Monday, March 31, 2008

Ferrari Saya



1 cita-cita murni menggunung tinggi.

3 buah negeri dijelajahi.Melaka,Selangor dan Wilayah Perseketuan Putrajaya.

4 pit stop terpaksa ditempuhi.

Namun,7 senyuman terukir indah setiap kali.

Yeah!Misi kali ini telah sempurna dilaksana.

7 replika mini Ferrari berskala 1:38 edisi telah dimiliki.

Jumlah kenipisan beg duit=RM 5.90 x 7 x 40.

Jumlah senyuman di dalam hati=tak terkira.

Sunday, March 30, 2008

Word Of The Day::Frugal

fruĀ·gal
adj.
1. Practicing or marked by economy, as in the expenditure of money or the use of material resources.
2. Costing little; inexpensive: a frugal lunch.

"What is that,bro?"

Being a busy body,I cannot resist the temptation to throw a question upon seeing a series of blue boxes peeking out from my boyfriend work bag.We are lightly chatting at the surau for the Asar prayer.

"Bekal."

He answered me.I frowned very hard.It look like it's about too many boxes to me.Breakfast and lunch maybe.Then,I made a weird face almost as if saying 'since when you are eating a bekal dude?'.

"Frugal".

He added shortly as if he can telepath my mind.But,seriously this friend of mine is dangerous.He is like my twin.On numerous occasion,it's proven that he share the same personality trait like me. Oh ya!That make me so un-unique anymore.

"Frugal?"

I responded in slight disbelief.He just smiled.We continue our chatting. About work. About life.About money.

Huh!Life can be so economically challenging when a men start having a children around.

OK.I know what rebuttal that might be but let just save it for the day.

I don't need it right now.

Unless there is a woman out there that can convince me that married is the good things that can happen to my life.

Ya right.

P.S Unless you own a Civic 07,don't bother to convince me.I'm not interested.I'm too materialistic for that.At least for now.

Saturday, March 29, 2008

Word Of The Day::Takut Bini

"Pergi IKEA tak?"

He waived me at spontaneously throw a question.

"I did but I don't know what to buy".

Wah!This friend of mine normally speak in not his mother tongue with me so I guess it's appropriate for me to do so.

Err...then.Here we came the BIG silence.A very typical male-male conversation.2 lines and then the world is like out of news.

.....

"By any chance,do you collect Ferrari's?Aku cari macam nak matilah yang no.4."

After cracking my brain,then I manage to come out with something.

"Damansara kat mana ada Shell?"

Yeah!A big applause for me for breaking that big silence.

"Aku tak kumpullah.Bini aku suruh isi Petronas.Nak menang Audi."

Hahaha.I almost being a sarcastic that day.Luckily he is one of my best friend.

But,I wonder about something.

Muka macam ini handsome pun takut bini ke?I know deep down you like that cute little Ferraris.Who wouldn't right?

Maybe this takut bini syndrome does not choose its' victim.Even being a handsome like a model does not guaranteed you will be safe.

What about me?Will I ever get lucky to the least to be the victim?I know that I'm not handsome like a model but will then I get scared?

Well...maybe.

In your dream.

Friday, March 28, 2008

Topik Pagi

Dalam kereta di waktu pagi,topik hari itu ialah pasal apa yang anda tidak suka dengan pasangan anda.

Wah!Kalaulah aku kenal lelaki si pemanggil yang amat sempoi itu, pastilah akan aku jabat tangannya dan akan aku tepuk-tepuk bahunya. Syabas!Cerita pagi itu memang satu inspirasi buat hari aku. Kesengalan memandu di belakang awek tak berapa cun yang tak nak potong-potong lori itu pun hilang juga.

Isunya kecil sahaja.Pasal duit.Tentang karektor si isteri.Entah mengapa, isteri pemanggil tidak suka tahap berperang bermasam muka jika si suaminya memberi duit kepada ibu mertuanya. Aduh!Isu itu amat mikro sangat-sangat bagi aku.Ibu mertua kan taraf hormatnya macam ibu-ibu juga.Macamlah terjejas teruk sangat ekonomi negara jika duit yang tak seberapa itu dihulur mesra buat ibu yang telah susah-susah 9 bulan mengandungkan anaknya.Si isteri itu aku rasa patut tahu juga tentang itu kerana dia juga seorang ibu. Lagipun,bukankah di A-Z kamus hidup sang isteri ada mencatatkan yang walau apa pun yang terjadi di dunia ini,syurga seorang lelaki masih di bawah telapak kaki ibunya.Si pemanggil juga mengadu yang mana bila tiba babak-babak lakonan sang isteri dengan ibunya sendiri,boleh sahaja dompet sang isteri tanpa izin suami menjadi ringan tiba-tiba tanpa ada masam muka.Hai!Tak tahulah apa masalahnya tapi itu memang sengal.Serius!Cerita sang suami itu memang buat aku mahu isytiharkan perang sahaja.

Di akhir kata,si pemanggil membuat satu kejutan seakan anti-klimak kepada ceritanya.

"Saya dah ceraikan dia dan sekarang saya bahagia dengan isteri baru".

Terpelongo sesaat Faizal dan Fara Fauzana.

"Yang baru ini tak kisah pun kalau saya nak beri duit kepada ibu saya".

Tambah lagi si pemanggil bertuah itu.Wah!Aku terasa seakan mahu bertepuk tangan sahaja walaupun aku tahu di kelajuan 110 KM/J tindakan itu memang boleh mengundang gejala bunuh diri sendiri.Padan muka si isteri kedekut itu.

Maka,betullah kata bijak pandai.

Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.

Lelaki yang macam aku,mmm...untuk perempuan yang bagaimanalah agaknya?

Kalau adalah perempuan untuk aku.

Aku baik ke?

Oleh kerana aku yang tanya di blog sendiri,maka aku rasa baik aku tak payah jawab.

Thursday, March 27, 2008

Apa Saat Yang Seronok Sangat Pasal Kahwin?

Satu sessi soal-jawab dengan pengantin lama di meja makan.

1.Masa tunang dapat jalan-jalan sambil pegang tangan?
Apalah.Tak mencabar langsung soalan.

3.Mmm...kalau masa tengah resah gelisah,boleh dapat peluk?
Hahaha.

3.Masa jabat tangan tok kadi?
Itu mana seronok.Berpeluh satu badan tau kalau kau nak tahu.

4.Masa malam pertama?
Mmmm...Itu biasa sahaja seronoknya tapi malam pertama aku agak kelakar sebenarnya.*

5.Aku tahu!Mesti seronok sebab boleh buat seks tiap-tiap malam?
Hahaha.Kau tak kahwin lagi kau tak tahu.

6.OK.Aku putus asa.Apa yang seronok sangat pasal kahwin?
Well.Masa dapat baby pertama.Masa baby itu senyum kat kau dan pegang tangan kau kuat gila.Itu memang saat yang paling seronok gila.

Wah!Terharunya.

Tapi aku tak sexcited pun.

Rasa macam nak ke Mid Valley adalah.

Nota:* Memang kelakar tapi tak boleh dituliskan.Itu rahsia lelaki sama lelaki.

Wednesday, March 26, 2008

Saya Seorang Kapten

Aku pergi kenduri kahwin.Yang pertama kali dulu aku tak dapat pergi. Terlupa baca email. Maka untuk kali yang kedua ini,awal-awal lagi aku dah kosongkan kalendar sibuk aku.Wah!Cepat ya dapat cari pengganti.

Lauk sedap sebab tanda arasnya aku makan banyak.Layanan semua OK.Pemandangan makan semeja dengan aku pun semua OK.Tolak pakcik dan makcik itu,semuanya termasuk aku boleh dimasukkan dalam kategori jambu.Pendek kata semuanya OKlah pasal kenduri itu.

Tapi tiba-tiba aku rasa mual.Bukan pasal makanan.Bukan pasal jambu. Bukan juga pasal pakcik dan makcik semeja dengan aku.Tapi pasal pengantin.Bukan pasal pengantin perempuan yang sudah nampak lain cantiknya tapi pasal panggilan demi panggilan kepada pengantin lelaki.Ya.Itu yang memualkan telinga aku.

Hello!Aku tahulah kau askarkan.Aku tahulah kau Kapten tapi adakah perlu disebut kata Kapten itu setiap kali.Aiyo!Macam kalau tak sebut sekali tak cukup menunjuk agaknya.Aduh!Sudahlah penunjuk arah sekeliling ada kata Kapten itu. Terasa macam habis mata dan telinga aku dicemari dengan kata pangkat Kapten itu.

Entahlah.Aku semacam anti dengan kata Kapten itu waima adik dan adik ipar aku pun Kapten juga.Nasib baiklah mereka memahami aku.Dulu masa nak keluar kad jemputan sebelah Melaka, tiada langsung kata Kapten itu di mana-mana.Sama ada di tepi jalan mahu pun di udara. Pada awal mesyuarat keluaraga ada orang tua-tua yang tak setuju namun alasan nak berlagak itu mudah saja untuk para pemberontak terbalikkan.

Mungkin aku anti dengan kata Kapten itu.Tapi apa kata kita cuba tukar dengan kata Datuk pula.

Datuk K.
Datuk K.
Datuk K.
Datuk K.
Argh!Banyaklah kau punya Datukkkkk!

Macam sengal juga nampaknya.Perlukah telinga aku dibingitkan dengan kata-kata itu?

Orang kalau dah Datuk,tak payahlah disebut berulang kali yang kau Datuk kan.Aku tahulah kau Datuk.

Ular kalau menyusur akar,tak kan hilang bisanya.

Orang kalau dah Kapten,tak kan hilang Kaptennya kalau tak panggil bukan?

Tapi.

Err...Datuk kenalah sebut.Itu Sultan yang beri.

Nanti kalau Sultan murka,payah pula nak menjawabnya.

Tuesday, March 25, 2008

Kursus Kahwin

"Bla...bla...bla."

Aku sedang membebel tak tentu hala.

"Kau nak pergi kursus kahwin ke Man?".

What the...?Aku terkasima sebentar kerana ditanya.Err...pekak ke apa kawan aku ini. Bukan aku sedang mencarutkan sesuatu pasal mobile number portability ke?Sengal.

"Gila.Nak pergi buat apa?Awek pun tak ada lagi."

Dengan merah muka(err...kulit hitam nampak ke warna merah?) malulah kononnya aku cuba membetulkan keadaan. Kawan-kawan yang tunduk khusyuk membuat kerja masing-masing sudah tegak leher bak burung unta.

Ya.Kursus kahwin.Kursus kahwin.

Aku rasa macam otak aku kena tumbuk.Tiba-tiba rasa nak pergi kursus kahwin.

Err...TAPI.

Boleh ke pergi kursus kahwin kalau tak ada awek lagi?

Tolonglah boleh pak imam.

Nanti kalau dah tua ganyut seganlah pula kalau nak pergi.

"Man.Nanti kau psycho pergi sana sorang-sorang".

Ada orang nasihatkan aku.

Ah!Psycholah pula.

Tekanan.

Err...ada tak awek yang sudi nak ikut aku pergi kursus kahwin?

Monday, March 24, 2008

Musim Hujan,Musim Mengawan



"Pergi cari baju Zahari tadi.Campak atas bumbung belakang."

Laung bapa pengantin kepada abang pengantin.

"Mak pengantin mana?Suruh dia letak batu anak lesung dalam periuk. Rebus."

Laung mak saudara si pengantin lelaki pula.

Keadaan kelam-kabut sedikit.Langit makin lama makin hitam.Majlis kenduri baru hendak bermula.Tetamu jemputan sudah mula ramai yang datang memenuhi undangan.Aku berehat di beranda.Ala-ala seorang VIP. Terberat tulang hendak menolong sebab kasut aku cantik dan ada bau kedai lagi.Langit makin gelap.

Baju busuk telah dicampak.

Anak lesung yang tak bersalah juga telah direbus.

Namun hujan tetap turun.Turun dengan maha lebat sekali.12 tengah hari sampai jam 12 malam.

Wah!Sejuklah pengantin baru malam itu.

Tahniah!Zahari dan Shafieza.

Sunday, March 23, 2008

Tunang Orang::Bahagian 2

Aku puji gila tunang si Najib.Memang rajin gila.Memang berbakatlah buat kerja. Maklumlah,bukan senang nak buat majlis kenduri.Perlu ramai kaki tangan.

Mak ada sedikit sangsi dengan pujian aku.Mak kata itu mungkin satu lakonan.Tapi mak berubah fikiran lalu kata boleh jadi juga itu satu kenyataan.

"Ala mak.Tak kisahlah dia nak berlakon ke apa.Janji dia boleh buat kerja. Tak macam si Datin itu.Awal-awal lagi dah fail."

Wah!Ada gaya mak nenek aku membebel.Sah!Aku memang berbakat.

"Entahlah.Macam mana nenek kau pilih menantu agaknya!".

Mak layan bergossip dengan aku.

"Abang kalau bawa balik perempuan macam si Datin,Abang jangan balik-balik kampung lagi".

Mak tiba-tiba macam geram.

Aku diam.

Hai.Baru 2 baris bergossip,aku dah kena.

Inilah namanya tak ada bala,sengaja cari bala.

Tertekan sungguh perasaan.

Saturday, March 22, 2008

Tunang Orang::Bahagian 1

Mak balik rewang dengan khabar gembira.Si Najib dua pupu aku khabarnya sudah bertunang. Orang Pahang lawannya.Mak kata cantik tunangnya.Lemah lembut dan sopan santun.

Ceh!Aku(dan adik-beradik juga)sebenarnya kurang percaya dengan aras tanda kelas sesuatu kecantikan bagi kes mak.Ini bukan kes terpencil tapi kelas mak dan kelas kami memang jauh berbeza.Macam Puteri Diana dan Amy Winehouse jaraknya.

Hari langsung,aku kena jadi pemandu emak sebab ayah demam.Masuk dapur rumah pengantin nak cari pisau.Pisau tak dapat tapi aku dapat jumpa perempuan cantik tengah basuh pinggan. Wah! Ini kot tunang si Najib.Betullah cakap mak.Memang cantik. Terusan sahaja aku hilang ketar lutut lalu soal itu dan ini.Gatal gila.Tunang orang pun aku sibuk nak temuramah.Cubalah kalau tak cantik tadi.Haruslah aku kancing gigi tak tahu nak cakap apa.

Itu memang masalah kelakian aku.Kalau dengan perempuan cantik aku jadi berani tapi dengan perempuan yang sebaliknya aku jadi takut.Kes kajian:perempuan kambing itu. Serius aku trauma gila dengan dia.Tidur malam pun boleh tergiang-giangkan suara dia yang kuat itu.

Tapikan.Bagi akulah.Kecantikan perempuan itu tak berapa penting pun. Yang penting kereta dia cantik.Percayalah cakap aku. Kalau tak lawa macam Ugly Betty pun tapi bawa Civic 2.0 warna hitam,pastilah aku tergila-gilakan dia.

Err...

Tapi.Sah hari itu si Najib telah menaik-tinggikan lagi tanda aras perempuan-perempuan cantik dalam keluarga aku.Dahlah cantik, ringan tulang pula gayanya.Tahu nak ke depan dan ke belakang buat kerja.

Gila!Tapi aku rasa sedikit tercabar dan terkalah.

Manalah aku nak cari perempuan yang cantik macam itu?

Kat The Curve ada tak?

Aku suka pergi The Curve.

Friday, March 21, 2008

Cerita Taman Bunga



"Bunga apa nak ambil agaknya!".

Makcik,dua sepupu emak itu sudah berkira-kira.Dia belum pun turun kereta lagi tapi hasrat sudah menggunung di dada.Mak bercerita dengan penuh sinar di mata.Aku senyum manja sahaja.

Ah sudah!Makcik-makcik memang begitu.Datang rumah aku mesti nak minta bunga.Macamlah rumah aku nurseri bunga.Minta ala percuma pula selepas itu.Mmm...tapi tak logik juga kalau nak kena letak harga.Mak pula pemurah sifatnya.Orang minta dia bagi sahaja.

"Banyak ke yang dia ambil?"

Aku mula tak puas hati.Mak tunjuk yang itu,yang itu,yang sebelah sana, yang sebelah sini,yang dekat dapur dan yang itu juga.

Ah!Banyaknya.Makcik-makcik memang pandai tau.Datang rumah masa aku tak ada.Cubalah minta kalau masa aku ada.Matilah dapat cekak pinggang dari aku sahaja.Aku memang kedekut tak pemurah macam mak.Err...mungkin aku ikut ayah kot.Like father,like son orang putih kata sebab ayah pun selalu tak puas hati dengan aktiviti memetik bunga di taman oleh makcik-makcik yang gemar datang rumah.

Esoknya di hari langsung,kecohlah berita rumah aku banyak bunga. Banyak orkid juga yang sedang berkembang.Aku sudah kecut perut takut kalau rumah kena serbu.

Err...aku tak rasa pun begitu banyak pun bunga mak.

Tapi orang perempuan punya mulut memang begitu.

Melebih-lebih pula ceritanya.

Mak hanya tersenyum bangga.

Aku sudah bersedia untuk bercekak pinggang.

Thursday, March 20, 2008

BABI


Alahai.Comelnya dia.

Babi!

Babi!

Babi!

Minta maaf.Ini bukan amarah.Tidak juga satu sumpah seranah walaupun memang aku sedang membabikan orang sekarang.Aku berbicara yang benar.Tentang satu isu yang kalau dipegang oleh orang islam err...itu jatuh dalam kategori mughallazah hukumnya. Tidak molek pada pandangan mata masyarakat sejagat juga kalau bergambar mesra bersama-sama.Apatah lagi kalau dimasak dibuat asam pedas daging. Macam meliurkan bunyinya tapi haram hukum orang Islam makan dagingnya.

Ya!Aku sedang berbicara tentang binatang comel hidung penyek ekor berpintal itu.Glamour sebagai Babe di layar perak atau senang sahaja dikenali sebagai babi di alam realiti.

Aku malu nak mengaku tapi hakikatnya Melaka dan babi sudah jadi semacam satu pasangan glamour.Sampaikan nama virus babi pun hampir-hampir nak dipopularkan dengan nama virus Melaka.

Sana sini di kampung orang bercerita tentang babi.Dulu bila aku cerita yang aku nampak babi masa jalan-jalan tengok kampung mak dan ayah gelakkan aku.Tak percaya. Tapi kini babi memang sudah ada di kampung aku.Tak tahulah dari mana datangnya tetamu tidak diundang itu tapi ada pak cik Cina kata yang babi-babi itu adalah lebihan yang sengaja diturunkan di kampung aku tatkala memuncaknya konspirasi ternakan babi haram di DUN Linggi suatu masa dahulu.

Babi!

Babi-babi yang datang ini memang telah menjejaskan teruk ekonomi kampung aku walaupun spesies yang datang itu ala-ala ternak dan putih merah jambu warna kulitnya. Walaupun nampak comel,tapi ironinya orang sudah takut turun menoreh.Kebun aku juga habis disondol sana sini. Paling menakutkan,berani si babi itu mampir ke kawasan rumah aku.Mak sudah takut.Aku pun juga begitu.

Babilah itu babi.

Wednesday, March 19, 2008

SMS Durian

#1
Balik kampung aku disambut haruman durian.Mak masak bubur kacang durian.Sedap tapi aku tak makan sebab aku tak suka bubur kacang.

"Banyak ke durian mak?"

Tanya aku.

"Tak ada."

Jawab mak.

"Habis.Ini durian mana?"

Aku pelik.

"Pak Usu kau bagi".

Mak menjawab.

"Tadi abang pergi kebun nampak macam banyak tapi tak jalan sampai belakanglah sebab banyak nyamuk".

Aku bercerita.

"Ayah kau banyak tanah dia dah pajak".

Mak menyambung.Aku mengeluh kecil.Aku tahu aku sebenarnya tak patut pun buat begitu. Jika aku ditempat ayah,pasti aku juga berbuat begitu.

Petang itu aku merempit ke rumah Pak Usu.Niat di hati mahu menempa durian.Argh!Misi gagal.Durian Pak Usu telah diambil orang.

#2
5 hari kemudian,Izzat dan kembar balik kampung.

"Kesian tau anak aku.Berkobar-kobar nak makan durian tapi tak dapat".

SMS Ina kepada aku.

Ah sudah!Aku telah buat salah.Tersalah hantar SMS sebab ingat durian tengah banyak.

Aku belajar sesuatu hari itu.

Lain kali,pergi kebun dulu periksa banyak durian dah gugur atau tidak, kemudian baru SMS adik beradik suruh balik.

Tapi kenapalah Eddie tak panjang langkah pergi rumah Pak Usu cari durian?

Takkanlah mak pergi KL semua orang mati akal nak cari durian.

Tuesday, March 18, 2008

Musim durian



Musim durian tak berapa menjadi lagi tahun ini.Ini sudah masuk tahun kedua selepas bencana banjir besar.Trauma lagi agaknya pokok-pokok durian kami.

Banjir besar itu memang mengubah landskap kampung.Mana-mana pokok durian yang tak trauma,err...tak panjang umurnya.Luruh daun satu persatu dan mati.Syukur kebun mak dan ayah banyak lagi pokok durian yang panjang umurnya.Syukur juga ayah biarkan kebun-kebun itu macam hutan belantara kerana jikalau tidak nescaya tak dapat bertahanlah pokok-pokok durian itu ditenggelami air.

Dengan gaya ala nak ke KLCC,aku pergilah ambil inisiatif periksa kebun. Dengan kasut RM350 itu.Wah!Itu pun nak cerita.

Seronok!Baru nak berbunga gamaknya pokok-pokok durian dan ada juga yang sudah sebesar kepala aku buahnya.

Alhamdulillah.Biarlah lapis kesekian kali ini banyak buah yang lekat dan lazat.

Bolehlah buat pesta durian di Cyberjaya nanti.

Monday, March 17, 2008

Cerita Pergi Pasar

Kami pergi pasar.Kami=aku + mak.Aku nak makan ketam masak lemak dan ikan parang masak asam pedas Melaka.Aku boleh pergi beli sendiri sebenarnya tapi mak pula kata saja gatal nak ikut.

30 minit kemudian.

Ketam,udang,ikan,daging,daun-daun hijau dan rempah ratus telah selamat kami beli. Kemudian,kami anak beranak berpecah.Mak terus sahaja melenggang kangkong ke arah kanan dan aku pula ke arah kiri.Aduh!Keras terus otot-otot bicep aku menjinjing 2 beg plastik kiri dan kanan.Aku bagi mak masa maksimum 10 minit sahaja.Lambat?Sila balik sendiri.

Masa maksimum 10 minit digunakan mak sebaiknya.

"Nah!Ini untuk Abang?".

Aku ambil bungkusan plastik itu.Aku buka dan aku tengok.Mak bagi aku sebuah buku kecil sebesar setengah kertas A4.Murah sahaja harganya tapi tajuknya sungguhlah besar maknanya.Aku rasa diri aku kecil.Tajuk buku itu ialah sesuatu yang berkaitan dengan panduan haji dan umrah.

Aku dalam kereta terus insaf.

Tak bercakap-cakap.

Aku takut.

Sunday, March 16, 2008

Nota Pilihanraya::Belajar Apa Itu Kuasa Politik Kita

DUN untuk negeri.

Parlimen untuk negara.

Nak jadi Ketua Menteri kena menang DUN.

Nak jadi Menteri Kabinet kena menang Parlimen.

Pergh!Letih aku berkempen percuma tak harapkan apa-apa untuk mak dan geng-geng bunga orkid dia.Aku ingat mereka tahu tapi aku baru tahu yang mereka ramai tak tahu.Apa itu DUN.Apa itu Parlimen.Ada yang tahu tapi tak yakin nak kata tahu.Maklumlah,cikgu memang agak garang hari itu.

Balik ke kota dari desa tercinta,sekali lagi aku dapat fenomena yang sama.Ada lagi spesies terpelajar yang keliru DUN dan Parlimen rupanya.Itu memang sengal.

Desa atau kota,sama sahaja tahap pemahaman yang ada.

Secara biasa,aku bukanlah peminat politik.Tapi selepas ini marilah kita sama-sama celik ilmu tentang kuasa yang ada pada pangkahan kita.

DUN dan Parlimen itu hanyalah satu isu kecil.Apa yang terjadi selepas Pilihanraya ke 12 kali ini banyak buka mata tentang betapa ada kekurangan di sana sini dalam sistem perundangan kita dan sistem pembahagian kuasa yang ada.

Marilah kita semua jadi peminat politik.

Lupakan buat selama-lamanya cerita artis yang berideologikan hedonistik itu.

Saturday, March 15, 2008

Nota Pilihanraya::Harga Bendera Itu


Masa balik rumah tak perasan pun.Bawa kereta laju sebab dah nak terkencing sangat.


Sekali...pergi dekat-dekat.Wah!Biar betul ada bendera kat situ(anak panah gambar di atas).

Maaf!Ini bukan gambar Taman Negara tapi ini ialah kebun yang telah bertukar jadi hutan simpan.

Gila.Ada juga rupanya orang yang sanggup panjat pokok jering Tok Aki aku semata-matanya nak pasang bendera.Dulu masa sekolah rendah, aku rasa pokok jering ini amatlah tinggi gila. Sekarang, mmm... tidak lagi.KLCC lagi tinggi.Di sebelah pokok jering ini ada pokok sentul(sejenis buah nadir) tapi ia dah lama mati akibat dipanah petir.Itulah,tinggi sangat lagi.Maka tak dapatlah aku makan buah sentul masam yang kena kopek pakai tukul besi itu.

"Berapa budget calon BN dapat untuk setiap pilihanraya?"

Dalam kereta aku buat cubaan memecah keseganan untuk berkata-kata. Datuk tentu dapat jawab sebab dari A hingga Z pilihanraya di Melaka dalam genggam dia walaupun dia tidak bertanding.

"Itu ikut DUN atau Parlimen.Kalau DUN dia start dengan RM xy K.Tapi kalau habis boleh minta sampai maksimum RM ab K."

Terang Datuk.

"Wah!Banyak juga.Itu duit yang Abang bayar income tax kan?"

Aku mula tak puas hati.Datuk senyum sahaja penuh makna.Tiada jawapan untuk soalan aku.

"Berapa banyak yang budak-budak pasang bendera ini dapat Kak Ngah?"

Tanya Datuk lagi.

"Mmm...aku tanya budak-budak,tak banyak.Tak sampai ratus pun."

Ayah menyampok.

"Dah kena belitlah duit itu nampaknya.".

Aku bertambah sakit hati.Datuk suruh aku teman dia pergi rumah Datuk Ali Rostam melihat keputusan pilihanraya pun aku sudah berjauh hati. Sakit hati pasal duit aku sudah bazirkan.

Alasan.

Padahal motifnya,kalau aku pergi aku mesti tak dapat tengok Shin Chan.

Err...itu kot moral cerita di atas.

Friday, March 14, 2008

Nota PilihanRaya::Diari Saya

Ini kali yang pertama mengundi.Hari itu patut diblogkan untuk diingati.

  • Jam 3

  • Datuk N singgah rumah.Katanya nak tengok suasana pilihanraya di kampung.Aku terus terjaga dari pengsan.Waduh!Bunyi mereka berbual semacam cemburukan aku yang seronok tidur petang.

    Dah penat borak,sekali Datuk kata dia nak pinjam motor.Aku bagi kunci motor Idah.Ayah tukar bagi kunci motor dia.Motor Ida susah nak hidup enjin.Ayah bagi amaran yang topi keledar dalam motor itu busuk tapi Datuk buat tak peduli sahaja.Ala bukan dia pakai pun.Kalau terserempak dengan polis,err...padanlah muka dia kan.

  • Jam 4

  • Aku kena mandi wajib.Err...mandi pakah itu di petang hari?Kena hantar Datuk balik Melaka. Argh!Sengal.Aku memang malas gila hendak memandu.Tadi orang tua ini datang dengan pakcik. Lepas itu pakcik pergi Muar tak balik-balik lagi.Dalam kereta banyaklah cerita menarik pasal pilihanraya keluar.Aku tak ambil peduli pun.Sesekali melayan atas dasar aku berlakon sopan.

  • Jam 5

  • Sampai Melaka,turunkan Datuk kat hotel dia dan pergi jumpa nenek kat rumah pakcik.Ah sudah! Baru sekejap aku pergi Mahkota Parade dah ada krisis keluarga.Memang kalau boleh aku nak bagi pelempang sebiji dua kat masing-masing.Duit!Duit!Duit!Dari dulu sampai sekarang asyik isu duit.Tak boleh ke tukar isu lain.Isu Lia jadi pelakon ke.Isu babi ke. Isu aku tak kahwin lagi ke.Err... jangan.Jangan.Itu merbahaya.

  • Jam 6

  • Krisis memuncak dan aku sudah tak tentu arah nak balik rumah.Shin Chan satu jam sahaja lagi. Apa lagi...persetankan orang yang berperang. Shin Chan harus aku tonton.

  • Jam 7

  • Tengok Shin Chan.

  • Jam 8

  • Pengsan atas katil,dada ada buku novel cinta remaja tajuk tak ingat apa. Bosan gilalah kisah cinta mereka.

  • Jam 11

  • Masuk Internet.Masuk YM.Masuk Malaysiakini(Terima kasih Saiful). Terkejut tengok keputusan pilihanraya.

  • Jam 1

  • Aku masuk tidur.Semacam ada rasa puas.Kita telah menang,Malaysia.

    Thursday, March 13, 2008

    Nota Pilihanraya::Jalan Baru


    Jalan ke kebun mak.Macam tak ikhlas sahaja tar dia.


    Nasib baik jalan ke kebun yang ini OK banyak.Tebal gila tar dia.

    Ini agenda wajib setiap kali pilihanraya.Jalan yang tak elok semua akan jadi cantik. Sampaikan jalan nak pergi kebun pun mereka cantikkan. Bagus juga ada pilihanraya ini. Adalah gerak-gempur pembangunan sedikit.Namun,taktik nak ambil hati rakyat sebegini amatlah harus dipandang dengan dengan rasa curiga yang paling atas sekali.

    Kalau diikutkan,Melaka terkelas dalam negeri yang kaya kot.Ketua Negerinya memang pandai cari FDI.Itulah sebabnya jalan nak pergi kebun kami kualiti tarnya jauh lebih baik daripada jalan-jalan negeri di sesetengah negeri sebelah sini.Syabas Datuk Ali Rostam.

    Sessi pilihanraya kali 12 ini,YB DUN bertukar lagi.Secara peribadi aku lebih suka yang lama dari yang baru ini.YB dahulu memang terbukti mesra rakyat.Kalau ada kenduri kahwin,jemput atau terlupa dijemput, dia tetap akan datang.Itu yang memang buat aku hormat dia.

    YB kali ini aku belum kenal hati budinya.

    Seperti juga jalan yang baru ditar,entahkan tahan entahkan tidak diuji panas dan hujan YB kali ini.

    Wednesday, March 12, 2008

    Nota Pilihanraya::Yang Berhormat Baru

    080308.Semua orang bangun awal hari itu rasanya kecuali aku.Semua orang itu ialah mak dan ayah sahaja sebenarnya.Yeah!Hari itu kami semua pergi mengundi.Mengundi buat kali yang walid untuk lelaki ini.

    Jam 10 baru insaf nak bangun.Sedap gila makan nasi lemak sebelum gosok gigi.Rumah sunyi sepi bak kalau jarum peniti jatuh pun boleh didengar dek telinga.Mak dan ayah mengundi di kampung mak.Aku pula kena mengundi di kampung ayah.Err...

    "Siapa calon YB kita mak?"

    Tanya aku dalam posisi berkemban paras pinggang istiadat nak mandi pagi.

    "Ala...abang ke adik.Pelakon TV yang jadi pemandu dalam cerita Janji Diana."

    Mak di luar sudah siap bersolek bagai nak pergi kenduri orang kahwin.

    "Bagus ke dia mak?".

    Tanya aku lagi.

    "Sombong sikit.Datuk Abu kau lagi bagus".

    Jawab mak sambil berlalu pergi sebab geng dia sudah sampai.

    Tengah makan pagi sessi 2,Rin telefon.Mamat itu suruh aku pangkah pembangkang.Kalau tak, aku tak boleh jadi kawan dia.Sengalnya.Aku iakan sahaja.

    Balik mengundi aku ronda kambung bakal YB.

    Mmm...kecil sahaja rumahnya dari rumah aku.

    Mari kita tengok dua tiga tahun lagi.

    Besar tak rumah dia?

    Nota:Oleh kerana orang Melaka memang sudah berkarat dengan BN, YB di atas merujuk kepada calon BN.

    Tuesday, March 11, 2008

    Nota Pilihanraya::Pictogram Pilihanraya Ke 12

    Hari penamaan calon,Puchong Intan. Yang bertanding ialah DAP vs BN tapi yang berperang gila-gila dalam panas orang PAS vs BN. Lawak gila.





    Hari pengundian di Melaka.









    Beratur ambil nombor.









    Pusat mengundi ini ialah sekolah rendah aku.Rasa seronok dapat kembali semula ke situ.







    Berdebar-debar nak mengundi. Maklumlah,ini kali yang walid aku mengundi.







    Kertas-kertas undi.Siapalah agaknya yang bernasib baik dapat pangkahan aku?







    Selamat tinggal SKPP.

    Monday, March 10, 2008

    Pilihanraya Kecil::Bahagian 2

    Niat di hati nak cari awek tapi aku telah tahu yang itu adalah satu percubaan yang baik untuk menipu diri sendiri.Gila!Awek mana pergi AGM.Sudahnya aku duduk diam-diam muhasabah diri sahaja.

    Yang dicari tak jumpa,lain pula yang aku dapat.Cis!Macam mana abang senior itu boleh tahu nama aku?Oh ya!Kami pernah bekerjasama masa projek Saloma Bistro dahulu.

    Setelah nama dicadang,disokong dan tangan diangkat dikira undi,maka sahlah aku jadi AJK Alumni SMSS versi 2008/2009.Argh!Mari salahkan selipar oren itu.Aku tak melompat gembira atau bermasam muka bengang tak terhingga.Yang ketara cuma ada sedikit rasa tekanan.Boleh ke aku pikul amanah ini?Mampukah aku penuhi aspirasi para pengundi?Aku bukan lagi lelaki yang gila kuasa macam masa sekolah dahulu yang mana kalau boleh semua jawatan Presiden aku akan kejar.Aku kini hanyalah lelaki sederhana yang suka berpoya-poya.

    Difikir baik-baik,mungkin semua ini ada baiknya.Anggaplah ini satu cabaran.Anggaplah ini adalah satu langkah kecil yang perlu aku latihkan sebelum boleh mula mengorak berlari laju.

    Alumni aku ada jawatan.Di pihak Batch pun aku ada jawatan juga.

    Argh!Geram.Kenapalah aku asyik dipilih?Berkarisma benar ke aku waima berselipar oren sahaja?

    Makin sibuklah 2008 ini.

    Ada masa cari awek ke kalau macam ini punya prestasi?

    Sunday, March 09, 2008

    Pilihanraya Kecil::Bahagian 1

    Aku datang AGM atas semangat SMSS yang kuat.








    Baca minit mesyuarat.









    Tangkap gambar sedas dua dahulu. Mesyuarat belum mula.








    Cantik juga design baju abang batch 87 ini.Baju budak batch aku skima gila.







    Kita minum dulu.









    Mesyuarat sudah mula.Mari kita mengundi ahli jawatankuasa yang baru.







    Argh!Tidak.Aku dah terpilih jadi AJK.Pakai selipar Oren pun nampak berkaliber ke?

    Saturday, March 08, 2008

    I Hate Meeting

    Meeting is like a girl.It's either mind goggling and fun or dead boring and mind numbing.Just like girl,my default experience with meeting sad to say is mostly the latter.

    Now everyday is like a world meeting day.I'm not in a managerial position but somehow from time to time I have to stick my lazy bum in the meeting.Meeting is so not my KPI.More meeting does not have any significant impact to me.It just some how or rather decrease my productivity.

    I hate long meeting.The one that by definition last more than >30 minutes.Sometimes I felt I'm trapped there just to say one line of sentence at the end of the meeting.Sometimes I wonder what is my purposes there to be invited in that meeting.I want to excuse myself but then I'm concern that I will appear rude to the chairman.

    I do hate meeting with certain type of people.People namely Mr.Blur, Mr.He-Is-Always-Right, Mr.Show-Off,Mr.Sleep-In-The-Meeting and not forgotten my favourite of all time,Mr.Frog-Jumping who has a penchant to jump side to the enemy lines and attact his own company back.

    I don't deny that by meeting a lot of miscommunication issues top-down,bottom-up can be resolved efficiently.Effective meeting is what I need everyday.

    Just like girl,meeting is one basic necessity.No option to that.Love it or hate it.

    It's entirely your luck that decide which side you will end up.

    The mind goggling and fun side or just the dead boring and mind numbing side.

    Friday, March 07, 2008

    Macam Kambing

    Dalam mesyuarat keluar isu kambing.Wah!Itu satu agenda yang agak pelik untuk diminitkan. Sejak bila pula kan kambing jadi agenda nasional syarikat ICT negara. Setahu aku kambing hanya sedap dibuat gulai nasi briani sahaja.

    Aku terlopong macam tak percaya.Aku terhilang sekejap di alam fantasi cuba menghubung-kaitkan kambing dan ICT namun aku gagal dan tak dapat.Luar mesyuarat aku risik dengan lebih mendalam apa isu kambing itu.Dah tahu aku hanya mampu menggelengkan kepala.

    "Macam kambing".

    Aku bengang gila.Mau sahaja aku balas-balas kata-kata itu.Sampai hati perempuan TM yang sengal itu suka-suka hati dia mengkambingkan protege aku.Tak professional langsung. Macamlah dia bagus sangat. Macam kambinglah.

    Aku tak kisahlah kau anak dara tua dan tak cantik tapi mulut itu janganlah macam celaka macam kambing.Ringan-ringan bolehlah terima juga.Kalau kau kawan-kawan aku nak gurau tahap macam babi pun aku tak kisah rasanya tapi kau bukan kawan aku pun. Apa barang kan aku nak berkawan dengan mak nenek suara kuat macam speaker rosak dan selalu buat aku trauma itu.

    Kita orang Melayu kaya dengan budi bahasa.Lebih berat sebelah pengadilannya lagi kalau orang itu perempuan.Di situlah letak tinggi rendahnya diskaun mas kahwin nanti.

    Muka tak cantik tak apa tapi mulut kenalah manis ayat-ayatnya.Ini tidak. Luar dan dalam semuanya gagal.Nak bagi F minus pun aku akan rasa bersalah gila nanti.

    Argh!Macam kambinglah perempuan itu.

    Nasib baik ketika sessi mengkambingkan orang itu aku tak dengar.

    Kalau tidak pastilah ada kambing yang bertukar menjadi babi.

    Thursday, March 06, 2008

    Life Is One Big Circle

    Once,he made fun of me.How my whole life is a tragedy.If compared to how happy he was being a fiance to someone to my miserable,lonely and depressed single life.Yeah right!Good for you man.I have nothing on my table for the rebuttal.

    Over YM,I got the invitation.I didn't go as others and I got confused by the date. Over time,we became far and far away.Single and married man life didn't quite go parallel most of the time.

    Then he became near.I wondered why.He said he is happy.He said he is getting divorce.

    WHAT THE ?What happen dude!It just so soon.Isn't that the honeymoon period is yet to get due?Even,I can see the inai is still on his fingernails. Being a busybody and gossip boy,after a treat session from my wallet,I managed to scoop from A to Z from him.Wow!I'm so good at this gossipping stuff.Damn!I wish I can share all the details here ala Utusan's Di Celah-Celah Kehidupan but knowing how small this world can be,I think it's better to keep my wide mouth shut.

    Then,I casually reminded him for the fun he made of me.He said sorry. He just being so happy at the time.He advised me not to get *married. Errr... that is quite radical statement eventhough I know it's quite a sad chapter in his life.Damn!I wish I can hug him at that time but no,thank you.I don't do that with man.

    If marrying a handsome and rich family man come with a price,befriend a blogger does pay the same amount too.

    Sooner or later,your story will pop up in the blog world.

    Damn!His story is so damn delicious even it's just one-sided.

    Being a loyal friend,I now choose to hate his ex-wife.Period.

    Anyway,welcome back to the single club,dude.

    Note:* Term and condition apply.

    Wednesday, March 05, 2008

    1,2,3,4

    Bukan satu.Bukan dua.Bukan tiga.

    Sekarang sudah ada empat.Sama nada pendapat.Sama kata-kata keramat.

    Pasal kahwin.Pasal aku.Pasal aku sebagai calon sang suami itu.Wah!Bergegar jiwa rasanya tatkala menulis kata suami itu.Macam besar sungguh maknanya.

    Mereka kata pakej aku sudah lengkap ke jalan itu.Rupa ada.Gaya ada. Otak ada.Kerja ada.Duit ada.Tanah ada.Budi bahasa ada malah sedikit-sebanyak bab-bab agama pun ada.

    Wah!Macam promosi diri pula rasanya.Memang aku tak tahu malu. Mereka semua itu memang manis sungguh lidah berkata-kata.Terasa ingin membelanja mereka Starbuck seadanya waima aku telah letakkan tanda soal besar disetiap kata ada itu.Keikhlasan mereka amatlah aku ragui tapi terima kasih dari aku dalam huruf besar untuk itu.

    Apa yang ada mungkin boleh dijadikan ukuran.Namun ajal maut dan jodoh di tangan Tuhan.Ada orang jalannya lurus senang dan ada orang jalannya lintang pukang sakit mata kalau terpandang.

    1,2,3,4 hanyalah gugusan angka.

    Selagi boleh bernafas,hidup perlu diteruskan.

    Tuesday, March 04, 2008

    Berangin Sepoi-Sepoi Bahasa

    #1
    "Mak!Anak dia yang mana kahwin ini?Yang lelaki baya Eddie itu ke?"

    Aku tanya.

    "Agaknya."

    Mak jawab.

    #2
    "Punyalah banyak lelaki atas muka dunia ini,kenapalah budak yang macam itu dia nak."

    Mak mengomel.

    Err...

    Aku gabra.

    "Anak perempuan ini kalau dah buta,mak bapa pun jadi buta sama.Hantar sekolah tinggi-tinggi pun tak guna".

    Err...

    Aku jadi kelam kabut.Aku segera lari menyelamatkan diri.Run!Aiman,run!

    Malas nak layan walaupun aku setuju 100% dengan fakta itu.Nanti aku pula yang kena.

    #3
    Ramai ke orang perempuan datang Bang?

    Mak bertanya.

    "Tak".

    Ayah menjawab.

    "Itulah berat mulut nak menjemput orang lagi".

    Mak mengomel kecil.

    Aku terpelongo.Sudah dapat tangkap apa anginnya.Mmm...kecil sahaja isunya.

    Orang kampung memang begitu.Berbudi bahasa amalan kita.Kalau ada kenduri kahwin,mak pengantin kenalah buat jemput mulut.Kalau malas dan tak sempat sangat,pakai teknologi telefon sudah boleh diterima sekarang.Tak payah berjumpa empat mata pun.Tapi janganlah sesekali jemput ahli pakat pakai kad sahaja.Itu namanya saja-saja suka mengundang masalah negara namanya.

    Itu satu isu kecil bagi aku tapi rasanya ia boleh jadi satu masalah besar kalau kita lupa cara-cara hidup bermasyarakat.

    Berbudi bahasa amalan kita.

    Monday, March 03, 2008

    Gorm 2::Saya Suka Bertukang

    Jom!Mari kita mula mengecat.












    Ini dia kayunya.












    Projek sudah 10% siap cat.












    Hehehe.Break sekejap.












    Mari kita mula bertukang versi IKEA.












    Dah siap.












    Kena buat touch-up.Memang gagallah aku bab-bab mengecat ini.











    Voila!Dah siap dan dah letak dalam store(baca:bilik aku).











    Nota:Yeah!Bilik aku dah cantik.Buku zaman sekolah aku yang banyak itu dah ada tempat tinggal.

    Sunday, March 02, 2008

    Takut Polis::Bahagian 2

    "Kenapa orang tua itu takut polis?Ini mesti ada apa-apa."

    Aku cuba mencungkil rahsia.Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.Orang kalau tak ada dosa masakan takut polis pulakan.

    "Hari itu kitaorang pergi Tasik Permaisuri.Izzat buang sampah.Sekali pak guard datang."

    Bla...bla...bla.

    Eddie rancak bercerita.Aku ternganga suka.Oh!Begitu ceritanya.

    Aduhai!Apalah dosa pak guard itu tak pasal-pasal dia jadi polis pula. Senang sahaja nak tipu budak nama Izzat itu rupanya.

    Sekali.Aku nampak Izzat buang sampah dalam rumah.

    "Izzat.Ini siapa yang buang sampah ini?"

    Izzat buat muka tak bersalah.

    "Kembar".

    Aduhai.Mamat ini memang tak seriklah.Memang susah nak ajar dia mengaku salah.

    Polis!Di manakah engkau dikala aku perlukan Neno!Neno! itu.

    Saturday, March 01, 2008

    Takut Polis::Bahagian 1

    Ada orang tak nak mandi.Dah guna macam-macam helah dah.Tak jalan juga.Nak jadi kambing agaknya.

    Sekali.

    "Neno!Neno!Neno!Neno!Neno!Neno!Neno!Neno!".

    Makin lama makin kuat bunyinya.Bunyi ambulans datang.

    "Polis datang!Polis datang!Tangkap dia.Dia tak nak mandi".

    Hahaha!Aku menjerit sakan.Habislah Izzat kali ini.Aku sudah suka.

    Terus orang itu jadi kelam kabut.Tiba-tiba sahaja kata nak mandi.

    Pergh!Selesai satu isu hari itu.

    Nasib baiklah yang 3 lagi belum pandai buat isu.