yang cerewet atau pun saya ini memang suka menyusahkan para pekedai.Sabar jelah agaknya kakak-kakak yang melayan saya. Nasib baik dah penat-penat menggeledah,saya jadi beli.Kalau tiba-tiba mood saya berubah,haruslah saya dimaki agaknya oleh kakak-kakak itu semua.

    Hai,jadilah raya tahun ini sebab saya dah ada baju raya.

    Saturday, October 14, 2006

    Hello World,JRC



    Sungguhlah bosan tahap agung bila kena bertugas di site di bulan puasa.Tambah bosan, hari itu pulak aku tertinggal network cable. Terpaksalah datang office.Nasib baik on the way nampak Pink.Ceria sikit suasana selepas main kejar-kejar di LDP.

    Sampai JRC,2 jam masa dibazirkan tunggu team member yang lain datang.Khalayak kali ini inter-company.Aku agak panic dan geram terpaksa membuang masa kerana benda yang hendak dibawa ke katil ujian itu tidak pasti lagi kehebatannya.Masalah utama ialah aku tidak tahu di mana katil ujian itu.Siap aku dan Pak Ya pergi melepak di office International Net Care.Poyo jer cakap kat kakak tu yang kami ada testing.Padahal nak tumpang duduk jer.Letih OK berdiri.

    Panggilan kepada pihak pengajur juga tidak memberi erti.Jadi bila semua team member from my side dah sampai,terpaksalah kami menunggu pihak penganjur sampai. Pergh... confirm aku tak tahu ada office dalam bangunan buruk itu.Tapi best siot kerja kat sini. Boleh tengok TV yang pelbagai siarannya.Network pula tiada halangan macam di Cyberjaya.Cuma yang tak best,kami sebagai pendatang haram terpaksa membuat kerja sambil bersila di atas lantai.

    1 jam bekerja,otot-otot belakang aku mula mengalah.Mulalah aku berpoya-poya. Lagipun, aku sudah gembira kerana hasil persembahan aku di katil ujian agak memberangsangkan.Tak sia-sia aku tidur lewat hari sebelumnya menyiapkan kerja.Tengah asyik berpoya-poya,sedar-sedar semua bos-bos dah hilang.Bila diaorang hilang pun aku tak sedar. Tinggal 2 orang hamba dan seorang abdi sahaja(baca:akulah tu).Hah!Tahu pun bagaimana terseksanya kami bekerja.Yang sorang tu,siapa suruh dia datang pun aku tak tahu.Bukan ada faedah pun.Saja nak tengok budak-budak nakal ini bekerja atau tidak kot. Padahal lagi dia datang, lagilah aku jadi malas.Tak tahu kenapa.Aku anti dia kot!

    Aku pun nak hilangkan diri tapi tiba-tiba jadi rajin bekerja sebab si menyakitkan hati tu dah balik. Lagipun macam alang-alang nak balik awal bila kerja banyak.Esoknya aku macam kena datang lagi JRC tapi Pak Ya bagitau bos yang dia perlukan aku di Cyberjaya.Terima kasih Pak Ya kerana menyelamatkan aku!

    Terima kasih juga kepada Rizal yang membetulkan masalah wireless aku.Letih jer datang office ambil network cable.

    Note:Sungguhlah lawak bila orang yang kampungnya di KL itu boleh hilang arah nak ke JRC naik LRT.Macam artis jer tak pernah naik LRT. Nasib baik ada aku yang bukan artis ni tunjukkan semua jalan-jalan short-cut nak ke LRT Masjid Jamek.

    Friday, October 13, 2006

    Big Boy Toys::KFC Shin Chan



    Thursday, October 12, 2006

    HomeDec 2006

    Buat pertama kali HomeDec diadakan 2 kali setahun dan buat kali tak pertamanya aku tak akan lupa pergi meluangkan masa.Melihat trend terkini,menjana idea baru dan mencari kedai-kedai yang menarik.

  • KLCC::21-24 September

  • Sekarang ni semua orang nak buat event kat KLCC.Macam bagus jer. Tapi edisi kedua HomeDec kali ini tak berapa mengujakan.Tak banyak exhibitor.Kedai meja sisi marmar ala Baba Nyonya yang telah berjaya menawan hati aku selama 2 tahun pun tak ada.Letih jer buat program makan roti.Terus sahaja dari meja sisi ia bertukar menjadi baju dan buku. Yang best pasal HomeDec ini ialah ada barang-barang kat sini yang harganya murah melampau berbanding kebiasaan.Memang hari biasa tak akan dapat punya.Ada lampu yang macam menarik tapi...that one can wait.

  • MidValley::03-07 May

  • 2 kali aku pergi dan 2 kali aku jumpa Shuhaimi(eh...betul kan ini nama suami AhYin). Dia sibuk beli almari.Aku sibuk cuci mata.Sempat juga jadi interior designer tak bertauliah Mak Pah dan Suzanne yang kebetulan aku lama tak jumpa.Di samping bergossip berita terkini macam oops...ada unsur-unsur X-rated,kami juga sibuk mencari lantai parquet.Untuk rumah baru Mak Pah.Banyak sungguh ilmu yang aku dapat hasil tinjauan dari satu kedai ke satu kedai.Tapi aku memang tak minat lantai parquet. Kalau perabut kayu tu aku OK.Aku sukakan kesejukan lantai marmar dan kehangatan permaidani Timur Tengah.Tapi HomeDec 2006 edisi 1 ini memanglah paling besar pernah diadakan dan sangatlah best.Cuma yang tak manis,hari itu jugalah bermulanya fatwa yang mengatakan adalah sangat membahayakan kesihatan kalau berkereta ke Mid Valley.Ini setelah aku tersangkut selama 1 jam 45 minit dalam jammed nak keluar parking.Bodoh betul Mid Valley!


    Note:Rumah aku dah siap(akhirnya) tapi aku tak tahu pun macam mana rupa bentuknya lagi.Poyo betul(baca:aku sibuk gila sekarang).HomeDec 2007(26-29 April) baru nak beria kot. HomeDec 2006 ini baru mula nak ambil mood. Jom join program makan roti kawan-kawan!Raya tahun depan nanti bolehlah kita raya kat rumah baru.Kalau aku rajinlah dan aku tak kena tangkap basah tahun ni.Boleh lari budget OK kalau kena tangkap basah.

    Wednesday, October 11, 2006

    Bila Aku Warnakan Rambut


    Rasa cantiklah pulak jari-jemariku bila di makrokan.Fotogenik kan?

    Oleh kerana aku warnakan rambut secara DIY,maka inilah hasilnya(gambar di atas).Aku lupa pakai sarung tangan.Kuku pun aku warnakan sekali.Poyo betul. Kalau tengok dari jauh nampak macam pakai inai. Sampai tegang jugalah urat leher ini membuat penafian yang aku dah berkahwin secara rahsia bila disoal-siasat oleh seorang awek dekat-dekat sini.Hello...macamlah aku ni boyfriend dia nak disoal-siasat lebih-lebih.Tak sesuai.Tapi aku layan jer sebab aku bosan. Menghiburkan hati juga layan psycho macam ni.

    Kali terakhir aku warnakan rambut ialah masa aku di tahun kedua(kot) di MMU.Masa tu MMU nama dia Universiti Telekom.Masa tu tak glamour lagi warnakan rambut ni.Bukan setakat Melaka malah di KL juga.Ah Beng-Ah Beng pun tak tahu apa itu warnakan rambut.Awek-awek MMU pun begitu juga.Tak macam sekarang.Masa tu kalau aku pergi MP(Mahkota Parade), rasanya aku soranglah yang rambut kaler merah.

    Aku bukan suka-suka warnakan rambut.Ianya hanya akan berlaku jika skala jiwa kacau mencapai paras maksima.A psychologist might be well-versed with my problem.And I actually know it too.It deja-vu all over again.Aku ni nampak jer kat luar macam OK dan poyo tapi kat dalam tu memang tengah kacau-bilau.

    Pasal hasil DIY,aku memang tak puas hati.Sekejap sangat kot aku dah basuh.Tak nampak sangat pun dark brownnya tapi nampak macam aku ni memang semulajadi berambut perang. Nanti nak raya rasanya aku nak warnakan semula.Bagi betul-betul matching dengan warna tema raya tahun ni.Cokelat.

    Note:Aku masa kecil memang berambut perang.Ikut nenek sebelah ayah.

    Tuesday, October 10, 2006

    The Black Shopping

    Black is not really my favourite colour.It was,not so long ago.I look washed out in black even though black is the other half of neutral colour to the white. Maybe my skin colour right now cannot resonate well with black.I think I become fairer and it's so not good news because I hate being fair.It makes me look so jambu and worst still, make me look terribly ill.

    But that did not stop me from liking black.Somehow on the last retail therapy on the last day of Syaaban,I unconsciously bought things all in black.The shirt,the bling-bling,the alarm clock and whatever.That make me realized that my purchases really correlated with my mood.The truth is, I'm very disturbed for the past week.Since the day I Googled something and unexpected get some Fotopages.

    Being very emotionally sick(that why I went for retail therapy),I did cut my hair again.It's again because I cut my hair just the two week before. Then on the way back,the horns sprouted above my head and I thought of coloured my hair.I settled for dark brown and I DIY it.No point to get the professional help since my hair is already super short.

    I guess that is the only non-black things I did that day.The acted of I coloured my hair really signify that something black is coming my way.

    Oh,please!I want to be normal again.I hate this black feeling.Did it just the last-minute job of syaitan before being chained in Ramadhan?To me me feel very black.

    Emotionally.

    Note:I wonder why now when I Google the same keyword, the 'unexpected' result that I anticipated does not emerge just like before.In fact,I did Google the same thing before and no meaningful output surfaced. Only that black day I became so fortunate.

    Monday, October 09, 2006

    Mesyuarat Warna

    Satu mesyuarat warna telah diadakan bagi membincangkan tema warna tahun 1427 Hijrah.Aku jadi pengerusinya.Oleh kerana tahun hadapan ada ahli jemaah mesyuarat yang bakal naik pelamin,maka sebulat suara ahli mesyuarat yang malas memeningkan kepala memilih warna telah memaksa orang yang berdarah manis itu membuat keputusan.Aha!Dengan ini,saya ingin mengisytiharkan bahawa tema warna baju tahun ini ialah cokelat.Warna kegemaran si bakal pengantin.

    Keputusan itu membuatkan aku dalam dilemma.Warna cokelat sungguh tidak sesuai dengan aku kerana aku berkulit hitam seadanya.Aku sudah membantah tapi cadangan aku telah kalah dengan undi majoriti.Oleh itu nampaknya aku hanya ada 2 pilihan.
    1-Jadi putih dalam masa 2 bulan.
    2-Menggeledah Jalan Masjid India mencari tona warna cokelat yang boleh masuk dengan warna kulit aku.

    Jadi putih maknanya aku kena pakai SKIIlah(atau produk yang sama waktu dengannya) bagi aku jadi cantik,ayu dan jelita.Mmm... sempat ke?Tapi pilihan kedua nampak macam senang.Bab-bab mengeledah aku memang pakar.

    Hai,susah betullah layan mamat cerewet macam ni.Ini baru soal pilih warna yang akan dipakai entah berapa jam setahun.Kalau soal pilih awek mmm...entahlah.Patutlah tak kahwin-kahwin lagi.

    Tapi.

    Hello...I nak pilih macam mana?Kertas senarai pilihan pun masih putih lagi walaupun ada nama yang telah digaris hitamkan.


    Want to be in the list?Contact me.But beware.I bite.

    Sunday, October 08, 2006

    My Heart

    Di sini kau dan aku
    Terbiasa bersama
    Menjalani kasih sayang
    Bahagia ku denganmu

    Pernahkah kau menguntai
    Hari paling indah
    Ku ukir nama kita berdua
    Di sini syurga kita

    Bila kita mencintai yang lain
    Mungkinkah hati ini akan tegar
    Sebisa mungkin, tak akan pernah
    Sayangku akan hilang...

    If we love somebody
    Could we be this strong
    I will fight to win
    Our love will conquer all
    I wouldn't risk my love
    Even just one night
    Our love will stay in my heart
    My heart...my heart...

    ::Irwansyah & Acha Septriasa

    Note:My heart goes on.

    Saturday, October 07, 2006

    Tentang Pink

    49 D0 38 EC 76 BF E9 A0 32 1E CE 0E A7 DD 65 32 28 4D 07 89 EB
    74 50 12 44 47 A7 DD 6B 50 F2 D4 06 BD C5 F3 F2 7C 5E 26 83 EE
    69 3A 1A 04 4D BB D7 AE A2 BD 2C CF D3 D3 ED 32 28 09 9A 97 CB
    20 68 DA BD 06 25 4F 6D 10 3A 0C 87 E7 5D 41 F9 19 1D 4A 82 C8
    6F F7 89 0E 5A BB DF 77 D0 1D 1D A6 83 E8 6F 10 F9 CD 3A 8D C3
    F5 79 19 94 3C B1 D9 20 77 D9 5E 96 83 C4 65 D0 3D 4D 47 83 F2 EF
    3A 08 9A 76 AF 5D D3 32 3B DC 0E D3 41 D0 B2 FB 1C 76 D3 D3 6E
    90 30 2C AF B3 A0 69 F7 DA 05

    41 BD 3C D BA A6 E5 61 50 50 3E 67 87 DD 2E

    Friday, October 06, 2006

    Jatuh Cinta Lagi

    Oh tidak!Aku sudah jatuh cinta lagi.

    Aku pun tidak menyangka akan berubah secepat ini.Dari kelukaan yang lalu. Apa sudah jadi dengan aku?Masakan mudah benar aku melupakan kenangan yang terindah dalam hidupku. Entahlah.Mungkin ini suratan untuk aku.

    Sekali lagi Mid Valley menjadi saksi cinta pandang pertama yang suci ini. Di saat aku terpandangkan si dia,aku dapat rasakan awan kemuraman yang menyelubungi hidup ini bagaikan tersingkap.Diganti dengan keriangan yang tak sudah-sudah.

    Si dia indah segalanya-galanya.Aku bertekad mahu memiliki hatinya.Aku terpana seketika sebelum aku memberanikan diri menegurnya.Sebelum aku dengan beraninya lagi menyentuhnya. Ah!Gelojoh benar aku.Kali pertama bertentang mata sudah berani bersentuh-sentuhan.

    Oh dunia!Akulah lelaki yang paling gembira.

    Mungkinkah ini bahagia yang ku cari?Mungkinkah ini citra cahaya cintaku?

    Klik sini untuk melihat gambar terkini aku dan si dia.

    Note:Menatap wajah si dia buat hati ini gembira kerana ia mengingatkan hati ini tentang Pink.

    Thursday, October 05, 2006

    The World Cup Fever Is Not Over


    Penulis bergaya dengan Brasic 462773.

    Kasut ini aku beli 2 minggu lagi ke Mega Sale.Di masa akhir sebulan World Cup di German akan berakhir.Tak boleh tahan hati ini meronta-ronta suruh beli walhal aku dah ada yang warna hijau kuning Brasil. Dibeli seminggu selepas World Cup bermula. Nak tunggu Mega Sale masa tu rasanya lambat sangat dan takut saiz aku habis. Maklumlah, ramai jejaka yang sama saiz dengan aku kat Lembah Klang ini.Ini kerana kasut ini keluar istimewa sempena World Cup.Jadi,kasut ini taraf dia limited edition gitu.

    Mmm...itulah aku.Kalau dah jatuh hati kat sesuatu,aku akan beli dalam pelbagai warna dan bentuk. Memang over.Nak dibuat cerita, masa aku nak pergi beli itu tayar motorsikal aku pancit tengah jalan.Tapi demi kerana telah dirasuk,misi membeli tetap diteruskan.Lanyak juga motor itu pancit-pancit ke Mid Valley.Pergh...tak sangka sampai begitu sekali ketaksuban aku.

    Kasut yang aku gilakan ini nama dia Brasic.Yang jadi bini nombor 2 itu warnanya merah putih England.Selain itu Brasic juga ada dalam warna Itali dan Perancis.Memang cantik kalau dipakai dengan jeans.Rasa 2X bertambah handsome.

    Cerita pasal sale,ini yang aku menyampah sikit pasal Adidas.Dia suka bagi sale. Sebulan dua kemudian,aku dapati Brasic aku on sale walaupun aku 100% pasti yang saiz aku mesti tak ada. As expected,only Italy and France are on sale as Brasil and England are sold-out.The sale is actually a renovation sale but I don't care.Kira as a sale jugak.Tidak seperti Nike,susah gila nak dapat sale.Sampai buruklah model/design itu aku pakai.Jangan haraplah nak dapat sale.Paling tinggi pun 10%. Kalau lebih 10% diskaun tu mesti tak ada saiz aku.

    Nike or Adidas?

    Aku menang tengah mengidam nak beli kasut lagi ni.Buat berjogging.

    Sudahlah tengah sale sekarang ni.Tanduk-tanduk shopaholic pun dah mula keluar.

    Eh...dah jadi Imelda Marcos ke aku ni?

    Note:Sejak jammed sampai 1 jam di Mid Valley,aku telah menfatwakan adalah memudaratkan kesihatan kalau berkereta ke sana.

    Wednesday, October 04, 2006

    Laporan Mega Sale::2006

  • Week 1
    Pergi KL.Bila dah sampai tak tahu nak beli apa.Semua benda nampak tak menarik. Masalah pencahayaan kot Isetan,Lot 10 ni.Ke Sungai Wang/Berjaya Times Square.Pun tak ada yang menarik hati.Damn!I'm so hard to please.Tak nak balik dengan tangan kosong, aku beli Nike t-shirt and Levis pant chain hip hop version.Sebab aku beli Nike ialah warnanya oren dan akhirnya ada Nike t-shirt yang boleh aku pakai tanpa nampak macam mat hip hop.Levi's chain pulak sebab hasil rayauan aku di Klang Valley,tinggal 3 jer benda alah tu lagi masa tu.Yang aku punya pun rembat yang mannequin tu pakai.Maaf ya bang!

    Aku kena kerja hari Ahad kat Brickfield tapi sempat mencuri tulang ke Mid Valley.Nak beli stokin kononnya sebab di server room terlalulah sejuk tahap tak boleh berfikir. Alih-alih aku terbeli print shirt yang semalam aku tengok kat Lot 10 tapi tak beli. Suasana kat Mid Valley memang gila.Orang macam berebut-rebut membeli-belah sampaikan aku pun terasuk sama. Tak macam kat Bukit Bintang.Orang macam slow jer bergerak.

  • Week 2

    Beratur panjang nak mampus nak masuk.

    Pergi warehose sale Hush Puppies kat Armada hotel.Beli kasut ganti sebab aku sayangkan dress shoes yang selalu aku lanyak ke office.Yang aku minat quite outdated designnya tapi oleh kerana brand(not HP) itu tak tepu lagi di KL sebab brand ni agak limited exposurenya,rasanya aku taklah teruk kena kutuk dengan para pengkritik sebab beli kasut kat warehouse sale. Lagipun, ala...lewat 1 season jelah.No big deal.Kualiti pun OK.

  • Week 3
    Cuti.Pergi I-Utama tengok wayang.Balik beli print shirt yang memang dah lama aku skodeng tapi bila aku pergi nak beli dah habis pulak kat semua outlet dia kat tempat lain.As usual,I always can count on I-Utama if other outlet run out of stock.Love you,I-Utama.

    Hanya windows shopping kat Mid Valley.Jumpa 2 benda menarik.A watch + a sexy see-through black shirt.

  • Week 4
    Not in Klang Valley.

  • Week 5
    Pergi jumpa kawan lelaki di Alamanda.Oleh kerana dia lambat,maka aku pun pergi merayau. Hasilnya,aku beli new spec mata baru sebab bosan. Oleh kerana tak banyak pilihan, aku rembat jer Guess frame yang tengah sale.Habis sale,aku pergilah check. Sale tipu atau tidak.Well,sah memang betul sale.Kalau aku tak beli masa tu, mesti aku akan menyesal gila.

  • Week 6
    Went to KL and ended up splurge RM500++ for selipar,pant and shirt at KLCC.Only at one shop.Puas hati sangat.

  • Week 7

    Marina dan Fendi.Selamat pengantin lama.

    Balik kenduri kahwin Marina,pergi I-Utama.Bumped into a special sale. Bought pink and white shirt. Tak tahulah kenapa aku suka warna putih tapi aku rasa lebih handsome dalam warna putih. Ahaks!Perasan putihlah tu.Yang lawaknya,a few days later I bumped into Jeri.Dia pakai baju cap yang sama,warna yang sama dan warna seluar yang sama dengan aku tapi cap lain. Lepas tu aku berdiri depan dia pulak.Memula aku tak perasan tapi bila dia say hello kat aku, baru aku perasan yang kami rupanya pasukan boria hari itu.Nasib baik white shirt kalau print shirt haruslah aku awal-awal lagi dah lari jauh-jauh.Luckily,so far tak ada orang yang sama taste dengan aku kat sini.

  • Week 8
    Insaf.Jadi ala-ala anak dara sunti sahaja.Lipat kain baju,tengok TV dan kemas rumah.

  • Week 9

    Sure Heboh,Bukit Jalil.

    Masih lagi insaf tapi dah mula nak bertanduk.Hanya bazirkan RM50 kat Sure Heboh edisi KL. Ada ke patut aku beli air tin banyak-banyak sebab nak dapatkan beg.Memang aku ni gila beg. Tapi marketing Sure Heboh kali ini memang bagus.I like.



  • Note:Aku baru jer produce laporan Mega Sale tapi KL dah sale semula. Sale Deepavali dan Hari Raya.Entah berapa hari jer break tak ada sale. Tapi normally festival sale ni crap.So be careful and wise.

    Tuesday, October 03, 2006

    Jadi Raya

    Sebelum puasa.

    Aku:Dah beli ke belum?Berapa ribu habis?
    Mak:Dah.Tak mahal.RMxxxx jer.
    Aku:Mak oi.Mahalnya.
    Mak:Memanglah mahal Abang.Kayu jatilah.
    Aku:Mak pau siapa kali ni?
    Mak:Biarlah rahsia.
    Aku:Hahaha!Sudah pandai biarlah rahsialah pulak sekarang ni.
    Mak:Tahu tak apa.

    Aik.Bila masa pulak mak boleh cakap macam tu.Ini mesti kes terpengaruh dengan Joyah ni. Banyak sangat dengar Eralah ni.

    Aku:Mak letak kat mana?
    Mak:Tepi dinding.
    Aku:Boleh ke Syahmi lalu nanti?
    Mak:Apa hal tak boleh pulak?Cucu mak kan seorang jer tu.Nak harapkan Abang,mak kempunanlah.
    Aku:[Gulp].OK.Mak,bye!Bos panggil.

    Err...sebenarnya bos tak masuk office pun.

    Damn!Terkena juga aku kali ini.Argh...mana aci.Ini serangan hendap namanya.Aku tak bersedia pun. Lain kali aku harus berhati-hati.

    Note:The jati did not come home alone.It's accompanied with a brand new floral carpet that match the current sofa plus a wall mirror.Pergh... nconfirmlah jadi raya tahun ni.

    Monday, October 02, 2006

    Baju Melayu Putih Salikin Sidek

    Ahad yang lepas-lepas,aku pergi SACC.Saja window shopping.Tengok apa yang ada.Jumpa kedai Salikin Sidek.Aku pun masuklah sebab aku ternampak ada baju Melayu warna putih dan putih kuning.Aku memang tengah mencari idea baru.Idea baju Melayu putih aku dengan batik telah 'dicuri' orang.Telah dipakai semasa majlis perkahwinan model tak-dapat-tumpu-studylah a.k.a model Fair and Lovely.Ala...yang dengan Anne Ngasri tu. (Nama dia Adam by the way).


    Sila perhatikan batik di kaki tangan baju Adam.

    Damn!Masuk yang ini dah 3 kali idea baju Melayu putih aku 'dicuri'.Tapi tak apa.Aku dah ada 2 back-up idea.Harap-harap tak ada orang hijack otak aku untuk curi idea tersebut dan aku akan belajar untuk tutup mulut kali ini.Yang penting,harap-harap aku jumpa my soul-mate sebelum aku ketandusan idea-idea yang kreatif.Susah OK nak dapat idea.

    Dalam kedai,belek punya belek aku tak puas hati.Mak oi!Mahal tahap Yahudi.Aku ada 2 baju Melayu yang sama fabrik macam dalam kedai Salikin Sidek untuk raya 2004 dan 2005.Dari Den Wahab dan Omar Ali.Tapi mahal dia,2X ganda baju-baju aku.Aku csilah setiap inci baju Melayu tersebut sebagai case study.Manalah tahu ada terselit benang emas ke.Ada Swaroski kristal ke.Ada bling-bling kat mana-mana ke.Hampeh!Tak ada yang istimewa pun.Sama jer dengan kualiti Den Wahab atau kedai-kedai yang sewaktu dengannya di Masjid India.

    Tak logiklah sebab ada cap Salidin Sidek selebar 2 jari aku baju Melayu putih tersebut jadi RM500++.Bukan nampak pun cap itu kalau pakai.

    Namun begitu aku telah jatuh cinta dengan baju batik dia sebab design yang ada sekarang ni aku rasa dah tepu sangat dengan design yang terlampau modern.I want something that look and feel traditional but yet modern. Cewah!Tak kuasa.Tapi aku masih nak tengok Bill Keith punya dulu dan Jendela Batik(walaupun confirm tak mampu) sebelum membuat keputusan.

    Selamat Membeli-Belah!

    Sunday, October 01, 2006

    Cik Wok Dan Mamat Handsome

    Kehadapan Cik Wok Kelana Jaya,

    Apa khabar rakan segossipku yang dah lama tak dengar khabar berita?Hidup lagikah atau dah mati?Atau sekarang tengah bahagia dengan mamat burger tu?Aku tengah sibuk gila sekarang. Jadi,kalau kau tak contact aku,aku pun tak contact kaulah.Macam pinggan tak retak nasi tak dingin gitu.Lagipun tak ada gossip sesangat pun sekarang ni di Cyberjaya.Kitakan tengah krisis 100 hari. Kau kalau tak tahu apa kejadahnya krisis 100 hari itu haruslah kau ambil pinggan dan kemudian ketuk kepala kau.Lepas tu baru aku beritahu kau apa dia krisis 100 hari itu.

    Eh...Tweet.Tweet.Aku ada berita terkini tapi sebelum itu aku bagi kau peluang pergi cari kotak tisu dulu.Aku bagi kau 20 minit.

    Ok?Dah jumpa kotak tisu?Hahaha!Tak adalah gossip sangat pun.Ini pasal mamat setingkat dengan aku yang kau suruh aku ngoratkan untuk kau dulu tu.Mamat tu dah kahwinlah Cik Wok.Early August 2006.Cantik tau gambar pengantin dia.Nanti aku bagi kau Fotopages dia.Aku pun baru tahu dari kor risikan aku di tingkat 2/3,2/3 minggu lepas.Ahaks!Aku yakin kau mesti tengah menangis sakan ni.Actually masa mamat tu bertunang,aku dah tahu tapi aku macam lupa pulak nak bagitau kau sebab aku takut ko kacau dia.Ko ni bukan boleh percaya sangat.Ko goda dia ke nanti.Ko dahlah sexy.Tapi adakah ke patut kau minat mamat jual burger walaupun aku rasa memang mamat burger tu lagi handsome gila dari aku dan mamat setingkat dengan aku tu.Hahaha!

    Itulah kau Cik Wok.Dulu aku dah penat ngoratkan mamat tu untuk kau, kau pulak kata takutlah, perigi cari timbalah,minat mamat burgerlah. Entah apa-apa lagilah.Kalau kau jadi awek dia kan best.Sama cantik, sama padan.Apapun,sabar ye Cik Wok.Rasanya 2 orang lagi mamat handsome dalam list kau kat sini tu masih available.Aku tak nafikanlah yang aku memang handsome tapi kau jangan nak memandai masukkan nama aku dalam list kau.Choi!Kitakan teman-tapi-mesra sampai bila-bila.Tapi lepas ini,aku nak resignedlah jadi posmen kau Cik Wok.Aku banyak lagi kerja lain yang lebih berfaedah dari ngoratkan mamat untuk kau.

    Last but not least,jangan nangis lebih 24 jam OK Cik Wok.Jangan tengok cerita Korea minggu ni.Lagipun,orang cun macam kau ni (err...betul ke gossip yang bapak kau Datuk?)sure tiada masalah dapat yang lagi handsome dan setaraf dengan kasta kau.Kau cuma perlu betulkan skru yang loggar kat kepala kau tu.

    Untuk Fahizal(ye kot nama sebenar sebab ada ramai bin Ismail kat sini),selamat pengantin baru.

    Untuk Cik Wok,padan muka!

    Yang Tak Berapa Betul,
    Azri Wira Aiman.