Thursday, May 31, 2007

Book Review::Kinokuniya Part 1


How To Talk To Anyone 92,Little Tricks for Big Success In Relationship by Leil Lowndes.

At first,nothing glamour about this book but still my instinct suspected something is great inside. Yep!My instinct is true.Like a girl,don't judge the book by its' cover.Most of the time,the plain girl next door offer more than what you can expect. Same with this book.

I immediately courted with it 2 times at Kinokuniya before decided to tie the knot. That book must be mine forever.I falled in love with Lowndes wit and warm-hearted observation of human foibles.Indeed,it's a very good material for a relation-failure magnet person like me.

Still wrapped just like how I found it at Kinokuniya,this book which I catalogued under a loser series is very educational. Not only useful for a loser like me,but also applicable to life and business aspect too in general.

Having said that,I want to quote author B.A. Billingsly.

"A book is a friend; a good book is a good friend. It will talk to you when you want it to talk, and it will keep still when you want it to keep still; and there are not many friends who know enough to do that."

Wednesday, May 30, 2007

Ulasan Buku:Pesta Buku Antarabangsa 2007

2x pergi Pesta Buku Antarabangsa 2007.Kali pertama agak kelam kabut sebab nak kena lari pergi Sungai Wang gunting rambut.Jadi sempat beli keluaran lepas Impiana dan Anjung Seri sahaja macam biasa.Banyak gila tahap nak patah tulang belakang.Juga sepat rembat majalah Rasa sebab sudah Mid pesan tempoh hari masa balik kampung.

Kali kedua pergi baru seronok nak menghayati keindahan buku-buku secara santai. Objecktif nak cari buku pasal Israel dan topik-topik keibubapaan.Cewah!Tapi tak ada yang berkenan dan tak jumpa juga. Alih-alih aku jumpa benda lain.Jumpa buku ini.

Useless Arithmetic:Why Environmental Scientist Can't Predict The Future. Columbia University by Orrin H Pillkey and Linday Pillkey-Jarvis.

Hahaha!Ambik kau.Kalau dulu asyik beli buku pasal cari awek sahaja tapi kali ini aku dah beli buku pasal Matematik.Tentang alam sekitar pula lagi.Pergh!Intelektual sungguh.Tak tercapai akalku juga mengapa aku tertarik membelinya. Mungkin sebab buku itu keluaran universiti yang mana susah nak didapati di pasaran terbuka.

Terbahagi kepada 9 kes kajian termasuk dari kes menangkap ikan sehinggalah ke teori pemanasan global.Buku 230 mukasurat berharga RM92.93 selepas diskaun ini memang menarik segenap neuron otak pembaca bekerja lebih keras.Memang sesuai dibaca sambil minum kopi ais bersama keropok ikan Terengganu cecah sos Linggam.

Err...ikan kan mengandungi asid lemak yang sesuai untuk tumbesaran otak.Sesuai untuk buku yang kompleks.

Err..ada kaitan ke?

Tuesday, May 29, 2007

Book Review::Times Warehouse Sale Part 2


Prince Charming:Identify The Guys With True Prince Charming Potential. How To Play The Dating Game And Pick The Stayers Than The Players by Valerie Khoo and David Smiedt.

First.I begin with allowing anyone who want to laugh to do it quickly.I laughed at myself too because judged by the title,what on earth did I buy that book.As a burden of proof,I took about 15 minutes to decide to buy it or not.I'm torned in between meaningless and unrelevant topic(read:apa kejadahnya kan aku nak mengenal Prince Charming?) and a very good English inside.

As said,don't judged the book by its' title.This book took a unisex approach which explain its' duo writer.A very good book indeed to read before bedtimes.Sure,you will be bored to sleep.But,nonchalantly you will feel like a Prince Charming after graduated reading this excessively sugar coated word kind of book.

For RM10,I think it's so sweet.And cute too.

Monday, May 28, 2007

Book Review::Times Warehouse Sale Part 1


It's A Jungle Out There,Jane.Understanding The Male Animal by Dr Joy Browne.

If previously I have a book which is similar in context but written from a male perspective, this book is the answer to the ying of that yang in understanding the world of male-female relationship.Well,a focused subject book like this is very rare indeed to find.Especially if it's written from the eyes of a woman.

The writer explores the subject(read:the male) angling from biological, sociological and anthropological aspects very well.I recommended this book for a no life people like me who are still clueless about himself. Err...still,it's good to the fairer sex as well as to help them understand why man behave in certain ways as expected or unexpectedly.


Note:No sight of Pink this time.

Sunday, May 27, 2007

Antara AF dan FA



Yeah!Akhirnya dapat juga aku tengok Konsert akhir AF5.Dalam versi 3/4(kot) di @15. Itu pun seksa menyengkang mata dari jam 1-4 pagi.

Hari itu masa konsert live,tengah tengok Ebi menyanyi tiba-tiba elektrik tak ada.Argh!Terpaksa aku lari ke kedai mamak.Terus tukar dari tengok AF ke tengok final piala FA.Manchester United lawan Chelsea.Sakit gila bontot aku bila dah habis bola sebab bertenggek 100 minit lebih atas motor.Nak buat macam manakan.Kedai mamat semua tempat duduk penuh.Nak telefon kawan-kawan,handphone pula habis bateri.Memang hari itu nasib aku tak baik.



Antara AF dan FA,memang tidak dinafikan yang tengok bola lagi mendebarkan.Rasa macam aku pula yang main atas padang padahal aku bukanlah reti sangat pun main bola.Tengok AF santai sahaja lagaknya. Laksana berjalan-jalan di tepi pantai.Lagi pun sejak Dafi baik punya terkeluar, sudah tak ada maknanya tengok AF lagi bagi aku. Tahun depan Aznil pula tiada. Ergh... lagilah tidak berwarna AF.

Antara AF dan FA,kedua-duanya ada persamaan bagi aku.Dua-dua aku gagal.Menyanyi sah-sahlah gagal.Main bola pula,mmm....kaki peti aislah katakan.

Yang tak gagal,tengok kat TV.Ulangan siaran pun ulanglah.Janji tengok.

Saturday, May 26, 2007

I Know What You Wear Last TM Award Night

Ada orang tanya aku.Aku pakai baju apa malam itu.Jawapannya,gambar di bawah ini.Baju bunga-bunga merah hitam.



Nampak tak?Gelap sangat bukan?OK.Kalau tak nampak,ini ada versi gambar yang tidak gelap gelita. Dipakai oleh model lelaki yang paling kiri.Koleksi musim tahun baru Cina 2007.




Note:Seminggu jugalah berfikir nak pakai apa sebab kena tekanan dengan kakak HR.Siap 3 jam terakhir pergi Mid Valley/KLCC cari baju. Jumpa yang berkenan tapi bila sampai rumah pakai baju lama juga. Entah apa-apalah aku ini. Suka sangat memenatkan badan sendiri.

Friday, May 25, 2007

TM Awards Night 2007

Pilih baju.Tak tahu nak pakai yang mana satu.Tema majlis,merah dan hitam.







Punyalah teruja sebab tak pernah sampai PICC lagi padahal dekat sahaja dengan office. Sanggup berhenti kereta tepi jalan nak ambil gambar.





Gerai makan-makan.Macam-macam ada.








Berderau darah aku tengok pak cik ini.Ingatkan dia pakai mega mendung.Bila tengok dekat-dekat, batik biasa rupanya. Membazir sahaja terkejut tadi.Kalau dia pakai mega mendung tadi, mestilah aku kecewa tahap nak balik rumah sahaja tadi.


Entahlah.Tapi hati macam sakit tengok banner ini.Yati HR aku pun cakap macam itu juga.







TM Award night/PICC/210407.









The VIPs.Sibuk gila tangan aku. Nak petik flash camera lagi, nak salam lagi. Yeah!Akhirnya dapat juga aku bersalaman dengan Datok Wahid. Macam banggalah pula.




Nostalgia.Gambar yang dipancarkan ialah orang yang yang sedang berucap iaitu Tan Sri Dato' Ir Md Radzi Hj Mansor masa muda-muda dahulu. Tengok gambar ini,aku berangan yang suatu hari nanti aku pula yang berucap di atas pentas.


I think my CEO will be proud of this image.Partly because all the drama end very well indeed. Err...I'm unwilling to share the backstage story because it's corporately sensitive.Let's whatever happen in the boardroom, stays in the boardroom.

The night winners.









The MCs.Farah Fauzana and Ally Iskandar. Seriously diaorang memang serasi.Banyak lawak spontan. Tapi macam pernah kulihat skirt Farah Fauzana itu.Di mana ya?




My best frend,Rizal aka Bulat. Makin bulat bukan lepas jadi ayah.








Nombor bertuah yang tak bertuah buat aku.Sia-sia sahaja Aris(dan kawan tak tahu nama dia) bagi aku nombor mereka.Argh!!Kecewa.Tak dapat aku nak pergi Bali free.




Ruffedge.Err...I think they dressed up sloppy and the clothes fit very miserably.Tapi persembahan OK.







Hadiah baju terbaik lelaki jatuh kepada staff MMU.Tak cantik dan terbaik langsunh.Eeeew...tacky nak mampus.Tak ada taste langsunglah pengadil malam itu.Ada ke patut pakai topi itu macam pun dibagi menang. Ada lagi lelaki lain yang cantik dan terbaik baju dia malam itu.

Hadiah baju terbaik lelaki jatuh kepada staff dari Terengganu.Ini pun aku tak puas hati sebab ada lagi kakak yang baju dia lagi cantik lagi maha mahal lagi maha lip lap lip lap.Tapi TM memang begitu.Old fashion sikit seleranya serba serbi.



Note:Rahma!Bila kau nak email gambar aku dengan Datuk Wahid?

Thursday, May 24, 2007

Epilogue::Aku,Pink dan Buku

Sebenarnya hingga hari ini aku masih tertanya-tanya akan isu buku Pink itu.Seperti ada sesuatu. Entahlah.Tak ada angin,tak ada ribut alih-alih dia nak jual buku pula kat aku.

Takkan dia dah miskin kot.Mmm...mustahil.Mungkin dia sebenarnya nak hadiahkan kat aku kot tapi takut disalah ertikan lalu dia terkata dia nak jual.Mungkin juga dia ada sesuatu yang ingin disampaikan tapi tak terluah dek perkataan secara berdepan.Lalu buku itu jadi galang gantinya.

Sebenarnya,banyak yang tersirat dalam teka-teki ini.Tapi tak ada maknanya untuk aku berfikir jauh lagi.Buat apa berfikir sebab aku tahu itu semua tak mungkin akan kesampaian.Bak umpama belum memetik lagi tangan sudah terluka terkena dahan.

Yang tersurat,aku dan dia hanya kawan.

Yang paling penting lagi,aku belum baca buku itu lagi.

Takut.

Konkritkan alasan itu?

Hai.Apalah nak jadi dengan aku.Beli buku rajin.Tapi nak baca,malas.

Wednesday, May 23, 2007

Prologue::Aku,Pink dan Buku

Aku tengah jual muka.Tengok orang lalu-lalang.Atau lebih tepat lagi, tengok awek-awek yang melenggang kiri dan kanan.Manalah tahu,kot-kot ada yang berkenan.

Tiba-tiba 10 meter di depan aku,aku terpandangkan si dia yang memang aku berkenan.Si dia yang ingin sekali kutatap senyumannya yang mempersonakan itu setiap kali bangun pagi. Tapi masalahnya hajat aku itu tak mungkin akan kesampaian.Bak umpama belum memetik lagi tangan sudah terluka terkena dahan.

Dia tersenyum patah macam biasa dan mula melangkah ke arah aku. Aku gemuruh tak tentu hala. Bagai naik atas pentas berucap buat kali pertama.Memanglah poyo.Rasa berpeluh tapak tangan pun ada.Tak tahu kenapa.

"Man.Awak nak tak buku "********* ****"?

Pink tanya aku.Aku tak selesa tak tentu hala.Sebab ini kawasan Celcom(bukan syarikat sebenar). Habislah aku letih menjawab nanti kalau ternampak dek kawan-kawan aku yang ramai teramat di situ.

"Err...boleh.Bagi saya email dan handphone awak."

Respons serampang dua mata dari aku.Opportunis sungguh.

"******@*****.com.my.Nombor handphone bukan saya dah bagi ke?Anyway,saya jual buku itu RM2 sahaja."

Jawapan satu mata sahaja yang kena.Tapi tak apa.Aku memang ada kad si dia itu.Cuma tak tahu aku lempar kat mana.

"Biar betul...".

Tak dapat aku hendak teruskan.Kawan dia sudah datang menyibuk.

Ish!Kacau daun betullah.

Tapi hari itu memang bahagia.Walaupun ianya hanya untuk seketika sahaja.

Tak dapat orangnya,dapat buku yang dia baca pun dah buat aku cukup gembira.

Tuesday, May 22, 2007

Cerita Kerja

Masa itu emas.Aku memang tak ada banyak masa lagi.Mengejar itu dateline gila.Waktu makan pun otak jadi sibuk gila.Walaupun ada omongan kosong,pasti terselit 50% antaranya anasir-anasir teknikal. Terutama jika ahli-ahli mesyuarat makan itu ada orang Design Center. Memang ini satu anjakan paradigma yang positif.

Kalau tiada cerita mengarut,semua orang diam membisu seribu bahasa. Terbayang di air muka ahli meja masing-masing infinity loop yang bakal mengundang segmentation fault atau pun kernel panic.Cuma sekali sekala sahaja terkeluar cerita pasal bola yang tentu disambut dingin dengan ahli meja kecuali cerita Liverpool ataupun Chelsea.

Memanglah suasana ini sungguh membosankan untuk aku yang suka mendengar cerita. Memanglah yang tinggal ini generasi yang skima. Generasi yang memang mahu betul-betul bekerja.

Majulah TM untuk negara.

Monday, May 21, 2007

Buku Tetek

Aku tengah tengok TV di ruang tamu bersama emak.Cerita Janji Diana yang bosan gila. Emak nampak lebih banyak tutup mata. Bukannya sebab takut tengok kulit muka Diana tapi sebab dah terlena agaknya. Tapi nanti kalau aku tukar cerita aku,mestilah terbuka semula mata dia. Bosan betul.Shahmi tengah main lori-lori kat selisih bawah sana. Ibu dia sudah keluar berpoya-poya dengan orang-orang lain.Kami tertinggal kapal sebab tadi layan tidur baik punya bersama-sama.

Dalam kebosanan suasana,tiba-tiba Shahmi merenggek.Aku yang juga hampir terlelap, terjaga serta merta.

"Kenapa Shahmi?"

Tanya aku macam prihatin.

"Nak buku tetek".

Jawab Shahmi tidak pelat.

Apa?Aku terkejut gila.Nak gelak pun ada.Apa menatangnya buku tetek itu.Macam mana rupa dia. Shahmi mula merenggek lagi.Ah sudah!Kacau.Nak dibuat macam manakan.Usahkan buku, tetek pun aku tak ada(baca:bukan tak ada tapi aku punya kecil gila).Kalau melarat drama renggekannya nanti,aku tak tahu nak buat apa.Yang bertetek dalam rumah ketika itu hanyalah nenek Izzat yang sekejap matanya terbuka dan sekejap lagi matanya tertutup. Aku berfikir lagi. Haruskah aku hadiahkankan Shahmi tetek yang itu?Waduh! Bukan itu jawabnya.

Aku SMS ibu dia.Tanya apa ke benda buku tetek itu.Dalam gelak,ibu Shahmi suruh tanya Mid yang juga tertinggal kapal sebab tadi dia berpoya-poya di Mahkota Parade.Ibu Shahmi juga beritahu aku yang Shahmi sekarang tengah musim buat perangai perlu tengok buku tetek itu sebelum tidur.

"Mid.Shahmi nak buku tetek.Mana dia?"

Tanya aku malu-malu kononnya menyebut kata nama tetek itu.

"Itu.Atas meja".


Jawab Mid ringkas sambil tersenyum nak ketawa.

Hahaha.Ya Allah.Itu ke rupanya buku tetek.

Hai.Rosak akhlak betullah si Shahmi ini.Aku tak tahulah kat mana dia belajar benda pelik-pelik begini.

Klik sini untuk melihat buku tetek.


Soalan kuiz hari ini:Berapa kalikah kata tetek disebut dalam cerita di atas?

Sunday, May 20, 2007

Angin Dan Api Berperang

Mungkin hari itu rezeki aku murah.Secara tak sengaja aku terdengar orang mengumpat aku. Walaupun ketika itu,aku sibuk melayan tetamu yang datang dan pergi.Hai,manalah tak sengaja kalau tengah lalu lalang aku terdengar orang sebut-sebut nama aku.

Pasang telinga 1

Topik :Aku dikatakan gay dan sebab itu aku tak kahwin-kahwin lagi.
Reaksi :Masya Allah.Topik yang menarik untuk aku menyinga tapi tak sempat sebab kena cari sudu untuk kawan-kawan bangsa Cina ayah.Lepas itu bila dah bergelak ketawa dengan mereka,aku jadi lupa pula kes nak menyinga tadi.
Komen :Yang si pengata itu sibuk sangat pasal aku tak kahwin lagi apa kes.Aku kan lelaki.Aku yang pergi meminang orang. Yang anak dia andartu itu tak tanya ke lesbian ke tidak?Yang anak dia seorang lagi lembut semacam membazir sahaja kalau ajak ke kebun itu tak tanya ke gay atau tidak?

Pasang telinga 2


Topik :Sesuatu pasal duit.
Reaksi :Darah aku sah dah jadi wap.Apa lagi, ada sessi 'tarik-tarik rambutlah'.Sahlah aku yang menang sebab rambut aku pendek. Berani sungguh dia mengata aku.Dalam rumah aku pula.Pasal orang yang telah meninggal dunia.
Komen :Ini memanglah aku tak faham.Bukankah si pengata itu lebih kaya dari mak ayah aku. Apa lagi agaknya yang dia tak puas hati dengan aku.walapupun nama aku disebut di saat-saat akhir,aku bukannya dapat satu sen ke apa.Aku dulu jaga Atuk seikhlas rasa.Bila terkenangkan ayat si pengata itu masa Atuk sakit,darah aku bekepul-kepul bertukar menjadi asap.Apa lagi,mulut aku sedaplah melaser.

Itulah dia.Bila aku penat(dan tak cukup tidur12 jam),aku memang cepat berangin. Tambah-tambah lagi kalau ada batu api.Angin kalau berjumpa api memanglah memanaskan suasana. Aku peduli apalah kan.Habis perempuan entah sapa-sapa lagi kat situ kena laser dengan aku.Duduk lagi berkumpul.Kan dah senang aku laser.Kot ia pun nak mengumpat, pilihlah port yang baik punya.Jangan bagi aku dengar kalau dah tahu telinga aku berfrekuensi tinggi.

Habis majlis,aku buat mesyuarat adik beradik.Post mortem hari semalamnya dan hari itu. Semua orang tak terperanjat pun(yang terperanjat mungkin si pengantin lelaki sebab aku selamba buat mesyuarat dalam bilik pengantin).Mereka semua sudah jadi bahan umpatan kecuali si Eddie.Mungkin kali ini,akibat ketiadaan bahan,aku di pilih sebagai topik muka depan.Taiklah.

Aku mungkin calon yang paling ideal tapi mak cik itu telah silap pilih orang.

Aku dah isytiharkan perang!

Apa.Kau ingat kau dah pergi Haji kau dah ada lesen nak labelkan orang gay atau pun tidak. Anak sendiri jadi entah apa-apa ada hati nak sibukkan aku.Bukan aku ada jentik dia pun.Tak ada kena mengena pun.

Taiklah.

Note:Tersebut pasal tahi,saya ingin mengucapkan selamat dapat baby kepada Taik(memang nama sebenar) dengan ucapan,mengapa sepi tanpa berita. Sibuk ke jadi ayah?

Saturday, May 19, 2007

Janji Manismu

Oh dunia ini
Penuh kepalsuan
Oh mungkinkah tiada keikhlasan
Apakah ini
Suatu pembalasan
Ku sedar kebesaranMu Tuhan

Aku bagai seorang
Kembara jalanan
Terumbang ambing
Di lautan gelora
Mencari kebahagiaan
Dahan untuk menumpang kasih
Mungkinkah suratan
Hidup kan selalu keseorangan

( korus 1 )

Hati membeku mengingatkan
Kata janji manismu... oh...
Ku dilambung angan-angan
Belaian kasih sayang suci darimu
Oh kejamnya

( korus 2 )

Lidah tidak bertulang
Ucapan cinta menghiris kalbu
Ku kan pergi membawa diri
Cinta di hati terkubur lagi

Tidak ku fahami
Mengapa terjadi
Peristiwa pahit mengguris hati
Jalanan hidup ini
Sudah tertulis
Kutempuhi dengan kesabaran
Kusedar kebesaranMu Tuhan...


::Aishah




Note:Lagu ini memang ada kena mengena dengan yang hidup.Layan.

Friday, May 18, 2007

Misteri Benda Bawah Katil::Bahagian 2

Bila saya buka mata betul-betul,di tapak tangan saya ada sebentuk cincin.Saya belek-belek cincin itu.Sekali imbas,macam kenal.Saya periksa pula di bahagian dalam cincin di bawah batu permata.Ada goresan "xoxo".Sah!Memang saya kenal cincin itu.

Memanglah saya kenal cincin itu sebab saya yang tempah dan belinya. Saya miskin sebulan gaji kerananya.Itulah cincin bertunang tak jadi saya. Yang terbantut akibat masalah teknikal di saat-saat hampir akhir.Hampir sedekad yang lalu.Ketika itu saya bengang agaknya lalu saya campakkan cincin itu ke bawah katil.Agaknya bila masa berlalu dan sibuk-sibuk seperti majlis sebegini, cincin itu menjelma semula. Maklumlah, di bawah katil saya itu banyak juga harta karun emak saya yang dipakai untuk majlis kenduri kendara sebegini rupa.

Ketika miskin dulu pernah juga saya terfikir hendak mencarinya. Maklumlah, sebulan gaji juga harganya. Namun bila memikirkan yang banyak juga harta karun lain di bawah sana,saya rasa miskin itu lebih baik rasanya.

Memang semua ini ada hikmahnya.Cincin yang menjelma itu memanglah tidak membawa apa-apa makna lagi tapi yang penting inilah yang dikatakan laksana bulan jatuh ke riba(baca:akan ku jual si cincin itu). Macam tidak ada apa-apa tiba-tiba dapat sebulan bonus rasanya.Yeah!Kaya lagi. Yang masuk ke bank sekarang rasanya lebih banyak dari yang keluar di pusat membeli-belah gayanya.

Oh!Bahagianya.Selesa sungguh rasanya hendak berpoya-poya.

Tapi rasanya kena juga buat peruntukkan sikit untuk si Izzat sebab dia yang jumpa cincin itu.

Kalau macam itu,saya kena beli lorilah gamaknya.

Note:Goresan "xoxo" itu saya buat sebab tak mahu bagi cincin itu sempurna sangat.Bagi sama padan tak sempurna macam saya.

Thursday, May 17, 2007

Misteri Benda Bawah Katil::Bahagian 1

Nama dia Izzat atau err...Shahmi.Dia anak buah saya.Dulu dia memang tak mesra dengan saya. Tapi kini,dia amat rapat dengan saya.Semua benda yang dibuatnya hendak ditunjukkan dan dilibatkan saya.Saya tidaklah kisah. Berdasarkan pembacaan saya, kanak-kanak memang begitu sifatnya.Lagi pun,saya memang suka kanak-kanak di usia begini. Sebabnya mereka sudah boleh berkomunikasi dengan kita.

Kami sedang berdua-duan di bilik saya ketika itu.Sudah kurang semak kotaknya.Izzat di bawah main lori-lori.Saya di atas katil hampir mahu terlelap.Tiba-tiba saya terasa Izzat menggerakkan saya dengan tangan halusnya.

"Abang.Nah!"

Ah!Apa lagilah budak ini agaknya.Saya baru sahaja nak mengalami REM(Rapid Eye Movement). Kacau betullah.

"Apa Izzat!"

Saya dengan malasnya berusaha membuka mata dan saya lihat ada benda berkilat di tangannya. Izzat beri kepada saya lalu keluar dari bilik.Siap tutupkan pintu sekali.Bagus betul anak buah saya.Sayang Izzat.

Saya belek-belek benda berkilat itu.Saya tersenyum sendiri dan sambung tidur. Bermimpikan Mid Valley dan KLCC.

Wednesday, May 16, 2007

Pokok Mata Kucing

Pokok buah mata kucing itu baru 3 tahun usianya.Aku tanam sempena satu hari yang istimewa. Baru tahun lepas belajar berbuah. Mak kata banyak juga buahnya.Tapi aku tak sempat merasa sebiji pun buah sulungnya sebab salah tarikh balik kampung agaknya walaupun akulah yang beria-ria menyampul buahnya dari diintai kelawar dan lain-lain pemangsa.

Tahun ini,pokok buah mata kucing itu berbunga lagi.Aku mula pasang angan-angan hendak merasa lazatnya.Tapi kini,aku hanya mampu menjilat tapak tangan dari kempunan sahaja.Atau bisa sahaja aku ke pasar malam membeli jika hendak makan sangat buah mata kucing.

Habis majlis kenduri kali ini,begitu jugalah habisnya angan-angan aku. Bila khemah habis dicabut, baru aku perasan yang pokok mata kucing aku telah ditebang dengan kejamnya.Sampai ke batang bawah. Memang macam nak membunuh pokok lagaknya.Aku apa lagi,mengamuk masa itu juga.

Hasil soat-siasat,aku dapati ayah yang salah.5 minit juga aku membebel tak puas hati.Aku peduli apa.Yang salah harus dihukum.Apalah dosa pokok mata kucing aku.Takkan sebab majlis satu hari,pokok yang bertahun aku tunggu nak keluar hasil menjadi mangsa.Bukankah boleh sahaja ditarik dahannya atau paling afdal anjakkan khemah jauh dari dia.Ada 2 kaki lagi lebih lapangnya.Aku memang geram gila dengan ayah.

Agaknya ayah memang sudah tahu aku akan mengamuk gila.Dia diam tanda bersalah gila.Paling pelik,aku tak jumpa sedahan pun bangkai pokok mata kucing aku.Habis 30 kaki radius keliling rumah aku cari.Tapi memang tak jumpa.Memang sah itu tandanya ada orang bersalah gila.

Damn!Aku hanya sampai 6 jam lewat hari itu.Kalau tidak,pastinya pokok mata kucing kesayangan aku dapat diselamatkan.

Sabar sahajalah.

Apa kata aku tebang pokok durian ayah pula walaupun aku tahu tindakan itu tak akan bawa pokok mata kucing aku yang berbunga lebat itu hidup semula.Tapi lebih kepada soal sakit hati punya pasal.Tahulah pokok mata kucing yang ayah tanam sampai sekarang dah dekat 30 tahun tak berbuah-buah.

Hai.Tak ada maknanya cemburu dengan anak sendiri.

Begitu juga,tak ada maknanya bergaduh dengan ayah sendiri.

Nasib baiklah ada mak yang boleh berkongsi rasa kegeraman ini.Pokok bunga ros putih mak pun banyak juga hilang dahannya.


Pokok buah mata kucing saya.

Note:Dulu masa Idi kahwin,pokok ciku aku pun hampir menjadi mangsa keadaan.Nasib baiklah aku ada di tempat kejadian.

Tuesday, May 15, 2007

Aku,Datuk Dan Soalan Cepu Mas

Tempat :Dapur.
Masa :Selepas majlis akad nikah Ida.

Majlis perkahwinan memang memberi tekanan jiwa.

Aku tengah sibuk bancuh air sirap.Tak cukuplah pula sebab tetamu yang datang lebih dari yang dijangka.Banyak mata rancak memerhatikan aku bekerja.Hati aku bertukar tidak selesa. Tiba-tiba ada suara cuba beramah mesra.Tidaklah aku perasan akan kemunculan si Datuk itu tadi.

Man!Bila kau nak kahwin?Kau jangan buang masa.Nanti...

Satu soalan yang sudah aku jangka.Lantas dengan pantas aku menuturkan laju skrip yang sudah ada.Tanpa memberi ruang kepada Datuk untuk menyambung kata-kata.

"Buat apa kahwin kalau dapat perempuan yang entah apa-apa.Orang sibuk-sibuk macam ini dia boleh jadi macam puteri raja baca buku kat depan sana.Bukan nak menolong sikit-sikit. Karang nak makan pun nak kena kita dulangkan.Tahulah gagal bab masak-memasak tapi at least lepak-lepaklah berlakon kat dapur.Tolong yang mana patut.Kan banyak gila kerja boleh buat.Nak kata pandai gila,taklah juga.Orang lain pun masuk universiti juga.OK sahaja ke ke dapur.Kalau cantik tak apalah juga."

Semua orang terdiam.Datuk sudah berubah air muka.Mak buat aksi nak cubit-cubit aku. Mak Long ternganga kagum dengan kepetahan aku berkata-kata agaknya.Nenek buat muka blur.Kak Ani tersenyum simpul. Semua orang tahu siapa yang aku katakan.

Itulah.Lain kali tanyalah soalan menarik lagi masa aku tengah penat gila.Otak aku memang akan laju memproses kata-kata.Aku bukan kira kau pangkat apa.Saudara atau apa sahaja.

Ya.Majlis perkahwinan memang memberi tekanan jiwa.Dalam apa jua bentuk sekalipun.

Monday, May 14, 2007

Antara Pak Andam Dan Mak Andam

Rupanya sudah terang lagi bersuluh yang pakej andaman yang aku menang berperang dengan mak itu bukannya milik mak andam tapi lebih kepada pak andam.Err...tapi nak panggil mak andam pun boleh juga.Hahaha!Aku keliru.Manalah aku tahu boleh jadi begitu. Aku cuma masuk berperang di saat akhir dan hanya memilih berdasarkan portfolio yang ada.

Malam berinai kecil ketika mereka datang pasang pelamin,memang terserlah kelembutan mereka. Tapi jangan main-main.Yang si ketua mereka itu tangannya lebih lelaki daripada aku. Berurat-urat.Tapi itu hanya bahagian lengan sahajalah.Naik atas sikit,dia kalahlah dengan aku.

Secara jujurnya,aku layan mereka macam biasa.Tidaklah rasa pelik ke apa.Dia senyum kat kita, kita senyumlah kat dia balik. Mereka juga amatlah kelakar nak mampus.Semua orang terhibur dengan gelagat mereka.Aku tidaklah ketawa bersama.Bukan kawal macho ke apa sebab itu tak ada maknanya tapi lebih kepada aku tiada mood akibat penat disiksa ke sini sana.

Namun begitu,di kesempatan yang ada,pasti aku curi-curi pandang akan mereka.Mana tidaknya,mereka ada itu buah dada.Tidaklah besar bagai wanita biasa namun sepasang yang ada masih cukup untuk buat mata aku sukar di kawal kenakalannya.Hahaha!Comel sahaja mereka punya. Bagai anak dara sunti sahaja saiznya.Cukup-cukup untuk tapak tangan aku.Tapi jauh dekat,mereka masih nampak banyak lelaki dari wanita. Tak jambu langsung.

Habis majlis,ketika mereka nak balik,mak suruh aku hantar nasi dan lauk kepada mereka semua. Ada 3 orang semuanya.Bila tiba yang terakhir.

"Awak.Err...nak nombor handphone awak boleh?"

Tanya si dia yang lembut itu.

Ah sudah!Nak bagi ke tidak.Aku sempat berfikir serba salah.

Adakah dia itu.....

Oh!Tidak.

Sunday, May 13, 2007

Corat-coret::Majlis Perkahwinan Ida&Emry Part 3

  • Pergi Lumut/Sri Manjung ambil masa 3 jam.Balik pula 5 jam.Sebab mengantuk sangat lepak-lepak kat R&R Bidor sambil makan pau yang terkenal itu.Hai,memanglah aku benci memandu kereta.Konvoi orang Melaka,lain pula ceritanya.Dekat 12 jam baru sampai rumah. Tak tahulah aku jalan mana mereka sesat.Jauh macam pergi Kelantan gamaknya. Yang peliknya, masa nak datang tak adalah sampai 12 jam.


  • Kali ini aku tidak sesat macam dulu masa nak ke Lumut.Memang papan tanda arah di Perak agak membingungkan sikit.Agak sesuka hati dia. Itulah yang aku dulu sesat sampai ke Cameron Highland/Tapah gamaknya nak ke Lumut.Apa kejadahnya kan?Bukankah Lumut itu dekat tepi laut.Yang aku pergi ikut jalan naik gunung apa kes.Teruklah papan tanda arah di Perak.


  • Kesian Ida.Dari ramai-ramai adik beradik dia,hanya aku yang sempat datang Perak. Orang lain semua ada hal.Ina+Izzat yang beria nak pergi pun terpaksa dibatalkan atas sebab Izzat kena demam campak.Tapi hari esoknya bila aku pergi melawat Izzat,false alarm rupanya.Sihat sahaja mamat itu.


  • Masa kat Melaka,mak pengantin lelaki macam terasa sikit aku rasa sebab bila dia ajak bergambar keluarga(baca:mak+ayah aku) macam suam-suam kuku sahaja reaksi kami. Hello, kitaorang sibuk OK!Bila dia buat majlis kat rumah dia,baru dia tahu yang tak ada maknanya nak bergambar sakan.Itu baru 300 orang dan katering.Kalau dah beribu macam rumah aku,mahu tak tercabut tudung gamakya.Aku yang dari sopan berbaju Melayu hijau siap bersampin macam Hari Raya pun boleh bertukar pakai V-neck.


  • Berakhir majlis di Perak tandanya,telah sempurnalah segalanya.Aku mula jadi takut seketika walaupun ketika itu lahap meratah lauk pengantin. Kalau ikut turutan sudah sampai tahap lebih wajib untuk aku pula naik pelamin selepas ini.Dah tak relevan sangat beberapa alasan cliche yang aku bagi bila orang tanya aku bila nak kahwin. Hahaha! Tapi itu bila kat Perak sahajalah.What in Perak,stays in Perak.Bila sampai KL aku tak ada perasaan pun.Malas nak fikir. Aku tengah fikir shopping list yang tak siap lagi sebenarnya dan macam-macam lagilah.
  • Saturday, May 12, 2007

    Macam Artis

    Ida:Abang!Mari sini sekejap.

    Ida melambai-lambai aku.Emry pun menoleh juga sebab dia juga dah jadi Abang Ida. Salah seorang kena mengalah tukar nama gamaknya... dan aku tak harus terkalahkan.

    Aku:What?

    Don't make me speak English OK.Sounded a little bit jealous.

    Ida:Nak dengar cerita best tak?

    Antara bersalaman dengan tetamu,Ida menuturkan soalan.

    Aku:Apa dia?

    Entah apalah yang seronok sangat adik aku ini.

    Ida:Kawan aku kata kau macam artis.

    Hahaha!

    Aku:Yelah tu.Mana satu kawan kau tu?

    Teruja juga nak tahu.

    Ida:Itu.Yang baju hitam bunga biru.

    Tunjuk spontan Ida.Ish budak ini.Bukan ke aku dah ajar dulu kalau nak 'tunjuk' orang depan orang ramai kena pakai isyarat tangan rahsia itu. Kantoilah macam ini.

    Aku:Ala.Tak cantik pun.

    Komen ikhlas aku.

    Ida:Hahaha!

    Mmm...mana ada aku macam artis.

    Tak ada maknanya.Err...tiba-tiba datang idea nak berpantun pula.

    Layankan.

    Kalaulah tiada buah kuini,
    Makanlah asam bercecah gula,
    Apalah yang ada padaku ini,
    Sudahlah tak handsome,tak berharta pula.

    Friday, May 11, 2007

    Pictogram::Majlis Perkahwinan Emry/Ida Day 3

    Lepak di rumah bersanggah.Bunga pahar itu baru lepas dicantikkan selepas aku komen nampak tak cantik.Tapi aku hanya pandai komen dan tak buat apa-apa lepas itu.Mak cik apa entah nama dia yang susunkan semula cantik-cantik.


    The rehearsal.









    The flower girls.









    Aku tak suka gaun pengantin. Cutting dia buat adik aku nampak gemuk.Dan macam nampak pengantin Cina.






    The march.









    Tak habis-habis pengantin bercakap.Lepas itu dua-dua jalan laju.Aku tahulah kome berdua itu askar.






    Upacara lalu bawah pedang.









    Majlis bersanding.









    Tahulah askar tapi tak payahlah sudu pun pakai sudu askar.








    Upacara potong kek.









    Lepak-lepak di Lumut sebelum balik KL.Fin.Ida & Emry|140407|Sri Manjung,Perak.

    Thursday, May 10, 2007

    Corat-coret::Majlis Perkahwinan Ida&Emry Part 2

  • Pasal pergi kedai,tak tahulah entah berapa kali Cina kedai itu tengok muka aku. Setiap 15 minit mesti aku pergi jumpa dia.Rasa aku nak serkupkan dengan tudung saji sahaja muka orang yang asyik tak cukup barang itu.Kenapalah tak boleh senaraikan semua sekaligus.Taiklah!


  • Aku beria beli CD-CD lagu-lagu pengantin.Tapi tak sempat pasang pun.Mula sahaja majlis,alunan live berzanji dan marhaban di bawah pimpinan Pak Imam/ex-guru besar sekolah agama aku memenuhi halwa telinga para undangan.Aku insaf.


  • Ramai juga orang datang.Dekat 1000 lebih orang.Paling bermakna dalam ramai-ramai itu ialah kedatangan kawan/kontrator aku yang bernama Tan Onn Han.Sanggup dia pendekkan lawatan perniagaan dia ke Cina semata-mata hendak datang makan nasi minyak rumah aku. Nak tunggu aku lambat sangatkan.Jadi makanlah nasi minyak sesiapa yang mana sempat. Terima kasih Tan sebab datang.Yang pelik pasal Tan ini ialah semua lelaki dalam keluarga dia aku panggil Tan.


  • Tetamu paling tak disangka datang ialah Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Seri Ramlan Mohamed Ali dan isteri.Mulanya aku ingat dia Datuk yang biasa-biasa sahaja.Tapi bila tengok plat kereta Z* 1 dia, aku rasa teruja nak tanya.Orang nombor 2 ATM rupanya.Satu bangunan tempat kerja dengan si pengantin perempuan.Dekat 1 jam juga aku tunggu mereka sampai.Sabar sahajalah bila Datuk dan Datin meronda sampai ke dapur rumah aku melihat apa yang ada.Aku kagum juga berbual dengan Datin Seri sebab luar dalam anggota ATM semua dia tahu.Terima kasih Datuk/Datin sebab sudi datang.Orang Melaka rupanya dia.


  • Kesian bunga-bunga di taman aku.Banyak yang hilang seri dan hilang dahan.Paling teruk tahap kes masuk ICU ialah bunga ros putih belakang rumah.Habis gondol sana sini dahan dia kena belasah dek mak cik-mak cik yang hilang akal agaknya melihat kuntuman dia yang melebat gila. Lain kali bila ada majlis macam ini,aku nak letak papan tanda besar-besar. DILARANG MEMETIK BUNGA DI SINI!
  • Wednesday, May 09, 2007

    Corat-coret::Majlis Perkahwinan Ida&Emry Part 1

  • Kakak pengantin,seminggu awal sudah balik bercuti.Aku kagum gila. Macam dia pula yang hendak naik pelamin.Abang pengantin yang bujang itu balik sehari lagi majlis hendak bermula. Itu pun sebab dia salah tengok tarikh.Ingatkan majlis hari Sabtu, rupanya hari Ahad. Memang poyo.Tak tahulah apa sudah jadi dengan dia.


  • Sebelah perempuan akhirnya pilih temanya warna hijau.Letih aku dengar idea mereka tukar-tukar warna.Pihak lelaki pilih warna biru.


  • Ada drama pasal pilih tukang andam/pelamin.Pengantin perempuan dan kakaknya pilih orang Tangkak.Tapi mak pengantin dan abang pengantin perempuan yang cerewet itu tak setuju. Mereka mahu orang Tanjung Agas.Si Tangkak itu sudahlah mahal beribu, lepas itu rupa solekan macam pengantin Indon sahaja aku tengok.Pasal pelamin dia...mmm tak payah cakaplah. So outdated.Keputusan akhir, mak pengantin dan abang pengantin perempuan yang menang(baca:siap pakai orang tengah sebab nak menang punya pasal). Yeah! Seronoknya. Pengantin pun puas hati akhirnya sebab ramai orang yang nak tiru. Kan aku dah kata,mata aku yang cerewet ini ada hikmahnya.Cubalah percaya. Perkhidmatan yang diberi si Tanjung Agas itu berpatutanlah dengan harganya.Kalau nak lagi lawa tahap anak menteri,kena kasi up banyak sikitlah.Nasib baik aku bukan anak menteri.


  • Majlis akad nikah pada mulanya rancang hendak dibuat di masjid. Saat akhir, dibatalkan sebab ramai perempuan dari pihak lelaki datang haid.Poyo sungguh. Aku nak cakap dah dulu buat kat rumah sahaja tapi pihak lelaki juga yang beria request nak buat kat masjid. Keluarga aku layan sahajalah.Bila dah jadi macam ini,baru tahu perkara kecil begini pun boleh jadi besar dan huru-hara.Mana tidaknya.Dah separuh orang kat masjid,separuh lagi kat rumah.Itu belum masuk kes Pak Imam, saksi-saksi dan Ketua Kampung lagi. Kenapalah mereka ini suka melawan cakap aku.


  • Aku tak puas hati dengan lauk.Tak sedap langsung macam masa Eddie kahwin.Banyak minyak tahap melaut.Dengki betullah tukang masak itu.Sudahlah habis minyak petrol aku pergi ulang balik kedai beli minyak masak,kemudian jadi macam itu.Orang pun tak nak makan. Membazir betul.Lepas ini,itulah perkhidmatan mereka memasak yang terakhir di rumah aku.Tiada maaf bagimu dariku.
  • Tuesday, May 08, 2007

    Pictogram::Majlis Perkahwinan Ida/Emry Day 2

    Rombongan pihak lelaki dah siap untuk gerak.Lambat 30 minit dari jadual asal.Tunggu askar-askar ini sampai punya hal.Yang sesat lain, yang tak ada gloves lain.





    Kalau aku dapat kahwin nanti aku nak buat yang majlis ringkas macam Eddie sahaja.Kalau sikit, boleh sahaja panggil katering. Kalau dah beribu tetamu, tak ada maknanya nak pakai katering. Lari budget. Kenalah pakai Pakat orang kampung. Ceh!Berangan tak ingat.

    Majlis bersanding.









    Kek kahwin 3 tingkat yang aku terlupa hendak merasa.








    Antara 2 darjat.Beg mak datin yang boleh beli 70 helai karpet mak aku.







    Yang Berbahagia Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Ramlan Mohamed Ali dan isteri bersama pengantin.Kini,Datuk itu sudah ditambah dengan Datuk Seri baru-baru ini.




    Lauk banyak gila minyak.









    Pengantin yang sedang didera basuh pinggan.Lepas ini mereka kena sental periuk pula.







    Baru nak makan ke bang?









    Fin.Ida & Emry|070407|Sungai Rambai,Melaka.

    Monday, May 07, 2007

    Pictogram::Majlis Perkahwinan Ida/Emry Day 1

    Majlis berinai kecil.









    I hardyly recognize my room.It has changed into an operation room.So chaotic with boxes such that I'm unable to retrieve the carpets that hide under my bed.So layanlah use the old carpets.




    Pak Imam and the bride.The interview.








    The hantaran from the groom side.








    Majlis akad nikah.








    Majlis membatalkan air sembahyang. See how white my sister hand is. I'm so jealouslah. Why I'm so gelap gelita than her?Memanglah aku tak puas hati. Kalau aku pakai Fair and Lovely agak-agaknya boleh putih tak?


    The kompang boys.So nice.









    Majlis berinai besar.I really dislike the tepung tawar kits.








    The hantaran from the bride. Green theme in colour.








    Photo session with the family. Masya Allah.Susah betul nak kumpulkan orang.







    Fin.Abang pengantin yang poyo keletihan.Entah apa dia buat sampai letih aku pun tak tahu.

    Sunday, May 06, 2007

    Deadly Advice::Part 2

    Place :Starbuck,Alamanda.
    Time :Sometime not very long ago.

    The next several mornings,I called Azri(not the real name) for apology. Unfortunately, he can't be reached.Not in the office. Neither his second number.I'm panicked.Nonchalantly,I left a voicemail to instruct him to meet me at Alamanda.

    Fast forward,amazingly he listened to my voicemail.He claimed he was taking a break from the world. He looked very serabai,not as jambu(read:if Dafi is jambu,he is tripled times that) as he used to be when I caught his glimpse looking for me.To cut off the details,he said I shouldn't felt guilty. That was his decision.That why he asked me at the deciding phase due to the fact that I'm brutally honest(and innocent too).Nice try.It was too late brother.The sugar coated words was not even reduced slightly the amount of guilty accumulated inside of me.

    I gave him a long talk over a cup of caffeine of mine.Inside I'm laughed at myself very hard because it is really like the scene from the locally produced drama.Putting all the jigsaw puzzles together that only cost me another cup of latte+lot of cakes,then I begun to understand the magnitude of the the real dilemma.If I'm inside his shoes.Indeed,I was there before(with minor modification). To qoute the Malay proverb,it's like 'ditelan mati emak,diluah mati bapak'.

    Should I know that he is engaged,my advices might be slightly different.I totally blamed myself for that.I can claim that I'm pretty close with him but I don't bother to ask much about his relationship life because I hate to include topic about relationship in our men's talk and he knew that.

    The whole drama really opened my mind.I know that now I cannot take everything for granted if it's something that coming from my mouth. Now,what bother me is,should I lie when people asked for my advice. Even if the lie is just to justify the circumstances.But then,I will felt guilty for not speaking my mind.

    Well,to ask for an advice is hard for some man.For another man to give, a pretty damn decent one advice is even harder.

    Note:As per today, Azri(not the real name) is still happily engaged to the same girl.I guess my long talk work its magic. Well,have I told you that I will speak and Alamanda will listen. Even though,I don't expect that.

    Saturday, May 05, 2007

    Deadly Advice::Part 1

    Place :Dome,Mid Valley.
    Time :Sometime not very long ago.

    I spent my lonely but lovely day at Mid Valley.I was taking a break from my favourite leisure time, shopping. That time,I was enjoing my biscotti over a cup of latte when Azri(not the real name) called and want to meet me.He sounded very distressed so I didn't bother to ask why.It's so weird. Nonchalantly,I gave him my coordinates and he asked me to wait for a while.I'm OK with that wait but maybe that is not a best case for my diet.As a result of that for a while,I have to postponed my diet.Here you go, a nice cake for me.

    He arrived shortly.Fast forward,he told me he seriously in dilemma.I knew that extremely well judged by his dead expression. To cut a long story short,the dilemma revolved around his family and his girlfriend.It's the family versus the girl kind of a thing and he was kinda stucked in the middle. He didn't know what to do.Tada!This is where my part came in. He asked me what to do.

    I honestly(and you can say poyo too) gave my best shot.Skipped much details here,I knew that he loved the girl very much but in this case, blood is always thicker than water.Girl may come and go but family is irreplaceable.

    Very easily said but that night I slept in guilty.Someone close both to us, told me that Azri(not the real name) was going to break off his engagement.I quietly blamed my mouth for that misfortune. Not to my knowledge that the problem described to me just the tip of the iceberg. Worst,not that I know that Azri(not the real name) is engaged to that girl.

    I definitely wrongly advise him.I really cannot slept well that night. Thinking of what I've done. Damn!I should be careful with my mouth next time.

    Well,I will speak and Mid Valley will listen.But still,I frankly don't expect that.What matter most,listen to the heart and judged that by the mind.

    Any how,I'm still caught red handed guilty by charged.

    Note:I skipped much details here because I'm afraid my close busy body will detect the Azri(not te real name) mentioned above.Best case scenario,I shouldn't write at all but then I was so gatal to write about him.So,layan sahajalah.

    Friday, May 04, 2007

    Pant Chain

    As Andre 3000 once told Men's Vogue,you should always have one piece in your outfit that pops-something that say "take a look at me".Could be a belt buckle,could be a gold watch.In my case it's a what I called a pant chain.

    To be frank,pant chain is actually so passe for me.It was so 1999.But yet I still remember the respons when I debuted it on KL street.It was so embrassing as I used to walk very fast and that pant chain make a lot of noise.People must think that I'm one crazy lad.I bet I was the only daring guy at that time to wear pant chain.It was yet to be glamorous.I saw that idea of pant chain during one of the KL Fashion Week show.It was actually a debut show from a new upcoming menswear designer(or politically correctly,designers and they are not new as they have a very successful women label).The duo debut theme at that time was inspired by Japanese look.I was so amazed such that without much thought,I bought that pant chain right after the show(plus a shirt too).

    A year later,a female designer (that I don't want to mentioned her name here) came out with her own pant chain collection. Followed by another fellow of Malaysian designers.Then,over here became very chaotic with pant chain.Everything from hip hop to casual wear have their own interpretation of pant chain.Suprisingly,pant chain didn't even make a buzz at all on Western land until for the last 2 year.If I can recall,I think it appeared once on Versace show and later Gucci have it in editorial.

    I saw Anuar Zain wore pant chain last time during one of the recent Sure Heboh concert.I told myself that as he reputed to be a trendsetter,he is so outdated.He should beat me in time.However,pant chain is still kicking alive.Being a copycat,it's not a rocket science thought that a femine version should always stand by your side.

    Now what?I look East and copy them.Should I look West now?I cannot imagine what in store for me.

    To qoute from Ugly Betty,fashion is good for a soul.

    To quote from me,yeah right but that mean it is not good for your wallet.

    Thursday, May 03, 2007

    Hair Cut




    Since 1998,Sungei Wang is my favourite place where I have my hair cut.Not exclusive to any particular shop but depend on my mood,time and the thickness of the wallet.Only recently that I surrendered my loyally to this particular shop.The reason simply because that shop has a male staff to do my hair.Wash or cut.Well,not that I'm alim enough to not let non male barber/stylist/hairdresser whatever touch my hair but rather simply I just want to limit their direct access(read:skin contact) to me.Period.

    Eventhough I said I'm loyal,the truth is that I really have a problem with that shop.My problem is that I'm not sure its' exact location.If I start looking from an Sungei Wang entrance(that face Lot 10),definitely I will be in trouble.

    Just like the last time for a hair cut,I'm lost.Well,actually I was looking for another shop.To redeem my 50% Jusco Card baucar.Hunted around floor by floor,finally I met what I wanted.I chatted lightly with the 'usher' at the front door.Then to my horror,when I turned my face to the right,I saw a very familiar face.Ah sudah!That was my barber,David.He even said 'hi' to me.Embarrassed +guily(eventhough he did not know my intention),nonchalantly I changed my mind and let he did my hair.Well, the baucar still can wait.My barber kept a minimum speaking time with me.Not chatty as he used to be.I guess he must be very angry with me.

    Ala.I'm sorry bro.

    I'm a man.Even if I give my body(read:my hair) that doesn't mean you can own me.I'm too free spirit to do that.Period.

    Note:This is not the first incident.I kantoi so many times.I don't know why.I must be checking out the left shop first then only I will notice my regular shop at the right side.Weird huh!

    Wednesday, May 02, 2007

    For Man Only,07


    Dsquared.

    Time must be flying very fast.I felt like it was just 3 months ago and suprise,now it's back again.Yeah!The awaited Spring/Summer circa 2007 shopping season is finally here in Malaysia.If you are a man and shopaholic like me(for whatever reason),here are the review of some key trend for Spring/Summer 2007.

    1.Grey is the new black.So does as white except this time white does not extensively use formally as before.White pant/jeans(my trademark) is so au-current this season.

    2.Short.Expect all kind of short this time.Nearly every fasion labels in Milan and Paris trotted them out on the runway.It's goes much shorter this time than last year.Quite inappropriate for an aurat-minded man like me especially if the length is just nice when you are standing but not if you are praying.

    3.A super extra skinny belt.I must say it's a must have item for fashion concious dude.Wear this and you will get my smile.I maybe get this one too.Probably in white but my favourite brand does only have it in the middle of the season.

    4.Like usual,the combo of collared shirt(prefered striped,pastel or colourful),checked print and what ever sport inspired gear made an honour to be in the list.No rocket science thought for this one.

    5.The vest is the new jacket. It looks smart, but it’s not restrictive.

    I think the overall ideas this time is to feminize the masculine looks.A lot of ideas is copied from a feminine side.Don't get me wrong.It's maybe look subtly feminine in many aspect but it's still very very manly.I think it's about time for a change.Well,womenwear does copied menswear a lot and now it's time for a revenge.In a kind of sweet way.

    Anyway,this is just my 2 cent worth of thought.From my plus minus 60 minutes of hasty review and observation of what going on in the fashion capital.So expect a lot of hits and misses.Pardon me.

    Note:Another key trend is the skinny but muscled look.Well,obviously the skinny part is copied from the other fairer sex.If this disturbing trend continue,I think by 2010 we will have an anorexic looking male model on the runway.

    Tuesday, May 01, 2007

    Ikut Kakak Cantik


    Sogo,Hong Kong.

    Seperti yang diceritakan kepada aku.

    Tempat :Sogo.
    Tarikh :Satu hari di bulan March.

    "Cantikkan kasut ini?"

    Tanya Ina kepada Ida.Mereka sedang mencari kasut untuk majlis perkahwinan Ida.Tak sempat Ida nak menjawab,Ina buat muka panik.

    "Izzat hilang!"

    Sekarang panik itu menjangkit ke Ida.Mereka mula mencari.Selak sana. Selak sini.Sebab tadi nampak Izzat main-main zip di kekotak jualan.Tapi tak ada.Tengok dalam bilik tukar pakaian. Pun tak ada.Ida dan Ina berpecah.Ina ke belakang.Ida ke depan.

    Kalut mencari,tiba-tiba Ida terdengar suara yang memanggilnya.

    "Mak Andak!"

    Selamba Izzat panggil Ida.Tak ada rasa bersalah.Yang memimpin tangan Izzat ialah seorang pegawai keselamatan.Yang beritahu Ida dia jumpa Izzat merayau-rayau hampir keluar di pintu utama.100 meter dari tempat mereka semua asyik membelek kasut tadi.

    "Izzat pergi mana tadi?"

    Tanya Ina,ibu Izzat.Hampir nak menangis.

    "Ikut kakak cantik."

    Jujur Izzat menjawab.Tak pelat.

    Aduh.Sabar.sabar.

    Kau nak jadi macam Shin Chan yang gatal tengok perempuan cantik ke Izzat?

    Note:Aku rasa Sogo memang behantu.Dah selalu sangatlah sebenarnya budak-budak hilang di situ.