MyDin
3 Ahad yang lalu.
Hari itu memang layak dicatit dalam sejarah.
Buat pertama kalinya aku telah mencemar status aku.Bukan status yang itu tapi lebih kepada status membeli-belah aku.Ya.Buat julung-julung kalinya aku telah pergi membeli-belah di Mydin.Bukan atas dasar rela hati tapi lebih kepada unsur paksa rela. Ya.Aku telah diperas ugut oleh emak.Kena beli barang untuknya dan yang lecehnya barang itu memang hanya boleh didapati di Mydin.Tidak sama sekali di IKEA apatah lagi di KLCC.
Sebagai seorang pembeli-belah tegar di 1-Utama/KLCC/Bukit Bintang malah sanggup berhitam ke Mid Valley semata-mata hanya untuk sekotak ubat gigi,apa barang aku pergi Mydin?Kehadiran aku di sana laksana nampak Amber Chia di Alamanda.Bukan mustahil tapi lebih kepada teruja bunyinya.Itulah sebabnya masalah ini sudah aku bentangkan kepada emak tapi dia kata jangan nak mengada-ngada. Maka,sebagai anak yang taat setia kepada bank negaranya, terpaksalah aku terhegeh-hegeh ke sana dengan gembiranya.
Shhh!Harapnya janganlah adik aku tahu.Kalau tidak,haruslah aku dikutuk buli selamanya. Sebabnya dia selalu ke sana tapi kalau aku juga kena ke sana,tahap sampai pintu masuk sahajalah jawabnya.Tak ada selera hendak melihat apa yang ada di dalam.Bukan tak cuba tapi aku memang tak boleh.I can't!I can't!
Itu kerana Mydin yang diperkenalkan kepada aku di Jalan Tuanku Abdul Rahman memang suram suasananya.Tidak sesuai dengan jiwa aku yang amat komplex gayanya.Tapi Mydin yang aku pergi sendiri di USJ memang lain auranya.Terangsang juga nafsu untuk membeli-belah walaupun aku tak tahu apa yang sesuai untuk aku di situ.Apa barang....?Oops!
Sebagai mengenang hari itu dalam sejarah,aku hadiahkan diri sendiri sehelai apron.Beli memang rajin tapi entah bila tahunlah agaknya aku dapat pakai apron itu.Dapur dan kawan-kawannya ada lengkap segala tapi nak ia berasap memang payah sekali.
Sama juga.Entah bila tahunlah aku akan kembali ke Mydin USJ.
Note:Aku juga tak suka sistem cahaya Isetan,Lot 10 sebelum ini tapi hasil lawatan sambil membeli-belah tempoh hari menunjukkan sudah ada kaedah pembetulan dibuat.




















