Jalan Dapur::Satu Hipotesis
Hipotesisnya;orang terpelajar jenis yang bersekolah asrama penuh memang gagal ke dapur(baca:masak-memasak).Teorinya,mereka yang asyik berkepit dengan buku manalah ada masa untuk ke dapur.
Tak payah pergi jauh-jauh.Ambillah aku sebagai bahan uji.5 tahun berasrama penuh dan 3 tahun tidak sepenuhnya berasrama, sah-sah bila keluar habis belajar sudah jadi jenis yang tahu ke dapur untuk makan sahaja.Tambahan pula kalau ada mak yang menatang bagai minyak yang penuh.Cakaplah sahaja nak makan apa,pasti tersedia nanti di atas meja.Memang lemak berkrimlah jadinya.Satu apa pun tak tahu.
Tapi bila difikirkan masak-masak,aku bukanlah sampel bahan uji yang baik.Bak kelapa segugusan, akulah kelapa yang komeng itu.Sebaliknya, mak bertuah sebab dapat ramai anak perempuan(dan menantu perempuan pertama juga)yang mahir selok-belok jalan ke dapur walaupun mereka sama sahaja pandainya macam aku.Dulu,Mid yang bongsu pernah aku sangkakan akan gagal macam aku(dan Eddie juga). Tapi bila Mid masuk universiti, tiba-tiba dia sudah bertukar menjadi perempuan yang pandai gila memasak.Memang sedap air tangan dia memasak.Tak tahulah hantu chef mana yang telah merasuk dia.
Kesimpulannya,hipotesis aku salah dan tidak tepat.Bukan status pendidikan yang menentukan gagal atau sebaliknya perjalanan masa depan anak perempuan(oops...dan anak lelaki juga) ke dapur.
Rajin dan malas itulah kata kuncinya.
Mmm...bagaimanalah agaknya nanti rezeki aku?Adakah jodoh aku jenis yang gagal juga macam aku?
Bukankah lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan lelaki yang gagal semestinya untuk perempuan yang ....err,gagal juga?
Takutnya.Habislah bontot aku tak tembam lagi nanti.Sudahlah aku boleh tahan cerewet juga bab makan-memakan ini.
Plan B,kena belajar memasaklah kalau macam ini.
Nota:Sebagai kata tak nak mengaku salah,aku bukanlah malas nak ke dapur memasak tapi bila aku ke dapur biasanya aku tengok semua sudah tersedia.Jadi aku makan sahajalah.Buat apalah nak susah-susahkan hati lagi kan?Rezeki jangan di tolak.Maut jangan di cari.





