Kronologi Hari Tanpa Elektrik::Bahagian 2Day 3:0800
Sampai pejabat dengan hati yang bengkak.Nasib baik ada baju dan seluar yang telah aku gosok. Kalau tak harus aku
jeans+v-neck sahaja. Tuan rumah telefon dan kata dia suruh kawan dia datang sebab harga yang Electrician No.1 beri mahal sangat(adik aku pun kata mamat tersebut mahal).Terpaksalah aku dengan nada yang tebal muka maklumkan Electrician No.1.Nasib baik isteri dia yang ambil panggilan. Hari itu juga hari pertama aku pakai
contact lens sebab tadi tak jumpa cermin mata.Tak ada elektrik punya pasal.
0930
Lari balik rumah sekejap dengan Electrician No.2 yang katanya kawan kepada tuan rumah.Aku memang nak EL/cuti tadi tapi ada masalah negara pula kat pejabat.Tak sampai hati nak tinggalkan kawan-kawan tunggang terbalik sendirian.Balik rumah pun tak sedap hari rasanya tapi masalah tak ada elektrik lagi masalah besar.
1000
Geram betul aku dengan tuan rumah.Very kiasu!Diagnosis Electrician No.2 pun sama.Tambah aku rasa macam nak cekik-cekik tuan tumah(dia tak datang ketika itu)bila Electrician No.2 itu kata dia tak berani nak buat sebab dia tak ada sijil.Aiyo!
1030
Pergi marah tuan rumah.
1400
Terserempak dengan Pink dan aku dihadiahi dengan satu senyuman. Pergh!!!Rasa macam terbang sekejap semua masalah atas bahu aku.Rasa macam gurun ditimpa hujan.Sayangnya, senyuman itu tidak boleh jadi milik aku.
1730
Electrician No.3 sampai.Diagosisnya sama walaupun dia nampak agak merendah diri sedikit menerangkan aku apa yang telah berlaku.Aku tanya dia boleh buat tak?Sayangnya,dia tak berani sebab masalahnya dia kena tarik dari meter utama dan dia cdangkan aku sebaiknya minta kebenaran pihak pengurusan bangunan dahulu.Kecewanya aku.Dah 24 jam tak ada elektrik.Rasa sesak nafas pun ada.
1800
Pergi gym.Melepaskan segala apa yang terbuku di dada.Bila dah tenang,baru telefon Electrician No.2.Minta maaf dan paksa dia datang esok.
2000
Melepak di Alamanda.Makan-makan dan solat-solat.Err...rasanya aku terpakai seluar pendek kot pusing-pusing dalam Alamanda ketika itu.Lantaklah kalau bulu kaki aku terkeluar.Aku memang jiwa kacau teramat ketika itu.Macam orang gila pun ada.
2100
Balik semula ke Cyberjaya.Sambung buat kerja.Dah takut hantu langsung.Beranilah dia keluar. Pasti aku cekik-cekik hantu itu balik sebab mood aku memang tengah tak baik.
0000
Baru terhegeh-hegeh nak balik.OKlah kan.Terlebih cukup untuk ganti 2.5 jam waktu pejabat yang aku curitadi.Itulah.Tadi aku nak cuti,boss tak beri pula.Sampai rumah,aku terus pengsan.
Day 4:0800
Sampai pejabat dengan hati yang masih bengkak.Nasib baik masih ada lagi baju dan seluar yang telah aku gosok untuk mengubat hati.Itulah sahaja yang buat aku rasa hidup aku masih lagi normal.
1300
Ponteng makan tengah hari dan balik rumah.Ada temu janji dengan Electrician No.2.
1400
Yeah!Rumah aku dah ada elektrik.
1440
Terserempak dengan Pink lagi dan seperti biasa aku dihadiahi dengan satu senyuman.Barulah kali ini aku rasa aku boleh balas senyuman itu dengan sebenar-benarnya.Lagipun tadi masalah kerja yang aku
gamble buat(sebab budak yang buat dah
resign dan tak pernah ada sesiapa yang ambil tahu)telah berjaya diselesaikan.Itupun separuh kerja buat kat rumah masa temu janji dengan Electrician No.2.Baguskan aku?
1445
Salam akhir dengan Jerry.Itu hari terakhir dia di Cyberjaya.
1500
Miss Kunci datang hantar sample kuih.
Note:70 jam tanpa elektrik::27-30/01/07.