Juru-Sibuk
Kadang-kadang aku tak faham kenapa orang tak faham.Kami sesetengah jurutera memanglah hidup sebegini.Asyik tenggelam dalam sibuk membangunkan bangsa dan negara.Usahkan nak mengorat makwe,nak senyum pun kadang-kadang kami boleh lupa.Kalau tengah musim dilanda masalah negara,lagilah teruk sibuknya.Muka yang kacak pun boleh bertukar toya.Kerja ini memang memualkan buat yang kurang daya tahan.Hari-hari cabaran yang datang berbeza-beza rupanya. Ada yang cantik tapi malangnya selalu banyak yang hodoh dan bodoh.
Sarapan pagi di Malaysia,makan tengah hari aku di Singapura.Ya.Aku akhirnya dapat juga pergi berlatih di makmal Singapura.Walaupun aku tengah dalam musim sibuk gila,soal itu aku pejamkan sebelah mata.Nak tunggu aku tak sibuk entahkan bila.Walaupun ribuan ringgit aku terpaksa laburkan dahulu,itu soal mikro.Yang penting,ilmu SS7 itu harus dicari gali dahulu.
Sedang terbang di bawa kapal terbang,aku terfikir sesuatu.
Sampai bila aku harus begini?Sampai bila aku harus sibuk?Kenapa pusing sana pusing sini,aku juga yang kena.Aku sudah mau pencen dari menjadi sang hero.Boleh tak kalau tahun ini bukan kelab aku yang jadi penyumbang duit utama?Aku mahu berpoya-poya seadanya.
Tea or coffee,Sir?
Argh!Cantiklah awek pramugari ini.Sampai tersasul tersebut aku mahu jus oren sahaja.
Biasanya pramugari domestik ala-ala awek Cyberjaya sahaja tapi yang ini amat serius cantiknya. Bikin hati aku jatuh bersepah-sepah di atas lantai sahaja.
Kadang-kadang aku tak faham kenapa orang tak faham.
Benda-benda atau makhluk yang cantik memang punya ilmu magik yang buat kita lupa betapa sibuknya hidup kita.Ketika itu masa memang akan terasa terhenti seketika.















