Thursday, November 30, 2006

Lawatan Rumah Pertama::Bahagian 2

Aku suka no.87. Padahal sebelum itu beria ambil gambar rumah no.89 yang aku ingat rumah aku.







Living room.









Toilet.









Secondary room.









Master bedroom.Besar gila.Tak tahu aku nak letak apa.








Kawasan belakang.Alahai... sekangkang kera jer.








Living hall lagi.









My future garden.

Wednesday, November 29, 2006

Lawatan Rumah Pertama::Bahagian 1

Ini lawatan pertama aku.Sebelum ini aku hanya memerhatikan perkembangannya secara online.Tanggapan pertama,mestilah rumah aku buruk gila.Pemajunya macam sinonim dengan Talam yang sudah jatuh bankrap.Tambahan pula,jalan sementara ke sana agak kurang sempurna sifat ratanya.Memang menambahkan rasa syak wasangka aku.

Sebelum beli,aku sudah buat site survey.OKlah kot agaknya nanti.Kata aku bila tengok contoh-contoh rumah yang telah dibina pemaju.Namun begitu,banyak jugalah cakap-cakap tidak sedap yang menyeludup masuk ke telinga aku.Aku buat bodoh sahaja. Nasiblah.Aku dah bayar deposit.

Bila sudah berdiri di depan rumah,aku rasa bangga.Rasa tak tahu nak buat apa pun ada.Aku periksa setiap inci tubuh rumah.Laksana lagak anak teruna di malam pertamanya. Kiri dan kanan, atas dan bawah, depan dan belakang aku jelajahi. Mmm... not badlah!Taklah seteruk rumah-rumah Talam.Plaster OK,tulang belulang rumah pun OK,bahan-bahan pun OK.Cuma ada sedikit cela di situ dan di sana akibat masalah pengecatan yang tidak menepati citarasa aku.

Secara keseluruhan aku puas hati.Ini melampaui apa yang aku jangkakan.Melampaui cakap-cakap orang.Apa yang aku bayar,itulah sebenarnya apa yang aku dapat.Aku boleh analogikan seperti begini.Kita pergi pasar Ramadhan,beli kuih 3 ketul RM 1.Kita makan dan rasa kenyang. Tak sakit perut.Tak sakit hati.Lemak manisnya pun sederhana. Tidak berlebih dan tidak berkurang.

Aku rasa puas hati.

Tapi rasa macam kecil pula rumah aku.

Mmm...nafsu,nafsu.

Bak kata pepatah,hawa pantang kerendahan,nafsu pantang kekurangan.

Tuesday, November 28, 2006

Rumah Terbuka 1427

Seperti biasa,banyak jemputan rumah terbuka tahun ini.Macam biasa juga,tak semua yang mampu aku pergi.Pilih yang mana sempat dan dalam satu laluan yang sama sahaja.

Dalam banyak-banyak rumah terbuka,yang paling memberi impak ialah rumah terbuka Tini@ jamuan pot luck Raya anjuran batch 94 Sains Selangor.Tahun lepas aku tidak dapat pergi kerana bertembung sama hari dan waktu dengan rumah terbuka batch budak universiti aku. Memandangkan aku lebih rapat dengan budak universiti aku,maka terpaksalah Sains Selangor diketepikan.Tapi tahun ini budak universiti aku macam berpecahlah pula.Tiada rumah terbuka atau jamuan raya.

Selain dapat jumpa kawan-kawan sekolah yang tak pernah jumpa sejak keluar sekolah, rumah Tini juga mencatat sejarah penting dalam hidup aku kerana itulah buat kali pertamanya aku menjejakkan kaki ke kawasan perumahan yang aku beli.

Hahaha!Aku memang teruk.Beli rumah pun pakai ikut kawan-kawan.Tak tahu pun lokasi sebenar kat mana.Pakai percaya cakap kawan-kawan. Main beli sahaja.Lagipun aku terdesak masa itu sebab tarikh tamat duti setem percuma semakin hampir.Yang buat aku suka rumah yang aku beli ialah layoutnya yang ringkas dan harganya berpadanan dengan gaji aku yang kecil.Itu pun baki tolak minyak,kereta dan lain-lain. Adalah lebih sikit sangat untuk bayar rumah.

Maklumlah,aku orang miskin.Mampu beli rumah kos sederhana sahaja. Lagipun kalau aku tak beli rumah,mesti duit aku habis berpoya-poya kat KLCC+1-Utama+Mid Valley.Kalau tak nak duduk pun,boleh sewakan nanti.

Mmm...rasa nak beli rumah satu lagilah.Tapi nanti mesti kena bebel dengan mak sebab aku akan tak jadi orang Melaka.

Mmm...

Note:Terima kasih daun keladi Tini dan suami sebab sudi anjurkan rumah terbuka @house warming.Insya Allah,kalau ada duit lebih tahun depan kita boleh buat kat rumah aku. Tapi..err,aku tak ada suri rumahlah.Korang makan KFC atau pizz Hut sahaja boleh?Macam tak sempat nak ada suri rumah tahun depanlah.Hahaha!Aku tengah sibuk gila buat graph.

Monday, November 27, 2006

Grazie,Rezuan


The last lunch at Mali,Dengkil.

This is my bad year.Compared to what I accumulate,I lost so many things in my life.The Roti Boy at The Curve is close.Same goes to the one at Mid Valley.Then,my Brazilian ginger species that I bought at Laman KL is mysteriously death.As expected,then Oren is also gone for good. Add to it,my colleagues cum friends are also gone to chase their unbridled dream.Later,my robot leg is also missing in action.He is leftly handicapped right now.Damn!Too bad that I have to replace him with a new one as the shop does not sell body part.

Now(read:29/10/06)I also lost my friend Rezuan or 'Anak Datuk' as we called him.He resigned from his current TM Net job(to brag,I think he is closer to us than his TM Net colleagues) to venture out in business.Well, he is very significant to me(that explained why I wrote an entry about him) because he is my reference for business and economic gossips. Ehem... ehem.Yelah!Not everyday I like to gossip about artist OK. So cliché,right?

Now,I'm handicapped just like my robot.Where the hell on earth did I can find my new source of information?Not everyone are really well verse in economic and business jargon.Tanya pasal Chelsea/Man U bolehlah.

Arghh!I desperately need a new friend.

Note:To Rezuan,I would like to wish you good luck.Dah dapat title Datuk nanti jangan jadi macam Datuk K OK?Tak cute OK.

Sunday, November 26, 2006

Kena Cium

Aku baru keluar dari seksyen pakaian bayi.Konon-kononnya nak cari baju untuk si kembar.Tapi tak ada diskaunlah pula.

Aku tengok jam.Aku mula panik.Damn!Sudah 8.30 malam dan aku masih belum habis meronda. Dalam kelam-kabut nak balik sebab nak tengok cerita Korea,aku bergegas naik ke tingkat atas. Mmm...tak menarik.Tak ada benda pun yang cakap "belilah aku Aiman,please". Bosan,terus aku ke berjalan keluar Jusco.

Aku berjalan laju ke hadapan tapi muka melingas ke kiri dan kanan laksana selebriti yang takut kantoi diambil gambarnya bershopping di hari J-Card. So jatuh taraflah kononnya.Tiba-tiba aku terbau sesuatu yang wangi dekat dengan aku.Sepantas kilat badan aku terasa dirempuh laksana sedang bermain rugby.Dan dengan tiba-tiba juga pipi kiri aku terasa lembab dan melekit.

Oh.Tidak!Mak,macam mana ni?Abang dah ternoda.Abang dah kena cium.

Mmm...seronok juga rasanya.Maklumlah,tersentuh kulit perempuan pun jarang sekali,inikan pula tiba-tiba kena cium (walaupun tak sengaja).Itu baru kat pipi.Kalau kat bibir atau kat tempat-tempat lain macam mana pula rasanya agaknya. Ooops!Haram!Haram!Dah terimaginasi liarlah pula(baca:dah wajib kahwin dah budak ni).

Satu yang aku kesal ialah aku tak sempat pun nak marah atau nak minta no.telefon awek yang cium aku tadi tu.Aku pula yang cepat-cepat cakap "I'm sorry" sambil cepat-cepat berlalu.Malu gila OK masa tu.Rasa macam semua orang tengah tengok aku berbogel.Maklumlah,I kan anak teruna lagi.Tak pernah kena cium.

Mmm...itulah jadinya kalau dah beramai-ramai bersesak-sesak bila hari J-Card. Macamlah tak pernah pergi Jusco.Padahal bukan beli apa sangat pun.

Note:Awek yang tercium aku itu agak cun juga.Kalau 5 markah penuh, aku bagi dia 4.5.Sama tinggi(kot) dengan aku.Err...buat awek yang cium aku tu,kalau awak baca blog ni,contactlah saya.Saya nak berkenalan. Hahaha!Gatal!

Saturday, November 25, 2006

Cabaran Hari J-Card


Mid Valley,16 November 2006::Ramai gila orang.


1-Aku kena bertugas di luar Cyberjaya hari itu.Kononnya ingat boleh cabut balik awal.Tapi hampeh.Banyak benda pula kena buat.

2-Dalam perjalanan balik yang hampir lewat,hujan turun lebat gila.Tahap tak nampak jalan. Terus dibatalkan rancangan ke Mid Valley.Tapi lepas aku solat Asar,keajaiban telah berlaku.Hujan telah reda.Langit pun sudah cerah semula.Alhamdulillah.Terus rancangan ke Mid Valley ditarik balik pembatalannya.

3-Sebelum pergi,singgah kedai motor dahulu.Tukar mentol lampu. Karang kalau tak tukar,nak balik nanti mesti tak nampak lubang pula.

4-Aiyo!Berhenti lagi.Minyak dah E.Singgah Petronas sambil isi angin. Maklumlah.Motor ini sebulan 2/4 kali sahaja bergerak.

5-Damn!Ada roadblock pula kata jalan besar taman perumahan aku. kena tahan dengan awek polis. Hahaha!Kantoi.Aku punya roadtax edisi yang luput tempoh.Err...sebenarnya aku dah renew lama dahulu tapi entah macam mana disebabkan sibuk,aku terlupa nak ganti.Ingat ada dalam wallet tapi hampeh tak ada.Damn!Nasib baik lepas buat muka jambu sambil berlakon beria mencari,aku dibebaskan oleh awek polis tersebut.

6-Ada roadblock sekali lagi kat Sunway pula.Hari roadblock sedunia ke apa hari itu?Nasib baik aku tak kena tahan.Mesti tengok aku dressing yang skima gila(baju office:jeans+kemeja),abang polis tersebut ingat aku orang baik-baik.

7-Ya Allah.Seperti dijangka,teruk gila jammed kat Mid Valley.Motor pun tak boleh bergerak. Setelah menyelit-nyelit dapat juga aku masuk parking yang maha penuh.Nasib baik ada kosong tanpa aku perlu mengalih motor-motor orang lain.Ada orang nak keluar masa aku nak masuk.

Bila dah masuk Jusco,aku boleh tak tahu nak beli apa.Semua nampak tak menarik bagi aku.Damn!Penat sahaja aku menghadapi 7 cabaran melampau.Sudah penat pusing kiri-kanan,atas-bawah,akhirnya aku beli juga sesuatu.Aku beli boxer all-white.Diskaun 10%.

Total damage:RM 39.84.

Alahai.Penat sahaja pergi hari J-Card.

Friday, November 24, 2006

Don't Judge The Book By Its' Cover

Balik Open House TM,sempat aku singgah Mid Valley.Selamba aku salin baju kat parking. Kalau masuk CCTV or later masuk Internet nasiblah. Aku memang tak pakai boxer hari itu.Dan aku memang tak tahu malu tukar seluar kat luar sebab kaki aku panjang ya amat.Tak muat nak bertukar-tukaran di dalam kereta.Dah siap semua,baru aku perasan ada mata-mata yang menonton wayang percuma.Whatever.Tapi rasa ternodalah pula six packs aku.

  • Insiden Pertama

  • Aku tengah berlenggang-lenggang riang sambil tulang belakang aku menyumpah seranah kerana kena mengusung laptop.Err...takut siot laptop kena curi.Juta-juta RM projek dalam hard disc.Matilah aku kalau kena buat semula.

    Dia:Seksi gila kau Man?Mana pergi baju Melayu kau?Tadi poyo jer aku tengok kat Rebung.Siap bersampin songket lagi.
    Aku:Hahaha.Hampeh la lu bro.Seksi ke?Ala...takkan aku nak pakai baju Melayu kat sini.Lecehlah.
    Aku:Ye.Aku mengaku dengan badan yang agak V,dada yang agak bidang dan perut yang masih langsing(makan mee bandong jer tadi), aku mungkin dan mungkin nampak agak seksi sedikit.Ditambah pula dengan selipar Jepun berjenama X yang dipadankan dengan seluar pendek yang was-was kepanjangannya untuk dibawa solat.Tapi aku nak mengaku yang aku silap.Terbawa singlet instead of the proper t-shirt.V neck mungkin biasa bagi aku tapi singlet di Mid Valley memang agak luar biasa.Tapi what the heck kan. Takkan aku nak pakai baju Melayu dengan seluar pendek.

  • Insiden Kedua

  • Aku dalam MPH.Tengah belek-belek buku.Mencari sesuatu.

    Dia:Hahaha!Kau ni peliklah Man.Apa yang kau buat kat bahagian agama ni?Sejak bila kau insaf ni?
    Aku:Siot jer.Apa?Tak boleh ke?Aku alim apa.
    Dia:Ni mesti ada sesuatu.Kau nak kahwin ye?
    Aku:La...tak boleh ke aku saja-saja baca.Siot jer.
    Aku:Hello!Tak ada orang lain ke nak aku terserempak.Balik-balik jumpa mamat ni.Hampeh!

    Thursday, November 23, 2006

    Open House TM::The Report

  • Call me selfish.I have a UAT that day but I didn't go.What the heck kan?This Open House TM is not all year around.Well,mungkin ini tahun terakhir aku dengan TM. Jeng!Jeng!Jeng!Hujung tahun bukankah makin hampir tapi yang dijanjikan masih tak nampak bayangnya.In addition, the UAT can wait.And it didn't stop without me.I just the background process or should I say that I just like a prop in a play.Not so much significant.Lagipun letih siot kalau datang sebab kena duduk bekerja atas kotak. Err...sebenarnya tak buat apa-apa sangat pun.I 100% confident my part doesn't kaput.



  • The HR booked me to go to the Open House TM since the first week of puasa if I not mistaken. Jadi wakil Cyberjaya,katanya.This is because the staff here are hardly participate or show their intereset in any event that organized by the HQ(of course UAT is one of the reason.This is also the true case for me.That is why this year I'm going to turn the leaf over.No matter what are the consequences that I may face(if any).Asyik kerja jer.Kalau ikut pukul rata,sampai nak blah dari sini pun aku tak akan sampai the Open House TM .


  • Aku tumpang laptop kat office Aziz tapi dia kena balik awallah pulak lepas makan-makan. Jadi,terpaksalah aku mengusung laptop ke hulu hilir.Terus rosak banyak imej lelaki Melayu kedua terakhir yang berbaju Melayu siap bersampin.Dari depan mungkin namapak handsome tapi dari belakang mmmm...Excuse me?Belakang mana tu yang ditengok?Atas ke bawah?Tak sesuai betulHahaha!


  • Pergh...seronok gila kat situ.Dapat makan-makan sambil jumpa rakan-rakan yang sudah lama tidak bertemu sampil update cerita masing-masing.Letih pula aku bersalam-salaman.Itulah yang kononnya lepas makan nak balik tapi tak balik-balik.


  • Note:Last year aku tak dapat pergi sebab hujan lebat dan dah busuk dan basah sebab tolong tukarkan tayar kereta Oren.Ahaks!Masa kelam-kabut itulah juga aku dapat tahu nama penuh Oren.Pergh...sungguh cepat masa berlalu.Nasib baiklah tahun ini tak hujan dan tak ada orang minta tolong aku tukarkan tayar kereta dia.

    Wednesday, November 22, 2006

    Open House TM::The Pictogram

    Meeting point::Rojak Karim Cendol.








    The Three Musketeers(kiri ke kanan::Charlie Sheen,Chris O'Donnell,Kiefer Sutherland) .







    Ramai gila orang.Makanan disediakan ala gerai-gerai kecil. Tak semenarik tahun lepas kata kawan aku.






    CEO tengah berucap tapi aku dah start makan.Not my idea OK.Aku ikut Ajiz dan orang-orang lain.







    Remember him?Ala..cikgu Amran(my ex-boss) from iklan Merdeka Proton.







    Aku dipaksa uploadkan gambar ni.Hahaha!








    Ada pentas orang menyanyi tapi sound system kuat sangat sampai aku tak boleh nak dengar apa yang dinyanyikan.






    Beauty and the beasts.









    Ini hall untuk anak yatim.Tapi aku telah termakan aiskrim kat sini. Err...macam mana ni?Berdosa besarkan kalau makan harta anak yatim?





    Anak siapalah ni?

    Tuesday, November 21, 2006

    Berdua Lebih Baik

    Aku benci Mid Valley!

    Aku mula-mula tak perasan.Maklumlah sibuk window shopping sambil minor shopping sikit-sikit.Lupa diri,lupa seketika masalah negara bila dapat mencuci mata melihat benda yang cantik-cantik.

    Tapi segalanya mula jelas di depan mata ketika aku dalam GSC.Ketika aku membosankan diri masuk awal sambil mengutuk diri sendiri kerana memakai seluar pendek dan V-neck. Gila sejuk.Sikit lagi nak sama dengan sejuk bilik server.

    Ketika cuba memaksa otak aku membayangkan yang aku sedang berjemur di Gurun Sahara, aku perasan sesuatu.Sesuatu yang buat aku rasa macam-macam.Dari pemerhatian aku, didapati semua penonton The Departed yang datang,semuanya datang berdua.Berpasang-pasangan ataupun berkumpulan.Mengikut statistik aku,hanya 1% sahaja yang datang menonton seorang diri tanpa berteman.Iaitu aku.

    Ketika melantak tiramisu seorang diri di The Dome pun aku dapati pola yang sama berulang.Aku mula rasa kasihan dengan diri aku.Aku rasa seperti aku ini Clark Kent.Ramai orang disekelilingnya tapi sebenarnya dia keseorangan di planet ini.

    Damn!Am I pyscho,lonely,pathetic,loser and whatever else word that fit in?On the second thought,mmm...I'm no Superman.I'm too busy to notice how lonely I am.

    Tapi bukankah selama ini aku memang begitu.Membeli-belah seorang. Makan seorang. Tengok wayang seorang.Jogging seorang.Berenang seorang.Tidur seorang.Apa hal pula tiba-tiba hari itu aku nampak dunia dari perspektif yang lain?Sejuk sangat ke GSC sampai aku berdelusi begitu.Mmm...biasanya aku OK sahaja.

    Leonardo Di Caprio!Aku rasa ini semua salah kau.

    Err...mungkinkah juga kombinasi sejuk+berpuasa buat aku psycho begini?

    Note:Berdua memang lebih baik tapi kalau tidak gembira berdua, bersendiri lebih baik.

    Monday, November 20, 2006

    I Know What You Did Last Puasa Enam 1427::Part 2


    Incorrect macro setting


    Correct macro setting(but incorrect exposure kot)

    This year,the puasa 6 closure is celebrated at The Dome,Mid Valley.The only eatery that I haven't try yet.In addition,I really crazed for something Italian.The pasta specifically.Mmm...I guessed that is the side effect of watching The Departed, the Italian mafia.The past 3 years,I bored my puasa 6 celebration with the Japanese food.Damn!Now I really wonder why I choosed Japanese food at the first place.

    Having said that,actually The Dome is happen to be my choice for last year but something came up and I have to cancel it.Well,by the time I arrived,it so happen that my nemesis is there lepaking.Just to be polite, after said 'hi' I excused myself to continue my puasa 6 celebration somewhere else.Menyampah!

    Still the Mid Valley,the minor shopping,The Departed and The Dome isn't as exciting as the next hightlight of my day.Err..on the way back,I stopped somewhere and did something. Something that now I regretted. Something that is bad and can be considered as stupid. Something that is a very questionable behaviour.Damn!This good boy has turned bad. And it happen on his 'good day'. That is very uncalled for.

    Masya Allah!

    What is actually happen to you boy?

    Sunday, November 19, 2006

    I Know What You Did Last Puasa Enam 1427::Part 1

    Syawal 1427,aku hanya berpuasa 4 hari di KL.Bakinya,aku telah puasa di kampung temankan mak.Di KL,kebetulan pula kantin kat office tutup lagi atas sebab relocation. Jadi,molek benarlah aku berpuasa sebab susah nak makan. Hahaha!Yelah tu. Padahal aku memang makan kat luar.Kantin kat office tak sedap sangat.Kalau crowd happening sahaja baru aku akan rasa nak mencemar duli.

    Tanpa dirancang,buat kesekian kali berturut-turutnya aku meraikan kejayaan berpuasa 6 di Mid Valley.Aiyo!Macamlah tak ada tempat lain nak makan.Hari itu,hari terakhir berpuasa entah macam mana aku telah terpergi Mid Valley. Mungkin sebab aku geram sangat isu LAD rumah tidak dapat diselesaikan. Damn!Ketika itu memang membuak-buak rasa macam hendak pergi Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah sahaja.

    Aktiviti utama ialah window shopping+minor shopping.Aku kalau tengah geram memang tak ada mood nak beria shopping.Aktiviti sampingan ialah tengok The Departed. Itu pun sebab hari hujan lebat dan aku tak dapat balik.Kan aku kalau pergi Mid Valley mesti naik motor. Kereta sudah difatwakankan tidak boleh sama sekali pergi Mid Valley.

    Pasal The Departed,ceritanya....mmm,OKlah.Not bad walaupun macam slow. Aku pilih pun sebab ada Aku pilih pun sebab ada Leonardo DiCaprio,Matt Damon,Jack Nicholson,Mark Wahlberg,Martin Sheen dan Martin Scorsese sebagai director. Lagipun aku memang suka cerita bunuh-bunuh orang.What interesting about The Departed is that penis and ass are scattered all over the place.Err...I mean in the script.Lawak OK.Selain itu,yang menarik mata aku juga ialah Leonardo Di Caprio. Damn cute.Err...I mean his necklace. Very au-currant.You have to look carefully as the bling does not frequently interframe. Terus tak lama kemudian aku pergi KLCC mencarinya. Voila!Aku dah jumpa dan harganya taklah mahal sangat.RM200++ only eventhough part of it originally made in Italy.

    Saturday, November 18, 2006

    Mari Belajar Memasak



    Kasihan Zahid AF2.Dia sudah menjadi objek kritikan emak saya.Kasihan juga kat saya yang terpaksa menjadi pendengarnya. Semuanya gara-gara kemunculan zahid dalam program 'Citarasa Selebriti' di RTM1 yang dihoskan oleh Sheila Rusly.Semuanya gara-gara Zahid yang telah memecahkan periuk kaca Sheila Rusly sampai tinggal plastik di bahagian penutupnya sahaja.

    Emak saya akan pantas menjadi pengkritik ala Akademi Fantasia tatkala terdengar, ternampak atau terapa-apa sahaja yang ada bersangkutan dengan Zahid.Baik disebut nama Zahid(sah nama Zahid tak boleh jadi nama si kembar) atau pun bila berkumandang lagu-lagunya di corong radio,Internet ataupun di TV.

    Hai,sudahlah tidak reti memasak,kekok pula di dapur.Sampai pecah-pecah. Itulah 25% lebih kurang nada bunyi kritikannya.

    Ketika emak mengulangi kritikan demi kritikannya terhadap Zahid,saya berdoa agar emak tidak nampak saya.Ketika itu saya harap saya ada hikmat menyamar seperti Mystique dalam X-Men.Nak menyamar seperti Faizal Husin ataupun Dr.Fazley yang dipuji melambung oleh emak saya atas persembahan cemerlang mereka di dapur.

    Ini kerana,saya juga seperti Zahid layaknya.Ya...saya mengaku saya saya tidak pandai memasak dan agak kekok di dapur.Tapi saya tidaklah sampai tahap pecah-pecahkan periuk emak saya.Nak mampus...sampai dah beranak 5 nanti kena kritik.Ya...telinga ini tidak mahu dikritik. Cukuplah dengan kritikan pasal saya tak kahwin-kahwin lagi. Jangan ditambah dengan hal-hal yang remeh-temeh lagi.

    Tapi insyaAllah,kalau saya ada isteri nanti,saya akan belajar memasak dari si dia. Saya sudah insaf.Saya tidak mahu jadi seperti Zahid.

    Friday, November 17, 2006

    Dan Aku Tak Harus Terkalahkan

    Dulu
    Aku tak percaya.Rasa macam bermimpi pula.Bila mak beritahu aku yang adik lelaki aku nak kahwin.Nak melangkah bendul abangnya.Pergh... memang aku tak percaya.Bukan ke dia ni dulu adik aku yang cute-cute itu?Tapi aku mula percaya.Bila aku sendiri yang ambil gambar dia berjabat tangan dengan Tok Khadi.Jauh nun di Kedah sana.
    Aiman 0-Eddie 1

    Suatu Masa Dulu
    Aku ingat lagi.Ketika itu aku dan Ed disekolah rendah.Budak dalam kelas dia kena buat tugasan jaga kaktus.Di penghujung masa,semua kaktus masih hidup lagi kecuali kaktus adik aku, si Ed.Aku tak tahulah apa dia buat.Terlebih siram air atau apa sampai mati kaktus tersebut. Mmm... jaga kaktus yang senang gila pun boleh mati, macam manalah nak jaga anak nanti. 2 baby serentak pula.Tak tahulah aku apa akan jadi dengan si kembar berdua itu nanti.
    Aiman 1-Eddie 0

    Sekarang
    Apa yang harus aku buat?Ini tidak boleh jadi.Aku rasa sedikit tercabar. Aku pun kena ada anak sendiri juga.Tapi...mmm,panjang lagi jalan ceritanya ke arah itu.Nak buat macam manakan. Awek pun tak ada lagi.Kalau ambil anak angkat boleh tak?Kan tengah trend ambil anak angkat sekarang ni.Aku kena cepat bertindak ni.Tarikh tamat sebelum Raya Haji.Tapi tiba-tiba macam banyak pula persoalannya.Susah tak proses nak ambil anak angkat?Err...tak jadilah.Aku tarik balik kenyataan nak ambil anak angkat. Jaga diri sendiri pun tunggang langgang,inikan nak jaga diri orang lain.Tapi ada orang telah offer diri nak jadi anak angkat aku atas alasan kononnya aku seorang bapa yang kaya.Hello!Dude...kau tu dah 27 tahun.Baya-baya aku.Apa kejadahnya pulak kau nak jadi anak angkat aku.Tak sehsuai OK.Kau nak kena belasah ke apa dengan aku?
    Aiman 0-Eddie 1


    Argh!Aku kalah.

    Thursday, November 16, 2006

    The Twin Photo



    "Nah!Ini gambar anak buah kau."

    My brother said as he handed me a series of photos.I looked at the x-ray cum slaid like photos.Wow!It's so beautiful.It mesmerized me.I felt a surge of magical feeling rushing down my body instantly.It's so surreal. There you go.A clearly visible pair of yet to be perfect human with two pee-pees.Err...actually the pee-pee is not apparent in the above photo. It's in the other photo.I don't upload it.Malulah.In addition,it's so small. Jari kelingking aku lagi besar OK.

    Hahaha!Anyway,I'm really proud of you Eddie.I'm so jealous.I wish that photos is mine.

    I want a baby too.

    Having said that,I want to make a little announcement.It has been confirmed. Not to my knowledge,twin does run through my bloodline. So any awek out there who dream of having a twin, maybe you can try your luck with me.Term and condition apply.

    Mmm...I wonder how I am like when my turn to have the same photo comes.Will I cry?Will I smile?Am I cool?Or am I cold?

    Pergh...I couldn't wait to have that moment.The moment I become a father.

    Wait.On the second thought I think I can wait.I don't want to be some one father right now.I'm so not financially ready yet.

    Malaysia Year End Sale is coming.

    Wednesday, November 15, 2006

    Berita Kembar

    Aku tak sabar hendak berkongsi berita gembira ini.

    Berita Gembira 1
    Gembiranya.Aku akan jadi pak cik lagi.Sekitar Raya Haji nanti.

    Berita Gembira 2
    Tambah gembira,bakal anak saudara aku sejantina dengan aku,pak ciknya yang handsome itu.Hai,bertambah juga akhirnya jumlah kandungan testesterone dalam keluarga aku.Aku bukan tak suka perempuan tapi rasanya cukuplah bilangan yang sudah ada sekarang. Letih OK layan pot pet pot pet mereka.Ada anak saudara lelaki boleh juga nanti aku dera panjat pokok duku ke,panjat pokok kelapa ke atau tolong aku kat kebun. Kalau arwah datuk aku masih ada,pasti mereka segembira ketika aku dilahirkan. Sudah ada penyambung waris dia, katanya.Sebab kalau nak harapkan aku,mmm...bukan setakat waris. Bayang-bayang mak si waris itu pun tak nampak lagi. Aku tak tahulah itu perempuan menyorok dekat mana.Sudah letih aku mencari di KLCC dan Mid Valley.

    Berita Gembira 3
    Tambah lagi gembira,sudahlah lelaki,kembar pula tu.Pergh...mesti nakal nak mampus macam anak ex-boss aku,Afif dan Alif.Aku ada baca buku yang kata budak kembar memang secara semulajadi ada lain macam sikit nakalnya sebab dia ada geng.Macam manalah ye nanti?Ada yang seorang ini pun dah tunggang langgang rumah di buatnya kalau dia balik kampung.Hari-hari aku bergaduh dengan dia.Ada 2 yang sama saiz nanti pasti bertambah tinggilah darah aku naik.Aku memang anti tengok benda kecil-kecil yang asyik bergerak.

    Berita Gembira 4
    Bertambah-tambah gembira,sudahlah kembar,seiras pula tu(berkongsi satu placenta).Haruslah mak aku keliru nanti.Kalau arwah datuk sebelah mak masih ada,pasti dia bertambah gembira sebab adik aku banyak iras-iras dia ketika muda.Err...tapi bukankah anak lelaki mesti banyak rupa sebelah emak?Ah sudah!Jambu gilalah nanti anak-anak saudara aku.

    Aku berdoa yang mereka selamat dan sihat dilahirkan.Sale Christmas nanti aku rancang nak beli baju bayi yang cute-cute gila tu.Sudah tentulah warna biru menjadi pilihan hati.Pergh... nampak macam mencabar jer tugasan ni.Aku tak pernah beli baju bayi.Baju aku selalulah.Sebulan 3 kali.

    Tapi buat masa sekarang,aku tengah cari nama yang sesuai untuk kembar lelaki seiras.

    Ada idea tak?


    Salah seorang anak buah saya.Seorang lagi tengah menyorok.

    Tuesday, November 14, 2006

    Raya Dengan Rin

    Setelah puas berding dong,akhirnya sampai juga hajat Rin nak beraya kat rumah aku. Walaupun itu hari terakhir dia di kampung. Walaupun hari itu aku terpaksa tak dapat ikut adik aku betulkan keretanya yang accident di Bachang.

    Amboi mata mamat ni.Over OK tengok adik perempuan aku(tengah layan tetamu)yang dulu dia beritahu aku konon-kononnya taste dia.Rasa nak belasah jer.Letih aku berdehem-dehem.Tanda kurang selesa dengan lirikan matanya.Nasib baiklah adik aku tak tahu.

    Jumlah masa beraya:1 jam
    Topik:Perempuan+kereta(bila ayah aku lalu)


    Lepas solat Jumaat,aku pula buat kunjungan balas ke rumah Rin.Aku agak tidak kacak berbaju Melayu Johor.Rin lagilah hampeh. Pakai tuala sahaja. Lepas aku cakap yang dia buat aku terangsang(read:hahaha) baru dia tukar ke seluar pendek.Nak jadi cerita, sudah puas dia ke depan belakang baru aku perasan yang seluar dia koyak besar kat bontot.Aiyo!Agak-agaknya awek-awek doktor yang juga tengah datang beraya sudah 'kenyang' tengok free bontot show Rin."Sorry dude!Aku tak perasan sebab aku tak ada masa nak tengok bontot kau."Tak cute OK. Lagi bagus kalau aku tengok awek-awek yang datang beraya. Mmm... adalah seorang yang cute. Tapi lupa pula aku nak 'say hello' sebab sibuk rasa nak pengsan ketawakan Rin.Poyolah mamat ni. Tak rasa berangin semacam ke bila ke depan belakang dengan seluar koyak.

    Jumlah masa beraya:4 jam(siap bersessi tak tahu malu makan tengah hari kat rumah Rin)
    Topik:Perempuan+aku+pokok+ikan+sejarah+geografi+career
    +kesihatan+raya+Rin nak tunang/kahwin bulan 1/07(yelah tu)



    Moral of the story:Woman is a cliché topic for a men's talk but with the right person and a new perspective add to it, women can be an interesting topic to talk about.

    Sunday, November 12, 2006

    Post Raya-matic Stress::What Hot


    My brother in action.Aku memang gagal buat aksi-aksi macam ni.


  • Yeah!I'm excused myself this year as the main 'duit raya' sponsor.All this happen as my sister willingly wanted to take over my place.She claimed she is richer than me.Just to play the act as the devoted brother, I just co-sponsor the sampul duit Raya a.k.a sampul angpau.


  • Yeah again!No need to paint the stor but my mak pointed out that the job must be be done by February 2007.The time for the upcoming big event for me and the family. The only drawback is that in addition to the stor,I also have to sponsor the paint for all the 6 pillars and its' base. Argh!Orang lain nak kahwin,aku pula yang miskin. But I as far as I can see I will be not the one who get the hands dirty.I already sub-con the job to my father per the deal with my mak.Moral of the story::lain kali jangan gatal mulut berjanji nak cat stor lepas itu malas nak buat.


  • In 10 years I think this 1427 Syawal is the longest time that I have a complete set members of my family together for Hari Raya.Ayah and mak is there.My brother and sisters are also here. Feel like a picture perfect family again.Mmm...perfect in what sense?Dysfunctionally perfect or perfectly happy?Hahaha!Whatever.Does that festive season mean to bring all the people together.Sadly,I will not see this will repeat next year.And in the near future too.


  • This also mark my first Raya with my one and only sister in law.The first time also we have laksa and ketupat pulut daun palas for hari Raya. She made it as she hails from Kedah origin. Hahaha!Because of the laksa,my mak a bit 'pot pet pot pet' because her ketupat does not laku. Ala mak...relaxlah.Tahun depan dia tak Raya dengan kitalah.The statement which I got a replied with a request that she want another daughter in law next year no matter which state she hails from(term and condition apply).Damm!Siot jer aku pula yang kena 'tembak'.Mmm... sempat ke nak cari awek sebelum raya tahun depan ni?Negeri mana yang best yek?Negeri Korea OK tak?I like amoi korea very much.So cute bangat.Tidur malam asyik terbayang-bayang.Oops..bahaya!


  • The new people in my life(coming soon entry).
  • Post Raya-matic Stress::What Not


    Haze in Cyberjaya.

  • The accident.


  • Nek celebrated her Hari Raya at pakcik's.I think this is her first time Raya not at her matrimonial house.This also my first Hari Raya without Nek Busu who passed away a month before Ramadhan.


  • Since Nek is not around,the queen Ratu duo who normally assumed the total control of all the TV channel is powerless.The only ensemble left has not much to say.But...wait a minute.We have a new diva in the making.He is my nephew.Aiyo!Every morning must watch Shin Chan Indon version one.Then at specific day and time,he will asked to turn the TV on to watch his favourite cartoon.I wonder how he can do that. He is not really know the concept of algebra eventhough he can recited(read:not count) 1 to 10.He I believed also must not know the concept of Monday to Sunday?Err... did I underestimated my own blood related small people?Mmm...hari-hari aku bergaduh dengan budak kecik ini pasal TV.Apa kejadahnyakan sampai kartun "Kacang" pun aku kena tengok.Aku dah pesan kat mak dia lain kali kalau balik kampung bawa TV sendiri.Sebenarnya TV ada extra tapi aku malas nak tengok dalam bilik.Tak dapat bergaduh.Aku paling suka bila tengok budak kecik ni berebut TV dengan my mak,the half of the Ratu duo.Hahaha!


  • I think my baju Melayu colour is slightly off-track from this year theme.It's not chocolate but yellow gold as put by my sister.Aiyo...salah ke?But...I looked so drop dead handsomelah in that colour.Macam pengantin nak pergi nikah.


  • Putrajaya/Cyberjaya=haze.Melaka also haze too but as the week progress the API became lower. It's a raining season of the year.So all the merayau activity has to be done before evening. But damm!I like this season very much.
  • Saturday, November 11, 2006

    Accident Raya 1427

    Masa dalam perjalanan balik,hujan renyai-renyai.Aku di depan.Adik aku di belakang. Tiba di lampu isyarat depan Tesco/Melaka Sentral hala ke Muar,lampu isyarat berkelip-kelip hijau.Aku perlahankan kereta dan berhenti.Lampu isyarat sudah merah.Adik aku pun berhenti juga. Selang 10 saat kemudian aku dengar bunyi brek.Diikuti dengan sebuah bunyi dentuman.Ah,sudah!Siapa pula yang kena langgar.

    Tiba-tiba ayah yang di kereta belakang ketuk kereta aku.Suruh aku keluar dan kata yang kereta adik aku kena rempuh dari belakang. Damm! Pemerhatian pertama,kereta adik aku taklah teruk sangat pun. Kemek sedikit dan lampu sebelah kiri pecah.Mamat yang melanggar, nampak macam teruk gila.Nasib baik kereta buruk.Aku ambil nombor phone dan nombor kereta si melanggar.Aku suruh dia bergerak ke depan.Di bahu jalan. Takkan nak mesyuarat di tengah-tengah traffic light.Kesian kat orang lain.

    Lama aku tunggu pakcik Cina tersebut tak sampai-sampai.Ingatkan dia dah lari tapi rupanya kereta dia tak boleh jalan.Radiator pecah.Entah macam mana,boleh pula kereta tersebut jalan. Selepas 10 minit aku menunggu dalam hujan yang semakin lebat.Aku tanya dia nak settle macam mana. Dia kata tak tahu.Ini accident pertama dia. Err...aku juga sebenarnya.

    Jadi aku cadangkan dia supaya kami semua buat report polis dan claim insurance dia. Pak cik tersebut berfikir seketika.Kemudian dia kata OK. Adik lelaki aku telefon kawan dia di KL dan minta nombor balai polis traffic Melaka.Hampeh!Nama jer orang Melaka tapi tak tahu balai polis traffic kat mana.Like father,like sons.Well...nak buat macam manakan.Separuh hidup aku habis kat KL.Dah jadi orang KL aku ni.

    Memula pergi balai polis dekat bandar Hilir(rumah lama Bisu) tapi kakak polis tersebut suruh aku pergi balai polis traffic yang dekat Bangunan Merah a.k.a bangunan Stadhuys.Aduhai!2X sesat baru jumpa balai polis traffic tersebut.Mana aku tak jumpa.Dia menyorok kat belakang sebuah pusat hiburan.Dah siap buat report(lama gila OK),aku telefon pakcik Cina itu.Tadi dia janji nak sama-sama buat report.Damm!Tiba-tiba dia kata tak nak report pulak.Kereta dia sangkut depan Tesco.Dia nak settle sahaja.Aku cakap suka hati dialah.Tapi apa pun dia kena juga buat report. Kalau tidak dia boleh kena saman sebab aku dah siap buat report.

    Itulah dia.Duduk rumah bosan gila.

    Bila sudah keluar beraya sakan,accident pula.

    Hilang cerita aku nak tengok Konsert Fenomena Mak Iti dengan Saiful Apek.

    Friday, November 10, 2006

    Kenapa Aku Pergi Berhari Raya

    Hari Raya ke-3,jiwa aku semakin kacau.Aku beritahu mak,ini tak boleh jadi.Aku dah tahan lagi duduk rumah.Apa pun nak jadi semua orang kena ikut aku beraya.

    Sebelum keluar beraya,aktiviti wajib mengambil gambar sekeluarga tidak dilupakan.Bertambah seorang ahli keluarga aku Raya kali ini.Tahun depan tambah 3 orang lagi.Aku punya giliran nak tambah orang dalam gambar rasmi keluarga,mmm...tak tahu Raya tahun bila boleh jadi cerita.

    Cerita pasal masa,2 jam sessi fotografi lewat dari masa kamera disiapkan. Nak mengamuk pun tak ada maknanya.Yang hilang lain, yang tiba-tiba rajin ke kebun lain.Ada yang pergi kedai tak balik-balik lagi.Ada yang dah siap pakai baju,terberak pula dan kena tukar pampers.Ada yang make-up dekat 30 minit tapi aku tengok tidaklah secantik aku pun yang hanya bersolek selama 2.5 minit.Pergh...macam-macam ada.Ini baru aku suruh ambil gambar bersama.Baru 11 orang. Kalau aku suruh pergi berperang, tak tahulah macam mana riuh-rendahnya.



    Memang all out kami beraya.Semua rumah wajib dan sunat digegarkan. Rumah saudara yang tak pernah kami pergi pun digegarkan sekali.Siap import Nek Cik yang kebetulan nak join kami sebab dia hendak jumpa Nenek aku yang beraya di Bandar Hilir tahun ini.Seronok gila dapat jumpa sanak-saudara terutama mereka yang sudah senja.Tak tahulah dapat jumpa lagi atau tidak Syawal 1428 nanti.

    Seperti yang dijangka,letih aku menjawab panggilan sanak-saudara telefon kata hendak datang beraya. Semuanya aku suruh datang hari berikutnya kerana hari itu aku mahu beraya rumah mereka.Lantaklah kan.Dah 2 hari aku bagi peluang, korang tak nak datang.

    Mmm...adakah mood beraya aku sudah pulih?

    Jawapannya masih lagi tidak.Tak ada awek saudara yang cun pun yang aku jumpa.Letih jer menkeranjangkan mata.Yang kecil lagi tapi cun adalah aku jumpa.

    Pergh...bapak lama tu nak tunggu besar.Itu pun tak tahu dah besar nanti jadi cun ke tidak.

    Hahaha!Inilah motif sebenarnya aku pergi beraya.Nak skodeng awek.

    Manalah tahu kan.Kalau ada rezeki.Kalau terbuka pintu hati.

    Bertambahlah muka jelita dalam gambar keluarga untuk Syawal 1431 nanti.

    Hahaha!Gatal!

    Thursday, November 09, 2006

    Masuk Meminang::Bahagian 2

    Orang kata,orang perempuan kalau diam tandanya setuju tapi aku sebagai abang mereka aku tak setuju langsung.Aku tak berapa kenal sangat pihak keluarga lelaki(walaupun aku pernah pergi berhari raya di rumah mereka),tetapi secara peribadi aku tak berapa setuju sangat with this whole things about peminangan atas sebab-sebab yang tertentu.Aku diamkan sahaja dan buat laporan sejujur yang mungkin agar mak dan ayah pula fikirkan tindakan susulan.

    Aku malas nak fikir sebab masa itu aku tengah sibuk buat IPTV dengan laptop yang tak boleh taip huruf 'L'. Aku cuma cadangkan kat mak supaya batalkan sahaja.Kalau pihak lelaki betul-betul beria, tunggulah setahun dua lagi.Bila adik-adik aku sudah habis belajar.Err...itulah lebih kurang bunyinya ayat orang malas nak fikir sebab sibuk tapi ada cadangan pula.Hahaha!Sah,aku memang bengong.

    Hal-hal macam ini,ada baiknya kalau aku berfikiran neutral.Biarlah tuan punya badan yang buat keputusan.Ini bukan zaman dulu-dulu lagi. Zaman nak paksa-paksa orang.Nanti kalau bermasalah di kemudian hari,tidaklah pula aku yang dipersalahkan. Lagipun salah satu dari adik aku macam dah ada pilihan sendiri.Err...aku tak tahu gambar pakwe yang aku tengok itu milik siapa sebab masing-masing tak nak mengaku. Takut kena belasah dengan aku.Manalah boleh tengah belajar ada pakwekan?

    Hasil interrogation aku,gewe tersebut orang Kelantan rupanya.Pergh... jambu gila OK.Muka macam innocent jer.Kecek kelate macam Siamlah aku lepas ni.Yang aku risaukan ialah boleh ke mamat ni memanjat pokok duku dan manggis nanti. Apapun,mamat ini pun aku tak berapa berkenan.Sebab dia lebih handsome dari aku. Hahaha!Acah jer.

    Aduh!Semua adik-adik aku laku dipasaran.Ada orang berkenan.Cuma aku sahaja yang tak laku-laku walaupun aku dah buat promosi besar-besaran di media elektronik.Siap bagi diskaun 15% lagi. Mungkin aku ini yang paling terhodoh kot.Cop sekejap boleh?Nak pergi toilet tengok cermin. Nak buat 'mirror,mirror on the wall.Whose the handsome among them all'.

    Err...betullah.Aku memang tak tall,dark and handsome langsung.

    Mmm..haruskah aku buat make over?

    Fab 5 out there.Help me,please!

    Turn me into someone drop deap handsome.Plus,can talk smoothly like a casanova one. Plus,repair my laptop keyboard 'L' problem.

    Note:Sebenarnya OK juga rasanya kalau tengah belajar ada template pakwe/makwe.Banyak pilihan. Jangan jadi macam aku.Dulu poyo jer jual mahal sebab nak tumpu belajarlah kononnya(walhal taklah sukses mana sangat pun).Sekarang tengok apa dah jadi!Terus tak ada pilihan. Kalau ada pun mesti kes tersalah pilih.Suka sangat mata ini minat kat bini orang.Mmm...rasanya aku patut masuk group yang banyak jumpa awek dari group yang banyak jumpa server kot.Ke ada idea lain yang lebih berpilihan?Jom brain-storming dengan aku.

    Wednesday, November 08, 2006

    Masuk Meminang::Bahagian 1

    Bukan kacang sebarang kacang
    Kacang melilit si kayu jati
    Bukan datang sebarang hajat
    Datang membawa hajat di hati

    Budak-budak berlari ke padang
    Luka kaki terpijak duri
    Berapa tinggi Gunung Ledang
    Tinggi lagi harapan kami

    Cewah.Pepagi buta lagi dah berpantun.Terimbau zaman jadi pemantun terbaik masa di universiti dululah tu.Ahaks!


    Hari Raya kedua aku sepatutnya ada majlis peminangan.Atau merisik. Atau hantar tanda.Aku tak pasti yang mana satu tapi yang pasti ialah aku dengan selambanya telah menyebabkan majlis itu dibatalkan. Aku memang bengong tapi aku tak rasa bersalah langsung pun.

    Patah balik masa ke pertengahan puasa,mak telefon aku.Minta tolong dari aku sebab mak takut kalau dia buat sendiri nanti dia akan kena marah.Hai...entah apa-apalah agaknya kes kali ini. Poyo jer lah takut.

    Mmm...rupanya mudah sahaja tugasan kali ini.Telefon adik-adik perempuan aku.Beritahu mereka yang ada orang nak masuk meminang. Pergh...pihak lelaki sebelah sana memang bertekad gila.Tak dapat adik aku yang sudah bertunang,nak yang lain pula. Suka hati dia sahaja. Nasib baiklah ada baki 2 orang lagi.Kalau tidak,aku pula yang kena jadi galang gantinya.Awww... I tak rela you.Hahaha!

    Adik pertama(yang bongsu),aku telefon dan dia jawab.Aku beritahu dia segalanya dan belum sempat aku dapat jawapannya terus talian terputus. Tak dapat dihubungi lagi sampailah aku jumpa dia semula masa balik raya.Hahaha!Trauma kot minah ni.

    Calon kedua,aku SMS sahaja.Letih aku telefon asyik masuk voicemail sahaja.Entah pergi mana agaknya minah ni.Sama seperti calon pertama, kesimpulannya ialah aku tak dapat jawapan ya atau tidak.SMS aku pun dia tak jawab.

    Mmm...macam mana ni?

    Tapi tak apa.Aku ada pandangan aku sendiri.

    Note:Masa Rin datang rumah aku dekat sini,dia geledah gambar raya keluarga aku.Terus dia kata adik aku(calon kedua) memang taste dia dan dia kata dia nak datang beraya.Selamba gila mamat ni.Tapi OKlah juga idea dia jadi adik ipar aku.Tahap kesengalan kepala dia pun lebih kurang aku.Boleh ngam gitu,kata orang.

    Tuesday, November 07, 2006

    Mari Belajar Melipat Baju

    Hari itu hari Raya pertama.Aku tidak ke mana-mana.Begitu juga semua orang lain dalam rumah Lot 3210.Mungkin juga sindrom kebosanan aku telah menular ke orang lain.Semua orang duduk bersantai sahaja.

    Biasanya aku memang akan beraya sakan pada hari pertama tetapi tidak untuk kali ini. Adik aku yang askar di KL telah berpesan supaya tunggu dia balik kampung pada hari Raya kedua. Lagipun nanti kalau aku pergi beraya seperti tahun-tahun yang lalu, mestilah ada saudara mara yang mengadu tidak dapat jumpa aku.Macamlah aku ini penting sangat.Ala...mereka semua itu nak tengok(baca:mengata) aku masih handsome lagi atau tidak,sudah gemuk atau semakin hitam dan yang paling aku pasti ialah mereka mesti nak menyerang aku dengan soalan-soalan cepu mas yang awal-awal lagi aku sudah ada jawapannya. Jawapan yang bisa buat mereka yang bertanya rasa nak balik masa itu juga.

    Tapi ajaibnya tahun ini,sampai ke petang aku duduk rumah tiada pula orang yang datang beraya. Bertambah tinggilah suhu kebosanan aku. Sakit hati pun ada.Bila aku tunggu,tak ada yang nak datang.Bila aku nak merayap,mulalah telefon tak berhenti-henti berdering suruh aku duduk rumah sebab mereka nak datang.

    Untuk menghilangkan kebosanan,aku belajar melipat baju dengan adik aku.Ahaks!Nampak sangatkan aku dah bosan tahap tertinggi.Lipat baju pun aku layan.Pergh...bukan calang-calang aku belajar melipat baju. Siap buka laptop masuk Internet.Siap ada tutorial online.Memang IT sungguh.Memang nampak sangat aku tak reti melipat baju.

    Tengah asyik belajar melipat baju,tiba-tiba ada bunyi kereta masuk halaman. Apalagi... semua orang melompatlah.Ruang tamu yang tadi bertimbun dengan baju macam kapal pecah terus bertukar rupa laksana lobi hotel Hilton.Menakjubkan sekali.Semua orang ambil peranan masing-masing.Semuanya kemas tersusun dalam masa kurang dari 10 saat.

    Tapi.Mak pandang aku.Aku pandang adik aku dan kemudian kami semua ketawa.Hahaha!Sakit perut aku ketawa.False alarm rupanya. Kereta yang masuk rumah aku tadi itu rupanya salah masuk rumah.Hampeh. Buang masa betul.

    Klik SINI untuk belajar cara-cara melipat baju.Kalau yang tak faham bahasa Jepun, nasiblah.Siapa suruh tengok tak tengok Shin Chan.


    Iklan:Tidak rugi siapa yang dapat kahwin dengan aku.Sudahlah slim, tall,dark and handsome, pandai lipat baju pula tu.Diingatkan sekali lagi,tawaran istimewa tamat pada 31 Disember 2006 ini. Tapi untuk makluman,melipat baju tidak termasuk dalam itu pakej. Err...aku cakap aku pandai kan.Aku tak cakap aku rajin kan.Hahaha!Buat yang sedih baca entry aku semalam, sudah-sudahlah bersedih.Mari kita belajar melipat baju.Ada juga faedahnya.

    Selamat melipat baju!

    Monday, November 06, 2006

    Kenapa Bosan


    Jejaka bosan menangkap gambar sendiri.


    Entahlah.Tak tahu virus apa yang telah mengacau jiwa kali ini.Aku langsung tiada jiwa hendak beraya.Semakin hendak Raya, semakin menyusutlah keterujaannya.Aku dah cuba.Pasang lagu-lagu raya,beli baju Melayu warna cokelat bersampin jalur melintang,beli kuih dan macam-macam lagilah.Tapi rasa itu masih lagi degil untuk menghampiri.

    Arghh!Mungkinkah ini disebabkan aku rasa aku sayang hendak meninggalkan Ramadhan. Mungkinkah ini kerana aku rasa sayu hendak meninggalkan orang-orang yang aku sayang di sini.Hahaha!Poyo jer bunyinya.Atau mungkinkah ini disebabkan aku banyak kerja Ramadhan kali ini.Err...mana taknya.1 jam lagi di hari terakhir sebelum nak balik Raya,sempat lagi aku berhempas pulas berUAT.Jiwa kacau betullah bila kena layan CMMI.

    Bila sudah sampai kampung,lagilah bosan.Walaupun aku nampak macam normal gembira dikelilingi hilai tawa oleh semua orang yang aku sayangi tapi entah apa gerangannya ada rasa sunyi di dalam hati. Damm!Mungkinkah kadar keterujaan berhari raya berkadar langsung dengan usia.Mungkinkah ini semua adalah kerana aku sudah lali menjangkakan apa yang akan berlaku setiap kali Raya.

    Mmm...apa agaknya ubat menghilang sindrom rasa tidak baik seperti ini?

    Mungkinkah aku patut cuba beraya di negeri lain?Mungkinkah sudah sampai masanya aku cuba beraya di rumah mertua pula? Di negeri yang berpuluh kilometer jauhnya dari Melaka.

    Mmm...

    Kahwin mungkin ubat penawar bosan yang aku cari selama ini tapi masalahnya...

    Err...boleh tahan juga banyak masalahnya.


    Tawaran istimewa:Siapa berjaya kahwin dengan aku akan dapat pilihan beraya di kampung pilihannya selama 18 kali Raya berturut-turut dengan syarat perjalanan pergi balik aku hanya memandu 15% dari jumlah perjalanan.Tawaran tamat pada 31 Disember 2006 dan untuk makluman sebarang jenis kenderaan yang bersayap tidak termasuk dalam tawaran ini. Hai... kalau dah buat promosi macam ini tak dapat awek juga,tak tahulah aku nak cakap apa.Sah,aku ni loser.Hahaha!

    Sunday, November 05, 2006

    Big Boy Toy::My Shin Chan Collection,Part 1











    Saturday, November 04, 2006

    Putrajaya,My Positively Negative::Part 1

    It's like a curse.Or a disease should I say.Everytime Putrajaya is down I must felt this heebie-jeebies. It is as if the bittersweet memories of Putrajaya is being played back.Only it sounded more like a broken record should I say.

    Putrajaya is indeed my personal hall of fame.One of the many my greatest accomplishment. The one that is never empty with tear and laughter. Eventhough,I just only the another bidan terjun in the scene but I did my best impression to make Putrajaya as perfect as it can be. Maybe it's too perfect until there is this system user who finally got his long awaited promotion(maybe because of that perfect).I'm so proud when he boasted that all system under his care rarely down. My only motivation is that I just don't want to work or be called(and SMS) while immersed in my retail therapy session during the weekend.

    Historically,I took over Putrajaya when my Intel sifu mysteriously resigned for no apparent reason.At that time,Putrajaya is at its critical moment.As his protégé, I was seen as the only suitable replacement.But still mysterious to me,besides the additional baggage that sit impromptu on my shoulders,never ever I inherited my sifu devoted title or the enjoyment of his salary(he made it known that he threaten to resign to get the promotion).Arghh!The world is never ever a fair place.Well, maybe he is irreplaceable.I should never ever day dreaming to fill the void.Never ever should it crossed my mind that I can trade his shadow. His shadow still haunted some people for sure.

    I hear the haunted story from some time to time.From my various network.But I refute to believe it because he as the 'big picture' guru,I anticipated that will be the least expected input to come.But I was wrong. I was blindsided.I should believe the rumour.The first time it touched down my fragile heart.

    In one fateful meeting,the truth come out in the open.It really broke my heart and put my motivation to the drain.The same also went to my tears,my sacrifices,my long list of curses,my 2X summons for traffic obstruction, my weekends,my Christmas, my 8 hours of sleep,my still-working-at-3.AM for migration and not forgotten my love life.He,the guru loudly gave all the credit that partially should be mine to my beloved sifu.That is what my interpretation from his magical word of wisdom.
    He thinks that I was just another free ride passenger.Like I did nothing at all. Putrajaya is already picture perfect the moment my sifu left me.

    It's not for the record.My sifu left me in the darkness simply because I think it's so inappropriate for me to ask for his help when he already resigned. Well,my sifu maybe built the foundation but I am the one who suddenly emerged out from nowhere that actually renovate it to its' current grandeur.

    Note:The writer is the last one from the original 5 Putrajaya Musketeer that still kicking around. He has applied to ventures into a another field(read:modelling or cooking) but to no avail.So,at the moment during his free time he likes to kick people from his blog.

    Friday, November 03, 2006

    Putrajaya,My Positively Negative::Part 2

    I guess people do take variable time frame to recover from a nasty breakup. Especially, if he is well loved.Like my sifu.I agreed that he is undeniably smart. That is why after all this time,his foot print still linger around.He is so damm good such that my existence is inconspicuous.I merely like a blowing wind.You can feel but you can't see it.

    From another point of view,I solely contributed that misconception on me.It's me that I should blame.Everytime Putrajaya is down or got complaint,I in the spirit of 'merintis kemungkinan' rushed down as quick as Clark Kent regardless where I am at that moment to fix it.And I did it quietly.For fear that if I make it noisy,the customer at the end of the line will surely get a taste of what bureaucracy is all about.

    Luckily for me,not all people are alike.I did get the compliment from the "you have a long journey' boss while he is still running the office.Some gestures that really ways beyond my expectation.

    I forgive and still trying to forget.

    "Forgot my guns.They have been dropped in the sea of forgiveness.Huh! Wow!I came in here want a to play with integrity,and to be alike and love,and the shining being,and wow...did I struggle with that?Because you certainly both stabbed me in the back with the knife that was very deep that it took me about a week to remove it from my back,it was so deep.
    .....
    But I'm holding your chip on my shoulder.Because chip on your shoulder,regret and anger... way you down.And I'm a bird.So I have to fly.But most than anything,I learnt a time about myself."
    -quotes from Courtney,Survivor:Exile Island


    That points bring me to my request.

    I don't deserved a promotion.I don't deserved a salary increment.

    But at least I definitely deserved this.

    A big Thank You.Terima Kasih.Merci beaucoup.

    From a 'big picture' guru.

    Maybe something like this.Hahaha!



    Note:The knife has been removed but the bleeding still occur from time to time.Macam sakit buasirlah pulak kan?

    Thursday, November 02, 2006

    Aku,Pink Dan Tempat Parking

    Aku pandang dia.Dia pandang aku.
    Kemudian,kami sama-sama tergelak.
    Hahaha!

    Sah!Aku memang bengong.Dan mungkin sedikit poyo.
    Aku tahulah kau cute tapi tak payahlah buat macam itu dalam kereta.

    Note:Cerita pendek di atas ialah iklan kerana penulis amat sibuk ketika ini.Err...sibuk ke penyibuk aku ni?

    Wednesday, November 01, 2006

    Tragedi Oktober::Bahagian 2

    "Bagiku kau bukanlah lawanku,kekasihku..."
    -Awie


    Sebelum dapat SMS diforward,bos sudah telefon dan SMS aku.Manis bergula kata-katanya meminta aku melihat apa masalahnya Putrajaya. Tapi ketika itu aku berada di pasar.

    Al-kisahnya,pasar bukanlah destinasi utama.Mak paksa aku bawa dia pergi kedai bunga.Cari sabut/serbuk kayu untuk bunga orkid dia.Hai... apalah nak jadi dengan mak aku.Orang kalau nak raya pergi pasar cari lauk,cari daging,cari tulang ke apa untuk juadah esok hari tapi dia pula sibuk dengan hal ehwal pentadbiran bunga orkid dia.Oleh kerana aku yang bawa kereta,maka aku paksa dia pula ikut aku dulu pergi pasar. Aku saja pergi pasar untuk dapatkan mood raya. Pergh... macam tak percaya aku yang dengan tak gosok giginya,pakai baju Pagoda dengan seluar bola(tak tahu siapa punya) boleh sampai pekan Merlimau. That is sometimes so me.Nak cepat punya pasal.Tapi punyalah poyo pergi pasar. Beli daun pudina,sotong 1KG dengan dodol Melaka sahaja. Semuanya atas tajaan mak.

    Habis aktiviti dipasar baru pergi kedai bunga(sempat singgah kedai kayu Jati lagi).Malangnya sabut/serbuk kayu habis pula.Terpaksa pergi kedai bunga kat pekan kampung.Nasib baik ada stok.Pusing-pusing kat situ iba-tiba mak dapat idea nak ke Kesang.Nak beli orkid warna hijau. Dia kata nak lawan orkid rumah Mak Cik Nyah.Tapi malang sekali lagi apabila sampai di kedai orkid tersebut,orkid hijau yang mak aku nak beli sudah dirembat oleh seorang pakcik.Di depan mata kami.Kasihan mak aku.

    Puas merayau ke depan belakang,akhirnya mak ambil orkid warna kuning cokelat.Aku rasa tak cantik pun.Aku suka yang kecil-kecil warna ungu tua tapi mahal nak mampus mak kata.RM 30. Err...tak mahal langsung bagi aku.Aku nak ambil yang itu tapi mak kata simpan duit. Nanti nak pinang anak dara orang tak ada duit.Hai...ke situ pula dia. Tengoklah tu.Beli orkid pun sempat lagi jadi idea nak kenakan aku.Aku tinggalkan karang kat kedai orkid ni baru tahu. Untuk rekod, akhirnya aku juga yang kena pau RM15 beli sepasu orkid.

    Itu ini,hilang kisahnya masalah Putrajaya kat kepala otak aku layan cerita entah apa-apa mak aku.Sampai rumah baru aku masuk VPN. Punyalah slow network 1315 TM Net.Aku hanya klik-klik sahaja tanpa mampu mendiagnosis apa yang telah berlaku.Bila nampak macam dah OK,aku tutup laptop dan pergi Muar dengan adik-adik perempuan aku yang sememangnya lagi kuat berjalan dari aku.Tengah berpoya-poya, bos telefon kata Putrajaya down semula.Damm!Bos pelik gila bila aku beritahu dia yang aku dah keluar lagi.Hahaha!Aku memang begini bila aku boring.Aktiviti di Muar telah jadi hari ini dalam sejarah apabila kami sesat tak jumpa jalan ke bandar.Lawak gila.Aku memang tak biasa jalan-jalan kat Muar.Maklumlah,aku kan orang KL.Yang bawa kereta pun dalam proses nak jadi orang KL.

    Balik Muar baru aku betul-betul tengok masalah Putrajaya.Network 1315 pun laju.Klik-klik itu ini,siap bekerja dan buat monitor sekejap.Tapi kali ini aku memang 100% percaya Putrajaya tak akan down lagi.Poyo jer cakap kat bos yang aku akan monitor lagi selepas berbuka nanti. Padahal,sampai naik office dari cuti barulah aku jeling-jeling tengok apa yang berlaku.Itulah tak sampai 1 minit.

    Waktu rasmi aku selesaikan masalah Putrajaya memanglah 12 jam tapi waktu tak rasminya ialah 1 jam.Matilah aku tak merintis kemungkinan langsung.Tapi kira OKlah jugakan aku sukarela buat kerja-kerja amal jariah macam ini.Aku buat pun sebab bos aku yang suruh. Cubalah orang lain yang suruh.Harus aku buat bodoh sepanjang hari dan tutup handphone. Bagilah show cause letter ke apa.Aku tak hairan pun.Nak buat macam manakan.Dah handphone aku dan aku yang bayar bil.Suka hati akulah nak on ke nak off.