Tuesday, July 31, 2007

Aku,Izzat dan Kuda Belang

Satu hari di kampung.
Aku tengah melawa untuk melawat sawah padi.

Mid:Izzat!!!Cepat tengok Abang.Macam kuda belangkan?
Dia:Mana ada.Itu Abanglah(muka confuse gila).Bukan kuda.
Aku:Hahaha!Budak tu manalah tahu kuda belang tu apa.Zebra dia tahulah.

Pergh!Nasib baik dia tak tahu yang kuda belang itu apa.Kalau tidak haruslah tak pasal-pasal aku percuma dapat jadi kuda. Itulah dia budak nama Izzat.Diajar oleh ibu, ayah dan pengasuhnya nama-nama binatang dalam Bahasa Inggeris.Orang KL sejatilah katakan.Cubalah kita kata ikan kat dia.Pasti dia betulkan kita;"itu fishlah". Aduh!Macamlah dia pandai sangat.

Namun itu memang perkara yang bukan luar biasa buat kanak-kanak yang dibesarkan di KL. Ibu bapa di sana memang seakan menganak-tirikan bahasa Malaysia(untuk pelbagai alasan).

Dari perspektif lain,kanak-kanak sekarang aku rasa hidup mereka membosankan. Dari usia kecil sudah kena belajar.Belajar mengiralah, ABClah,mengajilah dan macam-macam lagi. Aku masa usia 3 tahun macam Izzat,bukan setakat fish malah kuda belang pun aku ingat lembu.Mmm...zebra apatah lagi.Tak ada idea langsung.Aku memang dibesarkan lepas bebas dalam dunia seorang kanak-kanak.Tak ada masa untuk belajar itu semua. Yang aku tahu main,main dan tengok TV.Memang minat gila tengok TV.

Hasilnya.

Tak adalah teruk sangat.Dapatlah jadi tukang taip entah apa-apa di Cyberjaya.

Tukang taip yang suka gila seluar pendek belang-belang bak kuda belangnya.

Monday, July 30, 2007

Seluar Pendek Belang-Belang


Bukan gambar hiasan.

Selipar Jepun yang nak dibeli itu hanya RM16.90 tapi aku macam sayang pula nak bayar tunai. Dua tiga kali main pusing-pusing dalam kedai tersebut tapi aku masih mati nafsu tak tahu apa nak beli.Tak tahulah apa yang telah merasuk aku.Biasanya kurang main lagi cepat terangsang. Pantang terpegang...mesti ada sahaja yang berkenan.

Namun aku tekad bulatkan hati.Aku mesti keluar dari kedai tersebut dengan bertemankan lebih dari berselipar Jepun warna coklat.Jika tidak, bikin malu sahaja mereka dan keluarga mereka. Oleh kerana sekarang tengah panas trend berseluar pendek,maka aku pun sambar sehelai. Corak kuda belang.Cuba pakai dan rasa sesuai.

Namun,bila lima langkah keluar kedai,aku ada rasa menyesal.Besar gunung punya menyesal. Tak ada gembira langsung pun.Apa yang telah aku buat.Apa kejadahnya aku beli seluar pendek yang lebih kurang sama harganya dengan sehelai Levis seseorang itu.Memang aku dah tak betul.Memang rasa menyesal gila.

Tapi itu sekejap sahaja.Bila aku singgah d Kinokuniya dan belek-belek majalah,aku terpandangkan seluar pendek aku(yang gambar mamat kepala ke bawah kaki ke atas dalam gambar di atas) di dalam sana. Dalam majalah keluaran luar negara. Tapi dalam versi D&G Summer 2007.Apa lagi,senyuman pun mula terukir di muka kelat yang kononnya menyesal bagai gunung tadi.Rasa menyesal itu hilang sekelip mata.Di ganti dengan rasa poyo gila.

Hai.Bolehlah aku berlagak dengan orang US yang nak balik Malaysia nanti.

Tapi macam mana aku nak jawab kenapa seluar pendek aku tak sama pendek dengan D&G dia?

Mmm...

Sunday, July 29, 2007

Selipar Jepun Buatan Cina


Lakonan semula di Cyberjaya.

Hujung minggu hari itu saya pergi Mid Valley.Ya!Saya sudah berbaik dengan Mid Valley selepas dia ubah cara implementasi parkingnya.

Atas bawah saya pergi.Kemudian saya akhiri lawatan kelam-kabut hari itu dengan singgah di kedai kegemaran saya.Abang jaga kedai yang memang kenal saya senyum lebih panjang dari biasa kepada saya. kemudian dia berkata.

"Cantik selipar hari ini.Sebelah hijau,sebelah oren".

Ah!Tidak!Saya tersenyum terperanjat.Saya baru terperasankan selipar di kaki saya. Sama saiz dan jenama tapi lain warna. Patutlah rasa macam biasa.Patutlah tadinya ramai awek senyum-senyum kat saya. Matilah saya sudah perasan agak kacak hari dari biasa itu. Hahaha!Awek-awek itu mesti ingat saya orang gila. Tapi mungkin kegilaan saya itu dioffsetkan sedikit sebab saya memang agak melawa hari itu. Haruslah ada orang yang ingat selipar lain-lain warna adalah trend terkini. Padahal itu sebab saya huru-hara keluar rumah tadinya.

Nak tutup malu sebab ada agenda lain selepas Mid Valley,saya terpaksa beli selipar sama warna coklat di situ.Habis cerita.

Mmm...nampaknya kena letak cerminlah kat pintu rumah.Bagi boleh periksa diri nampak kemas atas bawah sebelum keluar rumah.

Dan boleh juga periksa sama ada bulu hidung terjulur keluar atau tidak.

Saturday, July 28, 2007

Hadiah Buku-Buku

Konon-kononnya nak jadi ahli bina badanlah. Nak membesarkan otot-otot mana yang patut.Nak pergi gym dengan ilmu yang penuh di dada. Tapi gagal.Tak baca sangat pun.Buka tengok gambar sahaja. Oops! Tapi seriuslah.Badan mamat itu memang cantik.V shape dia menarik.

King of Tort and The Innocent Man from my favourite author,John Grisham.Aku pun tak tahu mana aku letak buku ini lepas ambil gambarnya.





My next project after Lord of the Rings.Kalau Lord of the Rings ambil masa setahun baru habis baca,Narnia yang ini tak tahulah berapa lama.





Masih lagi berbalut plastik sama macam keadaan asal di kedai. Tak tahulah apa isi kandungan dia tapi macam menariklah kot. Cerita pasal air.Aku pakai beli sahaja.





(Sila baca dengan nada yang insaf). Aku kan selalu kena jadi imam(walaupun aku V neck/pakai seksi dedah belakang sikit).Jadi kenalah variasi sikit doa-doa lepas solat.Bosan pula asyik sama sahaja. Kalau baju boleh lain-lain, masakan pula doa lepas solat tak boleh pula.

Mmm...Mystery Method?The full title is "The Mystery Method: How to Get Beautiful Women Into Bed".A book on how to pick up girl and etc. Hai,kalau gagal mengorat lagi lepas ini aku tak tahulah. Tapi memang sah gagal. Nampak tak buku itu masih lagi berbalut plastik? Yang tak gagal, kegigihan membeli.


Nota:Semua buku ialah hadiah hari jadi penulis dari penulis. Ada lagi sebenarnya tapi tak diambil gambarnya.

Friday, July 27, 2007

Hadiah Hari Jadi


Bukan gambar hiasan.

Sambutan hari jadi kali ini agak istimewa.Seistimewa usia yang makin tua.Sudah masuk takat penting dalam evolusi usia seorang lelaki.

Seperti jauh lari dari yang dirancangkan,RM2000 lebih dari yang dibelanjawankan terbang melayang untuk buat hatiku yang kesepian kembali girang.Bertaburan duit itu Mid Valley, KLCC, 1-Utama,Sungai Wang dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya. Beli baju,beli seluar,beli kasut,beli buku dan entah apa benda-benda lagi yang tak penting sebenarnya.Itulah saja yang mampu aku hadiahkan diri sendiri. Buat menampali kekecewaan diri.Agar biar semua orang nampak aku tengah gegak gempita gembira.

Dari kawan-kawan,ramai juga yang bagi hadiah hari jadi kali ini.Terima kasih semua.Walaupun ianya hanya sekadar SMS ataupun seayat Yahoo Messenger. Itu pun letih aku selamba buat tak tahu malu buat promosi hari jadi sendiri di status sana.Itu pun ada orang cakap dia tak mahu ucap selamat hari jadi sebab aku terlambat satu hari ucap selamat hari lahir dia. Aiyo!Ini macam orang pun ada juga ke?

Dalam banyak-banyak hadiah tahun ini,inilah hadiah yang paling aku geli hati.Aku dapat seluar dalam bunga-bunga.Dari yang tak boleh disebut nama dan jantinanya.Bahaya.Tak pasal-pasal ada skandal percuma pula nanti.Patutlah dia beria tanya saiz pinggang aku berapa.Ini kerja kome rupanya.

Comel bukan seluar dalam ini?

Sesuai dengan saiz aku.Namun,walaupun pakai baju bunga-bunga adalah perkara biasa bagi aku tapi bab pakai seluar dalam bunga-bunga mmm...

Oh!Tidak!Tidak!Terasa macam begitu gaylah pula.

Cop.Jangan gatal nak bayangkan aku tengah pakai seluar dalam bunga-bunga itu.

Keji.

Wednesday, July 25, 2007

Yang Baru

Aku memang hairan dengan kawan-kawan sepejabat.Malah,sekali-sekala mengundang rasa tak puas hati.

Kalau aku pakai baju baru,atau kasut baru atau apa-apa sahaja yang baru, jarang sangatlah mereka nak bagi pujian yang aku harapkan. Cewah!Tapi cubalah kalau seorang dari mereka itu berbaju baru hatta berambut baru sekalipun.Bagai dirobek-robek hati aku mendengar teguran yang tak putus-putus datang.Padahal kalau aku tengok,mmm... tak ada apalah sangat yang nak dibanggakan pun.Yang sedang-sedang sahaja.

Tambah buat aku geram,kalau hari itu ditakdirkan yang aku bersesuatu yang baru dengan salah seorang daripada mereka itu. Pastilah bukan aku yang jadi bintang pujaan.Aku mesti laksana melukut di tepi gantang.

Tak puas hati,aku pergilah temuduga salah seorang dari mereka kenapa mesti jadi begitu.

"Bukan apa.Kau setiap minggu mesti ada sahaja yang baru.Kalau tak baju,kasut. Kalau tak seluar,rambut.Macam-macam lagilah. Beglah. Bling-bling apa kejadahlah.Kalau nak bagi pujian kat kau,tak laratlah. Nanti nampak tak ikhlas pulak".

Gila panjang lebar pula jawapan(baca:yang telah diedit) dari soalan. Macam tak puas hati pun ada bunyinya.

Tapi.

Betul ke aku macam itu?

Nak buat macam manakan.Dah anak tiada.Isteri apatah lagi.Duit pula cukup-cukup untuk berpoya. Nasib baik tak banyak.Kalau tidak,setiap bulan haruslah aku tukar kereta. Macam orang itu. Bulan ini pakai Saga Aeroback,bulan depan pakai Honda Civic 2007 warna hitam pula katanya.

Oops!Matilah aku kena laser nanti sebab bocorkan rahsia.

Note:Tak ada maknanya nak menunjuk-nunjuk.Tuhan tak suka.

Tuesday, July 24, 2007

Pakai Baju Sama

Pernahkah anda mengalami situasi di mana ada orang berpakaian serupa dengan anda pada waktu dan tempat yang sama?

Ya.Saya pernah menjadi mangsa.Di sini.Di pejabat Cyberjaya.Di kantin mak cik lauk tengah hari tak sedap(yang sekarang sudah di ganti dengan mak cik lain).Suatu masa dahulu.Dengan budak nama Azri(memang nama sebenar).

Saya manalah nampak dia.Dia tiba-tiba sahaja muncul di sebalik tiang dan dengan selamba beratur selang seorang dari saya. Azri macam biasa peramahnya siap bagi hello lagi kat saya. Saya tergamam rasa nak pitam bila melihat yang kami berpakaian serupa.Kalau saya awal-awal lagi sudah nampak dia,haruslah saya buka langkah seribu cabut lari tadi.Tapi sudah terlambat.

Walaupun baju kami sama rona warna putih kosong sahaja tapi dari jauh lagi tadi saya sudah tidak sedap hati.Ah sudah!Punyalah banyak warna atas muka dunia ini tapi ada kes berpakaian sama pula hari itu.Bila sudah berselisih bahu,tengok jumlah benang dan potongannya dari dekat lagilah memang sah 100% tekaan saya tepat. Baju kami memang dari jenama yan sama.Pun dari saiz yang sama. Yang tambah buat saya tidak selesa, seluar,kasut dan tali pinggang kami pun dari nada warna dan potongan yang serupa.

Memang kami nampak macam kembar tak seiras.Seorang jambu dan seorang lagi tak kacak. Seorang putih dan seorang lagi tidak. Tak tahulah Azri rasa macam mana tapi saya memang rasa tak selesa satu badan.Tak terfikir pula akan ada insiden memalukan seperti ini walaupun tempat itu hanya kantin pejabat.

Sekarang saya sudah lega.Azri sudah bertukar pejabat.Dia duduk nun tinggi di Rebung sana. Syukur alhamdulillah.Kurang banyak risiko saya hendak berpakaian sama lagi.Namun,saya masih kena berhati-hati.Ada budak Dell yang suka jenama yang saya pakai.

Pyscholah.Tapi kalau kes lelaki sama lelaki ini perkara biasa.Cuma saya sahaja yang banyak divanya.

Tapi cuba bayangkanlah kalau ada dua perempuan berpakaian serupa pada waktu dan tempat yang sama?

Mmm...haruslah saya laga-lagakan mereka.

Jahatkan saya?

Err...soalan skima hari ini.

Berapa banyakkah kata ganti nama diri saya dalam perenggan di atas?

Siapa dapat jawab betul,boleh makan malam dengan saya.

Nota:Selamat hari jadi yang ke *25 buat Azri hari ini,24 Julai 2007.

Monday, July 23, 2007

Di Balik Awan

Ku tak selalu begini
Terkadang hidup memilukan
Jalan yang ku lalui
Untuk sekedar bercerita

Pegang tanganku ini
Dan rasakan yang ku derita

Apa yang kuberikan
Tak pernah jadi kehidupan
Semua yang kuinginkan
Menjauh dari kehidupan

Tempat ku melihat di balik awan
Aku melihat di balik hujan
Tempat ku terdiam tempat bertahan
Aku terdiam di balik hujan

Pegang tanganku ini
Dan rasakan yang ku derita
Genggam tanganku ini
Genggam perihnya kehidupan

Apa yang kuberikan
Tak pernah jadi kehidupan
Semua yang kuinginkan
Menjauh dari kehidupan

Tempat ku melihat di balik awan
Aku melihat di balik hujan
Tempat ku terdiam tempat bertahan
Aku terdiam di balik hujan

::PeterPan

Sunday, July 22, 2007

Monolog 13 Julai 2007

Yang baru berteman,temannya kini menangis kesepian.
Yang baru bertunang,tunangnya mungkin kini meratap dalam kesugulan.
Yang baru kahwin,isterinya mungkin kini tabah menghadapi kenyataan.
Yang ada anak,anak kecil itu pasti tertanya-tanya mana perginya sang ayah.
Yang ada ibu,ibunya pasti redha dengan segala ketentuan qadak dan qadar.

Itulah.Jodoh dan ajal ditangan tuhan.Ia sesuatu yang memang sukar dijangkakan. Semuanya hanya pinjaman.Ada yang diberi masa yang panjang dan ada pula sempat merasa singkat waktunya.

Sayangi dan hargailah nikmat hidup yang tak menentu ini.Hentikan berperang sesama kita. Mulakanlah berdamai antara kita.

Sudahkah anda menyatakan rasa sayang anda hari ini?Ucapkanlah sebelum terlambat. Sementara masih sempat.

Sigh!

Adakah hari esok masih ada lagi?

Kerana saya belum lagi berbuat begitu.Tiada idea dan tahu nak cakap apa lagi.

Nota:Monolog ini ditulis semasa menunggu kapal terbang TLDM yang bawa adik ipar penulis sampai KL.

Saturday, July 21, 2007

Al-Fatihah



30 operasi ketenteraan sejak 1968.

18 telah terhempas sejak itu.

72 orang terkorban kalau ikut Karpal Singh.

Atau 95 orang kalau ikut The Sun dan Berita Harian.

Tambah 6 orang lagi pada 13 Julai 2007.

Memang menyedihkan.

Memang S61-A4 Sikorsky Nuri keranda terbang berdarah.

Al-Fatihah buat 6 orang wira kita.

Friday, July 20, 2007

Roti Bakar



Cerita pasal roti bakar,aku teringatkan zaman aku comel gila dahulu.Roti akan dibeli petang hari dari pak cik India berturban besar.Kalau nak makan roti bakar pagi berikutnya,mak mesti buatkan dan syarat aku mestilah kulit roti itu di potong. Barulah nampak roti bakar aku itu cantik menawan memikat kalbu.Memang aku amat mementingkan kecantikan waima dalam kes roti bakar sekalipun.Biarlah hitam terbakar sekalipun, kecantikan tetap diutamakan.

Sekarang bila sudah jadi remaja purba,segan pula nak minta roti bakar dari mak.Mak memang akan tak kisah tapi pasti akan ada mata-mata yang terbeliak besar mencemek-cemekkan aku.Tanda tak puas hati aku mengada-ngada.Bukanlah malas tapi itu tanda saja aku mahu bermanja. Namun,mungkin sudah sampai masanya perempuan lain pula yang buatkan roti bakar untuk aku.Perempuan yang boleh aku panggil isteri. Yang kalau dia tak mahu buat,aku akan cakap aku boleh buat sendirilah. Bukan susah pun.Nak bermanja sikit pun tak boleh.

Ada sesiapa nak roti bakar?Jom ke Old Town Cafe,Cyberjaya.Kat situ ramai amoi. Bolehlah kita cuci mata sambil isi perut.

Nota:Terima kasih daun keladi Ah-Yin(bukan nama Cina sebenar) yang buatkan aku roti bakar lama gila hari itu.

Thursday, July 19, 2007

Makan-Makan

Tajuk:Makanan kanak-kanak dan pengaruhnya

Sampel:Muhammad Izzat Shahmi

Subjek:Penulis sendiri aka Muhammad Optimus Prime


Sinopsis
Kita pernah dengar tentang pengaruh TV ke atas kanak-kanak tapi pernahkah kita dengar tentang pengaruh kanak-kanak ke atas pemakanan orang dewasa?

Laporan
Masa Izzat masih merangkak,ibunya beri dia makan keju.Nak bagi tulang kuat.Tapi tak pasal-pasal pula aku pun ikut makan sekali.Aku baca Men's Health.Katanya keju sumber protein yang murah dan baik untuk meningkatkan metabolisma badan.Tapi Izzat makan keju tak lama. Bila Izzat kena duduk kampung sebulan sebab ibunya pergi kursus, dia terus jadi budak kampung yang lupa makan keju.Uwekkk!!! bunyinya bila bagi dia makan keju. Hanya aku sahaja yang masih makan keju dalam rumah itu.Itupun kalau aku ingat nak buka peti ais.

Masa Izzat berjalan jatuh,aku tengok dia dengan nikmatnya minum Ribena.Aku minta sedikit tapi dia tak beri.Memang dasar kedekut tahi hidung masin.Memang itu ada dalam DNA dia walaupun ibu dia tak menjangkit pun penyakit kedekut itu.Aku pergi dapur buat sendiri. Mmm...sedap.Pandai aku buat air.Patutlah budak bertuah itu tak mahu aku kongsi minum.Hello... setakat Ribena itu macam pun nak kedekut dengan aku. Dia tak tahu berapa banyak Ribena yang aku mampu beli kalau aku mahu.

Beberapa bulan lalu bila melawat Izzat,aku dapati dia tengah makan roti bakar+jem nenas+ kaya/lepa kacang.Aku cuba satu.Mmm... sedap.Masa nak balik rumah,aku singgah Giant beli roti dan ramuan-ramuannya.Tak puas hati makan berebut dengan budak kecil tadi. Bila aku sampai rumah baru sedar yang aku tak ada pembakar roti.Maka melantaklah aku makan roti tanpa dibakar.Sedap juga.Hahaha!Ayat tak mahu kalah dengan budak kecil.

Kesimpulan
Sekarang Izzat sudah tak makan keju.Sudah jemu dengan Ribena juga. Aku pun jua begitu. Hanya sekali sekala makan keju bila teringatkan yang aku ada peti ais. Hanya sekali sekala ketagihan minum Ribena bila dapat beli yang botol besar di Tesco. Hanya sekali-sekala makan roti bakar bila ternampakkan pembakarnya yang jarang digunakan di atas meja.

Memang sah pemakanan budak kecil boleh mempengaruhi orang dewasa.

Apa pula cerita anda?

Ke aku yang lemah iman tak dapat menahan nafsu tengok selera besar budak kecil makan. Itu yang buat aku teruja sama nak makan.

Wednesday, July 18, 2007

Masukkan Buah Zakar


Gambar hiasan.

  • Soalan


  • Saya mendirikan rumah tangga pada Januari lalu, tetapi sehingga hari ini saya belum dapat lagi memasukkan buah zakar saya ke dalam kemaluan isteri. Isteri saya mengadu sakit apabila buah zakar saya hendak dimasukkan. Dia memaklumkan buah zakar saya terlalu besar. Saya berusia 37 tahun, manakala isteri 28 tahun. Apa perlu saya lakukan?

    RAHMAN
    Johor Bahru, Johor


  • Ulasan Soalan


  • Aku nak gelak dulu.Tadi masa baca pun dah gelak gila tapi ketika menulis ini pun aku masih tak dapat menahan rasa lucu yang meluah-luah ini.

    Aduh!Sakit perut aku.Lawak gilalah soalan En.Rahman ini.Bikin aku tersipu-sipu malu sahaja. Mungkin juga Dr.Ismail Thambhy pun gelak gila ketika menjawab soalannya.Tak tahulah sama ada En.Rahman tersebut salah taip soalan,saja nak gamour gila atau pun sememangnya dia benar-benar jahil gila.

    Apa pun jawapannya,apa kejadahnya kan yang dia nak masukkan buah zakar dia.Bukan sakit gila ke nanti?Buah zakar bukan direka cipta untuk tugasan ganas begitu.Dia ingat pintu lif ke apa yang dia boleh suka-suka hati dia nak masuk mana-mana. Memanglah boleh sahaja kalau nak masuk tapi haruslah boleh masuk hospital juga sekali nanti.

    Itulah,orang suruh tengok porno tak nak.Kan dah 37 tahun hidup tapi tak tahu cara-cara nak buat anak.

    Tapikan,aku nak puji En.Rahman sebab dia berani bertanya soalan.Tak simpan lama-lama soalan dia yang menggelikan hati aku.Bikin aku yang susah hati tergelak sendiri dalam kereta bila cuba membayangkan betapa kecohnya bilik tidur En.Rahman kita dan isterinya dalam adegan nak masukkan buah zakar tersebut.Hahaha!

    Aduh!Orang macam ini pun ada juga ke?Benda itu tak payah ajarlah. Sendiri ada sendiri faham-fahamlah.

    Tapi kalau boleh masuk buah zakar lagi best ke?Ada yang pernah cuba?

    Hubungilah penulis untuk berkongsi rasa.Benda yang baik tak perlu rahsia.

  • Jawapan Sebenar

  • Klik sini.

    Nota:Kalau ada fakta yang salah,sila maafkan penulis.Penulis masih lagi anak teruna.

    Tuesday, July 17, 2007

    Atuk Jaafar

    Ikut kata ayah,Atuk Jaafar itu tinggi,kurus dan putih orangnya.Tegap tubuh badan dan mahir bersilat. Tapi bila sampai giliran aku lain pula jadinya.Tak tinggi sangat,agak gemuk dan hitam orangnya. Kalau Atuk Jaafar jadi ketua kampung,karisma aku jadi ketua pemuda Umno kampung pun tak mampu.Jadi tukang taip binari jahat di Cyberjaya sahajalah jawabnya.Kalau Atuk Jaafar kebal bersilat membuka tanah, aku pula hanya alah bersilat jari membuka dompet di Mid Valley.

    Namun begitu,ketika aku kecil aku ingat lagi yang pakcik-pakcik Cina tua di pekan mesti dapat mengecam yang aku cicit Atuk Jaafar.Tak tahulah di mana persamaannya sebab rasanya aku lebih berat sebelah emak nampaknya.Kalau aku banyak ikut belah ayah pasti tak akan aku pandang jadi tukang taip begini.Dengan tinggi 6 kaki,kurus dan putih itu pastilah aku jadi lelaki yang cari makan dengan berjalan ke belakang dan ke depan sambil pakai baju cantik-cantik.

    Ayah yang memang berat mulut memang tak pernah bercerita tentang datuknya.Aku dapat tahu pun siapa Atuk Jaafar pun bila aku kantoikan ayah tengah asap limaukan keris panjang. Keris panjang yang bukti dia adalah waris Demang Jaafar.Keris panjang yang buat aku terpesona dengan sulur galur darah aku.Keris panjang yang hanya aku baru tengok 2 kali sepanjang hayat ini. Yang ingin aku bingkaikan tapi ayah kata jangan nak mengada-ngada sebab keris itu bukan untuk ditunjuk.

    Satu hari nanti,antara aku dan Eddie akan dipilih untuk menjadi penjaga keris itu pula.Tak ada firasat lagi siapa yang akan dipilih.Tapi kalau ikut percaturan,aku bukanlah calon yang baik sebab aku tiada zuriat lelaki lagi.

    Hai.Bilalah aku nak dapat jadi ayah.

    Tak sabar rasanya aku nak bercerita panjang tentang kehebatan sulur galur orang-orang terdahulu.

    Agar yang baik dibuat teladan dan yang sebaliknya dapat dibuat sempadan.

    Monday, July 16, 2007

    Saya Sayang Ayah Saya



    Masa nak balik KL,aku sengaja lalu kampung ayah.Lama gila aku tak menjengahnya. Kampung yang banyak menyimpan sejarah zaman kanak-kanak aku.

    Dalam perjalanan ke rumah lama,aku lihat ramai perempuan bertudung putih di atas jalan.Yang pakcik-pakcik pula ramai yang bersongkok.Ada orang mati ke?Terlintas soalan itu di dalam hati. Sampai di depan rumah Pak Cik Mat Dom(tak tahu apa namanya yang sebenar) yang tak jauh dari rumah aku,aku lihat ramai orang berkumpul di hadapan rumahnya. Aku tak berhentikan kereta. Segan dan malu sebab aku hanya berseluar pendek nampak bulu-bulu halus di peha dan bersinglet hitam nampak ketiak bebas bulu-bulu halus di daerah sana.

    Sampai sahaja KL aku telefon mak.Innalillah.... Pak Cik Mat Dom yang meninggal dunia rupanya. Tersirap darah aku serta merta.Tak aku ingat bila kali terakhir kami bersua muka. Yang aku ingat dia adalah generasi seangkatan dengan ayah.Aku jadi insaf serta-merta. Segera aku panjatkan syukur yang aku masih ada ayah lagi.Walaupun hubungan kami ada turun dan naiknya. Walaupun ada banyak perkara yang kami tidak sekepala.Walaupun dari dia,aku dapat sebahagian kromsom Y itu.

    Banyak lagi yang belum habis aku belajar dari ayah.Tentang peranan seorang anak, tentang malam pertama seorang anak teruna, tentang seorang yang akan jadi ayah nanti dan paling penting secara amnya tentang manusia sebagai hamba Allah.

    Agak penting juga,aku belum belajar cara-cara nak sembelih ayam lagi dari ayah.Haruslah kalau bapa mertua(baca:kalau ada rezeki) nanti suruh aku sembelih ayam,tak ke parah kalau aku bawa ayam itu naik kereta dan pergi pasar minta orang tolong sembelihkan.

    Sayangilah ayah kita semua.Sementara mereka masih ada.

    Saya sayang ayah saya.Muah ada makna 6000 kali.

    Anda pula bagaimana?

    Nota:Eddie,adik aku tahu sembelih ayam.Itu sebab dia kena kahwin dulu dari aku.Aku yang gagal tumpang gembira dapat kembar sahaja.

    Sunday, July 15, 2007

    Rumah Penghulu Jaafar::Bahagian 2




    Demang Haji Jaafar dilahirkan di Belemang(tolong wikimapikan) pada tahun 1850.Anak kelahiran Johor(err...aku bukan orang Jawa tapi orang Bugis)telah merantau dan telah membuka sebuah penempatan yang diberi nama Sungai Rambai(tidaklah diketahui yang tahu mana sungainya sebab sungai terdekat ialah Sungai Kesang). Pembukaan kampung ini dibantu oleh Sidang Hamzah, Me'lah bin Abu Bakar dan Kerisik(berketurunan Bugis yang merupakan rakan beliau yang paling rapat), Chung Liong,Chung Luang, An Ngi dan Ah Diang. Selain dikenali sebagai pendekar yang kebal, beliau juga disegani kerana ilmu agamanya yang tinggi dan ketegasannya dalam menjalankan tugas sebagai seorang demang.Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1944 dalam usia 94 tahun.

    Rumah ini sekarang dimiliki oleh Encik Kamaludin bin Yaakob(anak lelaki dia yang terakhir masih hidup) yang merupakan generasi ketiga(aku generasi keempat) Demang Jaafar yang bersedia untuk bekerjasama untuk memulihara keaslian rumah ini sebagai tatapan pelancong dan juga pengkaji sejarah.Kerja-kerja menaik taraf ini telah bermula pada Jun 2002 dan siap pada Ogos 2002 dengan dibiayai oleh Kerajaan Negeri Melaka dan diselaraskan oleh Perbadanan Muzium Melaka(Perzim).

    Nota 1:Susur galur sebelah emak pun tak kurang hebatnya tapi bukti relik sudah banyak dipecah-pecahkan dan belum sempat aku kaji lagi.
    Nota 2:Masa kecil-kecil aku selalu main kat rumah itu yang aku panggil rumah hantu.Bilik tengah itu kalau masuk mesti meremang bulu roma. Semua langsir,cadar,tirai dalam bilik itu warna kuning di raja.Tak pastilah aku pula kenapa.
    Nota 3:Satu kampung diberi nama dengan nama Kampung Penghulu atas mengenang jasa Haji Jaafar.
    Nota 4:Rumah ini hampir lenyap apabila satu pelan pemodenan di bawah YB bengong terdahulu(matilah kena garpu kalau mak tahu blog ini sebab mengata pakcik saudara sendiri).Namun bantahan telah diusulkan dan satu kawasan baru akan diperkenalkan sebagai gantinya.Tapi seriuslah. Aku memang memang bengang dengan YB dahulu.Dapat Datuk tapi semua soalan tak tahu nak jawab. Nasib baik YB sekarang tak berapa lemau.Melawanlah juga bila di tanya soalan.

    Saturday, July 14, 2007

    Rumah Penghulu Jaafar::Bahagian 1
















    Rumah ibu.
















    Rumah tengah.
















    Struktur atap limasnya tak tahulah nak kata apa gayanya. Nak kata limas potong Belanda lain macam pula tingginya.Memang lain dari kebiasaannya.

















    Lagi zoom gaya bahagian letak limas yang dipasang tinggi.
















    Jubin di tangga Melaka yang diimport dari Cina.


    Nota:Rumah Penghulu Jaafar terletak di Pekan Sungai Rambai kira-kira 25 km dari Bandar Melaka menghala ke Muar. Penghulu Jaafar ialah moyang penulis dari sebelah ayah.

    Friday, July 13, 2007

    Sirih Pinang

    Burung darat terbang tinggi
    Hinggap sebentar di kayu rendah
    Ampunkan kami tegak berdiri
    Turunnya duduk kami bersembah

    Bukan lebah sebarang lebah
    Lebah bersarang di pohon buluh
    Bukan sembah sebarang sembah
    Sembah menyusun jari sepuluh

    Dendanglah nyanyi nyanyian melangkah
    Dalam hati
    Dengan lagu-lagu yang berseri-seri
    Dendanglah nyanyi nyanyian melangkah
    Dalam hati
    Dengan lagu-lagu yang berseri-seri

    Limau purut jatuh ke lembah
    Tiba di lembah tersusuk duri
    Pinang penghayal sirih penyembah
    Jari sepuluh menjunjung duli

    Makan nasi di atas dulang
    Gulainya lazat ikan tenggiri
    Makan sirih sekapur sorang
    Sampainya hajat hidangan kami

    Senanglah hati senang sentiasa
    Sirih pinang moga-moga menjadi kenang-kenangan
    Pulanglah pulanglah di lain kali
    Hati pulang sirih pinang menjadi ingat-ingatan

    Senanglah hati senang sentiasa
    Sirih pinang moga-moga menjadi kenang-kenangan
    Pulanglah pulanglah di lain kali
    Hati pulang sirih pinang menjadi ingat-ingatan

    ::Siti Nurhaliza

    Thursday, July 12, 2007

    Aku,Mak dan Orkid


    Dendrobium species.

    Mak cuba mengayat aku.Cakap dia sedih dan kecewa.Sejak dia patah tangan,dia macam kena sabotajlah konon-kononnya dengan kawan-kawan dia.Aku pula bodoh-bodohlah percaya. Tapi 60 saat kemudian, aku sudah dapat SMS dari dalam rumah.Pesankan aku jangan terpedaya dengan segala ayatan semua.Itu semua tipu helah mak nak jerat aku. Nak jerat aku ajak pergi beli orkid sebenarnya.

    Tapi 60 saat itu lambat sangat.Aku sudah terjerat.Maklumlah,sebagai anak emak yang baik, handsome,rajin,taat dan oleh tahan skimanya memanglah aku lurus bendul sangat macam dipukau hari itu walaupun kebiasaannya aku boleh meneka mesti ada yang tak kena kalau tiba-tiba aku diayat.Hasilnya,habis perempuan satu rumah diangkut pergi ke kedai orkid di Muar. Aku yang jadi pak supirnya.

    Di sana,kempis dompet seratus bertukar tangan menjadi orkid.Mak tersenyum bangga.Dia kata nanti bolehlah dia nak berlagak dengan kawan-kawan yang sabotaj dia.Yang pergi beli orkid ramai-ramai tak ajak dia.Aku hanya mampu tersenyum sambil menggelengkan kepala. Mak aku memang dah gila orkid tapi masalahnya dompet aku(dan sesiapa yang berdekatan juga) yang jadi mangsanya. Namun, melihat senyuman rianya,aku rasa amat gembira.

    Walaupun gembira,lawatan hari itu berakhir dengan satu amaran keras dari aku.

    "Kalau Abang balik sekali lagi dan tengok orkid kat belakang itu daun dia kuning lagi,jangan nak mengada-ngada pergi beli orkid lagi."

    Tapi mak dalam mempertahankan dirinya kata,dia kehabisan baja.Taukeh baja sudah kaya katanya lagi dan lagi.

    Aduh.Ada sahaja alasannya.Pening aku melayannya.

    Aku pasti,selepas ini mak mesti berusaha gigih baja baik punya orkid-orkidnya supaya dia dapat beli orkid lagi nanti.

    Namun,selepas ini aku mesti pastikan yang terjerat bukan aku lagi.

    Izzat!Cepat besar.Abang nak jerat kau pula.

    Wednesday, July 11, 2007

    Amboi,Kacaknya!

    Kecoh juga satu keluarga hari itu.Dari petang sampai ke malam.

    Bila dapat sahaja SMS tergempar itu,aku yang bagaikan satelit berbayar terus SMS keliling kampung.Merasalah Celcom duit aku.Habis sanak saudara jauh dan dekat aku suruh buka TV1 malam itu.Jam 10 malam lebih.Peningnya,macam-macam reaksi pula yang aku terima.Ada yang suka dan tak kurang juga yang tak gembira.

    Beritanya ialah pasal Lia sepupu aku sebelah emak masuk TV.Jadi pelakon tambahan. Tapi versi yang ada dialog 3 minit lamanya.

    Malam Jumaat yang bosan itu itu secara rasmi Lia masuk alumni keluarga yang terjun dalam bidang seni lakon.Sebelum dia,anak buah emak ada seorang jadi pelakon.Ala, mamat pemandu kereta dalam cerita Janji Diana yang bosan tahap tidur keluar air liur basi itu.Cerita yang anehnya emak dan Izzat boleh sama-sama kongsi tengok dan ramai orang lain tak boleh masuk dalam itu liga.

    Malam Jumaat itu juga aku gelak macam orang gila.Tajuk drama Lia memang menggelikan hati. Nampak sangat tiggi rendah mutunya.Mana tidaknya,tajuk drama lakonannya ialah "Amboi,kacaknya". Hahaha!

    Aduh!Jiwa kacau dibuatnya.

    Tuesday, July 10, 2007

    Pokok Ubat Kanser Payu Dara





    Aku tak tahulah nama pokok ini tapi mak kata boleh buat ubat kanser payu dara. Caranya mudah sahaja.Lumatkan guna sedikit air dan tepekkan di kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.Memang berkesan mengikut testimoni emak aku.Tak payah nak pergi USA semua.

    Pokok ini dulunya mudah didapati di kawasan yang lembab berair tapi sekarang agak susah sedikit mencarinya.Kebetulan hari itu masa ke kebun,aku nampak dan terus ambil gambar.

    Err...apa ke motif aku pergi kebun bawa kamera.Nampak sangatkan itu alasan nak memulau namanya. Bukan nak tolong kat kebun tapi tolong ambil gambar sahaja.

    Hai.Apalah nak jadi dengan orang bandar zaman sekarang?

    Monday, July 09, 2007

    Cawan Dan Kawannya,Si Piring



    Balik kampung hari itu,si Izzat ada bersama.Boleh dia selamba sahaja balik dahulu tinggalkan mak dia kat KL.Memang satu perkembangan yang pelik memandangkan Izzat dulu masa kecil jangan haraplah nak berenggang dengan mak dia.Dah macam anak koala pun ada aku tengok. Mak dia nak berak pun susah.Kena buka pintu sikit.Bagi dia nampak. Bila dah meresap wap-wap wangi ke rongga sinusnya,baru dia suruh tutup.Itu pun dia jadi jaga kat luar.Takut sangatlah orang ambil mak dia.Hai,tak adanya orang nak ambil mak kau yang berak itu Izzat.

    Sebelum terpanjang cerita pasal berak,bukan itu sahaja perkara aneh yang Izzat buat. Ketika ramai-ramai minum pagi bersama, tiba-tiba dia minta piring.Nak letakkan cawan dia kononnya walhal orang lain semua poyo minum pagi kes cawan hilang kawannya, si piring. Mak Izzat kata, 'anak daranya' itu baru-baru ini sahaja berkelakuan sopan.Mak aku pula kata,aku dulu masa kecil pun macam itu.Memanglah kalau aku minum pagi atau petang, cawan mesti berkawan dengan piring.Memang sopan dan penuh tataterbib lagaknya. Memang sah ala-ala lelaki Melayu terakhir.Err...tak tanya pula mak apa akan jadi kalau kes cawan hilang piring.

    Tapi bila masuk asrama,aku mula tak kisah kalau minum bercawan tanpa piring.Layan sahaja.

    Tambah bila sudah remaja,lagilah tak ada maknanya aku nak minum pagi dan petang semua. Baik aku tidur sahaja.

    Dan sekarang bila sudah berkerjaya,lagilah tak sempat nak minum pagi penuh sempurna bercawan berpiring semua.Tangkap muat sahaja apa yang ada.Mmm...minum petang lagilah. Acara itu sudah jadi dinasour.

    Tapi kalau ada rezeki bila sudah beristeri nanti,akan aku hidupkan semula hukum kanun minum pagi dan petang mesti bercawan berpiring semua. Ala,bukan nak makan sangat pun.Saja hendak bermanja.

    Err..ke saja aku suka mendera?

    Tapi bukankah nak tawan hati suami melalui perutnya?

    Sunday, July 08, 2007

    070707



    07072007,datang 100 tahun sekali.Hari yang begitu istimewa patut datang dengan cerita yang istimewa juga.

  • Pagi

  • Kelam-kabut kata kuncinya.Ada temujanji runding harga sessi terakhir dengan kontraktor ubah suai rumah tapi aku lupa kat mana buku ceknya. Sudah rumah macam sarang tikus bersepah, haruslah aku tak jumpa mencarinya.Kemudian baru teringat yang aku tertinggal buku cek itu di pejabat. Lewat 15 minit kemudian baru aku sampai. Ingat nak habis awal tapi aku pula yang poyo buat lambat.Banyak gila soalan aku tanya. Siap terfikir nak ubah bahagian depan rumah macam rumah yang aku minat di Putrajaya lagi.Habis selesai sessi soal-jawab,bagi pelekat PBT serta kunci rumah. Duit akan dibayar nanti.Kemudian lari ke pejabat pemaju untuk hidupkan elektrik dan pasang benda-benda lain lagi yang belum dipasang.Kerja kemahiran hidup yang mudah sepatut bagi seorang lelaki tapi aku nakbagi alasan di sini aku tak yakin nak buat. Lagipun bukan kena bayar pun.Sampai pejabat pemaju kena serah kunci dan aku lupa pula mana satu kuncinya.Kena patah balik rumah semula mencuba kunci.Itulah kerja aku pagi itu.Memang buang masa betul.


  • Petang

  • Lepas makan tengah hari,berdesup ke Mid Valley.Mulanya nak beli selipar Jepun yang RM16.90 sahaja itu tapi alih-alih bila sudah keluar kedai tersebut RM300 jadi baju dan baju.

    Ronda-ronda lagi dan tak puas hati.Ke KLCC pula.Kecewa gila sebab "I'm Not A Shopping Bag" dah habis.Mengubat hati yang luka dalam Kinokuniya dan dapat 3 buah buku + 2 majalah.Jalan-jalan lagi dan dapat sehelai jeans,sehelai seluar tak payah gosok,satu topi Adidas dan satu beg Adidas 25 Copa Mundial.Memang puas hati.Ada hati lagi nak ke Al-Ikhsan beli kasut Adidas/Nike yang sudah banyak malam aku mimpi-mimpikan tapi tak sempat pula.Panggilan Crayon Shin Chan sudah menanti.Punyalah laju balik rumah tapi Sabtu itu aku terlepas tengok. Geram.

  • Malam

  • Lepas makan malam,pergi fitting baju dan betulkan zip seluar.Hahaha!Pandailah sangat. Ada ke patut buat fitting lepas makan tapi nak buat macam mana,dah itu sahaja masa yang ada.Habis tugasan keluar semula ke Giant, Puchong dan beli barang-barang rumah.Dah macam treasure hunt rasanya pula sebab bila sampai 30 minit lagi Giant nak tutup.

    07072007,memang penat.Memang buat dompet jadi kurus.

    Tapi puas hati.

    Saturday, July 07, 2007

    Lucky Number Sleven


    This picture is not anyhow really relevant to the posting.

    CHANDLER: Look, you have to help me, okay? I mean, I know what to do with a woman. I know where everything goes. It's always... nice. But I need to know what makes it go from "nice" to "My God, somebody's killing her in there!"

    MONICA: All right, I'm going to show you something a lot of guys don't know. Rach, hand me that pad over there. All right. Now...

    CHANDLER: You don't have to draw an actual wo -- Woah, she' hot.

    MONICA: Now, everybody knows the basic erogenous zones. You got, one, two, three, four five, six, and seven.

    CHANDLER: There are seven?

    RACHEL: Let me see that. Oh yeah.

    CHANDLER: That's one?

    MONICA: Kind of an important one.

    CHANDLER: Oh, you know what, I was looking at it upside down.

    RACHEL: Well, you know, sometimes that helps. MONICA: Okay, now, most guys will hit one, two, and three and then go to seven and set up camp.

    CHANDLER: And that's bad?

    RACHEL: Well, if you go to Disneyland, you don't spend the whole day on the Matterhorn.

    CHANDLER: Well you might if it were anything like seven.

    MONICA: All right, uh the important thing is to take your time. You want to hit them all and you want to mix them up. You got to keep them on their toes.

    RACHEL: Oh, TOES!! Yeah, for some people.

    MONICA: Okay, you could, uh, start with a little one; a two; a one, two, three; a three; a five; a four, a three-two; a two, a two-four-six; two-four-six; four a two; two; four-seven; five-seven; six-seven; seven, seven, SEVEN, SEVEN, SEVEN-SEVEN-SEVEN-SEVEN-SEVEN-SEVEN!

    Note:Taken from Friend:Season 4,Episode 11-The One With Phoebe's Uterus.

    Friday, July 06, 2007

    Drama Pendek::Kurus Bahagian 1

    Cerita 1

    Lokasi :Putrajaya.
    Acara :Citrawarna 07.
    Dia :Dude!Kau nampak kuruslah Man.Dah cengkung sikit.Dah tak handsome dah aku tengok.
    Aku :Oh!Ye ke aku nampak kurus?Kerja banyaklah sekarang.Hari-hari balik malam.
    Aku :Kau buat apa kat sini?Aku ingat aku seorang sahaja yang tak ada life.Datang Putrajaya malam-malam membosankan diri.
    Dia :Hahaha!Samalah kita.Teruna kesepian.
    Aku :Hahaha!

    Cerita 2


    Lokasi :KLCC.
    Acara :Giorgio Armani Attitude preview.
    Aku :Wei.Lama gila aku tak jumpa kau.Bila balik Malaysia?
    Dia :Baru seminggu.
    Aku :Seorang sahaja?Mana seorang lagi?
    Dia :Kau putus cinta ke Man?
    Aku :Dude!Aku bercinta pun tak,nak putus macam mana.
    Dia :Tapi kau masih tak berubahlah.Perut pun masih kempis. Sama sahaja macam dulu.Tapi kau dah nampak lainlah.Dah macam artis.
    Aku :Hahaha!Jom kita ke atas.Aku belanja kau makan kuewteow halia.
    Dia :Mmm...apa kata kita makan kat tempat lain.Yang privacy sikit.Senang nak berbual. Banyak benda aku nak catch up dengan kau.Kau kan kaki gossip.
    Aku :Siot.

    Nota:Kata 'dude' itu tidak ada dalam perbualan asal.Aku saja bubuh sebab sekarang tengah trend guna kata 'dude' kat office.

    Thursday, July 05, 2007

    Penambahbaikkan



    Hari itu aku terpergi Wisma Telekom.Saja ada mesyuarat lepas pejabat di Menara Rebung.Masa nak balik,baru aku terpandangkan pokok-pokok ini.Cantiklah.Sejuk sahaja mata memandang. Tak tahulah pokok-pokok itu sudah lama ada di situ tapi aku tak terpandangkannya atau mungkin juga dulu pokok-pokok ini tidak dipangkas bulat-bulat sebab biasanya benda yang bulat-bulat memang cepat menangkap retina aku. Atau paling tidak pun mungkin sahaja pokok-pokok ini pokok 'segera'.



    Namun itu bukanlah persoalan yang yang menarik untuk di jawab.Aku mundar-mandir 3 minit lamanya di depan Wisma mencari jawapan. Kepada satu soalan yang lain.

    Kalau bangunan yang tua dan buruk ini pun boleh nampak menarik dan berseri-seri hanya dengan ditambah-baikkan pokok-pokok bulat di depannya,apa pula yang aku harus lakukan untuk menambah-baikkan tahap kemetrosexualan aku?Aku sungguhlah tercabar sejak dua tiga menjak ini.

    Haruskah aku simpan rambut panjang macam Anuar Zain.Tapi. Aduhai,susah pula nak menjaganya.

    Haruskah aku kerintingkan rambut sebab macam cutelah pula aku tengok Justin Timberlake dalam dokumentarinya hari itu.

    Atau haruskah aku warna-warnikan macam si David Beckam?

    Atau potong pendek sahaja ala askar macam kawan baik aku itu.

    Mmm...susahnya hendak membuat pilihan.

    Nota:Wisma Telekom telah dijual tapi bila aku google The Edge tak disebut pula siapa pembelinya.

    Wednesday, July 04, 2007

    Kekuatan Wanita

    Wanita memang mudah disalah ertikan.Mungkin kerana mereka insan yang lemah dalam dunia XY yang memang lahiriahnya mendominasi suasana. Namun kelemahan mereka itu satu kekuatan sebenarnya.

    Entah apa relevannya angkara bocor tiap-tiap bulan,bergegar Dewan Rakyat dibuatnya dan tumpasnya dua orang Yang Berhormat.Tak lama kemudian,Malaysia bergegar lagi. Bukan dewan tapi giliran mahkamah dan hospital pula kali ini.Bergegar sebab siling jatuh dari tempatnya dan sekali lagi dengan mudah wanita dipersalahkan.Sekali lagi angkara bocor dikatakan menjadi punca.Angkara tuala wanita yang menyumbat batang-batang paip.

    Itulah.Memang benar kata orang,tangan yang menggoyang buaian itu memang boleh menggoncang dunia.Bayangkanlah siling pun boleh jatuh dari tempatnya angkara mereka. Memang kuat.Memang rasa nak bagi tabik hormat.Aku yang bicep secekak pun tak larat nak buat begitu.

    Sekarang,Malaysia bergegar seluruh benua sampai ke Mongolia.Pasal Altantuya.Pasal Erra Fazira. Cerita yang makin menarik nampaknya tapi belum sempat nak aku ikut.

    Nota:Dulu masa kat MMU Melaka,ada budak perempuan kuat langgar cermin pintu dewan besar. Memanglah gagah!Aku pun hari-hari lalu kat situ tapi tak terfikirlah pula idea nak langar cermin itu.

    Tuesday, July 03, 2007

    Everything Men Know About Women

    Being a loser in a girl department,I normally spent my horribly lonely weekend away from the house.Away to the place where I can fill that void.Because no one want to love me,I found solace loving other thing where they do not compelled to love me back, unconditionally. Well,my love is a book.I love books very much.

    That is when,while browsed through at my favourite Borders bookstore(The Curve)I found this book.Entitled,Everything Men Know About Women. Intrigued with its peculiar title, I couldn't help myself to not have a peep inside.


    But dammitlah.I'm so frustated.It's page blanked.Not one but for every pages.


    At first I tought it's a printing mistake so I nonchalantly pick up another similiar book.Aiyo!Still blank.


    Hahaha!Then only I got the joke.

    Cis.Did I got punked by a book?

    Bodoh.

    Well,men do not know anything about women.

    Women are still open for men to write them.

    I said write,right?

    Because I think only men are capable of writing a women.

    So,does anyone want to offer me to write something?For the record,I have a very nice looking pen.

    Yes.Pun is intended here.

    Hahaha.

    Note:Everything Men Know About Women,Dr.Alan Francis,RM12++.

    Monday, July 02, 2007

    Abang Sidai Baju

    Buka kereta,humbankan segala beg-beg,buka radio dan mula berangan. Fikirkan apa objektif yang hendak dicapai hari itu.Sama ada objektif itu yang baru atau pun sambungan dari episod semalam.Itulah rutin harian setiap pagi aku.

    Selalunya juga,abang depan rumah(100 meter dari kereta aku)pun menjadi sebahagian dari santapan panorama rutin harian pagi aku. Bukanlah kerana dia kacak ataupun jambu kerana tidaklah aku berminat hendak mengadilinya.Bukanlah juga kerana dia berkereta Honda Civic 2007 warna hitam yang menjadi idaman kalbu aku kerana abang itu rasanya hanya ada enjin beroda dua sahaja.Itu semua sebenarnya tidak penting. Yang aku pandang bukanlah rupa atau keretanya.Tapi pada sifat kerajinannya.Hampir setiap pagi, aku lihat dia ringan tulang menolong isterinya menyidai baju.Kemudian membawa bayinya ke rumah penjaga aku kira sebelum bergegas ke tempat kerja bersama-sama dengan isterinya.

    Bila aku lihat abang itu,aku mula menanam cita-cita.Kalaulah aku ada rezeki jadi suami orang nanti,ingin sekali aku contohi abang itu.Rajin menyidai baju setiap pagi.

    Tapi err...kalau tak ada rezeki jadi suami orang sekalipun,bukankah memang setiap 2 hari sekali aku menyidai baju sendiri.

    Tapi tak seronoklah.

    Ingin sekalilah aku lihat seluar dalam Calvin Klein putih aku berjiran sebelah-menyebelah dengan bra warna merah hati.

    Mestilah berkobar-kobar rasa nanti agaknya hendak menyidai baju setiap hari.

    Atau.Ke semakin huru-hara?

    Sunday, July 01, 2007

    Adat Perpatih vs Adat Temenggung

    Negeri Sembilan itu sebelah Melaka.Tapi sudah menjadi semacam stigma kental berkurun lama yang gadis Negeri Sembilan digeruni orang Melaka.Satu adat lebihkankan pihak perempuan dan satu lagi adat pula sebaliknya. Cantiklah bagaimana sekalipun,adat Perpatih dan adat Temenggung memang panas kurang serasi jika duduk serumah tangga. Hipotesis ini mungkin ada benar dan salahnya. Namun mungkin sudah banyak kali terkena,cakap-cakap orang dahulu makan garam dari kita patut ditimbang kira seadilnya.

    Banyak persepsi negatif tentang gadis adat Perpatih di mata teruna adat Temenggung walhal hujahnya soal harta pewarisan itu hanyalah tertakluk kepada ruang lingkup tanah adat sahaja. Namun,berkata memang mudah dari melaksanakannya. Itu bukanlah ruang lingkup yang baik kerana hakikatnya ia boleh melalut sesuka hati menjangkaui apa sahaja yang terlintas di mata bila akad sudah diputuskan.Mungkin dari situlah agaknya asal usul stigma berkarat itu menjelma. Mungkin ya dan mungkin tidak.Namun,dari mana asal sebenarnya datangnya persepsi negatif itu,tepuk dada tanyalah selera.Pokok tidak akan bergoyang jikalau tiada angin yang meniupkannya. Melainkanlah jika atas pokok itu sendiri ada kera yang sedang terkinja-kinja.

    Tiada kesimpulan yang boleh diputuskan dalam polemik ini.Ia masih lagi menjadi stigma berkarat bergenerasi demi generasi lamanya antara dua negeri yang berjiran ini. Ia masih lagi menjadi rahsia terbuka yang sebenarnya ada jalan penyelesaiannya. Namun bukanlah dalam masa yang terdekat ini.

    Selagi biar mati adat jangan mati anak masih tidak berasimilasi dengan arus perdana masa kini,maka selagi itulah mungkin gadis adat Perpatih ditakuti orang Melaka. Lawatilah ceruk rantau Negeri Sembilan dengan mata dan dada yang terbuka dan anda akan faham tentang ini.

    Sama sahaja senarionya dengan adat Temenggung.Cuma pelakon-pelakonnya sahaja yang lain.