Monday, December 31, 2007

Saman Malu

Macam mana nak buat saman malu?Apa langkah pertama yang patut dilakukan?

Aku memang nak saman orang sekarang.Nama dia Ashraf(memang nama sebenar).Sebabnya, dialah yang buat aku rasa aku telah dimalukan.

Mula-mula nama aku tak ada dalam senarai pun.OK.Jangan bulatkan mata lagi.Itu memang perkara biasa.Itu bukan sesuatu yang pelik pun. Di atas atau di bawah,orang memang tak pun nampak aku.Tapi hari itu entah macam mana dalam email aku diberitakan yang nama aku tiba-tiba melonjak ke senarai papan pertama.Senarai untuk pergi berlatih menghantar binari 7 signal di Singapura.

Dalam senarai pertama ataupun tidak,itu masih lagi perkara biasa. Hakikatnya,aku memang selalu jadi pemain gantian.Jadi mangsa keadaan.Aku tak mau begitu tapi sememangnya ku selalu bernasib begitu.Sebenarnya tidak ada sekelumit pun perasaan bangga dapat ke negara seberang selat Tebrau sana.Yang banyak mungkin rasa hendak berpoya-poya.Maklumlah teman kita di pulau sana sedang dalam Jualan Christmas.Lagipun duit aku pun tengah dalam musim yang agak banyak.

Macam biasa aku tak ke depan pun.Semua Ashraf yang buat.Aku sungguh sibuk mengejar UAT. Lagipun aku malas nak beria sebab aku tahu aku juga yang akan kecewa nanti. Logiknya,kalau aku nak pergi naik Gunung Mulu yang sekangkang kera,yang sudah war-warkan awal-awal lagi,yang sudah pun di bayar tiket kapal terbangnya dan yang macam-macam persediaan mental dan fizikal lagi pun CEO boleh batalkan nama aku sehingga tahap sanggup nak bayar ganti rugi(yang tak setimpal langsung),inikan pula aku kena pergi Singapura.Hai,itu sungguhlah mengerutkan dahi aku.Puas aku buat logiknya,namun aku tak jumpa.Apa yang aku dapat ialah aku tahu ini semua hanyalah kisah gula-gula manis yang akhirnya bikin aku sakit gigi dan hati sahaja.

Ya.Ternyata tekaan aku amat tepat sekali.Mereka semua telah berjaya buat aku sakit hati. Setelah panjang berjela email bertukar antara Singapura-Cyberjaya, latihan itu dibatalkan dengan jayanya.Kakak HR yang memang glamour dengan kadar kelembapannya yang terlampau tinggi itu telah gagal dengan cemerlangnya sekali lagi dalam tugasannya yang memang buat aku rasa aku nak ganti dia jadi HR sahaja.Apa taknya aku bengang.Hari tarikh tutup baru terhegeh-hegeh nak bayar. Lepas itu entah macam mana boleh gagal pula.Hai, kalaulah dia dekat dengan aku hari itu, pastilah roboh meja dia dikaratekan aku.Ya.Dia pun patut kena disaman malukan sekali.CEO pun masuk sekali.Ashraf sudah tentu. Sebab dialah nama aku tiba-tiba masuk dalam senarai.

Aku malu OK.Semua kenduri dah buat.Semua orang kampung dah tahu aku nak pergi Singapura,alih-alih tak jadi pula?

Mana aku nak sorokkan muka aku ini?

OK.Sekarang anda boleh bulatkan mata.

Sunday, December 30, 2007

The Domino Teory



It's middle of the morning.I'm in the middle of unformal discussion. Then,in the middle of it,I blurt out this idea.

I said.I want to quit a.k.a resigned.

Then,came a response.I certainly didn't expect that but my teacher humbly sounded reply quite put my feet firmly back on the ground.I certainly look high upon him.

He said.If I go,he will follow.As simple as that.

Reality check,mmm...that couldn't be simple.We are talking about big big money and vast knowledge of experience here. Those who know in and out about my teacher I think they will agree with me.He is kind a backbone here and if you question me,my part here just humbly to complement him.

Some hours later,during meals time,I throw a question openly to others. Something about my teacher and a word resign.

Then,came a response.Followed by a lot of response.I certainly didn't suprised at all.All the team came together to say they will go if he go.

Err... what if it's only me then that go?

Wait.If I go,my teacher will follow.If my teacher go,then the rest of the team will follow.

Wow!Can you see that?That is a big equation up there.If history does have a tendency to repeat itself, then I'm really scare that I will be the one that will be blamed if I trigger the whole motion. It's maybe a slow and small act in size but in the end it can be really really big in motion.If we learnt from history then what will I trigger has happen in the past and I'm most assurely can say that what happen in the past will happen in the future too.Sadly,we like to close one eye to history.

Then,I wonder.Shouldn't we only realize that we will die only when we are dying?Isn't that too late.Isn't we taught that prevention is better than cure.Sadly,we like to close one eye to that too.

So,what it's that I'm unhappy about?

Sigh!

Don't be scared yet.This is just an idea.

Saturday, December 29, 2007

BM DAN BI

Aku :Ada tak peribahasa Inggeris yang sama makna dengan 'hanya jauhari mengenal manikam'?
Cikgu :Macam ada.Sekejap.Aku tak boleh berfikir serta merta.
Aku :OK.Take your time,man.

5 minit kemudian.

Aku :Weh!Penyumbangleweng dalam Bahasa Inggeris apa dia?
Cikgu :Kau ni kenapa?Sekejap BM.Sekejap BI.
Aku :Adalah.Aku kan kadang-kadang fikir dalam BM.Kadang-kadang dalam BI.
Cikgu :Tapikan.Apa kena mengenanya jauhari dengan benda yang aku suruh kau buat?
Aku :Oops!Ampunkan patek tuanku.Patek main-main sahaja.

Urut dada perlahan-lahan.Nasib baik tak kantoi.

Err...ke aku dah kantoi pun sebenarnya?

Friday, December 28, 2007

Lelaki Melayu Ketiga Terakhir

Yang misteri pergi,yang baru datang berganti.

Budak MMU.Pemegang biasiswa Telekom Malaysia.Orang Melaka.

Baik gila budaknya.Sepanjang perjalanan kareer aku,inilah lelaki Melayu paling sopan santun pernah aku jumpa.Dulu aku ingat akulah lelaki yang sebegitu tapi kini aku akui aku telah silap.Dia lagi hebat.Aku sudah jatuh ke tangga ketiga lelaki Melayu terakhir.Bukan yang kedua lagi.

Datang dan pergi pejabat dia akan salam dengan semua orang lelaki.Itu memang hebat.Itu memang satu benda yang nampak mudah tapi boleh jadi amat susah nak dibuat.Contoh paling dekat ialah ketika di masjid.Kalau diperhatikan,apalah salahnya kalau dihulurkan tangan menyalam orang kiri dan kanan selepas solat sunat atau wajib.Tanda kita satu jemaah.Tapi bagi sesetengah kita,itu amatlah susah untuk dibuat.Entahkan lupa,entahkan segan atau sememangnya hati itu amat bongkak.Aku tak pasti tentang itu.Yang aku pasti,budak baru masuk ini sememangnya telah membawa satu nafas baru di sini. Memikirkan yang dia hasil produk MMU dengan perangai yang sebegitu,aku fikir itu memang hebat.

Walaupun tindakan bersalam dia pada mulanya agak jangal bagi aku dan orang lain juga malah boleh bikin aku yang sengal ini tersenyum-senyum sampai ketawa,tapi hakikatnya memang kami tak pernah ada pekerja yang sebegitu.Dia memang jenis yang baik gila.Kak guard pun disapanya kala balik dari pejabat.Kalau akulah,hai apa barang aku nak tegur kak guard.Tak ada maknanya. Atas sebab itu dan sebab-sebab lain juga,aku memang suka dia.Sudahlah top 100 pelajar terpandai Malaysia(pemegang biasiswa Telekom Malaysia memang bijak-bijak belaka), dia juga jenis lelaki yang bersolat. Hai, nasib baiklah adik perempuan aku semuanya sudah berpunya.

COP!COP!Sekejap!

Aku pun budak MMU.Aku pun pemegang biasiswa Telekom Malaysia.Aku juga orang Melaka.

Sah!Tak syak lagi.Orang lelaki Melaka memang berada di satu tahap kualiti yang tersendiri.

Cop.Itu siapa yang tersengeh-sengeh kat sana?Tak baik tau.Mengata akulah itu?

Weh!Aku baik apa!Inilah yang buat aku nak marah.

Oops.Lupa.Tarik balik nak marah.

Lelaki Melayu ketiga terakhir!
Lelaki Melayu ketiga terakhir!
Lelaki Melayu ketiga terakhir!
Lelaki Melayu ketiga terakhir!

Thursday, December 27, 2007

Cerita Cinta Seram

Di sini saya ada seorang kawan.Dia duduk sebaris dengan saya.Dia ialah seorang perempuan yang dulunya telah lama menghilangkan diri.Awal tahun ini dia telah kembali.

Sejak dia kembali,hidup bekerja saya semacam dihantui ketakutan. Dulu,hidup saya aman sentosa sahaja.Tak takut hantu pun.Kerja sampai tengah malam pun tak meremangkan bulu roma.Tapi,kehadiran dia telah merubah segala.Pukul 10.30 pagi pun bulu roma saya boleh naik sendiri.

Apa tidaknya.Bila saya terpandang ke arah kanan saya,saya mesti trauma.Dia mesti tengah tengok saya.OK.Saya tahulah saya bujang terlajak yang paling terhangat di Cyberjaya ini tapi tak payahlah tengok saya dengan renungan yang satu macam itu.Saya takut.Pandangan dia itu tak sama langsung dengan renungan awek-awek yang biasanya kantoi tengah tengok saya atau teman-teman lelaki saya.Pandangan dia itu bukanlah dalam kategori pandangan bernafsu atau menggoda tetapi lebih kepada pandangan macam ada berhantu.Ala-ala misteri nusantara begitu. Tambah menakutkan, kadang-kadang saya lihat dia tersenyum-senyum sendiri.OK. Tersenyum-senyum sendiri bak orang gila memang pemandangan biasa di sini.

TETAPI!

Apakah maknanya kalau asyik tersenyum-senyum sendiri di tepi tingkap atau ketika dia mengadap PC kosong yang tiada aplikasi apa-apa. Mungkin sukar untuk difahamkan di sini tetapi senyuman dia itu bukan senyuman yang biasa-biasa.Saya kenal sangat-sangat akan dia.Dia seMMU dengan saya.Yang senyum itu semacam bukan dia.

Sejarahnya,dulu kawan saya ini baik-baik normal sahaja.Tapi sejak dia dirasuk,dia telah bertukar menjadi kawan yang menakutkan saya.Saya memang rasa bersalah tapi nak buat macam manakan.Saya memang takut.Suaminya ada berpesan supaya buat-buat biasa sahaja agar dia kembali sihat seperti sedia kala namun saya akui saya memang gagal.Saya ingin mengaku yang saya walaupun seorang peminat cerita seram adalah seorang yang penakut.

Kini,dia telah dipindahkan jauh ke ibu pejabat.Saya kini sudah tidak takut lagi namun jauh di lubuk hati saya rasa bersalah. Sebagai kawan,peranan saya memang layak dapat B+ sahaja.Saya tahu diri dia yang sebenar semacam sedang berlawan dengan apa saja nama unsur misteri itu namun saya kesal kerana saya tidak tahu bagaimana mahu menolongnya.

Kini,dia telah dekat dengan Mina Mahanie,seorang novelis yang sedang meningkat naik mencipta nama.Mungkin itu idea yang paling baik dari pihak pengurusan setakat ini.

Mana tahukan.Mungkin lepas ini kita akan ada cerita cinta cinta seram pula.

Sama-sama kita nantikan.

Nota::Saya memang kagum gila dengan suami kawan saya itu kerana ketabahannya.Memang tak semua lelaki boleh begitu bertahun-tahun lama.Kawan saya itu ada bercerita tentang bakal suaminya suatu ketika dulu dan kini yakinlah saya yang pilihan dia itu memang tepat.

Tuesday, December 25, 2007

End Of Story

This is a story of an answer.To the question that keep buzzing me wherever I go.From the friends and foes that circling around me.

For starter,I wonder why I get asked.I'm seriously amused by the question.OK.I lied.I maybe know why.I know that I'm the most eligible bachelor here and I can agreed to say that she is attractive nonchalantly on certain days(term and condition apply) but common,give me a break here.She is just a colleague and literally can be my team mate.

To the question,no.No,no,no.I'm not dating her or any other word and action near to that.Period.

Let me paint a scenario.Suppose it's 4.30 PM.Then,I give her an assignment and I want it by 5.30 PM.Completed in a perfect zero bug condition.Do you think she can do that?With that reputation perfectly crowned above her head?Suppose she can't.Then, what will happen?The answer is no rocket science.Of course I will be blazing in a big fire.Of course I will get mad and guess what will happen if I get upset.Yes!I don't talk.No talk mean it's bad for business.

OK.Let me paint a more way forward scenario.Let's say we are married. Do you think in a 30 minutes car-pool drive I will get cool?Hell,no.To the people that say that don't bring work problem to home,I think that kind a bullshit.At least to me.Are you thinking you are some kind of a robot?I know some people that can do that but certainly I want to be excused.It's very hard job to split that different but interconnected world and plus point,I'm a lousy actor.I cannot hide my thought like that some perfect husband I know.I straight-forwardly will say what I want to say.No matter what and when.

So,this is it.I hope the answer it's there some where above.If not,no further question will be entertained.

But now.I have a different tone of question.Yet still from the ame people.

She is gone now.We are not colleague anymore.Has anything happen?

Duh!Do I have to say please repeat after me?Gone means gone.Period.

Next question,please.

End of story.

Monday, December 24, 2007

Dari Mata Turun Ke Hati

Hari itu aku belajar sesuatu.

Semasa aku tengah jalan-jalan cari makan di Cyberjaya yang indah ini,aku terjumpa dengan dia.Dia yang suatu masanya dulu pernah mencuri hati lelaki ini.Dia yang akhirnya memulangkan semula hati yang dicuri itu setelah koyak-rabak hati itu dibuatnya.Selama ini kami memang seakan mengelak untuk terserempak tapi hakikatnya Malaysia ini memang kecil.

Aku tengok dia.Dia tengok aku.Kami bertukar senyum dan tanpa sepatah kata dia segera beredar dari situ.Aku terkasima seketika. Betullah.Dia telah berubahlah.Mata aku memang tidak salah.

Dia yang dulunya buat aku kagum kerana dia cantik telah bertukar ke arah yang sebaliknya.Ke arah satu hala yang boleh buat aku tidak ternganga kagum lagi.OK.Aku tahu itu mungkin agak berlebihan tapi sememangnya dia telah berubah sedikit.Aku segera terfikirkan sesuatu. Apa yang telah terjadi sepeninggalan aku?

Aku segera mendapat jawapan.Ya.Kecantikan wanita itu tidak kekal. Kecantikan itu boleh berubah mengikut waktu dan aku sepatutnya belajar untuk tidak taksub dengan itu.Aku seharusnya tidak dibutakan dengan kecantikan yang sementara sifatnya. Ya.Itu mungkin kata yang agak berbunga-bunga.Bak rebana,sedap berbunyi di luar tetapi di dalam hanya kosong yang ada. Ironinya,ingatan tentang kecantikan wanita masih lagi penting untuk imaginasi seorang lelaki.Tanpanya,sesetengah lelaki tidak dapat berfungsi dengan sebaiknya.

Itu bukanlah sesuatu yang pelik.Bukankah lelaki itu visual sifatnya? Kalau tidak masakan pula orang tua berkata.

Bukankah dari mata turunnya ke hati?

Tapi mungkinkah juga dari hati,mata itu akhirnya sedar apa yang penting untuk dilihat pada diri seorang wanita.

Ya.Hari itu aku belajar sesuatu.

Aku jumpa nampak sesuatu.

Aku nampak Honda Civic 07 warna hitam tadi.

Cantik.

Aduh.Teruklah kalau macam ini.

Simptom dari mata turunnya ke hati itu sudah menjangkit sekali lagi.

Tapi aku yakin.Kali ini kalau ditakdirkan kami bersama,tiada siapa yang akan kecewa lagi nanti.

Sunday, December 23, 2007

SMSS Rugby::Piala Perdana Liga Ragbi Alumni 2007

Padang Utara,The field.









The sky.









The spectators.









The SMSS team.









The shirt.









The dedicated Mr.Yon.Thank You.









The action with SDAR Lions Rugby Club.








The cute boys playing football. Seriously, they played so cute.And funny too.







The man in skirt?









The finale.









Note:SMSS Old Boys (20)-(16) SDAR Lions Rugby Club.

Saturday, December 22, 2007

I Love Hate Batik


Please judge the book by its' cover.

It's undeniable.Being a YB wannabe,I love batik.Eventhough my love for batik is not at the very much level,batik shirt for me is some what that I called formal mix with casual attire.I will never get bored wearing it.If I want,I can wear batik everyday.Well,in the tucked in shirt workplace, wearing batik is the safe way to bend the rules without raising the eyebrows of the bosses.Not that I have issues with tucked in shirt but just without one I feel much comfortable.

However,just as fairytales don't always have a happy ending,my relationship with batik came with a price.Not every batik can make me happy.Seriously,I always have this kind of size problem with batik.For the man with the mannequin like size,it's always hard to find one batik that fit extremely right with me.I wonder why batik always came in L,XL and XXL sizes.Even if there is a S size,that equate to L for me.

Yeah!As proven by my observation at KLIB,it's not a rocket science to know that batik is a hit buy for 40+ old man which of course come with free wider spare tyre around their bell and a much ticker wallet too as batik is not cheap.But still,that don't justified the need not to focus on the new generation size like me.That is quite a big market to be tapped if batik is marketed creatively.

Being outspoken,I voiced my concern to the batik-er.But all my concern just fall into a deaf ear I guess. It's very much like a déjà vu I think.Did I talk to the wrong people or is it just that the who who in the batik industry still trapped into the thinking that Malaysian man nowadays is still relatively big in size?Oh!Common.Give me a break.Please.Just open the eyes and look around. As a matter of fact,all the fashionable men are shrinking in size.For the not,they are still not that obese right?

My two cent is that,batik should be lovable by every people.Not just for the L and above size.Not just for the one with a thicker wallet.

It's shouldn't be undeniable.Batik is our treasure for everyone to enjoy.

p/s:Please do something about the fabric choice.Silk maybe look good on batik but not everyone like it as silk tend to stick into the skin when perspired.

Friday, December 21, 2007

KLIB 2007

Batik shop at Berjaya Times Square.








The logo.









Piala Sri Endon showcase.









Judging by this very original space picture, now I understand why some girl are so over the moon with our first Angkasawan.I have to agree that if he is that handsome outter space,I wonder how he looks like to be on Earth.







I like this batik painting.Damn!This piece is actually older than me.








Nice handbag.









The batik soft furnishing display.









Another batik shop.This one is inside KLCC. Quite impressive collection here especially from Indonesian booth.






Chanting batik booth for children at KLCC outdoor.

Thursday, December 20, 2007

Pujian::Bahagian 2

2 malam selepas itu aku dapat SMS.Dari kawan yang dikenalkan oleh seorang rakan.Dia,kawan aku yang jauh nun di seberang banjaran Titiwangsa sana. Juga,dia yang hanya kawan virtual aku kerana selama ini memang tidak pernahlah aku bertemu muka secara fizikal mahupun melihat sekeping gambarnya apatah lagi hendak mendengar suara keluh kesahnya tentang kehidupannya di sana. Hubungan kami hanya di alam SMS sahaja. Itupun jika ada cerita banjir melanda negara.Namun malam itu SMSnya agak berlainan topiknya.SMSnya buat aku terasa vain sahaja.

Dia:semalam u ada reunion kan?
Aku:Yup.Mana awak tahu?
Dia:Adalah member bg tau.dia pun pg.
Aku:La..apsal kawan awak tak say hi kat saya?Dia batch berapa dan siapa nama dia?
Dia:Dia ada bercakap dengan awak.sy x tahu lah dia batch berapa?dia ada cerita kat saya awak mcm mana..
Aku:Hahaha!Kantoi.Err...ada dia cakap saya handsome tak?
Dia:Ada dia ckp awak handsome,kulit cerah,kurus,peramah.
Aku:Hahaha!

Terus aku kemudiannya lari pergi cari cermin.Nak tengok handsome sangat ke aku?Betul ke aku cerah?Nak periksa sahih ke aku nampak kurus?

Argh!Mana ada cerah.Gelap gelita adalah.

TETAPI.

Kalau aku putih,korang rasa aku jambu tak?

Sengal.

Nota:Baik kau kata aku jambu.

Wednesday, December 19, 2007

Pujian::Bahagian 1

Malam itu kami berjumpa lagi.Sejak keluar sekolah sudah lama rasanya kami tidak berjumpa.Lebih sedekad lebih lamanya.Salam dihulur dan khabar bertukar.Kalau aku sudah bertukar menjadi hanya seorang tukang taip yang hina di Cyberjaya sini,dia sudah berjaya jadi seorang peguam yang sedang mencipta nama di Ampang sana.

Saqti :Man!Kau memang tak berubahlah.
Aku :What?
Saqti :Dari sekolah sampai sekarang kau masih maintain.Tak kurus.Tak gemok.
Aku :
Saqti :Dah kahwin?
Aku :Belumlah.Ada gaya orang dah kahwin ke?

Cop.Betul ke aku tak berubah?Aku tahulah gelak mengilai ala pontianak aku masih sama tapi bukan aku dah gemok ke?Dah tak saiz mannequin lagi.Bukan dada aku dah semakin bidang ke?Dah semakin 'V'.

OK.OK.Aku tahu dia kawan aku dan sedekad lebih lamanya kami tidak berjumpa.

Namun,boleh ke percaya cakap peguam?

Kalau cakap jurutera aku percayalah.Sebab cakap jurutera hanya ada 1 atau 0 sahaja.YES atau NO sahaja.

Tiada apa-apa tersorok di antara itu.

Macam mana aku tahu?

Mmm...aku kan jurutera!

Tuesday, December 18, 2007

SMSS Reunion 2007::Corat-Coret

  • Aku sesat gila nak ke Sime Darby Convention Center.Tersalah masuk lorong dengan yakin agaknya tadi.Sesat barat sampai ke Jalan Setia X di Damansara sana.Pusing sana sini pun aku masih lagi sesat.Telefon kawan sampai nak habis bateri pun aku masih tak jumpa arah jalan. Putus asa dan kemudian buat keputusan patah balik ke KL sahaja. Lupa diri yang tiket-tiket kawan ada di tangan.Voila!Dalam perjalanan balik, barulah jumpa flyover ke sana.Poyolah!Mungkin ini berkat doa aku yang panik sebab belum Maghrib lagi.Alhamdulillah.Sempat aku Maghrib di sana.


  • Bila dikerumuni kawan-kawan,tak sempat bernafas lagi aku sudah kena raba dengan isteri-isteri mereka.Main cari-cari butang baju aku.Whatever.Aku hanya pasrah tidak melawan membenarkan diri dicabul sebegitu.Aku tengah sibuk mengutip duit dan menghulurkan tiket.Nasib baiklah yang meraba itu mak-mak orang.Kalau anak dara tadi, haruslah ada yang menjerit telah kena pegang.


  • Terima kasih Pojik.Buat pertama kali dalam sejarah,batch kita dapat penuh 1 meja. Tak sia-sia usaha kau memaksa budak batch kita datang. Aku memang tidak ada karisma langsung nak memaksa orang. Aku memang tengah dalam musim sibuk gila bekerja. Setakat jadi budak tukang jual tiket bolehlah.Terima kasih sekali Pojik(dan mungkin juga Remi dan Shenard).2009 kita jumpa lagi.


  • Aku rasa aku orang nak komen pasal makanan malam versi Cina itu yang macam tak banyak dan agak cekik darah.Namun,mungkin sebab dia takut aku naik darah,orang itu hanya cakap kat orang lain sahaja. Hello!Aku mana ada garangkan?.Cop.Bukankah aku dulu seorang pengawas yang amat sopan dan santun.Cakap pun lemah lembut sahaja.Tak ada maknanya nak cakap belakang-belakang aku.Macamlah aku tak tahu.Ingat!Kat sekolah dulu,aku kan pengawas.


  • Majlis Reunion biasanya tak lengkap kalau aku tak jumpa Cikgu Rozita,cikgu seksi saya.Poyo sungguhlah!Aku boleh jadi blur ditegur Cikgu Rozita malam itu.Terkasima seketika.Mmm...mungkin sebab dia sudah pakai tudung kot.Namun aku bangga gila sebab dia masih ingat nama aku.Haruslah ada yang membenci aku malam itu.Ahaks!Jangan jeles ya bro.


  • Macam biasa,aku skodeng jugalah kalau ada awek-awek yang cun. Namun,batch junior tak ramai yang datang(sorry,aku tak layan sangat awek-awek yang =>umur dengan aku).Kalau ada pun,budak-budak rugby sahaja.Mata pun tak sempat nak melilau sana-sini sangat sebab sibuk berbual.Paling best,malam itu aku dapat jumpa batch ketua dorm masa aku Form 1.Mmm...apa benda yang best sangat itu agaknya?Hahaha!


  • Ini majlis reunion dinner yang paling cepat masa aku rasa berjalan. Tak tahulah sebab apa.Suasana macam boring tapi sedar-sedar dah jam 1 pagi.Bersemangat sungguh rasanya berbual kot.Isninnya terus keluar email jejak kasih SMSS versi TM pula.Pergh!Ramai gila.
  • Monday, December 17, 2007

    SMSS Reunion 2007::Pictogram

    SMSS Reunion Dinner,1 December 2007.











    The meeting area.









    The souvenier shop.









    The guests.









    The hall.









    The itenaries for the night,.









    The menu.









    The opening act by Faizal Tahir which happen to be the senior Izham Omar's Monkey Bone's artist.






    The internal band.The guys were quite fun.








    The Chinese themed food.









    The performance by Ramli Sharip.









    The end.









    Goodbye Sime Darby Convention Center.

    Saturday, December 15, 2007

    Dial Your Birth Number::Crap But Fun

    *Republish from entry 6 Feb 2007.

  • Marriage partner

  • You are spontaneously attracted towards person born between 21 September/20 November and 21 January/20 March.You also have affinity for person born on the following dates(of any month):2,5,6,11, 14,15,20,22,24 and 29.Therefore it would be advisable to select yor marriage partner from the aforementioned periods or dates so as to lead a happy married life.
    Whatever.


  • Your characteristic as a husband

  • 1-Your home holds the greatest attraction for you and you spontaneusly enjoy the company of your children.
    Adakah ini bermakna aku tidak lagi berpoya-poya ke MidValley/1-Utama nanti lepas waktu kerja?Terus balik rumah gitu?Pergh... jiwa kacau juga memikirkannya.

    2-Sometimes,you are overpowered by your lethargy.
    Betul.Mmm...adakah aku kena makan tongkat ali nanti?Lupa pula.Aku ada mas cotek.

    3-You are endowed with good heath and enjoy married life.
    InsyaAllah.

    4-You expect your wife to be neat and clean and like to see her well dressed.
    What do you expect?Tengoklah aku macam mana.

    5-You are highly emotional and your fantasies are more real to you than the realities of life.
    What kind of fantasies are you talking about here?

    6-You experience dificulties in facing the realities of life.
    Betul.It's so hard for me to forget my past.

    7-You are inclined to marry a rich woman.
    Hahaha.Tahu tak apa.Yang tak kaya jangan kecewa OK.Lipat gandakan usaha saudari.

    8-You expect your wife to fulfil your requirement and needs automatically.
    Ampun tuanku.Sembah patek harap diampun.Nak buat macam manakan. Dari kecil dah jadi raja. "Itu apa yang tersenyum baca blog ni.Pergi buat kerja sekarang!".

    9-In order to avoid marital discord,it's necessary for you to develop a more practical outook towards life.
    I will try.

    10-Your house attracts many visitors and you discuss various subjects with them with authority.
    Rumah aku jadi 'port'?Wow!

    11-Even though you like to maintain a clean and tidy house,you are careless about your own clothes and your room is invariably in a mess.
    Apa???[Buat-buat terperanjatlah kononnya padahal memang betul pun]. Rugi siapa dapat aku. Patutlah aku selalu hilang baju.

    Note:Snippets from the book,Dial Your Birth Number.

    Friday, December 14, 2007

    Mandi Bunga::Part 2


    Orkid murah tapi ramah berbunga.

    Mandi bunga syaratnya perlukan 7 jenis bunga.Sebaik-baiknya bunga yang wangi.Mak memang baik.Pagi-pagi lagi sudah berkeliling rumah memetik bunga-bunga di taman untuk upacara mandi bunga.Ros kata mak dah macam nenek kebayan dalam cerita dongeng kanak-kanak. Aku mengekel ketawa setuju.

    A :Abang tak mandi bunga?
    Aku :Eee...tak mahulah.Buat apa!
    B :Bagi wangi sikit.
    Aku :Kalau nak mandi bunga,aku tak mainlah bunga-bunga macam ini.
    B :Cis.Menyesal tanya.
    Aku :Kalau nak mandi bunga,aku nak pakai bunga orkid.Jenis yang wangi.Mak!!!Boleh tak?
    Mak :Jangan nak mengada-ngada.Bunga aku baru nak hidup.

    Itulah mak aku.Lebih sayangkan orkid dari anak dia.Macamlah orkid boleh beri dia cucu.

    Kalau macam itu,nampaknya tak payahlah aku mandi bunga.

    Thursday, December 13, 2007

    Mandi Bunga::Part 1

    This is ironic.

    I have a mandi bunga session.But wait.No,no.That is not for me.

    Ina brought home two of her girlfriends.I didn't know the whole plan before hand but when I did,I can't keep smiling. Seriously.Aha!The girls were coming for mandi bunga.With one of the elder in my kampung.

    The first plan A was to put the guest at that nenek's mandi bunga house but then, that seemed to look like a very perfect plan,smashed.That nenek's boys were coming home. But hey!That happen the same too at my house.Twin or not.Young or not so old. Married or single (ehem,that's me). All the boys were coming home too.So,the perfect plan B by the order of her majesty queen was to kick me from my comfortable room and surrendered Mid's room to the guest.Ya.That sound impecably perfect.To them but apparently not to me as I would just have to settle in the prayer room.Well,never mind.

    If mandi bunga is a football game,my part here is a mere spectator.Mak is the organizer.The stadium owner.That nenek is the referee and well,I really don't have to introduce the player and the photographer right?OK.Skip that spectator part as I were forbidden to see the whole ritual as mak said there are some sexy clothing scenes 18SX involved.Aha!Like I'm so that innocent.

    If you asked me,my initial thought about mandi bunga is not very constructive.Crap.Mmm...is it that real?Is it fun?Is it work?OK.I admit I'm slightly skeptical about mandi bunga.That is before and it's still corret for now.

    On the second thought,I think that girls nonchalantly really deserved my hat off.For their effort.For their determination to find a man.To find jodoh. To find happiness.

    I asked myself.What have I done for that?

    Then.This mandi bunga become seriously ironic.

    Wednesday, December 12, 2007

    Rendang Perak Punya Cerita

    ::Orang Perak,aku minta maaf.Kalau ada yang tersinggung.

    Raya Puasa yang lepas,buat kali pertama Ida beraya dengan mertua. Nun jauh di Perak sana. Bila berjumpa, aku mulalah gatal mulut bertanya. Maklumlah, sudah lama kami tidak bersua muka. Tambah-tambah lagi tugasan dia mempertahankan negara menyukarkan dia bercuti sesuka hati dia.Tidak seperti seorang jurutera di Cyberjaya yang selalu amatlah merintis kemungkinan hendak bercuti sahaja.

    Best tak raya Perak?

    Soalan pembuka mencungkil rahsia.Jemaah bergossip sabar sahaja menunggu reaksi.Ida tersenyum sahaja.Eee...gemok gila aku lihat adik aku ini.Tambah-tambah lagi dengan perut bulan ada orang lelaki di dalamnya.

    Biasa sahaja.Tapi tak bestlah rendang orang Perak.Tak macam rendang Melaka.

    Kemudian,dari soal kenapa dia tak memasak sahaja sampailah ke persoalan apa masalahnya si rendang itu habis disingkap luar dan dalam. Hai.Aku tak tahulah apa faedahnya itu buat jemaah bergossip. Aku tukang catit minit mesyuarat sahaja.

    Namun,sebenarnya aku juga ada pengalaman tak sedap seperti Ida. Ketika ke rumah si Datin di Perak juga.Ya.Orang Perak boleh mula bengang dengan aku sekarang.Aduhai.Tak sedap langsung ikan masak kuah warna kuning dia.Sudahlah aku memang tak tahu hendak makan ikan air tawar,namun bila aku cuba pula,pengalamannya amat mentraumakan deria rasa aku. Ikan itu terasa seperti 'ikan'.Tak seperti ikan yang emak aku selalu masak. Kuat lagi rasa hanyirnya.Kurang asam dan limau agaknya.Di pendekkan cerita,aku hanya makan roti sahaja. Mmm...sedap juga roti Gardenia dari nasi kosong sahaja.

    Tengok.Berlagak gila ke tak berlagak aku?Itulah.Siapa suruh kau masak tak sedap kan.

    Cerita rendang dan ikan air tawar masak kuah warna kuning mungkin hanya kesilapan kecil resepi sahaja.Lain tempat lain deria rasanya dan minta maaf Perak,lidah Melaka aku gagal menyesuaikan diri.

    Ironinya.Letih sahaja aku buat cerita pasal rendang dan makanan.

    Malam itu mak tak masak pun.Mak kata dia nak pengsan.

    Tuesday, December 11, 2007

    Cry

    Have you by any chance ever been seeing a crying groom?I did.I don't know what he is so sad about getting married but it's so emotional.I want to cry too but then I stop.To cry in public is a big no no for me.Especially if there is woman.That what my father and the other alpha males tought me.However,I guess I can cry if it's an all-male event but for the fact,I hate to cry. OK.OK.I lied.I cry by watching Korean drama.Especially when the part that the loser heroes get dumped by the heroin for another man.Period.

    Clinically,crying is good for health.It's a sign of a normal inner health.As a case,babies cry when they are hungry,sick or simply when they want the devoted attention for unspecific reason because crying is their only medium of communication.We the adult,cry when we are sad and ... err,happy.Strangely there is a reported case that some women did cry at the height of their orgasm.Mmm...I wonder why.Aha!Terharu sangat ke kak?Did man cry too when he reach his climax?Well,I don't know.You answer me.I'm yet to experience what orgasm is all about.

    Nonchalantly,I want to confess what bother me about crying is its sound. Seriously,that sound is so annoying.I easily get irritated by a crying baby. Especially when I'm sleeping.Girl,please tick that if want to procreate with me.If any.

    In addition,it disguised me more the sound of a man crying.Well,even the sight of it cringed me. Too much testesterone in my blood I guess.

    For me,crying is a sign of weakness.Man by any condition should never cry in public. Period.

    For the groom,I'm yet to check his story why he is crying.

    Well,if I get married and somehow I cried after the akad nikah,please slap me.

    Monday, December 10, 2007

    Mereka Yang Bengang

    Ada pemberita beritahu aku.Satu cerita menarik semasa aku tiada. Semasa sessi makan-makan kuih di rumah pengantin.Pasal emak yang kena balik awal dari majlis hari jadi. Pasal Datuk dan rombongannya yang hendak datang rumah.Pasal emak yang kemudian telah naik angin dengan mereka.

    Datuk memang buat pelik hari itu.Biasanya kalau dia balik kampung,dia akan selesa tidur di hotel sahaja akan tetapi hari itu dia kata mahu tumpang tidur di rumah aku. Mak agak berat hati hendak menerima cadangan itu.Manalah tahukan kalau layanan tak semewah hotel berbintang-bintang.Manalah tahukan kalau lauk tak sesedap yang biasa mereka cernakan. Maklumlah,kami orang miskin sahaja.Namun,mak tiada hati hendak menolak.Lagipun tiada alasan yang kukuh boleh diberi kerana sememangnya banyak bilik kosong untuk mereka.

    Kemudian,masalah bermula.

    Bermula dari dapur sebenarnya.Mak telah bengang dengan Datin.Si penyampai berita pun bengang juga.Pasal Datin yang amat berat tulang hendak masak-memasak walhal anak-anaknya mengemut 8 orang. Masalahnya dia bukan ada aktiviti pun kerana ada orang gaji yang mengasuh anak-anaknya.Si Datin itu datang dapur hanya memeluk tubuh selama 1 minit sahaja dan kemudian hilang ke depan.OK.Itu bukan sesuatu yang baru.Datin sememangnya begitu sejak azali lagi.

    Mak tak bengang sangat pasal itu.Yang paling buat mak bengang ialah bila sudah siap memasak, letih lidah pula dia kena menyuruh si Datin itu hidangkan makanan buat anak-anaknya dan Datuk makan.Yang paling mak menyampah ialah Datin boleh buat muka bodoh sahaja.Malas hendak melayan,mak langsung melarikan diri ke aktiviti kewanitaannya dan meninggalkan si penyampai berita kebengangan di rumah.

    Kemudian,aku pula yang mendengar cerita itu jadi bengang.Apa kes pula aku ada dalam ini cerita kan?Apa pasal pula aku dapat amaran keras mak.

    "Abang kau kalau dapat isteri macam Datin,kau cakap dengan dia jangan balik rumah!".

    Argh!Tekanan.Aku kan suka balik kampung.

    Datuk!Tengok apa kau dah buat.Aku baru sahaja berangan nak cari isteri yang tak tahu memasak sebab aku nak jaga badan.

    Sekarang kan aku dah kena tukar cari isteri yang tahu memasak pula.

    Sekarang kan aku dah bengang.

    Aik?Tak jumpa lagi pun aku boleh bengang?

    Sunday, December 09, 2007

    Krisis Bawang Dan Halia::Bahagian 2

    Jam sekitar 12 malam.

    Satu mesin pengisar sudah meletup.Sudah pun diganti lain.Nasib baik ada kedai masih buka. Bawang ada sedulang lagi tetapi aku sudah tiada air mata hendak menangis.Datuk datang menjengah.

    "Tak masak sup?"

    Aku yang mengantuk segera membulatkan mata.Aku tahu itu soalan lazim dia.Namun dalam hati aku berkata.Banyaklah kau punya sup.Tak nampak ke ada krisis?Aku tadi di sini tak nampak pun Datin sama menyinsing lengan macam aku.Nasib baiklah penyokong aku telah hilang ke depan.Kalau tidak,pastilah ada monolog menarik tadi.Aku bukan tak boleh ambil bahagian.Cuma bila sudah berbau bawang,aku agak seganlah hendak ke depan pentas.

    Entahlah apa nak jadi dengan aku.Kalau ada majlis kenduri saudara-mara begini,aku boleh lupa siapa aku.Aku yang biasanya ego bertopikan seorang jurutera itu akan hilang sekejap entah ke mana.Terringan tulang menolong apa yang ada.Sampai kadang-kadang kena tegur dengan emak sebab aku sepatutnya tidak berbuat begitu.Apa tidaknya. Sudah berpakaian elok-elok,apa hal pula aku berlori-lori menolak kereta sorong memunggah batu kerikil ke halaman rumah pengantin sampai tangan hendak melecet. Aku amatlah rajin sebenarnya.Cuma,kelemahan aku ialah aku tidak biasa dengan kerja-kerja kasar sebegitu.Nak buat macam manakan.Telapak tangan aku amatlah lebih lembut dari telapak tangan si anak dara.

    Eee...menyampah.

    Cop.Siapa itu yang berani mengata aku?

    Nak kena cubit ke?

    Dengan jejari aku yang lembut ini.

    Saturday, December 08, 2007

    Krisis Bawang Dan Halia::Bahagian 1

    Jam sekitar 10 malam.

    Aku sedang menangis.Bukan.Bukan.Aku bukan menangis sebab ada orang mati.Tidak juga sebab ada kucing mati.Tidak juga sebab ditinggalkan perempuan sebab aku dah berjanji tidak akan menangis kerana perempuan lagi.

    Aku menangis sebab sedang menghiris bawang.Ya tuan-tuan dan puan-puan.Aku boleh menghiris bawang sebenarnya.Matilah kalau emak tahu pengakuan berani mati ini kerana haruslah aku akan disunat-sunatkan sekali lagi kerana apabila disuruh aku selalunya akan cakap aku tak tahu.

    Sebenarnya,bukan aku suka-suka terjebak dalam krisis menghiris bawang ini.Bukankah logiknya lebih baik kalau aku bergoyangan kaki membaca buku sahaja dari berbuat begitu.Akan tetapi,kisahnya di majlis kenduri kahwin di daerah orang kampung di dalam bandar ini,mereka mahukan segala mak nenek bawang merah,bawang kecil,bawang putih dan halia di kisar.Oleh kerana tak cukup anak dara,maka aku pun menyinsing lengan baju Melayu dan mula bekerja. Bukanlah segala bahan-bahan itu tidak di mayang namun hasil kerja mak cik-mak cik itu di waktu petang sebelumnya tadi amatlah menakutkan mata pengisar. Sudahlah pengisar ada satu sahaja.

    Pelik sungguh.Kalau diikutkan di kampung aku,setakat di mayang halus(bukan di mayang bapak besar macam mak cik-mak cik sessi petang itu)segala bahan-bahan asas memasak itu sudah mencukupi.Manalah logik hendak mengisar berkilo-kilo bawang dan halia itu kan? Tuan rumah pun satu.Takkan tak bersedia untuk krisis sebegini.

    Tengok.Kan aku dah menangis.

    Friday, December 07, 2007

    Pelamin

    Pak Abu kata.Kalau dia tak tengok baju,dia tak boleh buat pelamin.

    Aku pula kata.Aku kalau nak berkata-kata pasal pelamin,kalau aku tak tengok baju pun tak apa.

    Ketika itu,lelah masih lagi berkepuk di dada.Penat datang dari jauh. Berkawankan air sirap yang diambil sendiri,bontot dilabuhkan di ruang tamu.

    "Abang Man.Macam tak kenakan warna pelamin dengan warna dinding?

    Sapa sepupuku/adik pengantin yang sama taraf jahat mulutnya dengan aku.Belum panas bontot berlabuh aku sudah disoal.Aku hanya mampu mengangguk setuju.Bergetar rasa seronok di dada. Aku ada penyokong rupanya.Aku baru hendak membuka mulut tadi. Nampaknya tak payahlah aku jadi orang jahat hari ini.Namun,aku tak harus terkalahkan. Aku harus jadi jahat juga.

    "Kenapa pelamin macam pendek.Kalau dinaikkan kain tabir sikit kan cantik.Pengantin lelaki tinggi tak?Nanti kalau ambil gambar jadi tak cantik.Macam terpotong."

    Layan.Kan sudah gila panjang itu jawapan dalam soalan.Lengkap siap beralaskan kritikan. Namun,yang disoal tidak memberi jawapan.Sudah dipanggil ke belakang.

    "Tak apa.Tak apa.Mak cik dah banyak kali guna photographer ini.Dia tahulah nanti nak cantikkan gambar."

    Sampuk tiba-tiba seorang mak cik di sebelah aku yang juga aku rasa sedang melabuhkan bontot. Eee...sibuk sahaja.Hello!Do I know you?Macamlah aku minta pendapat dia.Kakak tukang andam segera mempertahankan diri.Itulah.Inilah hujah dia.Dalam kami bertukar kata, mak cik menyampuk itu tadi sesekali menyokong padu setiap kata-kata si tukang andam itu. Kiranya, dua lawan dualah nampaknya.Pengantin hanya mampu pasrah tersepit di tengah-tengah.

    Namun rasa tak puas hati masih merasuk diri yang bermulut jahat.Aku mintak tengok baju pengantin. Segera aku dan penyokong berseteru setuju mengatakan gagal.

    Malam itu,aku dan sepupu dengan rela hati membuang masa menempuh sesak jalan ke kedai kakak tukang andam itu.

    Malam itu,aku baru tahu yang mak cik menyampuk itu rupanya ibu si kakak tukang andam.

    Esoknya.

    Tak dipasang pun tabir itu.Terlupa.

    Memang dasar mulut jahat.

    Thursday, December 06, 2007

    Hantaran::Bahagian 2

    Ini satu benda yang aku tak faham.Sukar dicerna logiknya oleh aku.Kenapa ada orang-orang tertentu yang suka buat perbandingan dengan keluarga aku.Semacam ada pertandingan siapa yang lebih popular analoginya.Macamlah kami ada buat salah.Macamlah kami bagus sangat.

    Bagi aku.Hantaran ialah hantaran.Hadiah ikhlas dari dan kepada pihak pengantin sahaja.Tak usahlah nak dibuat perbandingan. Cakap kuat-kuat pula itu sehingga memualkan medulla oblongata aku.

    "Oh!Kotak kau RM 10.Kalau aku kan,aku pakai kotak yang RM100 tau."

    "Ceh!Riben kau RM1 semeter sahaja.Riben aku kau tahu,RM25 sekaki tau."

    Yang anehnya pula selepas mengeji itu,ada kes mengendeng si pengantin hendakkan makanan yang di dalam hantaran itu.Keji ke tak keji perbuatan begitu?

    Di sebalik proses ini,sejujurnya aku merasakan yang aku memang keji. Sanggup meletakkan diri aku di satu tahap yang sama dengan makcik yang keji itu.Tapi,aku amat puas hati.Dapat melihat riak wajahnya melihat muka aku yang menayangkan aksi keji melihat hantaran itu sambil membuat nada kagum yang dibuat-dibuat.

    Hai.Harapnya biarlah semuanya berakhir di situ.Harap aku,musim hujan seterusnya tidak perlulah aku mengkejikan diri aku sendiri lagi sebegitu. Aku malu.Aku insaf.Letihlah kalau tiap-tiap bulan nak membuat riak muka keji.Macamlah aku tak ada kerja lain.

    Majlis perkahwinan itu satu ibadah.Satu majlis rasmi hebahan umum. Jadi,tak perlulah kita riak.

    Anda setuju?

    Wednesday, December 05, 2007

    Hantaran::Bahagian 1

    Musim hujan tiba lagi.Bersekali dengan musim cuti sekolah.Digabungkan dua,itu formula yang secocok sekali untuk memulakan prose mengawan antara species homo-sapien.

    Alhamdulillah.Akhirnya Kak Fah kahwin juga.Aku malas hendak pergi mulanya sebab ada agenda besar di KL tetapi setelah ditimbang-tara,aku mengalah juga.Itu pun atas tiket saudara-mara. Itu pun sebab aku nak mengkritik.Tentang subjek hantaran dan juga pelamin.

    Ya.Mulut aku memang macam celaka.Tapi tolong salahkan si ibu pengantin.Dulu masa Ida adik aku kahwin,amboi kurang main lagi mulut dia mencebek-cebek.Itulah tak cantik.Inilah tak menarik. Aku yang lupa diri mandi dan makan memang hampir-hampir hilang kesabaran. Sekarang, bolehlah aku balas dendam.

    Tapi aku tidaklah membuat muka keji seperti perempuan itu di khalayak ramai.Aku cuma sampaikan ke batu api-batu api yang berkepentingan sahaja.Kejilah aku jika bertindak seperti perempuan itu.Tapi,tiada apa sangat pun yang boleh aku kagumkan atau dalam bahasa mudahnya dalam Bahasa Inggeris "that totally not even in our league".Apa tidaknya. Kek pun bukan dari Secret Recipe.Dari jenama amoi mana entah.Lagipun,sudahlah tak banyak barang-barang di dalam dulang, keseluruhan hantaran nampak macam ketinggalan zaman.Itu memanglah sesuatu yang pelik bagi aku untuk orang yang memang suka mengeji hantaran pengantin lain.Mati-matilah aku ingat bling-bling dia(riben,manik,renda,kotak,bunga etc) yang paling tidak pun sebulan gaji aku.Namun apa yang aku lihat amat tidak sampai hati untuk mengeji lebih-lebih.Aku cuma mampu lihat dalam diam penuh keinsafan sahaja.

    Apa pun natijahnya.Aku sedikit pelik kenapa perlunya berhabis banyak untuk membuat hantaran pengantin.Macamlah boleh di makan segala mak nenek riben,manik,renda,kotak dan bunga. Kan bagus kalau bagi benda-benda yang boleh dimakan ramai-ramai.Lagu satu yang klise, kenapalah bila hantaran pengantin lelaki mesti baju,kasut dan minyak wangi.Hello. Tolonglah.Aku tiap-tiap tahun beli semua itu.Dah tak teruja pun nak melihatnya lagi.

    Cop.Aku tahu apa yang boleh buat aku teruja melihat benda dalam dulang hantaran pengantin.

    Ya.Kunci kereta Honda Civic 2007.Oh.I love it very much!

    Hahaha!Haruslah selepas ini ada orang yang rasa nak bunuh aku.Oops!Marah ke bang?

    Tak baik tau marah.Nanti kena jual.

    Tuesday, December 04, 2007

    Risau

    Mak telefon.Kemudian mak membebel panjang.Aku tiada rasa hendak melayan.Isunya sebab aku sudah 48 jam tak jawab telefon. Masalahnya kerana telefon aku tinggalkan di dalam kereta.

    Mak membebel lagi.Marahkan aku sebab buat dia risau.Aku jadi pelik. Sejak bila pula kan?Setakat 48 jam itu apalah sangat. Selama masa ini dari sekolah asrama lagi bukankah elok-elok sahaja.Tiada diberiahu sekelumit kerisauan apa-apa pun.

    Mak membebel lagi.Topik dibuka pasal apa yang dia tengok di dalam TV.Mmm...patutlah dia risau.Tentang orang bunuh orang.Di dalam tandaslah.Di daam longkanglah.Di dalam ladang kelapa sawitlah.Malah,di dalam bilik tidur juga.Memang menyedihkan.Memang dunia sudah semakin kejam.

    OK.Sekarang aku jelas.Kenapa mak risau.

    Tapi apa kena mengenanya kan?

    Dah kahwin ke.Bujang ke.Itu bukan status jaminan selamat di zaman ini.

    Jodoh dan maut.Qadak dan qadar.Itu semua bukan di tangan kita yang menentukan.

    Aku harap mak janganlah risau.

    Tapi.Sekarang,aku pula yang risau.

    Monday, December 03, 2007

    Settled


    Finally he did it.


    He did it too despite supposely being the busiest man in the whole country.I wonder what his secret is.


    Oops!She did it again.


    Even he,the longest-serving prisoner in Malaysia manage to do it.


    He want to do it too.Wait.I'm glad he said not yet until 2009.

    Me?
    I want to do it too but mmm...

    Sigh.

    Sunday, December 02, 2007

    Lelaki Ini

    Kasih, kenanganku
    Ingatkah saat saat dulu
    Kasih, apakah dirimu
    Merasakan semua itu

    Ke mana pun langkahku pergi
    Ku masih melihat bayanganmu cintaku
    Dan kemana pun arah anginku berlari
    Hati ini masih kau miliki

    Lelaki ini yang selalu mencintamu
    Selalu, tanpa ragu
    Lelaki ini yang selalu memuja
    Hanya dirimu
    Yang bertakhta dalam sanubariku
    Sanubari ku
    Aku yang mencintakan mu
    Hanya dirimu…

    Karena cintaku, tak berbatas waktu
    Karena cintaku, tak mengenal jenuh hatimu
    Hatimu…

    ::Anuar Zain

    Saturday, December 01, 2007

    Kenali Lelaki



    Benarkah sukar mengenali hati lelaki?

    Menelah dan menggauli hati budi mereka sebenarnya tidak semudah yang disangka.Dalam persahabatan, segelintir pendapat mengatakan bergaul dengan lelaki sebenarnya lebih mudah berbanding bersahabat dengan golongan Hawa. Mungkin kerana lelaki itu sifatnya mudah bertolak ansur, lebih telus dalam persahabatan atau lebih berterus-terang dan tidak menyimpan perasaan terhadap sesuatu perkara.

    Namun dalam soal cinta dan perhubungan serius yang menyangkut soal hati, bagaimana? Seperti kata ahli sosial, jika anda pandai menelusuri hati lelaki, sebenarnya jalan menuju kebahagiaan lebih mudah.Jika anda ingin mencari cinta sejati,anda sendiri harus mengenali hati dan keperibadian mereka supaya hubungan itu lebih mudah.

    Berikut diperturunkan 14 perkara yang bersangkutan dengan golongan Adam supaya anda lebih peka mengenai beberapa perkara mengenali mereka.

    Jika ia sesuai dijadikan panduan, terimalah ia dengan hati terbuka. Jika sebaliknya, anggaplah ia sebagai pengisi bahan bacaan anda di masa terluang.

    1. Jika anda bertanya lelaki: “Adakah anda cintakan saya?” selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab “Ya, saya cintakan awak”.

    Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti
    A. “Ya, rasa-rasanyalah”
    B. “Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?”
    C. “Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak”
    D. “Penting sangatkah?”
    E. “Siapa, saya?”
    Tak ada pilihan F ke?

    2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.
    Well,what to do.Man is a visual creature.

    3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.
    Hai.Kenapalah perempuan suka sangat berangan nak jadi queen control?

    4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.
    Setuju.I tak rela you dipaksa-paksa apatah lagi diubah-ubah.

    5. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan.
    Tak relevan dengan aku.

    6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan si dia, dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan: “Oh, dia ini pasti datang bulan.” sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati.
    Eh!Bukan betul ke kalau perempuan marah-marah dia memang tengah datang bulan?

    7. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa.
    ...dan pemenang anugerah aktor terbaik jatuh kepada...

    8. Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks.
    Setuju.

    9. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya.
    Amboi.Kau fikir kau punya lawak bodoh sahaja.Lawak bodoh aku kau tak nak kira.

    10. Lelaki cuma suka lafazkan ‘I love you’ pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita.
    OK.OK.Aku nak mengaku aku tak pandai bab-bab macam ini.Aku anak dara lagi.

    11. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana katanya “Awak yang kuat melayan”.
    Setuju 100%.

    12. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka.
    Jangan mengada-ngada nak kritik minyak wangi,baju dan kasut aku.

    13. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut.
    Kritiklah.Aiman tak kisah.

    14. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga atau sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya.
    Aha!Macam cerita benar sahaja.Hai.Siapalah perempuan yang malang itu agaknya?

    Nota:Catatan di atas diplagiat sepenuhnya dari Harian Metro.