Sunday, September 30, 2007

Iklan::SMSS Forever


Tiket.
Tempat :Sime Darby Convention Center,Bukit Kiara.
Tarikh :Sabtu,1 Disember 2007.
Masa :7.30 malam.

Sesiapa yang berminat ex-SMSS atau pun tidak,bolehlah jangan segan-segan menghubungi saya/agen penjual tiket.Ala,tak mahal.Kalau menabung RM50 dari sekarang dah cukup untuk pergi.Yang bujang dan yang sedang mencari teman memanglah digalakkan pergi kerana pemandangan awek di sana nanti boleh tahan cantik sekali.Untuk yang andartu tidak di lupa. Percayalah,jejaka-jejaka di sana tampan-tampan belaka dan yang paling penting dompet mereka boleh tahan tebal juga berjaya.Kalau tak nak yang tampan dan tak berjaya, bolehlah cari saya di sana.

Damn!Aku menyampah dalam suka sebenarnya nak pergi ke majlis-majlis semi-rasmi begini. Dulu masa ada adik aku belum kahwin bolehlah rasuah dia jadi awek samaran aku.Sekarang masalahnya dia dah kahwin dan tengah boroi gila mengandung.Argh!Dalam dilemma betul.

Err...ada sesiapa yang nak jadi awek aku?

Maksud aku,untuk majlis itu sahaja.Tapi kalau prestasi baik,2 bulan saya janji saya akan datang merisik.

Hahaha.Gatal.

Saturday, September 29, 2007

AJK Surau

::Pre-breakfast event with the children from rumah rumah Amal Limpahan Kasih.

Somehow I felt guilty.Plus honoured cum incredibly astonished.

It happen a few days before the event at the office building's surau.After an Asar prayer.While I'm busied tying my shoes laces,one pak Haji gently patted my back and said.

"Nanti jadi wakil AJK surau.Lepas solat Asar Jumaat esok kat surau.Nak bincang pasal majlis berbuka dengan anak yatim".

I'm speechless.Beyond stunned.

"Insya-Allah".

My reply back 10 seconds later.

"Tapi pak cik,saya tak ada kat office esok.Saya kena pergi Putrajaya".

My reply back 15 seconds later.

Damn!Somehow at that moment I felt so relieved.Pleased to be able to find a solid and concrete excuse without feeling terribly guilty for not coming.

I'm maybe a familiar face at the surau but image wise I don't think I'm ready to be a AJK surau,on temporary basis or whatever you called it. Well,what if then the pak cik someday meet me at Alamanda or Mid Valley(or simply at the office at night) wearing only short and singlet? Does that will bring a shame to the piousness that is normally associated with AJK surau?

Nonchalantly,I think I'm more than to chip in if asked to help but to mention a word AJK surau to me first bring a cringed to my spine.

Astagfirullahalazim.

When will I be ready?

Friday, September 28, 2007

Sebab Mulut Santan Boleh Binasa

Ramadhan memang ada magiknya.Segalanya jadi lebih bermakna dan lebih berpahala. Persahabatan yang jauh dapat dieratkan.Rakan yang dekat pula dapat dikurangkan frekuensi mengumpat tentang mereka. Err...aku tahu itu tak mungkin tapi paling tidak pun masa riadah mulut yang diperuntukkan hanya ada sekejap sahaja selepas berbuka sebelum disambung semula aktiviti menambah pahala.

Alhamdullilah.Tahun ini dapat aku turun berbuka puasa bersama-sama ex-Sains KL yang lain. Di Taman Warisan Pertanian,Putrajaya lokasi pilihan.Alhamdullilah,makanan dan suasana di situ jauh lebih baik dari aku yang selalu berbuka sendirian di rumah. Seronok jugalah dapat bertemu rakan-rakan lama.Bertukar-tukar berita dan cerita.Dari cerita 'pergh...seramnya!' sampailah ke cerita sakit perut bergelak ketawa.

Cerita punya cerita,terselitlah soalan yang dapat kena tendang kaki bawah meja.Yang ditanya dapat aku lihat terkias riak tidak selesa seketika di muka.Yang bertanya soalan pula buat muka macam tak tahu apa-apa.Namun,aku yang menonton rasa janggal dalam teruja nak mendengar apa jawapannya.Soalannya tentang anak sudah ada berapa.

Aku terfikir seketika.Mana lebih sensitif?

Orang bujang ditanya kenapa tak kahwin lagi atau pasangan berkahwin sudah lama tapi masih lagi belum menimang cahaya mata?

Jawapannya aku rasa bergantung kepada ketebalan jiwa siapa yang ditanya walaupun kalau mengikut etika meja sepatutnya kisah-kisah dalam kelambu sebegitu tak payah langsung ditanya. Terutama secara lintas langsung.Bukankah setahun tidak berjumpa ada 365 soalan lain boleh direka?Aduh!Memang payah melayan kekwat orang desa berlagak jadi orang metropolitan walhal slang Terengganunya masih tebal berjela. Tidak tahukah dia 'sebab pulut santan binasa,sebab mulut badan binasa'. Nasib baiklah tidak ada apa-apa tak enak berlaku selepas itu.Macam ada orang itu,yang bertanya telah dihalau keluar dari rumahnya.Oops!

Ramadhan memang ada magiknya.Segalanya boleh jadi lebih bermakna dan lebih berpahala.

Segalanya bergantung pada mulut kita.

Thursday, September 27, 2007

Pesta Makanan


Sekadar gambar hiasan.

Ramadhan yang datang membawa sekali magiknya.Ketenangan luar biasa yang datang setahun sekali memang amat mendamaikan jiwa yang telah bising 11 bulan sebelumnya.

Ramadhan yang datang juga mewajibkan umat Islam berpuasa menahan nafsu dunia selemah-lemah imannya tidak makan dan minum dari terbitnya fajar sehinggalah terbenam matahari. Ironinya,Ramadhan jugalah bulan pesta makananan sedunia.Sana sini makanan ada melata bak cendawan tumbuh selepas hujan.Dari yang semurah-murahnya RM1 dapat tiga di pasar Ramadhan tidak ternama sehinggalah ke hidangan buffet yang beratus RM mahalnya di hotel-hotel ada bintang yang mana kadang-kadang aku ternaik rasa sangsi akan status kehalalannya.

Apa sudah jadi Malaysia?

Nak tak nak,aku pun sudah terjebak sama.Lemas dalan bulan pesta makanan.

Di Ramadhan yang amat mulia.

Wednesday, September 26, 2007

Majlis Berbuka Dengan Anak Yatim


Adik-adik dari rumah Amal Limpahan Kasih.

Hari normal aku psycho berbuka sendiri.Hari tak normal macam hari itu,aku berbuka beramai-ramai.Meraikan adik-adik dari rumah anak yatim.Mewakilkan diri orang dari sayap kanan.Walaupun terdatang lambat namun aku masih sempat beramah mesra dengan mereka yang ada.

Tiba-tiba keluar soalan yang menyentuh perasaan.Ah!Masakan bisa benar aku mudah tersentuh.Mungkin lapar perut yang patut disalahkan.

Soalan :Dik!Duduk kat sana sampai darjah berapa?
Jawapan :Darjah 6.
Soalan :Lepas itu pergi mana?
Senyap.
Jawapan :Pergi tempat lain pula.

Dush!Aku terasa seperti baru kena terajang.Soalan itu aku rasakan amat tidak mesra tetamu.Amat janggal bunyinya di telinga aku.Satu soalan ditujukan dari orang yang masih ada ibu bapa kepada mereka yang sudah tiada.Satu jawapan dipaksakan dari mereka yang baru hendak mengenal dunia kepada yang sudah separuh usia menggunakannya masa.

Aku cuba masuk dalam kasut adik-adik tersebut.Umur 8,9 tahun dan ditanyakan soalan tentang masa depan.Membayangkan tanpa ibu dan ayah di sisi sebagai sokongan. Argh! Susahnya. Rasa nak pecah dada aku cuba menyusun kata.

Tidakkah anda rasa soalan itu kejam?

Balik rumah aku rasa sayu.

Dan insaf.

Nota:Datuk CEO yang dijadualkan tidak datang,ada hadir solat Terawih dan bermoreh bersama-sama jemaah TM MSC yang hadir.

Tuesday, September 25, 2007

Roti John Putrajaya

Sedap sangatkah roti John abang itu?Tahun lepas pun macam ini juga orang ramai beratur panjang.







Oleh kerana rasa dengki sebab nak beratur panjang juga(baca: nak tayang muka juga), maka dapatlah aku sebatang roti John(err... adakah batang penjodoh bilangan yang betul untuk roti John?) setelah 15 minit beratur di bawah sinaran matahari petang.


Bila dah makan,sama sahaja rasanya dengan roti John yang lain cuma rasa sosnya agak berlada hitam sedikit. Tambah tolak rasanya tak berbaloi sangat kot nak beratur panjang. Nasib baik awek depan aku agak sedap mata memandang.Kalau tidak, jangan harap aku nak beratur.

Monday, September 24, 2007

1428

Bulan Ramadhan tiba lagi.Aku seronok tidak terhingga.Sebagai bujang terlajak takut terbakar dapur kalau memasak,inilah masa mudah hendak menyimpan lemak.Pergi pasar Ramadan rambang mata meliur melihat juadah enak.Kalau terdatang awal,saja suka-suka hati buang masa melihat awek kalau-kalau ada yang cantik.Oops...Astagfirullahalazim.

Dah ringan dompet,dah berat tangan menjinjit beg plastik,barulah sedar diri nak balik.

Sampai rumah,muka kacak bertukar kelat.Bila azan Maghrib,Astro sahajalah yang sudi jadi kawan berbuka.Lauk-pauk yang banyak kadang-kadang nampak tak sedap.Kalau lapar sangat habislah apa yang dibeli.Kalau mati selera,ada yang di tong sampahkanlah jawabnya nanti.

Hai.Bilalah nak ada awek cun temankan aku berbuka setiap hari.Kalau macam inilah punya prestasi,pastinya skrip yang sama akan diguna pakai semula 1429 nanti.

Ah.Sudah!

Sunday, September 23, 2007

Mencari Pinggan



Apa sudah jadi?

Adakah aku telah dirasuk?Atau ada kemungkinankah aku telah insaf dan bertaubat.Atau paling mudah,mungkinkah aku sudah buang tabiat.Tak ada ribut,tak ada taufan aku pergi Ikea dan sedozen pinggan(dan kawan-kawannya juga) telah dirembat.

Sah!Ini bukan aku.Apa barang aku beli benda yang tak melekat di kulit.Never in my life.

Ehem!Ehem!Rumah dah ada.Tangga besi pun dah ada.Pinggan pun dah ada.

Apa lagi yang aku tak ada?

Cinta.

Cis tak guna.Kenapa rasa tersipu-sipu malu pula.Cakap sahajalah nak malu apa.

Cinta.Cinta.Cinta.Cinta.Cinta.Cinta.Cinta.

Eee...meremang bulu roma.

Berpuakakah agaknya kata itu?

Saturday, September 22, 2007

Peti Ais Punya Cerita


Hai,nama saya pinksonic.

Kata orang,kalau sudah jodoh ia tidak ke mana.Lambat laun ia akan sampai juga.

Kata aku,argh!!!Itulah yang aku tak nak dengar.Lambat memang sudah ada dalam kamus hidup aku. Berilah aku perkataan lain pula.Contohnya, mmm...hasad dengki ke.Ya.Hasad dengki mungkin kata yang agak tepat. Belum ada dalam senarai kata aku lagi. Mungkin atas sebab itulah agaknya kakak HR tak pasal-pasal hadiahkan aku "very typical Malay".

"Tak boleh tengok orang lain lebih sikit".Ujarnya lagi.

Semuanya itu atas sebab rengekan aku meminta peti ais dari pihak pengurusan.Logiknya,kalau ibu pejabat boleh bersuka-ria ada peti ais kenapa pula kami di Cyberjaya yang menyumbang RM berjuta-juta saban tahun bagaikan melukut di tepi gantang tanpa peti ais.Faktanya, peti ais di zaman IT sekarang bukan lagi satu kehendak tapi lebih kepada satu keperluan.

Natijahnya,itulah nasibnya suka duka kalau hidup bermadu.Sebagus mana sekalipun seorang lelaki sebagai ketua,berlaku adil itu amat subjektif pengisiannya.Masakan mudah benar hendak berbagi hati. Isteri tua kena dihormati.Isteri muda pula harus dimanjai. Argh!Itu semua memang boleh bikin ada hati yang hari-hari terbakar berapi.Lebih-lebih lagi kalau kami dalam situasi laksana isteri muda yang dipaksa beranak banyak-banyak tapi bila sampai bab harta untuk dipoya-poyakan isteri tua pula yang lebih sudu dari kuah mengaut hasilnya.Nak saja aku katakan orang tua tak sedar diri tapi nanti ada yang terkecil hati pula.

Akhirnya.Setelah 3 tahun aku sabar menanti.Setelah naik berbulu telinga mendengar alasan tidak logik.Setelah naik agak tebal juga kulit muka memperjuangkan hak asasi pekerja atas tiket peti ais,satu petang Jumaat, peti ais telah datang ke pejabat Cyberjaya.Diletakkan 2 langkah di belakang aku.

Aku puas hati.Walaupun jodoh aku dan peti ais itu agak lambat.

Mmm...selepas ini aku nak minta TV pula.

Mana acikan.Mereka ada TV tapi kami Cyberjaya yang buat IPTV ini tak ada TV pula.

Kalau aku jadi itu HR,harus aku tidak melembabkan diri dan esok lusa dah terpacak Bravia sebiji di Cyberjaya.

Ya.Hasad dengki mungkin kata yang agak tepat.

Persoalannya,adakah aku 3 tahun lagi?

Boleh tahan lembabkan HR aku?

Oops.

Friday, September 21, 2007

Ikea Katalog 2008



16 September hari rasmi katalog Ikea 2008 menjenggukkan muka di pasaran.Malangnya hari itu,ada peminat fanatik Ikea kena balik kampung dalam terpaksa.Namun,oleh kerana taksubnya orang itu dengan katalog percuma warna-warni berharga RM13 itu yang telah dinantikan sekian lama,maka dia telah mereka-cipta alasan entah apa-apa kepada emaknya agar dia balik ke bandar lebih awal dari biasa. Kemudian,orang itu juga telah memindahkan solat terawihnya dari masjid dekat rumahnya ke surau Ikea tingkat 2 walaupun ingin dimaklumkan di sini bahawa pemindahan itu gagal berlaku dan akhirnya terpaksa dibuat secara solo di rumahnya sahaja.

Kini senyuman poyo melekat di wajah kacak orang itu apabila senaskah katalog Ikea telah berada di tangannya.Memang menyampahkan bukan?

Ya.Orang itu adalah saya.

Saya sudah ada katalog Ikea.Anda pula bagaimana?

Nota:Katalog Ikea cetakan kedua telah berada di pasaran.

Thursday, September 20, 2007

Baby And Furniture


Ikea living room.

By fact it's a normal development but somehow I overlook at it. Unallegedly.It's a fact that baby(or in my case win babies) loves to explore things around.To taste,to touch, to smell,to climb,to kick, to punch are just some adjectives that can be associated with that behaviour.Exploration is good. It is part and parcel of baby learning curves.

But,like the old saying said,one man’s meat is another man’s poison.Or... politically correct it's should be translated as a concern.Judged around my mak's house, I found that my mak's furniture statistically did not 100% baby-friendly.I felt like accident can happen anytime, anywhere to anyone.Only,the different here is just the victim. It's either the baby versus the furniture itself.

I still remember the day that I ran screaming frantically upon seeing our little Izzat sitting peacefully like an aged Buddha on my mak's glass top coffee table.I have no idea how he got there as no witness around and to climb over there is quite a big leap forward indeed for a 18 months old considering nothing is damaged or else someone is really need to go to Indonesia that year. Aha!That is actually what my screaming and running is all about.

Part and parcel,I would like to take some of the blame for the baby-unfriendliness furniture.I may wrongly advices my mak over the furniture selection.Well,all this baby things is like a big knock into my head. Seriously.At that time,I want to admit that never cross even a milimeter in my two cents the word baby(err...and an awek word too).All I cared is just the furniture must sit prettily on the eyes.It's just until recently that I realized the symbiosis between the word baby and furniture.

So,moral of my two cents here is that,no matter what you do,big or small,furniture or non-furniture issue,please put into the checklist the word baby whether you like it or not because sooner or later that magic word will come to you.Don't be like me.Too selfish to acknowledge their existence.

Damn!I don't know what else I could be missing in life right now.

Err...chop.I know.

I miss someone that I can call as a wife.Someone who is pretty, intelligent and be able to give me 12 babies.

Hahaha.Gatal.

Note:Pretty furniture normally lack the baby-friendliness features. On contrary,baby-friendly furniture normally lack the aesthetic appeal and if it's so,it will dig deep down the pocket. Between this,finding the right amount of balance is the key to beautiful and safe for baby home. Dush!That require a lot of thinking.

Wednesday, September 19, 2007

Ada Orang Tak Puasa

Aku :Mak!Ada orang tak puasa.
Mak :Ye.Apa dia?
Aku :Dia tengah makan ayam goreng.Dengan air sirap.

Aku melaung dari dapur.Tengah mencari parang nak pergi kebun.

Izzat :Janganlah kacau!
Aku :Kenapa Izzat tak puasa?

Senyap.

Izzat :Shahmi kecil lagi.Mana boleh puasa!

Tergagap-gagap budak 3 tahun baru belajar cakap mencari kata.

Aku :Tapi...orang tak puasa tak boleh raya tau!
Izzat :Tak apa.Shahmi ada kawan.Tadi ibu kata dia pun tak puasa.
Mak :Abang!!!Kau kalau tak menyakat budak itu sehari tak boleh ke?

Aku cepat-cepat pergi.Parang tumpul ayah sudah pun dijumpai.

Menyakat budak kecil memang menyeronokkan.

Tuesday, September 18, 2007

Konspirasi Membuka Almari Nenek

Jom buka almari nenek.Ada benda kilat-kilatlah kat dalam sana.








Tapi...nenek marah tak nanti?









Tak apa.Nenek sayang kita.Abang cuba yang sana.Adik cuba yang sini.







Yeah!Memperkenalkan.Azhar dan Azfar.








Nota:Amatlah susah hendak dapat gambar si kembar yang cantik apabila mereka tak boleh duduk diam pada masa yang serentak.Ada sahajalah aktiviti mereka.

Monday, September 17, 2007

Times Warehouse Sale

Sebelum balik kampung,kenalah berpoya-poya sedikit.Sebelum masuk Lebuhraya Utara-Selatan,tak salah kalau termasuk singgah dahulu Lebuhraya Damansara-Puchong.Masuk juga Lebuhraya Perseketuan, terus menuju Seksyen 13.Ada jualan buku-buku.Memang berpinar biji mata tengok buku banyak tak terhingga.Memang hati pencinta buku rasa berbunga-bunga.

Sebab sudah pening sebab tengok banyak sangat buku,jadi belilah buku masak-memasak 'Chef Wan Mengelilingi Dunia'.Kononnya nak belajar memasaklah.Azam dari tahun 1998 lagi.

RM 20 sahaja.Memang murah berbaloi dari harga di pasaran biasa.

Jalan-jalan lagi.Tak tahu nak beli buku apa tapi belanjawan masih ada lagi.

Tiba-tiba mata aku tertangkap buku kartun Baby Blues,Kirkman & Scott. Siri kartun kegemaran aku yang sekarang sudah tiada lagi dalam The Star.Terus rembat 2 buah."The Super Absorbent Biodegradable Family Size" dan "I Shouldn't Have To Scream More Than Once".Memang kelakarlah kartun Baby Blues ini.

Sunday, September 16, 2007

Balik Kampung Puasa::Bahagian 2

Mak :Apa nak jadi ni?Dah pukul 12 tak bangun lagi.
Aku :Ala.Malam tadi ada buat kerja sikit(baca:tengok Mark Walhberg Shooter versi DVD sebenarnya).
Mak :Balik tak petang nanti?Ini semua orang dah ada.
Aku :Tak kot.Nak ke pejabat(baca:memang pun group aku macam kena kerja Sabtu/Ahad tapi aku nak memonteng).
Mak:Tak balik hari ini tak apa.Balik minggu depan.
Aku :Kenapa?Tengoklah kalau tak kerja(baca:kalau tak ke Mid Valley/Sungai Wang sebenarnya).
Mak :Minggu depan Datuk sekeluarga nak balik.Nak tumpang berbuka kat rumah kita).
Aku :???[Apa kes].
Mak:Dah.Ini ada orang nak cakap.
Izzat :Hellooo.Siapa ni?
Aku :Abanglah.

Senyap.

Click.

Argh!Bertuah punya budak.Itu sahaja nak cakap dengan aku.

Aku kemas kain baju selepas perbualan ini.Balik kampung jugalah jawabnya.

Geram dengan budak nama Izzat.

Saturday, September 15, 2007

Balik Kampung Puasa::Bahagian 1

Nak balik kampung atau pun tidak?

Itulah dilemmanya.Itulah persoalannya.Itulah teka-tekinya.Tentang tradisi keluarga berkumpul bersama-sama di hujung minggu pertama berpuasa. Kalau balik,bolehlah pergi Muar beli murtabak Singapura. Boleh juga jumpa Izzat.Atau main-main dengan si kembar. Atau yang paling berkat ialah itulah masanya untuk berjumpa mak dan ayah. Bukankah ada hadis yang mengatakan, menatap wajah ibu dan bapa kita itu dapat pahala ganjarannya.

Namun,di sebalik keberkatan itu kadang kala terpalit rasa rimas setengah badan.Balik kampung yang terdahulu,lebih banyak trauma emosi didera dari masa yang bergembira. Tatkala ternampak sahaja muka aku,mak dengan bijaknya pasti akan memesongkan segala topik berita yang ada di atas muka dunia ini kepada soalan cepu emas kenapa anak terunanya yang bongsu ini masih belum berpunya.

Argh!Memang itu soalan yang amat berat untuk di jawab.Itu bukan soalan binari jahat yang senakal mana sekalipun pasti akan dapat aku rungkaikan di mana salah dan silapnya.

Itu soalan yang secara rasminya aku sudah hampir putus asa mencari jawapannya.

Sigh.

Friday, September 14, 2007

B-)



Today.

I'm a proud owner of a brand new laptop.Finally.

And after a long hiatus,I'm officially have a genuine straight from the heart smile.Hehehe!Not a faking one.I feel so happy.Feeling very close to celebrate.Well,maybe not.I'm still bleeding inside.

But,that is not important.I'm HAPPY.That matters the most.Eventhough it's just for 86400 miliseconds.

Chop.On the second thought,I think somehow this new baby makes me uncomfortable.

It's Vistalah.

Err...can anyone teach me where the hell is the 'Run'.I cannot worklah without 'Run'.

Hehehe.Sorry.I'm too arrogant to Google out.

For today.

Thursday, September 13, 2007

Satu Ramadhan 1428



Rancangan hendak berdiet disambut awal tahun ini.

Orang lain seronok menyambut awal Ramadhan dengan hati yang girang, aku pula tak pasal-pasal disambut demam.Demam bukan sebarang demam tapi demam teruk bermuntah 5/6 kali. Damn.Memang tak best langsung muntah masa berpuasa dan yang paling teruk sekali demam siap lengkap bercirit-birit sekali.Memang sudah dehydrated gila tapi mahu tak mahu terpaksa buat-buat gagah juga berpuasa.Memang memalukan terkena demam sebegini di awal puasa.

Atas dasar segan-silu itulah,kononnya diegokanlah juga diri ini ke pejabat untuk UAT tiba-tiba dengan 'orang kuning' tetapi itu semua gagal sebenarnya. 60 minit berdiri duduk kepala sudah tak boleh tahan. Ambil MC dan doktor kata disyaki keracunan makanan. Itulah.Gara-gara makan di Mali hari sebelumnya. Termakan telur bermasalah virus salmonella aku rasa penyebabnya.

Sudahnya,4 hari hilang selera makan dan 3 hari jugalah hilang dari pergi terawih.Nak beribadat macam manakan kalau dah setiap 10 minit rasa nak ke jamban.Memang itu amat menyusahkan. Memang itu amat memalukan.

Yang bagusnya,4 hari kemudian bila terbogel depan cermin aku rasa aku suka tengok aku versi selepas keracunan makanan.Badan tiba-tiba sudah ada bentuk ala-ala Brad Pitt dalam Fight Club. Dah tak segan lagi rasanya kalau nak terbuka baju di depan perempuan.Dah tak macam masa zaman baru pecah suara dahulu. Sekarang,memang dah sah jadi lelaki.

Oops.Jangan nak mengada-ngada membayangkan aku tanpa baju atau tanpa apa-apa yang sewaktu dengannya.

Keji.

Nanti kurang pahala puasa.

Wednesday, September 12, 2007

Renungan Terakhir

Sebelumnya kau pergi
Renunglah ku di sini
Kerna mungkin terjadi
Kita takkan bersua lagi
Anggaplah pertemuan ini
Mungkin yang terakhir
Dan tak usah
Kita kesali
Atas apa yang terjadi

Banyaknya pengorbanan
Telah ku pertaruhkan
Mungkin tiada bermakna
Telah banyak mengguris rasa
Untuk itu maafkanku
Kiranya menggangu ketenagan
Dalam hidup mu yang tak perlu kehadiranku

Dugaan...
Inikah dugaan untukku
Hujungnya yang tak seindah mimpi
Hanyalah igauan ngeri
Kau yang pernah ku rindu
Mudahnya berlaku
Mengapa begitu
Berubah layu
Aku menerima
Salam perpisahan
Segalanya sebagai ingatan
Biarlah impian kan berlalu dengan mu


::Nora

Tuesday, September 11, 2007

Gone

Now you see.









Now you don't.









But then.Damn.Somebody might found it.









Note:Sometimes,not all should be blogged.

Monday, September 10, 2007

Tattoo 2007,Stadium Merdeka

Hujan dan agak lambat sampai.









Brunei Darus Salam.Memang menghiburkan.








Daif gila keadaan Stadium Merdeka.








Pasukan kawad senyap TLDM.









Pasukan gimnastik TUDM.









Persembahan khas pancaragam gabungan ATM.








Finale.12 foreign countries and one big show.








Tatto 2007.









Bunga api.









Note:For more info.

Sunday, September 09, 2007

Cyberjaya Merdeka Celebration Carnival


The banner.









The jacket.









The bikes.









The sponsors.









The track.









The race.









The pit stop?









The winner under 12 years old.









Besi yang aku selalu buat pull-ups/chinups dah jadi macam ini?

Saturday, September 08, 2007

Satu September

Ia satu tragedi.Sangat menghangatkan hari Sabtu yang sepatutnya ditulis rehat dalam huruf besar.Namun entah apa malangnya,hari itu aku kena paksa datang pejabat.Ada mesyuarat tergempar.Argh!!!Ke bakul sampahlah segala rancangan hendak berpoya-poya di trio The Curve/Ikea dan 1-Utama.

CEO jadi pengerusi.Aku bersama geng baik.Lawan kami,geng jahat di sebelah sana.Geng jahat yang sebab merekalah aku jadi tak cukup rehat.Kononnya di awal kata,ada 2 agenda utama.

Dari agenda pertama hinggalah agenda demi agenda seterusnya,aku dapat rasa yang akulah si kambing hitam yang patut dipersalahkan walaupun secara dasarnya aku memang sudah lali akan mengaku salah dahulu sama ada aku bersalah atau pun tidak.Dari satu agenda ke satu agenda aku diserang sampai ada juga agenda merepek yang aku rasa sudah menyimpang jauh dari tujuan kecemasan mesyuarat itu dipanggil. Namun,semakin aku diserang semakin jelas siapa yang salah. Itupun kalau mencari salah siapa ialah objektif mesyuarat itu.Aku dah bersedia untuk apa-apa keputusan sebab aku bukanlah hebat sangat walaupun aku dengan bangganya boleh mendabik dada yang UAT aku sudah 100% lepas.Yang geng jahat suka menuduh itu baru < 30% siap dan paling penting belum mereka UAT pun lagi.

Agenda paling menarik,ketika aku susah payah mencari apa salah aku(baca:tak jumpa pun sebenarnya) tiba-tiba apabila disuruh geng jahat mensimulasikan teorinya, geng jahat kata tak boleh nak simulasi pula.Tak ke aku berangin satu badan.Memang buang masa aku.Memang aku telah termencarut.Memang kalau aku disiram ais ketika itu,memang sah akan berkepul-kepul naik asapnya.

Yang aku musykilkan sejak awal lagi ialah campur tangan CEO dalam isu mikro yang bagi aku sepatutnya boleh di bawa berbincang di peringkat bawahan.Hello...salah letak ip pun nak kena panggil CEO ke?Tergempar pula namanya itu.Yang aku musykilkan juga ialah kenapalah CEO percaya sangat kat geng jahat itu.Begitu hebatkah dia sampai tak boleh berkomunikasi sehala dengan kami yang muda remaja ini?Hina sangat ke kami? Tolonglah...mamat itu suruh cari *.dll pun tak jumpa dalam komputer dia (baca:aku cari dan jumpa pakai Windows Explorer). Ibarat satu kapal.Kalau nakhodanya tidak percayakan anak-anak kapalnya, apalah agaknya akan jadi dengan kapal tersebut?Tenggelam timbulkah kapal itu atau tak tentu arah melawan arus rupanya?

Namun,soal kepercayaan itu tidaklah aku ambil pusing sangat.Itu terpulanglah ikut suka hati masing-masing.Yang paling aku takut satu hari nanti ialah(seperti yang telah berlaku dalam satu mesyuarat) apa hal tak pasal-pasal Apai(memang nama samaran sebenar) yang telah berhenti pula dapat nama atas apa yang telah aku buat.

Ooops!Terlebih emosilah pula.

Sigh!

Beginilah nasib seorang engineer.Memang penuh dengan tragedi.

Friday, September 07, 2007

Tengok Bunga Api

Bunga api punya pasal,hujan pun sanggup diredah.








Banyak betul kereta atas jalan.









Tangan ketar ambil gambar. Memang tak mengharapkan pun gambar jadi cantik sebab bunga api itu jauh nun jauh kat sana.






Inilah hasilnya yang termampu. Dah tengok dari jauh nak buat macam manakan.







*Yang ini versi dekat sikit.Tak ingat negara mana punya show.








Sesak nak balik.









Nota:* gambar diambil bukan pada hari yang sama.

Wednesday, September 05, 2007

Floria::Day

Letih gila.Dari Ikea terus menerus ke Putrajaya.








Pokok daun hijau yang berjurai itu menawan hati.








Hari terakhir,bunga pun dah tak cantik.








Gerai orkid lagi.Beli anak Cymbidium warna kuning oren walaupun tak pasti sudah ada atau tidak kat rumah.






Nampak bodoh sahaja orkid ini tapi harganya cekik darah betul. RM100 sepasu.







Seniman jalanan.









Tak ada lagi Spathoglottis warna yang ini.








Vanda.









Macam-macam pokok pelik di sini.









Funny name.









Au revoir,Floria Putrajaya.

Tuesday, September 04, 2007

Floria::Night

Gerai jual orkid.Tak menarik sangat pun ikut standard aku.








Namun,kalau itu perempuan datang(baca:mak aku)haruslah beratus ringgit boleh habis kat sini.






Konon-kononnya ambil gambar bunga-bungaan di waktu malam.








Jambatan Seri Wawasan.Kalau ada awek nanti,haruslah aku bawa dia bercengkarama di sana,di bawah sinaran lembut rembulan. Cewah!





Bunga ros dalam tempayan.









My all-time favourite flower.









I like very much this paintings.









Gubahan bunga.









Err...ada awek cun.









Yang ini pun cun dan seksi juga. Tutup pakai bunga sahaja.








Err! Lariiiiiii.

Monday, September 03, 2007

Hari-Hari Terakhir Seorang Scholar Telekom



50 tahun memang satu jangka masa yang hebat.Macam-macam boleh dicapai.Begitu juga dengan 8 tahun walaupun pencapaian yang ada amat singkat untuk dibandingkan.

8 tahun di sana bermakna sudah 8 tahun aku melangkah keluar dari MMU sana.Bukan calang-calang keluar tapi keluar dari kumpulan yang sulung sekali dari perut MMU.

Merdeka kali ini maknanya sudah dekatlah bagi aku hari-hari yang dinanti.Hari-hari terakhir sebagai seorang scholar Telekom. Walaupun secara faktanya di atas kertas perjanjian itu telah tidak boleh diguna pakai namun sebagai menghormati amanat si penjamin nombor dua,aku masih lagi gagah di sini menabur bakti walaupun pernah ada cubaan untuk membebaskan diri untuk jadi lebih kaya raya seperti rakan-rakan seperjuanganku.Sekarang,beban yang digalas sudah tiada dan pemboleh ubahnya aku bukan lagi kacang yang lupakan kulit.Yeah!Merdeka!

Saya sayang Telekom Malaysia.Saya suka Telekom Malaysia.Saya cinta Telekom Malaysia.

Terima kasih Telekom Malaysia.

Sunday, September 02, 2007

MMU 8th Convocation

Congratulation all the juniors!









Programme book.I really like its cover(a textured paper) and the bee(MMU mascot) is kinda cute too.






Saidina besar ini tiap-tiap tahun ada tapi aku tengok tak ada orang main pun.







Kuda.









Nak try memanjat tapi seganlah pula.








Menunggu Tun Siti Hasmah.Lama gila tak sampai-sampai,jadi aku pun fed-up dan blah.







Mmm...sports stadium in the making.

Saturday, September 01, 2007

Buah Cempedak




Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Ya.Hari ini topik kita ialah mengenai buah cempedak.Buah cempedak atau nama saintifiknya, artocarpus champeden memang sedap dimakan. Baik yang versi goreng atau pun mentah.

Balik kampung hari itu masa merayau singgah di kebun,sinus aku terbau wangi cempedak tetapi malangnya tidak diketahuilah buah yang mana satu sudah masak.Kemudiannya,kasihan mungkin tengok anaknya terhidu-hidu bak anjing pengesan,ayah pun ajarlah cara-cara nak mengesan buah yang mana satu sudah masak atau yang sudah boleh dipetik(tetapi kena diperam beberapa hari sebelum boleh makan)berdasarkan keadaan kulitnya.Aduh!Dah gosok-gosok mata pun gagal nak mengesan yang mana satu.Sama sahaja aku lihat ketegangan kulitnya. Memanglah aku pekebun yang gagal.Tapi seronok gila dapat makan cempedak mentah walaupun gatal badan berumpankan nyamuk hutan.

Oleh sebab nafsu tak puas makan sebab yang masak itu kecil sahaja buahnya dan yang besar buahnya itu kena peram pula,aku ajak mak singgah kat gerai buah tepi jalan dekat masa nak balik rumah.Mahal gila cempedak sekilo RM8.Hai...apalah nak jadi dengan aku.Ada kebun,ada cempedak tapi masih membeli-belah buah kat tepi jalan.Terlalu KL sungguh gayanya.

Yang jadi kisahnya,bila aku sampai KL aku jadi tak puas hati dengan cempedak beli tadi. Dammitlah!Tak masak lagi(dah peram 2 minggu pun tak masak lagi).Terus mak kena telefon dengan aku dan terusan juga khabarnya abang jual buah itu kena ayat-ayat berapi dengan mak.

Nak mengubat kekecewaan,aku pun belilah cempedak kat pasar malam Putrajaya.OKlah walaupun macam sedikit sahaja isinya.Pergi pasar malam dekat rumah aku di sini,baru puas hati sampai tahap tak habis makan.Letak dalam peti sejuk dan argg!!!Habis semua susu,chipsmore, keju,coke,roti,epal dan mee goreng???(ya tuhan,tak tahu stok bila) berbau cempedak.

Makan buah-buahan tempatan memang sedap.Cuma proses membelinya agak rumit sedikit dari buah-buah import kita kerana kena lebihkan masa sedikit belajar memilih.Banyak undang-undang yang kena didalami.Maklumlah,tak boleh nampak isi yang terselindung di sebalik keayuan kulit luarnya.Kalau tak berhati-hati,buat habis duit sahaja membeli.

Mmm...ini baru kes pilih cempedak.Kalau dah peram berminggu-minggu masih tak boleh makan boleh dibakul sampahkan.

Kalau kes salah pilih isteri macam mana pula?

Memang mengerikan.

Tapi perempuan boleh disamakan macam cempedak ke?