Friday, February 29, 2008

Cerita Budak Bawah Umur

Biar aku berterus terang.

Biarlah kalau satu dunia tahu sekali pun.Lantaklah kalau ada yang nak tersenyum-senyum sendiri.Aku tak kisah dan aku tak malu pun nak mengaku.

Aku kenal Sandy,Patrick,Squidward,Mr.Krabs,Plankton,Jellyfish,Bubble Bass dan semua rakan-rakan SpongeBob yang lain.Aku juga kenal setiap jenis Kacang.Nobita dan Doraemon apatah lagi.Itu memang sudah lagi kenal.Shin Chan?Wah!Itu aku peminat nombor satu dia.

Terima kasih Izzat.Terima kasihlah kerana menkartunkan hidup Abang walaupun sebenarnya masa senggang untuk itu hanya dislotkan pada hari Sabtu jam 7 malam sahaja.Kalau keluar bandar hari itu,jam 5 sahaja dah mula gabra nak balik rumah.

Hai.Apalah nak jadi dengan aku agaknya.Mungkin aku tak matang lagi kot sebenarnya. Menonton cerita kartun memang mencandukan minda.

Err...ada sesiapa yang layan Geng Bas Sekolah?

Gila.Aku memang perlu hentikan ketagihan mengarut ini.

Aku perlukan perempuan.Yang cantik.Yang ada Civic hitam.Yang mampu memesongkan ketagihan aku.

Biar ketagih benda lain pula.

Thursday, February 28, 2008

Cerita TV

Bila Izzat balik kampung dan aku pun ada sama,segera peratusan menonton kartun aku mencanak-canak naik.Juga,bermulalah perang saudara berebutkan remote TV.Kalau sudah ada cerita sedap,janganlah nak gatal main tukar-tukar siaran.Itu sesungguhnya mencari bala namanya.Nanti terkeluar cerita budak-budak bawah umur,merasalah semua orang kesengalan menonton kartun yang tak masuk akal.

Dulu masa Izzat kecil dan tidak sibuk,dia akan ingat setiap susunan kartun-kartun dia mengikut jam walhal ketika itu konsep Isnin,Selasa, Rabu,Khamis,Jumaat,Sabtu dan Ahad dia tak tahu pun itu apa.Sekarang bila dah besar dan sibuk,kadang-kadang dia terlalai sedikit dengan aktiviti menontonnya.Yang sengal,bila sudah terlepas waktu adakah patut dia minta kat aku keluarkan itu semula.Mana aku nak korekkan? Rumah nenek mana ada Astro Max.

Kata bijak pandai,TV memang punya pengaruh yang mendalam ke atas kanak-kanak.Dari segi tutur kata,aksi,makanan sampailah kepada cara pemakaian.Aku tiba-tiba sukar nak faham apalah agaknya yang seronok sangat tengok kartun itu dari perspektif kanak-kanak.Ketika melalui zaman itu aku terlupa hendak menjadi analitikal seperti sekarang.

Kartun atau pun tidak,Izzat ada atau pun tidak,aku tak boleh bayangkan betapa bosannya malam aku kalau tak ada TV.

Tanpa TV,siapalah aku.

Cewah!

P.S Bilalah CEO nak bagi aku TV agaknya.

Wednesday, February 27, 2008

Sawi Punya Cerita,Aku Dapat Nama

Waktu minum petang kami bersembang mesra anak beranak.

Mak buat intro pasal orang mati hisap dadah.

Kemudian,mak berpesan kat aku.

"Abang kalau dah kahwin nanti,jangan buat perangai beli sehelai sawi pun tak tahu!".

Err...

Aku terpelongo.Tercengang-cengang bak cicak kena kapur.Aku jadi hairan.Weh!Apa ini?Apa dosa aku.Apa salah aku.Aku sememangnya tak mengerti.Apa kes pula pergi beli sawi pun aku tak tahu.Apa kena mengenanya hisap dadah dengan sawi kan?

Waduh!Waduh!Membeli sawi itukan adik beradik tirinya membeli-belah. Mak patut tahu tentang hal itu.Kalau mak tak tahu,mak patut periksa kasut aku yang mesti tak sama warna atau jenama setiap kali balik kampung.Mak patut tahu juga yang membeli-belah itu aktiviti mingguan aku.

Aku mula tak puas hati.Aku mulakan CSI sendiri.Voila!Aku dah tahu siapa yang salah sebenarnya.Tapi...bukankah lelaki itu hari-hari pergi ke pasar.Aku jadi musykil.Apa pula yang dia beli sampai mak naik angin dan aku juga rasa nak ikut naik angin sekali.

Mak komen pasal Eddie.Eddie lulus 100% bab duduk rumah mentua. Adalah laporan mulut yang mengatakan dia ada membeli sawi dan rakan-rakannya.Aku?

Waduh!Waduh!Mak tak aci tau.Eddie itu kalau buat benda kecil macam itu pun mesti jadi besar. Tolonglah!Aku bukan setakat beli sawi,30 dulang orang makan kenduri pun aku tahu matematiknya. Siap ada buat buku kira-kiranya lagi. Kes belajar dengan Busu Dollah satu masa dahulu.

Wah!Tengok.Kan emosi aku dah terganggu.Kena pergi terapi kat KLCClah jawabnya bagi cepat sembuh.

Yeah.Itu satu alasan yang agak konkrit.

Jom!Mari kita membeli-belah.

Tuesday, February 26, 2008

Mari Mengeja Di Pagi Hari

Seperti yang diceritakan kepada aku.

#1
X :Nenek.
Izzat :Nenek.
X :Sangat.
Izzat :Sangat.
X :Rajin.
Izzat :Rajin.

#2
X :Nenek.
Izzat :Nenek.
X :Sangat.
Izzat :Sangat.
X :Baik
Izzat :Baik.

#3
X :Nenek.
Izzat :Nenek.
X :Sangat.
Izzat :Sangat.
X :Cantik.
Izzat :(Senyap 5 saat).Taklah.Nenek tak cantik.

Gulp!Aku sedikit hairan.Aku tergelak besar.Hai.Hai.Hai.Macam mana budak bawah umur begitu boleh menaakul frasa yang diberikan.Aku ingat Izzat tak boleh sintesiskan apa yang dia eja.Cerdik gila mamat seorang ini.

Oops.Minta maaf mak.Mak masih lagi cantik.

Err...kalau dibandingkan dengan ahli kelab bunga orkid yang lainlah.

Monday, February 25, 2008

Pictogram::Kembar

Anak siapalah yang selekeh gila ini?








Their first Hari Raya ever.









Suruh tidur dia tak mahu,main tudung saji dia mahu.








Tengok!Punyalah gembira mereka mengopis.Cari apa entah.








Pertandingan makan jeli di kenduri orang kahwin(baju terakhir dalam stok sebab baju cantik dua-dua sudah kena kuah kari).






Selamat Pengantin Baru,Shafwan dan Shazwan.

Sunday, February 24, 2008

Mengopis


Tengah operasi mengopis.

Orang Melaka kata menyelongkar itu mengopis.Di ambil dari kata dasar office kot.Itulah kesannya penjajahan Inggeris di Melaka.Kami rakyat Melaka telah jadi penyumbangleweng bahasa.

Walaupun zaman telah lama berlalu,cerita tentang penjajahan itu masih lagi berlaku di negeri Melaka.Sekali sekala mengikut waktu-waktu tertentu.Namun yang datang menjajah itu bukan orang kulit putih lagi tetapi orang kecil si kembar itu.Bila keluar berita mereka mahu menjajah (baca:balik kampung)maka mulalah mak kelam-kabut mengubah dekorasi dalaman rumah. Barang-barang hiasan semuanya dinaikkan 1 kaki lebih tinggi dari biasa dan kemudian berdoa agar semuanya selamat di sana.

Tapi dah namanya penjajah yang suka mengopis,yang mana-mana tersorok pun entah macam mana mereka si kembar boleh dapat cari. Itu masi lagi misteri sementelah rumah itu tiada CCTV. Aku juga hairan kenapa setakat ini semua budak kecil suka sangat hendak duduk ala Buddha atas meja kaca dari Indonesia itu.Aku uji letakkan mereka seketika agar tidak kempunan dan wah!terpancar segera satu senyuman suka di sana.Memang dasar penjajah sungguh.

Namun,sepandai-pandai tupai melompat ke tanah juga jatuhnya.

Hikayat Melayu Melaka ada mencatatkan yang Jawa kalah kerana Hang Tuah dan kawan-kawannya.
Syair lama pula ada menulis yang Majnun kalah kerana si Laila yang cantik jelita.
Dalam Smallville pula,Superman kalah kerana kryptonite.
Indiana Jones pula lemah kerana serangan ular menggila.
Si kembar?
Ya!Si kembar itu kalah dengan bunga.Mereka geli geleman dengan bunga. Memang sah lelaki bangat anak buah aku.

Jom pergi SSF,Damansara.Kita beli bunga.Aku serius mahu tolong mak kalahkan mereka.

Tahun depan aku nak tengok perangai si Afiq pula.Mamat itu takut apa pula.

Wah!Mencabar juga rasanya itu.Anak askar kan sepatutnya tak takut apa-apa.

Saturday, February 23, 2008

Jalan-Jalan Di Waktu Pagi

Hari-hari hujung minggu itu rutinnya sama.

Solat Subuh,termenung dan tertidur semula.Jam 7 lebih baru bangun semula.Kring!!!Masa untuk aktiviti utama pagi sudah tiba ya adik-adik.

Mari kita jalan-jalan sekeliling taman.Tengok pokok.Tengok bunga. Tengok semut.Tengok ulat gonggok dan tengok macam-macam lagi. Ya adik-adik semua!Pelajaran hari ini ialah tengok pakai mata, dengar pakai telinga dan rasa dengan jari.Seakan for loop yang berpusing 3 kali, itulah rutin paginya. Dimulai dengan mana-mana antara Afiq, Shafwan atau Shazwan.Ikut aturan siapa yang bangun dahulu. Semua mereka dapat ayat skrip yang sama.Yang berbeza cuma mungkin ada sedikit pengubahsuaian aturan jalan ceritanya.

3 kali melakonkan watak yang sama dengan hero yang berlainan memang suatu kerja yang meletihkan tangan,mulut dan minda.Namun 3x 15 minit babak-babak lakonan itu tidak terasa panjang langsung. Itulah harga dan nilainya melakonkan watak seorang pakcik yang penyayang.

Petang itu tengah bersembang-sembang,aku dapat kritikan pasal akiviti lakonan pagi tadi.Ada orang menGadu dia tidak dapat layanan yang sama dari aku.Ah sudah!Orang yang mengadu itu namanya si kecil Izzat 3 nak masuk 4 tahun.

"La.Bukan tadi Izzat ikut samakan."

Aku cuba membela diri.

Cop.Adakah mungkin tak sama itu maknanya aku tak kelek dia macam hero-hero yang lain.

Ah sudah!Izzat bukan bayi lagi.PatahlaH tulang Abang kalau kena kelek Izzat.

Kita main dokong-dokong sahaja boleh tak?

Aduh!Susah jugakan kalau melayan bayi lanjut usia macam ini.

Sama susahnya juga kalau nak jadi pakcik yang adil lagi saksama.

Friday, February 22, 2008

Satu Perbandingan

Sedar atau pun tidak,perbandingan selalu dan telah dibuat.Antara si kembar, Shafwan dan Shazwan.Kaum keluarga,saudara-mara,sahabat-handai dan mereka-mereka itu memang suka berkata-kata manis. Mereka mungkin lahir dari rahim yang sama, muka pun seakan-akan serupa namun personaliti dan perkembangan mereka ada yang sama dan ada yang berbeza-beza.

Perbandingan yang dibuat selalu mengingatkan aku akan positif dan negatif kesannya.Mak pernah kata yang semasa kecil aku asyik dibanding-bandingkan secara tidak adil dengan sepupu lelaki aku.Macam tragik sahaja dramanya walaupun macam samar-samar sahaja ingatan aku tentang cerita itu.Biar betul aku dibiarkan makan nasi kucing masa kecil-kecil dahulu? Adakah hanya kerana aku miskin di mata mereka maka aku di layan secara tidak adilnya sampai dilabelkan aku yang bukan-bukan?Bunyinya macam satu propaganda konspirasi dari mak tapi aku agak malas hendak menyelongkar sejarah zaman silam.

Aku tidak berdendam.Mungkin kerana memori itu telah terpadam kerana aku punya kebolehan memadamkan mana-mana ingatan yang aku tidak suka.Yang suka membanding itu pun masih hidup lagi.Di panjangkan umurnya melihat betapa adilnya hukum hakam dunia.Bila kesusahan datang menimpa,adakah yang dulu ditatang bagai emas berkati-kati itu yang datang menolong?Tidak!Tidak! Aku yang jauh dari KL inilah yang terkedik-kedik meringankan tulang seadanya. Dari bab membeli-belah sampailah ke bab-bab sebut harga.

Nasib baiklah aku tidak ingat segala peristiwa itu.Cubalah kalau aku ingat,mungkin suasana hari raya tidak akan sama selama-lamanya.Yang bersalah pun mungkin sudah nampak dosa masa lampaunya tapi secara teorinya itu masih lagi ada unsur-unsur sangsi dalam diri aku.Adakah kerana tiba-tiba bila keluarga aku jadi berjaya maka orang yang suka bagi aku makan nasi kucing itu suka-suka hati dia menukar haluan sokongannya kerana sesungguhnya manusia itu memang tertarik dengan kesenangan.Atau adakah bila hartanya sudah banyak yang di putar belitkan maka barulah terbuka biji matanya untuk nampak betapa aku sentiasa ada di sisi dia.

Satu krisis dijangka akan meletup suatu masa nanti.Itu pastinya satu kesudahan yang menarik. Bola di tangan aku,cuma aku agak sangsi bagaimana mahu memainkannya kerana sesungguhnya aku tidak tahu caranya.Duit bukan segalanya bagi aku.

Ya.Kadang-kadang bila tengok drama TV,aku rasa deja-vu dengan watak-watak yang ada.

"Weh!Itu macam aku."

Persetankan soal mikro itu.Yang penting sekarang,satu polisi dalaman keluarga telah aku wartakan.

Jangan suka membandingkan secara tidak adil darah daging sendiri.

Kita hidup ini bukannya boleh menongkat langit.

Itu siapa yang cakap si kembar itu seorang handsome,seorang lagi tidak?

Nak kena sekel dengan aku!

Dua-dua tak handsome OK.Hingus meleleh-leleh.

Thursday, February 21, 2008

Pegang Bayi

Bakat terpendam memang tidak ada pada aku.Ke kiri salah.Ke kanan pun macam salah juga.Bila aku selesa,dia pula nampak macam tidak. Bila aku tukar posisi,dia pula yang nampak tidak selesa.Hari hujung minggu panjang yang ada, itulah aktiviti sisipannya. Berlatih-latih belajar memegang bayi.Bayi yang jadi bahan uji kaji namanya Muhammad Afiq Danish.

Untuk rekod,Afiq Danish ialah bayi pertama seumur hidup yang aku pegang/kelek/pangku/dukung bagi kategori bayi usia kurang 30 hari. Untuk rekod juga,aku bukanlah peminat sangat pun bagi bayi seusia begitu.Aku memang ada isu dengan mereka.Kalau aku ingin bermesra dengan bayi pun,syarat utamanya ialah mereka mestilah sudah merangkak atau pun sudah keras tulang belakangnya. Masalah aku dengan bayi muda seperti Afiq ialah mereka tidak ada lagi daya semulajdi melekatkan diri mereka tidak seperti bayi dewasa.

"Ida!Macam mana nak pegang Afiq ini?".

Aku yang sedang gagal meminta pertolongan.Minta tolong dari mak,mak buat dek sahaja.

"Peganglah macam mana pun.Janji jangan terlepas."

Ah sudah!Gagallah kalau macam ini.

Nasib kaulah Afiq.Ada pakcik yang suka angkat kau,pakcik itu kawan baik dia nama gagal pula.

Ya.Gagal sememangnya kawan baik aku.

Wednesday, February 20, 2008

Cak!

Cewah!Nampak macam berbakat sahaja memegang bayi.Padahal mandi pun tak lagi.







Kucikucikuci...baba cak!









Yeah!Afiq dah senyum.









Nota:5 kali cuba baru dapat rakam gambar-gambar di atas.Terima kasih penangkap gambar, Ida.

Tuesday, February 19, 2008

Cucu Perempuan

Waktu sudah separuh pagi.Aku tolong mak di dapur.Mak nak masak untuk makan tengah hari. Aku ambil surat khabar dan mula membaca dari belakang ke depan.Mak tengah menyiang ikan yang aku tidak tahu apa namanya.Aku kan tahu makan sahaja.Lagipun definasi tolong di dapur itu maknanya tolong tengok sahaja.Bukannya aku tahu tolong apa-apa pun.

"Tak ada anak daralah nanti rumah ini nanti kalau buat kenduri".

Mak mengomel.

"Mmmm..."

Aku buat-buat dengar tak dengar.Otak lelaki kan hanya boleh buat satu perkara pada satu satu masa.

"Rumah Pak Samad kau hari itu buat kenduri sekejap sahaja licin lincau cucu-cucu perempuan dia basuh pinggan".

Mak mengomel lagi.

"Kenduri apa?".

Ya.Tuan-tuan dan puanpuan.Inilah contohnya hikmat mengalih topik peringkat ke 3 namanya.

"Abang kahwinlah cepat.Mak nak cucu perempuan.Kat Cyberjaya itu takkanlah tak ada yang cantik?"

Mak segera mengeluarkan idea.

"La...dah agak dah".

Minta maaf.Hikmat mengalih topik itu gagal kali ini.Mak mungkin sudah imun dengan tatktik aku.

Aku senyum sahaja kat mak.Angkat surat khabar dan lari ke depan.

Tengok Afiq tidur.

Wah!Tenangnya Afiq tidur.Macam tiada masalah pun di dunia ini.

Monday, February 18, 2008

Mandi Bersama Afiq



Mak tengah mandikan Afiq di tengah dapur.Mak nampak aku.

"Abang!Tolong letak shampoo kat Afiq."

Aiyo!Baru balik dari kebun aku sudah kena suruh.Shampoo segera dituang.

"Bukan macam itu.Tuang kat badan dia".

Arah mak serius.

"La...ingat Afiq nak mandi buih sabun tadi!".

Aku yang kesengalan menjawab.Manalah aku tahu begitu caranya bayi mandi.Aku mana pernah ada anak lagi.Mak mencemekkan muka.

"Apa kata kita letak air sejuk sikit?"

Cadang aku sambil merasa tahap kesuaman air.Aura mendengki aku sudah datang.Gila!Budak tahap bayi pun aku ada hati nak dengki.

"Abang jangan nak mengada."

Ida datang ke dapur dengan amaran ala seorang kapten.Ambil cawan dan minum ubat periuk dia yang tak sedap sungguh bau dan rasanya sambil memerhatikan Afiq dengan penuh kasih sayang.

"Kenapa mak yang mandikan Afiq?"

Soal aku macam tak puas hati.

Mak berbisik perlahan.Begitu dan begini.Ini rahsia tradisi keluarga turun temurun.

Oh!Begitu rupa kisahnya.Baru aku faham mengapa.

Tangan aku sama rancak memetik mengambil gambar bogel Afiq.

Err...itu pun akan jadi rahsia tradisi keluarga juga.

Oops!Agak-agaknya aku ada tak gambar bogel?

Gila.

Sunday, February 17, 2008

Cerita Anak Buah Baru Aku

#No 1
Tengok uras badannya,orangnya tinggi lampai nanti.Nenek Melaka dia kata.Kulit ikut maknya yang putih ala orang Cina itu.Wah!Jambu gilalah nanti anak buah aku. Tapi nasib baik muka dan rambut 98% ikut ayah dia.Jadi,kurang banyak gilalah jambunya.

Aku tanya mak.Macam mana nak tahu budak itu putih ke hitam nanti. Mak kata tengok bontot dia. Tengok banyak tompok hitam dia.Banyak atau sikit,itulah warna kulit dia nanti. Aku tengok bontot Afiq.Memang tak ada tompok hitam pun.Aku tanya mak lagi. Kalau anak India,macam mana nak nampak tompok hitam dia.Mak jawap dia malas nak layan aku.

Aku tengok bontot aku.Mmm...patutlah aku hitam.

#No 2
Antara bayi yang senang dijaga tapi amat kuat gila minum susu.Mak kata budak lelaki memang kuat minum.Tak cukup susu badan, susu lembu pun dia layan.Pantang aku buat ujian kelaparan, mesti laparlah punya.Aku rasa macam nak SMS Emry suruh dia beli lembu susu sahaja.

Dia jarang menangis tapi sekali dia menangis aku rasa tercabar.Aku ingat suara aku yang paling kuat selama ini tapi suara dia lagi kuat rupanya.40 Watt aku rasa.

Dari kiri!Cepat jalan!

Oh!Jangan panik ya tuan-tuan dan puan-puan.Ini hanya satu latihan suara.

Saturday, February 16, 2008

Ada Apa Dengan Nama

Muhammad Afiq Danish.

Afiq=Yang Mulia.
Danish=Bijak.

Erti namanya memang baik tapi aku ada sedikit isu dengan nama ini. Terlalu comel aku rasa. Terasa geli-geleman juga.Macam jambu gila. Masa muda remaja mungkin mesra telinga bunyinya tapi apa kata kita cuba bayangkan 20 tahun akan datang.

"En.Afiq Danish.Sila masuk!"

Arrh!Serius macam jambulah bunyinya.Macam tiba-tiba aku boleh jadi sopan santun gila. Boleh ke kau menjambukan diri sampai ke tua Afiq?Macam mana kalau tiba-tiba separuh jalan kau jadi tak jambu?

Ah!Sengal.

Muhammad Azri Wira "Shinnosuke" Ixus Arslan Azman juga yang sedap.

Tak comel dan tak mengada-ngada bunyinya.Ada bunyi unsur-unsur teknikal yang serius juga di situ.

Tapi.

Err...mungkin cuma nama itu panjang sedikit dari nama-nama biasa.

Kalau buat tag nama,mesti kena pakai dari dada kiri sampai ke kanan.

Wah!Glamour juga bukan?

Friday, February 15, 2008

Mesyuarat Nama

Beberapa bulan dahulu.

Ida/Emry panggil satu sessi mesyuarat khas keluarga.Err...sebenarnya, akulah dalang disebalik mesyuarat ini sebab aku tak tahu nak buat apa. Kebetulan pula semua ahli yang memang payah nak dikumpulkan ada bersama-sama.

Agenda mesyuarat:cari nama yang sesuai untuk bayi lelaki.

OK.Masing-masing keluar laptop.Googe mana-mana yang patut.Yang tak ada laptop,nganga sahaja. Renunglah siling dan petiklah mana-mana nama yang ada di atas sana.

Wah!Banyak juga nama-nama yang keluar.Ida/Emry sudah keliru.Ini baru mesyuarat ahli bahagian Melaka.Yang ahli bahagian lagi kekwat tahap melampau gila di daerah Perak sana belum mesyuarat lagi.

Setakat hari itu,Muhammad sudah pasti di depan.Yang belakang belum pasti lagi.

Yang pasti lagi.

Nama Muhammad Azri Wira "Shinnosuke" Ixus Arslan Azman itu aku punya.

Jangan nak mengada-ngada tiru.

Beranilah tiru.Nak kena Action-kamen dengan aku?

Ya.Nama sudah ada.Yang tinggal sekarang ialah misi nak cari emaknya sahaja.

Doakan aku berjaya.

Nota:Action-kamen ialah aksi hero err...saksikan sendiri di NTV7 setiap Sabtu,7 malam.

Thursday, February 14, 2008

Bapa Yang Sengal::Bahagian 2

  • Sengal 3

  • Ida dalam wad bersalin.

    SMS dihantar lagi ke Sabah.

    "Ida dah dalam labour room ni".

    Yang masih sengal.Jawapan yang sama erti dibalas si penerima.

    "Berehatlah!".

    Bila aku tanya,adik ipar aku itu ingat labour room itu macam common room.Tempat orang berehat ala-ala tengok TV.Ah!!Kenapalah lemah sangat bahasa Inggeris kau?Lain kali,aku kena buat temuramah adik-adik ipar seterusnya dalam bahasa Inggeris.Biarlah ada yang ketar lutut kena tanya dengan aku.Salah jawap,aku naikkan wang hantaran. Padan muka.

  • Sengal 4

  • Ina dan Eddie sudah sampai KL dengan mak.Ahli keluarga baru pun sudah keluar pagi tadi.Aku yang kebetulan bercuti,terpaksa tukar acara berpoya-poya di Sungai Wang kepada sesi bermesra dengan ahli keluarga. Emry sampai juga walaupun lambat gila.Aku suruh dia naik ERL tapi dia terkedik-kedik nak juga naik teksi yang mahal gila.Afiq masih belum mandi lagi.Ada kesan darah lagi.Mak yang suruh jururawat jangan mandikan Afiq lagi sebab nak tunggu ayah dia yang sengal itu sampai dari Sabah.

    Aku yang kelaparan,geledah beg bayi.Manalah tahu ada coklat kan.Ya!Memang ada.Aku juga jumpa benda lain.

    "Weh!Biar betul.Ini ke baju bayi?Ini baju untuk budak dah besarlah!"

    Sengallah.

    Aku terus arahkan bapa yang baru itu dan mak pergi Giant nanti.Beli baju bayi yang senang nak dipakai.Kasihan Afiq.


    Ada beza antara adik ipar yang ini dengan adik sendiri.Eddie memang aku tak sangka akan jadi ayah.Jaga kaktus pun mati,inikan pula nak jaga kembar.Tapi dia dari awal-awal lagi memang tiba-tiba terserlah kewibawaannya nak jadi ayah.Emmry pula aku rasa agak macam tak bersedia.Macam kekok sana sini.

    Nak jadi ayah mungkin perlukan 10-15 minit sahaja.Nak jadi bapa mungkin perlukan masa sepanjang hayat kita.

    Wednesday, February 13, 2008

    Bapa Yang Sengal::Bahagian 1

  • Sengal 1

  • Jam sudah hampir waktu tengah hari di Setiawangsa.

    SMS dihantar merentas Laut Cina Selatan.

    "Ida dah sakitlah bang!".

    SMS dibalas tak lama kemudian.

    "Berehatlah!".


  • Sengal 2

  • Yang nak beranak dalam sakit-sakit itu sempat lagi singgah mamak makan roti canai. Sempat isi minyak dan keluar duit di Petronas.Sempat nak daftar masuk hospital tapi err...IC tertinggal pula di rumah.Maka merasalah kena meredah sesak MRR2 dari Bandar Tun Razak ke Setiawangsa.1 jam kemudian,krisis masuk hospital selesai. Semuanya dibuat Ida sendiri.Adik beradik ketika itu semua masih seronok berpoya-poya di Melaka. Cuma aku sahaja yang sedang dalam perjalanan balik ke KL dan aku tak tahu menahu pun apa yang telah berlaku.

    SMS dihantar segera ke Sabah.Beritahu apa yang berlaku.

    Yang sengal.Ini jawapannya.

    "Berehatlah!".


    Aiyo!Dah nama kerja askar,hati memang kering dalam buat apa saja.Aku sebagai Abang dah banyak kali pesan.Kalau nak beranak, beritahu aku kalau Emry tiada di Semenanjung. Tapi itu semua buat letih aku bercakap sahaja.Yang nak nak jadi bapa pun apa kes asyik suruh berehat sahaja. Beranak itu bukankah lebih kurang macam pergi berperang.Bila masanya nak berehat.Oh lupa!Askar Malaysia memang banyak berehat dari berperang.

    Tuesday, February 12, 2008

    Hello World 4.0



    Yeah!I'm happy.So happy again.

    That day is 26 December 2007.I became the proud uncle again.To the healthy baby boy named Muhammad Afiq Danish.

    26 December 2007 is a week earlier than the should be delivery date.No one expect this.He came unalarmed.Afiq!You must be one unpatient boy. You must be so damn bored in your mothers' womb right?Strange to me,but Afiq already open his bamby eyes bigger than his friends at the hospital as if he is already anxious to see what this world can offer.

    Wait a second.Isn't that 2007 will put my new bundle of joy in the same schooling year with the twin Shafwan and Shazwan?Ah!Afiq.Could you do that?The twin are almost ready to walk and discover the world but look at you.Still lying helplessly. Boy,you must be have a lot to catch up later.

    To Muhammad Afiq Danish,all the best.I love you.

    May you become a good man.

    P.S. I have a naked picture of you Afiq.

    Monday, February 11, 2008

    Hilang Tangan

    Mula-mula dia hilang kaki kiri.Kodong sebelah seminggu.Aku ingat lagi sebab hari itu ada sejarahnya.Tapi nasib dia baik.Ada orang jumpa kaki dia semula.Tercicir dalam kereta rupanya.

    Kemudian,dia hilang dua-dua tapak kaki pula.Aku pasrah sahaja.Tak tahu tercicir di mana dan bagaimana.Itulah.Banyak sangat aktiviti membeli-belah agaknya waktu itu.

    Tak lama selepas itu,tercabut sebelah tangan pula.Angkara tersepit di pintu lif sebuah pusat membeli belah ternama.Dalam malu tapi mahu, terpaksalah aku membuat muka toya mengutip tangan robot itu dan cabut lari secepat yang mungkin.Cis!Buat malu sahaja. Ada awek cantik pula dalam lif itu tadi.Awek itu senyum menggila melihat situasi aku. Balik rumah,satu misi ditubuhkan segera. Merawat tangan robot yang cedera.Yeah!Misi berjaya.

    Hari itu,sedang duduk di atas lantai KLIA menunggu pemandu datang, aku tiba-tiba tak tahu nak kata apa.Aku pasrah sahaja.

    Argh!Tangan dia sebelah dah hilang lagi.Tak pasti pula hilang di mana. Mungkin di Singapura agaknya.



    Kali ini aku biarkan sahaja.Tiada misi apa-apa pun akan ditubuhkan.Aku sudah malas hendak layan.

    Mungkin jodoh kami memang setakat ini sahaja.

    Sunday, February 10, 2008

    Visit Singapore 2008::Pictogram Part 3

    Dalam lab.Ambil gambar kenang-kenangan sendiri.








    Mazhab Hanafi solat Asar 'rasmi' jam 5.30 petang(?).Err...ada 2 waktu solat Asar rasmi di masjid ini mengikut mazhab masing-masing.





    Selamat Datang ke Vivo City. Kawan aku yang skema itu tidak ikut sama. Dia sudah cabut pergi ke airport. Takut kena tinggal kapal terbang. Aiyo!





    Sikit lagi nak sampai Pulau Sentosa. Malangnya masa tidak ada.







    Betul ke tak ada masa?Wah!Ini sempat tengok orang menari-nari lagi.







    Air pancut Vivo City. Adik-adik. Kalau nak tahu inilah dia air pancut.







    Good Bye Singapore.









    Home sweet home,Malaysia.

    Saturday, February 09, 2008

    Persidangan Meja Bulat

    Satu meja empat segi.Ada orang Cina China.Orang Cina Taiwan.Orang Cina Singapura. Orang Cina Hong Kong.Orang India India.Dua orang Melayu Malaysia.

    Semua orang duduk rapat-rapat.Makan-makan.Minum-minum.Sembang-sembang.Yang Cina makan mee atau bubur.Yang India makan roti plata atau nama lainnya roti canai.Yang Melayu pula masing-masing laparkan nasi.Makanan semua lain-lain tapi berkomunikasi kami guna satu bahasa Inggeris yang sama.

    Buat cerita lawak.Keluar cerita macam-macam.Semuanya bukan cerita teknikal yang menyesakkan fikiran.Seakan iklan rehat seketika.

    Wah!Ada cerita menarik.Cerita pasal Malaysia.Aku senyum bangga. Banyak dengar sahaja namun sesekali aku termenyampok juga. Cis!Mulut ini memang susah kalau tidak berkata-kata walaupun bahasa Inggerisnya taklah secantik mana.Aku khabarkan mereka semua. Kalau ada masa datanglah Malaysia.Kalau nak berjudi,mmm...pergilah ke Genting Highland sana.Apa yang ada di Singapura,kami ada lebih lagi di Malaysia.Malah kalau ikut nilai harga duit Singapura, berbelanja di Malaysia seakan-akan dapat diskaun 50% setiap masa.

    Walaupun tak pernah aku lihat orang Malaysia beratur nak masuk butik LV atau Prada seperti di Hong Kong atau Singapura namun itu tak bermakna ekonomi kita lemah. Malaysia aku kira sudah pergi jauh lebih baik.Sudah bukan Malaysia yang seperti kali pertama aku menjejakkan kaki ke kota Singa suatu masa muda-muda dahulu.

    Ahli meja bulat yang empat segi seakan teruja.Ada yang kata ingin berbulan madu di pulau-pulau kita.Aku rasa gembira.Promosi 20 minit aku macam berjaya.

    Ya.Mungkin inilah sumbangan aku untuk Tahun Melawat Malaysia.

    Anda pula bagaimana?

    Friday, February 08, 2008

    Kawan Baik

    Kata orang.Kawan ketawa senang dicari.Kawan menangis pula sebaliknya.

    Ya.Aku setuju 100%.Suka duka berkawan memang begitu.

    Diheret sekali lagi ke Orchard Road pun aku setuju.Aku ikut sahaja bak lembu dicucuk hidungnya.Cet!Tipu.Padahal dalam hati memang sudah melompat-lompat gembira nak ke situ lagi. Aku nak beli baju.Satu jenama yang hanya ada kasut-kasutnya sahaja di Malaysia tapi koleksi baju-bajunya belum masuk lagi.Satu jenama yang telah lama aku idamkan. Maka merasalah siapa yang membeli-belah dengan aku penangan lama bosan menunggu aku mencuba baju.

    Tapi tak apa.Lepas itu aku setuju nak pergi tengok air pancut.Katanya dekat Istana. Katanya kita kena menapak sahaja lagi.Aku dah penat tapi kerana sudah tertandatangan tadi, maka urusan sistem barter fasa kedua itu diteruskan sahaja tanpa banyak soal. Namun dalam hati aku tertanya-tanya.Ada ke air pancut sepanjang Orchard Road?

    Bila sampai Istana,aku naik angin.Argh!Inikah air pancut kau?



    Ini bukan air pancut.Ini tiang besilah bang!

    Tolong!Tolong!Kenapalah aku ada kawan yang sengal macam ini?Rasa nak bagi terajang pun ada.Rasa nak gelak tahap sakit perut pun ada juga.Mati-matilah aku teruja nak melihat kehebatan air pancut Singapura tadi.Tapi hampa.Tak ada apa air yang terpancut pun.

    Kata orang.Kalau bersahabat carilah yang sama hebat.Sakit sama mengaduh,luka sama menyiuk. Ke bukit sama didaki,ke laut sama direnangi;adat tiada bertukar,rahsia tidak berubah.

    Maka,berkawanlah dengan aku.

    Kerana aku kawan yang baik.

    Bak kata orang lagi.Berkawan biar seribu,bercinta biar satu.

    Thursday, February 07, 2008

    Yellow Stich::Bahagian 2



    Misi mencari diteruskan.Tak ada di Malaysia,misi disambung pula di Singapura.Aku masih tak putus asa.Seluar jenama antarabangsa tapi Made In Japan itu harus ada dalam aku punya almari.

    Mungkin inilah yang dikata orang.Orang kalau sudah jatuh cinta,lautan api pun sanggup dirintangi.Lautan api?Err...itu sudah agak melampau gila. Itu Selat Tebrau sahaja dan aku merintanginya secara diterbangkan sahaja.Tak sanggup rasanya aku terbakar bermain api.

    Habis semua Orchard Road aku geledah namun aku masih kecewa. Bayang-bayang yang dicari masih tidak ada.Sama sahaja situasi seperti di Malaysia.Menyesal tak beli dahulu makin tambah menyiksa jiwa.Pergi Vivo City agak mencelikkan mata namun pencarian itu masih sisa-sia.

    Argh!Di manakah dikau Yellow Stich?Di manakah engkau?

    Ingat kan nak cari isteri sahaja yang susah,nak cari seluar pun boleh susah juga.Sah!Memang aku sudah kena sumpah.

    2008 sudah masuk bulan ke 3.Harapnya adalah stok baru tiba dari negara matahari terbit sana. Kalau tidak ada keluar lagi,jilat tapak tangan sahajalah aku.

    Kesian aku.Misi mencari gagal lagi.

    Sah!Gagal memang kawan baik aku.

    Nota:Yellow Stich bahagian 1.

    Wednesday, February 06, 2008

    Esplanade



    Malaysia mewah dengan durian.Durian sudah boleh dikira bukan buah bermusim lagi. Kalau tiada versi tempatan,versi import sudah ada menanti.Kalau suka rasa asli perisa kampung boleh juga sesekali cuba versi hibrid pula.

    Durian di Malaysia memang tiada langsung karenah birokrasi.Tidak seperti di Singapura. Baunya yang harum itu ialah satu tidak yang besar bagi undang-undang negara jiran pulau kecil itu. Namun ironinya, Singapura punyai buah durian yang sungguh besar. Buah durian yang aku namakan Esplanade. Mungkin itu tanda protes jiwa seni rakyatnya, aku tidak tahu.

    Malaysia memang banyak durian namun aku sedikit ralat kenapa tiada bangunan yang berinspirasikan durian sebegitu rupa.Atau yang idea asalnya jelas dan nyata di depan mata kita. Adakah arkitek kita begitu sempit,tumpul dan jumud daya kreativiti mereka?Atau adakah harus kita kuku besikan dan susahkan hidup mereka baru mereka boleh keluar dari kepompong empat segi bosan itu?

    Kagumkanlah aku dengan karya yang bukan empat segi lagu.

    Cantikkanlah Kuala Lumpur dengan eksterior yang bukan geometri lurus sifatnya.

    Kalau Singapura boleh buat,kenapa pula tidak kita.

    Tuesday, February 05, 2008

    Sengal Di Singapura


  • Sengal 1

  • Semalamnya penat berjalan,hari pergi kelas semua bangun lewat.Teksi banyak yang lalu tapi kami segan nak tahan.Aku jadi jakun.Dah lambat sangat,naik sahajalah apa yang ada.

    "Normally people assumed we(read:Mercedes and BMW) charged very expensie but actually we followthe same meter".

    Jelas pak cik pemandu teksi itu.

    Aku tak kisah.Lebih +$1 dollar sahaja dari teksi biasa.


  • Sengal 2

  • Dah sampai kawasan yang dituju,boleh tak kawan aku tak ingat nama bangunan setepatnya. Alamat lokasi hilang hilang dari dompet dia.Ah sudah!Terusan kami ditinggalkan di tepi jalan sahaja.Yang beria baca email dan mencatit lokasi telah hilang kertas hikmatnya.Yang kononnya fotographik memori iu pula hanya ingat nama jalan dan daerahnya sahaja. Memang teruk gila. Sudahlah di situ banyak sangat bangunannya.


  • Sengal 3

  • Plan B cari kedai internet.Damn!Tak adalah pula.Plan A,cari telefon awam. Nak telefon orang Singapura. Damn!Tak ada telefon awam dalam 1KM radius kami cari.Sampai basah ketiak aku mencari telefon awam. Itulah sengalnya bawa telefon tapi lupa nak buat roaming.Yang boleh roaming pula alasan tak ada kredit macam biasa.


  • Sengal 4

  • Terjupa satu pasar raya.Ada telefon awam.Tengah cari duit kecil si mamat yang hilang peta itu bersorak.Dah jumpa itu kertas ajaib dia. Sabar!Sabar sahajalah aku mampu buat. Tadi dia cari pakai tapak kaki ke apa.

    Semalam sudah menapak dari Orchard sampai ke Esplanade.Hari pergi kelas menapak lagi angkara sesat cari bilik darjah.

    Kalau aku tahu jadi begini,baik aku salin juga alamat lokasi itu sebelumnya. Inilah padahnya kalau bergantung percaya sangat dengan orang lain.Padan muka dia tak dapat kongsi roti krim aku sebagai tanda protes.

    Jumlah masa yang dibazirkan=1 jam.
    Jumlah kesengalan di dalam hati=tak terkira.

    Monday, February 04, 2008

    Menapak Di Orchard Road



    Orhard Road.Hari itu dalam sejarah.Buat pertama kali,aku disiksa menapak dari hujung ke hujungnya.Gila!Itu dalam 3 KM panjangnya.

    Alasannya,nak melihat Singapura sedekat yang mungkin.Objekifnya, Esplanade.Cis!Menyesal pula aku kata pernah tersesat(tapi tak sampai lagi)ke sana dengan berjalan kaki.Bukan naik MRT/LRT atau teksi atau bas dua tingkat itu.

    Nasib baik hari itu malam.Suasana pula agak nyaman.Kaki selesa dibalut Stan Smith putih melepak edisi 2007 berstokinkan Nike.Oops!Minta maaf Adidas.Setokin kamu aku tertinggal di Malaysia.

    Esplanade memang tujuan aku terbang ke sini.Eksprerimen di makmal SS7 hanya alasan sambil menyelam minum air semata-mata.Entah mengapa,teman lelaki yang di bawa pun sekepala. Err...no pun intended here.Dia seperti aku,juga kagum dengan Esplanade si bangunan durian itu.

    Dari Orchard Road ke Esplanade memang tak berapa penat gila.Lalu jalan pintas entah apa-apa pun tak takut juga.Singapura kan antara bandar terselamat di dunia.Namun balik Seranggoon kami naik MRL sahaja.Kalau disuruh menapak,matilah aku tiada idea mana tempat itu di atas peta.

    Esplanade,nanti kita jumpa lagi.Aku mahu dengar muzik di sana.

    Nota:Terima kasih Yati kerana memilih hotel yang amat strategik sekali lokasinya makan minum dan soal pengangkutannya.

    Sunday, February 03, 2008

    Seluar Dalam



    Kenapa kita perlu pakai seluar dalam?

    Kalau bagi perempuan,mungkin jawapan persoalan itu semudah mengecam antara ikan emas dan ikan jerung.Tetapi bagi lelaki, err... mungkin jawapan persoalan itu sesusah mengecam sekilas ikan di air. Tak tahu yang mana satu jantan,yang mana satu betina.

    Seluar pada susur galur sejarah dan asal usul-usul evolusinya hanya untuk lelaki. Namun mungkin mereka yang perempuan cemburu melihat ketampanan si gagah perkasa lalu mereka tanpa usul periksa telah selamba menjajahnya.Ya. Perempuan walaupun nampak lemah lembut tapi sebenarnya dalam senyap merekalah spesies yang suka menjajah. Mungkin dari revolusi inilah terciptanya seluar dalam .

    Secara logiknya seluar memang pakaian sang lelaki secara tradisi. Sesuai dengan tuntutan jasmani dan emosi mereka.Namun persoalannya kenapalah sampai berganda seluar yang kena di pakai. Bukankah di dalam atau di luar,seluar tetap seluar. Panjang dan pendek sahaja bezanya. Pakai atau pun tidak bagi versi seluar yang di dalam itu,sukar diteka melainkan ditelek betul-betul atau jalan mudahnya, mari kita raba sahaja.

    Pergh!Lega.Nasib baik hari itu tak ada yang mata yang menelek atau tangan yang meraba.Ya. Tuan-tuan dan puan-puan.Dalam kelam-kabut mengejar itu kapal terbang,saya telah tertinggal seluar dalam-seluar dalam saya di Malaysia. Tertinggal dalam beg kerja Nike saya.Ah sudah!Terasa berbogel seketika.Wah!Terasa nyaman berangin sepoi-sepoi bahasa juga di daerah sana.

    Tertinggal seluar dalam di Malaysia=jom mari kita pergi jalan-jalan ke Orchard Road.

    Beli seluar dalam di sana.

    Tengok.Kukuhkan alasan saya nak ke Orchard Road?

    Mungkin itu jawapan saya kenapa kita perlu pakai seluar dalam.

    Saturday, February 02, 2008

    Visit Singapore 2008::Pictogram Part 2

    Nak pergi masa puncak tak dapat tapi sempatlah jugalah merasa saki-baki Jualan Hujung Tahun Singapura.






    Tak pernah aku lihat kalau di Malaysia,orang beratur nak masuk LV.







    Wah!Banyak gila kondom. Rambang juga biji mata.








    Err...agak-agaknya aku masuk atau tidak kedai ini?








    Orchard Road di waktu malam.









    Gambar poyo seorang pelancong.









    Cantik gila pemandangan ini walaupun tak dapat diterjemahkan dengan betul oleh tangan si pemetik kamera.






    Gambar singa yang boleh keluar air dari mulut.

    Friday, February 01, 2008

    Visit Singapore 2008::Pictogram Part 1

    Travel not so light.Leftover from PD.








    New ruling.









    Pergh!Cukup-cukup 1 jam sampai tadi.Err...Singapura dikira penerbangan antarabangsa ke?







    Changi Airport yang sudah siap dicantikkan.








    Lega beg tak hilang.









    Membaca peta MRT/LRT.









    Yeah!Dah sampai Orchard Road.









    Selamat malam Singapura.