Jumpa Tukang Urut::Bahagian 2
Tak aku sangka,si tukang urut patah tulang yang mak nak jumpa itu orang Cina rupanya.Tak sangka juga,ramai orang yang datang ke sana walhal rumahnya jauh terperosok jauh ke dalam. Nasib baiklah ada papan tanda di luar jalan besar sana.
Macam-macam bangsa dan jantina boleh kita jumpa di sana.Melayu, Jawa,Cina dan India semua ada.Ada yang datang berkereta mewah.Ada yang datang berkereta buatan Malaysia. Tak kurang pula yang datang bermotosikal sahaja.Yang tak sakit berdiri terjengah-jengah melihat dari tingkap si tukang urut beraksi.Mmm...kadang-kala ada keluar bunyi mengerikan yang buat semua orang sama-sama menyeringai.Yang sakit pula,aman duduk sebelah-menyebelah menunggu giliran.
Sama-sama mereka semua bercerita tentang dusun durian,duku dan rambutan,rumah terbakar, dah kahwin ke belum(aku ler itu yang kena) dan semestinya tidak dilupakan tentang apa dan bagaimana persoalan patah itu ceritanya.Macam-macam kes.Ada yang jatuh kat taman bunga. Ada yang tulang lari akibat menjolok buah kelapa sawit dan macam-macam cerita sakit lagilah.Macam-macam peringkat usia walaupun banyak kesnya warga emas yang aku jumpa.
Situasi majmuk begini tidaklah pelik kerana selalu ada di mana-mana. Terasa amat bersyukur kita semua boleh hidup aman damai sebegini.
Mungkin setelah 50 tahun merdeka,inilah hasilnya.
Namun 50 tahun ini tak datang percuma tanpa dek ujian yang tak putus-putus melanda menguji tanda perpaduan yang ada.
Contohnya,macam kes SMS di Johor Bahru baru-baru ini.
Contohnya,macam kes email si penulis Cina tentang orang Melayu.
Hai tak tahulah apa yang hendak dikata.Tidak bersyukurkah mereka agaknya hidup aman damai sejahtera begini?
Mungkin setelah 50 tahun merdeka,inilah hasilnya.
Selamat hari lahir ke 50,Malaysia.
Sudah tua rupanya kamu.






