Jom kahwin!::Bahagian 2Kawan aku kata,kalau orang lelaki mula beri jawapan yang mengarut tak masuk akal atau lari dari topik asal,itu tandanya memang sesuatu. Mmm...bagi aku,aku boleh setuju dan tidak.
Tidak dinafikan aku memang sudah lama bertahun-tahun berkawan dengan dia.Memang kami hanya sekadar kawan.Tapi jawapan itu mungkin kurang tepat rasanya.Masakan boleh tanpa angin pokok boleh bergoyang kala lelaki tiba-tiba mahu berkawan dengan perempuan. Masakan aku tiba-tiba boleh jadi peramah gila 'melompat' ke mejanya di satu majlis rasmi kalau sekadar mahu dapatkan nombor telefon dia pada awal detik pertemuan kami.Tapi bila aku dapat tahu yang darahnya tak sama dengan darah aku yang biasa-biasa sahaja,aku rasa lebih baik kami hanya berkawan sahaja.Walaupun ada orang kata,lelaki tak boleh berkawan dengan perempuan tanpa ada ubi disebalik batas tapi aku OK sahaja.Memang kami hanya sekadar kawan.Layanan aku kepada dia sama macam aku dengan kawan-kawan aku yang lain.Tak lebih tapi banyak yang kurang.
Banyak perkara yang aku musykilkan pasal SMS itu.Apa yang sudah aku lakukan sampai dia SMS begitu?Kami tak pernah keluar bersama.Bersua muka pun selama ini hanya baru 3 kali dalam usia perkenalan kami yang seusia dengan Cyberjaya rasanya.Itupun dalam majlis rasmi. Bertukar SMS pun hanya untuk Hari Raya,tahun baru dan birthday dia yang selalunya aku kena marah sebab hantar lewat sebulan lamanya(hello...dia tak tahu pun birthday aku bila). Bercakap di telefon pun adalah purata 6 kali setahun.Itupun aku yang telefon dia(dia tak pernah telefon aku).Itupun bergantung dengan kadar keceriaan aku tahun itu. Kalau banyak masalah jiwa, lebihlah sedikit dari 6 kali.
Tidak dinafikan yang aku memang selesa dengan dia.Aku boleh bersembang apa sahaja benda di atas dunia ini dengan dia. Kutuk-mengutuk perkara biasa.Aku macam aku yang biasanya bila bercakap dengan dia.Tidak berpura-pura macho tapi poyo seadanya seperti biasa.Aku rasa akulah sebenarnya Clark Kent di dunia ini.Tidak dinafikan juga yang dia memang jelita,bijak pandai dan segalanya.Tapi yang paling aku suka ialah dia kelakar nak mampus orangnya. Walaupun dia selalu kata yang aku lagi kelakar dari dia.Memang dia gadis idaman setiap lelaki. Memang bertuah siapa yang dapat dia.Aku memang kena laser teruk bila bercerita tentang ini kepada teman baik aku.Tapi aku rasa dia belum cukup bersedia bagi aku.Yelah... hidup ini lebih dari sekadar untuk bergelak ketawa.Dia tiada kestabilan(tiada soalan lebih lanjut akan dilayan) seperti Oren yang aku carikan. Oops!Minta maaf Oren.Terbuat contoh pula.
Sekarang aku tak tahu nak buat apa.SMS aku tiada jawapan mengarut lagi.Panggilan aku pula asyik masuk ke peti simpanan suara sahaja. Damn!Apa yang telah aku lakukan?Aku rasa berdosa.Rasa malas nak layan pun ada.Aku kira dia mungkin telah kehabisan seluruh tenaga beraninya dek untuk menghantar SMS sedemikian rupa kepada orang yang seperti aku(baca:berpotensi bertukar menjadi super laser bila-bila masa).Mungkin jawapan selamat 'perjanjian' aku sedemikian rupa telah merobek-robekkan persahabatan kami sebab tak pernah terlintas untuk aku ke arah lain dari itu sejak dari hari itu. Persahabatan aku lagi besar maknanya dari kalau aku gagal seperti selalunya.
Remember? I'm a loser OK.Akan ada kontroversi ala Datuk Siti Nurhaliza-Datuk K nanti. Akan masyarakat mengutuk aku nanti.Akan mungkir bahagia nanti jadinya dia nanti.
Aku bingung lalu aku telah pergi KLCC beli tali pinggang dan v-neck.
Aku bengong sebab kenapa bila aku aku bingung aku mesti pergi membeli-belah.
Err...bengong dan bingung tu adik beradik ke?
Aku bingung.
Err...ke sepatutnya aku kata aku bengong.
Entahlah.Dia sudah tiada lagi hendak melayan soalan mengarut aku.
Ada sesiapa(terbuka untuk awek sahaja) yang nak tolong layan soalan diatas?Mak orang jangan sibuk OK.Duduk diam-diam buat timesheet dan claim.Janda kalau belum beranak lagi mmm... aku boleh consider.
Hahaha!
Note:Kod warna apa yang sesuai agaknya aku nak bagi dia di atas?Yellow boleh?Tapi... kan kod warna hanya boleh diberi kepada yang bukan hanya kawan.Maka,kita cancel Yellow OK.No more Yellow.Just dia.