Monday, April 30, 2007
Sunday, April 29, 2007
Siri Au Revoir 07::Wan
Dari Taman Desa sampailah ke Cyberjaya.Dari Shah Alam sampai ke Sentul.Dari Brickfield sampailah ke Johor Baru.Dari hanya sarjana muda sampailah sudah dapat Master.Dari bersama-sama satu kumpulan sampailah berpisah dua.Dari kereta kecil sampailah bergaya berkereta besar. Asyiklah aku dengar omelan dia hendak berhenti kerja. Tapi masalahnya,setiap pagi mestilah aku dan dia berlumba-lumba menjadi manusia terawal di sayap kiri,tingkat 2 di sini.Dia masih lagi setia seperti aku walaupun dengar cerita dia teruk disiksa oleh mereka-mereka itu akibat jujur lepas berkata-kata dengan dewa-dewa di puncak Rebung sana.Dialah juga yang digelar 4 budak hitam.Satu yang terakhir di sini.
Untuk aku,dia tidaklah senakal mana.Setakat krisis pertengahan usia sekali sekala itu,apalah sangat hendak berkira. Bekerja di bawah dia biasa saja rasanya.Walaupun selalunya jawapan aku itu,mengundang riak pelik tak selesa dari si bertanya (walaupun si bertanya itu lebih mesra dengan dia dari aku).Aku malas nak gali lebih-lebih bertanya mengapa.Anggap sahajalah yang aku pernah dapat bos yang lagi tidak mesra pekerja.
Kini dia benar-benar telah pergi.Dah tak ada lagi saingan aku untuk berlumba lari membuka pintu setiap pagi.Dah tak ada lagi orang nak membuka sidang akhbar waktu makan tengah hari.Dah tak ada lagi keluhan dia nak berhenti kerja.Dia benar-benar telah pergi.
Yang dia tinggalkan untuk aku,sebab dialah aku berjinak-jinak untuk solat berjemaah Zuhur dan Asar.Walaupun dia tak pernah membuka mulut mengajak aku pergi sama.Sebab dia jugalah,aku mesti pastikan yang aku berada pada gear neutral setiap kali berhenti di traffic light menunggu yang hijau itu menyala.Walaupun aku tak tahu apa faedahnya.
Itulah dia.Kawan aku.Ex-bos aku.Dan mungkin juga bakal bos akan datang aku.
Terima kasih Wan Adnan.
Saturday, April 28, 2007
Siri Au Revoir 07::Nyaceh
Sekarang musim Akademi Fantasia.Satu musim yang dahulunya amat berbahaya untuk mereka-mereka yang berhandphone di pejabat aku. Terutamanya bagi mereka yang suka tinggal handphone mereka merata-rata.Al-kisahnya,pasti nanti akan ada hamba Allah yang suka-suka hati dia tolong afundikan untuk anda.Kalau pelajar AF yang anda suka tak apalah juga tapi kalau yang nyanyi macam entah apa-apa, bukankah tidak ada maknanya semua itu.
Musim Akademi Fantasia kali ini terasa tidak meriah.Letaklah handphone merata-rata. Tak ada siapa pun nak tolong afundi.Tak ada juga kali ini perbualan telefon bapa beranak dua gatal miang dan selalu juga buat nak aku nak termuntah gila dengan awek keduanya.(Hahaha!Dia khabarnya sudah mendapat kata dua dari isterinya).Tak ada juga lagi, tukang buat lawak sengal entah apa-apa dan untuk musim kali ini, kurang taukeh cerita 18 tahun ke atas yang amat kekwat gayanya nak berkongsi dengan aku. Pasti alasan aku budak baik akan digunakan dia.
Akademi Fantasia memang akan meninggalkan kenangan.Begitu juga dengan dia.Yang telah pergi mencipta kenangan di tempat lain.
Kawan aku.Musuh aku.Team mate aku.Ex-housemate aku.Jiran akan datang aku.
Hafez aka Nyaceh.
Note:Walaupun dia ini tidaklah handsome mana tapi skill membuat ayat dia memang bagus. Mungkin inilah yang dikatakan orang tua-tua.Yang tak handsome memang pandai berkata-kata. Yang handsome pula, penyegan dengan perempuan rupanya.Hai...baru aku tahu aku handsome rupanya.
Friday, April 27, 2007
Siri Au Revoir 07::Guythiri
Ini dedikasi untuk Guythiri.
Yang kini jauh nun di Singapura tapi masih lagi dekat di hati.Sejujurnya, aku tak banyak berkomunikasi dengan dia.Ini kerana dia perempuan dan aku lelaki.Manalah bisa mungkin aku mahu berkroni dengan dia.Apa yang ada hanyalah semuanya pasal kerja dan takdirnya projek mega Putrajaya itulah yang menjodohkan kami berjumpa.Sepanjang tempoh perkenalan kami, tak banyak kenangan manis bersama.Semuanya yang sedang-sedang sahaja.
Aku ingat lagi yang ini.Ketika itu aku dalam perjalanan balik dari satu majlis kenduri kahwin di Kepong.Tiba-tiba Guy telefon dan panik berkata dia terupdate semua data pengguna.Dah update satu hal,siap commit bagai pula lagi.Aduh!Jiwa kacau dibuatnya. Terus aku pun panik sama dan buat aku terlepas simpang beberapa kali.Dari Kepong sampai ke Batu Caves sana baru aku dapat U-turn ke Putrajaya.
Oleh kerana seramkan Database Administrator yang sesuatu itu dan kasihan tengok Guy yang nampak bersalah gila,aku dengan kelam-kabutnya menyinsing lengan terjun menyelamatkan keadaan.Sebelum dewa-dewi di puncak Rebung sana murka melemparkan kata-kata sesedap rasa.Nasib baiklah ketika itu ada data backup di Cyberjaya dan baki selebihnya aku minta Guy insertkan secara manual.Selesai satu masalah walaupun ketika itu hari Sabtu.Hari untuk bersama-bersama si comel Shin Chan.Memang itu satu kenangan panik yang tidak indah antara aku dan Guy.Memang berbaloi walaupun ketika itu aku rasa seram takut dituduh berkhalwat pula dengan dia.Oh tidak!Tidak!Tak sesuai OK kerana aku lagi jelita dari dia.
Ketika mulanya projek Putrajaya itu,kami sama-sama jahil.Atau secara tepatnya bagi kes aku,aku hanyalah seorang bidan terjun tatkala cikgu aku berhenti mengejut.Tapi di akhir projek,kami sama-sama dewasa. Atau bagi kes aku,hanya berlagak dewasa penuh keyakinan walhal di dalam penuh dengan ketidakpastian.Nak buat macam manakan. Hidup(baca:projek) perlu diteruskan.
Untuk Guy,selamat pergi.Moga kita jumpa lagi.
Note:Saya tengah tunggu pencalonan untuk bekerja di Singapura (kalau ada). Harapnya bos-bos memilih saya.Tapi sebenarnya saya memang amat rajin bekerja.Untuk contoh kerajinan bekerja, kiralah berapa patah panjang perkataan dedikasi ini(dan yang seterusnya). Jangan lupa afundi saya.Baik punya.Oops!
Thursday, April 26, 2007
Nak Bertunang
Dalam masa 7 hari akan datang,ada banyak cuti panjang.Aku pun tanpa fikir panjang, isi borang cuti dengan penuh harapan.
Bos:Bila cuti?
Aku:Isnin.
Bos buat muka pelik.Aku pula tersengeh-sengeh buat-buat tak faham.
Bos:Projek macam mana?RFS(Ready For Service) 1 Jun tau.
Aku:Tahu.Tapi bos...
Bos buat bodoh.Tak nak layan aku.Aku hendak terangkan yang aku terpaksa cuti Isnin ini kerana itu tarikh akhir cuti ganti Maulidur Rasul tempoh hari.2 minggu lalu,cuti ganti itu telah diluluskan tapi di saat akhir,bos suruh kerja.
Aku:Saya ingin bertunang.
Bos:Yelah tu.Dah berapa kali kau nak bertunang dalam tahun ini Man?
Aku:Hahaha!!!
Ala bos.Tak cute OK respon macam itu.Bagilah saya cuti.Bos kan handsome.Sekali pandang macam Shah Rukh Khan.
Note:Alasan bertunang itu adalah rekaan semata-mata.Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati dalam cerita ini.Penulis memanglah ingin bertunang tapi masalahnya dia selalunya bernasib malang.Cerita pasal nasib malang,terkini,bos penulis masih belum luluskan cuti yang diminta.Ah sudah!Macam mana nak bertunang ini?
Wednesday, April 25, 2007
Hari Ini Hari Rabu
Gambar ini diambil oleh Mat Gunx.
Yeah!Hari ini hari Rabu.Hari ke 3 dalam turutan minggu bekerja.Hari yang bersejarah juga kerana buat pertama kalinya ada coretan terkini mengikut masa di blog ini.
Entahlah mengapa,sejak akhir-akhir ini saya suka hari Rabu.Walaupun hari Rabu ialah hari penentu segala status kerja.Berjaya disiapkan atau elok sahaja siap sedia menadah telinga menjamu kata-kata azimat sesedap rasa.
Tapi itu semua tak mengapa.Petang nanti kita main badminton.Kita ibaratkan bulu tangkis itu masalah yang harus kita serve dan kemudian selayaknya kita smash sekuat hati.Kalau gagal, kita dropkan sahaja.Biar padan muka semua orang.Nanti kita minta tolong tapi sambung minggu depanlah.Nak buat macam manakan.Kalau dah nama kerja,buatlah macam mana pun sampai bila tak akan habis.
Walaubagaimana pun,repekan itu belum lagi menjawab kenapa saya suka hari Rabu.Hari yang sungguh istimewa.Hari yang akan paksa saya tersenyum bak orang gila.Hari yang buat saya tak dapat tumpu study main badminton dan kemudian tak tidur lena malam-malamnya nanti.
Ya.Jawapan kepada semua ini adalah kerana pada hari Rabu Pink akan berada di sebelah sana asyik berpeluh tubuh sementara saya di sebelah sini seronok keluar masuk mencuci mata. Memang cantik. Memang pemandangan yang bahagia walaupun ianya hanya seketika.
Sebab itulah saya suka hari Rabu.
Dia tak pernah mengecewakan saya.
Note:Tak sabar nak tunggu petang.Khabarnya bos yang dikagumi ramai akan turun mencemarkan padang.Err..selain itu ada Jogathon Cyberjaya juga petang hari ini nanti.
Tuesday, April 24, 2007
Masuk Dalam Bilik
Orang berpangkat sikit sedang bermesyuarat.Aku adalah di situ jadi ahli mesyuarat tingkap.Sekejap hinggap,sekejap lagi hilang punca entah ke mana.
"Apa kata kita semua duduk sebilik?Senang sikit nak discuss apa-apa."
Keluar satu buah fikiran.Di tengah-tengah kebuntuan mencari penyelesaian bagaimana hendak ke A dari C tanpa melalui B.
Aku pantas menjawab.
"Aku tak kisah tapi aku tak nak.Nanti jauh dari budak-budak lain.Susah nanti mereka nak tanya.Macam ada kastalah pula."
Semua orang diam.
Tak tahulah mereka setuju ataupun tidak.
Tak tahulah mereka dengan aku ataupun tidak.
Ada pro dan kontranya duduk jauh dan dekat.
Aku mungkin cakap tak kisah tapi itu tak bermakna aku memang tak kisah.
Monday, April 23, 2007
Bilik Lelaki,Bilik Perempuan
Kalau semut menari-nari
Adalah serindit mati terkejang
Kalau tiada mood hari ini
Marilah update panjang-panjang.
Cewah.Berpantun begitu kita pagi-pagi.
Orang kata.Sekali air sungai melimpah,sekali pasirnya turut berubah.
Aku pula kata.Sekali E-Security datang,habis semua orang kena pindah.
Err...maksud aku,semua orang dalam bilik tanpa tingkap itu.Yang satu ketikanya dulu meriah dengan gelak ketawa,umpat mengata serta lawak jenaka yang entah apa-apa.Yang kini pada 2007, hanya tinggal 5 orang sahaja.Yang kesemua mereka kena pindah ke bilik sebelah.Bilik sebelah yang dahulunya berselerak menyakitkan mata tapi kini bikin aku kata laksana syurga. Semua itu hanya kerana satu sebab.Bilik itu sudah dipenuhi lebih banyak dengan aura progesterone dari bilik tanpa tingkap. Ya.Bilik sebelah itu sudah berubah wajah.Bikin aku terasa lebih jelita sahaja ketika di situ.
Masuk kawasan tempat aku bekerja.Lain pula auranya.Dulu,kini dan mungkin selamanya. Berselerak sudah tak tahu nak kemas macam mana.Kemas hari ini,2/3 hari lagi kembalilah ke rupa asal.Tak susah payah diagak apa sebabnya.Salahkan testerone itu yang menakhluk suasana.
Jika diperhatikan,pejabat aku penuh dengan unsur-unsur ketimuran.
Yang perempuan kita letakkan baik-baik di dalam bilik.Agar bisa sahaja mereka bekerja lebih baik walaupun ada orang kata berdua semeja itu tidak baik untuk perempuan.Boleh mengundang gossip entah apa-apa nanti.Bahaya!
Yang lelaki pula kita biarkan di luar.Jangan dikurung tenaga mereka. Agar sesuai dengan jiwa lepas mereka.
Atau pilihan lain.
Yang perempuan kita biarkan bebas lepas di luar. Mungkin lebih cantik suasananya nanti untuk tetamu yang datang mencuci mata.
Yang lelaki pula kita kurungkan dalam bilik.Agar lebih senang dikawal tenaga-tenaga nakal mereka.
Namun bagi aku,luar atau dalam bilik itu tidak penting sebenarnya.
Yang penting,ini apa lagi tercegat kat sini.
PERGI BUAT KERJA!!!
Sunday, April 22, 2007
Milik Siapakah Gadis Ini

4/23/2007 2:22:33 PM
Milik siapakah gadis ini
Wajah lembut bagaikan sutera
Ingin hatinya ku miliki
Apakan terdaya
Adakahkan terdaya
Milik siapakah hati ini
Bagai berkurun lama kesepian
Ingin aku mencurahkan kasih
Kepada yang sudi
Adakah ia sudi
c/o
Lama telah ku impikan
Gadis sepertinya
Mengisi taman hati
Dengan cahaya kasih (suci)
c/o
Siapakah gadis yang ku idam...
:Sudirman
Note:Ehem!Ehem.
Saturday, April 21, 2007
Kasi Up Sikit
Dulu aku sudah pasang angan-angan.Membayangkan seronoknya nanti datang kerja sebab akan dapat berjiran dengan awek-awek TM Net. Sudah bosan aku menatap awek stok makcik-makcik di pejabat. Orang TM Facility pun sudah ada datang.Ukur panjang sana.Kira lebar sini.
Tapi semua itu gagal.Tak jadi.Terpaksalah aku simpan angan-angan itu. Terpaksalah aku berpuas hati menerima hakikat yang aku kena teruskan usaha menatap awek stok makcik-makcik di sini.Sebab bukan awek TM Net yang aku dapat tengok tapi buat galang gantinya server-server E-Security yang akan masuk dalam bilik yang hendak dijajah itu. Bilik tanpa tingkap yang paling aku tak suka sekali sebab tak dapat hendak melihat hijaunya daun dan merahnya bunga.
Hai.Itulah nasib tak baik aku.Aku lebih banyak berjumpa server dari berjumpa perempuan.
Harap-harapnya server-server E-Security yang datang dari Korea itu pakejnya ada termasuk sekali perempuan.
Harap-harapnya perempuan Korea itu ala-ala pelakon Princess Hour.
Bukannya macam awek stok-stok di sini.
Kasi up sikitlah.
Friday, April 20, 2007
Selamat Datang,E-Security
Dulu aku pernah dipaksa berkata.Oleh kawan-kawan yang kini sudah jauh di mata.Akan sentiasa menulis di blog ini.Lebihkan hal rumah tangga pejabat dan kurangkan hal merepek pasal aku yang sudah ada rumah tapi masih belum lagi jumpa tangganya.
Ya kawan-kawan.Ada perkembangan terbaru di sini.Tidaklah aku tahu hendak kategorikan sebagai apa.Gembira atau tidak ada apa-apa rasa. Terkini,sudah ada entiti baru yang menjadikan sekarang sudah ada 3 entiti teknikal di sini.Berpusat di Cyberjaya,entiti itu dipanggil E-Security. Jangan ditanya lebih mendalam lagi tentang impaknya terhadap struktur organisasi yang ada kerana aku pun masih blur letak duduknya entiti tersebut walaupun masa sessi penerangan akulah kononnya yang paling beria bertanya.Hahaha!Cuma yang boleh aku jawab,E-Security itu apa.
Suka ataupun tidak,kedatangan entiti baru itu berjaya menjiwa kacaukan aku.Kumpulan elit aku akan kehilangan seorang abang berbakat besar yang akan ditukarkan ke entiti baru itu. Menemani seorang mak cik dan seorang pakcik yang heboh dulunya berperang besar, berbaling pinggan.Hai!Kasihan kawan aku.Nanti bila mak cik dan pak cik itu berperang,dia mesti tersepit di tengah-tengah.Sudahlah dia jenis yang tidak banyak berkata-kata.
Tapi aku rasa mak cik dan pak cik itu memang secocok.Seorang laser, seorang lagi selamba. Juga,barulah kini pak cik itu aku isytiharkan bebas menderita krisis pertengahan usia.Sebagai kadar tukaran sistem barter dengan itu pakcik kerana berjaya mendapatkan itu mak cik,awek-awek di bawah pak cik itu yang masih muda remaja diserahkan kepada aku dengan tak rasminya. Waduh!Seronoknya bangat dapat bermesra dengan mereka.Ehem!Ehem!
E-Security.Selamat datang ke Cyberjaya.
Thursday, April 19, 2007
Siri Au Revoir 07::Elly
Dulu ada aku dan dia.Kami memang rapat.Tapi itu hanya sekadar kawan. Kelakarnya,ada juga pihak yang cuba menggossipkan kami kami.
Tapi aku tak ada perasaan pun.Lagipun aku tahu ex-cikgu aku macam minat kat kawan aku itu.
Kami sama-sama generasi Intel terakhir di sini.Cuma bezanya dia analog,aku digital. Apa barangkan aku nak buat analog?
Sekarang dia sudah pergi.Tinggalkan aku terkontang-kanting sendiri menjadi waris terakhir generasi Intel di sini. Satu teknologi yang Insya-Allah akan mati beragan di sini.
Menakutkan tapi itulah realitinya.
Cuma satu yang aku tak puas hati.Ketika dia mahu pergi,nampak macam begitu mudah jalannya. Jalan aku nak pergi,bermacam-macam alasan bergula-gula diberi.Yang akhirnya buat aku masih terperok gembira di sini.
Mungkin kabel dia besar tapi kabel aku boleh tahan biarlah rahsia besar juga sebenarnya.Cuma aku takut hendak menggunakannya.Suruh datang Raya pun tak pernah pergi,inikan pula tiba-tiba nak buat aktiviti sebegini.
Harus kena banyak Q&A nanti.Aku tak sanggup.
Wednesday, April 18, 2007
Siri Au Revior 07::Printer Bodoh

Aku nak print sesuatu yang berwarna.Jadi kenalah menyibukkan diri guna printer Design Center.
Sedang kagum melihat printer warna,aku terlihatkan adegan cinta di luar tingkap kaca.
"Kau tengoklah itu Yin.Burung pun berdua.Apalah nak jadi dengan aku.Tak ada awek lagi."
Aku mencurah rasa kepada Yin yang sibuk dengan CMMInya.Ala,bagi iklan sikit kat dia.Asyik sangat bekerja.
"Kau memang.Macam printer warna itu.Bunyi sahaja bising tapi entah apa-apa."
Jawab Yin ringkas tapi penuh makna.
Argh!!!Aku bengang gila.Bukan pada Yin tapi pada printer warna itu. Bodoh punya printer! Ada ke patut aku print 10 page yang berlainan,dia asyik print 10 page yang sama.Yang tambah buat aku angin satu badan,10 page yang diprint itu bukan page yang aku hantar untuk print dan bukan juga untuk orang lain sebab aku pasti aku sahajalah yang guna printer warna ketika itu.
Tapi mungkin betul juga kata-kata Yin.Aku sama bodoh dengan itu printer warna. Punyalah banyak warna atas muka dunia yang boleh diprint tapi entah mengapa aku tetap suka dengan warna yang sama itu.
Aku suka warna Oren.
Note:Ini adalah siri Yin dah resigned.Terasa kosong tak berseri bila masuk bilik Design Center sebab dia dah tak ada untuk melaser aku lagi.
Tuesday, April 17, 2007
O.K.B

Paras tertinggi Indeks Komposit (IK) Bursa Malaysi dalam sejarah.
2 bulan lalu,aku hidup macam orang sakit.Bukan sakit cinta dan bukan juga sakit hati.Tapi memang amat pelik penyakit yang satu ini.Dulu hebat melanda kawan-kawan aku. Sekarang tiba masanya pula aku yang berpenyakit.Sindromnya,hari-hari setiap jam jantung tak akan aman tenteram. Terganggu dengan turun naik pasaran saham.
Sekarang hidup aku sudah aman.Hari-hari aku gembira bila tengok angka-angka dalam Maybank2U. Macam tak percaya aku sudah kaya. Sudah jadi O.K.B(Orang Kaya Baru).Taklah banyak jumlahnya tapi cukup banyak agaknya kalau aku mahu masuk meminang sesiapa yang mahu terima aku seadanya.Cewah!Tapi kalau tidak ada pilihan,lagilah aku gembira. Tidak payahlah aku memeningkan kepala.Bisa sahaja aku dengan senyum lebar menukarkan angka-angka itu di kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.
2 bulan ini memang banyak mengajar aku tentang karektor aku yang tidak mungkin aku akan tahu secara sedarnya.Pelajaran 2 bulan ini tak akan sama nilainya dengan angka-angka yang aku ada.Sekarang dan akan datang.
Tapi itulah.Belajar satu hal.Nak amalikan pula apa yang sudah diajar satu hal.
Susah.Susah.
Note:Majlis 'buka meja' tertutup akan dibuat tidak lama lagi selepas aku ada masa dan sudah bersedia.Haraf maaf sebab lambat.Naik pangkat hari itu pun aku tak sempat nak celebrate lagi(baca:peringkat diri sendiri).
Monday, April 16, 2007
Kematian

Kematian adalah satu kehilangan.Satu kesedihan bagi ahli keluarga terdekat.
Namun begitu,kematian mungkin juga datang sebagai satu rahmat.Satu kegembiraan bagi seluruh ahli masyarakat setempat.Terutama jika yang pergi itu adalah seorang pemimpin masyarakat.Contohnya di Ijok dan Machap.
Tak pasal-pasal jalan baru bertar kualiti tinggi diturap.Taman rekreasi dan kemudahan awam dibina walaupun nampak macam tak sempat siap.Orang asli diberi elektrik dan air.Malah paling buat aku tersenyum sendiri,mereka dilaporkan juga tak semena-mena dapat sumbangan alatan muzik.Senarainya tak berhenti di sini.Malah banyak lagilah umpan-umpan kecil dan besar lain yang ditabur untuk memenangi hati rakyat dalam masa yang singkat.
Ini memang satu fenomena yang aneh di Malaysia.Kalau tidak ada yang mati,jangan haraplah nak merasa jalan berturap.Nak beriadah di taman rekreasi atau nak jumpa elektrik dan air.Semuanya itu yang ajaibnya entah mengapa tidak datang ketika pemimpin itu masih bernafas bersama-sama dengan kita lagi.
Ya.Oleh itu marilah kita sama-sama doakan agar Yang Berhormat yang tidak tahu bekerja itu lekas mati.
Kematian dia seorang mungkin bawa berkat untuk ramai orang.
Sunday, April 15, 2007
Berjogging

Ini adalah aku.... jika aku seorang perempuan.
Berjogging memang bagus untuk kecergasan badan.Dapat menguatkan otot-otot kardium jantung.
Berjogging juga bagus untuk kesihatan mata.Dapat mencuci karat-karat yang melekat akibat terlalu banyak menatap binari-binari pelik yang memeningkan kepala.
Macam hari itu,aku terserempak dengan seorang gadis.Bertudung,warna putih,kurus dan sama tinggi dengan aku.Aku rasa dia budak MMU.2/3 kalilah aku berpusing-pusing tak tahu malu untuk melihat dia dengan lebih rapat lagi.Jarak jauh dan dekat,gadis tersebut sememangnya makhluk yang cantik.Bikin sahaja jantung lelaki ini berdegup tak tentu hala jatuh cinta pandang pertama. Kalau ikut skala ISO aku,sebenarnya dia jatuh dalam kategori biasa-biasa sahaja. Faham-faham sahajalah tahap maksud biasa bagi ISO aku tetapi markah penuh aku bagi untuk kecantikan kulit dia.Bila di tambah tolak semua,pakej yang ada memang cantik untuk aku katakan dia antara 3 yang tercantik dalam lingungan 2 marhalah dekat-dekat sini.
Kemudian,tibalah saat yang kritikal.Aku kena tegur dia.Dammit!Prop tak cukup pula. Aku tak ada kertas dan pen secukup rasa. Aiyo!Dah tahap kritikal pun sempat nak skima bagai lagi.Jadi terpaksalah aku menelan air liur sahaja melihat dia berlalu pergi.
Aku insaf.Mulai hari itu,aku bertekad bawa kertas dan pen bila pergi berjogging.Tapi tekad itu tidak ke mana-mana.Gadis itu tidak lagi aku ditemui di Taman Tasik Cyberjaya. Mungkin bisa sahaja telah ditangkap oleh buaya-buaya jahat di MMU.
Stok yang tinggal untuk aku ketika berjogging hanyalah gadis-gadis yang tak berapa nak boleh mencuci mata.Malah kadang-kadang buat aku rasa nak tutup mata(dan mungkin juga mereka mahu buat begitu bila nampak aku).
Semua itu Aiman tak kisah.Aku berjogging bukannya hendak bermain mata.Tapi lebih sebab kerana aku tak tahu nak buat apa.
Jom berjogging!
Saturday, April 14, 2007
Keadilan

Dunia ini mungkin tidak adil.
Seorang yang pertama itu ambil masa 17 jam 30 minit untuk 32.8km.
Yang kedua pula lagi hebat.Ambil masa 9 jam 45 minit untuk 33.6km sahaja.
Kalau ikutkan fakta,jumlah masa dan jarak setiap mereka memang berbeza.Tak kiralah apa yang pertama itu kata tapi yang penting ialah mereka buat benda yang sama.Sama-sama berenang menyeberangi Selat Inggeris.
Yang pertama itu Melayu.Malik Mydin namanya.
Yang kedua pula,itu Cina.Lennard Lee diberi namanya.
Kalau ikutkan saksama,jumlah ganjaran dan penghormatan diterima memang berbeza adilnya. Yang pertama entah apa-apa tak pasal-pasal dapat Datuk.Dapat isteri,tanah,duit dan entah apa-apa lagi.Yang kedua tidak dilupa.Dapat juga habuan walaupun bagi aku nampak macam melepaskan batuk di tangga sahaja.Kasihan.Mungkin itulah nasib dia jadi yang kedua walaupun bagi aku prestasi dia bisa saja bikin yang pertama itu tersipu-sipu malu.
Tapi itulah realitinya.Keadilan memang tidak mengira mangsa.Warna kulit,agama,prestasi dan usia bukan faktornya.Semuanya telah ditentukan olehNya.
Tahun 2003,seorang yang pertama itu pecahkan tembelang rekod 37 tahun negara.
Tahun 2007,dua orang yang kedua pula pecahkan rekod 25 tahun negara.
Kalau ikutkan fakta,acara setiap mereka memang berbeza walaupun mereka buat benda yang sama.Sama-sama bermain badminton All Englang di National Indoor Arena,Birmingham.Sama-sama menang kejohanan utama di umur muda 20-an di tangga usia.Sama-sama menentang cabaran lawan dari Negara Cina.
Yang pertama itu Melayu.Mohd Hafiz Hashim namanya.
Yang kedua pula,itu Cina.Koo Kien Keat/Tan Boon Heong diberi namanya.
Kalau ikutkan saksama,ada beza adilnya antara masa yang pertama, yang kedua dan yang sebelumnya.Kalau dulu,siap boleh dapat tanah percuma berhektar-hektar banyaknya tapi sekarang bagai melukut di tepi gantang rasanya aku melihat mereka yang kedua. Sampai mak Menteri terpaksa guna budi bicara.Kononnyalah.
Memang tak adil,tapi itulah realitinya.Keadilan itu subjektif rupa bentuknya. Sama seperti cinta. Adil bagi mereka di sana tak semestinya adil bagi mereka di sini.Apa itu keadilan memang sukar difahami.
Friday, April 13, 2007
Kena Raba

Amaran.
Ini kisah lama.Kisah untuk membuang masa mereka yang entah macam mana banyak masa untuk membaca.Kisah suatu zaman dahulu ketika aku masih lagi jambu(kononnya).
Entah apa mimpi agaknya,aku yang kaki peti ais(ala,model yang ada cermin itu) dipaksa main futsal.Ketika itu aku menziarahi kawan lama yang baru balik dari luar negara.Punyalah aku bagi alasan baju aku mahallah,kasut tak adalah,aku tak reti main bola (sumpah,aku memang gagal bermain bola) dan berbagai-bagai alasan lagi tapi akhirnya entah macam mana aku sudah mencemarkan padang futsal di USJ.Mana tidaknya, baju dan kasut ada nama disediakan istimewa untuk aku oleh pihak penaja yang beria mengayat kononnya aku nampak bergaya macam Ronaldinho.What Ronaldinho?Aku 500 kali lagi kacak dari dia OK.
Lepas main kami pergi minum kat SS2.Letihlah juga bermain walaupun aku boleh kira berapa kali bola sampai kat kaki aku yang harap sahaja terlekat kasut yang paling mahal di antara mereka.Hahaha!Pihak penaja pun kena pakai kasut ketiga mahal demi nak paksa aku main.Nak buat macam manakan.Walapun kaki aku tidak mesra bola,gaya tetap kena ada.
Sedang asyik menikmati teh-o ais limau sambil rancak bersembang pasal luar negara,tiba-tiba aku terasa ada tangan yang juga makin lama makin rancak pula bermain-main di peha aku. Makin lama makin berani pula menghampiri kawasan zon larangan.Ah sudah!Walaupun tangan di bawah meja yang menyibuk di peha aku itu tangan lelaki tetapi memanglah membahayakan kesihatan terutama bagi aku yang masih teruna suci tidak pernah diraba lagi dan lebih-lebih aku hanya berseluar pendek di tempat awam ketika itu.Apa lagi!Aku naik anginlah.Sudahlah kaki aku sakit sepak kaki orang bukan sepak bola.Lepas itu ada yang nak ambil kesempatan pula. Ingat peha aku yang pejal itu harta awam yang suka-suka boleh dipegang ke?Ingat aku sukalah kena raba seperti itu?
Aku secara terbukanya telah melaser itu mamat(kawan kepada kawan aku) yang tadinya tidak bermain futsal tapi hanya melihat. Baru dia tahu kepetahan aku mencarut.Baru dia tahu kelajuan aku menyumpah lebih laju dari mulut Cheryl Samad si pengacara Muzik-Muzik itu. Terus lepas itu dia minta maaf beribu-ribu ampun.Sayang!Muka memang jambu gila ala model tapi ada itu sikit menyeleweng.Tak ada maknanya sungguh.
Lepas insiden itu,aku adalah jumpa itu mamat beberapa kali dalam majlis kawan aku.Aku tak adalah nak anti dia sebab kawanmu kawanku juga.Hahaha!Buat macam kawan biasa sahaja.Siap aku boleh pergi majlis kahwin dia lagi di Seremban(tak cun OK bini dia).Itulah.Mungkin berkesan kot laseran aku.Kali terakhir kami berjumpa,itu mamat dah nak dapat baby.Macam tak percaya pula aku bahawa yang kena nasihat sudah insaf tapi yang beri nasihat itu masih poyo macam tak ada apa-apa berlaku.
Hai.Macam manalah nak laser diri sendirikan?Susah juga.Takkan aku nak pakai seluar pendek, raba diri sendiri dan lepas itu marah diri sendiri.
Tak sesuai.Terutama adegan meraba diri sendiri itu.
Nanti kalau jadi apa-apa siapa nak bertanggungjawab.
Soalan kuiz:Berapa minitkah telah dibuang untuk membaca kisah benar yang tidak ada maknanya ini?Jawapan yang betul akan diberi hadiah laser.
Thursday, April 12, 2007
Angkat Berat

Bukan gambar tangan aku.
Macam biasa,aku pergi gym.Perlu dikeluarkan tenaga-tenaga jahat yang berlebihan di dalam badan. Badan ini ketagihan endormorphin yang melampau.Agar bisa menahan segala kesakitan hati dan fikiran.
Tapi macam tak biasa,aku pergi hari Khamis.Bukannya hari Jumaat macam biasa.Gym agak lenggang. Ada 2/3 orang sahaja.Selesai memanaskan badan,aku mulakan latihan dengan bench press. Suasana agak tenang.Hanya diceriakan dengan siaran radio Hot FM.Aku sudah terlentang di atas bangku membelakangkan pintu.
Tiba-tiba aku terdengar bunyi tapak kaki.Deria aku segera menangkap input aura lelaki sedang menghampiri kawasan aku bersenam.Terkejut seketika bila aku nampak ada tangan berbulu di tepi aku.Aku mula panik.Adakah lelaki ini hendak meraba aku?Adakah aku akan dicabul?Maklumlah,lelaki sekarang bukan boleh percaya sangat.
"Boleh ke bang?"
Tanya lelaki itu sambil cuba menaikkan 'sangkut keselamatan' di alatan bench presses aku.
"Tak apa.Tak apa.Saya boleh."
Jawab aku dalam kelegaan sebab tidak diraba.
Tidak lama kemudian,di sebalik pintu aku dengar lelaki itu mengumpat dengan kawannya. Terdengar ayat-ayat yang sedap didengar. Tentang kekuatan aku mengangkat besi yang tak padan dengan badan aku yang agak kurus keding.Hahaha.Tahu tak apa.Aku mungkin nampak lemah gemalai sesopan santun lelaki Melayu terakhir tapi jangan disangka aku tidak gagah perkasa.Yang di dalam baju ini semuanya beruratkan besi dan berototkan tembaga. Apalah sangat kalau setakat 30 kg itu.
Ya.Mari kita angkat bakul masuk sendiri.
Wednesday, April 11, 2007
Crisis

Sigh.After 9 days hiatus,I'm glad that now I'm mentally healthy to write again.It's not that I don't have a pre-write material but I just emotionally drained to publish them.The last few days is kinda mind-boggling situation for me.Simply said, I'm stucked in a middle of a family crisis.A crisis that I think shouldn't be happen at the first place.
Just as I thought that everything is OK,I'm caught red handed wronged. Not to my knowledge there is turbulence down under.To add drama,after consulted many views,it looked like I'm the only one who can untangled that fiasco. Damn!I hate that. Especially if the future is counted in my hand.Well,the crisis maybe small in momentum but its graviti is downright scary. A lot of heart I have to take care eventhough by default that is so not my business.Like a Malay proverb said; seperti menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus dan tepung jangan selerak. However, to repeat what I said before, come what may I can handle it because that Pink smile is here in Cyberjaya.
Still,that reoccuring question 'why it's always me and me' keep open untouch.All this convinced me that my sole purpose to be born in this world is to mend other people fences.All I have to do is to keep them happy.It's like that my happiness is not important.I must be their hero all the time and of course just like how heroes are portrayed on TV,I'm not expected to be happy go lucky as always.
A lot of lesson learnt.One thing,crisis can either grow you or break you. Either or, now I'm wake up to realize that I cannot be that small boy anymore.I have to be a wiser man(and handsome too because I hardly seen unhandsome hero on TV).I have to take life seriously.Have a future(read:get married) and maybe later have my own version crisis like this one.
I'm not a boy,not yet a man.
Note:Thank you for mamat handsome who volunteered to drive me all the 5 hours back to KL.If not,I'm sure I'm died already in accident somewhere along the PLUS highway. I hardly know that mamat handsome but since we are 'family',he got my reluctant permission to drive my car while I'm co-piloted him in tidur-tidur ayam.Thank you,bro.
Tuesday, April 10, 2007
Pak Cik Gym

Gambar hiasan.
Cerita pasal gym,aku teringat sesuatu.Tentang seorang pakcik di gym yang biasa aku pergi.Pak cik tersebut kalau tak silap aku ialah ex-atlit angkat berat negara atau bina badan atau melontar tukul besi/lembing berdasarkan hasil pasang telinga aku.
Dia nampak baik-baik sahaja orangnya.Tapi aku ada sedikit terasa dengan sikapnya. Cemburu pun ada juga.Mana tidaknya,boleh dikatakan hampir dengan semua budak muda(jangan nak senyum-senyum,aku muda lagi OK) yang ada di situ di tegur ajarnya.Aku pula dibuat macam nampak tak nampak sahaja.
Itu buat aku terfikir.Kenapa?Mengapa?Sama ada apa yang aku buat sudah betul berdasarkan hasil susuk tubuh badan aku atau pun muka aku nampak garang tak mesra alam macam nak makan orang. Mmm...oleh kerana aku rasa otot badan aku tidaklah secantik mana maka jawapannya kemungkinan besar adalah pilihan yang kedua.
Tapi memang betul pun.Aku hanya pergi gym untuk melampiaskan tekanan kerja. Contohnya, kalau aku rasa macam nak tumbuk lelaki itu waktu sebelumnya.Atau macam kena marah dengan bos ke atau macam bila Yahoo kena blok ke seperti tempoh hari. Jadi,macam manalah aku nak tersenyum semesra alam.Mestilah muka aku nampak menaga ketika itu.
Tapi OK juga pakcik itu tak tegur ajar aku.Aku bukan nak jadi besar macam dia pun. Nanti susah nak cari baju.Yang penting,aku nak badan aku ada bentuk V yang itu.Yang penting lagi,keluar gym asap berapi menaga sudah tiada.
Note:Tengah dalam proses tidak bergym sebab malas.
Cerita pasal gym,aku teringat sesuatu.Tentang seorang pakcik di gym yang biasa aku pergi.Pak cik tersebut kalau tak silap aku ialah ex-atlit angkat berat negara atau bina badan atau melontar tukul besi/lembing berdasarkan hasil pasang telinga aku.
Dia nampak baik-baik sahaja orangnya.Tapi aku ada sedikit terasa dengan sikapnya. Cemburu pun ada juga.Mana tidaknya,boleh dikatakan hampir dengan semua budak muda(jangan nak senyum-senyum,aku muda lagi OK) yang ada di situ di tegur ajarnya.Aku pula dibuat macam nampak tak nampak sahaja.
Itu buat aku terfikir.Kenapa?Mengapa?Sama ada apa yang aku buat sudah betul berdasarkan hasil susuk tubuh badan aku atau pun muka aku nampak garang tak mesra alam macam nak makan orang. Mmm...oleh kerana aku rasa otot badan aku tidaklah secantik mana maka jawapannya kemungkinan besar adalah pilihan yang kedua.
Tapi memang betul pun.Aku hanya pergi gym untuk melampiaskan tekanan kerja. Contohnya, kalau aku rasa macam nak tumbuk lelaki itu waktu sebelumnya.Atau macam kena marah dengan bos ke atau macam bila Yahoo kena blok ke seperti tempoh hari. Jadi,macam manalah aku nak tersenyum semesra alam.Mestilah muka aku nampak menaga ketika itu.
Tapi OK juga pakcik itu tak tegur ajar aku.Aku bukan nak jadi besar macam dia pun. Nanti susah nak cari baju.Yang penting,aku nak badan aku ada bentuk V yang itu.Yang penting lagi,keluar gym asap berapi menaga sudah tiada.
Note:Tengah dalam proses tidak bergym sebab malas.
Monday, April 09, 2007
True Fitness
If I appeared a litte more toned than usual lately(I hope it's still there), that is a courtesy of True Fitness.Out of the blue,the True Fitness sales person called me to collect a 7 days trial pass. When I asked how they have my number,my query went nowhere as the informaton is disclosed. Yeah right!But I managed to dig a little bit and the sales person just said one of my friend recommended my name.Mmm...thank you whoever you are.
The process to collect the pass is quite irrating.I thought it will be as simple as 'Touch and Go' but it's not.Not knowing before hand the trick of True Fitness(and I believe it's the same with the other gym),I innocently bored myself with the unnecessary explanation which later I realized only lead to something.Yeah!After they 'kidnapped' my credit card. Damm!They want me to join as a member.Nah!I'm not lured into their bait after all that unpleasant incident.I just went there because it's free.
Well,the gym is quite as what I expected and I really like it because it really work on me especially the Nautilus equipment that working for the abs.As for the babe, mmm...only the low self esteem are available.So I have to settle looking at the other type of eye candy.Hehehe!
As for the evaluation,the gym is OK but I think it's not value for money(and expensive too) as for my case.Out of the 7 days I just went there 3 times. Furthermore it really conflict with my entertainment time.Well, maybe if I'm rich enough I will join later.For now,it really burnt a hole in my pocket.
Adios,True Fitness.
